1.0 Pengenalan Sejak bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu secara rasminya pada tahun 1874, orang Melayu terus terpinggir dalam segala aspek kehidupan terutamanya dalam politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Jadi dalam arus kemunduran ini, bangkitlah golongan anak muda yang dikenali sebagai “Kaum Muda yang bangkit untuk membela nasib bangsanya dan menyebarkan dakwah Islamiah di Tanah Melayu. Gerakan awal ke arah pengislaman orang Melayu yang dipelopori Kaum Muda ini sering dinamakan sebagai “Gerakan Islah” atau Gerakan Islah Islamiah”. Kebangkitan semula Islam di kalangan masyarakat Melayu adalah berkait rapat dengan kebangkitan dakwah dalam rangka menghayati Islam sebagai satu cara hidup. Kebangkitan Islam yang dicetuskan oleh gerakan Islah dan dakwah di Timur Tengah adalah jelas menunjukkan perubahan kepada gerakan Islah dan dakwah di Alam Melayu. Jadi akibat kesedaran inilah menyebabkan ramai di kalangan belia-belia Melayu pada awal tahun 1920, berhijrah ke Mesir untuk mendalami ilmu agama dengan belajar di pusat pengajian tinggi yang terulung pada masa itu iaitu Universiti al-Azhar. Malah pada masa yang sama mereka mula terpengaruh dengan idea pemulihan Islam yang berlaku di sana. Hal ini memberi kesan terhadap pelajar tersebut yang akhirnya apabila pulang ke Tanah Melayu untuk memulakan Gerakan Islah. Gerakan Islah yang dipelopori oleh beberapa orang tokoh telah berusaha untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan Barat dan berusaha untuk memodenkan bangsa Melayu.Walaupun Gerakan Islah Islamiah atau Pan-Isamisme tidak berjaya mendapat sokongan yang menggalakkan daripada keseluruhan umat Islam serta kesedaran politik yang amat terbatas di kalangan orang Melayu, namun setidak-tidaknya ia telah berjaya mencetuskan kesedaran awal di kalangan orang Melayu tentang kepentingan membela nasib dan hak orang Melayu agar bangkit daripada lena seterusnya berjuang menentang penajajahan British yang digelar oleh Za’ba sebagai ‘Al-Maseh Al-Dajal”.
2.0 Definisi Gerakan Islah Penggunaan istilah gerakan islah, gerakan dakwah atau gerakan Islam adalah merujuk kepada organisasi Islam yang diasaskan oleh para muslih atau mujaddid yang bertujuan untuk menyedarkan masyarakat Islam supaya kembali memahami dan menghayati sumber murni Islam iaitu al-Quran dan Sunnah. Bagi menerangkan definisi Gerakan Islah ini boleh dilihat melalui dua sudut iaitu sudut bahasa dan sudut istilah. Dari segi sudut bahasa,
1
gerakan Islam adalah merujuk kepada dua istilah iaitu Islamic Movement (Bahasa Inggeris) dan Al-Harakah Al-Islamiyyah (Bahasa Arab) Manakala dari sudut istilah perkataan harakah dalam bahasa Arab bererti gerakan. Ia juga membawa makna bergerak, bertindak, beraksi dan hidup. Harakah berlawanan dengan pengertian jumud yang bermaksud beku, lesu, mati atau hidup segan mati tak mahu. Sifatsifat tersebut dicela oleh Islam dan bercanggah dengan fitrah kejadian manusia. Sementara itu, istilah islah pula membawa maksud perbaikan iaitu “ menjadikan sesuatu itu baik, betul, munasabah dengan kedudukan yang wajar , tersusun dengan baik, solih, bertaqwa, sihat, berkembang maju, berguna, bermanfaat, sesuai, munasabah, layak, meletakkan sesuatu mengikut apa yang selayaknya, pengembalian kepada wajar, membuat pembaharuan yang diperlukan dan seterusnya1. Jadi secara keseluruhannya, gerakan Islah atau Harakah Islamiyyah boleh dimaksudkan sebagai sebuah gerakan Islam yang mendukung cita-cita Islam seperti pembentukan
peribadi,
menegakkan
pemerintahan,
menyatukan
barisan
dan
mengembalikan kedudukan pemerintah (khalifah) dengan mempunyai rancangan dan rangka kerja yang lengkap. Oleh itu, misi utama bagi gerakan Islah atau dakwah sama ada di Timur Tengah dan Alam Melayu adalah untuk menyeru seluruh umat Islam supaya kembali menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan dalam kehidupan.
2.1 Sejarah Gerakan Islah di Tanah Melayu Pada awal abad ke-12H/18M muncul satu gerakan yang dikenali sebagai gerakan islah yang bertujuan untuk memerangi gejala bidaah dan khurafat di samping menyeru umat islam agar kembali menghayati Islam berteraskan kepada al-Qur’an dan as-Sunnah. Islah membawa maksud pembaikan daripada kerosakan. Penggunaan istilah gerakan islah adalah merujuk kepada organisasi Islam yang diasaskan oleh para muslih atau mujaddid yang bertujuaan untuk menyedarkan masyarakat Islam supaya kembali memahami dan menghayati sumber murni Islam iaitu al-Qur’an dan as-Sunnah Rasulullah junjungan umat Islam sebagai sistem hidup mereka. Seruan islah oleh Syeikh Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhamad Abduh melahirkan satu organisasi atau gerakan perjuangan yang dikenali sebagai Gerakan Islah. Gerakan ini telah berkembang secara menyeluruh di dunia Islam terutamanya pada awal 1
Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya, “Fiqh Ad-Dakwah: Mengislah Ummah Awlawiyyat Gerakan Islam” , dlm. http://www.abim.org.my/minda_madani/modules ,bertarikh : 28 Feb 2011.
2
abad ke-20, dan diikuti dengan kelahiran gerakan dakwah seperti al-Ikhwan al-Muslimun (1928) sebagai sebuah organisasi yang tersusun. Gerakan Islah telah berkembang pesat di dunia Islam terutamanya pada tahun 1970-an sebagai pemangkin kepada kebangkitan umat Islam di Timur Tengah dan Alam Melayu. Fahaman Islah di rantau Melayu mula dicetuskan oleh para ulama Melayu-Indonesia yang telah mendapat pendidikan langsung daripada mubaligh Timur Tengah. Mereka mengambil pendekatan tarekat pada permulaannya dalam mendidik masyarakat. Seterusnya , ulama di rantau ini Berjaya membentuk organisasi berupa jaringan mantap yang berpusat di makkah dan Madinah. Para ulama telah memainkan peranan penting dalam menentukan agar gagasan pembaharuan Islam dapat segera diterjemahkan di Nusantara. Pembaharuan yang dicetuskan oleh ulama Islam adalah bermula sejak separuh kedua abad ke-17 lagi dan bukannya abad ke-19 atau ke-20. Kajian Azyumardi mendapati bahawa abad ke-17 dan ke18 merupakan salah satu masa yang paling dinamik dalam sejarah social-intelektual umat Islam di rantau ini. Pendirian tersebut bertentangan dengan pandangan yang menganggap masa tersebut sebagai masa gelap dalam sejarah umat Islam di rantau ini.2 Terdapat dua pandangan yang bercanggah berkaitan penyebaran Islam di Tanah Melayu iaitu oleh para orientalis barat dan Hamka serta Abdullah Abbas Nasution. Snock Hurgronje, Marsden, De Barros dan Crawford menyatakan bahawa Islam telah sampai ke Alam Melayu antara abad ke-12 dan ke-15 Masihi yang dibawa oleh para pedagang Parsi dan India tetapi sebaliknya Hamka dan Abdullah Abbas Nasution telah menyangkal pandangan tersebut yang mana menegaskan bahawa Islam telah sampai ke Alam Melayu sejak abad pertama Hijrah iaitu sejak zaman Nabi Muhammad kemudian berkembang secara beransur-ansur di beberapa bahagian kepulauan Melayu pada zaman Khulafa’ arRasyidin seterusnya pada zaman Umawiyah (41-132H) Islam dikembangkan oleh para pedagang Arab secara tersusun sehingga terbinanya masyarakat Islam. Secara yang lebih jelas menurut pandangan kedua di atas, kedatangan Islam ke Alam Melayu dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu pertama, tahap persinggahan (sebelum Masihi 441M); kedua, tahap pertapakan (661-1258) dan ketiganya, tahap penyebaran secara meluas (selepas 1258).3
2
Azyumardi Azra, Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad Ke-17 dan Ke-18, Penerbit Mizan, Bandung, 1994, hlm. 15. 3 Abdul Wahhab Kaya, Muslim Maliziya Baina al-Madi Wa al-Hadir, hlm. 32-34.
3
2.2 Perkembangan Gerakan Islah di Tanah Melayu Pada tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar dari Tanah Melayu di universiti al-Azhar yang bertempat di Mesir terpengaruh dengan idea pemulihan Islam oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Mesir merupakan pusat orang Melayu mendapat sumber ilmu agama. Kemajuan yang telah dicapai oleh Mesir dan perkembangan politik pada waktu itu telah menarik perhatian belia Melayu. Malah perkembangan ekonomi Tanah Melayu dan kemudahan pengangkutan mendorong belia Melayu melanjutkan pengajian ke Mesir. Setelah menamatkan pengajian di Mesir, mereka kembali ke Tanah Melayu dan memulakan Gerakan Islah di Tanah Melayu yang dikenali sebagai “Kaum Muda”. Gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak di Pantai Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang Berjaya diresapi oleh idea-idea Kaum Muda ini. Kemunculan Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh Kaum Muda di Tanah Melayu adalah berpunca daripada kepincangan sosio-ekonomi masyarakat Melayu itu sendiri. Kesedaran untuk memperjuangkan nasib bangsa Melayu wujud setelah melihat bangsa Melayu yang jauh ketinggalan dari arus kemajuan ekonomi jika dibandingkan dengan kaum pendatang asing khusunya Cina dan India. Situasi ini telah membuka minda orang-orang Melayu agar lebih bersikap optimistik dalam kehidupan. Bangsa Melayu tidak seharusnya terpinggir di bumi sendiri. Oleh itu, orang-orang Melayu harus bangkit dan melengkapkan diri dengan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mereka mampu untuk mencapai kemajuan standing dengan kaum-kaum lain. Empat orang tokoh gerakan ini yang terkenal ialah Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad Al-Hadi, Haji Abas bin Mohammad Taha dan Sheikh Mohammad Salim AlKalali. Para tokoh ini telah menerima inspirasi dari gerakan pemulihan Islam dan gerakan pan-Islamisme yang diasaskan oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin AlAfghani yang tersebar luas dalam majalah Al-Manar di Kaherah pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Setelah tamat pengajian dari Universiti Al-Azhar di Mesir, mereka kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1904 dan berkhidmat dengan Jabatan Agama di Negeri-negeri Melayu. Di Tanah Melayu, mereka mula menyampaikan ajaran Sheikh Muhammad Abduh dan konsep pan-Islamisme melalui akhbar Al-Imam yang mula diterbitkan pada 22 Julai 1906 di Singapura. Lantaran itu, perjuangan yang diperjuangkan oleh Kaum Muda dianggap unik kerana ia tidak melibatkan parti-parti politik mahupun melalui penubuhan persatuan bahkan hanya melalui penerbitan akhbar dan majalah. Al-Imam merupakan sebuah akhbar bulanan yang diterbitkan oleh Kaum Muda di Singapura. Akhbar ini merupakan sumbangan penting dalam pemulihan agama Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. 4
Matlamat utama kaum muda adalah untuk memajukan orang-orang Melayu dan menyeru agar kembali ke ajaran agama yang sebenar berlandaskan al-Quran dan al-Hadis. Di samping itu, Kaum Muda juga menyeru agar orang Melayu menggunakan akal bagi mencari kebenaran dalam mengamalkan kepercayaan agama kerana kemunduran ekonomi hanya boleh dibaiki dengan ajaran Islam yang betul. Antara pembaharuan yang ingin dilaksanakan oleh Kaum Muda ialah: I.
Orang Melayu terutamanya raja dan pembesar Melayu harus menubuhkan persatuan bagi memajukan pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi. Di samping itu, raja dan pembesar-pembesar Melayu perlu memelihara kepentingan orang Melayu.
II.
Menganjurkan sistem pendidikan agama yang lebih liberal berdasarkan hukum yang sebenar. Sistem pendidikan moden hendaklah di ajar merangkumi mata pelajaran bahasa Arab, Inggeris, Sains dan Matematik. Pelajar juga digalakan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
III.
Menggalakkan penggunaan perkhidmatan bank-bank simpanan dan syarikat-syarikat kerjasama bagi mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi.
IV.
Menganjurkan kebebasan yang lebih kepada kaum wanita dalam bidang pendidikan moden serta menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti masyarakat.
V.
Mengingatkan orang Melayu tentang bahayanya mengikut dengan membuta tuli setiap ajaran ulama kampung atau guru agama. Malah digesa meggunakan akal bagi mencari sesuatu kebenaran mengikut al-Quran dan al-Hadis yang menjadi asas hukum Islam.
VI.
Membebaskan masyarakat Melayu daripada belenggu penjajahan. Pendapat ini disuarakan oleh al-Imam yang meminta supaya : “Segala bangsa-bangsa umat Islam di Timur yang mengambil ibadat dan cemburu yang bersungguh-sungguh pada melepaskan dirinya dari perhambaan yang amat hina...”.
Sungguh pun kelahiran Gerakan Islah yang dibawa oleh Kaum Muda jelas membawa pembaharuan dalam pemikiran agama dan politik masyarakat Melayu tetapi mereka terlibat dengan isu kontroversi menentang Kaum Tua terutamanya sikapnya yang menolak pegangan mazhab. Sikap Kaum Muda itu telah mencetuskan perdebatan dengan Kaum Tua yang mempunyai pengaruh kuat di kalangan masyarakat Melayu. Kadangkala persilisihan 5
faham yang wujud di antara mereka berubah kepada tuduh menuduh dan kata mengata yang jauh menyimpang dari tujuan asal mereka untuk mengembang dakwah kepada masyarakat Melayu di Tanah Melayu ini. Disebabkan gerakan Islah mengambil pendekatan yang agak radikal menetang Kaum Tua yang telah lama bertapak di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam lagi, keadaaan ini menyebabkan mereka gagal menjadikan gerakan itu sebagai pegangan masyarakat Melayu ketika itu. Gerakan Islah juga kurang berjaya menyerapkan fahaman Islah kepada masyarakat dan raja-raja Melayu ketika itu. Walhal para ulama tradisional sebelum mereka telah berjaya menyerapkan fahaman mazhab Syafii melalui karya-karya yang ditulis samada saduran atau asli untuk menjadi bahan bacaan mazhab bagi panduan masyarakat awam dalam bidang akidah, ibadah, muamalat dan jenayah.
2.4 Al-Imam Dan Pemikiran Islah Fahaman Islah yang berlaku di Alam Melayu sebenarnya dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu aliran dari Timur Tengah dan aliran dari India. Namun demikian, ternyata fahaman pembaharuan dari Timur Tengah lebih besar pengaruhnya kerana telah dikembangkan dengan gigihnya oleh para lulusan dari Mesir dan Makkah sekitar awal kurun ke-20. Selain itu, media massa berorientasikan pembaharuan yang berupa akhbar dan majalah diterbitkan di luar negara atau di dalam negara turut memainkan peranan yang penting dalam penyebaran Islah di Tanah Melayu4.
Para pelajar Melayu menggunakan
akhbar sebagai media untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu sejak mereka menuntut di Kaherah lagi. Terdapat sebilangan tokoh Islah moden seperti Zaaba yang terpengaruh dengan bahan-bahan penulisan dalam bahsa Inggeris seperti Islamic Review (Britain) dan menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Islamic Review diterbitkan oleh Kamaluddin Khajawa yang berasal dari India dan beraliran mazhab Hanafi.5 Al-Imam adalah bermaksud pemimpin. Jadi al-Imam merupakan majalah bulanan yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1906 oleh para pelajar Melayu, hasil pengaruh penulisan dari Timur Tengah. Kebanyakan artikel yang dimuatkan adalah merupakan hasil terjemahan dan adaptasi dari majalah al-Manar. Pengaruh al-Imam bukan sahaja merangkumi persoalan agama semata-mata malah mencakupi bidang politik dan sosial. Buktinya dapat dilihat daripada skop perbincangannya yang mengandungi bidang pendidikan 4
Siddiq Fadil, Gerakan Islam di Malaysia, hlm. 10. Abdul Halim El-Muhammady, Pengaruh Madhhab Syafii dan Masalah Kaum Muda di Malaysia, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi UKM, 1982, hlm. 3639. 5
6
politik seperti nasionalisme, pan-Islamisme, teguran terhadap politik tradisional, anti kolonialisme dan imperialisme serta perjuangan kemerdekaan6. Namun demikian hayat alImam tidak panjang kerana dihentikan pada tahun 1908. Hayatnya adalah selama dua tahun lima bulan (dari 27 Julai 1906 hingga 25 Disember 1908), namun demikian, ia telah banyak memberi sumbangan dalam kebangkitan awal gerakan Islah di Tanah Melayu. Kelahiran al-Imam jelas membawa pembaharuan dalam pemikiran agama dan politik masyarakat Melayu dengan lahirnya gerakan Islah. Akhbar al-Imam ini mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam pemulihan agama Islam di seluruh Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Menurut sejarahwan Islam iaitu Encik Abdul Aziz bin Mat Toh, berpendapat bahawa al-Imam mengutarakan masalah sosio-ekonomi dan politik. Aspekaspek sosial yang dititikberatkan ialah merangkumi pendidikan orang Melayu, kemajuan madrasah, emansipasai wanita dan perpaduan orang-orang Melayu. Dari aspek politik, alImam menyindir penjajah Inggeris, raja-raja Melayu dan pembesar Melayu. Mereka diingatkan supaya memelihara kepentingan orang-orang Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang disentuh dalam al-Imam antaranya ialah : a) Al-Imam menyentuh soal kezaliman para penguasa dan ketua-ketua agama yang menaikkan cukai ke atas rakyat dengan sewenang-wenangnya. Implikasinya rakyat jelata mewarisi kepapaan, kehinaan dan ketakutan, malah sampai ke tahap syirik khafi (tersembunyi). b) Manakala dalam konteks perjuangan kemerdekaan tanah air, al-Imam telah memaparkan kejahatan penjajahan Barat yang menjajah negara Timur sebagai sejahat-jahat siasah di muka bumi ini. Penjajahan mereka dianggap sebagai perhambaan yang amat hina. Oleh itu, al-Imam menyeru supaya umat Timur berjuang melepaskan diri daripada perhambaan. c) Dalam tajuk ‘Kebangkitan Semula Timur’ al-Imam mengambil pandangan Mustafa Kamal Basya yang mengambil contoh kejayaan negara Jepun sebagai contoh kemampuan bangsa Timur dan kemunculannya berkemungkinan memperkuatkan semula daulat Uthmaniyah dan Timur pada zaman itu. Beliau menegaskan bahawa apabila Jepun maju maka bangsa sebelah Timur akan maju. d) Dalam konteks kelemahan orang Melayu, al-Imam tidak menyalahkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan tetapi sebaliknya kecuaian para ulamak membasmi kemungkaran menyebabkan masyarakat Islam dilanda kejahilan. Orang Melayu juga 6
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 12.
7
dipersalahkan kerana kehidupan mereka yang masih dibelenggu oleh khurafat dan bidaah yang menyebabkan mereka gagal mengatasi cabaran semasa bagi mewujudkan masyarakat Islam yang berdaya saing. Dalam analisa tentang punca terpinggirnya masyarakat Melayu ke kawasan pendalaman yang dilakukan oleh penjajah, al-Imam menegaskan ia berpunca dari sifat malas bekerja, berilmu dan beramal sebagaimana yang dituntut oleh syariah Islam. Namun, fahaman pembaharuan al-Imam yang mereka anuti itu masih disaluti oleh ciri modenisme Barat. Hal ini dapat dibuktikan berhubung dengan kebebasan wanita ditafsirkan menurut perspektif kemodenan ala Barat seperti karya Faridah Hanum. Selain itu, gerakan ini lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Kaum Muda yang terlibat dengan isu pertembungan pemikiran dengan Kaum Tua, terutamanya sikap mereka yang menolak pegangan mazhab7. Sikap Kaum Muda yang radikal itu telah mencetuskan kehebatan perang pena dan perdebatan antara mereka dengan Kaum Tua yang telah kuat mengakar pengaruh mereka di kalangan masyarakat Melayu. Namun, disebabkan gerakan islah mengambil pendekatan radikal menentang Kaum Tua yang sedia mengakar dalam masyarakat Melayu sejak kedatangan Islam lagi, keadaan ini menyebabkan mereka gagal menjadikan gerakan itu sebagai pegangan masyarakat. Gerakan Islah juga kurang berjaya menyerapkan fahaman islah kepada masyarakat dan raja-raja Melayu ketika itu. Sedangkan ulama tradisional telah berjaya menyerapkan kefahaman mazhab Syafii melalui karya-karya yang ditulis sama ada saduran atau asli untuk menjadi bahan bacaan mazhab bagi panduan masyarakat awam dalam bidang akidah, ibadat, muamalat, munakarah dan jenayah. Mereka juga berjaya menjadikan mazhab Syafi’iy sebagai mazhab rasmi negeri-negeri Melayu kecuali Perlis yang terpengaruh dengan aliran gerakan islah.
3.0 Polemik Pemikiran Kaum Tua Dan Kaum Muda 3.1 Definisi Kaum Tua Dan Kaum Muda Kaum Tua Secara umumnya, kaum tua boleh didefinisikan sebagai ulama-ulama tradisional yang berpegang teguh kepada tradisi konservatif atau mempertahankan yang lama. Sesuai dengan pengertian konservatif, ulama-ulama ini sebagaimana biasanya cuma melihat sejarah atau masa lampau sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus 7
Abdul Aziz Mat Ton, Politik al-Imam, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 2000, hlm. 163.
8
dipertahankan. Di dalam banyak perkara, mereka lebih suka mengekalkan status quo sesuatu amalan yang telah lama bertapak di dalam masyarakat. Justeru itu, pendukung kaum tua ini dilihat sering kali bersikap negatif terhadap pembaharuan dan perubahan. Golongan tradisionalis ini sering kali menganggap bahawa kemunduran umat Islam adalah kerana mereka menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran generasi yang lalu serta memutuskan hubungan tradisi mereka untuk mengikuti arus perubahan iaitu godaan syaitan dari barat. Menurut Nik Abdul Aziz bin Nik Hassan memberikan pengertian kaum tua sebagai “… ulama-ulama yang enggan menerima pemikiran yang baru yang bercanggah dengan aliran-aliran pemikiran Islam yang sudah pun berakar umbi di kalangan masyarakat Melayu tempatan…”. Oleh itu, mereka lebih selesa untuk mengurungkan Islam dalam satu benteng tanpa jendela dan pintu keluar, tanpa ruangan terbuka ke arah langit, serta mempertahankan seluruh tradisi yang telah diwarisi oleh nenek moyang tanpa membezakan ajaran Islam yang tulen atau campuran dari pelbagai pengaruh yang lain.
Kaum Muda Sebenarnya Kaum Muda ialah gelaran yang diberikan oleh ulama-ulama tradisional (ulama-ulama Kaum Tua) terhadap beberapa ulama di pantai barat Tanah Melayu, Pulau Sumatra dan Mesir. Gelaran ini diberikan oleh sebab ulama-ulama ini dikatakan cuba membawa sesuatu ciri yang baru di dalam ajaran agama. Kaum Muda yang dinamakan juga ‘salafi’, ‘tajdid’, ‘sunah’ atau dicop juga sebagai ‘wahabi’ yang menginginkan seluruh masyarakat lebih selamat dan hampir kepada al-Quran dan as-Sunah, iaitu dengan cara membawa mereka kepada pegangan Aqidah dan Ibadat yang dipaku dengan dalil sahih tanpa hanya terikat dan taqlid kepada satu aliran atau pendapat saja. Ia satu niat yang amat baik dengan mengembalikan fungsi akal yang dikurniakan Allah SWT serta memurnikan ibadat dari rekaan-rekaan yang dijangkakan boleh menghilangkan sasaran pahala yang diletakkan oleh Rasulullah SAW.
3.2 Sejarah Kaum Tua Dan Kaum Muda Sejarah Kaum Tua Permulaan kedatangan pengaruh Asia barat terhadap alam Melayu boleh dikatakan bermula dengan kepulangan mahasiswa Melayu dari Makah. Hasil dari kesinambungan tersebut maka lahirlah institusi pondok yang memberikan sumbangan terbesar dalam mempamerkan imej dan pengaruh Asia barat di bumi Melayu. Antara pondok-pondok yang 9
cukup terkenal ialah Dala, Bermin, Semela, Dual dan Teluk Manak di Pattani. Pondokpondok tersebut bukan sahaja menjadi tumpuan tempatan, malahan juga penuntut dari luar negeri terutamanya dari kepulauan Nusantara seperti Sri Lanka, Burma, Kemboja, Vietnam, Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia. Manakala ulama-ulama Pattani yang terkenal dan banyak menulis kitab agama dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Arab ialah seperti Syeikh Daud Abdullah al-Fatoni, Sheikh Muhammad Zain al-Fatoni dan Sheikh Zainal Abidin al-Fatoni. Mereka bukan sahaja mengajar di rantau ini malahan berkesempatan mengajar di Masjid al-Haram, Makah. Sistem dan kaedah yang diterapkan di dalam institusi ini ada persamaan dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan dalam kaedah pembelajaran di Masjid al-Haram. Perkara ini terus berkembang hingga sampai ke tanah Melayu seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Pendidikan agama mengalami perubahan dan perkembangan baru sebaik sahaja idea pembaharuan (islah) dari Asia barat terutamanya Masir mulai meluas di kalangan masyarakat Islam pada masa itu. Setelah itu, lahirlah sistem madrasah yang lebih sistematik dan lebih formal dari sistem pondok. Jika ditinjau dari sudut kemasukan Islam ke negeri Kelantan, sejarah mencatatkan bahawa bumi Kelantan mula menerima gema syahadah sebelum abad ke-12 Masihi lagi. Hal ini dibuktikan dengan penemuan dinar di Kota Kubang Labu, Pasir Pekan, Kelantan. Manakala dari sudut mazhab, jelas bahawa umat Islam di Kelantan sejak dahulu lagi berpegang teguh kepada mazhab Syafi’e, bacaan al-Quran menurut riwayat Hafiz dan bunyi sebutan yang tidak ada beza dengan sebutan lidah Arab. Oleh yang demikian, dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa umat Islam di Kelantan telah terlebih dahulu menerima aliran pemikiran Kaum Tua sebelum berlakunya polemik dengan Kaum Muda. Jadi terdapat beberapa ulama yang kuat berpegang teguh dengan aliran kaum tua ketika perkembangan pendidikan Islam di Kelantan iaitu Haji Noh Penambang, Haji Yaakub Legor (1892-1971), Haji Mahmud/ Zuhdi, Osman Jalauddin al-Kelantani (1880-1952). Kemudian timbulnya juga ulama-ulama kaum tua yang lain iaitu Fathullah Suhaimi, Syeikh Sulaiman Ar-Rasuli, Abu Bakar Muar, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Datuk Saiyid Alwi bin Thahir al-Haddad dan Syeikh Abdullah Fahmi. Kaum Tua telah menerbitkan akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah Benar’ bagi menentang idea pembaharuan yang cuba ditonjolkan oleh Kaum Muda.
Sejarah Kaum Muda
10
Menurut sejarah, pertumbuhan aliran kaum Muda ini dikatakan bermula pada abad ke-17 dan 18 Masihi iaitu merujuk kepada peranan Muhammad bin Abdul Wahhab (17031787). Namun sebenarnya aliran reformasi ini bermula ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah (1263-1328) yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai “the first and greatest Muslim reformer”. Perkembangan aliran reformis di peringkat dunia adalah diwarnai dengan kemunculan beberapa orang tokoh yang dianggap sinonim dengan gerakan ini iaitu Jamaluddin al-Afghani (1838M-1897M), Sheikh Muhammad Abduh (1849M-1905M) dan Rasyid Redha (1865M-1935M). Jadi pemikiran tokoh-tokoh ini akhirnya mempengaruhi beberapa orang ulama Melayu yang menuntut di Timur Tengah pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 208. Dalam konteks Tanah Melayu, sebenarnya gerakan Kaum Muda ini bermula dari Selatan iaitu Singapura seterusnya merebak ke Pantai Barat dan Kelantan adalah lokasi terakhir yang berjaya diresapi oleh idea-idea Kaum Muda.
Antara tokoh-tokoh yang
disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1869-1956), Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934), Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah al-Manar dari sudut semangat dan prinsip perjuangannya. Selain itu, terdapat juga tokoh lain iaitu Dr. Burhanuddin al-Hilmi, Haji Abbas Taha dan Za’ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran Kaum Muda. Perjuangan mereka ini diteruskan dan hasilnya tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 1934 oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan Asia barat. Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang diperjuangkan oleh golongan kaum muda, malah telah menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kestuan Melayu Muda (KMM). Penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 turut memberikan ancaman dan kesan terhadap penjajah ketika itu dan disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya adalah untuk memerdekakan Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka.
3.3 Isu Pertembungan Kaum Tua dan Kaum Muda
8
Abdul Halim El-Muhammady, Pengaruh Madhhab Shafii dan Masalah Kaum Muda di Malaysia, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, Bangi UKM, 1982, hlm. 42.
11
Serangan pemikiran Barat terhadap negara-negara Islam pada awal abad kedua puluh telah menimbulkan pertarungan pemikiran antara golongan tradisional dengan golongan moden di kebanyakan negara-negara Islam yang baru merdeka ketika itu. Pemikiran kaum muda yang membawa aliran gerakan Islah dari Timur Tengah ternyata membawa mereka aliran faham pemikiran moden Barat. Aliran pemikiran Islah adalah berpunca daripada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh dengan pemikiran dan tulisannya dikatakan jelas menayangkan cita-cita dan selera Barat. Manakala di Tanah Melayu, Syed Syeikh al-Hadi (1867-1934M) amat kuat terpengaruh dengan karya Muhamad ‘Abduh dan Qasim Amin yang memperjuangkan hak wanita atau emansipasi wanita dan ini dapat dikesan melalui hasil karyanya iaitu Hikayat Faridah Hanum dan bukunya, Alam Perempuan9. Kaum Muda begitu cenderung terhadap penolakan tasawuf secara menyeluruh meskipun pada dasarnya hal itu dilakukan dalam rangka pembanterasan terhadap penyelewengan dan kekarutan dalam tasawuf. Pendekatan radikal mereka di Hijaz dan gerakan islah oleh Afghani ‘Abduh di Mesir. Sebaliknya, Kaum Tua atau golongan ulama tradisional pula mengambil sikap tertutup terhadap pemikiran Barat. Mereka begitu kuat mempertahankan pemikiran tarekat dalam menghadapi cabaran penjajah dan sejarah anti-British membuktikan bahawa pengaruh terekat digeruni oleh penjajah dan merupakan sumber kekuatan bagi umat Islam10. Sikap uzlah (pengasingan) ulama terhadap pengaruh pemikiran Barat secara berterusan itu ternyata tidak begitu tepat kerana pengaruh Barat tetap mempengaruhi dan menguasai masyarakat Islam dalam bentuk yang berlainan. Sikap uzlah mungkin sesuai ketika berlakunya penjajahan demi untuk menyelamatkan keislaman masyarakat Melayu. Pendekatan menyaring pemikiran Barat melalui kaca mata Islam amat diperlukan ketika itu untuk menghindarkan kejumudan dalam kemajuan masyarakat Melayu. Pertentangan antara dua golongan tersebut telah mengakibatkan perpecahan di kalangan ulama dan masyarakat Melayu di samping itu melambatkan perjuangan umat Melayu membebaskan diri daripada belenggu penjajahan dan pemikiran Barat. Kaum Tua berpusat di pondok-pondok manakala Kaum Muda berpusat di madrasah-madrasah. Kemunculan institusi madrasah yang diperkenalkan oleh Kaum Muda itu sebenarnya telah menjadi salah satu faktor kemerosotan institusi pondok di Malaysia. Tambahan, sistem pondok itu sendiri ternyata kurang cergas dalam memperkembangkan cara berfikir dan berhujah mengenai isu-isu semasa dan masalah umum yang dihadapi oleh orang Melayu. 9
Talib Samat, Syed Syeikh Al-Hadi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1992, hlm. 94. 10 Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Anti-Penjajah Di Malaysia (1511-1950), hlm. 139140.
12
Kejayaan utama gerakan Islah ialah memberi nafas baru kepada Islam dengan mengasaskan madrasah-madrasah agama dengan lebih sistematik dan tersusun. Terdapat sekolah-sekolah Arab moden telah berkembang pada awal abad ke-20 akibat daripada gerakan Islah di Timur Tengah dan pengaruhnya di kalangan masyarakat Melayu. Di antara madrasah yang terawal ialah Madrasah al-Iqbal di Singapura, Madrasah al-Masyhur alIsamiyyah di Pulau Pinang, Ma’had al-Ihya’asy-Syarif di Semenggol Perak. Penubuhan madrasah-madrasah berkenaan adalah merupakan langkah bijak untuk berhadapan dengan pengaruh Barat. Hasil daripada keluaran madrasah tersebut telah lahir pemimpin agama seperti Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari, Haji Abbas Muhamad Taha yang meneruskan perjuangan gerakan islah setelah pulang dari Makkah dan Universiti AlAzhar, Mesir. Pertentangan antara Kaum Tua dan Kaum Muda menjadi agak reda apabila wujud keadaan survival bagi mempertahankan kepentingan hak dan kedaulatan umat Melayu. Sebenarnya, penjajahan Inggeris telah mengemukakan gagasan Malayan Union yang membawa implikasi pencabulan hak dan kedaulatan bangsa dan raja-raja Melayu. Cadangan Malayan Union dikemukakan pada 10 Oktober 1945 oleh parlimen British di London. Sir Harlod Mac Michael telah datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan persetujuan semua Raja-Raja Melayu supaya menyerahkan kuasa politik mereka kepada British. Melalui perjanjian tersebut, Pulau Pinang, Melaka dan sembilan buah negeri-negeri Melayu yang lainnya disatukan di bawah Malayan Union. Pada 29 dan 30 Mac 1946 satu persidangan khas anjuran Kongres Melayu SeMalaya diadakan di Kuala Lumpur. Jadi buat pertama kalinya dalam sejarah nasionalisme Melayu, orang Melayu lantang mengetepikan kepentingan kenegerian dan bersatu padu menentang rancangan Malayan Union. Kongres tersebut telah berjaya menggabungkan 41 pertubuhan Melayu pada masa itu dan telah mendapat kata sepakat daripada semua bahawa tidak menerima cadangan penubuhan Malayan Union. Gagasan ini telah menimbulkan reaksi penentangan berbagai-bagai-bagai golongan, wadah dan aliran umat Melayu. Penentangan ini menenggelamkan isu khilafiah yang menjadi ketegangan antara Kaum Tua dengan Kaum Muda, malah golongan yang memperjuangkan Islam juga tidak ketinggalan menyertai penentangan ini11.
4.0 Pemikiran Gerakan Islah Dalam Politik Melayu
11
Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah Di Timur Tengah dan Di Malaysia, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor, UITM, 2006, hlm. 42.
13
Pemikiran Islah dalam politik Melayu telah tersebar selepas perang dunia ke 2. Selepas perang dunia tamat telah muncul satu kumpulan politik yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945. Namun begitu sebelum PKMM ditubuhkan telah terdapat sebuah persatuan iaitu Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang telah diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaacob pada tahun 1937. Sejarah politik tanah air telah menyatakan bahawa PKMM merupakan sebuah parti politik yang berhaluan kiri kerana sifat perjuangan parti ini yang merupakan sebuah parti yang anti kepada penjajahan. Selama penubuhan PKMM, parti ini telah berjaya menubuhkan beberapa parti yang lain bagi menyokong ideologinya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), dan juga Barisan Tani Se Malaya (BATAS)12. Selepas perang dunia, terdapat sebuah parti politik yang ditubuhkan di Tanah Melayu bertujuan untuk memerdekakan Tanah Melayu. Parti politik tersebut ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar dan telah ditubuhkan pada 11 Mei 194613. Hasil daripada penubuhan UMNO ini dan dengan semangat kebangsaan yang tinggi telah menyebabkan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk. UMNO juga telah bekerjasama dengan PKMM untuk kemerdekaan Tanah Melayu. Namun keadaan ini telah mendatangkan kerisauan pihak British kerana ideologi yang dibawa oleh PKMM. Keadaan ini telah menyebabkan British membuat perancangan untuk memutuskan kerjasama antara UMNO dan PKMM dan akhirnya rancangan British telah berjaya. Setelah itu UMNO telah bekerjasama dengan British dan PKMM pula telah berjuang secara bersendirian. Selepas perang dunia kedua juga, Gerakan Islah telah berjaya menubuhkan MATA pada tahun 1947. Pada 17 Mac 1948 pula, PKMM telah berjaya menubuhkan Hizbul Muslimin. Hizbul Muslimin ini ditubuhkan bertujuan untuk mencari golongan ulama untuk dijadikan pengikut dan mereka merupakan pertubuhan yang bergerak dibawah PKMM. Mereka mempunyai dasar yang tertentu iaitu membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajah, membentuk negara Islam sejagat, dan yang terakhir ialah untuk membentuk Tanah Melayu sebagai sebuah negara Darul Islam. Keadaan ini telah jelas menunjukkan bahawa dasar mereka bertentangan dengan dasar British di Tanah Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan Hizbul Muslimin diharamkan oleh British selepas beberapa bulan penubuhannya.
12
Zainal Abidin Abdul Wahid, MALAYSIA Warisan dan Perkembangan, Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 298. 13 Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 334.
14
Namun begitu, Hizbul Muslimin juga mempunyai konflik dengan UMNO kerana mereka tidak menyokong UMNO pada waktu itu yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Keadaan ini telah menyebabkan Dato’ Onn menyelar pertubuhan ini sebagai berbahaya. Keadaan ini telah jelas menunjukkan bahawa jurang antara pejuang-pejuang kemerdekaan Melayu adalah sangat berbeza antara satu sama lain. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh pendidikan yang mereka terima adalah tidak sama iaitu ada yang daripada negara barat dan ada yang daripada negara Timur Tengah. Para pemimpin gerakan islah kebanyakannya menerima pendidikan daripada Timur Tengah manakala para pendukung gerakan nasionalis iaitu UMNO menerima pendidikan daripada negara barat. Keadaan ini menunjukkan bahawa corak pimpinan mereka adalah sangar berbeza. Selain itu, pengaruh gerakan islah boleh dikatakan semakin berkembang kerana terdapat ulama dalam UMNO yang bertindak keluar parti kerana tidak bersefahaman dengan UMNO mengenai badan ulama parti itu. Rentetan daripada peristiwa tersebut telah menyebabkan tertubuhnya Persatuan Islam Se Malaya (PAS) pada 25 November 1951 di Butterworth. Dengan tertubuhnya parti PAS ini telah menunjukkan bahawa pimpinan ulama semakin diterima oleh masyarakat Tanah Melayu pada waktu itu. Pada awal penubuhannya, PAS telah mendukung faham kesempurnaan Islam sebagai ad-din wa ad-dawlah-agama dan pemerintahan14. PAS merupakan sebuah parti politik yang membawa perjuangan Islam iaitu yang berlandaskan kepada al-Quran dan Sunnah Nabi. Parti ini telah mendukung kaedah pimpinan yang berteraskan kepada salafiah dengan bermodel generasi awal Islam. Parti Pas mendapat sokongan daripada golongan ulama tradisional dan juga masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama Islam dan mempunyai ideologi yang sama seperti mereka. Mereka juga mendapat sokongan daripada masyarakat pondok untuk membantu menyebarkan ajaran mereka selain daripada golongan ulama dan juga guru-guru agama. Namun begitu, walaupun PAS
telah diasaskan oleh gerakan islah namun pengaruh
daripada Kaum Muda sudah terhakis kerana Kaum Tua telah mengambil alih pergerakan politik yang berteraskan agama Islam.
4.1 Kesan Kemunculan Gerakan Islah Kemunculan Gerakan Islah telah memberikan pelbagai implikasi kepada rakyat dan juga kepada Tanah Melayu khususnya. Hal demikian ini kerana perjuangan yang dibawa oleh Gerakan Islah adalah bersifat radikal dan mudah diterima oleh rakyat Tanah Melayu 14
Bacthiar Djamily, Kenapa PAS Boleh Jadi Pas, Derma Refleswaty, Petaling Jaya, 1976, hlm. 76.
15
khususnya orang Melayu. Sebagai contohnya Gerakan Islah telah mencetuskan semangat kebangsaan dalam kalangan orang Melayu. Semangat kebangsaan ini telah dibawa oleh golongan pelajar Tanah Melayu yang mendapat pendidikan di Timur Tengah khususnya di negara Mesir. Kebanyakan golongan pelajar ini telah terpengaruh dengan idea pemulihan Islam ketika berada di sana dan mereka telah memulakan Gerakan Islah setelah kembali ke Tanah Melayu. Selain itu juga, gerakan islah juga telah mengugat kedudukan British di Tanah Melayu. Hal demikian ini kerana Gerakan Islah telah menentang dasar yang dibawa oleh penjajah British secara terbuka. Keadaan ini secara tidak langsung telah mempupuk semangat anti British dalam kalangan orang Melayu. Keadaan ini telah menyebabkan British berasa terancam dengan kedatangan gerakan islah ini dan telah mengambil tindakan yang drastik bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. Sebagai contoh, British telah mengharamkan Hizbul Muslimin kerana perjuangan parti ini bertentangan dengan ideologi yang dibawa oleh British. Selain itu juga, gerakan islah juga telah melahirkan beberapa tokoh islamiah yang sangat penting di Tanah Melayu iaitu Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Syeikh Mohd Tahir Jalaludin, Syeikh Mohd Salim al-Kalali, dan Haji Abbas Mohd Taha. Kesemua
tokoh
Islam
ini
memainkan
peranan
yang
sangat
penting
di
dalam
memperjuangkan gerakan islah di Tanah Melayu. Selain itu, kesan daripada gerakan islah juga ialah dengan penubuhan madrasah. Madrasah ini menjalankan sistem pendidikan Islam yang meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti pendidikan fardu ain, ilmu hisab dan juga bahasa Inggeris. Selain itu, madrasah ini juga memberi peluang kepada kaum wanita untuk mendapatkan pendidikan. Walaupun mendapat tentangan daripada British, namun ianya tidak sepenuhnya dapat menghalang gerakan islah dalam kalangan masyarakat Melayu. Antara contoh madrasah yang ditubuhkan ialah Madrasah al-Iqbal alIslamiyah, Singapura, Madrasah Idrisiah Kuala Kansar, dan Madrasah al-Ihya as-Syariff Gunung Semanggol, Perak15. Selain itu, antara kesan lain kemunculan gerakan islah ialah, penerbitan majalah dan juga akhbar. Tujuan gerakan islah menerbitkan majalah dan akhbar sendiri adalah bertujuan untuk
menyebarkan
ideologi
mereka.
Dengan
cara
ini,
ianya
diharapkan
dapat
menyampaikan maklumat dengan cara yang mudah dan cepat. Selain itu, melalui akhbar dan majalah juga mereka dapat mengutuk pemerintahan British dan menyeru rakyat Tanah Melayu pada waktu itu untuk menyokong ideologi mereka. Antara contoh akhbar dan majalah yang popular ialah Al-Imam, Neracha, Saudara, dan Al-Ikhwan. 15
Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, Transformasi Gerakan Islah dan Dakwah Di Timur Tengah dan Di Malaysia, Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Selangor, UITM, 2006, hlm. 40.
16
Kemunculan gerakan islah juga telah menyebabkan telah tertubuhnya beberapa organisasi parti politik. Kebanyakan parti politik ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Akan tetapi mereka membawa ideologi politik mereka masing-masing. Kebanyakan parti politik yang dibawa oleh gerakan islah mempunyai persamaan kerana mereka membawa ajaran Islam sebagai teras perjuangan mereka. Sebagai contoh beberapa parti politik ialah Hizbul Muslimin, PAS, dan juga Majlis Tertinggi Agama.
5.0 Tokoh- Tokoh Pelopor Gerakan Islah 5.1 Tokoh Kaum Muda Sheikh Muhammad Tahir Jalauddin Nama penuhnya Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad atau dikenali dengan gelaran Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari merupakan tokoh bidang Falak Syari yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut di rantau tanah Melayu ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di kalangan alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan. Beliau dilahirkan pada hari Selasa 4 Ramadhan 1286 Hijrah bersamaan 7 November 1869 di Ampat Angkat, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatra Barat. Bapanya seorang ulama dikenali sebagai Sheikh Muhammad
datuknya keturunan bangsawan Minangkabau bernama Tuanku Ahmad
Jalaluddin. Beliau yatim ketika kecil lagi dan dibesarkan oleh keluarga pihak ibunya dan apabila berumur hampir 12 tahun, telah dihantar ke Makkah untuk belajar dan mendalami ilmu-ilmu agama Islam. Beliau berada di Makkah selama lebih 12 tahun. Di antara bidangbidang yang telah beliau perolehi dan perdalami ialah ilmu-ilmu al Qur'an, Hadith, Tauhid, Fiqah, Usul Fiqh, Nahu, Saraf, Bayan, Ma'ani, Badi', 'Arudh, Mantiq, Tafsir, Hisab Handasah dan Falak. Beliau menjadi Hakim Besar Mahkamah Syariah di Taiping, kemudiannya di lantik sebagai Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan selama 3 tahun semasa zaman pemerintahan Sultan Idris. Walau bagaimanapun, fatwa-fatwa Sheikh Tahir tidak diterima oleh ulama golongan 'Kaum Tua'. Beliau berkhidmat dengan negeri Johor Darul Takzim pada tahun 1335 H. (1914 M.), sebagai Pendidik dan Nazir sekolah-sekolah agama Johor selama 4 tahun; dan sekali lagi selama 3 tahun (1346-49 H/ 1925-28 M.). Dalam lingkungan masa yang sama, beliau sempat berkhidmat sebagai guru besar di Madrasah Haji Muhammad Taib, di Parit Jamil, Muar, Johor. Dalam dunia pendidikan Sheikh Tahir sentiasa mempunyai pemikiran dan pandangan yang jauh ke hadapan daripada pemikiran semasa dalam 17
zamannya. Sheikh Tahir pernah bermastautin di Singapura untuk memberi sumbangan penulisan dan penerbitan majalah ‘Al-Imam’. Beliau berkhidmat di Madrasah Al-Masyhoor Pulau Pinang sebagai Pendidik dan Pengetua selama 3 tahun (1341-44 H./ 1920-23 M.), kemudian pulang ke Kuala Kangsar. Sheikh Muhammad Tahir telah melahirkan karya-karya yang meliputi beberapa bidang. Yang paling penting dari sudut Falak Syar'i ialah kitab Natijatul'Umur (diterbitkan pada tahun 1357 H/ 1936 M.) iaitu kira-kira untuk Taqwim Hijrah dan persamaannya dengan Taqwim Miladi (Masehi), hala kiblat, dan waktu solat untuk sepanjang zaman dan Kitab Jadual Pati Kiraan iaitu panduan untuk menentukan waktu solat dan arah kiblat berserta logarithms untuk mengiranya (diterbitkan pada tahun 1362 H/ 1941 M.). Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat 21 Rabiulawal 1377 (bersamaan 26 Oktober 1956) pada usia 87 tahun, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Baru, Kuala Kangsar, Perak
Syed Sheikh AL- Hadi Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi telah dihantar ke Riau oleh keluarganya ketika berusia empat belas tahun untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga ulama iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama. Sekembalinya beliau dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dua tahun kemudiannya dia menjadi pendakwa di mahkamah Syariah Johor Baharu sehingga 1915. Dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana minatnya dalam bidang perguruan, kewartawanan dan penulisan. Dia nampak hanya melalui penulisan dia boleh mengembangkan ideologinya dan menaikkan semangat Islam di kalangan orang Melayu. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi pada tahun 1915 di Melaka dan Madrasah Al-Mashur pada tahun 1926 di Pulau Pinang. Syed Shikeh Al-Hadi adalah sinonim dengan ‘Hikayat Faridah Hanum’ kerana itulah ukuran komitmennya dalam bidang sastera. Hikayat adalah novel pertama yang diperkenalkan kepada alam sastera Melayu. Antara peranan yang dimainkan oleh Syed Sheikh Al-Hadi dalam dunia kesusteraan Melayu ialah beliau cuba mencernakan pemikiran dan menyedarkan bangsa Melayu tentang isu ekonomi dan pejuangan anak watan. Dia menggunakan majalah dan akhbar yang dipimpinnnya iaitu ‘Al-Ikwan’ dan ‘Saudara’ untuk menyebarkan fikrahnya. Dalam novelnya, Syed Sheikh menyeru agar orang Melayu bersedia untuk menghadapi perubahan. 18
Sumbangan Syed Syeikh Al-Hadi dalam pendidikan Islam di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang mendalam dan hasil pemikiran kritisnya melahirkan pembaharuan dalam gerakan Islam di Malaya. Penubuhan madrasah yang dipeloporinya berhasil memberi pukulan kepada sistem pendidikan sekular oleh penjajah Inggeris di Tanah Melayu. Syed Syeikh Al-Hadi meniggal dunia pada Februari 1934 di Pualu Pinang. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir Abu Bakar bin Mohd Said dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. Al-Baqir yang bermakna "amat pintar" adalah gelaran yang diberikan oleh gurunya kerana kepintarannya dalam pelajaran sejak kecil lagi. Sehingga kini beliau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir . Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Gunung Semanggol dan pada tahun 1919 di Pondok Ar-Rahmaniah. Pada tahun 1924 di Pondok Da'irat Al-Ma'arif, Kepala Batas, Seberang Perai Utara. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir meneruskan pelajaran agama di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar dan kemudian menjadi ustaz pelatih di sekolah tersebut. Sejak muda, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah bergiat cergas dalam perbagai persatuan separa-politik dan pertubuhan politik Melayu seperti
Persatuan Melayu Pulau Pinang,
Persatuan Melayu Perak, Persatuan Sunligh Taiping, Kelab Saadat Kuala Kangsar, Kesatuan Melayu Muda (KMM). Penglibtannya dalam persatuan-persatuan inilah yang menyebabkan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir amat rapat dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan pemimpin PKMM, Dr. Burhanuddin Al-Helmy. PKMM ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di lpoh, Perak Usaha Pembaharuan Pada akhir tahun 1920an, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah membuka kelas pendidikan Islam bernama Kanzal Ma'arif. Berlainan dengan sistem
menadah kitab yang diamalkan
pada masa itu, kelas-kelas
ini
memperkenalkan sistem perbincangan dan perbahasan bahan-bahan pengajian ilmu pengetahuan. Pada peringkat ini juga Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah terdedah dengan pemikiran Kaum Tua dan Kaum Muda Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir telah dilantik sebagai penasihat kanan dalam persatuan Majlis Agama Tinggi atau MATA juga ditubuhkan pada tahun 1947. Kemahuan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir untuk mendirikan Al-Ehya bertambah kuat apabila masih kurang madrasah yang menekankan pendidikan dunia dan Akhirat di Kawasan Kerian, Perak. Untuk tujuan tersebut, beliau melepaskan jawatannya di Pondok Idrisiah, Kuala Kangsar. Ustaz Abu Bakar Al-Baqir mendirikan Al-Ehya di Gunung Semanggul kerana berpandangan tidak sesuai baginya untuk memajukan bangsa jika terikat dengan iklim istana. Lagipun, para ulamak di Idrisiah amat condong kepada kemahuan status quo golongan tradisional aristokrat diraja. 19
5.2 Tokoh Kaum Tua Syeikh Ahmad Khatib Al-Minankabawi Beliau dilahirkan di Minangkabau, Sumatera Barat. Beliau awal apabila
Mendapat pendidikan
memasuki sekolah pemerintah Belanda di Minangkabau selain menerima
pendidikan agama daripada keluarga sendiri. Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau adalah seorang yang berpendirian keras dan radikal, sungguhpun beliau menguasai banyak bidang ilmu, namun beliau masih tetap berpegang pada Mazhab Syafie dalam fikah dan penganut Ahli Sunnah wal Jamaah mengikut Mazhab Imam Abu Hasan al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dalam akidah. Sebagai contoh, dalam pertikaian dua orang muridnya yang berbeza pendapat. Dimana seorang berpihak kepada `Kaum Tua', iaitu Syeikh Hasan Ma'sum Dan seorang lagi berpihak kepada `Kaum Muda', beliau ialah Haji Abdul Karim Amrullah. Ternyata bahawea Syeikh Ahmad Khatib berpihak kepada Syeikh Hasan Ma'sum . Bahkan dalam satu kenyataannya Syeikh Ahmad Khatib Minangkabau menolak sumber asal pegangan Haji Abdul Karim Amrullah
yang menurut beliau telah terpengaruh dengan
pemikiran Ibnu Taimiyah yang ditolak oleh golongan yang berpegang dengan mazhab.
Abu Bakar Muar .
Beliau dilahirkan pada tahun 1292 Hijrah/1875 Masihi, dan meninggal pada tahun
1357 Hijrah/1938 Masihi. Selama 34 tahun beliau berada di Mekah untuk menuntut ilmu, iaitu ketika usianya enam tahun (1881 M/1299 H.) dan pulang ke tanah air pada tahun 1915 Masihi. Nama sebenar beliau ialah ialah Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh. Abu Bakar merupakan benteng pertahanan Kaum Tua, sedangkan Syeikh Tahir Jalaluddin adalah pelopor pergerakan Kaum Muda. Abu Bakar juga mengarang risalah menolak pendapat Hasan Bandung. Sebuah lagi karyanya di dalam bahasa Arab juga menolak beberapa pendapat Sayid Rasyid Ridha, ulama Mesir, tokoh reformis yang sangat terkenal. Karya-karya Abu Bakar Muar yang bercorak polemik dengan Syeikh Tahir Jalaluddin yang telah ditemui ialah Taman Persuraian, ditulis pada 6 Ramadan 1346 Hijrah/1927 Masihi di Muar, Bandar Maharani. Abu Bakar al-Muari adalah 20
Qadi Muar dan pernah menjadi Mufti Johor, selama seminggu sahaja. Bersama-sama Abdullah bin Isa, Syed Abdul Qadir bin Muhammad, Abdus Syukur bin Ismail, Yusuf bin Muhammad, Syed Muhammad bin Othman bin Yahya, Haji Muhammad Yunus bin Haji Ibrahim dan Haji Abu Bakar bin Haji Hasan, mereka menggubal `Undang-Undang Jam`iyah Percadangan’.
Sheikh Fadhlullah As-Suhaimi Sheikh Fadhlullah Suhaimi merupakan anak kepada Sheikh Muhammad Suhaimi, wali Allah yang dipercayai oleh pengikut Kumpulan Al-Arqam yang akan muncul sebagai Imam Mahdi. Sheikh Fadhlullah Suhaimi dilahirkan pada 1886 di Singapura dalam sebuah keluarga ulamak yang berketurunan Ba'lawi Bani Basyaiban yang berasal dari Hadhralmaut. Selepas mendapat pendidikan asas daripada bapanya, Kiyai Agung Sheikh Muhammad bin Abdullah Suhaimi, beliau telah berangkat ke Makkah untuk mendalami ilmu agama. Menjelang Perang Dunia Pertama, Sheikh Fadhlullah Suhaimi sudah belajar di Universiti alAzhar, Mesir. Selepas kembali ke Singapura beliau menerbitkan kitab-kitab agama dan menerbitkan majalah 'Jasa' di Johor Bahru. Beliau juga mengasaskan Kulliyyah al-Attas di Johor Bahru atas dorongan Datuk Syed Hassan Ahmad al-Attas pada 1931. Pada 1937, beliau membuka Kulliyyah al-Firdaus yang mengajar tafsir dan fiqh di Singapura sehingga awal 1942 yang terhenti akibat Perang Jepun. Sheikh Fadhlullah Suhaimi mula menonjol dalam perdebatan Kaum Muda dengan Kaum Tua yang tercetus sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Beliau yang mendukung fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah bertentangan pendapat dengan Sheikh Hassan Ahmad atau terkenal sebagai Hassan Bandung yang dikatakan mendukung pemikiran Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim. Melalui majalah 'Pembela Islam' dan kitab Soal Jawab, Hassan Bandung melontarkan pemikiran-pemikiran baru Islam yang dianggap bertentangan dengan Kaum Tua. Sheikh Fadhlullah kemudian menghasilkan 'Buah Kulliyyah al-Attas' untuk menjawab pemikiran Hassan Bandung. Selain itu juga, beliau telah menghasilkan lebih 35 buah karya agama dalam pelbagai bidang seperti fiqh, tafsir, tauhid, sejarah, pemikiran Kaum Muda dan lain-lain, serta menterjemahkan kitab "al-Munjid" yang diterbitkan di Jakarta. Beliau juga dikatakan berjaya menghasilkan sebuah tafsir al-Quran. Tumpuan kegiatan dakwah beliau banyak terfokus kepada usaha-usaha membangunkn semula umat Islam seperti zaman kegemilangan dahulu. Beliau turut terlibat dalam gerakan tariqat kerana ayahnya sendiri adalah pengasas Aurad Muhammadiyah yang terkenal itu.
21
6.0 Kesimpulan Gerakan Islah adalah merupakan suatu dakwah atau seruan yang bertujuan menyeru seluruh umat Islam supaya kembali menjadikan al-Quran dan as-Sunah sebagai panduan hidup atau cara hidup yang sempurna dan menyeluruh dalam pelbagai bidang kehidupan mereka. Jadi tujuan tersebut adalah merupakan misi utama gerakan islah atau dakwah sama ada di Timur Tengah dan Alam Melayu. Oleh itu, bagi mencapai matlamat yang murni tersebut, perlu ada para muslihun yang kompeten memperjuangkannya baik secara individu mahupun secara kolektif agar kebangkitan Islam benar-benar menjadi kenyataan. Kebangkitan Islam yang dicetuskan oleh gerakan Islah dan dakwah di Timur Tengah jelas membawa perubahan kepada gerakan Islah dan dakwah di Alam Melayu.
Jika dilihat
pengaruh gerakan islah yang muncul di Timur Tengah telah menjadikan al-Quran dan asSunah sebagai sumber kekuatan perjuangan mereka menegakkan Islam. Seruan islah yang digerakkan oleh al-Afghani Abduh di sana menjadi sumber inspirasi para Muslim di Alam Melayu untuk menegakkan islah di tanah air mereka sekali gus menjadi faktor penggerak untuk menentang penjajahan Barat terutama di awal abad ke-20. Pada awal tahun 1920-an, Mesir telah menjadi pusat orang Melayu mendapatkan sumber ilmu agama dengan belajar di Universiti al-Azhar. Jadi belia-belia Melayu yang pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu mainkan peranan setelah kembali ke tanah air iaitu telah mencorakkan peradaban masyarakat Melayu. Melalui peranan yang mereka mainkan ideaidea baru telah dibawa masuk seperti idea islah, idea kemajuan dan sebagainya yang memberikan acuan baru kepada masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu yang terdedah kepada idea ini telah menjadikan mereka masyarakat yang lebih mampu membina jati diri yang boleh dijadikan model. Malah melalui gerakan ulama yang dikenali sebagai Kaum Tua yang bertembung dengan gerakan salafiah moden yang dikenali dengan Kaum Muda telah memberi kesan dalam perjuangan masyarakat di Tanah Melayu. Hasil daripada gerakan Islah yang berlaku di tanah Melayu ini telah mewujudkan fenomena perkembangan politik Melayu yang akhirnya mewujudkan Hizbul Muslimin. Matlamat penubuhan adalah untuk membebaskan bangsa Melayu dan Tanah Melayu daripada penjajah serta membentuk negara Islam sejagat. Jadi Hizbul Muslimin merupakan asas pembentukan parti Islam dalam sejarah perkembangan politik Melayu di Malaysia yang akhirnya wujud parti-parti lain berjuang untuk mencapai kemerdekaan.
22
Bibliografi
Abdul Aziz Mat Ton, 2000. Politik Al-Imam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka. Abdul Halim El-Muhammady, 1982. Pengaruh Madhhab Shafi dan Masalah Kaum Muda di Malaysia. Bangi : Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, UKM. Ahmad Zaki Hj Abdul Latiff, 2006. Transformasi Gerakan Islah Dan Dakwah Di Timur TengahDan Di Malaysia. Selangor : Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UITM. Azyumardi Azra, 1994. Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad Ke-17 dan Ke-18. Bandung: Penerbit Mizan. Bacthiar Djamily, 1976. Kenapa PAS Boleh Jadi PAS. Petaling Jaya : Derma Refleswaty. Ishak Saat, 2007. Sejarah Politik Melayu Pelabagai Aliran, Shah Alam. Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Mohd Isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur :Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Talib Samat, 1992. Syed Syeikh Al-Hadi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. MALAYASIA Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sumber Internet : Muhammad Uthman El-Muhammady dalam artikelnya, “Fiqh Ad-Dakwah: Mengislah Ummah Awlawiyyat Gerakan Islam” dlm.http://www.abim.org.my/minda_madani/modules bertarikh : 28 Feb 2011
23