Fakta:
Globalisasi melenyapkan identiti dan jati diri
umat Islam. Idea:
Implikasi
arus
globalisasi
kepada gaya hidup
manusia
ekonomi dan politik. Soalan: Sejauh
manakah
membawa dari
gelombang
mempengaruhi pembentukan
perubahan
aspek
sosial,
globalisasi
jati diri dan identiti
umat Islam. Konsep Globalisasi. Globalisasi adalah proses sosial yang membentuk budaya baru tanpa penghalang sempadan geografi. Semua manusia berada dalam ruang alam yang sama, mendapat taujihat yang sama dalam tamadun yang sama (al-Rawi, 2009).1 Selain itu, globalisasi juga ditakrif sebagai suatu proses penawaran budaya, ekonomi dan politik oleh suatu bangsa lain untuk diikuti oleh masyarakat lain yang akhirnya sampai pada suatu titik kesepakatan bersama dan menjadi pedoman bersama bagi bangsabangsa di seluruh dunia. (Edison A. Jamli 2005) 2 Menurut kamus dewan pula, globalisasi merujuk kepada fenomena yang menjadikan dunia semakin kecil disebabkan kepesatan teknologi maklumat. Oleh itu, ledakan
dunia
globalisasi ini.
informasi
dan
dunia
ICT
mempercepatkan
proses
Dewasa ini, perkembangan teknologi begitu cepat
sehingga segala informasi dengan berbagai bentuk dan kepentingan dapat tersebar luas ke seluruh dunia. Maka itu, globalisasi tidak dapat kita hindari kehadirannya. Globalisasi berlangsung di semua bidang kehidupan seperti bidang ideologi, politik, ekonomi, sosial budaya, pertahanan keamanan dan lainlain. Tegasnya, Malaysia sebagai salah sebuah negara membangun juga 1 Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing : Pengaruh Dan Kesannya Terhadap Masyarakat Islam (2010). Diperoleh pada Oktober 7, 2013 daripada http://www.jais.gov.my/rnd/2010/ogos/SerapanIdeologiAsing.pdf. 2 Dalam Edison A. Jamli (2005).Kewarganegaraan .Jakarta: Bumi Akasara. Halaman 21.
tidak terkecuali dalam berhadapan implikasi arus globalisasi ini. Jika dinilai, impak globalisasi ini terdiri daripada kesan negatif dan positif. Sungguhpun globalisasi ini menjadi pemangkin kepada kemajuan dan memberi manfaat kepada negara bangsa, namun pertaruhannya juga amat besar untuk ditanggung. Antaranya, hilang identiti dan jati diri masyarakat terutamanya umat Islam. Identiti umat Islam pula dapat diukur melalui budayanya yang luhur yakni meliputi aspek nilai, adab, cara berpakaian, gaya pemakanan, cara bergaul, amal ibadat serta bahasa yang baik. Identiti dan jati diri umat Islam kini semakin luntur serta berbaur dengan unsur negatif dan bercanggah dengan syariat Islam. Oleh itu, globalisasi sangat mempengaruhi jati diri dan identiti umat Islam hari ini. Apakah kesan globalisasi kepada identiti dan jati diri umat Islam? Globalisasi menggugat Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris mula menjadi keutamaan dan mendapat tempat dalam masyarakat tempatan. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa ibunda penduduk barat telah dijadikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa antarabangsa penduduk dunia. Pengiktirafan terhadap Bahasa Inggeris sangat tinggi mengalahkan bahasa lain termasuklah Bahasa Arab, bahasa umat Islam. Penguasaan terhadap bahasa Inggeris memang penting terutamanya pada zaman ICT ini, namun pengukuhan terhadap bahasa ibunda dan bahasa Arab tidak pula ditekankan pada zaman sekarang. Misalnya hari ini, Bahasa Melayu kurang dikomersialkan. Banyak persidangan dan program yang menggunakan Bahasa Inggeris. Lama-kelamaan, martabat Bahasa Melayu boleh tergugat seperti yang terjadi di Singapura pada hari ini. Segala urusan rasmi negara digunakan Bahasa Inggeris. Selain itu, Bahasa Inggeris juga telah banyak digunakan di manamana institusi pendidikan sebagai bahasa penghantar dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan gred dan kualiti pelajar yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, trend ini tidak wajar menafikan kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara dan peranannya sebagai bahasa ilmu. Jika bahasa Melayu tidak digunakan dalam sistem pendidikan, nescaya kualiti Bahasa Melayu akan jauh ketinggalan untuk diiktiraf sebagai bahasa ilmu kerana kosa kata dan istilah
yang
kurang
dalam
menerangkan
bidang
ilmu
tertentu. 3
Natijahnya, wujud banyak peminjaman bahasa bagi melengkapkan kosa kata Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga akan dianggap tidak dinamik untuk pelbagai kegunaan dan hanya layak menjadi bahasa perbualan seharian. Sesungguhnya, bahasa adalah jiwa bangsa. Jika pengamalan Bahasa Melayu merudum, sudah pasti nilai Kemelayuan dan identiti Melayu akan terjejas. Buktinya, kini wujud trend Bahasa Slanga yang kononnya mahu memodenkan Bahasa Melayu dengan mencampurkan Bahasa Inggeris dalam perbualan seharian. Istilah yang pelik dan tidak wujud dalam kamus dewan semakin menular terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini. budaya ini menjadi ikutan hari demi hari sehingga mencemarkan keindahan Bahasa Melayu ini. Sehingga hari ini, amalan berpantun, berkias dan simpulan bahasa tidak lagi mendapat sambutan anak muda. Tulisan jawi pula semakin tertinggal ke belakang. Sebaliknya, Bahasa Inggeris menjadi bahasa wajib di sekolah sekular dan Bahasa Arab pula tidak diwajibkan. Globalisasi mempengaruhi budaya, adat dan nilai masyarakat Islam. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pada zaman dahulu, manusia dalam
sesebuah
masyarakat
sanggup
berperang
kerana
mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemari atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahasakan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Isu ini adalah persoalan yang 3 Mohamad Basri Sulaiman dan Noor Azah Hasyim (1996). Martabat Melayu Cemerlang: Jati Diri dan Jaringan Antarabangsa dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Halaman 16.
sangat kritikal kerana sesudah terlerainya konflik sosiobudaya sesuatu kelompok masyarakat, maka mudahlah usaha untuk mengatasi masalah lainnya seperti konflik ekonomi dan politik. Perkembangan globalisasi ini secara tidak langsung membawa penyebaran budaya asing. Walaupun kita tetap kekal di tempat kita tinggal, tetapi dengan globalisasi ini simbol budaya luar akan datang kepada kita melalui perantara media dan teknologi. Masyarakat tempatan akan terdedah kepada proses integrasi dan disintegrasi budaya di mana budaya luar menyerap dan diterima dalam budaya tempatan di samping ia juga mengdisintegrasikan budaya yang sedia ada. Akibatnya budaya yang sedia ada dibayangi oleh budaya baru yang mengintegrasikan ciriciri budaya luar. Hakikat ini diakui oleh Pieterse (1995:62), di mana beliau berpendapat bahawa dalam proses globalisasi, budaya tempatan atau introvert culture yang telah wujud begitu lama dan dibayangi ke belakang oleh budaya luar. Sasaran barat dalam menebarkan ideologi mereka melalui arena global ini terarah kepada golongan muda. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi mangsa globalisasi dengan mengikuti gaya hidup dan trend masyarakat barat. Atas tema ‘up to date’ dan ‘open minded’, ‘generasi Y’ menghakis budaya setempat yang diwariskan. Akhirnya, trend barat menjadi budaya baru yang wajar dijadikan paksi. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup Barat. (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23). Justeru itu, amat sukar untuk meletakkan nilai moral dalam asimilasi budaya luar dengan budaya tempatan. Ini disebabkan nilai moral itu adalah subjektif berdasarkan ruang dan masa. Ini disebabkan representasi simbolik yang diterima adalah kebanyakannya berpangkalan di Barat. Walaupun terdapat hanya sedikit kesan positif kepada budaya tempatan negara membangun, tetapi ia memberi faedah yang sangat berguna
kepada
negara-negara
tersebut.
Contohnya,
Malaysia
mempraktikkan budaya kerja dan sebahagian cara hidup masyarakat Jepun di dalam kehidupan mereka. Generasi muda kini lebih terbuka, suka mempersoalkan sesuatu dan juga lebih kreatif. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh jaringan teknologi seperti komputer dan media interaktif, namun natijahnya juga amat besar untuk dipersoalkan. Pemasaran dan penyerapan budaya asing ini adalah secara senyap
tetapi
membunuh.
Akhirnya
tanpa
disedari
ia
sudah
mempengaruhi cara berfikir dan bertindak masyarakat terutamanya generasi muda. Antara kesan-kesan globalisasi budaya yang dapat dilihat menjadi barah dalam masyarakat hari ini adalah budaya makan, budaya fesyen, budaya kerja, budaya hidup, budaya muzik dan hiburan serta budaya bahasa.4 Dalam aspek budaya makan makanan haram telah menjadi kebiasaan bagi umat Islam seperti meminum arak dan memakan makanan yang mengandungi gelatin. Sungguhpun tiada tanda halal dalam paket makanan, pengguna yakin dan sanggup membeli produk tersebut. Misalnya coklat berjenama keluaran Eropah kebanyakannya mengandungi gelatin dan tidak halal. Namun umat Islam tidak mengambil peduli akan hal ini dan masih membelinya. Budaya fesyen barat pula menjadi trend anak-anak muda. Mereka
semakin ghairah mengikuti
segala perubahan fesyen yang berjenama dan tidak menutup aurat. Lelaki mula memakai seluar pendek di atas lutut di khalayak ramai, manakala wanita semakin selesa berpakaian separa bogel. Kini, fesyen dan hiburan K-Pop mula melonjak dalam arena hiburan masyarakat dunia. Penerimaan trend demi trend ini mengheret umat Islam jauh dari kesedaran
agama.
Lantaran
itu,
Identiti
Melayu
dan
Islam
yang
berpakaian sopan dan menutup aurat semakin terhakis dalam budaya setempat. Malahan, budaya suka berhibur menjadi kelaziman. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) 4 Dr. Yusuf Al Qaradhawi (2001).Islam Dan Globalisasi Dunia. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar. Halaman 54.
dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992) telah menjadi destinasi utama di masa percutian. Lantaran itu, kurangnya minat umat Islam hari ini untuk menunaikan umrah dan melawat tempat bersejarah Islam yang penuh berakah. Satu perkara yang menjadi trend hari ini adalah lahirnya generasi muda yang amat taasub ikon-ikon hiburan seperti artis popular. Ikon ini menjadi pujaan dan ikutan pada mereka. Sedangkan ikon sebenar yang layak dijadikan model kehidupan seperti Nabi junjungan kita Muhammad S.A.W tidak mendapat tempat di hati mereka. remaja hari ini. kesedaran yang tipis ini menjadi pemangkin kepada perluasan gejala sosial seperti menagih dadah, meminum arak, melakukan zina, mengambil pil khayal, pergaulan bebas, pengguguran anak dan memperlekehkan seruan agama. Kerosakan
budaya
ini
berpunca
dari
sikap
kelalaian
dan
keinginan untuk berseronok yang tidak berpaksikan ketauhidan kepada Allah serta lari dari fitrah manusia. Akibat dari itu, ada di antara mereka yang sesat terlalu jauh akibat dipandu syaitan. Segala bentuk hiburan yang melalaikan dan merosakkan, nampak sangat sedap dan menarik tetapi, tidak mengandungi zat dan vitamin yang diperlukan, malah dipenuhi racun berbisa yang menular dan membunuh secara senyap tanpa disedari. Globalisasi mempengaruhi amalan agama umat Islam. Identiti umat Islam juga boleh dilihat melalui perbuatan amalannya.
Identiti
seseorang
Muslim
tidak
lengkap
jika
dan
hanya
berpakaian seperti Muslim tetapi tidak pernah mengamalkan gaya hidup dan beribadat kepada Allah. Oleh itu, sebagai hambanya umat Islam wajar melakukan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah. Namun begitu, impak globalisasi hari ini telah menafikan hal ini. Kini, kebanyakan umat Islam hanya dinilai pada nama di dalam kad pengenalan sahaja tetapi tidak pernah menunaikan solat, berpuasa dan berzakat. Globalisasi membawa kepada kelalaian dan mengabaikan kepentingan syariat. Bagi
mereka, amalan yang mendekatkan diri kepada agama ini hanya layak di ukuran di akhir kelak dan tidak boleh dipersoalkan. Sedangkan semasa zaman Rasulullah,
isu solat sangat ditekankan. Di antara hadis yang
menyebut mengenai dosa orang yang meninggalkan sembahyang ialah : Sabda Nabi s.a.w. : "Sembahyang itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa yang meringankan sembahyang maka ia akan diseksa dengan 15 perkara .. enam perkara di atas dunia tiga perkara sewaktu hendak mati tiga perkara sewaktu di dalam kubur tiga perkara sewaktu bertemu dengan Tuhan…”5 Begitu juga dengan hal lainnya seperti puasa, zakat dan menunaikan haji. Namun begitu, umat Islam hari ini leka dan hanyut dengan kesibukan dunia. Masyarakat mementingkan hal keduniaan yang boleh melalaikan seperti leka berhibur, asyik mencari kekayaan, sibuk berpolitik. Sifat tamak dan tidak pernah puas ini menjadikan mereka jauh dari agama dan kurang
beribadat
kepada
Allah.
Mereka
akan
melakukannya
jika
berkelapangan. Hal ini membuktikan bahawa manusia mencintai hal dunia yang sementara berbanding akhirat yang kekal selamanya. Tambahan pula, medium perhubungan manusia seperti internet, radio dan televisyen cenderung mengajak ke arah kelalaian daripada kebaikan. Peranan pihak berwajib yang tidak mementingkan perkembangan agama Islam dan lebih memberatkan hal dunia membentuk masyarakat yang sekular. Hal ini kerana, isu media adalah salah satu faktor utama kelalaian manusia. Oleh itu, lahirlah generasi yang gemar berhibur dan melakukan perkara yang melalaikan seperti membuang waktu di laman sosial dan sebagainya. Kesan daripada itu, amalan umat Islam untuk mendekatkan diri kepada Allah semakin terhakis. Misalnya, budaya berjemaah di masjid tidak lagi semeriah dahulu, kini masjid semakin lengang. Karnival dan pesta hiburan pula semakin ramai pengunjung dan program ilmuwan seperti ceramah 5 Kempen jom solat: http://mujahid84.wordpress.com/risalah-dakwah/ Diperoleh pada, 26 November, 2013.
agama kurang mendapat sambutan. Ibadah wajib tidak dijadikan amalan lagi bagi sesetengah keluarga, solat dan puasa dilakukan ketika lapang sahaja dan kini, menuntut ilmu agama hanya dilakukan atas talian internet
sahaja
tanpa
mengetahui
sumbernya
sahil
atau
batil.
Pengamalan budaya sebegini tidak mencerminkan identiti umat Islam yang sebenar. Oleh itu, gelombang globalisasi yang berunsur humanisme ini menjerat manusia untuk hanyut dengan keseronokan dunia dan mengabaikan tuntutan agama.
Sumber: Serapan Ideologi Dan Pemikiran Asing : Pengaruh Dan Kesannya Terhadap Masyarakat Islam (2010). Diperoleh pada Oktober 7, 2013 daripada http://www.jais.gov.my/rnd/2010/ogos/SerapanIdeologiAsing.pdf Kempen
jom
solat:
http://mujahid84.wordpress.com/risalah-dakwah/
Diperoleh pada, 26 November, 2013. Kesan negatif globalisasi terhadap budaya di Malaysia (2012). Diperoleh pada November 23, 2013. http://biosystemengineering.blogspot.com/2012/04/kesan-negatif-globalisasiterhadap.html
Dr. Yusuf Al Qaradhawi (2001).Islam Dan Globalisasi Dunia. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kautsar. Mohamad Basri Sulaiman dan Noor Azah Hasyim (1996). Martabat Melayu Cemerlang: Jati Diri dan Jaringan Antarabangsa dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Institut Perkembangan Minda. Edison A. Jamli (2005).Kewarganegaraan.Jakarta: Bumi Akasara.