Tema: Sayangi keluarga
Jalan- jalan naik kereta,
Hendak menuju negeri Melaka,
Ibubapa menjaga kita,
Mengapa perlu menghormati mereka?
Cahaya memancar kepangkal kelapa,
Terang bulan di malam nanti,
Sayangi ibu dan juga bapa,
Kerana mereka sudah berbakti.
Masak lemak dengan kelapa,
Kelapa dicari oleh sang kera;
Cintai ibu sayangi bapa,
Pasti hidup aman sejahtera.
Tema: Kebersihan diri
Terbang tinggi si rama-rama,
Sayapnya tersangkut pada dahan,
Kebersihan diri amalan utama,
Mengapa perlu menjaga kebersihan?
Marilah dengar wahai teman,
Mendengar sambil makan pegaga,
Pastikan badan bebas kuman,
Agar kesihatan sentiasa terjaga.
Sate terkenal terletak di Kajang,
Beraturnya pelanggan mengikut giliran,
Bersihnya kuku tidak kotor dan panjang,
Barulah badan tiada jangkitan.
Balik bekerja perut diisi,
Hidangan makanan berlaukkan udang,
Pakaian kita janganlah dikongsi
Penyakit kulit yang dating bertandang.
Pergi ke kedai hendaklah berteman,
Si teman pula bernama Haidar
Badan bersih tiada kuman
Barulah penyakit akan terhindar
Tema: Semangat kejiranan
Petik rambutan lalu diikat,
Buah diikat oleh Pak Sapuk,
Jiran sepakat membawa berkat,
Bagaimana ia dapat dipupuk?
Si dara bersimpuh menyulam tekat,
buat teruna jadi bekalan,
jiran baik membawa berkat,
hidup bermuafakat jadikan amalan.
Adik terjatuh kerana tersekat,
Kepada ibu, si kakak mengadu
Sama sekampung teguhkan pakat
Kita semua bersatu padu.
Tema: Gaya hidup sihat
TUAH GUSAR MEMBUNUH JEBAT,
NAMUN TERPAKSA DEMI TAULADAN;
NAFSU BESAR SELERA HEBAT,
BAGAIMANA MENGAWAL BERAT BADAN?
Udara di hirup anak Pak Sahat
Bunga di taman igauan Seman
Amalan gaya hidup sihat,
Senaman ringan jadi peneman
Buah kelapa di tepi paya,
Daun kelapa diambil lidi;
Buah-buahan pula jangan lupa,
Selalulah bersenam setiap hari.
Tema: Makanan seimbang
Duduklah adik mari bercerita,
Usahlah hati terlalu gundah;
Makanan seimbang makanan kita
Adakah ia mencukupi sudah?
Ikan bernama si ikan laga,
Ikan dibeli si anak Sahlan;
Makan minum hendaklah dijaga,
Makanan berkhasiat jadi amalan.
Bunga kembang di pagi Jumaat
Kumbang merah mencari agas
Makanan seimbang mesti berkhasiat
Badan sihat otak cergas.
Di tepi paya ada kelapa,
Lalu dikutip oleh Pak Seman,
Buah-buahan jangan dilupa,
Sayur- sayuran jadi peneman.
Tema: Akhlak mulia
Hiasan keronsang indah berseni
Kemas disimpan tak kan lapuk
Umah madani matlamat nan murni
Akhlak dan budi dapatkah dipupuk
Dari Johor pergi ke Kedah,
Melintas gajah di jalan mati,
Cantik akhlak dalamnya indah,
Terpamer di wajah sucinya hati.
Pucuk pegaga tanaman mak Etun,
Dibuat juadah bersama kanji,
Jika terjaga akhlak dan santun,
Malulah lidah untuk mengeji.
Tema: Kebersihan makanan
putera tampan langkah bersilat,
tampak memikat diiring gamelan,
terbiar makanan dihurung lalat,
tahu mudarat mengapa ditelan?
Hendak membeli songket lama,
Perjalanan jauh sering terganggu,
Makanan bertutup pilihan utama,
Agar Kesihatan tidak terganggu.
Pergi Ke kedai membeli pegaga,
Pegaga dibeli bersama peria,
Kesihatan diri perlu dijaga,
Supaya kehidupan sentiasa ceria.
Tema: Semangat perpaduan
Cerana di beli oleh Shahibah
Bersimpuhlah nenek di depan cerana;
Pelbagai kaum hidup muhibah
Bagaimana ia dapat dijana?
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
Anis dan alia berbaju kebaya,
Tampak anggun seprti ratu
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
Tema: Keselamatan di jalan raya
Mari bersama mencari akar,
Mencari akar di tepi paya,
Jalan berlubang tiada berpagar
Selamatkah kita di jalan raya?
Jalan-jalan ke pasar raya
Hendak membeli buah rambutan
Berhati-hati di jalan raya
Jangan lupa jaga keselamatan.
Kebun tanaman jambu yang rapuh,
Kebun tinggalan nenek moyang
Peraturan jalan raya taat dipatuh
Jika tidak nyawa melayang
Tema: Amalan budi bahasa
Mencuci mata ke kota,
Singgah memakan semangkuk laksa.
Semakin tinggi pangkat kita,
Mengapa kurangnya pula budi bahasa?
Kalau terpijak pisau belati
Tentu terluka teramat bisa
Bahasa yang cantik anugerah Ilahi
Berbudi bahasa pusaka bangsa
Irama puisi memaut rasa,
Gambus dialun gendang dipalu,
Indah peribadi kerana bahasa,
Sopan santun diamal padu.
Tema: Cintai Alam Sekitar
Hidangan makanan berlaukkan gulai
Sambil makan dimainkan sitar
Persekitaran indah tidak ternilai
Mengapa perlu menjaga alam sekitar
pergi ke kedai membeli bunga,
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni.
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
jika tidak menjaga bumi,
nanti datang bencana alam.
Tema: Budaya membaca
Ayam jantan cantiknya taji,
Berjalan ia mematuk kerupuk;
Budaya membaca amalan terpuji,
Bagaimana ia dapat dipupuk?
Gugur dibangku si bunga sena,
Sena di lembah tinggalan bonda,
Bacalah buku tak kira dimana,
Agar bertambah ilmu di dada
Meniti senja biasan mentari,
Merkah setitis menjelang kabut,
Bacalah buku setiap hari,
Tak akan habis ilmu dituntut.
Tema: Makanan tradisional
Mencari palas di hujung kota
Mari bersama membuat ketupat;
Ketupat manis warisan kita,
Bagaimana mungkin dapat dimartabat?
Bunga melur ditanam rita,
Bunga ditanam hidup subur,
Makanan tradisional warisan kita,
Mengapa ia semakin berkubur?
Bermain galah panjang dengan ceria,
Jangan lupa buat garisan,
Onde-onde dan kuih keria,
Antara contoh makanan warisan.
Daun kelapa melambai-lambai,
Pohonnya rendang di tanah subur;
Makanan tradisi perlu disemai,
Semoga nanti tidak berkubur
Kuih bangkit putih warnanya,
Dihidang sama kuih baulu;
Marilah cuba resepi lama,
Kekalkan warisan orang dahulu
Tema: Sayangi warga emas
Terbang tinggi si rama- rama
Hinggap di atas bunga yang wangi
Warga emas miliki bersama
Mengapa mereka perlu disayangi?
Raga terlepas berpeluh juga,
Dahan jatuh atas rumah,
Warga emas sungguh beharga
Merekalah yang jadi pembentuk ummah.
Di tepi kali petani menyinggah,
Menghilang penat menahan jerat,
Orang tua jangan disanggah,
Agar selamat dunia akhirat.
Tema: Ibu mithali
Mari bermain di tengah rumah,
Selepas bermain makan pegaga,
Ibu mithali pemimpin ummah,
Adakah kasih ibu kekal ke syurga?
Manis rasanya dipotong hiris,
Bingka labu baunya wangi,
Biarpun hatinya amat terguris.
Doa si ibu tetap mengiringi.
Bingka labu baunya wangi,
Terasa halus serat isinya,
Doa si ibu tetap mengiringi,
Begitulah tulus kasih sayangnya
Tema: Faedah kokurikulum
Bunga mekar dicari agas,
Lalu dipetik oleh Mak Kalum
Kokurikulum bina badan yang cergas,
Apakah antara faedah kukorikulum?
Hari deepavali sambutan kekal
Masyarakat india membuat kolum
membina ketahanan fizikal dan mental
antara contoh faedah kokurikulum
wajah ibu setiap hari ditatap
tangan ibu dicium kanan dan kiri
membentuk disiplin diri yang mantap
juga membina keyakinan diri
Tema: Budaya Saing
Tersemat cempaka memagar rendangan,
Merbah meruntun jambangan kurnia;
Semangat membara mengejar saingan,
Mampukah bangun di persada dunia?
Tema: Industri Pertanian
Di tepi pinang subur cemara,
Bunga berserak tampak cemerlang;
Industri dicanang misi negara,
Mengapa bajak masih dijulang?
Tema: Mesra Alam
Senja berbalam angin nan megah,
Pawana menongkah di ambang malam;
Bencana alam datang menggugah,
Mengapa terpunah mahkota alam?
Tema: Masyarakat Prihatin
Puspa sari tepian sendayan,
Cahaya bersilih dipuput pawana;
Harta dicari berkoyan-koyan,
Mengapa tersisih miskin kedana?
Tema: Pendidikan Cemerlang
Indah pawana menghembus siantan,
Bertamu di anjung si burung kenari;
Sahsiah wibawa tonggak kekuatan,
Berilmu lintabung gemilangkah diri?
Tema: Bahasa Jiwa Bangsa
Merah kenanga tepian desa,
Pauh berbunga di ambang sinaran;
Khazanah bahasa mendaulatkan bangsa,
Sejauh mana bertunjang ajaran?
Tema: Semangat kejiranan
Pohonan selasih menyirna siantan,
Melayang puspa patah berkurang;
Jalinan kasih pembina kekuatan,
Dibayang apa berpatah arang?
Tema: Kebudayaan Nasional
Haluan pawana menghembus daunan,
Meredah paya di pinggir kejora;
Kemajuan bangsa arus pembangunan,
Sirnakah budaya dihempas gelora?
Tema: Teknologi dan Inovasi
Tampak serasi kandis berkelipan,
Bertingkah duri pohonan pedada;
Rentak inovasi merintis hidupan,
Mapankah diri menongkah intifada?
Tema: Kebersihan Mental
Gemalai lemuni bercerap pawana,
Indah saujana mata terpikat;
Nilai madani digarap sempurna,
Sejauh mana terjana hakikat?
Tema: Wawasan Negara
Hiasan cemerlang bersirat cemara,
Puspa pedada diseri kenari;
Wawasan dijulang martabat negara,
Mengapa ternoda di bumi sendiri?
Tema: Muafakat Membawa Berkat
Lembah nan permai di tanjung memikat,
Subur cendana di baruh meranti;
Muhibbah disemai bertambah muafakat,
Dilentur apa dek keruh hati?
Pantun jual beli yang ni pun menarik untuk dikongsi. Ehsan Koleksi Pantun Melayu oleh Panitia BM SMK Cheras Jaya.
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN RANCANGAN PANJANG AKAL TV3
Selangor menjual :
Dihujung selat bertiup bayu,
Teratai di kolam tampak serinya;
Dikandung adat budaya Melayu,
Dicemar susila mana manisnya?
Melaka membeli :
Sinis surya di persada meriah,
Tatkala camar memainkan rebab;
Manis budaya pada maruah,
Susila yang cemar dipulihkan adap.
Melaka menjual :
Rejang menuding belukar nan kelam,
Pelepah bidara bergalang malap;
Bijak berunding luar dan dalam,
Indah bicara di mana silap?
Selangor membeli :
Buah bidara di dalam kaca,
Serai seikat di pangkal bertemu;
Salah bicara bukanlah punca,
Hanya muafakat belum ditemu.
BUDI
Bila todak melanda Singapura,
Habis dikerat dicincang lumat;
Bila khianat pada manusia,
Dunia akhirat adakah selamat?
Pantun Budi
Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Apakah sebenarnya dipandang orang?
Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang?
Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Bilakah kita bertanam budi?
Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik siapa nak junjung?
Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi apa dijunjung orang?
MERDEKA SUBSIDI
harum baunya kuntum cempaka
penghias batas di sawah padi
apakah makna hidup merdeka
kalau semuanya disalut subsidi ?
apa guna memasang pagar
kalau padi berbuah hampa
tidakkah malu mengaku saudagar
semua projek dialibaba?
SIFAT MALAS
anyam raga anyamlah bakul
untuk dijual di pasar atap
bukankah sifatnya malas serta bacul
kalau semua minta disuap?
BERANI
pakai dasar berwarna merah
turun bersilat di balai raya
mengaku diri perwira gagah
sanggupkah bertarung di medan jaya?
pasang api di Tanjung Panji
di lubuk dalam dipasang rawai
beranikah tuan menabur janji
jasad terancam maruah tergadai?
RAJIN
Titisan embun berkilau sinar
Waktu pagi berembun basah
Pelbagai usaha pelbagai ikhtiar
Bilakah agaknya kejayaan menjengah?
Susun sejadah ikut kiblatnya
Sejadah imam tunggal di depan
Sambutan meriah apa gunanya
Tanpa matlamat terisi sasaran?
Semarak kenanga bila dipetik,Harum semerbak si bunga sena,Rancangan elok skema cantik,Kenapa tak lancar bila dilaksana?
Kangkung subur tumbuh melingkar,Sedap ditumis dibuat sayur,Beras dan pasir disukat takar,Budi dan jasa bagaimana diukur?
ALAM SEKITAR
ditebang punggur yang robek pohonrebah lulus di atas pematangkucari bintang di balik daun awan menghilang, mengapa jerebu mendatang?
ALAM SEKITAR/ PENCEMARAN
tumbuh kabung di tanah ratadicelah-celah si rumpun tepus togel gunung bukit pun ratamusnah alam apakan pupus?
PRINSIP HIDUP
Malam jumaat orang berzikir
Bergema merdu di tengah kota
bicara hati bertunjangkan fikir
bawaan hidup berlandaskan apa?
KESYUKURAN
Nantilah kawan mencari peria
Mencari peria terpijak si anak terkukur
Negara mewah hidup bahagia
Mengapa bangsaku tidak bersyukur?
BESTARI
Kembang harum bunga cempaka
Pohon cemara perumpun rotan
Sekolah Bestari menjana minda
Lahirkah pelajar gilang-gemilang?
NILAI
Bunga melor hiasan di taman
Mekar sekuntum di pagi hari
Bayi dibuang tanpa kasihan
Mengapa demikian jadi begini?
Sudah berbuah si pohon tamar
Makannya enak sambil bersembang
Sembang mahram makin menular
Mengapa sekarang sibuk dibincang?
IT
Indah sungguh pohon gaharu
Baunya wangi sewangi kasturi
Internet penghancur generasi baru
Bagaimana mungkin jadi begini?
EKONOMI
Anak teratai di tepi kali
Anak ikan di makan haruan
Kalau tuan arif bijaksana
AFTA dirangka apa tujuan?
AKHLAK
Abdul Muis pengarang terbilang
Novel ditulis zaman 20-an
Black metal ajaran songsang
Mengapa sekarang baru dikesan?
KITAR SEMULA
Kampung Melayu di Indrapura
Mekar indah si bunga rumput
Kitar semula agenda Negara
Mengapa sukar di sahut?
REMAJA WAWASAN
Pagi dan petang mengutip nira
Sedap dimakan bersama santan
Remaja wawasan harapan Negara
Apakah prinsip yang diinginkan?
Salam diberi senyuman diukir
Mencari teman tidak kesepian
Kalau anda bijak berfikir
Apakah maksud remaja berewawasan?
HIDUP BERJASA
Tangkap ikan berumpan cacaing
Menjadi tradisi zaman berzaman
Tolong menolong agenda penting
Mengapa sukar dilaksanakan?
SEKOLAH BESTARI
Budak-budak naik perahu
Naik perahu menuju ke pecan
Sekolah wawasan tempat bersatu
Sekolah bestari apa tujuan?
TEKNOLOGI MAKLUMAT
ikan ditangkap si anak tani
Keli ditangkap bersama puyu
Internet pembawa revolusi terkini
Revolusi apa di alaf baru?
KEPENGGUNAAN
Anak serindit di pohon cemara
Ara berjuntai tempat bersantai
Inflasi sifar agenda Negara
Harga melambung bagaimana dicapai?
PERPADUAN
Terbang sekawan anak jentayu
Singgah bermalam di balik pohonan
Rakyat Malaysia teguh bersatu
Apa resipi menjadi adunan?
SAINS DAN TEKNOGI
Indah berkedip bintang kejora
Cahaya tampak menjadi hiasan
Teknologi pemangkin kemajuan negara
Mengapa alam menjadi taruhan?
SEMANGAT KEMERDEKAAN
Cantik menawan p[uteri bergajah
Manik bersulam pada mahkota
Cukup tersiksa hidup terjajah
Mengapa merdeka tidak dijaga?
Burung selasih burung tempua
Hinggap berdendang di pohon gajus
Semangat merdeka kian membara
Mengapa hanya di bulan ogos?
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
Merdu suara burung belatuk
Terbang bersama si camar laut
Perangai pemimpin laksana telunjuk
Mengapa kelingking masih berkait?
KEBUDAYAAN NASIONAL
Bunga di taman bunga melati
Tumbuhnya subur tidak berbaja
Budaya sendiri dibiar mati
Tradisi orang mengapa dipuja?
SAINS DAN TEKNOGI
Indah berkedip bintang kejora
Cahayanya tampak menjadi hiasan
Teknologi pemangkin kemajuan negara
Mengapa alam menjadi taruhan?
GLOBALISASI
Langguni pahit tumbuh di taman
Angsana pula tumbuh di kota
Langit terbuka tiada sempadan
Apa kesannya pada negara?
KESIHATAN
Nyaman buana di pagi nan indah
Mari berdendang si burung nasar
Negara di jaga bersih dan indah
Mengapa wabak masih menular?
KEBEBASAN
Kumbang terbang di taman larangan
Ditemani mentari indah menyinar
Dunia kini ambang peperangan
Apakah erti kebebasan sebenar?
PATRIOTIK
Enak rasanya si buah anggur
Sedapa dimakan bersama kelapa
Amanat pemimpin semakin meluntur
Siapa pengkhianat musuh Negara?
DADAH
Jenatayu terbang menuju ke desa
Ara di hutan tempat bersinggah
Najis dadah perosak bangsa
Apa musibah akan menyanggah?
HIDUP BERJASA
Jenatayu terbang menuju ke desa
Ara di hutan tempat bersinggah
Jika hidup tidak berjasa
Apa musibah akan menyanggah?
JATI DIRI
Terbang tinggi si burung jentayu
Berehat sebenatar di tepi perigi
Bahasa kita kian bercelaru
Mengapa ia jadi begini?
BERILMU
Jalinan indah tenunan batik
Batik dijemur di atas atap
Jasmani, emosi, rohani, intelek
Bagaimana mungkin dapat diserap?
BERMASYARAKAT
Putera ayahanada berkain pelikat
Duduk bersantai berteduh di pokok
Hidup sepakat membawa berkat
Bagaimana ia dapat dipupuk?
JIRAN SEPAKAT
Putera ayahanda berkain pelikat
Berkain pelikat menabur pupuk
Jiran sepakat membawa berkat
Bagaiamana ia dapat dipupuk?
BAIK HATI
Tangkap ikan berumpan cacing
Menjadi tradisi zaman berzaman
Tolong menolong agenda penting
Mengapa ia sukar diamalkan.
BERDIKARI
Tasik Bera belum dicemari
Mengail toman waktu senja
Tongkat dihulur kuota diberi
Mengapa bangsaku masih bermanja?
HEMAH TINGGI
Antan menyanyi lesung menari
Bunga cengkih penyedap rasa
Akal budi cerminan peribadi
Berhemah tinggi apa untungnya?
HORMAT MENGHORMATI
Berenang beriring si anak sepat
Dapat ditangkap si naak cina
Orang berharta dipuja dihormati
Si miskin daif mengapa dihina?
RASIONAL
Kalau tuan mudik ke hulu
Jangan lupakan orang di sini
Internet penghancur generasi baru
Mengapa boleh jadi begini?
BEKERJASAMA/ KERJASAMA KAUM
Pergi ke hutan memburu rusa
Hasil tangkapan seekor kijang
Perpecahan kaum makin berleluasa
Apakah cara untuk dihalang?
KESEDERHANAAN/ PEMBAZIRAN
Riang berdendang anak ketitir
Terbang sekawan menuju ke hutan
Inflasai sifar agenda mutakhir
Mengapa membazir menjadi pilihan?
KESYUKURAN
Anak petani bermain dibendang
Meniup seruling memujuk hati
Anugerah tuhan saujana terbentang
Mengapa nikmat tidak disyukuri?
KEBERANIAN
Nyaman sungguh alam buana
Pawana bertiup di pagi hari
Gagah setia pertahan negara
Apa tersirat dibalik berani?
KEBERSIHAN/ PENCEMARAN ALAM
Bunga seroja hiasan di taman
Dipetik sekuntum dik gadis jelita
Kebersihana menjadi tunggak keimanan
Mengapa pencemaran masih berleluasa
KEJUJURAN/ RASUAH
Katak teriak memanggil hujan
Bimbang dirinya dimakan ular
Kejujuran penting dalam kehidupan
Mengapa rasuah masih menular?
KETRAMPILAN
Cantik mengambang bulan purnama
Menjadi perhatian igauan sang pungguk
Sopan santun peribadi mulia
Bagaimana ia dapat dipupuk?
KASIH SAYANG
Mekar harum bunga kemboja
Menjadi hiasan taman larangan
Sayang menyayang peribadi mulia
Mengapa sukar dipertahan?
KEADILAN
Rama-rama hinggap di dahan
Anak kucing datang menerkam
Ramai orang pertikai keadilan
Apa gunanya ada SUHAKAM?
MERITOKRASI/ KEADILAN
Mari bersama menjamu juadah
Bersama kita sama merasa
Meritokrasi dicanang sudah
Bagaimana pula nasib bangsa?
BAHASA INGGERIS
Bawa kitab pergi madrasah
Ayuhlah mengaji bersama saya
Bahasa Inggeris dimartabat sudah
Apakah kaedah dapat dibudaya?
MASYARAKAT PRIHATIN/ PEMBUANGAN BAYI
Bunga melur hiasan di taman
Mekar sekuntum di pagi hari
Bayi dibuang tanpa kasihan
Mengapa demikiuan jadi begini?
KEGANASAN
Indah sungguh taman larangan
Mari menyusun si bunga seroja
Isu keganasan menjadi sebutan
Mengapa kanak-kanak menjadi mangsa?
SUMBANG MAHRAM/ GEJALA SOSIAL
Sudah berbuah si pohon tamar
Makannya enak sambil bersembang
Sumbang mahram makin menular
Mengapa sekarang sibuk dibincang?
ISU KEPENGGUNAAN/ INFLASI
Harum mewangi si bunga tanjung
Anak raja di taman larangan
Harga barang kian melambung
Apa punca jadi demikian?
RASIONAL
Indah sungguh pohon gaharu
Baunya wangi sewangi kasturi
Internet penghancur generasi baru
Bagaimana mungkin jadi begini?
KEBERSIHAN
Sampan di dayung ke sungai lipis
Gembiranya harti tak terperi
Sungai tercemar tanah terhakis
Gerangan apa jadi begini?
KEADILAN
Merpati putih terbang di awan
Datang menerpa si burung helang
Membazir masa amalan harian
Bagaiamana ia dapat dibuang?
CONTOH PANTUN JUAL/BELI (PANTUN KENEGARAAN)
PANTUN JUAL)
Kalau tuan pergi ke pantai,
Kirimkan saya sebiji delima,
Kalau tuan bijak dan pandai;
Siapakah Perdana Menteri Kelima?
Banyak padi perkara padi,
Padi yang mana ditanam orang,
Diantara enam perdana menteri:
Siapakah menteri paling disanjung?
Mak Limah makan gula-gula,
Mulut merah bagai buah naga,
Kalau tuan hamba bijak orangnya;
Siapakah Yang Dipertuan Agong kita?
PANTUN BELI
Memakai selendang di atas bahu,
Selendang beli di pasaraya,
Kalau itu cik nak tahu
;Tun Dr Mahathir gerangannya.
Banyak budi tabur di dunia,
Budi baik juga dikenang orang,
Kalau adik ingin jawapannya
Keenam-enamnya hamba sanjung.
PERPADUAN KAUM
Sudah dipesan selasih dandi,
Guna meramu bahan diramas;
Sekolah wawasan bak seberkas lidi,
Mengapa tak mahu dikat kemas?
Dirikan pondok bertanam nanas,
Nanas ditanam bersama-sama,
Mengapa tidak mahu diikat kemas ?
Kerana Tidak terbenih kerjasama.
Tuan puteri berlagu merdu,
Iramanya asyik menawan hati;
Wawasan pertiwi bersatu padu,
Mengapa berjentik sesama sendiri?
Si comel montel anak pak kali ,
Dibawah rumah bermain papan,
Masih berjentik sesama sendiri ,
Kerana Kurang sefahaman menjadi jawapan.
Sarung sutera hiasan tamu,
Tamu baru duduk menjeling;
Sebumbung setangga berjiran pintu,
Bertemu bahu mengapa berpaling?
Pantun gurindam pusaka bangsa,
Wajib diwarisi setiap generasi,
Terlalu sibuk kekurangan masa,
Menyebabkan saling tidak serasi.
Redup terasa di tengah bendang,
Terlihat merpati terbang ke sana;
Hidup sebangsa jarang bertandang,
Semangat muhibah bagaimana dicerna?
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung,
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong-royong.
Sungguh manis penuh kesopanan,
Sungguh sopan berlitup baldu ,
Negara Malaysia bermacam keturunan,
Mengapa perlu bersatu padu ?
Tuan Puteri dan kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
Terbang beria si kenit nyamuk,
Terbang tinggi dipukul tuan,
Negara Malaysia Negara majmuk,
Menapa perpaduan menjadi tuntutan ?
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu persatu,
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu
Pengantin duduk di atas pelamin,
Cantik bagai pinang dibelah dua,
Saudari sudah tahu bukan;
Sultan Abdul Halim Agong kita