Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503) (620330035503)
Setinggan dan kemiskinan Setinggan dan kemiskinan merupakan satu tajuk isu yang perlu digabungjalinkan bersama.Walaupun ianya boleh dijadikan dua buah isu iaitu setinggan satu tajuk isu dan kemiskinan satu lagi tajuk isu.Namun dalam situasi ini setinggan dan kemiskinan harus dijadikan satu tajuk untuk dibincangkan.Cuba kita lihat dahulu tentang definisi setinggan dan juga definisi kemiskinan. Definisi Setinggan Setinggan merupakan penempatan yang dibina secara rawak dan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan,swasta dan orang perseorangan.Kewujudan setinggan dikatakan mencemarkan persekitaran kawasan perbandaran kerana petempatan setinggan sering dikaitkan dengan kemiskinan,ketidak selesaan, kesesakan,kekotoran dan kekurangan kemudahan asas. Namun definisi atau takrifan setinggan boleh dibahagikan kepada dua iaitu takrifan am dan takrifan di sisi undang-undang.
Takrifan Am Menurut Azizah (1982) dalam Abdul Aziz (2007), perkataan „setinggan‟ mula disebut dalam akhbar Utusan Melayu pada 27 April 1968 dan kemudiannya dimasukkan ke dalam
Kamus Dewan (DBP) pada tahun 1970. Menurut
kajian
Azizah
(1982),
orang
awam
mengatakan
perkataan
itu
dicampuradukkan dengan perkataan Inggeris “ sten-gun ”. ”. Menurut mereka, kampung setinggan dahulunya dikenali sebagai kampung sten-gun kerana penduduk kampung itu terpaksa menentang pihak berkuasa yang datang untuk memusnahkan kampung mereka sehingga memaksa mereka menggunakan gun (senapang) untuk melindunginya.
1 JKA 213
KETIDAKSAMAAN KETIDAKSAMAA N SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503) (620330035503)
Menurut kamus Oxford Advanced Learner‟s Dictionary (Edisi Keenam, 2000), setinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah terutama tanah awam tanpa kebenaran dan tanpa membayar sewa. Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan satu-satunya perundangan yang secara nyata menyentuh kedudukan dan kepentingan penduduk setinggan di sisi undang-undang. Seksyen 48 KTN menyatakan bahawa “ tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperoleh
secara pegangan, pendudukan tidak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk selama mana sekalipun ”. ”. Manakala seksyen 425, KTN pula, adalah mengenai kesalahan menceroboh tanah kerajaan secara menduduki dan membina apa-apa bangunan di atasnya dan aktiviti-aktiviti lain yang disenaraikan. Seksyen 425 menyatakan m enyatakan bahawa:-
ajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan “Pendudukan tak sah, dll., tanah Ker ajaan, (1) mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah- (a) menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; atau (b) membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau (c) memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian, Adalah melakukan suatu kesalahan. Manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah memperuntukkan di dalam seksyen 70(1), 70A(1) dan 72 yang khusus mengenai setinggan. Sekyen 70(1) umpamanya menyatakan bahawa “Tiada seorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan ” yang jelas meletakkan sempadan bahawa mendirikan atau membina bangunan tanpa kebenaran adalah dilarang. 2 JKA 213
KETIDAKSAMAAN KETIDAKSAMAA N SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503) (620330035503)
Menurut kamus Oxford Advanced Learner‟s Dictionary (Edisi Keenam, 2000), setinggan adalah seseorang yang tinggal di dalam bangunan atau menduduki tanah terutama tanah awam tanpa kebenaran dan tanpa membayar sewa. Kanun Tanah Negara (KTN) merupakan satu-satunya perundangan yang secara nyata menyentuh kedudukan dan kepentingan penduduk setinggan di sisi undang-undang. Seksyen 48 KTN menyatakan bahawa “ tiada hak milik tanah kerajaan boleh diperoleh
secara pegangan, pendudukan tidak sah atau pendudukan di bawah mana-mana lesen untuk selama mana sekalipun ”. ”. Manakala seksyen 425, KTN pula, adalah mengenai kesalahan menceroboh tanah kerajaan secara menduduki dan membina apa-apa bangunan di atasnya dan aktiviti-aktiviti lain yang disenaraikan. Seksyen 425 menyatakan m enyatakan bahawa:-
ajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan “Pendudukan tak sah, dll., tanah Ker ajaan, (1) mana-mana orang yang, tanpa kebenaran yang sah- (a) menduduki, atau membina apa-apa bangunan di atas, mana-mana tanah Kerajaan, tanah rizab atau tanah perlombongan; atau (b) membersih, membajak, menggali, mengepungi atau menanami mana-mana tanah sedemikian atau bahagian darinya; atau (c) memotong atau memindah apa-apa kayuan atau hasil atas atau dari tanah sedemikian, Adalah melakukan suatu kesalahan. Manakala Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah memperuntukkan di dalam seksyen 70(1), 70A(1) dan 72 yang khusus mengenai setinggan. Sekyen 70(1) umpamanya menyatakan bahawa “Tiada seorang boleh mendirikan sesuatu bangunan tanpa mendapat
kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan ” yang jelas meletakkan sempadan bahawa mendirikan atau membina bangunan tanpa kebenaran adalah dilarang. 2 JKA 213
KETIDAKSAMAAN KETIDAKSAMAA N SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503) (620330035503)
Di samping itu, halangan kepada aktiviti awalan dalam pembinaan bangunan setinggan juga ditegah sebagaimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 70A(1) yakni “Tiada seseorang boleh memula atau menjalankan atau membenar Supaya dimula atau
dijalankan sesuatu kerja tanah tanpa terlebih dahulu mengemukakan kepada pihak berkuasa tempatan pelan-pelan dan penentuan-penentuan berkenaan dengan kerja-tanah itu dan mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan mengenainya ”. Seksyen 70A(1) ini merupakan sambungan kepada seksyen 70 yang jelas menghalang kepada aktiviti awalan pembinaan bangunan setinggan. Selepas merdeka, proses perbandaran menjadi pesat berikutan perkembangan perindustri dan perdagangan serta perkhidmatan awam. Perkembangan ini menarik ramai penduduk luar bandar untuk berhijrah ke bandar dengan harapan akan memperoleh pekerjaan yang lebih baik serta pendapatan yang lebih tinggi. Di antara bandar yang menjadi tarikan utama penduduk luar bandar ialah Kuala Lumpur, Georgetown serta Ipoh dan penghijrahan masuk penduduk luar bandar ke kawasan bandar mulai ketara selepas tahun 1957 apabila lebih kurang 100,000 orang penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kesan daripada faktor penarik yang wujud di bandar serta berkaitan dengan faktor penolak yang ada di luar bandar. Menurut Asan Ali Golam Hassan(2004), penghijrahan penduduk luar bandar di sekitar tahun 1971-1990 telah membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan luar bandar. Akan tetapi, ia memberi kesan yang berlainan di kawasan bandar apabila ia mewujudkan golongan miskin di kawasan bandar yang merupakan kesinambungan senario kemiskinan yang mereka hadapi di kawasan luar bandar. Isi rumah miskin di seluruh negara telah meningkat dari 77,900 dalam tahun 1993 kepada 95,000 orang dalam tahun 1995 dan daripada jumlah ini, kemiskinan bandar merupakan 14.5 peratus pada tahun 1985 dan meningkat kepada 15.1 peratus pada tahun 1995. 3 JKA 213
KETIDAKSAMAAN KETIDAKSAMAA N SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Fenomena penghijrahan ke kawasan bandar ini juga turut mewujudkan masalah penambahan penempatan setinggan di kawasan bandar.Penghijrahan ini mengalami peningkatan yang drastik apabila dasar Ekonomi Baru dilaksanakan dengan menggalakkan penyertaan lebih ramai kaum Bumiputera di dalam sektor ekonomi bandar.Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesukaran mendapatkan rumah yang mampu dibeli atau disewa dan seterusnya ia mendorong kepada penerokaan kawasan-kawasan baru sebagai petempatan. Dalam era tahun 1990-an pula, apabila Kerajaan membuka pintu peluang pekerjaan kepada rakyat asing, maka berlaku kebanjiran pekerja asing (sama ada secara dengan izin atau tanpa izin) yang turut memberi penekanan kepada keperluan perumahan. Fenomena
ini
turut
memberi
kesan
perubahan
mendadak
kepada
ciri-ciri
kependudukan setinggan yang sedia ada. Di seluruh dunia, setinggan secara umum ditakrifkan sebagai suatu perlakuan menduduki ruang atau bangunan terbengkalai atau yang tidak diduduki yang kebiasaannya untuk tujuan tempat tinggal dan mereka ini tidak memiliki, menyewa ataupun mempunyai kebenaran untuk menggunakan ruang atau tempat tersebut. Di banyak negara miskin di seluruh dunia, terdapat kewujudan kawasan melarat (shanty towns ) atau kawasan perumahan orang miskin (slums ) yang biasanya dibina di pinggir bandar-bandar besar dan hampir kesemua rumah-rumah tersebut dibina sendiri tanpa kebenaran pemilik tanah. Kawasan ini kebiasaannya mempunyai infrastruktur asas yang sangat minimum tanpa adanya perparitan yang lengkap, sistem kumbahan yang sempurna, bekalan air bersih yang mencukupi atau bekalan elektrik. Definisi Kemiskinan Manakala definisi secara umum tentang kemiskinan dapat dilihat daripada definisi klasik yang dibuat oleh Booth (disebut dalam Holman, 1978: 3) yang mengatakan bahawa; „miskin boleh dihuraikan sebagai seseorang yang hidup dalam keadaan yang sudah untuk 4 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
memenuhi
keperluan- keperluan
hidup
yang
mencukupi‟
Sementara itu Rowntree (disebut dalam Holman, 1978:5) yang mengkaji masalah kemiskinan di York, London mendefinisikan kemiskinan sebagai “ketidak cukupan
memenuhi keperluan asas di peringkat secukup hidup untuk mempertahankan kecekapan fizikal”. Kemiskinan juga
dilihat dari sudut biologi, iaitu keperluan asas yang mencukupi
untuk meneruskan hidup dan ini dilihat dari segi pendapatan seseorang. Sekiranya seseorang itu tidak memperolehi pendapatan yang dapat memenuhi keperluan asas yang utama, atau tidak dapat makanan yang mempunyai zat yang diperlukan untuk kesihatan badan dan tidak dapat memenuhi dan mengekalkan kecekapan fizikal maka ia dianggap miskin (Ungku Aziz, 1964) Sementara itu Ishak Shaari (1996:3) pula medefinisikan kemiskinan sebagai: “satu keadaan apabila sesebuah isirumah tidak memperoleh pendapatan yang cukup bagi
menampung sejumlah perbelanjaan untuk keperluan asas yang minimum seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan asas bukan makanan…”
5 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Kemiskinan mutlak adalah merupakan satu konsep yang menggunakan ukuran piwaian bagi membuat perbandingan tentang keperluan asasi manusia. Pendekatan yang biasa digunakan ialah dari segi pemakanan atau pendekatan biologi yang menjelaskan hubungan antara keperluan minimum bagi mengekalkan kecekapan fizikal atau bagi memenuhi Kamal (a)
keperluan Salih
golongan
(1983) yang
pula tidak
asas mendefinasikan mempunyai
manusia. kemiskinan
keupayaan
sebagai: pendapatan.
(b) golongan yang tidak mempunyai kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial seperti kuasa bersuara, kuasa politik, pemilikan punca-punca pengeluaran, pendidikan dan sebagainya. (c) golongan yang tidak menikmati keperluan asas seperti perlindungan, perumahan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan dan sebagainya yang mencukupi mengikut ukuran secukup hidup sesebuah masyarakat. Konsep keperluan asasi haruslah
mengandungi dua unsur penting; pertama.
Keperluan minimum isirumah yang biasanya diperolehi melalui perbelanjaan penggunaan seperti makanan, pakaian dan keperluan rumahtangga yang lain, dan kedua, perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan lainlain. Kemiskinan bandar boleh dilihat sebagai fenomena yang melibatkan pelbagai dimensi dan tidak hanya dari sudut pendapatan atau kewangan (Bank Dunia), dan melibatkan: (i) Kurang akses untuk mendapatkan pinjaman bagi menjalankan aktiviti ekonomi (ii) Kurang peluang pekerjaan dan kesukaran mendapat kerja dan pendapatan tetap (iii) Tahap pendidikan dan kesihatan yang rendah
6 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
(iv) Tidak mampu memiliki/membeli rumah (v) Kemudahan untuk rekreasi dan hidup bermasyarakat yang rendah (vi) Keadaan persekitaran hidup yang tidak sihat dan kualiti kemudahan asas/awam yang rendah Pembentukan kemiskinan bandar di Malaysia, sepertimana di kebanyakan negeranegara dunia ke Tiga, berkemungkinan ada kaitan dengan penjajahan koloni sejak abad ke enam belas. Bentuk dan fungsi pembangunan bandar serta isu-isu yang berkaitan seperti kemiskinan, ketidak seimbangan dan penganguran boleh di lihat sebagai akibat daripada sejarah proses pengintegrasian kepada sistem kapitalis dunia (Yusof : 1989). Beberapa kajian yang dijalankan di peringkat pusat bandar dalam tahun-tahun 90an mendapati bahawa punca kemiskinan adalah disebabkan pelbagai faktor. Faktor-faktor termasuk taraf pendidikan dan tahap kemahiran yang rendah, saiz isi rumah yang besar, kekurangan peluang-peluang pekerjaan dan pendapatan yang rendah serta kekurangan akses kepada kemudahan-kemudahan asas. Ini bererti bahawa beberapa program perlu dilaksanakan secara bersepadu bagi menangani masalah kemiskinan di bandar secara berkesan (KPLB : 2005). Jamilah Ariffin (2002) telah memberikan ciri-ciri golongan miskin bandar seperti berikut: (a) Golongan miskin bandar terpaksa membeli hampir kesemua keperluan makanan dan keperluan asasinya yang lain dan oleh sebab itu amat terdedah da n rapuh dengan impak pembuangan kerja dan penganguran (b) Hidup dalam komuniti yang sesak serta kekurangan sistem kumbahan yang teratur dan mencukupi mengakibatkan mudah dan cepatnya penyebaran wabak penyakit (c) Pemilikan tempat kediaman dan berteduh amatlah kritikal dan penting bagi golongan 7 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
miskin bandar. Namun akibat daripada kesempitan hidup, jurang pendapatan yang tinggi, kos tanah dan rumah yang melambung naik ; mereka langsung tidak mampu memiliki rumah sendiri (d) Akibat daripada peningkatan harga barang pengguna serta pendapatan yang rendah, golongan miskin bandar terpaksa memilih barangan makanan yang murah yang mana kebanyakannya mengandungi kadar lemak dan karbohidra yang tinggi. Di samping it u, akibat daripada lamanya masa yang terpaksa di lalui semasa pergi dan pulang dari tempat kerja , golongan miskin bandar juga kerap bergantung kepada diet makanan segera dan kurang berkhasiat berbanding golongan miskin desa yang boleh mencari alternatif makanan kampung yang berkhasiat. Akibat dari semua ini, keluarga golongan miskin bandar dilihat sebagai rapuh kepada penyakit (e) Kesempitan hidup dan kurangnya peluang telah membuatkan ketidakseragaman susun atur sosial dan penyakit sosial masyarakat Menurut Unit Perancang Ekonomi Malaysia, kemiskinan bandar di Malaysia bolehlah digolongankan sebagai mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan (menganggur) dan mereka yang terlibat di dalam sektor tradisi bandar yang kurang produktif seperti peniaga kecil-kecilan, pemilik gerai, pembantu rumah serta aktiviti-aktiviti ekonomi lain yang tidak memerlukan skil dan latihan yang tinggi (HALIPAH : 2002). Manakala, berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Fong Chan Onn di empat kawasan bandar yang meliputi Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Bharu dan Johor Bharu, beberapa ciri-ciri golongan miskin bandar telah ditemui seperti berikut (Chan : 1984): v Tahap pendidikan yang rendah; v Ketiadaan peluang pekerjaan;
8 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
v Saiz keluargan yang besar; dan v Terpinggir dari kemudahan dan fasiliti awam / sosial. Kamal Sallih pula, berdasarkan kajian kemiskinan bandar di Kuala Lumpur, (Kamal Sallih : 1979) mengkategorikan golongan miskin bandar sebagai mereka yang: Bekerja sendiri di sektor perkhdmatan (seperti pemilik gerai, pembaik kasut, penjaga kereta);Pekerja-Tidak-Mahir di sektor perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan; Migran baru yang membuat kerja-kerja kasual;Pekerja mahir yang berkerja sendiri (seperti penggunting rambut, tukang kayu);Berumur atau kurang upaya (seeprti cacat) dna tidak berada di dalam aktiviti pekerjaan; dan Golongan jalanan (seperti peminta sedekah). Golongan seperti yang disebutkan di atas kebiasaanya menetap di kawasan yang berpendapatan rendah dan pinggiran bandar seperti kawasan setinggan, kampung baru serta kawasan Rizab Melayu (Ahmad Jaafar et al : 1979). Namun, berdasarkan kepada kajian Osman Rani dan Abdul Majid Salleh, insiden kemiskinan melayu di kawasan Rizab Melayu agak rendah berbanding dengan insiden kemiskinan bagi seluruh kawasan setinggan di Kuala Lumpur (Osman Rani dan Abdul Majid Salleh : 1989). Sungguhpun begitu, Osman Rani menegaskan bahawa golongan ini masih lagi kekurangan dari segi pendidikan, harta serta kemudahan awam. Berdasarkan kajian yang di lakukan oleh Abdul Halim Ali dan Ishak Shaari, mengenai Insiden Kemiskinan Bandar dan Luar Bandar, dari tahun 1970 ke 1987 (Abd Halim & Ishak Shaari : 1989), mereka mendapati pertambahan peratusan isi rumah miskin yang menetap di kawasan bandar di Semenanjung Malaysia daripada 10.8 peratus dalam tahun 1970 ke 17.0 peratus pada tahun 1987. Ini menunjukkan peningkatan isi rumah miskian di Malaysia dan akan menjadi masalah sosial dan ekonomi yang serius terutama apabila pemfokusan polisi negara lebih menjurus kepada pembangunan sektor industri. 9 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Salah satu isu di dalam kemiskinan bandar di Malaysia ialah peningkatan Wanita sebagai ketua isi rumah miskin. Berdasarkan statistik National Information Technology Council of Malaysia, pada tahun 2000 sahaja terdapat 895,000 ribu orang wanita yang menjadi penyara ekonomi keluarga. Jumlah ini merupakan satu peningkatan yang tinggi jika dibandingkan dengan satu kajian lain pada tahun 1994 yang menunjukkan jumlah 650,000 orang wanita. Hasil daripada pencantuman setinggan dan kemiskinan menyebabkan isu rumah setinggan semakin berleluasa diserata negeri dan tempat di Malaysia ini , khususnya di bandar-bandar besar.Jelas disini setinggan dan kemiskinan adalah perkaitan yang amat rapat,maka amat sesuailah tajuk ini dijadikan satu isu yang berkaitan satu sama lain iaitu setinggan dan kemiskinan.Isu yang ditonjolkan dalam perbincangan
ini ialah mengenai
masalah setinggan dan kemiskinan yang berkait rapat diantaranya . Permasalahan
kewujudan
petempatan
setinggan
merupakan
permasalahan
setempat terutamanya di negeri-negeri yang telah maju seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang. Kewujudan setinggan ini pula seakan-akan berangkai dengan isu-isu sosio-ekonomi lain seperti peluang pekerjaan yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka, penempatan semula, kemiskinan, pengagihan rumah kos rendah, bayaran pampasan dan sebagainya Kewujudan petempatan setinggan disebabkan beberapa faktor ekonomi dan sosial seperti penghijrahan golongan berpendapatan rendah ke kawasan bandar untuk meraih peluang mencari penghidupan yang lebih baik tetapi gagal mendapatkan perumahan yang berkualiti serta mampu dimiliki atau dibeli oleh mereka. Proses perbandaran juga salah satu elemen yang mendorong kepada petempatan setinggan memandangkan setinggan ini
10 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
merupakan suatu golongan penduduk yang tertinggal dalam mengejar arus pembangunan dan gagal memperoleh manfaat pembangunan ini pada peringkat minimum. Ketidakupayaan mereka untuk memiliki rumah yang sesuai dan ideal sebagai keperluan asas disebabkan kekangan keupayaan kewangan serta pelbagai aspek ekonomi yang lain. Golongan setinggan ini duduk di dalam lapisan paling banyak hierarki masyarakat dan sering dikaitkan dengan imej negatif masyarakat seperti isu kemiskinan, isu keciciran, isu gangsterisme, penagihan dadah serta pelbagai momokan negatif masalah sosial yang lain. Golongan setinggan ini kadangkala dan boleh dikatakan seringkali menjadi polemik dalam masyarakat dan dikatakan sebagai penghalang kepada pelaksanaan perancangan pembangunan negara kerana sebarang usaha pembangunan di kawasan perkampungan setinggan akan mendapat perhatian media massa serta mereka yang mempunyai kepentingan. Proses pemindahan setinggan ini kadangkala diolah oleh pihak media bagi menarik emosi dan simpati penonton atau pembaca media dengan tujuan tertentu. Akan tetapi, dari sudut yang lain pula, golongan setinggan ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Mereka bekerja di dalam bidang yang enggan diceburi oleh rakyat biasa yang lain seperti sebagai pencari dan pencuci botol-botol kaca untuk dijual semula, peniaga pasar malam, pekerja di kilangkilang kecil yang tidak mampu menawarkan gaji yang lumayan serta pelbagai pekerjaan yang memberikan pulangan yang sedikit Setinggan ini disebut dengan pelbagai istilah, misalnya di Malaysia dan Indonesia dikenali sebagai „kampung‟, di Manila dikenali sebagai „barung‟ atau „borongs‟, di Bombay pula ia dikenali sebagai „Bustees‟, manakala di Istanbul pula setinggan dipanggil
11 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
„Qecekandus‟ (Laporan Dasar dan Strategi Penyelesaian Setinggan MPPJ, 2001) . Ini menunjukkan permasalahan setinggan ini bukan sahaja menjadi penyakit di Malaysia malah masalah ini turut dialami oleh negara-negara lain juga. Setinggan seringkali dikaitkan dengan proses perbandaran. Perbandaran ialah proses penumpuan penduduk di sesuatu kawasan. Ia m erupakan suatu proses yang berlaku secara berterusan, selari dengan kemajuan ekonomi yang melibatkan sektor industri dan perdagangan (Kertas Kerja Permasalahan Setinggan, 2000) Kawasan bandar sering dianggap sebagai suatu kawasan yang penuh dengan peluang pekerjaan, tempat untuk mencari kemewahan, persekitaran kehidupan dan tahap kesihatan yang tinggi,tahap pendidikan yang tinggi serta tempat yang boleh mewujudkan pelbagai fasiliti yang memudahkan untuk perolehan maklumat, menggalakkan kreativiti, inovasi dan diversiti. Berdasarkan tarikan tersebut, kadar pertumbuhan kawasan bandar meningkat dengan begitu drastik. Di Malaysia, menjelang tahun 2000, 60% penduduk akan bertumpu di kawasan bandar dan peratusan ini akan meningkat kepada 80% menjelang tahun 2010 (Jabatan Perangkaan Malaysia,2004). Setinggan merupakan fenomena biasa yang wujud di Bandar-bandar utama di seluruh dunia khususnya negara-negara sedang membangun. Ia sering dikaitkan dengan ketidakupayaan sektor perumahan untuk bertindakbalas kepada keperluan golongan penghijrah luar bandar yang kebanyakannya tergolong dari golongan yang kurang pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kemahiran. Stok perumahan yang ada tidak mampu untuk dibeli atau disewa oleh golongan berpendapatan rendah yang menghuni di bandar.
12 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Jenis-Jenis Setinggan Abram (1966) dalam Abdul Aziz Husin (2004) tel ah mengklasifikasikan penduduk setinggan kepada lima kategori utama seperti berikut :
Setinggan Penyewa Secara umumnya, setinggan jenis ini terdiri daripada kelas setinggan paling miskin yang mana rumah yang diduduki disewa dari setinggan lain. Majoriti terdiri daripada mereka yang baru berpindah dari luarbandar dengan harapan satu hari nanti akan menjadi ‟setinggan pemilik‟.
Setinggan Pemilik Mereka memilikki rumah yang diduduki tetapi bukan tanah. Rumah didirikan sendiri di atas mana-mana sahaja tanah kosong yang boleh dicari tanpa mengambil kira pemilik tanah atau lokasi tanah tersebut
Setinggan Berkeras Satu waktu dahulu, gologan ini merupakan setinggan penyewa tetapi tidak lagi membayar sewa selepas itu. Pemilik tanah takut untuk mengeluarkan mereka dari tanah tersebut mungkin disebabkan cara dan penampilan mereka yang lebih agresif.
Setinggan Tuan Tanah Terdiri daripada setinggan lama yang memilikki bilik, pondok atau tempat tinggal untuk disewakan tetapi pada kadar yang sangat tinggi.
Setinggan Spekulator Mereka dianggap profesional yang membuat penempatan setinggan sebagai perniagaan yang menguntungkan. Mereka menjadi setinggan dengan motif utama dan berkeyakinan bahawa pihak kerajaan atau tuantanah akan membayar pampasan yang memuaskan sebelum mereka keluar dari kawasan itu. Umumnya, mereka merupakan kumpulan 13 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
setinggan yang paling degil dan sukar dikeluarkan dan merupakan ketua kumpulan yang akan berhadapan dengan pihak berkuasa atau tuan tanah. Pampasan yang dibayar dalam mana-mana keadaan adalah amat menguntungkan. Selalunya selepas mendapat pampasan, mereka secara bijak akan berpindah ke kawasan lain yang akan dibangunkan dalam masa terdekat dan proses tersebut akan berulang.
Setinggan Pekerjaan Setinggan pekerjaan yang membina gerai diatas tanah yang bukan milik mereka dan menjual barang runcit tanpa lesen berniaga dan tanpa membayar cukai Di
Malaysia masalah setinggan bermula pada tahun 70an bila pemerintah
mengemukakan dasar ekonomi baru di mana kaum bumiputra digalak turut serta dalam sektor bandar dan perindustrian. Jadi, berlakukah penghijrahan besar-besaran.Menurut Professor Camhuri Siwar, dari Institut Alam Sekitar dan Pembangunan,Universiti Kebangsaan Malaysia, negara itu mempunyai sasaran membersihkan kesemua kawasan setinggan dalam masa dua tahun lagi “Kerajaan ada sasaran untuk setinggan sifar (zero squatters) menjelang
2005. Jadi, ini adalah satu sasaran dan saya ingat usaha-usaha pemindahan ini sedang berterusan di lakukan. Setengahnya dipindahkan ke perumahan baru dan setengahnya di sediakan kawasan-kawasan yang agak jauh dari Kuala Lumpur untuk ditempatkan semula.”
Fenomena setinggan telah menjadi masalah utama negara sejak dari dahulu lagi dan sering dikaitkan dengan gambaran yang bercanggah dengan nilai-nilai kehidupan yang ideal. Antara masalah tersebut ialah kesesakan penghuni, keadaan bangunan buruk dan berselerak, kemiskinan, masalah sosial, tiada kemudahan infrastruktur dan sebagainya (Berita Harian, 5 Mac 2002). 14 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Pendatang atau penghijrahan penduduk ini rata-ratanya datang dari golongan yang tidak mempunyai sebarang pendidkan formal untuk diperdagangkan bagi mendapat pekerjaan yang baik. Kebiasaannya petempatan setinggan ini bermula dengan 15 sehingga 25 rumah, tetapi lama-kelamaan akan menarik pendatang yang lain sehingga menjadi 500 setinggan atau lebih. Pertumbuhan bandar di negara ini lebih tertumpu kepada aktiviti perindustrian dan memberi kesan kepada pertambahan peluang pekerjaan. Pertumbuhan ekonomi negara yang pesat di antara tahun 1991 hingga 1997 telah memberi sumbangan yang besar kepada perubahan struktur sosial dan ekonomi negara yang mengarah kepada perkembangan pesat perindustrian dan perbandaran.Perkembangan ini memberi lebih banyak peluang ekonomi dan peluang pekerjaan di pusat-pusat bandar dan telah menyebabkan ramai penduduk luar bandar atau bandar kecil berhijrah ke pusat-pusat bandar. Ini mengakibatkan penduduk di pusat-pusat bandar bertambah dengan pesat tetapi di sektor perumahan yang tidak dapat menampung kepesatan penduduk di pusat-pusat bandar telah menyebabkan wujudnya kawasan setinggan. Berdasarkan kajian setinggan di seluruh Malaysia mendapati terdapat sebanyak 114,944 unit bangunan kediaman setinggan dengan anggaran penduduk setinggan berjumlah 557,679 orang yang wujud di seluruh negara. Jumlah kampung setinggan di seluruh Malaysia adalah 1,032 buah khususnya tertumpu di negeri selangor, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Sabah. Kebanyakan petempatan setinggan terdapat di kawasan-kawasan pantai (atas laut), bekas-bekas lombong, rizab jalan, rizab sungai rizab keretapi dan kawasan pinggir bandar yang belum dibangunkan lagi (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia, 2000).
15 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Hasil analisis pasukan pengkaji Universiti Sains Malaysia mendapati hampir semua penduduk setinggan adalah terdiri daripada warga asing kecuali di negeri Melaka dan Negeri Sembilan. Peratusan paling tinggi adalah di negeri Sabah (warga Filipina) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (warga Indonesia). Penghijrahan warga asing ini tanpa kawalan mengakibatkan wujudnya pelbagai implikasi seperti petempatan warga asing, masalah sosial dan juga masalah jenayah seperti gangsterisme, kecurian, dadah, lanun dan sebagainya (Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia, 2000). Analisis juga mendapati terdapat isi rumah setinggan yang berpendapatan kurang daripada RM460.00 sebulan (garis kemiskinan) dan juga berpendapatan kurang daripada RM300.00 sebulan (golongan termiskin). Terdapatnya juga sebilangan penduduk setinggan yang tiada pelajaran formal dan berpendidikan sekolah rendah. Misalnya di negeri Sabah terdapat ramai penduduk setinggan yang buta huruf dan tidak boleh membaca mengakibatkan mereka terpinggir dari sektor pekerjaan dan pembangunan. Menurut buletin PEKA 1991, dari segi ciri-ciri petempatan setinggan di seluruh negara,
didapati
kebanyakan
negeri
seperti
Sabah,
Pahang
dan
lain-lain
lagi
mempamerkan keadaan fizikal bangunan kediaman yang daif dan kemudahan infrastruktur yang kurang memuaskan. Menyedari kerumitan ini, Kerajaan merangka dasar dan strategi kawalan untuk penempatkan semula setinggan. Kerajaan telah menetapkan sasaran untuk mencapai setinggan sifar pada tahun 2005 nanti. Bagi mencapai sasaran ini, Kerajaan merancang membina lebih banyak rumah kos rendah atau rumah mampu dimiliki untuk dijual dan disewa bagi penempatan semula setinggan. Di samping itu Kerajaan juga berusaha meningkatkan pembinaan rumah kos sederhana rendah dan kos sederhana bagi membolehkan setiap keluarga mampu memiliki rumah. Dalam Rancangan Malaysia Ke 7 (1996-2000) sebanyak 491,135 unit rumah kos 16 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana telah berjaya dibina. Dalam RMKe-8 (2001-2005) Kerajaan membuat unjuran membina sebanyak 479,000 unit rumah kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana.Perancangan rapi ini menunjukkan Kerajaan berusaha bersungguhsungguh bagi memastikan negara kita bebas setinggan menjelang tahun 2005 (Utusan Malaysia, 24 April 2004). Masalah utama yang terdapat di kawasan setinggan seperti yang dilaporkan di dalam Laporan Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan di Malaysia, 2000 adalah di mana bilangan rumah kos rendah yang ada tidak dapat memenuhi permintaan yang tinggi. Setinggan yang terlibat dengan pembangunan semula kawasan petempatan mereka tidak dapat masuk terus ke rumah pangsa kos rendah dengan secepatnya. Keduanya pembangunan dan pembinaan rumah pangsa kos rendah dan juga rumah panjang biasanya mengalami pelbagai rintangan seperti keadaan tanah yang teruk, ketidaksempurnaan
infrastruktur,
kelewatan
dalam
menyelesaian
masalah
dengan
kontraktor dan pelbagai pihak yang terlibat dalam industri pembinaan. Masalah ketiga ialah Pembiayaan pinjaman perumahan yang tidak mencukupi. Sebagai contoh di dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM Ke-6), DBKL bercadang untuk membina 30,396 unit rumah kos rendah yang menelan belanja sebanyak RM 702.7 juta, namun begitu pembiayaan yang disediakan hanya berjumlah RM 79.35 juta dan ia hanya mencukupi untuk membina 4,424 unit rumah kos rendah.Seterusnya ialah disebabkan Kos pembinaan telah meningkat. Secara amnya, kos untuk membina rumah kos rendah telah melebihi RM 25,000 dan kos untuk membina rumah panjang melebihi RM 12,000 seunit. Kos ini tidak termasuk kos pembinaan infrastruktur.Selain daripada itu Keperluan untuk memperbaiki
imej
keseluruhan
serta
persekitaran
rumah.
Standard
infrastruktur,
kemudahan serta perkhidmatan untuk setinggan telah dinaiktaraf sekurang-kurangnya
17 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
selaras dengan projek perumahan lain. Sehubungan itu kosnya tidak banyak beza dengan kos pembinaan perumahan yang lain. Faktor keenam ialah Proses untuk pembangunan semula setinggan amat memakan masa dan sensitif. Petempatan setinggan biasanya dibina dengan tahap kapasiti yang maksimum. Sebelum kawasan setinggan boleh dibersihkan, penduduk setinggan ini mestilah dipindahkan. Penduduk ini hanya akan berpindah jika rumah pangsa kos rendah disediakan dan jaminan bahawa mereka dapat membeli rumah kos rendah yang dibina. Ditambah pula dengan Kemajuan pembangunan semula setinggan oleh konsep penswastaan adalah amat tidak menggalakkan. Selama 6 tahun konsep ini diperkenalkan, sejumlah kurang dari 5000 penduduk yang dipindahkan.Ini dirumitkan lagi dengan keadaan kemampuan penduduk setinggan untuk membeli rumah kos rendah juga merupakan masalah utama. 15-20 peratus setinggan tidak mampu membeli rumah kos rendah berharga RM 25,000. Masalah seterusnya ialah kecenderungan penduduk setinggan untuk dipindahkan sebagai satu komuniti yang berdekatan dengan petempatan asal. Penyataan ini amat benar dikalangan kawasan petempatan yang telah dikenali dan lama bertapak.Dan ditambah pula dengan kawasan tanah kosong yang semakin lama semakin habis, bandar Kuala Lumpur hanya mempunyai lebih kurang 11,200 ekar tanah yang masih boleh dibangunkan
Strategi Penyelesaian Setinggan Terdapat beberapa langkah yang diambil oleh kerajaan untuk membasmi setinggan, antara yang utama adalah:
Penempatan Semula Setinggan Di Malaysia. Berdasarkan pendekatan setinggan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah setinggan seluruh negara, penempatan semula diambil dengan 18 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
menempatkan semula setinggan terbabit ke satu kawasan lain yang mungkin lebih jauh dari penempatan asal mereka. Kawasan penempatan baru ini biasanya telah disediakan dengan prasarana asas untuk memberi lebih keselesaan kepada penduduk setinggan. Menurut United Nations for Human Settlement (HABITAT, 1988) menyatakan bahawa penempatan semula adalah satu langkah pembaharuan fizikal yang menelan perbelanjaan yang tinggi tetapi dapat menyediakan keperluan asas dimanafaatkan oleh penduduk miskin yang terlibat untuk terus hidup dikawasan bandar. Sepatutnya penempatan semula yang dilaksanakan dapat memberi keseimbangan dalam aspek pembangunan sosioekonomi masyarakat. Menurut Tunku Shamsul Bahrin (dalam Mokzani,1977), terdapat dua kaedah dalam menangani isu setinggan. Pertama dengan memindahkan mereka ke atas lotlot tanah yang diperuntukkan kepada mereka dengan mengenakan kadar harga yang rendah (nominal) dan yang kedua memberi mereka peluang menduduki rumah pangsa kos rendah dengan dikenakan kadar sewa yang rendah atau menjual rumah pangsa tersebut pada harga yang rendah. Selain daripada itu, mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan, kawasan setinggan akan dirobohkan tanpa membayar apa-apa pampasan dan membangunkan semula kawasan setinggan dengan lebih teratur dan bersih. Kawasan ini juga diberikan segala kemudahan awam agar tapak tersebut terjaga. Kaedah ini walaupun dilihat dari segi fizikalnya adalah baik namun dari segi ekonominya, ia tidak memberikan pulangan yang baik kepada pihak kerajaan. Malah, kerajaan terpaksa pula mengeluarkan peruntukkan yang banyak untuk membina semula kawasan tersebut semata-mata untuk diduduki oleh setinggan. Kaedah ini juga dilihat seolah-olah menggalakkan setinggan terus bertapak dan dibenarkan meneroka kawasan lain.
19 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Walaubagaimanapun terdapat beberapa persepsi terhadap penempatan semula setinggan. Bagi pihak Arkitek dan Perancang Bandar, mereka melihat setinggan sebagai penghalang kepada pembangunan bandar kerana kawasan tersebut boleh dibangunkan sebagai kawasan komersial dan boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Manakala pihak berkuasa tempatan pula menilai kawasan setinggan sebagai kawasan hitam yang banyak mengandungi unsur-unsur jenayah. Oleh itu, penempatan semula kesatu kawasan baru adalah merupakan satu kaedah terbaik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah pendudukan setinggan terutama di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain. Kerajaan perlu melakukan sesuatu untuk menempatkan semula setinggan di kawasan bandar ini. Tanah-tanah dibandar mempunyai nilaian yang tinggi dan kerajaan sukar menempatkan mereka atau mengekalkan mereka di tanah yang mereka duduki. Kerajaan juga harus ingat bahawa untuk menempatkan mereka di kawasan lain pula, kos yang besar diperlukan untuk membina rumah ganti, menyediakan segala kemudahan, menjaga kawasan tersebut supaya lebih terurus dan sebagainya. Kesimpulannya, kerajaan perlu memastikan kawasan penempatan semula setinggan diwujudkan bagi menyelesaikan masalah setinggan di sesuatu kawasan.Penempatan semula setinggan mestilah mempunyai infrastruktur yang lengkap agar tidak memberi masalah kepada penduduk setinggan itu sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup agar segala keperluan tidak terjejas akibat perpindahan ke kawasan baru kelak
Keperluan Penempatan Semula Setinggan Di Kawasan Bandar Menurut Abdul Aziz Husin (2004), kewujudan penempatan setinggan di kawasan bandar merupakan satu fenomena biasa di negara ini. Kawasan setinggan bukan sahaja memberi kesan besar kepada faktor sosial, politik dan ekonomi penduduk kawasan itu tetapi juga menjejaskan reputasi bandar terbabit khasnya dan negara amnya. Bagi 20 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
mengatasi masalah ini, pihak berkuasa tempatan perlu mencari jalan penyelesaian yang terbaik disamping penglibatan sektor awam yang lain seperti Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Jabatan Perancang Bandar Dan Desa, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Parit Dan Saliran (JPS). Penempatan setinggan di kawasan bandar akan mengakibatkan pembangunan bandar terencat atau sukar kerana masalah pendudukan mereka perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dari segi teorinya, masalah ini dapat diatasi dengan penggunaan undang-undang tanah sedia ada, tetapi dari segi fizikalnya, sebilangan penduduk setinggan bukanlah manusia yang terpelajar. Jadi mereka akan melakukan sesuatu yang diluar batasan undang-undang untuk mempertahankan kedudukan mereka. Walau bagaimanapun, setinggan di bandar perlu diselesaikan dan ditangani dengan sebaik mungkin. Walaupun penduduk setinggan dikaitkan dengan kemiskinan dan berpendapatan rendah (Mohd. Taib Dora,2000), namun dengan adanya projek perumahan kos rendah, adalah difikirkan mereka dapat membelinya dengan bayaran bulanan yang rendah. Selain dari kemiskinan, setinggan juga dikaitkan dengan gejala sosial, penagihan dadah, samseng, mempunyai keluarga yang ramai dan taraf pendidikan yang rendah. Ini ditambah lagi dengan keadaan persekitaran yang kotor, tidak teratur, kekurangan kemudahan asas seperti bekalan api, air, sistem jalanraya dan telefon di samping sistem pembetungan yang tidak sempurna menyebabkan kawasan setinggan memberikan imej yang kurang baik kepada masyarakat umum. Terdapat beberapa masalah yang lazim dihadapi oleh pihak berkuasa tempatan untuk menyelesaikan masalah setinggan. Di antaranya ialah: 1. Kekurangan undang-undang mengenai masalah setinggan. Sebelum wujudnya undangundang untuk menghapuskan setinggan pada tahun 1969, tiada undang-undang yang
21 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
khusus bagi mengatasi masalah setinggan. Hanya Kanun Tanah Negara sahaja yang digunapakai pada masa itu. 2. Kesukaran untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi merobohkan penempatan setinggan kerana kekurangan kawasan untuk penempatan semula di kawasan bandar. Selain daripada itu, kos harga tanah yang tinggi di kawasan bandar membebankan kerajaan. Harga di kawasan luarbandar adalah murah tetapi kos penyediaan prasarana pula adalah tinggi. 3.Kos penguatkuasaan yang tinggi. PBT terpaksa mengeluarkan kos yang besar untuk pentadbiran dan kakitangan bagi menghalang penduduk mendirikan kawasan setinggan. 4. Faktor Kemanusiaan. Tindakan merobohkan kawasan setinggan tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa kerana memberi kesan yang besar kepada penduduk setinggan dari segi ekonomi dan sosial. 5. Penghapusan kawasan setinggan akan memberi implikasi kepada aspek politik dan sosial. Kebanyakan golongan setinggan adalah penyokong setia parti pemerintah. Bagi memastikan sokongan mereka terutamanya semasa pilihanraya, orang politik banyak memperjuangkan golongan setinggan. Salah satu penempatan semula yang disediakan oleh kerajaan ialah perumahan kos rendah. Konsep ini telah diterapkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1967, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu. Ini memberi peluang kepada penduduk memilikki rumah sendiri dan mampu dibayar oleh mereka. (Kerajaan Malaysia, 1971). Program pemilikkan rumah murah ini termasuk dalam DEB yang mana ianya bertujuan untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan masyarakat, terutamanya setinggan dan miskin. Walau bagaimanapun, program ini makin lama semakin bertambah bilangan penduduk setinggan kerana cara ini seolah-olah menggalakkan penempatan setinggan yang lain kerana tiada usaha untuk menyekat penempatan setinggan yang baru atau 22 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
menggantikan setinggan yang telah berpindah. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah berunding dengan pihak swasta untuk membina rumah kos rendah. Dan hasilnya, pihak swasta telah berusaha membina perumahan kos rendah di tanah swasta. Program penswastaan yang pertama telah dilakukan oleh DBKL pada RMK-4 (1985-1990). Program ini telah membabitkan sebanyak 21 buah projek penswastaan perumahan kos rendah membabitkan tanah keluasan 1500 hektar. Namun sehingga kini masalah penempatan semula setinggan tidak berjaya sepenuhnya kerana pelbagai sebab. Antara sebab itu ialah pemantauan sepanjang masa oleh PBT tidak dilakukan secara berkala menyebabkan penduduk setinggan semakin hari semakin meningkat. Kesimpulannya, penempatan semula setinggan amat penting bagi memberikan kawasan bandar bersih dari masalah setinggan. Sebelum melaksanakan program penempatan semula setinggan, PBT atau jabatan l ain yang terbabit hendaklah menjalankan kajian sosioekonomi penduduk setinggan terlebih dahulu. Namun begitu, usaha yang lebih agresif perlulah diambil dalam menyelesaikan masalah berkaitan setinggan, dan kalau boleh sehingga mencapai setinggan sifar. Kerajaan telah melancarkan program setinggan sifar pada tahun 2005, tetapi usaha tersebut masih belum menampakkan hasil yang memberangsangkan.
Dasar Setinggan Sifar Berdasarkan
Banci
Penduduk
Malaysia
Tahun
2000,
penduduk
Malaysia
berkembang dengan kadar 2.6 peratus setahun dan pertumbuhan populasi kawasan bandar telah meningkat dari 50.7 peratus pada tahun 1991 kepada 62.0 peratus pada tahun 2000. Kesannya, pembangunan di kawasan bandar lebih fokus dan banyak pelaburan dilaksanakan dalam membangunkan perindustrian, sosial dan perkhidmatan ekonomi di 23 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
samping kesedaran orang awam yang mahukan persekitaran yang sihat. Oleh itu, perumahan di kawasan bandar bukan hanya terhad berikutan kekangan tanah yang boleh dibangunkan untuk tujuan perumahan; tetapi juga menjadi amat mahal dan tidak mampu dimiliki oleh semua golongan. Kesannya, kewujudan kawasan penempatan setinggan baru telah berkembang dengan pesat dan turut memberi kesan kepada pembangunan ekonomi secara keseluruhan. Melihat kepada seriusnya masalah setinggan ini, maka Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah melancarkan Program Setinggan Sifar 2005 bagi membasmi setinggan terutamanya di kawasan bandar. Program ini telah dilancarkan di seluruh negara dengan penglibatan semua Kerajaan Negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Program ini telah menggabungkan usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan pemberian modal bagi membina rumah jenis bertingkat di dalam kawasan bandar yang dikenali sebagai Program Perumahan Rakyat (PPR) akan diberi oleh Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Negeri akan
menentukan tanah yang sesuai untuk
dijadikan rumah PPR ini. Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini sangat penting memandangkan kuasa pemberimilikan tanah adalah terletakhak kepada Kerajaan Negeri dan dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri memerlukan bantuan dana kewangan untuk melaksanakan program ini. Semua Kerajaan Negeri telah merangka Program Setinggan Sifar masing-masing dan menurut Laporan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sehingga Jun 2009 terdapat sejumlah 82,200 keluarga setinggan di seluruh negara yang belum dipindahkan. Statistik penuh keluarga setinggan tersebut serta prestasi Kerajaan Negeri dalam melaksanakan Program Setinggan Sifar semenjak tahun 2004 sehingga tahun 2008 adalah seperti Jadual di bawah 24 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Statistik Keluarga Setinggan Negara Sehingga Jun 2009* Bil.
Negeri
Bilangan Keluarga Setinggan 2004 16,786 20,353 291
Kuala Lumpur Labuan Selangor Negeri Sembilan Melaka 67 5. Johor 1,541 6. Pahang 647 7. Terengganu 2,780 8. Kelantan 1,392 9. Perak 7,950 10. Pulau Pinang 3,331 11. Kedah 3,382 12. Perlis 2,397 13. Sabah 38,868 14. Sarawak 8,919 15. JUMLAH 108,704 1. 2. 3. 4.
2005 14,947 1,068 5,913 121
2006 11,676 1,167 2,811 346
2007 11,181 1,068 1,197 297
2008* 9,333 871 1,197 144
62 5,293 2,928 777 1,258 7,766 4,010 3,528 2,266 38,868 9,641 98,446
52 11,411 918 846 1,699 14,282 5,835 3,443 2,266 25,525 9,618 91,895
36 11,411 1,052 699 1,695 14,243 6,370 3,629 2,243 23,692 9,325 88,138
18 12,565 856 699 1,499 14,282 3,572 3,294 2,221 22,449 8,900 82,200
Sumber : Laman Web KPKT, SUK Negeri, Lembaga Perumahan Negeri, PBT dan PTG Negeri
Kaedah Penyelesaian Penempatan Semula Setinggan Oleh Kerajaan Persekutuan
Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah merangka beberapa kaedah penempatan semula setinggan dan rakyat miskin di seluruh negara. Kaedah yang diwujud untuk digunapakai ialah PPR (Bersepadu), PPR Disewa (Dasar Baru) dan PPR Dimiliki (Dasar Baru). Perlaksanaan program ini adalah sebagaimana Jadual dibawah: 25 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Bil
Program
Bil. Projek
Bil. Unit
1
PPR Bersepadu (MTEN)
52
54679
2
PPR Disewa (Dasar Baru)
7
8352
3
PPR Dimiliki (Dasar Baru)
25
3650
4
Perumahan Awam Kos Rendah
74
28541
Jumlah
158
95222
Agensi yang terbabit bagi perlaksanaan PPR ini ialah Jabatan Perumahan Negara (JPN) yang akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas projek PPR ini termasuk perancangan awal, perlantikan juruperunding, pengurusan tender dan semua aspek pengurusan projek PPR. Program ini dilaksanakan secara “ fast track ” dengan beberapa kelonggaran dasar dan peraturan telah diberi bagi mempercepatkan kesiapan projek ini. Syarikat
Perumahan
Negara
Berhad
(SPNB)
telah
diberi
tanggungjawab
melaksanakan PPR Dimiliki melainkan 25 projek PPR Dimiliki di Negeri Pahang yang sedang dilaksanakan oleh JPN. Projek PPR Disewa akan terus dilaksanakan oleh JPN. Bilangan unit disasarkan untuk dibina di bawah PPR Dimiliki ialah 40,000 unit dan PPR Disewa 50,000 unit. Program pembinaan rumah di bawah PPR Disewa adalah bertujuan untuk
disewakan
kepada
setinggan
dan
akan
diperluaskan
kepada
golongan
berpendapatan rendah yang lain apabila matlamat setinggan sifar tercapai yang dijangkakan pada akhir tahun 2005. Pembasmian Setinggan Melalui Perumahan Awam Setinggan merupakan kawasan perumahan yang tidak terancang dan teratur seperti kehendak PBT. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat di tapak kajian, setinggan secara keseluruhannya merupakan kawasan perumahan yang dipenuhi rumah yang kebanyakkan 26 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
kurang sempurna dari segi fizikal mahupun keadaan dalamannya. Hampir kesemua rumahrumah setinggan diperbuat dari kayu dan beratapkan zink. Tiada sistem perparitan dan saliran yang sempurna di kawasan ini menyebabkan wujudnya pelbagai bau busuk dan keadaan kurang sempurna bagi penduduk kawasan sebegini. Boleh dikatakan hampir semua kawasan setinggan didirikan di atas tanah orang sama ada secara haram atau tidak. Rumah-rumah kawasan setinggan ini amat rapat antara satu lain dan tidak sempurna keperluan asasnya, disebabkan kesempitan hidup penduduknya. Setinggan ini wujud disebabkan terdapat golongan rakyat yang tidak mampu menyewa rumah di kawasan yang menyediakan infrastruktur perumahan yang sempurna. Hal ini disebabkan tahap ekonomi golongan yang mendiami kawasan setinggan ini kebanyakan ibarat kais makan pagi. Kesempitan hidup menyebabkan golongan ini memilih kawasan setinggan sebagai penempatan paling selesa yang mereka mampu walaupun dianggap sebagai kawasan yang sangat daif. Setinggan juga wujud apabila terdapatnya peluang pekerjaan seperti pembukaaan kilang baru, maka ramailah warga kampung berpindah dari desa masing-masing demi untuk memperbaiki tahap ekonomi diri sendiri serta keluarga. Disebabkan faktor seperti inilah wujudnya setinggan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang. Sebagai contoh, di Johor Bahru terdapat banyak kawasan setinggan yang wujud hasil dari faktor sosio ekonomi seperti Skudai Kiri, Skudai Kanan dan Bakar Batu. Kawasan setinggan ini dianggap sebagai sebuah kawasan yang banyak menjana masalah sosial pada negara seperti wujudnya sarang penagih dadah dan kadar penjenayah seperti perompak banyak datang dari individu yang latar belakangnya adalah dari kawasan setinggan. Memang diakui bahawa masyarakat setinggan m erupakan punca berbagai-bagai masalah. Memang tidak ada orang suka melihat sebahagian manusia terus hidup dalam keadaan teruk di rumah-rumah setinggan yang sesak dan serba kekurangan dalam segala 27 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
kemudahan. Hal ini terbukti dengan kejadian pergaduhan di kalangan penduduk setinggan di Taman Lindungan Jaya dan sekitarnya di Jalan Klang Lama (Berita Harian, 12 Mac 2001). Hal ini berpunca daripada budaya samseng yang menular di kalangan penduduk setinggan seperti yang telah dikenal pasti oleh Pemuda Barisan Nasional seperti yang dilaporkan melalui akhbar Berita Harian pada 13 Mac 2001 sejurus selepas kejadian tersebut berlaku. Maka disebabkan pelbagai masalah sosial yang berlaku akibat dari perumahan setinggan ini dan juga sejajar dengan matlamat Dasar Pembangunan Negara iaitu: I) Mengurangkan dan menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan ekonomi secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia; II) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan yang menjadi punca wujudnya setinggan akan ditumpukan pada program-program berikut: i) Pendidikan ii) Latihan iii) Kesihatan iv) Jalan-jalan luar bandar v) Pengangkutan vi) Perumahan vii) Bekalan air dan elektrik
Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar- bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi 28 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkahlangkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasankawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang- peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan . Bagi membasmi kawasan setinggan ini juga pihak PBT seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur khususnya telah menyediakan projek perumahan awam. Objektifnya adalah : 1) Untuk mengadakan tempat tinggal yang selesa kepada golongan yang berpendapatan rendah dan membasmi setinggan 2) Untuk meningkatkan taraf kehidupan golongan yang berpendapatan rendah yang tinggal di Wilayah Persekutuan 3)
Untuk
menyelesaikan
masalah
setinggan
secara
beransur-ansur
di
Wilayah
Persekutuan. 4) Untuk mencapai perpaduan kaum melalui perumahan awam di Wilayah Persekutuan. Adalah diharapkan dengan adanya perumahan awam ini , masalah setinggan dapat dikurangkan ke tahap paling minimum dan rakyat serta golongan berpendapatan rendah dapat hidup dengan lebih selesa seterusnya mengurangkan masalah yang berpunca dari kawasan setinggan ini. Selain daripada penyelesaian yang disebutkan di atas, terdapat pelbagai lagi penyelesaian di peringkat kebangsaan yang bakal dijalankan bagi mengatasi masalah ini. Antara agenda yang dijalankan ialah pembancian dan pendaftaran penduduk setinggan. Semua keluarga setinggan akan dibanci dan didaftarkan. Tindakan ini bagimemudahkan perancangan untuk pembasmian setinggan. Selain itu, mewujudkan program penempatan 29 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
semula setinggan. Kerajaan-kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah disyorkan melaksanakan program tersebut. Tindakan mempercepatkan pelaksanaan projek perumahan kerajaan iaitu perumahan kos rendah sama ada untuk disewa atau dijual bagi memenuhi sasaran yang ditetapkan. Mencari alternatif bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memperolehi kemudahan pinjaman dari mana-mana institusi kewangan atau badan kerajaan Hal ini sedia maklum kerana berdasarkan mata pencarian mereka yang agak kecil adalah sukar bagi mereka untuk mendapatkan kelulusan memperoleh pinjaman. Jaminan daripada pihak kerajaan dengan membuat spesifikasi rumah kos rendah yang mempunyai tiga bilik tidur dikekalkan. Bagi tanah-tanah persendirian yang terbiar atau dicerobohi setinggan hendaklah dimajukan oleh tuan tanah atau pihak-pihak tertentu. Selain itu, tanah-tanah tersebut perlu dipagar dan dinaikkan papan tanda amaran. Pembinaan asrama bujang mungkin boleh didirikan bagi merancang keperluan tempat kediaman bagi golongan bujang di kawasan-kawasan tertentu.
Penempatan di Rancangan Perumahan Kos Rendah Di dalam kaedah ini, penempatan akan dibuat sama ada melalui Projek Perumahan Rakyat (PPR) atau melalui penempatan di kawasan Perumahan Awam yang dikendalikan di bawah Bahagian Perumahan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Dalam hal ini, pembangunan PPR adalah bergantung kepada kelulusan peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan melalui KPKT dan JPN. Untuk mendapatkan kelulusan peruntukan ini, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak bersama-sama Bahagian Perumahan Awam, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak telah diamanahkan untuk mempastikan bahawa peruntukan diperolehi bagi membolehkan pembinaan rumah disiapkan menjelang tahun 2010.
30 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Bahagian Perumahan Awam pula akan sentiasa bekerjasama dengan Pejabat Tanah di setiap daerah untuk mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan dengan PPR. Sehingga kini, kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk dibangunkan dengan PPR di seluruh Negeri
Penempatan di Kawasan Program Penempatan Rakyat Termiskin Disebabkan
Kerajaan
Negeri
juga
perlu
menumpukan
perhatian
kepada
pembasmian penduduk miskin dan miskin tegar di negeri masing-masing, maka terdapat beberapa program penempatan semula untuk golongan ini yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah. Ini disebabkan di antara isu setinggan dan kemiskinan, ia mempunyai hubungan simbiosis dengan penyelesaian satu isu sosial yang lain secara tidak langsung akan membantu menyelesaikan satu isu sosial yang lain. Sementelahan pula, masalah setinggan sering dikaitkan dengan permasalahan kemiskinan. Di dalam program penempatan PPRT ini, Pejabat Daerah dan Tanah akan mengenalpasti kawasan tanah kerajaan yang sesuai untuk dibangunkan sebagai kawasan penempatan PPRT dan Kerajaan Negeri akan mendapatkan peruntukan kewangan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membina rumah serta infrastruktur asas. Para peserta pula akan dipilih berdasarkan Daftar Penduduk Miskin dan Miskin Tegar yang sedia ada di setiap Pejabat Daerah dan Tanah dan sekiranya terdapat penduduk setinggan berhampiran kawasan projek perumahan PPRT ini, mereka akan dimasukkan sebagai bakal penghuni berdasarkan kesesuaian. Di dalam skim ini, para peserta tidak akan diberi hakmilik tanah dan rumah yang mereka duduki hanyalah sebagai tempat tinggal sementara sehingga mereka berupaya
31 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dan memiliki rumah mampu milik lain yang sesuai. Untuk tujuan mencapai sasaran Setinggan Sifar Menjelang 2010, Pejabat Daerah dan Tanah telah dan harus mengenalpasti beberapa kawasan yang boleh dibangunkan untuk skim PPRT . Program PPRT ini juga bertujuan untuk menempatkan setinggan miskin tegar memandangkan mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan langsung untuk membayar atau menjelaskan kos infrastruktur. Para peserta program penempatan rumah PPRT ini juga akan sentiasa diberi kursus-kursus motivasi sebagai dorongan kepada perubahan sikap agar mereka dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.
Pengeluaran Lesen Pendudukan Sementara Pemberian Lesen Pendudukan Sementara (TOL) kepada setinggan diberikan kepada mereka yang menduduki tanah-tanah kerajaan yang tidak boleh diberi hakmilik. Ini melibatkan tanah-tanah yang telah dirizabkan sebagai kawasan lapang, tanah rizab sungai atau tanah rizab jalan dan kawasan bagan nelayan. Tanah rizab jalan diperuntukkan untuk tujuan pembangunan yang akan datang atau sebagai memenuhi keperluan perancangan yang
memerlukan
“green
belt ”
bagi
menyeimbangkan
pembangunan.
Walau
bagaimanapun, setinggan ini mengambil kesempatan dengan adanya tanah kosong tersebut untuk mendirikan bangunan sama ada untuk tujuan kediaman atau perniagaan secara kecil-kecilan. Memandangkan kuasa membaharui TOL ini telah diturunkan kepada Pegawai Daerah, maka peringkat pembaharuan TOL ini tidak akan melalui proses yang rumit di samping memudahkan Pejabat Daerah dan Tanah membuat pengawasan terhadap aktiviti pemilik-pemilik TOL ini. Secara tidak langsung, ia turut memberi sumbangan kepada peningkatan hasil Kerajaan Negeri.
32 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Kesimpulan Kewujudan petempatan setinggan bukan sahaja mendatangkan masalah sosioekonomi, bahkan menyumbang kepada masalah pencemaran persekitaran, landskap yang buruk serta menghalang kemajuan. Dalam beberapa projek penyediaan infrastruktur serta pembangunan kemasyarakatan, penempatan setinggan telah meningkatkan kos projek serta melengah-lengahkan kesiapan projek. Memandangkan masalah pendudukan setinggan ini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat serta media massa, maka satu perancangan jangka panjang perlu dilaksanakan bagi mengurangkan dan seterusnya membasmi terus penempatan setinggan ini. Dalam merangka mekanisme pembasmian setinggan pula, perkara asas dalam menyumbang kepada kewujudan setinggan iaitu kemiskinan perlu diambil kira. Kemiskinan merupakan suatu fenomena global walaupun menurut Laporan Rancangan Malaysia Ke-9, kadar kemiskinan di Malaysia semakin menurun terutamanya di kalangan masyarakat desa.
33 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
RUJUKAN
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (Cetakan Semula Tahun 2007). “Setinggan – Isu Pengurusan, Undang-undang dan Pembangunan Harta Tanah”. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
Che Su Mustaffa, Wan Abdul Rahman Khudzri Wan Abdul dan Mohamad Sukeri Khalid (2005). “Pembangunan: Implikasi Sosial Dan Fizikal”. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok.
Khoo Salma Nasution & Abdur-Razzaq Lubis (2005). “Kinta Valley : Pioneering Malaysia‟s Modern Development”. Perak Academy, Ipoh. Laporan Permasalahan Setinggan Di Malaysia (1997), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Anwar Ibrahim, 1983/1984. "Kemiskinan Dari Perspektif Agama dan Politik", dlm. Institut Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur. Syed Hussin Ali, 1983/1984. "Aspek Sosiologikal Dalam Kemiskinan", dlm. Institut Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur. Surtahman Kastin Hassan, 1996. “Kemiskinan dan Pembasmian Kemiskinan Mengikut Perspektif Islam”, dlm. Chamhuri Siwar dan Nor Aini Hj Idris, sunt., Kemiskinan Dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia, ms 70 – 81.
Osman Rani Hassan dan Abdul Majid Salleh 1988. "Konsep-Konsep Kemiskinan dan Ketaksamaan: Satu Tinjauan", dalam Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Piachaud, D., 1987. "Problems in the Definition and Measurement of Poverty", Journal of Social Policy, Vol.16, No.2, ms. 147-164.
34 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL
Roseli Bin Mohd Zain JM/10643/09 (620330035503)
Abdul Aziz Hussin, Wan Hazimah Wan Hariri dan Nazri Zakaria (2004). Setinggan : Isu Pengurusan, Undang – undang Dan Pembangunan Harta Tanah . Penerbitan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Kanun Tanah Negara. Kanun Tanah Negara. (Mengandungi semua pindaan sehingga 15 Mac 2005), International Law Books Services, Kuala Lumpur
Majalah Massa (2000). Penempatan Setinggan. Apa Kesudahannya., Penerbitan Utusan Melayu Sdn. Bhd. Bulan April.
Warta kerajaan (1969), Ordinan (Kuasa – Kuasa Perlu Darurat 1969), (Ordinan 1 dan ordinan 2), Peraturan – peraturan perlu (Pembersihan Setinggan 1969), Jilid 13, Bil. 20
Badaruddin Mohamed & Abdul Aziz Hussin (2003) Malaysian Institute of Planners, Vol. 1.
Planning Malaysia (Journal of the
Badaruddin Mohamed (2000) Isu-Isu, Permasalahan dan Strategi Pembasmian Setinggan di Negeri Pahang, presented at Persidangan Pengawalan dan Penempatan Semula Setinggan di Malaysia, 30-31 Oktober 2000 di Kuala Lumpur.
LAMAN WEB Laman Web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan : http//www.kpkt.gov.my Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian : http://www.kptg.gov.my Institut Tadbiran Tanah Negara (INSTUN) : http://www.instun.gov.my
35 JKA 213
KETIDAKSAMAAN SOSIAL