1.0
Pengenalan
Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara lain 1
dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi. Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada 2
keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing.
Filipina merupakan negara yang telah dikolonial oleh sepanyol sejak abad ke-16 lagi. Sebelum ini rakyat Filipina tidak pernah bersatu kerana kedudukan geografinya yang berpulau3
pulau. Negara Filipina terdiri daripada gugusan pulau-pulau iaitu sebanyak 7 100 buah pulau.
Hal ini menjadi halangan kepada pemerintah untuk menyatukan Negara Filipina. Negara Sepanyol telah menjalankan dasar kolonialisasinya di Filipina. Penguasaan Sepanyol di Filipina telah mula wujud sejak ketibaan Miguel Lopez de Legazpi¶ di Cebu, Filipina pada tahun 1565. Kedatangan Sepanyol ini telah menjalankan dasardasar termasuklah penyebaran agama Kristian dengan meluas setelah penaklukan Manila pada Jun 1571. Rentetan itu, ia telah membawa perubahan besar yang kepada penduduk Filipina dan memberi kesan dari aspek poli po litik, tik, ekonomi eko nomi dan sosial.
1
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 . Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186. 2 Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59. 3 Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. dua . Kuala lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 21
1
2.0
kesan kolonialisme dari aspek politik
Kehadiran Sepanyol sejak tahun 1521 di Filipina awal-awal lagi telah mengubah sistem pentadbiran tradisional penduduk di Filipina. Dari aspek politik, sepanyol telah membuat perubahan dalam sistem pemerintahan berdasarkan Barangay yang terletak dibawah pimpinan datu-datu. Bandar telah dibahagikan
kepada beberapa Barangay dan setiap satunya berada
4
dibawah cabeza yang mengetuai setiap unit Barangay tersebut.dalam pada itu, Sepanyol telah menjalankan pentadbiran tempatan dengan mengorganisasikan pentadbiran di bawah pueblo (Bandar) dan wilayah. Hal ini amat berbeza sekali dengan penempatan masyarakat Filipina yang berselerak dan tidak teratur sebelum kedatangan Sepanyol. Penghapusan sistem Barangay telah mewujudkan cara kehidupan baru yang dikenali sebagai pueblo atau Bandar yang diketuai oleh 5
alcadia atau carrigimiento.
Rentetan daripada perubahan sistem politik tersebut, gabungan cabeza-cabeza ini juga telah membentuk golongan principalia atau golongan atasan yang mana golongan ini menjadi orang tengah kepada Sepanyol selain berkhidmat dalam menjalankan kerja-kerja suruhan paderi pederi sepanyol. Golongan ini juga berperanan sebagai orang tengah dalam mengurangkan perbalahan politik dengan sepanyol dan bertindak sebagai ejen penyampai maklumat daripada pegawai dan paderi Sepanyol. Dalam pada itu, sistem perbandaran Sepanyol ini adalah berasaskan kepada ³ DEBAJO DE LAS COMPANAS ´ yang bermaksud ³ di bawah naungan gereja´. Hal ini jelas memperlihatkan tindakan sepanyol dalam mengubah masyarakat Filipina kepada masyarakat yang berteraskan kepada agama kristian yang berpusatkan kepada institusi gereja sebagai asas yang utama. Bandar-bandar yang dibina juga perlu mempunyai sistem keagamaan sebagai syarat tambahan dan pentadbiran awam.
4
Cabeza atau ketua adalah berfungsi untuk memungut cukai (Tributos) daripada ahli dewasa dalam barangay dan menentukan system buruh paksa (polos y servicios) untuk digunakan dalam perkhidmatan awam. 5 Teodora A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso, History of The Filipino people, Philippiness: Malaya Books, 1967, hlmn 86.
2
3.0
kesan kolonialisme dari aspek ekonomi
Kesan kolonialisme keatas Filipina dari aspek ekonomi juga telah menyebabkan perdagangan yang bersifat tertutup telah bertukar menjadi perdagangan bebas yang dikuasai oleh pedagang 6
7
asing. Tanah jajahan ini memajukan ekonomi berasaskan eksport hasil pertanian kebun-kebun kecil. Ladang-ladang besar yang ada hanya dimiliki oleh rahib dan itu pun jarang sekali diusahakan mengikut sistem pengurusan kebun.8 Dengan berkembangnya dasar ekonomi bebas pada akhir abad ke 18, Sepanyol telah melonggarkan dasar perdagangannya di Filipina dan pada tahun 1834 merupakan tahun yang penting dalam sejarah ekonomi Filipina yang menandakan terbukanya Pelabuhan Manila kepada perdagangan dunia secara rasminya. Perkembangan ekonomi di Filipina ini telah meninggalkan 9
kesan dan akibat yang berpanjangan atas pengeluaran beras. Kepulauan Filipina menjadi pengeksport beras terbesar ke negara China sebelum tahun 1850. Sejajar dengan perkembangan ekonomi di Filipina juga telah membawa kepada pembukaan Bank. Kemajuan pembangunan muncul dengan kedatangan saudagar-saudagar bukan sepanyol yang telah melibatkan Filipina menjadi anggota masyarakat dunia. Pada mulanya mereka bertugas sebagai saudagar-saudagar yang dibenarkan memberi wang pendahuluan bagi hasil tanaman gula, kelapa kering, kopi atau hem dan akhirnya mereka beransur-ansur menjadi saudagar bank dan insuran yang berpengalaman dan mempunyai wakil-wakil di seluruh kepulauan Filipina.
6
David Joel Steinberg, et al. 1981. hlmn 220. 7 Menjelang tahun 1879, Filipina mengibarkan bendera sepanyol. 8 David Joel Steinberg, et al. 1981. hlmn 220. 9 David Joel Steinberg, et al. 1981. hlmn 221.
Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: bertukar seolah-olah menjadi sebuah tanah jajahan Inggeris-China yang Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka: Mengenai Asia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka:
3
4.0
kesan kolonialisme dari aspek sosial
Dari aspek sosial pula, Sepanyol telah menyebarkan ajaran agama Kristian ke atas penduduk Filipina. Filipina merupakan sebuah negara yang mempunyai majoriti penganut agama Kristian Khatolik. Pada tahun 1571, terdapat lebih kurang 200 000 orang yang telah memeluk Kristian. Jumlah ini bertambah pada tahun 1898 daripada jumlah keseluruhan penduduknya iaitu 7 juta 10
yang berjaya dikristiankan. Agama Kristian adalah kesan dan sumbangan Sepanyol yang paling besar kepada orang Filipina. Ia adalah satu kepercayaan yang telah membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Kesan sosial dari segi pemakaian pula, pada tahun 1840-an corak pemakaian masyarakat Filipina sudah berubah mengikut cara Eropah. Sebagai contoh orang lelaki tidak lagi menggunakan baju jaket tidak berlengan dan sarong, mereka memakai seluar panjang Eropah, kemeja Cina dan topi Eropah. Kaum wanita terus memakai patadyong (skirt) dan ³camsa´ yang terlalu pendek sampai kepada lipatan pertama skirt itu. Selain itu, mereka juga menggunakan 11
selipar dan kasut.
Dalam pada itu, wujud juga perkahwinan campur yang berleluasa diantara orang tempatan dengan orang Eropah, Barat, Timur dan Cina. Contohnya orang Sepanyol berkahwin dengan anak gadis hartawan di Filipina dan orang tempatan dengan pedagang-pedagang dari 12
Cina.
Perkahwinan campur antara orang Filipina dengan orang asing adalah dibenarkan
mengikut adat masyarakat, undang-undang dan agama. Contohnya, orang cina yang hendak mengelakkan sekatan anti-cina memeluk agama kristian dan berkahwin dengan wanita dari golongan bumiputera dan amak mereka dipanggil sangley me st izo s atau me st iza s. Dari segi kesenian pula, kebanyakan rumah-rumah batu yang dibina di Manila dan daerah luar Bandar adalah mengikut gaya seni bina Sepanyol. Rumah ini beratapkan genting merah dan dihiasi dengan azoteas dan laguertas Andalusia. kolonialisme Sepanyol juga telah menyumbang 10
Raymon Nelson, 1968 The philipines, London: Thames & Hudson, hlmn 37. Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 112-113 12 Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah politik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn 112 11
4
kepada gaya seni bina iaitu pada gereja-gereja besar yang dibina mengikut seni bina Doric, Lonia, Corinth, Grace-Roma, Gothic dan Byzantine. Antara arkitek yang termasyur dalam pemerintahan sepanyol ialah Antonio Ssedeno yang mula membina benteng-benteng dan rumahrumah batu di Manila dan Brother Antonio Herra yang membina biara Guadalupe, Felix Palacios yang mereka bentuk Gereja Gothic San Sebastian yang dibuat daripada keluli. Loceng-loceng 13
besar dibina di setiap gereja mengikut seni bina Sepanyol untuk upacara keagamaan.
Kedatangan Barat ke Filipina juga telah mendedahkan Filipina kepada kebudayaan sepanyol terutama dalam bidang pendidikan. Dari segi pendidikan Filipina telah diperkenalkan dengan sekolah-sekolah Baru yang mengajar bahasa dan menjadikan gereja serta sekolah mubaligh sebagai pusat pendidikannya. Akibat daripada perkembangan pelajaran tersebut, lahirnya golongan menengah seperti guru, penulis, pegawai kerajaan dan sebagainya. Bahan bacaan yang telah dibawa masuk oleh golongan pelajar dan para saudagar telah mendedahkan mereka kepada keadaan negara-negara luar. Golongan menengah ini juga berpeluang membaiki taraf hidup mereka dengan menghantar anak-anak mereka ke luar negara untuk belajar. Daripada golongan inilah lahir cerdik pandai Filipina seperti Jose Rizal, Marcelo del Pillar, Juan Lona dan Antonio Luna.
14
Kesan daripada perkembangan pendidikan ini juga telah melahirkan golongan intelektual yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Di Filipina, golongan terpelajar dinamakan llustrados.15 Gerakan ini dikenali sebagai gerakan propaganda dibawah pemimpim intelektual iaitu Jose Rizal, Done Miguel Morayta dan ramai lagi. Pergerakan ini mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina melalui penulisan. Keadaan masyarakat yang ditindas dan dianiayai oleh penjajah menyebabkan golongan ini bangkit menentang. Mereka bertindak menegur pemerintahan Sepanyol namun tidak dilayan oleh pihak Sepanyol, malah mereka dituduh sebagai rakyat yang
tidak setia. Pada mulanya tuntutan-
13
Charles Robequain.1964. Malaya, Indonesia, Borneo, and the Philipines. London: Logmans, Green and Co ltd, hlmn 258 14 Abdullah Zakaria Ghazali, et al. 2000. Sejarah Asia Tenggara, Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor : Penerbitan Fajar Bakti. Hlmn 329 15 Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963 . Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186.
5
tuntutan dibuat secara sederhana namun dalam tahun 1890an sikap sederhana ini berubah menjadi pemberontakan.
5.0
kesimpulan
Kesimpulannya. kolonialisme Sepanyol di Filipina banyak memberi kesan dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Jika diperhatikan dari segi kesan yang ditinggalkan oleh Sepanyol banyak membawa kepada asimilasi terhadap budaya dari luar selain membawa perubahan dari segi ekonomi iaitu ekonomi tertutup kepada ekonomi terbuka dan perubahan sistem pemerintahan politik. Kesan kolonialisme sepanyol ini juga telah menyebabkan kebangkitan semangat nasionalisme segelintir golongan cerdik pandai di Filipina dan seterusnya menjalankan propaganda untuk menentang kolonialisme setelah mempunyai kesedaran untuk membebaskan diri daripada cengkaman penjajah.
6
Bibliografi
Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Be sar A sia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah A sia Tenggara, A sia Selat an dan A sia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Charles Robequain.1964. Malaya, Indone sia, Borneo, and t he Philipine s. London: Logmans, Green and Co ltd. David Joel Steinberg, et al. 1981. Mengenai A sia Tenggara moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Geogorio F. Zaide, 1980. Sejarah polit ik dan kebudayaan Filipina: jilid dua. Kuala lumpur: dewan Bahasa dan Pustaka. Raymon Nelson, 1968 The Philipine. London: Thames & Hudson. Teodora A. Agoncillo and Oscar M. Alfonso. 1967. Hi st ory of The Filipino people, Philipine s: Malaya Books.
7