Occupational healty and safety , Hiperkes, K3Deskripsi lengkap
hospitalDeskripsi lengkap
Utilitas Bangunan
sistem proteksi kebakaranFull description
Kelengkapan Pelindung Peribadi
Full description
sistem kebakaran pada bangunan tinggiFull description
sistem kebakaran pada bangunan tinggiFull description
Tugas Instalasi Perpipaan
KEBAKARAN
Penulis : Agus SaputraFull description
FMEA kebakaran dapat terjadi tanpa terdugaFull description
Full description
sistem proteksi pasifDeskripsi lengkap
pencegahan kebakaran
Kebakaran adalah suatu nyala api yang merugikan dan tidak bisa dikendalikan.
manajemen kebakaranDeskripsi lengkap
Deskripsi lengkap
kebakaranFull description
Sistem Penggera Kebakaran (Fire Alarm System) Pengenalan Sistem penggera kebakaran ialah suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang ramai mengenai berlakunya kebakaran. Tujuan utama pemasangan: Untuk mengesan kebakaran di peringkat awal supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Biasanya alat pengesan ini diletakkan di bahagian atas tempat yang akan dilindungi. Sebagaimana yang telah diketahui bahawa sesuatu kebakaran akan menghasilkan haba, asap, dan api. Oleh sebab itu alat pengesan kebakaran ini direka khas bagi memberitahu penghuni bangunan dengan cepat untuk menyelamatkan diri. Pelbagai cara digunakan untuk menyambungkan penggera kebakaran. Salah satu cara yang terbaik digunakan ialah alat pengesan disambungkan terus ke panel penggera kebakaran di bangunan kemudiannya disambungkan ke sistem penggera di balai bomba yang berhampiran. Salah satu cara lain ialah dengan menyambungkan kepada sistem pemadam api seperti alat percikan air tetap dimana apabila alat pengesan dapat mengesan kebakaran, ia akan menghantar isyarat ke panel penggera kebakaran dan seterusnya membenarkan agen pemadaman dilepaskan bagi memadam kebakaran. Bagaimana Alat Penggera Kebakaran Berfungsi Pengesan Diaktifkan (Litar Elektrik Beroperasi)
Peralatan Pengawal dan Penanda (Penggera Berbunyi)
Kebakaran
Balai Bomba
Susunan Sistem Penggera Kebakaran
Kotak Alarm Panel mengawal sistem pendawaian fire fighting.
Lamp box mempunyai lampu hijau dan merah jika lampu hijau itu menyala bermaksud isyaratnya di dalam bilik atau tempat itu masih dalam keadaan selamat.
Loceng kecemasan (alarm bell) akan berbunyi jika ada kecemasan apabila kotak kaca (break glass) dipecahkan.
Kotak solenoid 24Vdc akan dikawal dari sistem alarm panel.
Langsir penghadang api (fire curtain) akan berfungsi dengan melabuhkan langsir ke bawah secara automatik di beri syarat oleh soleinod 24Vdc itu
Pengesan asap (smoke detector) akan berfungsi jika asap kebakaran mula berlaku dan memberi isyarat kepada lamp switch box dan fire curtain,
Pengesan haba (heat detector) akan berfungsi jika bilik sub-station atau sesuatu tempat mula menjadi panas dan memberi haba kepada heat detector automatik memberi isyarat kepada lamp switch box dan juga fire curtain.
Jenis-jenis Alat Pengesan dan Penggera Kebakaran Alat Pengesan Pengesan Asap Pengesan Haba
Pengesan Pengionan (Ionization Detector) Pengesan Optik (Optical Detector) Pengesan Kadar Kenaikan (Rate Of Rise Detector) Jalur Dwilogam (Bimetal Strip) Jenis Suhu Tetap (Fixed Temperature Type)
Pengesan Radiasi (Pengesan Api)
Pengesan Pneumatik (Pneumatic Detector) Lebur Atau Gabungan Logam (Melting Or Fusion Metal) Pengesan Infra-red (Infra-red Detector) Pengesan Ultra-Violet (Ultra-Violet Detector)
Bunyi Penggera -Siren -Loceng Manual Sudut Panggilan -Kaca Pecah (Break Glass) Kajian Kes Pengajar telah memberikan tugasan kepada setiap kumpulan untuk mengkaji sistem pengera keselamatan dalam setiap bangunan di IKTBN Bukit Mertajam. Bagi kumpulan 1 yang terdiri daripada 10 orang pelajar, sistem penggera keselamatan bangunan Penjaga Jentera Elektrik (PJE) telah menjadi kajian. Sistem penggera keselamatan yang digunakan dalam bangunan pje ialah jenis konvensional yang mana terdiri daripada sistem penggesan asap dan haba dan kaca belah. Bunyi penggera yang digunakan ialah loceng. Pelan Bangunan Setiap bangunan seharusnya mengandungi pelan kecemasan sendiri bagi mengelakkan berlakunya panik di antara penduduknya. Dalam kes ini, bangunan pje mengandungi pelan kecemasan seperti yang ditunjukkan dibawah.
Rajah 1 Pelan Kecemasan Bawah Bangunan PJE
Rajah 2 Pelan Kecemasan Atas Bangunan PJE Namun begitu, pelan terbaru tersebut tidak sama dengan pelan kecemasan yang disediakan oleh pihak berkuasa yang terpapar dalam peti kawalan sistem keselamatan di bengkel seperti di tunjukkan di bawah.
Rajah 3 Pelan Lantai Tingkat Bawah (kiri) dan Tingkat Atas (kanan) Bangunan PJE Bagi pelan lantai atas bangunan pje, hampir keseluruhan pelan hampir sama kecuali penambahan bilik pengajar di pelan baru manakala pelan kecemasan dalam peti kawalan kecemasan menyatakan bahawa ia ialah bumbung. Keadaaan ini serupa berlaku di pelan lantai tingkat bawah bangunan pje dimana berlaku penambahan bilik baru yang tidak tercatat dalam pelan kecemasan yang lama seperti bilik nukleus dan tesla serta penukaran fungsi bilik seperti bilik generator ke bilik setor Overhead. Perubahan kedua-dua pelan baru tanpa naik taraf atau kemas kini pelan kecemasan yang lama amat memberikan risiko yang tinggi. Ini kerana perubahan pelan tanpa kemas kini akan menyebabkan penduduk atau pelajar mengambil masa yang lama untuk keluar dari bangunan kerana mereka tidak mengetahui kedudukan atau laluan kecemasan yang perlu digunakan sekiranya berlaku kebakaran. Manakala pihak penyelamat seperti bomba mengalami kesukaran untuk menyelamat kerana mereka tidak dapat mengenal pasti kedudukan bilik yang terbakar dan merancang untuk memadam kebakaran serta menyelamat nyawa dengan cekap dan segera. Jenis Pengesan Di bangunan PJE, terdapat dua jenis sistem pengesan iaitu pengesan asap dan pengesan haba. Setiap bilik kecuali bilik stor overhead dan bilik tambahan sekurangnya mempunyai satu pengesan asap dan satu pengesan haba. Fungsi setiap pengesan akan diterangkan secara perinci dalam subtopik dibawah. Pengesan Asap Alat ini merupakan satu alat berbentuk bulat dan dibahagian tepinya terdapat lubang-lubang halus untuk membenarkan asap dan udara masuk kedalamnya.
Alat ini biasanya diletakkan atas bumbung bangunan atau siling dan jauh daripada lubang angin atau kipas kerana ia boleh mengganggu keberkesanan operasi pengesanan kebakaran. Alat ini mengesan asap kebakaran di dalam bangunan. Apabila ianya mengesan asap, maka isyarat akan dihantardengan serta-merta loceng kecemasan akan berbunyi. Isyarat kebakaran akan dihantar ke peti penggera kebakaran. Pengesan Haba Alat ini direka bagi mengesan api atau kebakaran di peringkat awal. Ini adalah lebih baik kerana ia dapat mengesan haba mula terhasil. Alat ini adalah alat pengesan yang mula-mula sekali di cipta bagi tujuan mengesan kebakaran. Ia mengesan kebakarandengan merangsang kenaikan suhu haba dalam bangunan. Apabila berlaku kenaikan suhu yang tinggi, alat ini akan mengesan dan seterusnya menghantar isyarat ke peti penggera, secara automatik loceng kecemasan akan berbunyi. Kaca Pecah lokasi pemasangan adalah berdekatan tangga atau laluan keluar. Berfungsi apabila dipecahkan kaca menggunakan jari atau tukul, loceng kecemasan akan berbunyi dan isyarat lokasi kebakaran dapat dikesan pada peti penggera kebakaran. Sistem ini juga digerakan secara manual. Mekanisme Penggera Kebakaran Berkerja