SEMBAHYANG TAQWA PERTAMA" Setiap manusia yang melakukan sembahyang wajib mengaku sebagai manusia yang sempurna, yaitu Insan kamil . Karena itu sesiapa yang tidak sembahyang maka ia bukanlah manusia yang sempurna, yang berarti ia bertaraf makhluk sebagaimana Azazil yang telah berkhidmat dengan Tuhan selama 12,000 tahun kepada Tuhan kemudian berakhir dengan durhaka kepadaNya. KEDUA". Durhakanya Azazil kepada Tuhan karena tidak mengetahui rahasia perintah tunduk kepada Adam a.s oleh Allah SWT, artinya tidak mau sembahyang dan akhirnya ia terus dilaknat oleh Allah dengan nama syaitan bertaraf iblis. . KETIGA". Sembahyang itu adalah untuk mempraktikkan ikrar dan janji kita semasa di Alam Roh. Ia bukanlah membawa kepada masuk ke syurga, hanya menunaikan ikrar dan janji rahasia tunduk di Alam Roh dan rahasia masuknya peristiwa Rohani kedalam jasad bayi kedalam perut ibu yakni tanda Ubudiah (pengabdian seorang hamba). Firman Allah yang bermaksud: "Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah kamu itu sesudah kamu meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (sebagai sumpah itu) sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan" (Qs. An-Nahl 91) . KEEMPAT". Sembahyang seorang ahli taqwa tidak ada lafaz usalli, karena usalli kepada orang taqwa adalah hal yang maklum, karena usalli itu adalah kerja orang awam, dan sembahyang yang dilaksanakan itu mestilah keluar dari sifat makhluk kepada sifat Insan kamil. . 3 derajat manusia didalam 3 perkara pokok. 1. Insan kamil - Insan ketuhanan. 2. Insan kamil wa m ukammil - Insan bertaraf Muham mad (Mahmudah). 3. Insan mukammil - Insan Abudiah (pengabdian) taraf Adam. . KELIMA".Sembahyang mesti fana dalam Dzat Allah, fana dalam Sifat Allah dan fana dalam Af'al Allah, maka fana itu ialah mempraktikkan kerja buat LAA ILLAHA ILL ALLAH atau LA HAWLAWALA QUWWATA ILLA BILLAH artinya jasad dalam kalimah Alif artinya HU. Bagi perempuan HA Artinya HU. .
KEENAM". Kita berkata didalam hati Tiada Dzat aku hanya Dzat Allah,tiada Sifat aku hanya S ifat Allah, tiada Af'al aku hanya Af'al Allah, tiada ujud aku hanya ujud Allah' dan jangan ingatkan batang tubuh kita, sebaik-baiknya ingatkan dia Dzat dan dia Asma' artinya menyerahkan diri kepadaNya. Firman Allah yang bermaksud: "Dan kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Qur'an) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi or ang-orang yang menyerahkan dirinya" (Qs. An-Nahl 89) . KETUJUH". Sembahyang itu ialah untuk mempraktikkan kerja buat BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM kepada golongan ahli taqwa. Kepada orang syariat dimaksudkan tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah' tetapi kepada golongan ahli taqwa, BISMILLAH itu Dzat kepada Allah tetapi kepada kita Nyawa (Insan) atau Ruhul Hayat (LA YAHLUQU). ARAHMAN itu Sifat kepada Allah, maksudnya hati kepada kita, yakni Ruhul Yaqazah, ARRAHIM itu Af'al kepada Allah dan kepada kita tubuh (jasad), Jelasnya kita berasal daripada BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, karena itu kita tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM karena kerja buat perkara 13 rukun sembahyang itu semua dilakukan oleh Tuhan pada keseluruhannya. Rujuk kefahaman pada ilmu IFTIQAR karena itu tidak boleh membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM pada Al-Fatihah dan ayat lazim karena belajar saufisma ini kepada fekah tasawuf yang tiada berkait dengan fekah dan usuluddin hanya semata-mata tasawuf yang dapat mengelakkan perkara syirik khafi dan mukhafi, asrar dan jali. . DELAPAN". Sembahyang hendaklah fana dalam Dzat Allah, Sifat Allah dan Af'al Allah dan jangan pula kita didalam Asma Allah karena kita hanya menyembah Dzat dan memuji AsmaNya. Adakala kita sudah fana sebagai Insan kamil, mukammil dan wa mukammil, barulah angkat takbiratul ihram (ALLAHU AKBAR) . MEMAHAMI FAEDAH SEMBAHYANG . Pertama. Faedah sembahyang ahli taqwa ini adalah untuk mencuci nafsu, karena daripada nafsulah perbuatan fasik dan mungkar itu terjadi. Karena itu : 1. Sembahyang Subuh untuk mencuci nafsu Ammarah 2. Sembahyang Zuhur untuk mencuci nafsu Lawamah
3. Sembahyang Ashar untuk mencuci nafsu Sawiah 4. Sembahyang Maghrib untuk mencuci nafsu Muthmainah 5. Sembahyang Isya' untuk menyempurnakan nafsu Takmaninah KEDUA". Sembahyang itu adalah fardhu lagi wajib, fardhu karena sampai waktu hendaklah dilaksanakan tanpa qadha, sampai masanya hendaklah dilaksanakan, melaksanakan sembahyang dengan segala rukunnya adalah wajib kecuali uzur syarie. KETIGA". Setiap orang bertaqwa hendaklah juga bersembahyang daiem karena sesiapa yang tidak sembahyang daiem ia lebih hina daripada anjing dan babi dan pahalasembahyang daiem 150,000 setiap hari. Adapun rahasia rukun 13 sembahyang itu ialah: 1. Niat itu tubuh didalam dunia dan akhirat 2. Qiam itu pelita didalam kubur 3. Takbiratul Ihram itu meluaskan tempat didalam kubur 4. Al-Fatihah itu pakaian didalam kubur 5. Ruku' itu permaidani didalam kubur 6. Iktidal itu memberatkan timbangan dari kesalahan ketika menghadap Tuhan 7 . Sujud itu mempercepatkan apabila melalui titi Siratulmustaqim. 8. Duduk diantara dua sujud itu payung di Padang Mahsyar 9. Tahyat awal itu kenderaan di Padang Mahsyar 10. Tahyat akhir itu menjawab pertanyaan Mungkar Nangkir 11. Selawat itu bertemu dengan Nabi Muhammad SAW 12. Salam itu membuka pintu syurga 13. Tertib itu menemukan Khalikul Alam di syurga Berarti setiap perbuatan kita didalam sembahyang itu adalah dinilai oleh Allah SWT dan ditentukan ganjarannya didunia dan akhirat, InsyaAllah. KEEMPAT". Rahasia niat itu menjamin seseorang itu berlaku ikhlas terhadap Tuhan dan membolehkannya mendapat ganjaran kepada 13 rukun sembahyang tanpa niat ia tiada mendapat apaapa faedah dan niat itu menunjukkan kesadaran seseorang itu sebagai hamba kepada Tuhan karena itu semasa menjelmanya niat tidak boleh: Hajis - artinya tergerak hati karena sesuatu faedah 2. Khatir - terlintas hati kepada tujuan yang berganda Waham - artinya was-was lemah ilmu dan iman .
(tiga perkara diatas adalah kerja syaitan) Berniat wajib: Huzur - artinya tetap Roh artinya sebagai menunai janji (Alam Roh) Azam - cita-cita yang putus . Sadar tanggung jawab Duhul - artinya sedia tiada halangan Kasad - artinya hajat (menunaikan amanah) . Adapun niat itu tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara. Ia mer upakan kerja hati (Ruhul Yaqazah) dan niat itu meliputi kepada mesra seluruh badan diluar dan dalam. . Didalam niat itu: Munajat empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang . 3. Tabdal kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada ma'rifat. . 4. Miraj Empat perkara niat ini menjadi satu dan niat itu pulang kepada hakikat dan hakikat itu pulang kepada maarifat. Ini berarti tatkala Takbiratul ihram itu nyawa mesrakan dengan jasad dan hancurkan jadi demikian, artinya hapuskan dan lengkapkan perbuatan hamba itu didalam Af'al Allah, didalam Sifat Allah, karamkan Dzat hamba kepada Dzat Allah, maka yang tinggal ialah Dzat Allah, Sifat Allah dan Af'al Allah. Karena itu tiada Dzat kita (Insan), sifat kita(Ruhul Yaqazah) dan Af'al kita (jasad), hapuskan niat itu kepadanya, pulangkan kepada Adam yang sedia, barulah angkat takbir Allahu Akbar maksudnya yang Maujud hanya kerja Allah tidak ada kita. Pada Allahu Akbar itu berlakulah tawakal, yaitu serahkan kelakuan diri kepada kelakuan Allah (Af'al Allah). Berlaku Tabdal serah diri dan hapuskan kelakuan hamba kedalam keadaan hak Allah. Berlaku Miraj yakni berpindah naik ketempat yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang tinggi untuk mengembalikan amanah kepada yang punya amanah. Berlaku munajat serahkan kepada hanya kerja Dia dinamakan Khasul Khas dan kalam itu menjadi Mutakallimun. . 5. Adapun kunci sembahyang itu Takbiratul ihram, dan anak kunci sembahyang itu noktah ghaib La ta'ayun dan noktah Insan Ta'ayun awal. . 6. Sembahyang itu Salam Zaman. Semasa melakukan solat itu tidak boleh bid'ah, Apat, syirik.
. 7. Didalam masa melakukan Takbiratul ihram itu hendaklah ma'alom, yaitu masuk pintu Tauhid dan niat didalam musyahadah Dzat Allah, artinya segala tubuh, anggota perasaan, pikirkan bulat menjadi satu menghadap Tuhan. (kerja buat Dzat dan Asma) . 8. Maka usalli itu adalah Dzat wajibul wujud yang menggerakkan amal daripada niat sampai te rtib mengikut susunan daripada awal dan akhir, daripada asal dan usulnya. . 1. Asal Allah daripada Dzat 2. Usul Allah daripada Sifat 3. Asal kita daripada Nyawa 4. Usul kita adalah hati . 9. Adapun maksud fardhu itu ialah menentukan istana nyawa kita yang bernama Qolbun mukminin, tempat tilik Allah akan perbuatan hambaNya yang berasaskan niat. . 10. Adapun maksud raka'at itu ialah gerak, qiam, sujud, duduk diantara dua sujud dan Iktidal. . 11. Adapun usalli itu dinamakan kebangkitan hati yang di sebut inbi’atul qolbi dan bukan hadiksunnafsi atau cerita hati.
Adapun Hati itu tujuh darjat, iaitu :Hati Syaitan, yang ada kepada makhluk, dinamakan Hati Sanubari
Hati binatang,yang ada kepada makhluk, dinamakan Hati Sanubari Hati Manusia, yang ada kepada manusia, dinamakan Kalbi Hati langit, yang dinamakan Kalbu Sama'. Hati Bumi,yang dinamakan Kalbu Ard. Hati Air, yang dinamakan Kalbu Ma'. Hati Dunia, yang dinamakan Kalbu Alam. Mertabat Hati
Mertabat hati manusia itu tujuh perkara, iaitu;Mertabat Zulmat Mertabat Anuar Mertabat Asrar Mertabat Kamil Mertabat Wasil Mertabat Tejjaliat bahagian Afael. MetabatTejjaliatul Isma' Sifat dan Az Zat. Dibawah ini diturunkan amalan hati iaitu:-
DOA HATI SUPAYA ADA NUR
"ALLAHUMMA SAWABA KALBUN KALBI BINURIKAL 'AZIM ABADAN ABADA BIRAHMATIKA YA ARRAHMAN RAHIMIN"
Ingatan:
Doa hati ini hendaklah di jadikan wirid dan diamalkan tiap-tiap hari seberapa banyak yang boleh.
Hati Maarifat itu nyawanya bernama Sifat Sirr. Hati Hakikat itu nyawanya bernama nafsu Mardiah.
Hati Tarikat itu nyawanya bernama Nafsu Radhiah. Hati Syariat itu nyawanya bernama Nafsu Muamainnah Maka sebenar-benar hati itu namanya Ampas. Maka cahaya zahir hati itu pandangan berserta Allah. Maka cahaya batin hati itu Ujudullah.
Maka kenyataan zahir hati itu:Kasih kepada saudara maranya kasih kepada dunia. Adapun, kenyataan cahaya batin hati itu:Terjauh daripada niat jahat. Terjauh daripada nafsu jahat terjauh daripada dunia Hati yang suci itu dinamakan ASRARUL HAK. Pemandangan hati yang suci itu dinamakan Nadzri Pemandangan hati yang suci itu dinamakan Shudul Wahdah Fil Kasrah. Barangsiapa ada Nadzri, darjatnya Keramat disisi Allah Barangsiapa ada Shudul Wahdah Fil Kasrah darjatnya wali Allah disisi Allah. Barangsiapa Latif hatinya darjatnya Rejal disisi Allah.
Maka pemandangan mata hati itu dinamakan Maarifat. Sebagai seorang Muslim hendaklah ia behubung atau "contact" dengan mata hatinya yang di namakan Maarifat. Sesungguhnya tidak sempurnalah seseorang itu dinamakan Muslim atau beragama Islam jika tidak ada Maarifat. Maarifat itulah yang dikehendaki oleh Allah kepada manusia yang m ahu beriman kepadanya. Jika tidak ada demikian rupa, maka tidak ada kebenaranya yang dinamakan HAK. Maka yang ada kebenaran kepadanya ialah yang batal. Maarifat itu adalah pekerjan Sirr. (Rahsia).
Tanpa Maarifat menjadikan penganut Islam terkeluar daripada hak asasinya dan dengan itu ia di kotakkatikkan oleh fitnah Zaman dan dajal Al Masih dan orang yang demikian rupa itulah tabiatnya dan resamnya dan tradisinya, Minyak dengan Air tidak bercampur. Mereka itu melakukan segala yang haram dan yang maksiat.
Hanya mata hati yang buta sahajalah yang bersifat dengan:-
Maksiat Tamak Haluba Hasad Pura-pura taat dan seandainya. Maka orang-orang yang buta mata hatinya, butalah Tauhidnya kepada Allah. Hanya orang-orang yang celik mata hatinya saja, maka Tauhidnya benar dan sahih, kerana orang y ang celik mata hatinya sahaja maka Tauhidnya benar dan sahih, kerana orang yang celik mata hatinya itu sahajalah yang masuk Nurul Azam ke dalam hatinya. Mata hati itulah dinamakan anak diri Mata hati yang dinamakan Kalbun itu tempat Niat. Mata Hati yang bernama Fuad itu tempat Maarifat Hati yang bernama Fuad itulah yang bertanggungjawab dan yang kena soal di akhirat kelak. Barang siapa yang mengenak akan hatinya, maka ia akan kenal dengan nyawanya, rohnya, Tuhannya. Maka hati seketul daging itu dinamakan:Hati Nabi Hati Malaikat Hati Manusia Hati Binatang Hati Syaitan Maka itulAh hati yang lazim yang dinamakan ''TAKUNG DARAH''.
Maka hati yang sebenar itu Roh. Ibadat Maarifat hati itu dinamakan Maarifat Kalbun, dinamakan Mujahidah, dinamakan Sabilullah (Jalan Allah) kerana berperang dengan nafsu yang jahat. Maka hati orang Mukmin itu dinamakan Baitullah. Maka didalam hati orang-orang mukmin itu ialah Roh Rabbani. Maka hati orang-orang mukmin itu ialah Rohani yang dikenal dengan Kalbi masa ia hidup dan bila pulang ke Rahmatullah ia dikenal dengan Rohani, maka Rohani itulah sebenar-benar diri seorang Mukmin. Maka hati orang-orang Mukmin itulah yang dinamakan:Nurul Iman Nurul Yakin Nurul Hakiki Nur
Ainul Hakikah Aghiar Nurul Takwa Maka ilmu mengenal Kalbun dinamakan:Tassup Tasawup Tarekat Maka Ilmu mengenal Roh dinamakan:Rohani Rohul Kudus Roh Izapi Rohul Mutlak Maka Ilmu Nyawa itulah dinamakan Maarifat D aiem. Maka Ilmu Mengenal Diri itu jua yang dinamakan Maarifat Daiem atau Ilmu Insaniah. Maka Ilmu Mengenal Rahsia Allah itu dinamakan Sirr atau Sirrul Asrar. Maka Ilmu ketuhanan itu dinamakan:Ilmu Nuraniah Ilmu Kalam Ilmu Rabbaniah Maka ilmu Hurufiah itu ilmu mengenal asal usul huruf atau Ilmu Al Fatihah, ia ini ilmu yang pohonnya ALHAMDU. Ilmu yang berasal daripada Usul Muftahul Ghuyub atau Ilmu yang dikenal hari ini dengan nama ilmu Ahli-ahli Saufi (Saufisma ala Islam).
Doa hati untuk amalan setiap hari hendaklah dibaca seberapa banyak yang boleh.
"YA BATINI"
Adapun hati itu raja kepada tubuh, ia menguasai ajak dan hati itu ada dua mertabat iaitu:-
1- Hati sanubari (Bangsa Syaitan dan Binatang)
2- Hati Jamal (Bangsa Manusia)
Maka sebenar hati pada manusia ialah Hati Jamal, bukan hati sanubari. Maka sebenar-benar hati ialah hati nurani yang di namakan Qalbi atau Latifatul Kalf. Hati yang benar itu ialah Roh. Oleh k erana adanya hati kepada manusia itu, terpaksalah bergantung kepada sifat-sifat usaha yang dinamakan iaitu:-
1- Ijstirarri 2- Ikhtiarri
Sesungguhnya yang mengerakkan badan itu ialah akal, yang menggerakkan akal itu hati. Segala sifatsifat rajin, malas, lembab, dan seandainya adalah bergantung kepada hati seseorang itu. Maka hati itu ada mempunyai pakaian sebagaimana tubuh, kerana hati adalah sebenar-benar tubuh manusia. Adapun pakaian hati itu ialah:-
1- Wirid 2- Tasbih 3 Makrifat
Oleh kerana itu dikehendaki tujuh Latifah yang ada didalam badan seseorang itu hendaklah dibersihkan dengan Makrifat dan disertai dengan zikirullah. Maka tujuh Latifah itu dinamakan Makam Zikir, iaitu:-
1. Jantung 2. Rabu 3. Limpa 4. Paru-paru 5. Hempedu 6. Luruh diantara dua owning 7. Ubun-ubun
Kerana tujuh Latifah yang tersebut adalah tempat hati atau tempat sinaran cahaya Nur Ruhani, kerana itulah maka dikehendaki tujuh tempat yang tersebut mesti bersih, dibersihkan dengan air Mujahidah tiap-tiap hari sebanyak 1,000 zikirullah sekurang-kurangnya, kerana makam yang tujuh itu adalah
berkaitan dengan tempat Ruh yang bernama Ruhani. Pada ahli Tarikat Nakshahbandi zikir "Allah" sebanyak 11,000. Tapi kalau menurut pada asal yang di ajar oleh Rasulullah sebanyak 24,000 kali.
INGATAN
Adapun jantung, rabu, limpa, paru-paru, hempedu, lurah diantara dua kening atau dinamakan diantara mata hitam dengan mata putih , ubun-ubun adalah makam atau Latifah atau wilayah Ruh namanya. Maka tiap-tiap makam itu ada Ruh iaitu:-
1. Di Jantung ialah FUAD 2. Di Rabu ialah LABBIN 3. Di Limpa ialah SUDUR 4. Di Paru-paru ialah KABAD 5. Di Hempedu ialah KALBUN 6. Di antara dua lurah kening ialah MALAIKAT 7. Di Ubun-ubun ialah FUAD BESAR.
Maka Makam Jantung itu dinamakan wilayah Sunnah Adam Maka Makam Rabu itu dinamakan wilayah Sunnah Ibrahim Maka Makam Limpa itu dinamakan wilayah Sunnah Musa Maka Makam Paru-paru itu dinamakan wilayah Sunnah Isa. Maka Makam Hempedu itu dinamakan wilayah S unnah Muhammad. Maka Makam diantara dua lurah kening itu dinamakan wilayah Sunnah Nuh. Maka Makam Ubun-ubun itu dinamakan wilayah Sunnah Rasulullah.
Maka Makam Adam itu warnanya Kuning Maka Makam Ibrahim itu warnanya Hijau Maka Makam Musa itu warnanya Merah Maka Makam Isa itu warnanya Putih Maka Makam Muhamammad itu warnanya Hitam
Maka Makam Nuh itu warnanya Ke labu Maka Makam Rasulullah itu warnanya seputih-putihnya.
Adapun warna-warna itu ialah warna Manikam yang didalam tubuh kita. Maka tujuh Makam itu tempat hati itu berpusing-pusing . Maka Makam hati yang sebenar dinamakan Latifatul Qalbi, iaitu pada Jantung yang ada NUR.
Latifatul Qalbi itu dinamakan Qalbi sahaja atau hati nurani Jamal. Dia lah Ruh dan rahsianya, dialah Ruhani dan Ruh Rabbani. Dialah yang mengenal Allah. Maka kita berzikir pads makam-makam itu supaya Allah beri kita berhubung dengan hati kita. Hati yang bernama Qalbi itu ada dua matanya iaitu:-
1- Yang memandang pada dunia bernama Fuad. 2- Yang memandang pada akhirat bernama Qalbun (Memandang kepada Than)
Apabila ada Fuad jadilah seseorang itu sebenar-benar Muslim. Apabila ada Qalbun jadilah seseorang itu sebenar-benar mukmin. Apabila ada Fuad dan Qalbun maka dengan sendirinya telah ada hati Jamal atau hati Nurani ialah Qalbi. Maka itulah yang dicapai oleh tiap-tiap ahli Tasaup, apabila tercapai yang tersebut, maka jadilah seseorang itu seorang ahli Tasaup atau ahli Tasawuf atau ahli Mujahidah, walaupun belum jadi seorang saufi .
LATIHAN ZIKIR - NAPAS Napas itu awal makhluk yang dijadikan oleh Allah. Maka ajaran wali-wali Allah di Madinah pada zamnya ialah menitik beratkan beramal dengan ilmu Napas.
Napas yang di fahamkan oleh ahli saufi ialah keluar masuk, ikut mulut, bukan yang keluar masuk ikut hidung. Maka Napas itu kepada kita itulah yang di namakan Nabi. Napas yang keluar daripada mulut itulah dinamakan Abu Bakar. Napas yang masuk kedalam mulut itu dinamakan Omar. Napas yang turun nain daripada ubun-ubun sampai ke pusat dinamakan osman.
Napas itu apabila berkerja iaitu seperti berzikir atau hanya berkata-kata baharu (dinamakan 'stamina) dinamakan Ali.
Maka Napas yang tersebut ada mempunyai tugasnya sendiri terhadap Allah, tetapi apabila seseorang itu tidak mengenal Nafas dan tidak tahu amalan Napas nya, walaupun dia seorang Islam adalah termasuk didalam golongan orang-orang yang jahil, dan tarafnya seorang muslim belum lagi dinamakan Muslim yang baik. maka zikir Napas itu sebutannya ialah "ALLAH HU".
Adapun pengertian Allah itu ialah Kharij, maksud Kharij itu telah jadi kita yang bertubuhkan manusia. Maka tubuh manusia itu dinamakan Makhluk, maka menurut pendapat Tarikat Saufiah, selagi manusia itu bernama makhluk, dan tidak luar dan yang dihisapkan didalam makhluk, maka manusia yang demikian merupakan adalah akan menanggung azab sengsara daripada hidup sampai matinya.
Maka kepada orang-orang saufi menurut ajaran Mertabat Tujuh, "Hendaklaj kita keluar daripada taraf makhluk, masuklah ketaraf manusia, selagi seorang itu bertaraf makhluk, maka darjatnya samalah dengan syaitan dan haiwan. Kerana telah dijadikan Allah tiap-tiap orang-orang mukmin itu berasal daripada Nur Muhammad S.A.W dan telah lalu bersama-sama dengan dunia ini. Maka itulah pengertian Kharij. Maka tuhan pun bernama Allah. Maka dengan Khalimah Allah itu kita zikirkan. Kemudian kita ucapkan "HU". Adapun khalimah "HU" itu Tanzil, maka pengertian Tanzil itu turun, tapi kepada orangorang saufi hendaklah memahamkan Tanzil itu naik, maka maksud naik itu ialah kita akan pergi ke alam yang tujuh itu:-
Alam Lahud
di ubun-ubun
Alam Jabarut
di Pusat
Alam Malakut
di Jantung
Alam Roh
di Rabu
Alam Misal
di Paru-paru
Alam Ajsam
di Hempedu
Alam Insan
di Limpa
Maka tiap-tiap Alam atau tiap-tiap satu khalimah kepada seorang saufi hendaklah mengetahui makammakamnya, kerana tiap-tiap ilmu tanpa makam ertinya ilmu tidak sempurna oleh kerana itu di te rangkan disini. Maka Napas itu mulut, Makam Abu Bakar itu keluar daripa mulut, apabila Napas saja dinamakan
makam Nabi, apabila masuk makamnya dinamakan omar . Apabila turun naik makamnya ialah Osman. Apabila berkerja dinamakan makam Ali.
Maka ubun-ubun itu dinamakan makam Alam Lahud, Pusat dinamakan Alam Jabarut, apabila Napas itu sampai ke ubun-ubun dinamakan Jibrail, apabila Napas sampai ke pusat dinamakan Israpil, apabila Napas sampai kepada jantung dinamakan Israil. Alam Malakut dijantung, Alam Roh di rabu-rabu, Alam Insan di Limpa, Alam Misal di paru-paru, alam Ajsam di hempedu.
Maka disanalah zikir yang dilakukan, zikir yand disebut khalimah "ALLAH" kepusat ertinya ke Alam Jabarut dan "HU" direnungkan ke ubun-ubun ertinya ke Alam Lahut. Maka dengan itu jelaslah kepada seseorang berzikir dengan khalimah "ALLAH HU" dinamakan Musyahadah. Maka Musyahadah itu ialah daripada alam Jabarut ke Alam Lahut dan Alam Lahut ke Alam Jabarut.
Maka disebutkan khalimah Allah itu kerana kharij dan HU itu kerana Tanzil dijelaskan lebih lanjut lagi kita menyebut Allah itu didalam Kharij ertinya kita telah jadi dan dunia pun te lah wujud dan kita menyebut khalimah "HU" itu ialah Tanzil iaitu kita naik ke Alam Jabarut, dan naik ke Alam Lahut, kemudian dari Alam Lahut ke Alam Jabarut, sebab itulah pengertian Tanzil kepada ahli-ahli saufi ertinya naik kerana kita yan naik mengadap Tuhan, bukan Tuhan turun mengadap kita. Maka kita naik mengadap Tuhan itulah di katakan Insan. Maka Napas saja tidak mencukupi maka ia bergabung dengan Nupus.