3.2
Metodologi Metodologi Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji menekankan kepada penggunaan model ADDIE dalam membangunkan produk ini. Model ADDIE merupakan antara model reka bentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model-model reka bentuk instruksi yang lain. Model ini juga merupakan model berorientasikan produk. Perkembangan produk ini dibahagikan kepada lima fasa iaitu fasa Analysis Analysis (Analisis), Design Design (reka bentuk), Development (Pembangunan), Implementation Implementation (Pelaksanaan) dan Evaluation Evaluation (Penilaian). Model ini telah diubahsuai untuk memenuhi keperluan spesifikasi pembangunan produk. Berikut merupakan model ADDIE pada jadual 3.1 :
Jadual 3.1 : Model ADDIE Fasa
Analy Analysis
Penerangan
Fasa yang menyelesaikan dan mengenalpasti masalah secara keseluruhan.
Design D evelopme evelopment nt
Fasa pelaksanaan selepas proses analisis keperluan selesai. Fasa pembangunan produk dengan menggunakan bagan yang sesuai.
I mplem mpleme entation ntation
Fasa untuk menguji keberkesanan serta masalah-masalah yang mungkin berlaku dalam fasa rekabentuk dan pembangunan.
E valuat valuatii on
Fasa untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap keseluruhan produk.
Menurut Jansak (2001), model ADDIE adalah model yang genarik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk proses merekabentuk instruksi dan menyediakan pereka bentuk dengan satu rangka kerja yang teratur untuk memastikan bahawa produk-produk yang dihasilkan adalah efektif dan berjaya.
3.2.1
Peringkat Analisis ( Analysis)
Fasa pertama dalam model ADDIE adalah fasa analisis iaitu merupakan asas untuk ke fasafasa seterusnya dalam reka bentuk produk. Berdasarkan model ADDIE, pembangunan Papan Pemotong Multipurpose dijalankan mengikut langkah-langkah yang sistematik agar penghasilan produk ini berjalan dengan lancar dan meminimumkan kesilapan. Pada fasa analisis ini, terdapat beberapa proses yang dilakukan iaitu proses penentuan dan pengenalpastian masalah yang ingin diselesaikan. Berdasarkan model ini juga, pengkaji turut menganalisi permasalahan yang timbul semasa berada di ruang kerja memasak dan produk yang sedia ada.
Selain itu, melalui penganalisisan yang dilakukan membolehkan seseorang untuk menghasilkan pelbagai produk baharu dan meningkatkan mutu produk sedia ada bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna pada zaman ini. Masalah perlu dinyatakan dengan tepat, mudah dan berfokuskan kepada penyelesaian masalah. Masalah yang dikenalpasti pada ruang kerja memasak adalah seperti yang dinyatakan pada bab yang sebelumnya. Proses analisis akan dilaksanakan oleh pengkaji bagi mencari punca kepada permasalahan tersebut. Oleh itu, setelah mengenalpasti permasalahan yang timbul maka idea
mengenai penyelesaian masalah juga akan wujud dan terdapat pelbagai idea bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan. Idea-idea ini akan ditapis satu persatu dan cuba untuk diadaptasikan pada sesuatu produk.
Fasa analisis ini akan membantu pengkaji untuk beralih kepada fasa-fasa seterusnya dalam mereka bentuk produk. Antara perkara penting yang perlu dilakukan pada fasa ini adalah memperjelaskan masalah, mengenalpasti sumber masalah dan menyenaraikan antara langkah-langkah penyelesaian yang berkemungkinan untuk digunakan. Fasa ini melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak pengguna dan permasalahan pengguna. Output bagi fasa ini adalah penyelesaian masalah pengguna dan ini akan dijadikan input kepada fasa seterusnya iaitu fasa reka bentuk.
Pemilihan tajuk kajian ini adalah berdasarkan permasalahan yang dilihat dan diperhatikan oleh pengkaji kepada golongan pengusaha makanan dan pelajar-pelajar yang terlibat secara langsung dengan kelas masakan. Masalah yang dihadapi adalah kesukaran untuk mengasingkan bahan masakan yang telah dipotong dan bebanan kerja yang lain semasa proses menyediakan bahan masakan. Pengkaji telah berbincang bersama pensyarah penyelia, Encik Abu Bakar bin Mamat untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan bagi menjalankan dan melaksanakan projek ini. Pensyarah penyelia turut mencurahkan idea dan beberapa cadangan bertujuan penambahbaikan yang boleh diterapkan pada kajian dan produk tersebut. Setelah itu, pengkaji membuat beberapa perancangan penambahbaikan yang boleh dipertimbangkan untuk keberkesanan projek. Pengkaji
telah menambahbaik produk sedia ada dengan
meletakkan beberapa fungsi lain pada projek tersebut. Projek ini dikenali sebagai “ Pembangunan Papan Pemotong Multipurpose” .
3.2.2
Peringkat Reka Bentuk ( Design)
Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Peringkat ini menjelaskan pandangan keseluruhan mengenai rupa bentuk, s truktur dan teknologi yang akan digunakan. Fasa ini amat memainkan peranan dalam merancang strategi dalam membangunkan produk dan menggariskan kaedah untuk mencapai matlamat kajian. Reka bentuk lakaran produk dihasilkan pada perngkat awalan dan pemilihan lakaran akhir produk.
Sebelum produk ini dibangunkan, pengkaji telah membuat lakaran awal bertujuan untuk memilih idea yang terbaik dalam menghasilkan produk. Setelah mendapatkan idea yang terbaik, penyelidik melakar semula lakaran produk yang akan dibangunkan dan memberi ukuran keseluruhan produk. Ini bertujuan bagi mendapatkan gambaran sebenar terhadap produk tersebut. malah lakaran dan ukuran yang dibuat akan membantu penyelidik sewaktu proses pembangunan produk dijalankan. Proses ini turut membantu penyelidik mengetahui fungsi sebenar setelah produk siap dihasilkan.
Proses pemilihan reka bentuk juga melibatkan pemilihan bahan, reka bentuk produk, stuktur produk, saiz produk, aplikasi produk dan warna. Proses pemilihan reka bentuk ini dilakukan bagi melancarkan lagi proses penghasilan produk di samping memenuhi keperluan
dan kehendak dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh produk sebelumnya yang terdapat di pasaran. Pemilihan reka bentuk ini juga dilakukan bertujuan untuk mendapatkan hasil yang terbaik dan bersesuaian dengan objektif pelaksanaan produk tersebut. Dengan ini, risiko untuk berlakunya sebarang kesilapan terhadap sesuatu pelaksanaan yang dikurangkan setelah melaksanakan pemilihan dengan terperinci.
Pemilihan bahan adalah penting dalam membangunkan sesuatu produk kerana faktor pemilihan bahan ini merupakan salah satu tarikan dalam memastikan produk ini berjaya dan mendapat sambutan daripada pengguna. Pengkaji perlu menyenaraikan bahan yang ingin digunakan dan membuat kajian tentang bahan tersebut sebelum membangunkan produk. Pemilihan yang tepat perlu dilakukan bertujuan mendapatkan hasil yang seiring objektif pelaksanaan. Pengkaji memilih barang yang ringan, tahan lama, selamat untuk digunakan, dan mudah untuk diselenggara sebagai bahan utama dalam pelaksanaan produk.
Pengkaji telah menggunakan kayu berukuran 1 x 1 cm, papan 1 x 6 dan kayu 2 x 2 untuk membuat rangka utama papan pemotong multi-kegunaan. Rangka ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian sisa buangan, bahagian penyimpanan bahan masakan, bahagian penyimpanan alatan dan bahagian utama iaitu bahagian tempat meletakkan papan pemotong. Kerangka ini dihasilkan daripada kayu bertujuan untuk mendapatkan ketahanan produk yang tahan lama dan kuat.
Selain itu, pengkaji telah memilih jenis bahan papan pemotong yang digunakan dalam membangunkan produk. Pengkaji menggunakan papan pemotong kayu kerana sifatnya yang
tahan dan mudah untuk diselenggarakan. Ciri-ciri keselamatan dan kebersihan amat dititikberatkan kerana kebiasaanya papan pemotong plastik akan dijangkiti bendasing seperti kulat dan lumut. Hal ini akan mendatangkan kesan negatif kepada pengguna dan berisiko untuk dijangkiti penyakit.
Bagi penggunaan bahagian pemegang bowl atau bekas makanan dan bahagian buangan sisi, pengkaji telah memilih bahan yang berunsurkan kayu. Pemilih bahan ini adalah disebabkan ciri-ciri ketahanan yang ada pada kayu dan lebih menjimatkan. Selain itu juga, kedua-dua bahagian ini perlu dibersihkan selepas penggunaan, maka pemilih kayu amat bersesuaian kerana mudah untuk dibersihkan dan sifatnya yang ringan di samping menjaga kebersihan bahan makanan. Penggunaan bahan ini akan memudahkan pengguna untuk menyelanggara serta memberi keselesaan kepada pengguna di samping mempercepatkan proses persiapan sebelum memasak dan semasa memasak.
Bahagian penyimpanan peralatan pula akan dihasilkan daripada papan lapis. Pemilihan bahan ini adalah disebabkan reka bentuk ruang penyimpanan yang berpetak-petak. Penggunaan papan lapis amat sesuai kerana papan lapis mudah untuk dibentuk dan dipotong bersesuaian dengan kemahiran, kemampuan dan peralatan yang digunakan oleh pengkaji. Selain itu, penggunaan papan lapis juga dipilih bersesuaian dengan keperluan ruangan tersebut.
3.2.3
Peringkat Pembangunan ( Development )
Peringkat ini melibatkan pembinaan produk sebenar yang terpilih berdasarkan pemilihan lakaran akhir yang memenuhi objektif dan persoalan kajian. Produk ini dibina berdasarkan fasa analisis dan reka bentuk yang dilakukan sebelumnya. Output pada fasa rekabentuk akan menjadi input kepada fasa pembangunan produk. Kerja-kerja pembangunan produk akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang telah dikenalpasti oleh pengkaji.
Proses pelaksanaan kerja dalam kajian ini bermula daripada proses pengumpulan bahan, proses mengukur dan menanda, proses memotong, proses membina dan mencantum, proses membut kemasan, dan hasil produk.
3.2.4
Fasa Pelaksanaan (I mplementation)
Pada peringkat ini, produk yang telah dihasilkan akan digunakan dalam keadaan sebenar. Produk yang telah siap ini akan diuji oleh pengguna dan pengkaji bagi mengenalpasti kesilapan dan kelemahan produk serta semasa proses pembangunan dijalankan. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kelemahan pada produk, penambahbaikan akan dilakukan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran. Pengguna sasaran adalah para pelajar dan peniaga bahan makanan.
Pelaksanaan projek ini dijalankan secara berperingkat serta teratur mengikut jadual perancangan awal penyelidikan. Prosedur ini untuk memastikan pelaksanaan projek sentiasa berjalan dengan lancar. Pelaksanaan projek ini bermula dengan perbincangan dan reka bentuk projek sehingga ke peringkat kemasan, pengujian dan dipamerkan.
3.2.5
Fasa Penilaian (E valuation)
Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE dan penilaian ini dilakukan terhadap semua peringat untuk memastikan keberkesanannya. Manakala, penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklum balas pengguna melalui kaedah soal selidik. Penilaian sumatif kebiasaannya akan dilakukan pada peringkat akhir penghasilan produk. Pembangunan Papan Pemotong Multipurpose menggunakan penilaian sumatif yang dilakukan secara spesitik melalui soal selidik untuk mendapatkan maklum balas pengguna terhadap produk yang dibangunkan.