AB A B STR ST R A K Persekitaran tempat kerja di kalangan jururawat di wad Pembedahan Hospital Melaka menyumbang kepada punca stres. Ramai penyelidik telah menjelaskan dalam kajian mereka bahawa stres di wad Pembedahan hospital adalah disebabkan oleh masalah penjagaan pesakit pes akit yang rumit dan penggunaan teknologi yang canggih. Kajian ini bertujuan mengenalpasti prevalen stres di kalangan jururawat yang berkerja berker ja di wad Pembedahan Hospital Melaka dan faktor-faktor yang mempengaruhi stres, dan meninjau tanda-tanda stres yang dialami. Kajian deskriptif ini dijalankan ke atas responden melibatkan 50 orang jururawat jururawat yang berkerja di wad Pembedahan Hospital Melaka. Data diperolehi melalui soalselidik yang diedarkan sendiri oleh penyelidik. Soal selidik terdiri daripada maklumat demografi, faktor-faktor penyumbang stres dan pengalaman stres yang dialami. dialami. Data dianalisis dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Keputusan kajian mendapati 100% atau semua jururawat di wad Pembedahan Hospital Melaka mengalami stres. Pengetahuan, pengalaman kerja, keadaan pesakit yang kritikal dan persekitaran kerja adalah antara faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian stres di kalangan jururawat, di wad Pembedahan Hospital Melaka. Langkah-langkah seperti menggalakkan jururawat wad Pembedahan Hospital Melaka mengikuti kursus pos-basik yang berkaitan dan meningkatkan bilangan jururawat, boleh mengurangkan stres di kalangan jururawat jururawat wad Pembedahan Hospital Melaka. Pihak pengurusan hospital juga memainkan peranan yang penting untuk mengurangkan stres di kalangan jururawat yang berkerja di wad Pembedahan Hospital Melaka disebabkan stres boleh memberi kesan ke atas prestasi kerja dan kualiti perawatan.
1.1 PENDAHULUAN
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama. Perkhidmatan yang disediakan adalah yang berteknologi tinggi serta serasi dengan pelanggan dan mengikut perubahan persekitaran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan contohnya masa menunggu lebih singkat, lebih mesra dengan pesakit, memperbaiki tahap komunikasi dalam kalangan kakitangan hospital dan lainlain lagi.
Selain itu perkhidmatan yang diberikan adalah yang mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, menghormati insan serta menggalakan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Perkhidmatan rawatan di hospital merupakan salah satu usaha untuk mencapai wawasan tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia bermula semenjak tahun 1956 lagi, berdasarkan sejarah yang terdapat dalam laporan tahuanan daripada Kementerian Kesihatan yang terbaru iaitu pada tahun 2008, ianya telah mengalami beberapa era perubahan. Sehingga kini struktur perkhidmatan telah diubahsuai mengikut keperluan semasa dan menuju ke arah pencapaian wawasan kementerian.
Struktur perkhidmatan yang sedia ada sekarang ini dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pengurusan dan perkhidmatan, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, perkhidmatan sokongan danteknikal dan Jabatan Kesihatan Awam. Kesemua bahagian ini mempunyai beberapa cawangan dan memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat menjelang tahun 2020 seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)(Laporan Tahunan KKM, 2008). Oleh itu berdasarkan Laporan tahuanan daripada KKM bagi tahun 2008 juga Persekitaran kerja di wad Pembedahan Hospital Melaka adalah sumber berterusan tekanan untuk jururawat bekerja di sana. Jururawat sentiasa mengalami pengalaman persekitaran yang tertekan kerana masalah kesihatan kompleks pesakit yang memerlukan penggunaan teknologi yang canggih canggih amat meluas
(Robinson & Lewis 1990). Jururawat bukan sahaja perlu
berhadapan dengan teknologi canggih tetapi juga kerap menghadapi dilema etika mengenai isu pengurusan penjagaan pesakit. Perubahan dalam penyampaian penjagaan kesihatan juga telah mewujudkan peranan kejururawatan baru dan tanggungjawab dan juga telah
1.1 PENDAHULUAN
Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai wawasan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama. Perkhidmatan yang disediakan adalah yang berteknologi tinggi serta serasi dengan pelanggan dan mengikut perubahan persekitaran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan contohnya masa menunggu lebih singkat, lebih mesra dengan pesakit, memperbaiki tahap komunikasi dalam kalangan kakitangan hospital dan lainlain lagi.
Selain itu perkhidmatan yang diberikan adalah yang mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, menghormati insan serta menggalakan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Perkhidmatan rawatan di hospital merupakan salah satu usaha untuk mencapai wawasan tersebut. Kementerian Kesihatan Malaysia bermula semenjak tahun 1956 lagi, berdasarkan sejarah yang terdapat dalam laporan tahuanan daripada Kementerian Kesihatan yang terbaru iaitu pada tahun 2008, ianya telah mengalami beberapa era perubahan. Sehingga kini struktur perkhidmatan telah diubahsuai mengikut keperluan semasa dan menuju ke arah pencapaian wawasan kementerian.
Struktur perkhidmatan yang sedia ada sekarang ini dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pengurusan dan perkhidmatan, perkhidmatan kesihatan dan perubatan, perkhidmatan sokongan danteknikal dan Jabatan Kesihatan Awam. Kesemua bahagian ini mempunyai beberapa cawangan dan memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan masyarakat yang sihat menjelang tahun 2020 seperti yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)(Laporan Tahunan KKM, 2008). Oleh itu berdasarkan Laporan tahuanan daripada KKM bagi tahun 2008 juga Persekitaran kerja di wad Pembedahan Hospital Melaka adalah sumber berterusan tekanan untuk jururawat bekerja di sana. Jururawat sentiasa mengalami pengalaman persekitaran yang tertekan kerana masalah kesihatan kompleks pesakit yang memerlukan penggunaan teknologi yang canggih canggih amat meluas
(Robinson & Lewis 1990). Jururawat bukan sahaja perlu
berhadapan dengan teknologi canggih tetapi juga kerap menghadapi dilema etika mengenai isu pengurusan penjagaan pesakit. Perubahan dalam penyampaian penjagaan kesihatan juga telah mewujudkan peranan kejururawatan baru dan tanggungjawab dan juga telah
menyumbang kepada punca tekanan (Erlen & Sereika 1997). Tekanan berlaku apabila jururawat cuba untuk menguruskan penjagaan kejururawatan pesakit dalam skop kejururawatan. Tekanan juga berlaku apabila ada keinginan berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tekanan atau stres di tempat kerja tidak tertumpu pada pekerjaan tertentu, malah boleh berlaku dalam semua sektor pekerjaan, termasuk bidang sosial seperti Jururawat, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan. Beliau yang juga Pengerusi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagaimana pun berkata, tekanan di tempat kerja jika dibiarkan berterusan boleh memberi kesan kepada prestasi kerja seseorang dan persekitaran pekerjaannya. "Sudah pasti stres perlukan perhatian, ini kerana Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja merupakan satu yang berbahaya di kalangan pekerja-pekerja abad ini. "Dalam kes-kes yang ekstrem, tekanan yang dihadapi bukan setakat mempengaruhi tindaktanduk mangsa, malah turut menjejaskan prestasi rakan-rakan rakan-rakan sekerja,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Rumah Program Bantuan Skim Pembangunan (SPKR) Kesejahteraan Rakyat kepada tiga penduduk daerah Rompin di Kampung Menchali, dekat sini, semalam. Beliau mengulas mengenai kes kematian seorang doktor pelatih di Hospital Kajang yang didakwa menyuntik ubat secara berlebihan akibat tekanan kerja. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2008 menunjukan bahawa terdapat seramai lebih kurang 78,000 orang jururawat yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Angka ini merupakan kategori kakitangan yang paling ramai antara pelbagai kategori jawatan di perkhidmatan Kementerian Kesihatan. Ini membuktikan bahawa jururawat merupakan kategori jawatan yang terpenting ter penting di perkhidmatan kesihatan khasnya di hospital. Tahap kepuasan kerja memainkan memainkan peranan penting dalam profesion jururawat ini.
Justeru itu kebanyakan jururawat terlatih ini tidak berpuashati dengan gaji yang tidak setimpal dengan beban kerja dan jadual kerja yang dirasakan tidak fleksibel. Kecekapan mereka juga selalu diuji dan perlu sentiasa peka terhadap keadaan persekitaran (Marshall, 1980). Keadaan ini menjadi bertambah kritikal akibat kekurangan tenaga jururawat terlatih, yang menyebabkan mereka terpaksa membuat kerja berlebihan (Caldwell & Weiner, 1981). Selain daripada itu mereka juga dibebani dengan masalah seperti keadaan wad yang sesak, tekanan dari pihak penyelia, konflik dengan rakan sekerja serta masalah peribadi yang sedia
ada (Gray-Troft & Anderson, 1981, Lyons; Hammer, Johnson, & Silberman, 1987; Harris, 1989). Oleh itu, kesan daripada stress dalam kalangan jururawat ini menyebabkan perkhidmatan yang diberikan kurang berkualiti, kurang motivasi untuk bekerja, kurang komitmen terhadap pekerjaan dan ketidakhadiran bertugas tinggi malah ada juga yang terus mengambil keputusan meninggalkan profesion tersebut. Dalam satu kajian mengenai masalah ini didapati sebanyak 20 peratus memberi alasan tekanan dan ketidakpuasan bekerja sebagai sebab untuk berhenti kerja (Lowery & Jacobson, 1983). Isu persekitaran tempat kerja merupakan salah satu daripada ciri organisasi yang semakin mendapat perhatian para penyelidik gelagat organisasi. Menurut Smulders, Kompier dan Paoli (1996), persekitaran tempat kerja mempunyai kaitan dengan Punca stress dikalangan jururawat . Oleh kerana komitmen kerja seseorang individu atau kumpulan sangat dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka bekerja, maka pihak pengurusan perlu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif yang mampu mendorong pekerja menyumbangkan tenaga ke tahap optimum (McClelland, 1961).
Kajian tentang faktor yang membentuk persekitaran tempat kerja telah banyak menarik minat penyelidik. Sebagai contoh kajian tentang faktor membentuk persekitaran adalah seperti pekerjaan itu sendiri, keadaan fizikal tempat kerja, komunikasi dan teknologi (Mullins, 1999). Bagi William (1998) pula, faktor yang membentuk persekitaran adalah terdiri seperti galakan organisasi, galakan penyelia, galakan rakan sejawat, kebebasan, sumber yang mencukupi, kerja yang mencabar, tekanan beban kerja dan halangan halangan organisasi. Manakala bagi Hoy dan Miskel (1987) adalah meliputi system ganjaran, sistem kerja dan sistem penyeliaan. Menurut bacaan Graf Stres Hans apabila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.Bila stres berada di peringkat tinggi , seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stres. Tempat kerja memberi kesan ke atas prestasi keseluruhan organisasi termasuklah prestasi kerja yang lemah, kadar ketidakhadiran yang tinggi, ketidakpuasan hati di kalangan tenaga kerja, pusingganti buruh yang tinggi di mana kehilangan pekerja terbaik dan peningkatan yang besar dalam kos pengambilan, dan kos latihan semula
1.1 Latar Belakang
Peranan Jururawat amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses memberikan perkhidmatan penjagaan dan perawatan kepada para pesakit. Dalam memberikan kualiti perkhidmatan yang terbaik menuntut para jururawat untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak dalam bidang perkhidmatan perawatan dan penjagaan kesihatan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan dari masa ke semasa dari segi teknologi serta pengurusan. Isu persekitaran tempat kerja merupakan salah satu daripada ciri organisasi yang semakin mendapat perhatian para penyelidik gelagat organisasi. Menurut Smulders, Kompier dan Paoli (1996), persekitaran tempat kerja mempunyai kaitan dengan kesihatan dan kebajikan pekerja. Oleh kerana komitmen kerja seseorang individu atau kumpulan sangat dipengaruhi oleh persekitaran di mana mereka bekerja, maka pihak pengurusan perlu mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif yang mampu mendorong pekerja menyumbangkan tenaga ke tahap optimum (McClelland, 1961).
Kajian tentang faktor yang membentuk persekitaran tempat kerja telah banyak menarik minat penyelidik. Sebagai contoh kajian tentang faktor membentuk persekitaran adalah seperti pekerjaan itu sendiri, keadaan fizikal tempat kerja, komunikasi dan teknologi (Mullins, 1999). Bagi William (1998) pula, faktor yang membentuk persekitaran adalah terdiri seperti galakan organisasi, galakan penyelia, galakan rakan sejawat, kebebasan, sumber yang mencukupi, kerja yang mencabar, tekanan beban kerja dan halangan-halangan organisasi. Manakala bagi Hoy dan Miskel (1987) adalah meliputi system ganjaran, sistem kerja dan sistem penyeliaan.
Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Justeru itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap kesihatan mental dan sering menyerang para jururawat. Bahkan selagi bernama manusia, setiap daripada kita pastinya pernah merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian. Dipetik daripada Utusan Online oleh Tajaiyah Ihsan di dalam artikelnya yang bertajuk Tekanan melawan atau lari: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Subash Kumar berkata, "Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya ia tidak diberi perhatian.
Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh menjejaskan seluruh badan dan minda”. Beliau juga menyatakan bahawa manusia boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila masyarakat tidak mengambil peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental didefinisikan sebagai kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, “Kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang khidmat kepada masyarakat”, (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut Anthony Yeo (1985), berpendapat stress adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam kehidupan individu, kesan positif atau negatif bergantung kepada reaksi individu.
Selain itu, stres adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil (Shepherd P.C, 1987). Justeru itu, stres dikalangan jururawat boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negative seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja sebagai seorang jururawat (Kyriacou & Sutcliffe, 1978). Setiap insan diciptakan oleh Allah yang maha esa ada keistimewaannya yang tersendiri. Malahan keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang dilahirkan dengan ciri yang sama. Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998), tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang benar-benar menyamai antara satu sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Pada kebiasanya suasana kerja, tindakbalas psikologikal ( keletihan dan kemurungan ), fisiologi ( penyakit seperti sakit kepala dan darah tinggi) dan sikap sering diberi perhatian.
Seterusnya, faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang memuaskan di ikuti dengan tiada kepuasan bekerja dan keinginan untuk meninggalkan kerjaya jururawat semakin meningkat. Akibatnya, jururawat menjadi agresif, bimbang mengalami kekecewaan, sifat suka mengelak, tahap kehadiran yang kurang memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot. Banyak kajian telah menyokong dakwaan bahawa stress sering dikaitkan dengan kesan negative kepada individu dan juga organisasi. Stress juga dikatakan member kesan kepada kepuasan kerja. Pekerja yang mengalami stress dikatakan mempunyai
tahap
kepuasan
kerja
yang
rendah
(Fisher,1985:Golembiewski
et
al,1986;Harrison, 1980). Ini disokong oleh kajian Cooper & Hensman (1985) yang mendapati
pekerja yang mengalami stress yang rendah memperlihatkan tahap kepuasan kerja yang tinggi.
1.2 Penyataan Masalah
Persekitaran tempat kerja boleh menyebabkan stress/tekanan di kalangan Jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. faktor utama yang menjadikan para jururawat stress( lebihan kerja, hubungan interpersonal, dan persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap stres yang tinggi. Kajian persekitaran tempat kerja mempengaruhi stress di kalangan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka dan bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah kepada stres. Persoalan yang sering timbul, bagaimana persekitaran tempat kerja mempengaruhi mereka dalam menghadapi stres. Stress dikalangan pekerja merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik serta mempengaruhi prestasi pekerja. Payne dan Firth Cozens (1987) berpendapat stress memberikan kesan fizikal dan juga psikologi pekerja. Stress di kalangan jururawat ini dilihat sebagai penyumbang utama kepada ketidakhadiran pekerja, tahap moral yang rendah, kemalangan ditempat kerja yang tinggi dan yang paling utama ialah produktiviti pekerja dan prestasi pekerja menurun.
Melalui pembacaan pengkaji, didapati persekitaran tempat kerja menjadi punca stress yang dominan berlaku di kalangan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Ini akan dijadikan asas dalam membina item soal selidik yang akan dilaksanakan kemudian. Kesan daripada stress menyebabkan bebanan yang tinggi kepada organisasi. Kesedaran mengenai kesan stress memang diakui melalui kajian-kajian yang begitu banyak dilakukan sama ada di dalam ataupun di luar Negara. Kajian Cooper and Smith, (1985), Monk and Tepas (1985), Cooper and Marshall, (1997), War (1987) dan Kircaldy dan rakan (1993) antara lainya jelas menunjukan stress member kesan negatif kepada organisasi dan mempengaruhi prestasi pekerja. The United States Clearing House of Mental Health Information menganggarkan individu di Amerika Syarikat kehilangan lebih daripada USD 17 Billon setahun kerana merawat penyakit yang berkaitan stress.
Daripada kajian yang lalu. Apakah faktor ini masih menjadi punca utama yang menyebabkan jururawat stress yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah adalah faktor stres persekitaran tempat kerja. Ini berikutan persekitaran wad pembedahan adalah yang sesak
memungkinkan fenomena stres berlaku di kalangan jururawat. Ini ditambah lagi dengan system pengurusan yang tidak efisyen serta sedikit sebanyak mengganggu tugasan hakiki seorang jururawat. Tambahan pula, bilangan jururawat yang tidak mencukupi berbanding dengan nisbah pesakit di dalam sebuah wad. Secara amnya bilangan pesakit dalam sebuah wad pembedahan di antara 30 hingga 40 orang. Ini menyukarkan jururawat yang bertugas untuk mengurus dan melaksanakan aktiviti penjagaan dan perawatan secara berkesan dan efektif. Disamping itu, penggunaan teknologi baru seperti sistem pendaftaran pesakit scara dalam talian (SMRP) melambatkan lagi proses kerja di mana tugas tersebut sepatutnya dilakukan oleh Pembantu Tadbir, selain dari menguruskan hal yang berkaitan dengan tugas pengkeranian, termasuklah organisasi dan berpersatuan.
Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah stres yang dialami di kalangan jururawat dari segala
aspek seterusnya dapat mencapai tahap
kepuasan kerja yang diingini serta prestasi kerja akan meningkat. Stress/tekanan kerja telah menjadi satu isu penting yang perlu dikawal dan diselia secara bijaksana, berhati-hati dan berhemah oleh semua pihak supaya ia tidak akan menjadi duri dalam daging dalam perkhidmatan awam. Manakala tekanan dan punca-punca tekanan yang dialami oleh jururawat mungkin berbeza dari segi tahapnya sama ada rendah atau tinggi Walau bagaimanapun, kesan dari tekanan kerja yang dialami yang kebanyakannya berbentuk distress adalah hampir sama iaitu menyebabkan penurunan dalam prestasi kerja dan produktiviti, kemurungan, gangguan kesihatan, masalah disiplin yang kronik seperti ingkar arahan, ponteng kerja, gagal mengawal emosi dan sebagainya. Justeru itu, isu ini perlu ditangani dengan kaedah yang terbaik oleh semua pihak bagi mengelakkan ianya menjadi gejala yang tidak terkawal dan dalam konteks perkhidmatan awam pihak pengurusan tertinggi perlu mengurus dan menangani tekanan kerja yang dialami oleh anggota perkhidmatan awam dengan bijaksana demi memastikan prestasi dan pencapaian dapat dilunaskan kepada rakyat seperti yang dijanjikan.
Tekanan di tempat kerja, di rumah, belengu masalah peribadi adalaha asam garam dalam kehidupan seharian. Selain itu, pelbagai kejadian dan tragedi melibatkan tekanan emosi serta kemurungan sebenarnya boleh dielak dan diatasi jika orang ramai mengambil berat mengenainya. Jika tidak diberi perhatian khusus serta rawatan sepatutnya, ia boleh menjadi penyakit serius. Antara faktor yang mendorong kepada masalah ini ialah kerana masyarakat beranggapan bahawa stres hanya memberikan kesan seketika atau kesan jangka
pendek tanpa menyedari bahawa stres juga boleh menjejaskan seluruh badan dan minda. “Ia boleh menjejaskan tingkah laku, fikiran, emosi, perhubungan dengan orang lain di pejabat dan rumah,” kata Pakar Perunding Psikiatri Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, Dr. Nor Hamidah Mohd. Salleh ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Stres Kehidupan anjuran Hospital Gleneagles baru-baru ini. Menurut Dr. Nor Hamidah,wanita mempunyai risiko lebih tinggi mengalami stres dan kemurungan berbanding lelaki. Namun begitu, tidak ada sebab tertentu yang mengatakan punca mengapa wanita lebih berisiko tinggi berbanding lelaki. Bagaimanapun, ia mungkin kerana wanita lebih mudah meluahkan perasaan dan dengan cara begini mereka cepat mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
1.3 Signifikasi Kajian
Beberapa kumpulan sasaran diletakkan sebagai pihak yang memerlukan hasil dari bidang kajian ini. Kumpulan sasaran terdiri daripada 50 orang jururawat terlatih di wad pembedahan Hospital Melaka. Dapatan kajian ini akan dapat memberikan maklumat baru dan sokongan data kepada Jabatan Kejururawatan Hospital Melaka yang terlibat dalam menangani masalah stres di kalangan Jururawat . Hasil daripada kajian stres ini boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mahasiswa universiti yang ingin menjalankan kajian lanjutan terhadap faktor yang mempengaruhi stres di kalangan jururawat di Wad Pembedahan Hospital Melaka. Selain itu, pihak Kementerian Kesihatan juga boleh menggunakan dapatan kajian stres ini sebagai salah satu sumber rujukan mereka untuk menangani masalah memotivasikan para Jururawat terlatih.
1.4 Objektif Kajian
a. Objektif Am
objektif kajian ini adalah untuk memastikan para jururawat dapat menjalankan tugas yang diamanahkan tanpa stress/tekanan yang boleh menjejaskan prestasi kerja serta mutu produktiviti yang terbaik dalam memberikan perkhidmatan penjagaan dan perawatan kepada para pesakit di Wad Pembedahan Hospital Melaka.
b. Objektif Khas
i.
Untuk mengenal pasti sama ada pesekitaran tempat kerja dapat mempengaruhi stress dikalangan Jururawat.
ii. iii.
Untuk mengenalpasti faktor stres yang paling dominan di kalangan jururawat. Untuk mengenal pasti sama ada stress dapat mempengaruhi mutu kerja, produktiviti dan prestasi kerja di kalangan jururawat.
iv.
Untuk mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil dalam mengatasi stress dikalangan jururawat di Pembedahan Hospital Melaka.
1.5 Hipotesis Kajian
Ho 1. Terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran t empat kerja dengan stress yang dialami oleh jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Ho 2. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran tempat kerja dengan stress yang dialami oleh jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka.
1.5 Operational Definition
i.
Persekitaran Tempat Kerja Menurut Rahil & Habibah (2002), persekitaran atau “nature” ialah segala rangsangan yang mempengaruhi perkembangan individu. Coon (2000) pula memberikan definisi bahawa pe rs ekitar an it u iala h “The sum of all exte rnal conditions
affecting
development,
especially
the
effects
of
learning”
Persekitaran tempat kerja merujuk kepada persekitaran wad di mana tempat para Jururawat bertugas. Persekitaran tempat kerja yang terdiri daripada pelbagai elemen ini dikatakan memberi kesan kepada jururawat ini terutamanya elemen komitmen kerja.
ii.
Stress/Tekanan 'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan
dalam dirinya dan dengan alam sekitar. Robbins, 1993, menerangkannya sebagai: “Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut”. Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita. Menurut Kamus Dewan (1999), tekanan membawa maksud sesuatu desakan atau paksaan yang diterima oleh seseorang. Manakala kamus Oxford Advanced Leaner’s (1983) mendefinisikan tekanan atau dalam Bahasa Inggerisnya stress sebagai pressure; condition causing hardship, disquiet. Seyle (1964) adalah orang yang pertama menggunakan terma ’tekanan’ mendefinisikannya sebagai satu set fizikal dan psikologikal yang bertindak balas kepada keadaan dan pengaruh yang sebaliknya.
iii.
Jururawat Jururawat dalam bidang penjagaan kesihatan, adalah seseorang yang bertugas sebagai penjagaan profesional.
Jururawat
bertanggungjawab
bagi
keselamatan
dan
menyembuhkan mereka yang sakit teruk, penjagaan kesihatan bagi mereka yang sihat, dan menangani kecemasan dalam semua keadaan membahayakan nyawa dalam semua bidang penjagaan kesihatan.Menurut Norashikin Wahid (2006), definisi jururawat mengikut Kamus Dewan dalam edisi ketiga bermaksud orang yang merawat orang sakit di Hospital. Kebanyakannya terdiri daripada golongan perempuan. Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan dalam Edisi Ekonomi, jururawat bermaksud bidan bagi orang bersalin, perawat, pembela orang sakit dan suster. Namun, terdapat perbezaan dalam Kamus Karisma dalam mendefinisikan perkataan jururawat. Dalam kamus ini, jururawat bermaksud orang yang membantu doktor bagi merawat orang sakit di Hospital. Selain itu, definisi jururawat mengikut Kamus Pelajar Delta pula bermaksud orang yang bertugas merawat pesakit di hospital (Norashikin Wahid, 2006: 5).
iv.
Wad Pembedahan Hospital Melaka Wad pembedahan adalah tempat di mana pesakit di tempatkan untuk mendapakan perkhidmatan penjagaan dan perawatan sebelum dan selepas menjalani pembedahan. Contoh di Hospital Melaka terdapat 4 wad pembedahan terdiri daripada 2 wad lelaki
dan 2 wad perempuan dan mempunyai sebanyak 30 katil bagi setiap wad. Terdapat 20 orang jururawat yang bertugas di dalam setiap wad kebiasaanya 3 orang jururawat bertugas pada setiap syif dan dikawal selia oleh seorang Ketua Jururawat bagi setiap wad. Ianya berfungsi di bawah pengurusan Jabatan Pembedahan Hospital Melaka ( Sumber: Pengurusan Hospital Melaka,2012).
1.6 Variable
Jenis variable yang digunakan terdapat 2 jenis iaitu Pembolehubah bersandar (dependent variable) dan Pembolehubah Bebas (Indipendent Variable). Di dalam kajian ini yang bertajuk “Persekitaran
tempat
kerja
boleh
menyebabkan
stress/tekanan”
adalah
merupakan
pembolehubah bersandar dan “di kalangan Jururawat wad Pembedahan Hospital Melaka” merujuk kepada pembolehubah bebas (independent variable).
1.7 Literature Riview
Bab ini akan membincangkan kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lepas mengenai beberapa perkara seperti persoalan persekitaran tempat kerja menyebabkan stress dikalangan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka.
Persekitaran tempat kerja akan memberikan impak kepada tahap stres seseorang Jururawat. Kajian stres dalam persekitaran tempat kerja yang dijalankan oleh Deckro et al. (2002), menunjukkan bahawa stres memberi kesan kepada pencapaian akademik, perasaan kekecewaan, kemorosotan kesihatan fizikal dan kecenderungan membunuh diri. Kesan negatif dari stres ini akan menghalang seseorang jururawat daripada mencapai prestasi kerja yang cemerlang. Jika stres tersebut tidak ditangani dengan baik, jururawat ini didapati akan melakukan kesilapan dalam melakukan tugasan (Brewster, 2001).
Terdapat banyak kajian terhadap stres telah dilaksanakan tetapi kebanyakkannya di luar negara. Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep stres yang berbeza. Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari aspek yang terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek stress terhadap jururawat.
Kajian yang telah dijalankan oleh American College Health Association pada tahun 1995 mendapati bahawa individu yang mempunyai tahap kesihatan mental yang baik menunjukkan tahap prestasi kerja yang cemerlang serta mampu untuk menyumbangkan tenaga yang lebih banyak kepada persekitarannya. Menurut De Meuse (1985), Garrity dan Ries (1985) serta Lloyd, Alexander, Rice dan Greenfield (1980) berusaha untuk menjelaskan bahawa prestasi kerja yang ditunjukkan oleh jururawat adalah akibat daripada kesan terhadap pembolehubah psikologikal, peristiwa-peristiwa hidup yang menekan yang boleh dijelaskan sebagai tindak balas serta adaptasi individu secara psikologikal terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam kehidupan.
Sebastian (1983) telah medapati dalam kajian yang dilakukan oleh Gavin dan Maynand (1975) mengenai tanggungjawab sosial organisasi bahawa pekerja-pekerja yang memandang positif terhadap peranan tanggungjawab sosial organisasi dalaman dan luaran akan menjadikan kepuasan mereka bertambah. Dan pekerja mempercayai bahawa ganjaranganjaran bagi kerja mereka akan bergantung kepada prestasi mereka.
Menurut Campbell dan Svenson (1992), apabila stress dilihat dari aspek negatif atau stress yang terlalu tinggi, ianya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap kesihatan dan pencapaian prestasi kerja seorang jururawat. Oleh kerana stress di kalangan jururawat merupakan satu fenomena yang membimbangkan, ianya perlu ditangani secara menyeluruh. Maka adalah penting untuk mengenalpasti faktor-faktor penyebab stress di kalangan jururawat terlebih dahulu sebelum sesuatu program intervensi direka bentuk. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyebab stress serta strategi pengurusan stress yang boleh digunakan oleh para jururawat.
Murdock & Scutt (1993) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), mentakrifkan tekanan sebagai ketidakpadanan antara persepsi tuntutan dengan persepsi keupayaan untuk menunaikannya. Jika terdapat jurang atau perbezaan persepsi ini, maka individu akan mengalami tekanan. Menurut Sabitha Merican (1989) dalam Muhamad Hanapi Hj. Hussin (2004), tekanan dalam kehidupan bermaksud satu tindak balas terhadap punca tekanan, rangsangan atau suasana yang menjejaskan keadaan fisiologi individu. tekanan dan beban kerja boleh membawa kesan baik dan kesan buruk kepada seseorang. Contohnya seorang
pekerja yang menghadapi tekanan akan menggunakan pelbagai mekanisma bela diri sebagai tindak balas terhadap tekanan yang dihadapi.
Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali, al-Razi, Muhammad Uthman Najati, Muhammad ‘Izudin Taufik, Samih Atif al-Zin dan Hassan Langgulung melihat tekanan emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah, kecewa, bimbang keterlaluan dan takut. Emosi ini wujud kerana hati manusia tidak beriman kepada Allah. Di samping itu, tekanan juga dikaitkan dengan penyakit hati seperti hasad dengki, sombong, ujub dan riak. Kisahkisah dalam al-Quran turut menggambarkan tekanan yang berlaku kepada masyarakat. Misalnya, kisah-kisah para Nabi ketika menyampaikan dakwah Islamiah telah menerima tekanan dari masyarakat yang kufur dan juga peristiwaperistiwa tertentu yang berlaku terhadap orang yang beriman. Keadaan-keadaan ini ada diceritakan dalam al-Quran seperti dalam surah al-Maidah, 6: 27-30, Ali-Imran, 3: 38, Maryam, 19: 5 dan 20 dan surah Yusuf, 12: 86. Holmes dan Rahe (1990) mengatakan kematian pasangan hidup, penceraian, kematian anggota keluarga terdekat, kemalangan yang dialami, persaraan dan kematian kawan rapat adalah merupakan beberapa perkara yang dianggap sebagai tekanan. Tekanan sebagai hasil penilaian seseorang terhadap sesuatu peristiwa dan kemampuan dirinya untuk menghadapi peristiwa tersebut. Jika ia tidak mampu menghadapi sesuatu peristiwa yang berlaku dalam hidupnya maka ia akan mengalami tekanan. Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa punca stres seorang Jururawat yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i. Tugas Kuantitatif ( jumlah banyak kerja dilakukan ) ii. Tugas Kualitatif (kurang keupayaan untuk melaksanakan tugas).
Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud bahawa jika seorang Jururawat
diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang tinggi.
Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya Jururawat itu sendiri. Hasilnya stres Jururawat berganda disebabkan beliau tidak mampu melakukan beban tugas untuk dilaksanakan.
Menurut Schafer (1987), stres boleh dikategorikan kepada empat faktor utama iaitu fizikal, mental (pemikiran), emosi dan tingkahlaku. Fizikal biasanya merujuk kepada keletihan, kemalasan, pening kepala, sakit pinggang, hilang selera makan dan sakit perut. Mental atau pemikiran pula berkaitan dengan kesukaran untk memberikan tumpuan. Emosi pula merujuk kepada perasaan sedih, bimbang, takut gagal, dan tidak sabar. Seterusnya ialah tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan suka marah, bergaduh dan sifat yang agresif.
Persekitaran dan bebanan kerja merupakan dua perkara yang saling berkait. Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang singkat juga boleh mengakibatkan stress. Kebanyakan Jururawat menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas terlalu banyak. Dapatan kajian ini menyokong hasil kajian Mastura (2007). Selain itu, rahan tugasan yang kurang jelas, kes serta melakukan banyak tugasan pada masa yang sama juga merupakan penyebab stress di kalangan Jururawat. Kohn dan Frazer (1986) menyatakan seorang Jururawat sering berhadapan dengan stress dalam menjalani kehidupan akibat daripada sumber stress seperti beban tugas yang diberikan oleh Ketua Jururawat, situasi tempat kerja yang tertekan, masalah penyesuaian, konflik dan persaingan dalam pencapaian prestasi kerja.
Teori stress menghuraikan hubungan antara prestasi Jururawat dengan tuntutan yang dialaminya (Dunham, 1992). Beliau menyatakan bahawa tugasan tanpa sebarang tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu, tuntutan tugasan yang meningkat akan dikira sebagai merangsangkan dan energising. Namun begitu, jika tuntutan-tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk bertindakbalas terhadapnya, ini akan mewujudkan tahap stress yang tinggi, tahap concentration yang lemah dan kurang
Kajian Kyriacou dan Chien (2004) terhadap 300 orang Jururawat dari 22 buah hospital di Taiwan mendapati 26 peratus daripada Jururawat yang mengalami stres yang ekstrim adalah berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, faktor perubahan polisi penjagaan dan perawatan pesakit, kerja-kerja tambahan berkaitan pengurusan, tingkahlaku negatif , tekanan daripada waris pesakit, kekangan masa dan tanggapan negatif masyarakat. Faktor-faktor stres yang sama turut dilaporkan dalam kajian Kokkinos (2007), namun, selain faktor-faktor yang dinyatakan, beliau juga mendapati hubungan dengan rakan setugas, kesamaran peranan, pembahagian tugas, membuat keputusan turut mengundang stres dalam kalangan Jururawat.
Penjagaan dan perawatan pesakit yang efektif bukan sahaja terletak pada seorang jururawat dan strategi pengurusan
malahan bergantung kepada keadaan persekitaran wad
yang.
Keadaan wad yang sesak dengan pesakit telah dikenal pasti menjadi salah satu punca stres guru. Ini dibuktikan oleh banyak kajian yang menyatakan persekitaran wad yang tidak kondusif serta kecil dan kekurangan sumber peralatan mahupun yang diperlukan oleh para jururawat telah menyebabkan stres (Burchielli dan Bartram, 2006; Borg & Riding, 1993; Ages, 2011). Sebagaimana yang dilaporkan dalam kajian Jepson dan Forrest (2006) terhadap 50 orang Jururawat dari wad pembedahan Kingdom mendapati jururawat kajian stres dalam kalangan jururawat haruslah diperbanyakkan lagi.
Secara keseluruhnya, stres membawa maksud tindakbalas dan bukan rangsangan. Ini adalah petunjuk tekanan termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan sosial. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran, tahap penahanan yang maksimum dan tahap tenat. Kesan negatifnya hingga boleh menyebabkan hilang pertimbangan dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah stres.
BAB 2 METHODOLOGI
2.0 Methodologi Kajian
Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah meilbatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data.
2.1 Rekabentuk Kajian
Simon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis yang dapat menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Kajian berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah proses pengumpulan data dimana sekumpulan individu tertentu perlu menjawab soalan yang disediakan. Tinjauan diskriptif bertujuan mendapatkan ukuran ataupun gambaran berkaitan keadaan dan ciri populasi. Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik merangkumi aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stress (yang meliputi faktor-faktor stres). Menurut Mohd Najib (1998), kajian diskriptif hanya untuk menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya ditafsirkan secara kuantitatif. Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang hanya menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari aspek personaliti. Pengkaji juga mengkaji faktor stres yang mempengaruhi prestasi kerja dikalangan Jururawat.
2.2 Tempat Kajian Kajian ini telah dilakukan di Wad Pembedahan Hospital Melaka. Tempat kajian ini dipilih oleh penyelidik adalah wajar kerana terdapat beberapa faktor antaranya Jururawat yang terdiri daripada pengalaman kerja yang berbeza diantara satu sama lain, merupakan di antara wad yang aktif dan melibatkan banyak prosedur di Hospital Melaka, mempunyai prasarana serta kemudahan yang terhad dan bilangan kemasukan pesakit yang tinggi. Daripada faktor tersebut penyelidik merasakan bahawa ianya boleh menyumbang kepada stress di kalangan Jururawat yang bertugas di Wad tersebut.
2.3 Sampel Kajian
Dalam menentukan populasi yang dikaji, Jururawat yang bertugas di wad Pembedahan Hospital Melaka telah dipilih secara rawak sebagai responden iaitu seramai 50 orang. Menurut Ahid nizam Hon (1987) saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan hasil keputusan bagi sesuatu kajian dan sampel kajian dipilih berdasarkan kepada kepentingan keperluan penyelidikan. Kaedah persampelan yang digunakan oleh penyelidik bedasarkan kaedah persampelan pemilihan secara rawak.
2.4 Kaedah Pengumpulan Data
Teknik pengumpulan data yang diperlukan disini adalah teknik pengumpulan data mana yang paling tepat, sehingga benar-benar didapat data yang valid dan reliabel. Teknik pengumpula ata soal selidik melalui borang soal selidik. Terdapat banyak kaedah boleh digunakan untuk memperoleh data. Kita juga boleh merekabentuk satu ujikaji untuk mengumpul data menggunakan kaedah tinjauan (survey). Data diperoleh dengan cara ini dipanggil Data Primer. Data primer boleh dikumpul sama ada menggunakan banci atau tinjauan sampel. Banci ialah tinjauan ke atas seluruh populasi atau semua anggota kumpulan
yang menjadi subjek kajian. Biasanya dijalankan untuk mendapat data/maklumat mengenai ciri-ciri populasi. Soal selidik – satu senarai soalan (seragam) yang dicetak bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan sesuatu penyelidikan sedang dijalankan. Dalam kajian ini penyelidik telah memilih teknik soal selidik. Borang soal selidik tersebut yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri dikalangan 50 orang Jururawat dan dijawab dan diisi sendiri oleh responden. Kelebihan teknik ini adalah ia mudah difahami. Responden
boleh menggunakan masa yang sesuai dan maklumat lebih baik dapat diberikan kepada penyelidik dalam jangkamasa yang diberikan. Pengumpulan data ini berlangsung daripada 1 March 2012 dan berakhir pada 31 March 2013.
2.5 Instrumen Kajian Kajian ini bertujuan untuk meninjau persekitaran tempat kerja mempengaruhi stress di kalangan Jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Dapatan kajian ini boleh digunapakai untuk Perancangan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia bahagian Jabatan Kejururawatan. Oleh yang demikian para responden yang terdiri dari kalangan Jururawat telah diminta untuk menjawab setiap soalan dengan jujur berdasarkan persekitaran kerja sebenar dan pengalaman sendiri. Instrumen kajian ini terdiri daripada tiga bahagian A, B, dan C. Bahagian A mengandungi 6 soalan, Bahagian B mengandungi 13 soalan dan Bahagian C mengandungi 11 soalan. 2.6 Kebolehpercayaan Kajian Rintis ( Reliabilty Pilot Study) 2.6.1 Kebolehpercayaan Kajian rintis telah dilakukan kepada lima orang sample ke atas persioalan soal selidik dan hasilnya didapati semua responden telah dapat memahami kehendak soalan serta dapat menjawab soalan dengan sempurna. Tiada perubahan diperlukan ke atas borang soal selidik. 2.6.2 Validity Soalan soal selidik yang disediakan telah berpandukan kepada literature Riview serta telah disemak oleh supervisor. 2.7 Etika Kajian ini telah dijalankan selepas mendapat kelulusan dari Eksekutif Kanan Open Universiti Malaysia Pusat Pembelajaran Melaka dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Hospital Melaka dalam menjalankan kajian di wad Pembedahan Hospital Melaka. ( Sila rujuk lampiran)
2.8 Prosedur analisis keputusan kajian. Keputusan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan “statistical package for special science SPSS”. Teknik analisis deskriptif dan frekuensi, ujian T dan skala correlation pearson telah digunakan untuk menguji 3 hipotesis yang dibentuk.
2.9 Limitasi kajian Sebagaimana yang diketahui, terdapat banyak faktor-faktor yang turut mempengaruhi stres persekitaran tempat kerja dikalangan Jururawat yang bertugas di wad pembedahan Hospital Melaka yang tidak dibincangkan dalam kajian ini. Kesemua faktor dalam kajian ini bukanlah mewakili keseluruhan faktor. Bagi memenuhi tuntutan kajian penyelidik perlu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada pihak pengurusan Hospital di mana terdapat banyak prosedur dan peraturan yang harus dipatuhi dan ini menyebabkan pengambilan masa yang panjang sebelum dapat memulakan kajian. Kajian ini hanya melibatkan Jururawat yang bertugas di wad Pembedahan Hospital Melaka sahaja dan responden kajian tidak melibatkan semua Jururawat di Hospital Melaka akibat kekangan masa dan sumber. Maka, dapatan kajian
tidak
boleh
digeneralisasikan
bagi
semua
Jururawat
di
seluruh
Malaysia
memandangkan perbezaan tempat dan persekitaran yang berbeza. Oleh kerana kajian ini merupakan yang pertama di lakukan oleh penyelidik maka penyelidik merasakan terdapat kekurangan dari segi pengalaman dan pengetahuan dalam melakukan kajian. Oleh kerana instrumen yang digunakan dalam kajian adalah soal selidik, maka dapatan kajian adalah bergantung kepada sejauh mana kejujuran dan keikhlasan responden menjawab soalan yang dikemukakan. Penyelidik membuat andaian bahawa responden memberi ma klumat yang tepat secara ikhlas dan jujur.
2.9.1 Langkah-langkah menangani stress Tekanan atau stress merupakan sebarang jenis perubahan yang menyebabkan rasa tegang fizikal, emosional dan psikologi. Ianya adalah biasa. Semua insan mengalami tekan yang berkaitan dengan kerja, keluarga, keputusan , masa depan, dll. di sebabkan oleh kejadian utama kehidupan seperti kesakitan, kematian orang yang kita sayangi, sesuatu perubahan dalam tanggungjawab atau dugaan di tempat kerja, kenaikan pangkat, kerugian, masalah kewangan atau perubahan yang tiba-tiba atau yang tidak dijangka. Sebagai respons kepada tekanan harian , badan kita secra automatik menambahkan tekanan darah, denyutan jantung, pernafasan, metabolisme dan aliran darah ke otot anda. Respons ini bertujuan untuk membantu badan anda bereaksi secara pantas dan berkesan terhadap sesuatu keadaan yang tegang. Bagaimanapun, apabila anda sentiasa bereaksi terhadap kedaan yang banyak tekanan (stressful), sama ada kecil atau besar, tanpa membuat penyesuaian fizikal, mental, dan emosional bagi menangani kesannya, maka anda boleh mengalami tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan, kesejahteraan, tenaga, kecerdasan dan hubungan peribadi dan profesional anda. Lantaran itu, anda perlu memahami unsur-unsur utama yang boleh membawa tekanan dalam kehidupan anda dan mengambil tindakan untuk mencegahnya. Perlu diingatkan tekanan boleh membawa kesan positif. Anda perlu sedikit tekanan untuk membuat kerja anda dengan cemerlang. Kunci untuk mengurus tekanan ialah untuk memastikan tahap tekanan yang sesuai yang boleh memberi anda tenaga, keghairahan dan motivasi dan juga tahap tekanan yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan anda. Antara isu dan peristiwa yang menyebabkan tekanan jiwa ialah perasaan tidak mempunyai arah haluan; perasaan tidak dapat mengawal sesuatu keadaan; rasa bersalah terhadap kelewatan atau kegagalan untuk menyempurnakan komitmen; terlalu banyak komitmen berbanding dengan masa yang ada; perubahan, terutamanya perubahan yang anda sendiri tidak buat; sesuatu keadaan yang tidak menentu dan dugaan tinggi terhadap diri anda. Kesan tekanan bergantung kepada bagaimana kita memandangnya – sikap . kita terhadap sesuatu keaddan. Misalnya, berpindah rumah merupkan keadaan tekanan yang tinggi. Tetapi sama ada tekanan yang anda alami itu melemahkan atau sangat menggembirakan bergantung kepada bagaimana anda bereaksi terhadap situasi yang tertentu itu. Adakah ia satu pengalaman pahit atau satu cabarang yang merangsang?
Cara yang terbaik untuk menangani tekanan ialah untuk membasminya. Misalnya, jika anda tahu anda mempunyai alergi terhadap kain bulu biri, anda harus hentikan memakai pakaian itu. Maka dengan itu tekanan anda akan hilang. Jika tekan anda adalah disebabkan oleh sesuatu keadaan, anda perlu memilih sesuatu teknik yang boleh digunakan dengan serta merta apabila dihadapinya pada saat itu juga. Ubah tekanan anda kepada satu motivator dengan memandang sesuatu keadaan secara positif.Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan tekanan dan tegangan dan berasa senang dan tenang. Berikut ialah tujuh cara yang pada pendapat saya merupakan cara yang paling berkesan bagi mengatasi tekanan dalam jiwa kita. 1) Senaman pernafasan. Pernafasan
membawa
banyak
manfaat,
termasuk
mengoksigenkan
darah
yang
membangunkan otak, melegakan otot dan menteramkan minda kita. Tarik nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan kuat dan hembuskan nafas melalui lubang hidung secara perlahan-lahan dan penuh . Semasa menhadapi tekanan, pernafasan menjadi lemah dan pantas. Bernafas dengan kuat merupakan satu cara yang efektif untuk mengekekalkan keadaan tenang. Senaman pernafasan ialah berguna kerana ia boleh dibuat di mana- mana sahaja dan ia membawa kesan positif dengan serta merta. Kita hendaklah menjadikan senaman sebagai satu tabiat harian. 2)Tafakur (Meditation) Apabila bertafakur bersendirian tanpa apa-apa gangguan , otak anda menjadi tenang dan hormon tertentu yang memajukan kesihatan dibebaskan. Minda yang senang dan lega membantu kita mengelakkan tekanan jiwa. Setiap hari kita perlu membelanjakan sekurangkurangnya lolima belas minit untuk bertafakur. 3)Penggambaran. Penggambaran atau visualization membantu anda membayangkan anda mencapai tujuan dan cita-cita anda seperti menjadi sihat dan berasa tenang; menjalankan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan menangani situasi konflik secara berkesan. Juga, membayangkan anda membuat kerja yang anda mencuba untuk menguasai dengan cemerlang sebenarnya berfungsi sebagai latihan fizikal. Jadi, anda boleh menambahbaikkan prestasi anda melalui penggambaran.
4)Pengurutan (Massage). Terapi pengurutan mengurangkan denyutan jantung dan melegakan badan anda. Ia juga menambahkan kecerdasan minda kita. Minta sahabat anda memberi massage atau dapatkan khidmat seorang professional bagi membantu anda. 5)Kelegaan otot. Berbaring, bersenang-senang dan dan membiarkan otot anda di muka, tangan, bahu dan leher mengendur sekuarang-kurangnya tiga minit. Latihan ini boleh dibuat mana-mana sahaja dan ini boleh membantu anda berasa tenang dengan cepat dan mudah. 6)Muzik. Terapi muzik mendatangkan banyak faedah kesihatan bagi mereka yang mengalami tekanan dan juga kesakitan yang teruk. Muzik yang sesuai boleh mengurangkan tekanan darah, melegakan badan dan mententeramkan minda anda. Anda perlu memilih muzik ringan dan yang anda sukai dan denganya setiap hari. 7)Pengurusan masa. Kenalpasti kerja harian anda mengikut keutamaan dan menetapkan satu jadual supaya anda dapat menyiapkannya mengikut keutamaan dengan tanpa melengah-lengahkan. Kenalpasti juga kerja yang tidak mendatangkan sebarang faedah seperti gossip kosong, perbualan telefon dan yang memebazirkan masa anda. Membelanjakan masa yang lebih bagi membuat kerja yang lebih penting. Selain teknik yang diterangkan di atas, anda boleh main pelbagai aktiviti dengan anak-anak; berjalan sekurang-kurangnya dua kilometer sehari; pergi berenang di sungai atau pantai; beri perhatian kepada pemakanan; tidur lapan jam setiap malam; dan menuntun kartoon atau lawak jenaka (komedi) atau baca komik (kerana mengikut pakar perubatan gelak ketawa dan kelucuan melegakan otot, mengurangkan tekanan darah, menambahkan tahap tenaga, dan menyegarkan sistem pernafasan dan darah kita
BAB 3
ANALISIS DAN HASIL KAJIAN
3.1. Pengenalan
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti samada persekitaran tempat kerja boleh mempengaruhi stress di kalangan jururawat di wad Pembedahan Hospital Melaka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan melihat persepsi responden kajian terhadap stress mempengaruhi prestasi kerja. Data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik dianalisis dan dikemukakan dalam bab ini. Keputusan yang diambil semuanya berdasarkan pentafsiran ke atas hasil pemprosesan data yang diperolehi daripada jawapan soal selidik. Seramai 50 orang responden yang telah memberikan maklum balas daripada sejumlah 50 borang soal selidik yang telah diedarkan. Ini bermakna 100% responden memberikan kerjasama menjawab dan memulangkan soal selidik tersebut. Berikut akan dibentangkan hasil kajian dan perbincangan mengenainya.
3.2. Bahagian A : Latar belakang responden (demografi kajian)
Seramai 50 orang responden telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik yang telah diedarkan. Pemilihan responden menepati sasaran kajian.
Jadual 1 menunjukkan 10 peratus atau seramai 5 orang daripada responden dalam kajian ini
adalah lelaki, manakala selebihnya seramai 45 orang responden atau 90 peratus adalah perempuan dan bagi kategori bangsa di mana terdapat sampel yang terdiri daripada 50 orang responden terbahagi kepada beberapa bangsa.
Jadual 2 menunjukkan 35 orang atau 70 peratus berbangsa Melayu ,10 orang atau 20
peratus berbangsa Cina, 3 orang at au 6 pera tus berbangsa india dan 2 orang atau 4 peratus mewakili lain -l ain bangsa .
Jadual 3 menunjukkan bahawa kebanyakan responden dalam kajian ini berumur antara 20
hingga 30 tahun, iaitu seramai 15 orang (30%), 46 peratus atau 23 orang berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun, 16 peratus atau 8 orang berumur dalam lingkungan 41 hingga 50 tahun dan umur antara 51 hingga 60 tahun seramai 4 orang (8%).
jadual 4 iaitu peratusan responden mengikut agama di mana seramai 30 orang atau 60
peratus beragama Islam, 20 peratus atau 10 orang beragama Buddha, 10 peratus atau 5 orang beragama Hindu, 6 peratus atau 3 orang beragama kristian selebihnya 2 orang atau 4 peratus adalah terdiri daripada lain-lain agama.
Jadual 5 menunjukkan peratusan responden mengikut kelayakan akademik, 20peratus atau 10orang mempunyai sijil, 70 peratus atau 35 orang mempunyai diploma,manakala 10 peratus atau 5 orang memiliki ijazah sarjana muda.
Jadual 6 menunjukkan peratusan responden mengikut kelayakan Post Basik, 70peratus atau 35orang tidak mempunyai sijil Post Basik,manakala 30 peratus atau 15 orang memiliki sijil Post Basik.
Jadual 7 menunjukkan peratusan responden mengikut pengalaman kerja,60 peratus atau 30 orang mempunyai kurang dari 2 tahun pengalaman kerja, 20 peratus atau 10 orang mempunyai 3 hingga 5 tahun pengalaman kerja, 10 peratus at au 5 orang mempunyai 5 hingga 10 tahun pengalaman kerja, manakala 10 peratus atau 5 orang mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman kerja.
Lelaki Perempuan Jumlah
Jantina Peratus % 5 10% 45 90% 50 100%
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut jantina
10%
Lelaki Perempuan 90%
Jadual 2 : Peratusan responden mengikut bangsa Bangsa
Bilangan
Peratus %
Melayu
35
70
Cina
10
20
India
3
6
Lain-lain
2
4
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut bangsa
6% 4% Melayu 20%
Cina India 70%
Jadual 3 : Peratusan responden mengikut umur Umur (tahun) Bilangan Peratus % 20-30 15 30 31-40 23 46 41-50 8 16
Lain-lain
51-60
4
8
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut umur
8% 20-30
30%
16%
31-40 41-50 51-60
46%
Jadual 4 : Peratusan responden mengikut agama Agama islam budha hindu kristian lain-lain
Bilangan Peratus % 30 60 10 20 5 10 3 6 2 4
Cata pai menunjukkan peratusan responden mengikut agama
6%
4%
islam budha
10%
20%
hindu kristian 60%
Jadual 5 : Peratusan responden mengikut kelayakan akademik Akademik
Bilangan Peratus %
lain-lain
sijil
10
20
diploma
35
70
sarjana muda
5
10
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut kelayakan akademik
10%
20% sijil diploma sarjana muda
70%
Jadual 6 : Peratusan responden mengikut kelayakan Post Basik Post basik
Bilangan
Peratus %
Ada
15
30
Tiada
35
70
Carta pai menunjukkan peratusan responden mengikut kelayakan post basik
30% ada tiada 70%
Jadual 7 : Peratusan responden mengikut pengalaman kerja
Pengalaman kerja (tahun)
Bilangan
Peratus %
<2
30
60
3-5
10
20
6-10
5
10
> 10
5
10
Carta pai menunjukkan peratusan reponden mengikut pengalaman kerja
10% 10%
<2 3-5
20%
6-10 60%
> 10
3.3 Bahagian B : Faktor yang mempengaruhi stress dikalangan Jururawat t k
k di
di
a g
No
Faktor
a n a t S
k e
di
a
uj
1
a s
uj a
e
ut a
T
g
a
s
ut T
t uj
it u p S
n
ut S
s
2
3
4
5
-
1%
16%
83%
-
-
13%
87%
17%
20%
15%
35%
-
-
23%
41%
36%
(a) Tempat K erja/Organisasi 1
2 3 4
Penggunaan teknologi canggih contohnya Ventilator dan lainlain boleh mendatangkan tekanan kerana memerlukan masa untuk mempelajari dalam memperolehi kemahiran. Perubahan dalam struktur pengurusan di wad dengan pengurusan yang tidak cekap contoh peraturan, tatacara prosedur dan lain-lain. Persekitaran tidak kondusif seperti wad yang sempit, ruang dan 13% keadaan kerja yang tidak sesuai
Suasana bising dan bingit semasa berkerja.
5
Hubungan antara pesakit dan staf dalam memenuhi kehendak pelanggan.
5%
24%
16%
23%
32%
6
Beban kerja (Workload) melakukan banyak tugasan selain dari tugasan hakiki contohnya pekeranian.
-
-
1%
23%
76%
7
Mempunyai tanggungjawab yang digalas terlalu besar
2%
4%
23%
31%
34%
8
Kurang kerja sama daripada rakan sejawat dan ketua.
6%
15%
17%
38%
24%
9
Kekurangan staf.
-
6%
24%
29%
41%
10
Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji
13%
17%
20%
15%
35%
11
Konflik rumahtangga
32%
20%
8%
28%
12%
12
Masalah kewangan yang serius
30%
28%
22%
15%
15%
13
Bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan hasil yang tinggi
65%
10%
18%
7%
-
Melalui analisis soalan yang telah dikembalikan oleh para responden menunjukkan hasil data seperti di atas. Soalan no. 1 dan soalan no. 2 boleh diterima kerana p value kurang daripada 0.05 dan soalan ini lebih diterima manakala soalan lain adalah neutral.
3.4 Bahagian C : Langkah-langkah mengatasi stress
t
No
Langkah-langkah
a n t S
s
T
T
a
g a
t
di
u di
di
k
k
uj
k
a
it
uj
t
a
t n
e
u S
s
a
g
uj a
e
a
s u u p S
t
1
2
3
4
5
-
-
5%
10%
85%
1
Fahami punca berlakunya stress dengan menyelidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda
2
Letakkan Keutamaan dengan bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.
11%
12%
27%
35%
15%
3
Jangan terlalu membebani diri dengan pelbagai masalah kerja
2%
18%
40%
15%
25%
4
Bersenam atau beriadah dengan bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh
-
-
4%
12%
84%
5
Menyanyi, menari dan menjerit boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata
2%
18%
40%
15%
25%
-
-
1%
23%
76%
2%
4%
23%
31%
34%
6%
15%
17%
38%
24%
-
3%
7%
15%
75%
65%
15%
3%
17%
-
6
7
Meditasi atau bertafakur boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya masalah sehingga anda dapat ketegangan Amalkan sikap dan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan
8
Mengamalkan budaya ponteng kerja, pengambilan alkohol dan terjebak gejala sosial dalam mengelakan diri darin stress.
9
Rujuk kepada kaunselor untuk sesi kaunseling
10
Lari dari masalah
Melalui analisis soalan yang telah dikembalikan oleh para responden menunjukkan hasil data seperti di atas. Soalan no. 1 dan soalan no. 4 boleh diterima kerana p value kurang daripada 0.05 dan soalan ini lebih diterima manakala soalan lain adalah neutral.
Pekali kolerasi interprestasi hubungan persekitaran tempat kerja dengan stress dalam mempengaruhi prestasi kerja dikalnghan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Aras alpha yang telah ditetapkan adalah p± 0.05. keputusan ujian kolerrasi person- r iaitu hubungan persekitaran tempat kerja dengan stress yang dialami oleh Jururawat wad pembedahan Hospital Melaka adalah p <0.05. oleh itu, hipotesis 1 diterima persekitaran tempat kerja adalah faktor yang mempengaruhi stress dikalangan Jururawat wad pembedahan Hospital Melaka.
3.4 Penutup
Dalam bab ini penyelidik telah menggariskan beberapa perkara penting yang digunakan sebagai panduan dalam menjalankan kajian. Secara keseluruhannya,bab ini telah membincangkan dengan serba ringkas tentang data-data yang telah dianalisis oleh penyelidik dan kaedah peratusan telah digunakan bagi menerangkan hasil analisis dalam setiap item yang terdapat dalam soal selidik yang telah diedarkan, penerangan yang dibuat telah dipaparkan dalam bentuk carta paid an jadual bagi memudahkan pembacaan dan pemahaman.
BAB 4
PERBINCANGAN DAN INTERVENSI
4.1 Ringkasan Penyelidikan
Bab ini membincangkan mengenai hasil kajian yang diperolehi dari analisis data yang telah dibuat. Daripada analisis tersebut ia menunujukkan bahawa persekitaran tempat kerja mempengaruhi stress dikalangan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi stress dikalangan Jururawat yang boleh menjejaskan prestasi kerja mereka.
4.2 perbincangan dapatan kajian
Kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara persekitaran tempat kerja dengan stress yang dialami oleh jururawat di wad pembedahan hospital Melaka. Ini menggambarkan bahawa walaupun terdapat aktiviti bagi mengatasi stress di tempat kerja namun stress masih wujud di kalangan jururawat.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan kajian yang telah dilakukan oleh milter (1999) yang menyatakan persekitaran tempat kerja yang tidak sesuai boleh member tekanan kepada pekerja ia diperkukuhkan lagi dengan pendapat Ehids & hornz (2002) yang menyatakan pekerjaan di masa hadapan memerlukan pekerja berdiri dengan lebih lama dalam satu tempoh masa yang lama,situasi ini sering berlaku dalam organisasi kejururawatan,pengabaian dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan boleh mengundang kepada masaalah stress yang lebih kronik.
Keputusan ini menyokong kajian yang dibuat oleh Cropanzano, Rupp dan Byrne (2003) yang mendapati wujud hubungan positif antara keletihan emosi dan komitmen terhadap persekitaran tempat kerja . Keputusan ini juga menyokong beberapa kajian seperti dalam penilaian meta-analisis tujuh kajian yang dilaksanakan oleh Lee and Ashforth (1996) yang mendapati terdapat hubungan antara komitmen Jururawat terhadap organisasi dengan Persekitaran tempat kerja.
Dapatan ini juga selaras dengan Teori Model Hubungan Persekitaran dan Komitmen Terhadap Organisasi di mana dinyatakan bahawa hubungan Persekitaran dan komitmen terhadap organisasi dalam kalangan pekerja menunjukkan hubungan negatif yang signifikan antara Persekitaran dan aspek-aspeknya dengan komitmen terhadap organisasi. Kalliath, O’Driscoll dan Gillespie (1997) menekankan komitmen adalah penentu kepada prestasi kerja. Kajian mereka mendapati bahawa komitmen tinggi jururawat telah mengurangkan kecenderungan berlakunya tahap stress.
Oleh kerana punca-punca yang menyebabkan
tekanan juga mempunyai pengaruh kepada motivasi kerja seseorang pekerja, misalnya sokongan sosial, gaji, kenaikan pangkat maka disimpulkan bahawa punca beban kerja, sokongan sosial daripada rakan sekerja dan penyelia serta peranan kerja adalah amat penting sebagai penentu kepada motivasi seseorang pekerja untuk terus berkhidmat dalam organisasi dan mempunyai tahap komitmen tinggi terhadap organisasi.
Menurut Dr. Nor Hamidah, dalam satu kajian yang pernah dijalankan oleh Universiti Arizona terhadap 166 pasangan berkahwin mendapati, wanita melalui episod stres yang tinggi berbanding lelaki. Hasil daripada kajian ini mendapati tidak terdapat perbezaan stress dalam kalangan jururawat yang berkahwin dan bujang. Ini bermaksud bahawa faktor status perkahwinan bukanlah penentu kepada stress dan komitmen terhadap organisasi. Kajian ini selaras dengan kajian Tan Chee Ling (2005) yang mana kajian beliau mendapati tidak terdapat perbezaan stress mengikut status perkahwinan dalam kalangan jururawat. Demerouti, Bakker, Nachreiner dan Scaufelli (2000) mendapati bahawa sokongan sosial yang di luar daripada persekitaran kerja bukan faktor signifikan yang berkait terhadap stress.
Keputusan kajian ini mendapati terdapat hubungan antara persekitaran tempat kerja yang memerlukan Jururawat bertugas mengikut shif. Keputusan kajian ini juga mendapati kerja shif adalah penentu kepada stress dalam kalangan jururawat. Keputusan bertepatan dengan kajian yang dibuat oleh Demoerouti, Bakker, Nachreiner dan Schaufeli (2000) yang mendapati salah satu punca stress dikalangan jururawat adalah disebabkan kerja secara shif. Melalui kajian Venne (1997) mendapati bahawa shif yang berterusan dalam kalangan Jururawat
telah meningkatkan ketidakpuasan terhadap organisasi dan ketidakhadiran ke
tempat kerja.
Hasil kajian juga menunjukkan, terdapat hubungan antara persekitaran tempat kerja dan komitmen terhadap organisasi mengikut tempat Jururawat bertugas. Berdasarkan kepada kajian ini dapat dilihat tempat bertugas adalah penentu kepada Stress. Keputusan kajian ini menyokong hasil kajian yang dilakukan oleh Mims dan Stanford (2005) yang mendapati jururawat di bahagian Wad Pembedahan mempunyai keletihan emosi yang tinggi berbanding dengan Klinik Pakar. Kajian yang dibuat oleh Adali dan Priami (2002) mendapati Jururawat yang bekerja diWad Pembedahan didapati mempunyai tahap keletihan emosi yang tinggi
Jururawat sentiasa mengalami pengalaman persekitaran yang tertekan kerana masalah kesihatan kompleks pesakit yang memerlukan penggunaan teknologi yang canggih amat meluas (Robinson & Lewis 1990). Hasil daripada kajian ini Jururawat bukan sahaja perlu berhadapan dengan teknologi canggih tetapi juga kerap menghadapi dilema etika mengenai isu pengurusan penjagaan pesakit. Keputusan kajian ini telah disokong oleh perubahan dalam penyampaian penjagaan kesihatan juga telah mewujudkan peranan kejururawatan baru dan tanggungjawab dan juga telah menyumbang kepada punca tekanan (Erlen & Sereika 1997). Tekanan berlaku apabila jururawat cuba untuk menguruskan penjagaan kejururawatan pesakit dalam skop kejururawatan. Tekanan juga berlaku apabila ada keinginan berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik .
Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990) yang mana menurut beliau tekanan kerja dan kepuasan kerja dalam Jururawat saling berkait rapat. Ini secara langsung membuktikan bahawa Jururawat yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi berupaya dalam mengurus tekanan kerja dalam bidang kerjaya mereka dan ini seterusnya dapat membantu Jururawat berkenaan menjadi lebih puas dan seronok terhadap segala kerja yang diamanahkan kepada mereka.
Faktor persekitaran tempat kerja dengan stress telah menunjukkan interaksi ke atas Prestrasi kerja di kalangan Jururawat. Oleh itu secara keseluruhannya ini menunjukkan bahawa faktor tekanan kerja yang dialami oleh Jururawat mendorong mereka untuk membuatkan prestasi ereka semakin menurun. faktor ini tidak penting kerana dapatan kajian seterusnya menunjukkan ia masih mempunyai kesan ke atas prestasi mutu kerja dari kerjaya Jururawat. Oleh itu dapatan ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah tekanan kerja dapat mempengaruhi prestasi kerja di kalangan jururawat. Ini bertentangan dengan kajian oleh BarOn (1997) dan Goleman (1995 dan 1998) yang mana menurut beliau bahawa tekanan kerja
memainkan peranan penting dengan kecenderungan untuk ponteng kerja. Ini menunjukkan individu yang mempunyai motivasi yang tinggi di persekitaran kerjanya. Walaupun dapatan kajian menunjukkan persekitaran mempengaruhi prestasi kerja,. Keadaan ini terjadi mungkin kerana sebahagian besar jururawat yang bertugas di wad pembedahan Hospital Melaka mempunyai tahap tekanan kerja yang tinggi.
Persekitaran temapat kerja mempengaruhi stress di kalangan jururawat di wad pembedahan Hospital Melaka. Bagi menjawab persoalan ini soalan telah dikemukakan kepada responden. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden bersetuju dengan faktor ini. persekitaran tempat kerja juga berkait dengan stress. Bojuwoye (2002) dalam kajiannya ke atas pekerja ladang di lapan buah syarikat di Afrika Selatan mendapati pekerja mengalami stress disebabkan oleh persekitaran ladang. Suraini (2005) juga mendapati wad merupakan punca kedua utama stress dikalangan Jururawat. Keadaan wad yang tidak selesa dan sempit ntara punca berlakunya stress dalam kalangan Jururawat. Faktor persekitaran menjadikan Jururawat berasa stress apabila tidak mempunyai ruang yang selesa, suasana bising semasa pesakit mendapatkan rawatan. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2001) yang menekankan bahawa faktor persekitaran boleh mendatangkan masalah stress kepada individu. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Ooi (2002) yang mendapati bahawa faktor persekitaran bukan sebagai penyumbang paling utama stress di kalangan Jururawat .
4.3 Kesimpulan
Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa faktor persekitaran merupakan faktor yang penting terhadap mempengaruhi stress di kalangan Jururawat. Faktor seterusnya ialah faktor bebanan tugas yang memberikan stress di kalangan Jururawat.Bebanan tugas yang terlalu banyak, kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan memberikan stress kepada Jururawat. Kebanyakan mereka menyatakan berasa stress apabila bebanan tugas kerja terlalu banyak dan arahan tugasan yang kurang jelas menyebabkan prestasi kerja yang merundum. Seterusnya, penyelidik mendapati faktor persekitaran wad menjadikan Jururawat berasa stress apabila tidak mempunyai ruang kerja yang selesa, suasana bising semasa pesakit menerima rawatan serta keadaan wad yang agak sempit dan kurang selesa. Tekanan kerja telah menjadi satu isu penting yang perlu dikawal dan diuruskan secara bijaksana, ber hati-hati dan berhemah oleh semua pihak supaya ia tidak menjadi duri dalam daging dalam