1
BAB 1
PENGENALAN
Perkembangan teknologi masa kini terbukti amat memudahkan urusan kehidupan manusia seharian. Perkembangan teknologi banyak membantu manusia dalam menyelesaikan tugas seharian. Urusan manusia yang semakin kompleks memaksa manusia memikirkan bagaimana cara untuk mengatasi segala permasalahan yang timbul. Pelbagai langkah diambil bagi memastikan budaya pemikiran berinovasi dapat diterapkan ke dalam minda manusia disebabkan hanya pemikiran berinovasi yang akan melahirkan suatu kaedah ataupun teknologi yang akan memudahkan manusia. Inovasi tidaklah terhad kepada menghasilkan sesuatu yang lebih baik dari segi penggunaanya sahaja malah inovasi juga boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih murah dan mampu dimiliki oleh ramai orang disamping kualitinya yang hampir sama dengan yang asal. Masalah yang dihadapi oleh rakan-rakan di dalam sesebuah organisasi boleh mencetuskan idea untuk melahirkan sesuatu yang baru dan lebih memudahkan tugasan seharian. Idea diperolehi daripada perkongsian pengalaman dan pengetahuan seseorang ses eorang sangat penting agar inovasi yang dihasilkan bukan sahaja boleh digunakan oleh penciptanya sahaja malah ianya juga boleh digunakan oleh orang ramai. Menurut Norazah dan Juhana (2013), perkongsian pengetahuan merupakan kesediaan pekerja untuk menyumbang pengetahuan kepada pekerja lain dan kemampuan beliau untuk mengumpul pengetahuan daripada pekerja lain
dalam
menyelesaikan
organisasi. sesuatu
Perkongsian masalah,
pengetahuan
mengurangkan
kos
membolehkan yang
pekerja
bertindih
dan
membolehkan penciptaan satu inovasi yang baru. Kajian lepas mendapati amalan
2 perkongsian pengetahuan yang berjaya akan menggalak inovasi pekerja dan meningkatkan prestasi organisasi. Walau bagaimanapun terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkongsian pengetahuan, antaranya adalah faktor manusia, organisasi dan teknologi. Inovasi yang mudah diterima harus mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai kelebihan relatif, serasi dengan penerima, tidak menimbulkan kerumitan, mudah untuk percubaan dan mudah untuk pemerhatian. Kelebihan relatif yang dimaksudkan di sini adalah idea, amalan atau bahan yang diperkenalkan haruslah lebih baik daripada yang sedia ada. Kadar kelebihan relatif ini ialah dari segi ekonomi, status sosial, kemudahan, serta juga perasaan kepuasan. Keserasian pula adalah sejauh mana produk yang dihasilkan menghampiri pengetahuan sedia ada pengguna. Jika pengguna sukar untuk menggunakannya, inovasi tersebut sukar atau tidak langsung diterima oleh pengguna. Kerumitan adalah sejauh mana sesuatu inovasi itu dianggap susah untuk difahami dan digunakan dengan erti kata lain bahan inovasi yang dihasilkan tidak memerlukan kemahiran tambahan pengguna untuk mengendalikannya. Mudah untuk percubaan pula adalah sejauh mana sesuatu bahan itu dapat dicuba secara sendiri sebelum digunakan sepenuhnya dan mudah untuk pemerhatian pula adalah impak kepada pengguna terhadap penggunaan bahan tersebut. Document camera, camera , juga dikenali sebagai visualiser presenter , visualisers (di visualisers (di United Kingdom),
overhead digital ,
atau docucams, docucams, adalah peranti yang
memaparkan imej sebenar kepada khalayak. Seperti projektor legap, document camera camera mampu membesarkan dan menonjolkan imej sebenar, objek tiga dimensi, dan juga transparensi. Ini membolehkan seorang guru, pensyarah atau penyampai untuk menulis pada sehelai kertas atau untuk memaparkan objek dua atau tiga dimensi untuk tatapan ramai. Secara teorinya, semua objek boleh dipaparkan oleh document camera. Objek yang hanya perlu diletakkan di bawah kamera dan kamera akan mengambil gambar dan seterusnya memaparkan gambar secara langsung menggunakan projektor. (Elmoglobal, 2012)
3 1.2 Latar belakang masalah.
Visual Presenter atau atau nama lainnya Document lainnya Document Camera merupakan Camera merupakan satu alat perakam yang disambung kepada alat pemancar LCD untuk memaparkan dokumen secara terus ke layar untuk dilihat. Kebiasaannya peralatan ini digunakan untuk sesi pengajaran dan penerangan di mana dengan adanya alat ini dapat memudahkan seseorang pengajar ataupun penyampai itu menyampaikan isi pengajarannya selain daripada mampu untuk menarik minat dan fokus pelajar di dalam sesebuah kelas. Pengajaran yang berkesan datangnya daripada minat pelajar di dalam sesebuah kelas itu. Zulzana (2011), mengatakan bahawa pembelajaran yang yang berkesan wujud jika ada minat dalam kalangan pelajar dan salah satu daripada cara menimbulkan minat pelajar ialah menerusi kaedah pengajaran dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Menurut Cik Suraini Binti Haji Md Yusof, Timblan Pengarah Akademik Kolej Vokasional Kuala Klawang, harga seunit visual presenter ini agak mahal, bilangan yang dibekalkan ke Kolej Vokasional Kuala Klawang adalah sebanyak empat unit sahaja dan tidak semua guru sentiasa berpeluang dalam menggunakan peralatan tersebut kerana bilangannya yang terhad. Dengan pertambahan bilangan pelajar ekoran daripada penaiktarafan Sekolah Menengah Vokasional Kuala Klawang kepada Kolej Vokasional Kuala Klawang, jumlah bilangan pelajar dan kelas semakin bertambah. Dengan pertambahan waktu pengajian ini menyebabkan berlakunya kekurangan fasiliti di Kolej Vokasional Kuala Klawang. Klawang. Manakala Encik Noor Aman Bin Ridzuan, Ketua Unit Elektrik Kolej Vokasional Kuala Klawang, untuk
pengajian teknikal, kebanyakan bahan bantu bantu
mengajar adalah lebih kepada bahan maujud yang bersaiz besar ataupun bahan yang sebenar. Walau bagaimanapun di dalam bahan tersebut terdapat komponen yang kecil yang perlu ditunjukkan supaya pelajar lebih jelas tentang rupabentuk dan kendaliannya akan tetapi tiada alat yang sesuai untuk merakam bagi memaparkan kepada pelajar tentang komponen dan fungsinya secara langsung. Sesi pengajaran akan lebih menarik jika pelajar dapat menonton secara langsung pada layar bagaimana sesuatu komponen itu sedang berfungsi. Charlie Anak Ungang, (2008) menyatakan bahawa bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman
4 murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Selain itu bahan bantu mengajar juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Proses pengajaran yang disertakan juga dapat menjelaskan mesej yang ingin disampaikan. Pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalaman dalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran. Peralatan
pengajaran
untuk
program
Pengajaran
dan
Pembelajaran
Matematik, Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dibekalkan oleh pihak KPM seperti LCD LCD Projector dan sebagainya masih berfungsi dan ada diantaranya masih berada di dalam keadaan baik akan tetapi ianya jarang digunakan kerana guru perlu menjadikan nota dan bahan pengajaran ke dalam bentuk perisian perisi an dan d an terpaksa te rpaksa membawa komputer riba ke dalam kelas kerana jika mereka menggunakan bahan bercetak, mereka terpaksa membuat tempahan awal daripada jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam menjaga visualiser presenter . Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kamaruzaman Kamarudin, (2007). Lama kelamaan ianya menjadi sesuatu yang membebankan dan ramai yang mengambil langkah untuk menjalankan sesi pengajaran dengan menggunakan men ggunakan kaedah yang lama.
1.3 Pernyataan masalah
Berdasarkan latar belakang permasalahan yang telah dinyatakan, pengkaji berpendapat bahawa kos, bentuk fizikal dan keterbatasan fungsi terhadap visualiser presenter menyebabkan penggunaannya menjadi terhad. Di dalam skop pengajaran dan pembelajaran, adalah menjadi kesukaran kepada guru untuk menerangkan sesuatu perkara yang melibatkan pelajar perlu melihat langkah kerja guru secara langsung. Sebagai contoh yang ingin dibawa di sini adalah teknik melukis di dalam subjek ETE 201 Electrical Engineering Drawing 1 dan ETE 304 Electrical Engineering Drawing 2. 2. Untuk menghasilkan sesuatu lukisan ini, langkah kerja guru
5 perlu dilihat oleh pelajar satu persatu agar pelajar dapat menghasilkan lukisan dengan menggunakan teknik yang yang betul. Lee Min Fong, Fong, (2007), menyatakan bahawa grafik merupakan sumber maklumat yang amat berkesan kerana segala bentuk mesej yang diterima oleh manusia melalui penglihatan mereka dapat diterima secara terperinci dan mempunyai daya ketahanan serta daya ingatan yang tinggi. Ia juga memberi maksud penggunaan visual untuk menerangka konsep-konsep yang tidak dapat diterangkan oleh teks dan untuk menambahkan daya tarikan. Puan Nur Hamizah Binti Mohd Mahidi, Pensyarah matapelajaran ETE 304, Electrical Engineering Drawing 2 berpendapat bahawa bentuk fizikal sebuah visualiser presenter juga menjadi kekangan kepada pengguna yang ingin menggunakannya. Walaupun ianya dikategorikan sebagai alat mudah alih, tetapi untuk mengangkatnya ke dalam kelas untuk setiap kali sesi pengajaran adalah sesuatu yang membebankan. Ini menyebabkan perlatan ini diletakkan di dalam sebuah bilik khas ataupun makmal dan penggunaannya adalah secara bergilir-gilir. Bagi matapelajaran ETE 104, Direct Current Machine Machine yang diajar oleh Cik Nur Dina Binti Haji Yusuf, Pensyarah Jabatan Elektrik Kolej Vokasional Kuala Klawang, beliau mengalami masalah untuk menunjukkan sesuatu komponen yang kecil di dalam sebuah objek yang besar seperti me nunjukkan sambungan antara berus karbon (carbon (carbon brush) brush) dan penukartertib (comutator ( comutator ) yang terpasang di dalam sebuah motor elektrik. Ini disebabkan saiz motor yang digunakan semasa pengajaran agak besar dan tidak boleh diletakkan di bawah unit visualiser presenter . Merujuk kepada katalog visualiser presenter yang terdapat di Kolej Vokasional Kuala Klawang yang berjenama e-PRO VS 3000D yang bernombor rujukan inventori SMTKK/PTD/H08/49/(4-4) bahawa visualisers visualisers yang dibekalkan hanya sesuai untuk kegunaan dalaman sahaja seperti kegunaan di dalam kelas, latihan perubatan, perniagaan dan kegunaan di dalam mahkamah. Bentuk fizikalnya menyebabkan fungsinya terhad sedangkan jika bentuk fizikalnya dapat diubah, skop penggunaannya akan menjadi lebih luas serta boleh dimanfaatkan untuk menjalankan tugasan lain selain daripada penyampaian kuliah sahaja. Berdasarkan permasalahan yang dinyatakan, pengkaji merasakan perlu mencipta satu alternatif supaya kelebihan peralatan seperti yang disebutkan di atas boleh dimanafaatkan oleh pengguna-pengguna pengguna-pengguna yang lain.
6 1.4 Tujuan kajian
Kajian ini dijalankan bagi membina satu alat untuk menggantikan fungsi visualiser presenter yang yang mana fungsinya amat diperlukan di Kolej Vokasional Kuala Klawang terutamanya dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Ini adalah kerana di kolej ini menghadapi masalah kekurangan dari segi bilangannya. Alat yang akan dibina bersaiz lebih kecil daripada bentuk sebenar untuk memudahkan guru membawanya serta tidak membebankan disamping kos yang lebih rendah dari harga pasaran.
1.5 Objektif kajian
Berdasarkan matlamat menjalankan kajian ini, beberapa objektif telah dikenalpasti bagi mencapai matlamat kajian. Objektif kajian ini adalah: i)
Merekabentuk satu alat yang boleh digunakan dan mengambil alih fungsi
visualiser presenter. ii)
Menguji kebolehfungsian alat.
1.6 Persoalan kajian
Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan di atas, beberapa persoalan kajian timbul bagi menjelaskan objektif kajian tersebut. Persoalan kajian yang dimaksudkan adalah seperti berikut: i)
Bagaimanakah alat perakam sebagai alat yang boleh diterima pakai dapat
dibangunkan? ii)
Adakah alat perakam berfungsi berdasarkan keperluan pengguna yang
ditetapkan?
7 1.7 Kerangka konsep kajian
Sesuatu kajian tidak akan lengkap tanpa adanya kerangka konsep. Kerangka konsep ini berperanan dalam merangka objektif kajian. Kerangka konsep yang pengkaji gunakan adalah seperti di bawah untuk memudahkan proses pembangunan model kelak. Kajian ini memudahkan serta mempelbagaikan fungsi alat visual presenter supaya ianya lebih ringkas, ringan, mudah untuk dikendali dan dibawa serta ianya menjadi suatu alat pelbagai kegunaan.
Pengguna
Guru KVKK mempunyai masalah untuk menggunakan visualiser presenter kerana harganya yang mahal serta bilangan yang terhad dan bentuk fizikalnya yang sukar untuk di bawa ke mana-mana
Model Perakam LPV-CAM
Kebolehfungsian :
Model yang dibina Penggunaan untuk guru
Rajah 1.1 Kerangka konsep rekabentuk Light rekabentuk Light Portable Visualiser Camera
8 1.7.1 Huraian kerangka konsep
Model visual presenter ini lebih berfokus kepada permasalahan yang dihadapi oleh beberapa golongan pengguna yang memerlukannya. Permasalahan ini timbul disebabkan bilangan alat tersebut yang sedikit kerana kosnya yang agak mahal dan rupabentuknya yang agak besar. Masalah yang sering dihadapi oleh guru Kolej Vokasional Kuala Klawang (KVKK) dalam penggunaan visualiser presenter ini adalah dari segi bilangannya yang terhad. Selain daripada itu, bentuk fizikalnya menyukarkan ianya untuk dibawa dan dialihkan dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. Selain daripada itu, guru tidak boleh menggunakannya untuk merakam bahan pengajaran yang bersaiz besar. Suatu alat yang diberi nama Light Portable Visualiser Camera (LPV-CAM) telah di reka bagi mengatasi segala permasalahan yang dihadapi. Selain daripada kosnya yang agak murah, rekaannya yang bersifat mudah alih serta dilengkapi dengan alat paparan yang bersaiz kecil dan hanya menggunakan bateri yang berkuasa 12v arus terus, menyebabkan ianya boleh digunakan ditempat lain selain daripada bilik darjah. Kebolehfungsian alat di ukur dari segi komponen-komponen alat tersebut dan keberkesanan alat yang dibina sama ada ianya boleh menyelesaikan segala permasalahan seperti yang telah disenaraikan. Dengan adanya alat model ini, guruguru dapat menggunakannya untuk menjadikan proses pengajarannya lebih menarik dan berkesan.
1.8 Skop kajian
Kajian yang akan dijalankan merupakan suatu usaha untuk memudahkan serta meluaskan skop penggunaan visualiser presenter dan dan boleh mendapatkannya dengan harga yang agak rendah. Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, skop kajian bagi projek ini adalah untuk merekabentuk satu set visualiser presenter dalam dalam rupabentuk
9 yang lebih kecil dan ringan serta boleh melihat paparannya menerusi beberapa jenis alat paparan dan menguji kebolehfungsian alat tersebut.
1.9 Batasan kajian
Projek ini adalah berbentuk model sebenar yang boleh digunakan oleh pensyarah Kolej Vokasional Kuala Klawang untuk matapelajaran ETE 201, Electrical Engineering Drawing 1 dan ETE 304, Electrical Engineering Drawing 2 secara khususnya serta kegunaan pensyarah-pensyarah yang lain untuk menunjukkan komponen-komponen komponen-komponen yang kecil. keci l.
1.10 Kepentingan kajian
Kajian projek yang akan dijalankan ini diharapkan memberi kesan yang positif terhadap proses pengajaran dan penerangan yang dilakukan disamping meluaskan penggunaannya. Dengan Dengan rupabentuk yang baru, fungsi fungsi alat dapat diperluaskan.
1.11 Definisi operasional
Definisi istilah yang digunakan dalam kajian ini akan dapat memperjelaskan lagi kefahaman tentang kajian yang akan dijalankan.
1.11.1 Visualiser presenter
Dalam kajian ini , , Visualiser presenter yang yang juga dikenali sebagai document camera merupakan alat yang digunakan untuk merakam objek yang berbentuk grafik, tulisan
10 atau apa sahaja yang terletak di atas helaian kertas untuk dipancarkan melalui alat pemancar. (Elmoglobal, 2008)
ctor . 1.11.2 L C D pr oj ecto
Dalam kajian ini , , LCD projector merupakan alat pemancar yang digunakan untuk memancarkan imej yang di dapati daripada peranti inputnya ke layar.
1.11.3 LPV-CAM
Dalam kajian ini, Light Portable Visualiser Camera merupakan suatu alat yang dicipta untuk mengatasi permasalahan Visualiser presenter yang sedia ada.
1.12 Rumusan
Penggunaan visualiser presenter banyak memudahkan guru-guru dalam proses pengajaran mereka terutamanya bagi guru yang mengajar mengajar subjek lukisan kejuruteraan kerana guru dapat menunjukkan langkah kerja satu persatu proses melukis dan pelajar dapat melihatnya satu persatu secara langsung. Pembinaan model visualiser presenter yang lebih kecil dan bersifat mudah alih ini dapat diperluaskan penggunaannya di mana ianya bukan sahaja dapat merakam objek yang berbentuk dokumen malah dapat merakam objek yang berada di tempat-tempat yang sempit seperti di dalam sebuah motor ataupun enjin kereta.
11
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Kajian literatur perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum proses merekabentuk model dijalankan oleh pengkaji. Ini bertujuan untuk memastikan tujuan kajian tidak lari dari konsep yang telah dinyatakan sebelum ini. Kajian literatur juga bertujuan untuk memberi garis panduan kepada pengkaji apabila melakukan proses merekabentuk. Di dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan dan kepentingan kepada penggunaan visualiser presenter oleh guru. Secara teori, bab ini akan menyoroti pendapat dan tinjauan yang akan menghasilkan maklumat-maklumat penting dalam membangunkan model Visualiser Camera. Camera. Selain daripada itu, pengkaji akan menerangkan bagaimana sesebuah visualiser presenter itu berkendali. Maklumat ini amat penting bagi memastikan model yang dibina dapat berfungsi dengan baik serta menghampiri kepada fungsi asal alat yang telah disebutkan di atas ata s dan seterusnya memudahkan penggunaannya. Dalam membincangkan permasalahan yang telah di ketengahkan iaitu kepentingan penggunaan visualiser presenter dikalangan guru, kebanyakan kajiankajian lepas adalah mengenai keberkesanan kaedah pengajaran dengan berbantukan perlatan ICT (Information and Communication Technology) manakala, bagi kajian literatur yang menyentuh secara khusus penggunaan visualiser presenter adalah sukar untuk diperolehi. Bagi kajian ini, maklumat – maklumat – maklumat maklumat yang diperolehi adalah melalui kajian – kajian literatur yang terdahulu berkaitan dengan pengajaran dan
12 tingkahlaku pelajar semasa sesi pengajaran yang berbantukan kepada peralatan ICT dan informasi – informasi informasi sekunder yang berbentuk data, soalan selidik, pandangan pegawai atasan serta pengalaman penulis sendiri. Rujukan melalui kajian – kajian literatur adalah dari kajian – kajian – kajian kajian tempatan dan luar negara.
sualise serr P r esente senterr 2.2 Sejarah V i suali
Overhead projector adalah merupakan alat persembahan visual yang popular sehingga akhir tahun 80-an dan selepas itu popularitinya mula menurun dengan cepat. Dalam mengimbangi penurunan penggunaannya, visualiser presenter telah dicipta dan diperkenalkan oleh dua syarikat iaitu Wolfvision dan Elmo dalam masa yang sama. Elmo Co. Ltd., yang bertapak di Nagoya, Jepun telah mencipta “EV -308 visualiser visualiser presenter” dan Wolfvision juga dengan ciptaannya. Kedua-dua Kedua -dua model ciptaan mereka telah diperkenalkan satu pameran 1988 Photokina Photokina (pameran perdagangan terbesar dunia untuk industri industri fotografi dan pengimejan). Walaupun output video pada masa lalu dari jenis analog menjadi standard semenjak document camera mula camera mula dicipta, sambungan antara document camera telah camera telah ditambahbaikan dengan penambahbaikan teknologi paparan digital. Sekarang, output dengan resolusi XGA (1024 x 768) biasa digunakan selari dengan video komposit dan s-video untuk output video dari document camera. camera. Hari ini faedah utama document camera camera ialah ianya boleh disambungkan dengan lain-lain peralatan interaktif dan alat pandang dengar misalnya peralatan sidang
video.
Ini
bermakna
document
camera camera membolehkan
pengacara
menayangkan subjek pilihannya dengan lebih berkesan termasuk menggunakan imej 3-D. Kerjasama diantara semua pihak termasuk dari pelajar di dalam kelas hingga ke juruteknik di dalam makmal menjadi lebih mudah bagi peringkat tempatan hingga ke peringkat global. Ini kerana dokumen kamera boleh membantu di dalam membuat keputusan dengan segera dan efisyen dengan memberikan khalayak pada peringkat
13 global, maklumat visual yang lebih besar dan memberikan mereka persekitaran yang lebih teruja bagi maklumat berkenaan boleh di simpan. (Document Camera Expert 2008).
2.3 Kepentingan visualiser presenter dalam pengajaran
Visualiser
presenter merupakan peralatan ICT ( Information Information and Communication
Technology) Technology) yang tidak kurang pentingnya di dalam pengajaran. Peralatan ini merupakan salah satu alat yang boleh membantu meningkatkan kefahaman, memudahkan proses pengajaran serta menjadikan sesi pengajaran menjadi lebih menarik. Pengkaji ingin menarik fokus kepada kepentingan penggunaan peraltan ICT di dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan (LK) yang telah di tawarkan di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Matlamat utama mata pelajaran ini diperkenalkan adalah untuk melengkapi pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan serta melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik dalam bidang kejuruteraan. Penguasaan dan kemahiran asas yang diterapkan dalam mata pelajaran LK ini bertujuan untuk membolehkan pelajar berinteraksi dengan penuh berkeyakinan dalam teknologi semasa di samping memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan (Bahagian Kurikulum Pendidikan Teknikal dan Vokasional, 2003). Lukisan Kejuruteraan merupakan matapelajaran yang memerlukan pelajar mempelajari dan menghasilkan lukisan mengikut kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang tertentu melalui visualisasi. Visualisasi adalah suatu bentuk penyampaian maklumat yang digunakan untuk menjelaskan sesuatu dengan gambar, animasi atau Gambar rajah yang boleh dicari, dihitung dan dianalisis datanya. Menurut Sukri Saud (2007), visualisasi mulai mendapat perhatian daripada pakar kejuruteraan khasnya dalam Lukisan Kejuruteraan (LK) selaras dengan kemajuan LK dengan penggunaan komputer. Sepertimana yang telah disebutkan di atas, kaedah pengajaran matapelajaran LK ini adalah guru perlu menunjukkan langkah demi langkah dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu dalam menghasilkan sesebuah lukisan. Adalah menjadi
14 sesuatu yang lebih yang lebih mudah apabila guru dapat menunjukkan kesemua pelajar dalam masa yang sama dengan berbantukan be rbantukan peralatan ICT seperti visualiser presenter . Para pelajar dapat melihat secara langsung bagaimana sesebuah lukisan itu dihasilkan. Pelajar dapat mengikuti langkah melukis satu per satu dan sesi pengajaran akan menjadi lebih menarik. Selain daripada menjimatkan masa, pemahaman pelajar juga dapat dipertingkatkan. Kaedah ini telah banyak ditunjukan di dalam video di laman sesawang Youtube yang Youtube yang telah dimuat naik oleh seorang guru cemerlang yang dikenali sebagai sebagai “Cikgu Romie”. Konsep ini ada disebut dalam alalQuran menerusi firmanNya bermaksud: “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.” (An-Nahl (An -Nahl :78). Secara ringkasnya penggunaan visualiser presenter yang yang menggabungkan penggunaan deria pendengaran dan penglihatan, seterusnya diproses oleh pemikiran untuk membentuk satu pemahaman jitu. Dalam erti kata lain, multimedia menggunakan telinga dan mata, di samping akal fikiran bagi memproses maklumat yang diterima. AR Madar (2012).
2.4 Ciri-ciri visualiser presenter yang terdapat di Kolej Vokasional Kuala Klawang
Kolej Vokasional Kuala Klawang telah dibekalkan dengan 4 unit visualiser presenter yang berjenama e-PRO VS3000D seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 2.1. Berdasarkan Daftar Harta Modal yang diperolehi daripada bahagian stor Kolej Vokasional Kuala Klawang, visualiser presenter e-PRO VS3000D merupakan produk buatan negara China yang telah dibekalkan pada 2 Januari 2008 dengan harga RM 4200.00 .
15
Gambar rajah 2.1 : Visualiser presenter e-PRO VS3000D Visualiser
presenter ini
dilengkapi
dengan
sensor
imej
CMOS
(complimentary metal oxide semiconductor), sistem warna PAL/NTSC, piksel keluaran RGB sebanyak 2 megapiksel, resolusi SXGA, frame rate adalah 15 frame per second dan bekalan kuasa 12v 4A. Selain daripada itu, berdasarkan katalog produk visualiser presenter ini,
ianya juga dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri
tambahan untuk memudahkan penggunanya. Antara ciri-ciri tambahan yang terdapat pada visualiser presenter ini adalah :
2.4.1 Kepala kamera bermotor
Memudahkan pengguna pengguna melaraskan arah kamera dengan dengan hanya hanya mengawalnya pada papan panel kawalan ataupun suis kawalan jauh. jauh.
16
Gambar rajah 2.2 : Kepala kamera
2.4.2 Lampu LED
Dilengkapi dengan lampu yang mesra alam pada kedua-dua belah lengan yang mana lampunya boleh bertahan sehingga 10 tahun dengan kecerahan yang sesuai
Gambar rajah 2.3 Lampu LED
17 2.4.3 Papan kekunci kawalan
Papan kekunci kawalan terdapat pada bahagian hadapan untuk memudahkan pengguna mengawal paparan.
Gambar rajah 2.4 : Papan kekunci kawalan
2.4.4 Alat kawalan jauh
Alat kawalan jauh yang boleh mengawal semua fungsi yang terdapat pada visualiser resenter. Alat kawalan jauh ini juga boleh mengawal sama seperti papan kawalan yang ada.
Gambar rajah 2.5 : Alat kawalan jauh
18 2.4.5 Sistem integrasi media
Visualiser presenter ini dilengkapi dengan dua input RGB, dua output RGB, input atau output S-Video dan input atau ouput C-video. Dengan adanya terminal sambungan ini, pengguna boleh menyambung alat ini kepada dua komputer, DVD ( "digital versatile disc" disc" atau "digital "digital video disc") disc") dan VCR (videocassette (videocassette recorder ) dalam satu masa.
2.5 Keterangan spesifikasi
Penerangan yang lebih lanjut berkaitan spesifikasi yang telah dinyatakan di dalam katalog produk visualiser presenter ini adalah seperti :
2.5.1 Sensor imej
Sensor pada kamera digital secara amnya terbahagi kepada dua jenis iaitu sensor CCD dan sensor CMOS. Sensor CCD (Charged Coupled Device) merupakan sensor jenis analog yang telah lama digunakan sebagai sensor kamera digital dan kamera video dan menghasilkan kualiti hasil foto yang amat baik. Prinsip kerja sensor CCD amat sederhana, kerana sensor ini hanya mengubah keamatan cahaya yang mengenainya menjadi nilai tegangan yang kemudian diproses menjadi data digital oleh rangkaian Analog to t o Digital Converter (ADC) (ADC) pada kamera digital. Sementara sensor CMOS (Complimentary Metal Oxide Semiconductor) merupakan sensor berteknologi moden yang memiliki transistor pada setiap pikselnya. Sensor CMOS dibuat dengan konsep digital-chip sehingga keluaran dari sensor ini adalah dalam bentuk data digital. Jadi kamera dengan sensor CMOS tidak lagi memerlukan rangkaian ADC kerana keluaran dari sensor CMOS akan terus masuk ke dalam prosesor kamera. Oleh kerana mekanisme kerja sensor CMOS lebih mudah, sensor jenis ini digunakan secara meluas. Seiring dengan kemajuan teknologi, sensor
19 CMOS masa kini sudah mampu menyamai kualiti sensor CCD dan telah diguna pakai pada kamera kelas atasan seperti DSLR ( Digital Digital Single Lens Reflex). Reflex). Salah satu kehebatan sensor CMOS adalah boleh digunakan untuk menghasilkan foto dengan frame rate yang rate yang tinggi. (Focusnusantara, 2013)
ame per per second second (Bingkai sesaat) 2.5.2 F r ame
Frame per second (fps) adalah berkaitan dengan paparan imej bergerak (video). Angka fps menunjukkan jumlah gambar yang akan ditampilkan secara berurutan dalam satu saat. Contohnya 30fps, ini bermaksud gambar akan ditampilkan sebanyak 30 buah gambar dalam masa satu saat. (Kumpulan.info, 2008)
2.5.3 Sistem NTSC dan PAL
Secara umumnya, NTSC (National Television System Committee) atau PAL (Phase Alternating Line) adalah sistem televisyen analog yang diguna pakai pada masa sekarang. Sistem ini bergantung kepada sesebuah negara kerana ianya begantung kepada sistem pemancar sesebuah negara. Perkara ini dipengaruhi oleh sistem frekuansi elektrik sesebuah negara tersebut. Negara yang mempunyai frekuensi 60 Hz seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Canada akan menggunakan sistem NTSC manakala yang berfrekuensi 50Hz seperti Malaysia, United Kingdom dan negaranegara Eropah akan menggunakan sistem PAL. Perkaitan sistem frekuansi ini dengan sistem televisyen adalah kerana sesebuah televisyen akan memaparkan imej melalui tiub sinar katod. Frekuensi tiub sinar katod mestilah sama dengan frekuensi elektrik supaya imej yang dihasilkan tidak berkelip. Dalam konteks fps ( frame ( frame per second ) pula, imej yang dihasilkan adalah sebanyak 25fps bagi sistem PAL dan 30fps bagi NTSC. Bagi sistem televisyen lama, bilangan fps adalah separuh daripada bilangan frekuesi.
Teknologi
yang
dipanggil
interlace interlace (antara
jalinan)
yang
akan
menggabungkan dua frame frame (bingkai) yang dipanggil field (medan). Ini bermakna setiap field mengandungi dua urutan gambar. (Mantika studio, 2011)
20 2.5.4 Piksel
Piksel (PIX [picture] ELement) adalah dimensi terkecil dalam bentuk digital. Resolusi merupakan salah satu faktor penentu kualiti gambar digital kerana resolusi berkadar terus dengan kualiti gambar, ini bermakna semakin tinggi ti nggi resolusi sesebuah gambar, kualitinya akan lebih tinggi begitu juga sebaliknya. Resolusi gambar digital adalah jumlah panjang piksel didarabkan dengan lebar. Sebagai contoh gambar yang mempunyai resolusi 480 x 640, ini bermakna ianya mempunyai 307 200 piksel ataupun 0.3 megapiksel. megapiksel. Untuk gambar yang yang mempunyai 1 megapiksel, megapiksel, ianya adalah 900 piksel didarabkan dengan 1200 dengan nisbah 3:4. (Pcmag, 1996)
2.5.5 Zoom optikal
Zoom optikal merupakan satu ciri atau fungsi pada sesebuah kamera digital untuk membesarkan gambar dengan menggunakan focal length length pada lensa. Focal length merupakan jarak dari pusat lensa hingga ke focal point (bahagian hadapan lensa). Umumnya focal length length diukur berdasar milimeter. Focal lenght yang lebih besar diperlukan untuk mengambil gambar yang jauh. Optical zoom merupakan kaedah yang terbaik untuk membesarkan saiz gambar tanpa mengubah kualiti gambar. (Kumpulan.info, 2008)
2.6 Kesimpulan.
Secara keseluruhannya, visualiser presenter merupakan salah satu peralatan ICT yang diperlukan bagi memudahkan pengajaran terutamanya matapelajaran yang berkaitan dengan Lukisan Kejuruteraan. Penggunaan visualiser presenter ini ini mampu untuk menarik minat pelajar dan apa yang lebih penting adalah dengan menggunakan peralatan ini, guru seolah-olah sedang berada pada setiap meja pelajar untuk menunjukkan kaedah dan langkah penghasilan sesuatu kerja dalam suatu masa. Ciri-
21 ciri yang terdapat pada sesebuah visualiser presenter akan akan menjaminkan kualiti imej yang dapat dilihat oleh para pelajar. Semakin tinggi spesifikasi sesebuah visualiser presenter itu, semakin banyak fungsi yang boleh digunakan dan secara langsung, harganya juga turut mahal.
22
BAB 3
METODOLOGI
3. 1 Pengenalan
Pada peringkat awal kajian litaratur dilakukan bagi mendapatkan pengetahuan asas mengenai konsep-konsep yang digunakan dalam pembinaan model visualiser presenter. Segala kajian yang diperolehi dalam bab sebelum ini akan dapat membantu pengkaji dalam proses pembinaan model rekabentuk yang dirancang. Metodologi atau kaedah kajian akan memperlihatkan secara jelas semua proses yang dijalankan oleh pengkaji terhadap model rekabentuk r ekabentuk yang dipilih. Langkah-seterusnya yang akan terlibat dan diterangkan di dalam bab ini ialah konsep rekabentuk, pemilihan komponen dan bahan yang digunakan, spesifikasi rekabentuk, pembinaan dan pengujian rekabentuk. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan tentang tatacara perlaksanaan kajian sehingga objektif tercapai. Metadologi ini juga akan menjadi garis panduan pengkaji dalam menghasilkan model visualiser presenter sehingga semua objektif yang ditetapkan dapat dipenuhi dan dicapai.
23 3.2 Reka bentuk model ADDIE
Model ADDIE merupakan antara model rekabentuk instruksi yang sering menjadi asas kepada model-model rekabentuk instruksi yang lain. Secara amnya, model ADDIE
(Rosset,
1987)
terdiri
daripada
fasa
Analysis
(Analisis),
Design
(Rekabentuk), Development (Pembangunan), Implementation (Perlaksanaan) dan Evaluation (Penilaian). model ADDIE adalah model yang generik, mempunyai pendekatan yang sistematik untuk proses merekabentuk instruksi dan menyediakan perekabentuk dengan satu rangka kerja yang teratur untuk memastikan bahawa produk-produk pendidikan yang dihasilkan adalah efektif dan proses-proses kreatif adalah sangat efisien.
Rajah 3.1 : Model ADDIE (Fatimah , 2009)
24 3.3 Carta alir perlaksanaan projek
Carta alir yang dirangka oleh pengkaji meliputi perlaksanaan projek dari peringkat awal sehingga produk siap dibina dan diuji. Dengan adanya carta alir tersebut, susunan kerja dan tatacara akan menjadi lebih tersusun dan teratur.
MULA
Mengenalpasti latar belakang masalah kajian melalui temubual dan soal selidik Analisis Mengumpul maklumat mengenai visualiser presenter dan searchcam dan searchcam
Rekabentuk
Lakaran awal penyediaan projek – projek – rekabentuk rekabentuk susunan komponen dan litar
Pembangunan
Pemilihan dan penyediaan komponen dan bahan
A
Rajah 3.2a: Carta alir perlaksanaan projek (berdasarkan model ADDIE)
25
A
Pembangunan
Pelaksanaan
Proses pembinaan dan rekabentuk model
Model yang siap dibina
Tidak berjaya Pengujian ro ek
Penilaian
Berjaya
Penilaian oleh pakar
Tamat
Rajah 3.2b: Carta alir pelaksanaan projek (berdasarkan model ADDIE)
26 3.4 Fasa analisis
Fasa analisis merupakan fasa pertama dalam model ADDIE. Dalam kajian yang dijalannkan oleh pengkaji, terdapat beberapa analisis yang dikaji oleh pengkaji bagi tujuan menghasilkan satu model visual presenter yang lebih ringkas dan murah serta pelbagai guna. Antara analisis-analisis yang menjadi tumpuan utama pengkaji ialah : i)
Menetap dan menyenaraikan objektif
Setelah pengkaji menjalankan temubual bersama beberapa orang pensyarah Jabatan Elektrik di KV Kuala Klawang, beberapa objektif telah dikenalpasti sebelum pengkaji menetapkan bentuk be ntuk model reka bentuk perlatan yang ingin direka. Senarai objektif ini amat penting untuk memberi landasan yang betul kepada pengkaji agar tidak tersasar dari tujuan asal rekaan. ii)
Menetukan skop kajian
Sebelum rekaan dibina, skop kajian perlu ditetapkan terlebih dahulu bagi membolehkan projek yang dihasilkan menepati objektif dan sasaran yang ditetapkan. Bagi projek ini, pengkaji menetapkan skop kajian merangkumi pensyarah Jabatan Elektrik KV Kuala Klawang. iii)
Kajian masalah
Meskipun pensyarah berkeupayaan mengajar matapelajaran yang memerlukan pelajar menyaksikan secara langsung kaedah-kaedah dan teknik-teknik yang digunakan untuk dipraktikkan semula oleh mereka, namun dengan penggunaan visualiser presenter , minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran akan bertambah dan pensyarah akan lebih mudah dalam menyampaikan isi pelajaran. iv)
Kesesuaian rekabentuk
Rekabentuk yang dihasilkan perlulah mudah dikendalikan, bersaiz lebih kecil dan mudah untuk dibawa. Konsep plug and play play akan memudahkan pengguna untuk menggunakannya. v)
Keselamatan dan ketahanan model
Aspek ketahanan dan keselamatan model/produk perlu dititikberatkan. Ini adalah untuk memastikan keselamatan pengguna ketika menggunakannya.
27 vi)
Kos
Kos penghasilan produk mestilah lebih murah daripada produk sebenar yang terdapat di pasaran supaya ianya mampu untuk dimiliki dan juga dapat mengatasi permasalahan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Dengan kos yang murah, sekolah mampu untuk membeli dalam kuantiti yang banyak bagi menampung keperluan guru.
3.5 Fasa reka bentuk
Reka bentuk model yang dibina haruslah bersesuaian dengan persekitaran penggunaannya iaitu iai tu di dalam bilik darjah. Aspek bentuk yang digunakan dan juga saiz amat penting untuk ditetapkan terlebih dahulu bagi menyesuaikan produk untuk digunakan di dalam tempat pengajaran. Produk yang dihasilkan adalah terpisah kepada dua bahagian di mana satu bahagian pertama adalah kamera tanpa kabel dan bahagian kedua adalah penerima isyarat dari kamera yang dilengkapi dengan bekalan kuasa kepada kamera. Bekalan Bekalan kuasa iaitu bateri 12v kepada kamera merupakan merupakan perkara yang perlu diambilkira bagi memudahkan guru semasa menggunakan peralatan tersebut.
3.6 Fasa pembangunan model
Pemilihan peralatan dan komponen yang digunakan dipilih dengan teliti setelah mendapat lakaran awal projek dan skematik yang telah dipilih. Fungsi setiap peralatan dan kelengkapan tersebut perlu diketahui dengan jelas supaya dapat disesuaikan dengan model yang hendak dibangunkan. Kelengkapan dan peralatan yang digunakan perlu dikaji terlebih dahulu untuk memastikan kos penyediaan projek tidak terlalu mahal bagi sesuatu produk.
3.7 Fasa pemilihan bahan
Setelah semua lakaran dan litar skematik telah diperolehi, komponen-komponen dan bahan-bahan perlu dipilih dan perlu melakukan tinjauan di pasaran untuk
28 mendapatkan harga. Kos pembinaan projek tidak boleh terlalu mahal supaya model/produk ini menjadi pilihan kerana ianya mudah untuk digunakan serta murah. Konsep ini perlu dipertahankan kerana ia telah menjadi skop kajian yang telah ditetapkan pada permulaan. Antara bahan-bahan dan kelengkapan yang diperlukan adalah: i)
Kotak PVK (Polivinil klorida)
Untuk membina projek ini, pengkaji akan mengunakan kotak PVK sebagai asas atau bekas untuk menampung komponen penerima isyarat dan bekalan kuasa Saiz kotak PVK ini adalah 150mm (panjang) x 100mm (lebar) x 100mm (tinggi). ii)
Monopod
Monopod digunakan kerana ianya panjang lengannya boleh dilaraskan antara 395mm hingga 1200mm dan pemegangnya boleh di putarkan mengikut kesesuaian. iii)
Tapak monopod
Tapak untuk memegang monopod digunakan untuk memegang monopod supaya ianya boleh ditegakkan. Kotak ini juga diperbuat daripada PVK yang bersaiz 120mm (panjang) x120mm (lebar) x 80mm (tinggi). Tapak ini juga digunakan untuk memuatkan bateri 12v. iv)
Bateri
Sebuah bateri jenias Lithium Ion (Li-Ion) 12v jenis boleh cas semula yang berkapasiti 9000mAh digunakan sebagai bekalan kuasa untuk kamer a dan komponen penghantar signal. Dimensi bateri ini adalah 110mm (panjang) x 62mm (lebar) x 26mm (tinggi) v)
Kamera CCTV (Closed-circuit television) tanpa wayar
Sebuah kamera CCTV digunakan sebagai komponen utama di dalam projek ini. Ianya dipilih kerana ketahanannya untuk berkendali dalam sela waktu yang panjang.
3.8 Fasa perlaksanaan
Fasa perlaksanaan bermula sebaik sahaja fasa pembangunan model telah selesai. Dalam fasa ini, model dipastikan dapat berfungsi dengan baik tanpa menghadapi sebarang masalah ketika penggunaannya. Semua komponen dipasangkan pada
29 kedudukan yang betul di dalam bekas yang sesuai. Fasa perlaksanaan ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
i)
Sebelum pembangunan model.
Pada bahagian ini, perbincangan dan penelitian semula mengenai reka bentuk yang telah dipilih dilakukan. Ini bagi memastikan model reka bentuk yang dipilih bersesuaian dengan objektif dan mempunyai mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki. ii)
Semasa pembangunan model
Pada bahagian ini, proses-proses yang terlibat ialah proses pemilihan bahan dan komponen, lakaran model rekabentuk yang dipilih, alatan dan kelengkapan yang digunakan dan juga pemasangan komponen iii)
Selepas pembangunan model
Pada bahagian ini pula, pengkaji menerangkan tentang kebolehfungsian model mengikut objektif yang telah ditetapkan. Penerangan lebih lanjut mengenai bahagian ini akan diterangkan di dalam Bab 4 dan 5.
3.9 Operasi pembinaan dan menyiapkan model
Pengkaji telah mengenalpasti beberapa pembahagian proses dalam penghasilan model/produk bagi memudahkan proses pembinaannya. Antara proses tersebut adalah: i. Membuat lakaran awal awal projek ii. Membina gambaGambar rajah blok kendalian litar iii. Memasang komponen ke dalam bekas yang telah dikenalpasti iv. Menguji kebolehfungsian litar sebelum digunakan oleh guru
30 3.9.1 Lakaran awal projek
Lakaran awal telah disediakan oleh pengkaji untuk memberi garis panduan pembinaan model yang menepati ciri-ciri yang dikehendaki. Lakaran awal projek adalah seperti dalam Gambar rajah 3.3.
KAMERA CCTV
MONOPOD KABEL
LCD PROJECTOR
TAPAK KAMERA DAN BATERI 12V
Rajah 3.3 : Lakaran awal projek
31 3.9.2 Membina gambar rajah blok kendalian.
GambaGambar rajah blok dan litar dibina berdasarkan keperluan sambungan kepada komponen yang telah dipilih.
BATERI 12V
KAMERA CCTV
LCD PROJEKTOR
LAMPU LED
Rajah 3.4 : Rajah blok litar
3.9.3 Memasang komponen ke dalam bekas
Setelah semua komponen dan alatan yang diperlukan lengkap diperolehi, komponen akan diuji terlebih dahulu untuk memastikan litar berfungsi dengan baik. Kesemua komponen dipasangkan pada tapak di dalam bekas yang digunakan menggunakan skru dan pendakap yang sesuai bagi memastikan komponen tidak bergoyang dan tercabut.
3.10 Huraian setiap blok dan litar
Beberapa komponen yang telah dikenalpasti bagi membina produk yang boleh menggantikan fungsi visualiser presenter. Antara komponen-komponen yang dipilih adalah:
32 3.10.1 Bateri
Bateri digunakan sebagai sumber tenaga untuk kamera. Bateri yang digunakan adalah daripada jenis litium yang boleh di cas semula. Bateri ini bersaiz 12V berkapasiti 9000 mAh. Bateri litium adalah daripada jenis bateri cas semula yang mana ion litium bergerak dari anod ke katod semasa proses nyahcas dan kembali ke kedudukan asal semasa dicas. Bateri litium-ion lazimnya digunakan dalam peralatan elektronik pengguna. Ia merupakan salah satu daripada jenis bateri cas semula paling popular bagi peranti elektronik mudah alih, serta mempunyai ketumpatan tenaga antara yang terbaik, tiada kesan ingatan (walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah s esetengah kajian menunjukkan beberapa petanda kesan ingatan pada bateri litium-ion), dan hanya menunjukkan kadar kehilangan cas yang perlahan apabila tidak digunakan. Selain peralatan elektronik pengguna, bateri Li-ion juga semakin popular dalam bidang ketenteraan, kenderaan kenderaan elektrik dan aplikasi aeroangkasa. Perwatakan kimia, prestasi, kos dan keselamatan adalah berbeza mengikut jenis bateri Li-ion. Peralatan elektronik tangan kebanyakannya menggunakan men ggunakan bateri bate ri Li-ion berasaskan litium kobalt oksida (LiCoO2), yang menawarkan ketumpatan tenaga yang tinggi, tetapi mendatangkan risiko keselamatan, terutamanya apabila rosak. Litium besi fosfat (LFP), litium mangan oksida (LMO) dan litium nikel mangan kobalt oksida (NMC) menawarkan ketumpatan tenaga lebih rendah, tetapi mempunyai jangka hayat lebih panjang serta lebih selamat. Bateri sebegitu digunakan secara meluas dalam peralatan elektrik, peralatan perubatan serta peranan peranan lain. NMC terutamanya merupakan petanding yang mendahului dalam aplikasi automotif. Litium nikel kobalt aluminium oksida (NCA) dan litium titanat (LTO)
merupakan
rekaan
khusus
yang
http://www.nexeon.co.uk/about-li-ion-batteries/
disasarkan
pada
peranan
khas.
33
Gambar rajah 3.1 : Bateri dan alat pengecas
3.10.2 Kamera
Kamera ialah alat yang digunakan untuk merakam imej sebagai gambar foto yang pegun atau satu susunan imej bergerak (filem atau video). Dalam konteks ini, kamera yang digunakan berfungsi sebagai sistem penghasilan imej tepat pada masa. Kamera yang sesuai untuk digunakan di dalam LPV-CAM ini adalah kamera litar tertutup (CCTV). Pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa kelebihan yang ada pada kamera tersebut. Antara kelebihan kamera ini adalah ianya boleh beroperasi dalam jangkamasa yang lama dan sumber tenaganya adalah 12v. dan bersesuaian dengan bekalan bekalan kuasa untuk untuk monitor. Spesifikasi kamera ini berdasarkan manual yang diberikan bersama kamera adalah seperti berikut :
Pickup device : 1/3" CMOS sensor
System:PAL/NTSC
Validity pixel: PAL: 628X582 NTSC: 510X492
Picture area: PAL: 5.78X4.19 NTSC: 4.69X3.45
Horizontal definition: 380 TV Line
Minimum illumination: 0 LUX
Sensitivity: +18DB - AGL ON-OFF
Voltage: DC-12V
34
Gambar rajah 3.2 : Kamera CCTV
3.11
Fasa pengujian
Dalam fasa pengujian, setelah model siap dibangunkan, model ini perlu diuji kebolehfungsiannya terlebih dahulu untuk menentukan tahap kualiti dan keupayaan model tersebut. Melalui proses pengujian, pengkaji mendapatkan kualiti imej pada LCD projector dan skrin yang diperolehi daripada da ripada kamera yang digunakan.
3.12 Fasa pengujian pakar
Dalam fasa pengujian pakar, pengkaji akan membuat soal selidik ringkas tentang model yang dibina ini kepada tiga orang pakar yang terdiri daripada Pensyarah Kolej Komuniti, guru matapelajaran Lukisan di Kolej Vokasional Kuala Klawang dan seorang daripada agensi kerajaan yang lain. Dalam fasa ini, pengkaji meminta pakar mengesahkan kebolehfungsian model berdasarkan soalan yang dikemukakan dan memberi teguran atau cadangan penambahbaikan terhadap model yang dibina.
35 3.13 Jangkaan keputusan
Model yang dibina ini dijangka dapat digunakan sebagai alat untuk memudahkankan pengajaran dan penerangan guru yang mengajar matapelajaran Lukisan di Kolej Vokasional Kuala Klawang. Dengan terciptanya alat ini diharapkan dapat membantu guru-guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam topik lukisan.
3.13
Rumusan
Secara keseluruhannya, bab metodologi ini menerangkan kaedah-kaedah kajian yang dijalankan bermula dari proses pemilihan sehingga ke proses perlaksanaan projek. Selain itu, metodologi yang berada pada landasan yang betul akan menghasilkan keputusan yang baik dan dapat membantu pengkaji mencapai objektif yang ditetapkan.
36
BAB 4
ANALISIS KEJURUTERAAN
4.1
Pengenalan
Analisis kejuruteraan merupakan suatu bentuk kajian yang menjurus kepada aspek kejuruteraan di mana perkara yang berkaitan dengan pelbagai bidang kejuruteraan analisis ini dijalankan dengan menggunakan pelabagai kaedah untuk melihat kebolehfungsian projek dan menjawab persoalan kajian yang timbul. Analisis ini bertujuan untuk membuktikan produk yang dihasilkan mampu membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara analisis kejuruteraan yang akan dilakukan ialah dari aspek analisis rekabentuk produk, analisis pembangunan litar yang digunakan serta input dan output yang diperolehi. Analisis kejuruteraan juga bertujuan untuk menghasilkan produk yang menepati spesifikasi dan memenuhi kehendak pengguna serta merangkumi analisis kebolehfungsian produk oleh pakar.
4.2
Analisis kejuruteraan kejuruteraan
Bagi menghasilkan produk yang memenuhi kriteria dan kehendak pengguna, pengkaji telak membuat analisis kejuruteraan yang terlibat membabitkan analisis pembangunan rekabentuk litar, dan juga rekabentuk casing model. Bagi aspek analisis pembangunan rekabentuk litar, pengkaji akan menerangkan tentang proses merekabentuk litar, mendawai litar di dalam casing yang dibuat. Dalam proses
37 rekabentuk litar ini, pengkaji akan memperlihatkan output yang diperolehi dengan menggunakan LCD menggunakan LCD projector dan dan peti television. Dalam aspek rekabentuk casing pula, pula, pengkaji akan menerangkan mengenai rekaan casing yang telah dipilih merangkumi aspek bahan yang digunakan, aspek keselamatan dan kesesuaian bentuk serta pengesahan pakar terhadap rekabentuk model. Segala gambar-gambar yang melibatkan rekabentuk model akan dipaparkan. Analisis kebolehfungsian produk pula melibatkan proses pengesahan pakar bagi menentukan kebolehfungsian dan kesesuaian produk dalam proses pengaharan dan pembelajaran. Dapatan dari semua kajian analisis ini juga adalah bertujuan untuk menjawab persoalan kajian yang timbul iaitu: i.
Bagaimanakah alat perakam sebagai alat yang boleh diterima pakai dapat dibangunkan?
ii.
Adakah alat perakam berfungsi berdasarkan keperluan pengguna yang ditetapkan?
4.3
Analisis rekabentuk litar
Pengkaji telah memilih dua jenis bekalan kuasa yang boleh digunakan untuk memberikan bekalan kuasa kepada litar kamera serta memudahkan pengguna semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Litar bekalan kuasa yang dipilih adalah bateri 12v jenis lithium ion ion yang berkapasiti 9000mAh dan bekalan kuasa 12v, 500mA yang boleh disambung terus kepada soket soket alur keluar 13A.
38 4.3.1
Gambarajah Gambarajah blok
Kamera
Keluaran kamera
Media paparan
Bateri 12v
Lampu LED
Rajah 4.1 : Gambarajah blok 4.3.2
Bateri
Bateri ini dipilih kerana bateri ini merupakan bateri yang digunakan untuk membekalkan tenaga kepada kamera CCTV. Bateri ini adalah daripada bateri yang boleh dicas semula. Ini bagi memudahkan pengguna untuk menggunakan produk ini bagi tempat-tempat yang jauh daripada poin soket alur keluar keluar 13A.
4.3.3
Bekalan kuasa
Selain daripada itu, bekalan kuasa juga boleh diperolehi melalui litar bekalan kuasa yang digunakan untuk mengecas bateri tersebut. Bekalan kuasa ini boleh digunakan jika pengguna terlupa untuk mengecas mengecas bateri atau bateri lemah.
39
Gambar rajah 4.1 : Bateri CCTV
4.3.4
Kamera CCTV
Pengkaji telah mencuba dua jenis kamera. Antara kamera yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah reverse camera camera untuk kegunaan kereta dan kamera CCTV. Kedua-dua kamera ini diuji dari segi ketahanannya untuk beroperasi dalam jangka waktu tiga jam. Pengkaji mendapati, walaupun reverse camera camera mempunya rekabentuk yang kecil dan lebih mudah untuk disesuaikan dengan produk yang ingin dihasilkan namun ianya tidak sesuai untuk digunakan kerana litarnya lebih cepat panas. Ini adalah disebabkan litar reverse camera lazimnya camera lazimnya digunakan dalam jangka waktu yang singkat. Kamera CCTV dipilih kerana ianya direka untuk beroperasi dalam jangkamasa yang lama dan terdapat bateri bater i yang dikhaskan untuk penggunaan kamera tersebut.
40
Gambar rajah 4.2 : Kamera CCTV
4.3.5
Lampu LED
Lampu LED digunakan untuk membantu memberikan pencahayaan kepada kamera. Lazimnya semasa LCD projektor digunakan, lampu di dalam sesebuah bilik itu akan dimatikan bagi membolehkan penonton dapat melihat objek yang dipaparkan dengan jelas tanpa ada gangguan silau yang disebabkan oleh cahaya lampu yang ada di dalam bilik tersebut. Lampu LED ini dipilih kerana ianya memerlukan bekalan kuasa 12v dengan kuasa yang agak rendah berbanding dengan lampu dari jenis yang lain. Bekalan kuasa untuk lampu LED tersebut boleh diperolehi daripada bekalan kuasa yang digunakan untuk kamera.
41
Gambar rajah 4.3 : Lampu LED
M onop nopod 4.3.6 Mo
Kamera yang digunakan memerlukan suatu alat untuk memegangnya. Alat tersebut mestilah mempunyai daya cengkaman yang agak kuat bagi mengelakkan kamera daripada terjatuh. Pemegang kamera tersebut juga mestilah dari jenis yang boleh dilaraskan bagi tujuan mengawal fokus kamera kerana kamera yang digunakan adalah daripada jenis fokus yang statik. Monopod merupakan suatu alat yang menepati kesemua kehendak seperti yang dinyatakan di atas. Selain daripada itu, monopod juga mudah untuk ditanggalkan bagi memudahkan pengguna dalam urusan mobiliti.
42
Gambar rajah 4.4 : Monopod : Monopod
4.4
Analisis rekabentuk casing .
Pengkaji telah menggunakan acrylic sheet sebagai sebagai bahan utama di dalam pembinaan casing box. box. Ini adalah kerana strukturnya yang tahan lasak dan mudah untuk dicantumkan dengan kerangka bagi memudahkan kerja-kerja membina projek ini. Saiz ketebalan acrylic sheet ini adalah 5mm. Binaan casing ini ini terdiri daripada dua bongkah segi se gi empat yang bercantum. bercantu m. Satu daripada bongkah segi s egi empat ini bersaiz 336mm x 476mm x 60mm seperti yang ditunjukkan di dalam Gambar rajah 4.5. Segi empat ini adalah tempat untuk melakukan kerja lukisan di mana kamera yang dipasang akan difokuskan ke bahagian ini.
Gambar rajah 4.5 : Bongkah tempat melakukan lukisan
43 Sebuah lagi segi empat adalah bersaiz 94mm x 476mm x90mm seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.6. Pada bongkah ini akan ditempatkan litar, bateri, lampu LED, tempat penyambungan monopod dan dan suis-suis yang mengawal litar.
Gambar rajah 4.6 : Bongkah menempatkan litar kawalan Gambar rajah 4.7 menunjukkan gambar setelah kedua-dua bahagian seperti yang dinyatakan di atas di sambungkan manakala Gambara rajah 4.8 menunjukkan gambar keseluruhan projek.
Gambar rajah 4.7 : Bahagian bongkah yang telah disambung
44
Gambar rajah 4.8 : Gambar keseluruhan projek
Bagi tujuan kesesuaian produk ketika proses pengajaran dan pembelajaran, pengkaji akan meminta dua orang guru pakar yang berkaitan dengan bidang Lukisan Kejuruteraan dan seorang daripada agensi untuk membuat sedikit pengesahan berkaitan dengan penggunaan produk ini. Ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana model yang direkabentuk ini dapat menjawab persoalan kajian tentang kebolehfungsian produk ini sebagai bahan yang digunakan dalam pengajaran di sekolah-sekolah dan disemua tempat yang ingin menggunakannya.
4.5
Dapatan analisis
Sebelum produk ini digunakan oleh guru, pengkaji terlebih dahulu membuat analisis terhadap model ini dengan menguji kebolehfungsian produk. Produk ini diuji dari segi imej yang dipaparkan ketika pencahayaan biasa di dalam kelas dan ketika keadaan bilik yang gelap tanpa bantuan pencahayaan lain pada waktu malam. Kualiti imej juga diuji dengan menggunakan alat paparan LCD Projector dan juga peti television. Selain daripada itu, ketahanan bekalan kuasa (bateri) diuji untuk
45 setiap kali selepas bateri dicas penuh. Produk ini juga telah diletakkan di dalam makmal untuk diuji oleh guru lain dengan beberapa orang guru sebagai termasuk pengarah KV Kuala Klawang sebagai pemerhati. Ini bertujuan untuk memastikan supaya produk yang dihasilkan mudah dikendalikan oleh semua orang dan juga mesra pengguna.
46 Jadual 4.1 : Kualiti paparan imej ketika pencahayaan biasa di dalam kelas dengan menggunakan LCD menggunakan LCD Projector Penggunaan warna
Pen Hitam
Pen Biru
Pen Kuning
Pen Merah
Imej
47 Jadual 4.2 : Kualiti paparan imej ketika pencahayaan biasa dan gelap dengan menggunakan peti television Pencahayaan
Terang
Gelap
Imej
48 Jadual 4.3 : Kualiti paparan imej selepas bateri dicas penuh Jam
0 Jam
3 Jam
5 Jam
6 Jam
Imej
49 4.6
Analisis kebolehfungsian kebolehfungsian produk
Bagi mengesahkan dan menentukan sama ada model LPV-CAM ini boleh digunapakai dan sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta mesra pengguna, pengkaji telah menyediakan soalan soal selidik yang diberikan kepada pakar bidang Lukisan Kejuruteraan di KV Kuala Klawang, Pensyarah Kolej Komuniti Jempol dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jelebu. Pemilihan guru dan pensyarah ini adalah berdasarkan pengalaman mereka di dalam pengajaran dan bagi Pegawai Bomba ini pula adalah daripada agensi bukan pendidikan untuk mengesahkan bahawa produk ini juga boleh digunakan oleh pengguna bukan guru dan juga ianya mesra pengguna. Panel pakar ini menjawab soalan soal selidik yang dihasilkan ke atas panel pakar yang dijalankan. Untuk mengulas lebih lanjut tentang komen dan cadangan dari panel pakar, pengkaji menghuraikan perkara ini dengan lebih lanjut di dalam Bab 5 nanti. Berikut merupakan kesimpulan ringkas yang dapat dianalisis oleh pengkaji setelah menjalankan soal selidik ke atas panel pakar mengenai model LPV-CAM yang dihasilkan. i.
Pakar 1 Pakar 1 menyatakan bahawa model LPV-CAM yang dihasilkan sesuai untuk digunakan kerana penggunaannya yang fleksibel ketika sesi pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan yang memerlukan penggunaan alatan dan bahan dengan cara yang betul dan tepat. LPVCAM ini membolehkan guru menggunakan peralatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran walaupun mengajar mata pelajaran kemahiran serta harganya yang lebih murah daripada pasaran. Sesi pengajaran menjadi lebih mudah dalam proses tunjuk cara serta boleh menarik perhatian pelajar memandangkan pelajar dapat melihat alatan dan cara penggunaan peralatan secara langsung dan dinamik sepertimana pengajaran dengan menggunakan menggunakan set visualiser presenter yang yang sebenar.
50 ii.
Pakar 2 Pakar 2 menyatakan bahawa model LPV-CAM yang dihasilkan sesuai digunakan semasa sesi pengajaran di institusi beliau kerana ianya merupakan suatu peralatan yang dapat membantu meningkatkan kefahaman semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pakar 2 juga menyarankan LPV-CAM dapat dipatenkan dan dipasarkan secara komersil.
iii.
Pakar 3 Pakar 3 pula menyatakan bahawa model LPV-CAM yang dihasilkan yang amat sesuai digunakan semasa sesi penerangan dan pengajaran serta ianya juga boleh digunakan di dalam Jabatan Bomba. LPV-CAM ini memudahkan maklumat yang terkandung di dalam buku dipaparkan.
4.7
Rumusan
Melalui analisis kejuruteraan yang dijalankan dan juga melalui dapatan analisis, jelas menunjukkan bahawa segala objektif kajian dapat dicapai dan semua persoalan kajian yang timbul telah terjawab. Hasil daripada soal selidik bersama panel pakar yang terlibat, pengkaji dapat merumuskan bahawa model LPV-CAM ini sesuai digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di KV Kuala Klawang dan disemua tempat yang memerlukan fungsinya memandangkan tahap kebolehfungsiannya sebagai alat untuk membantu proses pengajaran dapat membantu pemahaman pelajar serta dapat memudahkan guru menjalankan proses pengajaran. Namun begitu, pengkaji merasakan bahawa fungsi LPV-CAM ini boleh diperluaskan lagi untuk kegunaan oleh agensi-agensi lain.
51
BAB 5
PERBINCANGAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan mengupas perbincangan terhadap isu-isu yang timbul sepanjang tempoh kajian dilakukan, kesimpulan terhadap model LPV-CAM yang dihasilkan serta cadangan-cadangan yang boleh diperolehi hasil daripada dapatan kajian dan analisis. Secara umumnya, perbincangan ini adalah lebih menjurus kepada persoalan kajian yang ingin dijawab berdasarkan dapatan kajian yang telah dianalisis dan kesimpulan pula akan lebih berfokus kepada sejauh mana persoalan kajian yang timbul dapat dijawab dengan penghasilan model LPV-CAM ini. Cadangan-cadangan yang akan diusulkan pula merupakan penambahbaikan yang diperolehi daripada soal selidik oleh panel pakar yang boleh dilakukan untuk kajian yang akan datang.
5.2
Perbincangan
Perbincangan merupakan hasil dapatan kajian yang dianalisis dalam bab sebelum ini. Perbincangan yang akan dibincangkan ini harus merangkumi setiap aspek berkenaan dengan persoalan kajian yang timbul seperti dalam Bab 1. Perbincangan ini menjurus kepada persoalan tentang pembangunan pembangunan model dan persoalan tentang kefungsian model memenuhi kehendak pengguna.
52 5.2.1
Sejauh manakah model LPV-CAM dapat dibangunkan?
Bagi menjawab persoalan kajian ini, dua analisa telah dijalankan dalam Bab 4 iaitu analisis rekabentuk litar dan analisis rekabentuk
casing. casing. Dapatan analisa
menunjukkan komponen-komponen yang sesuai digunakan di dalam projek ini adalah kamera litar tertutup (CCTV). Kamera ini sesuai digunakan kerana ianya menggunakan bekalan kuasa 12v. Pada permulaannya, pengkaji telah menggunakan reverse camera camera memandangkan rekabentuknya yang lebih kecil dan lebih ringan, akan tetapi kamera ini tidak boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama. Bekalan kuasa yang dipilih adalah bateri untuk kegunaan CCTV, selain daripada kuasanya yang bersesuaian untuk kamera yang telah dipilih, ianya juga mampu menampung kuasa dalam satu jangkamasa yang panjang serta boleh dicas semula.
LPV-CAM
dibangunkan
dengan
menggunakan
kuasa
bateri
bagi
memudahkan pengguna mengendalikannya tanpa perlu mencari punca kuasa elektrik. Sedikit modifikasi pada jack pada jack dan dan soket kamera dan bateri supaya ianya dapat disesuaikan dengan bahagian yang hendak disambung. Pengkaji telah menggunakan jack dari dari jenis RCA jenis RCA male jack dan RCA dan RCA female fe male jack seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 5.1.
Gambar rajah 5.1 : RCA : RCA male and female jack Rekabentuk casing dibina bagi memastikan kamera dapat diletakkan pada kedudukan yang kukuh disamping pemegangnya serta memudahkan pengguna melaras pemegang kamera pada ketinggian dan sudut yang sesuai bagi
53 menampakkan bahagian yang ingin dipaparkan. Rangka casing dibina dengan menggunakan aluminium. Aluminium dipilih sebagai kerangka kerana ianya ringan dan lebih kukuh. Output ataupun imej paparan yang dihasilkan oleh LPV-CAM juga jelas dan bersesuaian dengan fungsi yang telah tel ah ditetapkan. Gambar atau imej paparan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 4.1 dan Jadual 4.2 di dalam Bab 4. Secara keseluruhannya, ciri-ciri model LPV-CAM ini menepati fungsi yang telah digariskan oleh pengkaji. Pihak pakar juga sangat berpuas hati dengan projek yang telah dihasilkan.
5.2.2
Adakah model model LPV-CAM dapat berfungsi berfungsi mengikut spesifikasi spesifikasi yang yang
dirancangkan?
Pengkaji telah membina model LPV-CAM yang sememangnya dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya model ini, guru tidak memerlukan peralatan pengajaran yang lain seperti jangka lukis dan jangka sudut yang bersaiz besar untuk melukis di papan putih sebaliknya hanya perlu menggunakan peralatan peralatan melukis yang sebenar dalam proses tunjuk cara. Guru boleh melukis mengikut skala dan saiz sebenar seperti yang digambarkan di dalam contoh dan soalan Lukisan Kejuruteraan. Pelajar lebih mudah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui teknik-teknik yang digunakan oleh guru di dalam mengahasilkan sebuah lukisan. Cara penggunaan LPV-CAM ini adalah dengan menyambungkan kabel kamera pada LCD Projector dengan menggunakan RCA cable dan menghidupkan bekalan kamera dengan menggunakan suis yang telah dipasang pada casing LPV-CAM. Guru boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampu LED yang ada mengikut kesesuaian cahaya yang terdapat di dalam sesebuah bilik. Sudut dan ketinggian kamera boleh dilaraskan mengikut kesesuai bahan yang hendak dipaparkan. Bagi guru yang ingin memaparkan keseluruhan imej yang
54 terdapat pada kertas lukisan, kamera perlu dilaraskan pada kedudukan yang lebih tinggi dan begitu juga sebaliknya. LPV-CAM yang dibangunkan ini telah diberikan kepeda Ketua Unit Elektrik Encik Noor Aman Bin Ridzuan untuk di uji lari dengan disaksikan oleh Tuan Pengarah KV Kuala Klawang, Encik Abdul Rahim Bin Kassim, Ketua Unit Jaminan Kualiti, Puan Habsah Binti Zakaria, seorang guru dari panitia Elektrik, Cik Nur Dina Binti Md Yusof dan Guru dari Panitia Bahasa Inggeris Puan Dalila Syazana Binti Zainudin seperti yang ditunjukkan dalam Gambar rajah 5.2. Hasilnya, kesemua personel yang dinyatakan bersetuju dan menyokong model ini untuk dijadikan alat yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, efisyen dan boleh di kembangkan untuk disebarluaskan kepada k epada pihak lain. Pengkaji juga percaya bahawa pelajar akan lebih tertarik dengan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selepas guru menunjukkan kaedahnya melalui alat ini.
Gambar rajah 5.2 5.2 : Demonstrasi penggunaan penggunaan produk
55 5.3
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, objektif utama pengkaji untuk membangunkan peralatan yang boleh menggantikan fungsi visualiser presenter dengan dengan harga yang jauh lebih rendah untuk kegunaan kegunaan guru semasa sesi pengajaran Lukisan Lukisan Kejuruteraan di KV Kuala Klawang telah tercapai. Pengkaji yakin dan percaya bahawa pelajar akan lebih tertarik dengan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan selepas guru menunjukkan kaedahnya melalui alat ini. Walaubagaimanapun, beberapa perkara masih boleh diperbaiki terutama dari aspek kekemasan rekabentuk dan juga ciri untuk memudahkan ianya dibawa ke mana sahaja. Beberapa cadangan yang bernas dan juga penambahbaikan yang diperolehi dari soal selidik pakar perlu diambil berat bagi keselesaan pengguna serta memberi kumdahan kepada kajian yang akan datang.
5.4
Cadangan
Cadangan-cadangan yang diperolehi ini merupakan respon dan maklum balas dari panel pakar melalui soal selidik yang dibina. Cadangan ini terbahagi kepada dua iaitu cadangan terhadap dapatan kajian dan juga cadangan untuk kajian lanjutan.
5.4.1
Cadangan terhadap dapatan kajian
Dalam aspek ini, panel pakar mencadangakan supaya penggunaan LPV-CAM ini diperluaskan kepada guru dibidang yang lain seperti Matematik, Sains dan sebagainya. Selain daripada itu, bahan atau medium paparan boleh diubah supaya ianya boleh diperluaskan lagi skop penggunaannya dan oleh digunakan oleh pihak ataupun jabatan lain mengikut kesesuaian tempat. Selain daripada itu, terdapat sedikit kelemahan pada LPV-CAM di mana kameranya tidak boleh difokuskan mengikut kesesuaian, jika pengguna ingin
56 mendapatkan fokus pada imej, ketinggian pemegang perlu dilaraskan. Pengguna juga tidak boleh menggunakan bekalan kuasa yang digunakan untuk mengecas bateri semasa ianya digunakan kerana akan terdapat sedikit gangguan pada imej yang dipaparkan.
5.4.2
a)
Cadangan untuk kajian lanjutan
Model ini dibina dengan lebih ringan lagi dan mudah untuk dibawa serta boleh dimuatkan di dalam sebuah bekas.
b) Selain daripada itu, panel pakar telah mencadangkan agar LCD Projector dan LPV-CAM dapat digabungkan di dalam sebuah casing supaya ianya lebih memudahkan pengguna untuk menjalankan pengajaran walau di mana sahaja tanpa membawa peralatan yang banyak serta boleh digunakan oleh pelajar di asrama semasa mereka mengulangkaji dan mengadakan perbincangan secara berkumpulan. c) Manual
pengguna
diperlukan
bagi
memudahkan
pengguna
untuk
mengendalikannya.
5.5
Penutup
Kesimpulannya, pengkaji berpuas hati dengan kajian yang telah dijalankan ini. Penglibatan pengkaji dalam proses mengumpul maklumat, menyusun proses kerja dan menganalisis dapatan kajian sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengalaman baru kepada pengkaji. Penggunaan perlatan yang ses uai, efisyen dan menarik dengan harga yang murah boleh membantu guru dalam memudahkan proses pengajaran serta membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Light Portable Visualiser Camera (LPV-CAM) ini diharap akan dapat digunapakai secara menyeluruh disemua institusi pada masa akan datang. Semoaga projek yang dihasilkan ini dapat membantu guruguru dan pelajar dalam menempuh m enempuh dunia pendidikan yang semakin mencabar.