INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, MIZ AN, 22000 BESUT, TERENGGANU.
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (KKBI) BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH (PISMP) SEMESTER 3
NAMA PELAJAR
:
NO KAD PENGENALAN : KUMPULAN/UNIT
: PISMP MATEMATIK SEMESTER 3
SUBJEK
: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN (EDU 3106)
NAMA PENSYARAH
: ENCIK
TARIKH HANTAR
: 16 MAC 2013
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”
………………………………… Nama: No k/p: Tarikh hantar: 16 Mac 2013
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya”
………………………………… Nama: No k/p: Tarikh hantar: 16 Mac 2013
ISI KANDUNGAN
1.0 Pendahuluan Program dan rumusan
Masyarakat orang asli
Masyarakat pedalaman
Masyarakat indegeous (pribumi)
3.0 Refleksi 4.0 Bibliografi Lampiran
BIODATA DIRI
Nama
:
Alamat
:
No Kad Pengenalan : No Matrik
:
Email
:
1.0 PENDAHULUAN
PENDAHULUAN Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang.Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada pembangunan negara.Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada.Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar.Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003).Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.
Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima sistem pendidikan yang berbeza.Diteruskan lagi pada zaman penjajah.Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.
Tugasan ini akan membincangkan mengenai keberkesanan program yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mewujudkan kesamaan peluang pendidikan dalam kalangan pelajar di Negara ini. Fokus perbincangan terhadap masyarakat orang asli, penduduk peribumi (indigenous) dan masyarakat pedalaman.
2.0 PROGRAM BAGI MASYARAKAT ORANG ASLI
Model K9 atasi keciciran Orang Asli 21 Jan 2013, 10:06 AM | Perspektif Mukadimah BAGI mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli, satu daripada tujuh Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) adalah memperluas Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi menyedia peluang dan akses pendidikan lebih terancang kepada pelajar kaum itu. Projek pertama K9 mula dipraktikkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Long Bedian, Baram, Sarawak khusus untuk komuniti kaum Penan. Bermula sesi persekolahan 2013, Sekolah Kebangsaan (SK) Betau dekat Sungai Koyan, Kuala Lipis, Pahang terpilih melaksanakan model khas K9 tersebut. Wartawan Utusan Malaysia, NORIZAN ABDUL MUHID membuat tinjauan mengenai pelaksanaan program K9 untuk murid Orang Asli di SK Betau, barubaru ini. PELAKSANAAN Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) merupakan sebahagian daripada komitmen Kementerian Pelajaran dalam memperkasa pencapaian murid Orang Asli dengan tumpuan mengurangkan kadar keciciran golongan itu yang tamat sekolah rendah ke tingkatan satu sebanyak enam peratus setahun dalam tempoh lima tahun ini. Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Betau, Hassim Othman berkata, menerusi model itu, pelajar menghabiskan masa sembilan tahun di sekolah tersebut bagi mengikuti pembelajaran bermula tahun satu hingga tingkatan tiga. Menurutnya, asrama harian disediakan bagi memastikan pelajar Orang Asli yang tinggal jauh dari sekolah seperti Kampung Simoi, Kampung Kuala Sat dan Kuala Lanchang mudah untuk ke sekolah. Buat permulaan, katanya, kira-kira 80 pelajar Orang Asli Semoi menjadi kumpulan sulung tingkatan stu sekolah itu dan mereka dibahagikan kepada dua kelas. „„Hal ini sebagai satu strategi Kementerian Pelajaran menyelesaikan permasalahan selain merapatkan jurang pendidikan dalam kalangan masyarakat Orang Asli. „„Projek khas K9 ini berupaya mengurangkan kadar keciciran murid Orang Asli di peringkat rendah dan menengah malah membantu meningkatkan kehadiran golongan itu ke sekolah,‟‟ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini. SK Betau merupakan salah sebuah daripada enam buah sekolah Orang Asli yang
terdapat dalam daerah Kuala Lipis, Pahang dan mempunyai kira-kira 600 murid, 40 guru dan staf sokongan. Penubuhan awal SK Betau diperkenalkan seorang guru Dayak dari Borneo dan asalnya merupakan sekolah pondok menggunakan papan batu kepada penduduk yang mengikuti pembelajaran. Guru-guru ketika itu dalam kalangan Orang Asli sendiri. Selain itu menurut Hassim, sambutan pelajar Orang Asli yang mendaftar memasuki tingkatan satu pada hari pertama persekolahan amat baik walaupun ada sebahagian daripada mereka agak lewat ke sekolah. „„Pada peringkat permulaan, kita membuka hanya dua kelas tingkatan satu di bawah K9 ini. “Walaupun hanya dua kelas, sambutan pelajar yang hadir pada minggu pertama persekolahan amat baik. „„Hampir 100 peratus bilangan pelajar baharu Orang Asli yang mendaftar dalam program taklimat ibu bapa K9 sebelum ini hadir memulakan persekolahan menengah mereka,‟‟ ujarnya. Kata Hassim, bagi memudahkan proses pembelajaran peringkat menengah dilaksanakan di bawah program K9 di sekolah itu, beberapa tenaga pengajar dari sekolah menengah berhampiran dihantar ke SK Betau termasuk dari Kementerian Pelajaran. Antara pelajar Orang Asli yang meneruskan sesi persekolahan menengah di SK Betau menerusi projek K9 ini termasuklah dua bekas murid Tahun 6 sekolah itu yang turut memperoleh keputusan agak baik pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu. Pada peperiksaan itu, Sofea A/P Ghani, 13, mendapat 1A,3B dan 1C bagi subjek bahasa Inggeris . Menurut Sofea, dia berasa bertuah kerana berpeluang mengikuti pembelajaran di peringkat menengah di sekolah yang sama malah terletak tidak jauh dari kampungnya. Katanya, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana tinggal di asrama sekolah, dia tetap merasa lega kerana ibu bapanya tidak perlu lagi mengeluh mengenai perbelanjaan hariannya untuk ke sekolah. „„Program K9 ini sangat baik kerana amat memudahkan persekolahan anak Orang Asli yang tinggal jauh dari sekolah dan sangat wajar dimanfaatkan. „„Oleh itu, tiada sebab lagi kenapa anak-anak Orang Asli sukar ke sekolah
disebabkan masalah pengangkutan atau rumah terletak j auh dalam kawasan kampung,‟‟ katanya. Bagi gadis itu, nasib kaumnya boleh berubah lebih baik sekiranya mereka berusaha mengubah taraf kehidupan dan bijak merebut pelbagai peluang pembangunan yang disediakan kerajaan pada hari ini.. Manakala rakannya, Haslin Harun, 13, dia hampir putus asa untuk meneruskan persekolahan kerana rungsing memikirkan cara untuk ke sekolah ekoran ketiadaan pengangkutan. „„Sekolah menengah hanya terdapat di Medang dan sekolah itu agak jauh dari rumah manakala sekolah paling dekat hanya SK Betau. “Oleh sebab itu apabila K9 diperkenalkan, saya berpeluang menyambung pembelajaran peringkat menengah di sekolah yang sama,” jelasnya. Kata gadis bercita-cita menjadi guru itu, perlaksanaan program K9 turut memberi peluang kepada murid Orang Asli meningkatkan keyakinan diri kerana sudah biasa dengan suasana persekitaran sekolah.
SEORANG guru SK Betau memulakan pengajaran kepada Orang Asli tingkatan satu yang terlibat dalam program khas K9 bermula sesi persekolahan baharu awal Januari lalu di sekolah tersebut di Kuala Lipis, Pahang.
Tahun Satu hingga Tingkatan 3 sekolah sama
Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu konsep baru bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran selama sembilan tahun dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Tiga di sekolah yang sama.
Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari Tahun Enam ke T ingkatan Satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) di digunakan secara optimum.
Buat permulaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang, dipilih bagi merintis pelaksanaan projek itu yang akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu ini.
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Dr Salbiah Ismail, berkata asrama harian akan disediakan bagi memastikan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dapat mengakses pendidikan secara berterusan.
“Kira-kira 60 pelajar Tahun Enam di sekolah itu akan menjadi kumpulan sulung memasuki Tingkatan Satu di sekolah sama, tahun depan.
“Kemasukan ke sekolah itu tidak hanya terbatas kepada mereka, sebaliknya turut terbuka kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah rendah lain,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Dr Salbiah berkata, konsep itu diperkenalkan hasil cadangan Timbalan Perdana Menteri supaya sekolah model khas dibangunkan di SK Bandar 2 Paloh Hinai bagi menempatkan pelajar Orang Asli di gugusan Chini dan ka wasan lain sekitar Pekan kerana sekolah terbabit masih berstatus SKM sejak dibuka pada 2001.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan menyuarakan saranan itu ketika merasmikan penutupan program „outreach‟ pendidikan khas dan lawatan menangani isu pendidikan anak Orang Asli di Pekan pada 23 September tahun lalu, sekali gus
mengarahkan Jabatan Pelajaran Pahang menyediakan kertas konsepnya.
Berdasarkan laporan mengenai perkembangan pendidikan pelajar Orang Asli di Pekan, hanya antara 30 peratus sehingga 35 peratus murid Tahun Enam menyambung pelajaran ke Tingkatan Satu. Selain itu, peratus kehadiran pelajar amat rendah dan tidak konsisten, sekali gus menyumbang kepada keciciran dan buta huruf tinggi di kalangan mereka.
Dr Salbiah berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Menangani Isu Pendidikan Murid Orang Asli dan Penan pada 4 Julai lalu juga bersetuju melaksanakan konsep K-9 di SK Long Bedian, Miri serta sebuah lagi sekolah yang akan dikenal pasti di kawasan Kapit/Belaga, Sarawak.
Kementerian meluluskan peruntukan RM800,000 bagi mengubah suai serta menaik taraf lapan bilik darjah kosong di SK Bandar 2 Paloh Hinai kepada blok asrama lelaki dan perempuan, menaik taraf kantin dan bilik warden serta pembekalan perabot asrama, dapur dan dewan makan.
Beliau berkata, SK Bandar 2 Paloh Hinai juga mempunyai pelbagai prasarana lain serba lengkap dan amat merugikan sekiranya ia hanya digunakan 141 pelajar sedia ada dari peringkat prasekolah sehingga Tahun Enam.
“Justeru, inisiatif terbaru ini akan membolehkan semua kemudahan itu dimanfaatkan secara optimum, sekali gus membantu usaha meningkatkan kecemerlangan pelajar, lebih-lebih lagi golongan pribumi,” katanya.
Dr Salbiah menjelaskan, kemudahan asrama disediakan bagi pelajar Orang Asli yang tinggal jauh serta menghadapi masalah pengangkutan, antara lain dari Runchang, Kota Perdana, Tanjung Kelapa dan Permatang Keledang, bagi memastikan konsistensi kehadiran mereka ke sekolah.
Malah, dua bilik tetamu turut disediakan bagi membolehkan ibu bapa pelajar terbabit bermalam selepas menghantar anak mereka ke sekolah kerana rata-rata mereka menghadapi masalah pengangkutan untuk pulang pada hari sama.
Asrama itu kini dihuni 64 pelajar Orang Asli yang memulakan pembelajaran di SK Bandar 2 Paloh Hinai sejak 1 Ogos lalu, termasuk 24 pelajar cemerlang Tahun Empat dipilih khas dari 12 sekolah sekitar Pekan.
Katanya, Najib juga akan melancarkan Program Bakti Pendidikan Eastmen untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran pelajar Orang Asli di sekolah itu. Menerusi program itu, Eastmen Chemical (M) Sdn Bhd menyumbang lima komputer dan menaja program tuisyen kepada 24 pelajar Orang Asli di sekolah itu.
Oleh Syuhada Choo Abdullah (BH 060907)
2.0.1 RUMUSAN MENGENAI ROGRAM BAGI ORANG ASLI
Program yang dijalankan oleh kerajaan mengenai program asrama harian bagi orang asli. Program ini mempunyai banyak kelebihan apabila murid-murid dapat tinggal di asrama serta ibu bapa juga dapat tinggal di asrama bagi menunggu anakanak mereka belajar. Hal ini dapat mempertingkatkan sahsiah diri kepada muridmurid kerana ibu bapa mereka dapat melihat sendiri tingkah laku anak-anak mereka semasa di sekolah. Selain daripada itu, kemudahan yang disediakan di asrama yang dipertingkatkan dapat meningkatkan lagi cara hidup orang asli supaya bersedia dengan dunia luar. Kemudahan yang diberikan dapat mereka gunakan serta merasa keselesaan bagi memupuk sifat serta semangat ingin belajar mereka.Kemudahan yang disediakan seperti menyediakan asrama yang selesa bagi pelajar perempuan dan lelaki, serta tempat tinggal „bilik tamu‟ bagi ibu bapa. Hal ini dapat menjimatkan kos perjalanan daripada rumah ke sekolah. Para ibu atau bapa dapat memasak bersama-sama rakan-rakan mereka semasa berada di tempat tinggal sementara itu „bilik tamu‟. Hal ini juga dapat mempertingkatkan silaturahim antara ibu bapa serta guru. Program ini juga mengurangkan kadar keciciran kepada murid-murid untuk pergi ke sekolah yang memakan masa yang lama. Apabila k adar keciciran muridmurid pergi ke sekolah menurun, maka proses pengajaran dan pembelajaran guru dapat berjalan dengan lancar. Program ini juga memberikan murid-murid dari kalangan masyarakat orang asli berasa seronok apabila mereka dapat berkumpul beramai-ramain dan melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama. Makanan yang disediakn di asrama juga mengikut pemakanan seimbang murid-murid. Hal ini dapat meningkatkan kadar kesihatan di kalangan masyarakat orang asli ini. Makanan yang berkhasiat serta secara berkonsisten diambil mengikut masa yang ditetapkan dapat meberikan kecerdasaan kepada minda murid-murid. Asrama harian yang diberikan kepada murid-murid ini juga adalah pendedahan awal kepada murid-murid masyarakat orang asli hidup secara berdikari apabila melanjutkan pembelajaran di asrama penuh ataupun di IPTA atau IPTS. Kebiasaan mereka hidup di asrama juga mampu membuatkan mereka selesa apabila bergaul dengan masyarakat bukan sahaja dari kalangan mereka.
Asrama yang disediakan dengan penyeliaan warden ini memberikan kenyakinan kepada para ibu bapa mengenai keselamatan serta sahsiah anak-anak mereka. Mereka juga dapat menanamkan kepercayaan kepada para guru untuk mendidik anak-anak mereka. Namun masih terdapat kekurangan pada program ini dari segi kos. Kos pembinaan bagi kemudahan asrama menelan belanja yang banyak. Selain itu, kos penyelenggaraan asrama juga memerlukan kos yang banyak. Kos -kos bagi kebersihan dan keceriaan asrama juga memerlukan kos yang tinggi. Hal ini menyukarkan ibu bapa dan murid-murid apabila berlaku kerosakan dan tidak diselenggara dengan scepat mungkin memberikan risiko yang t inggi terutamanya kepada murid-murid seperti luka, renjatan eletrik dan sebagainya. Bukan itu sahaja, masalah yang timbul juga adalah kurangnya guru yang ingin menjadi warden terutamanya yang sudah berkahwin. Hal ini kerana, kebiasaanya seseorang guru yang sudah berkehidupan berkeluarga lebih gemar mereka tinggal di pecan atau bandar kerana kemudahan dari segi pakaian -pakaian anak, pemakanan anak serta kemudahan untuk rawatan susulan bagi kanak-kanak. Guru-guru yang ditempatkan di kawasan tersebut juga akan mengalami masalah komunikasi serta masa yang amat terhad untuk melakukan penyesuaian diri untuk mengadaptasi dengan komuniti masyarakat orang asli ter utamanya. Seterusnya, guru-guru di sini perlulah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru mereka dan mepelajari kehidupan mereka melalui perkongsian pandangan dan pendapat dengan berkomunikasi yang lebih berkesan. Walaubagaimanapun, komunikasi yang berlaku di sini tidaklah terlampau formal bahkan perlu lebih memahami bahasa-bahasa daerah seperti suku kaum orang asli agar mereka dapat mendalami Bahasa melayu untuk dijadikan bahasa pengantar bagi kegunaan harian khususnya. Sebagai contohnya, pelajar yang kurang a rif berkomunikasi setidaknya dapat bercakap untuk berurusan dengan guru sewaktu proses pengajaran dilaksanakan. Masalah berkomunikasi dan penyesuaian diri bermula setelah kehadiran guru baru yang baru sahaja ditempatkan di sekolah.
Penambahbaikkan bagi program ini adalah memberikan latihan kepada masyarakat orang asli supaya dapat menjadi warden asrama. Apabila hal ini berlaku, mudah bagi warden dari masyarakat orang asli itu sendiri memahami masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan ibu bapa masyarakat orang asli itu. Hubungan yang sudah terjalin baik mampu memberikan kerjasama antara warden dengan ibu bapa. Kebanyakkan orang asli lebih percayakan daripada kalangan masyarakat mereka sendiri mengenai sesuatu maklumat yang disampaikan. Warden dari kalangan orang asli mudah melakukan sesuatu aktiviti dalam kalangan masyarakt mereka kerana sudah mengetahui mengenai adat resam serta kepercayaan yang masih mereka amalkan. Orang Asli khususnya perlulah mengambil langkah-langkah yang bijak agar mereka dapat menjadi warden asrama yang berwibawa dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar. Sebagai contohnya, asrama yang disediakan juga perlulah dipantau oleh warden-warden yang dilantik dan para warden juga perlu berkomunikasi sesama pelajar orang asli terutamanya agar segala keperluan dan kemudahan yang disediakan amatlah lengkap dan sistematik. Hal ini demikian kerana, keperluan dan kebajikan pelajar hendaklah dipantau dan di ambil berat bagi menempatkan pelajar-pelajar yang jauh dari rumah mereka agar membantu mereka menjadikan asrama ini sebagai tempat untuk belajar dan menimba ilmu selepas waktu pesekolahan. Di samping itu, guru perlulah menyesuaikan diri dengan menyelami kehidupan masyarakat atau komuniti pelajar sekolah orang asli supaya guru-guru atau warden di situ dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan masyarakat di sana supaya budaya saling hormat-menghormati dapat diterap di anatara satu sama lain.
2.1 PROGRAM BAGI MASYARAKAT PENDALAMAN
PROGRAM JALUR LEBAR Sumber : http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2148%3Au tusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50-peratus&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bm UTUSAN MALAYSIA : 28 OKTOBER 2010 : JALUR LEBAR LEPASI SASARAN 50 PERATUS PUTRAJAYA 28 Okt. - Kadar penembusan jalur lebar mengikut isi rumah telah melepasi sasaran 50 peratus seperti yang ditetapkan pada hujung tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, sehingga pertengahan Oktober, kadar penembusannya melepasi 53.5 peratus dan kerajaan optimis menjelang 2015 jumlahnya akan mencapai 75 peratus. Pencapaian itu, kata beliau, adalah hasil kerjasama dan usaha pihak swasta dan kerajaan termasuk pucuk pimpinan yang menitikberatkan penembusan jalur lebar untuk semua golongan rakyat. ''Pelbagai inisiatif dan program telah dirancang dan giat dilaksanakan di bawah Inisiatif Jalur Lebar (NBI) bagi memperluaskan liputan ke seluruh negara dengan menggunakan pelbagai teknologi," kata. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Jalur Lebar di sini hari ini. Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Noor Mohamed Yakcop. Muhyiddin berkata, sebanyak 3,100 projek Kampung W iFi akan dibangunkan sehingga 2014 di seluruh negara dan setakat ini enam projek perintis telah dilaksanakan Selain itu, dalam usaha kerajaan merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak, pengagihan satu juta komputer riba berserta
pakej langganan jalur lebar telah mula diagihkan kepada pelajar serta golongan berpendapatan rendah di seluruh negara. ''Sejak Julai lepas lebih 100,000 komputer riba telah diagihkan manakala 300,000 lagi akan diberikan sebelum akhir tahun ini kepada mereka yang layak," katanya. Bagi memastikan kadar penembusan jalur lebar terus meningkat, Program Kesedaran dan Promosi Jalur Lebar kepada semua lapisan masyarakat secara intensif akan terus dilaksanakan sehingga akhir tahun ini. Pada masa sama, Briged Bertindak Jalur Lebar di Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan terus memainkan peranan dalam mengatasi sebarang isu berkaitan perkhidmatan jalur lebar. Sejajar dengan usaha meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat, Muhyiddin berkata, Jawatankuasa Kabinet turut bersetuju mewujudkan satu ekosistem dinamik dan menyeluruh yang mampu menjana skala ekonomi dan perluasan pasaran diterokai dengan lebih terperinci. Ini termasuk mengiktiraf Rangkaian Sensor Tanpa Wayar (WSN) sebagai sumber pertumbuhan baru yang mampu menjana aktiviti ekonomi dalam beberapa sektor seperti pertanian, elektronik, elektrik dan pengangkutan. Jawatankuasa tersebut, kata beliau, turut memantau Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur (CCI) dari penjanaan kandungan kepada rangkaian, perkhidmatan dan peralatan. ''Sebanyak 10 projek permulaan (EPP) telah dikenalpasti untuk mengembangkan ekonomi di bawah CCI yang bakal menjana pendapatan lebih 43,000 pekerjaan dan menyumbang lebih RM49.83 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (GNI). ''Kerajaan yakin sektor ini boleh berfungsi untuk mengubah cara hidup rakyat daripada pelbagai segi termasuk dalam urusan perniagaan, pembelajaran, pekerjaan, hiburan, perbankan dan membeli belah," katanya. Menurutnya, setakat suku kedua 2010, pelanggan telefon selular telah melebihi 31 juta atau 108 peratus penembusan sekali gus menjadikannya penyumbang terbesar
melebihi 60 peratus kepada jumlah keseluruhan pendapatan industri komunikasi dan multimedia di negara ini. Terakhir dikemaskini ( Ahad, 31 Oktober 2010 15:14 )
2.1.1 RUMUSAN MENGENAI PROGRAM BAGI MASYARAKAT PEDALAMAN
Program yang dijalankan oleh kerajaan ini banyak memberi manfaat antaranya adalah penggunaan internet dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi seorang pelajar, sama ada di peringkat sekolah mahupun universiti, ialah kebanjiran i lmu pengetahun, yang membolehkan pelajar mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya tanpa perlu bersusah untuk pergi ke perpustakaan dan dalam masa yang sama mampu menjimatkan masa. Dengan menaip tajuk yang berkaitan, enjin carian ini akan mencadangkan beberapa puluh laman sesawang yang membincangkan tajuk yang berkaitan. Pelajar juga boleh memuat turun buku elektronik secara percuma ataupun berbayar dilaman sesawang yang berkenaan dan boleh mendapatkan sampel tugasan untuk dijadikan rujukan, maklumat kini hanya berada di hujung jari. Tambahan pula, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan mengenai dunia luar dan tidak hanya bergantung kepada silibus pelajaran di sekolah sahaja. Terbuktilah internet mampu meberikan manfaat kepada golongan pelajar. Ibu bapa juga boleh menggunakan manfaat ini untuk mecari tips menarik di internet seperti tips keibubapaan, resepi masakan dan sebagainya untuk diaplikasikan di dalam kehidupan. Semestinya untuk seorang guru internet sangat penting untuk mereka, kerana boleh mengakses dan menyelitkan sedikit informasi tambahan yang menarik dalam setiap topik pembelajaran untuk dikongsi bersama anak didik mereka semasa mengajar dan dalam masa yang sama mampu menarik perhatian pelajar dan mampu meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah dan tidak hanya bergantung sumber yang ada dalam buku teks dan r ujukan semata-mata. Dapat dirumuskan di sini bahawa internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan semasa. Selain itu, antara kebaikan internet yang lain ialah mampu meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Kita sudah sedia maklum bahawa bahasa inggeris, yakni bahasa paling banyak digunakan di dunia, dan menjadi „lingua franca‟ di zaman melinium ini. Sangatlah penting bagi seseorang yang ingin berjaya dalam apa jua bidang untuk menguasai bahasa ini dengan sebaik mungkin kerana bahasa ini secara tidak langsung dijadikan bahasa „rasmi‟ dalam pelbagai urusan yang dijalankan samada di dalam negara mahupun luar negara, sesuai dengan kata-kata seorang tokoh barat yang bermaksud „untuk menjadi yang terbaik, anda mesti menguasai apa yang terbaik‟ yakni menguasai bahasa yang utama mampu
menjadikan kita lebih berjaya. Seperti sedia maklum, kebanyakan laman sesawang di internet menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar dan membolehkan si pembaca boleh belajar secara tidak langsung mengenai cara penyusunan ayat,teknik mengarang dan dalam masa yang sama mampu menambah perkataan-perkataan baru yang boleh digunakan. Untuk pengguna lama sesawang sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya, kebanyakan pengkemaskinian status banyak dibuat dalam bahasa inggeris dan pengguna boleh belajar sedikit sebanyak tentang tatabahasa dan mampu memerikan keberanian kepada pengguna untuk menggunakan bahasa inggeris dalam kehidupan seharian. Bagi pengguna yang mempunyai blog, amat digalakkan untuk mengemas kini entri anda dalam bahasa inggeris mampu untuk meningkatkan teknik penulisan anda sedikit sebanyak kerana pengunjung yang membaca blog anda patinya akan menegur setiap kesalahan membolehkan anda mendapat ilmu dan teknik penulisan yang betul untuk masa yang akan datang, melalui internet, banyak perubahan dalam bahasa inggeris yang dapat dilihat. Peningkatan ini boleh dibuktikan dengan peningkatan keputusan gred purata bahasa inggeris keseluruhan bagi SPM 2011 dan kajian m endapati ramai pelajar yang menulis jawapan dalam bahasa inggeris berbanding tahun-tahun sebelumnya dalam subjek-subjek sains yang menyediakan ayat secara dwibahasa untuk soalan dan jawapan. Dengan itu, internet antara medium terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa inggeris di kalangan pengguna. Di samping itu, penggunaan internet juga mampu menjimatkan kos . sesuai untuk pelajar, ibu bapa yang bertugas di luar negara, kini mereka mampu tersenyum lebar kerana dengan menggunakan aplikasi berbual secara talian seperti skype, yahoo messenger dan sebagainya, anda mampu untuk mebuat panggilan video, panggilan suara dan “berchatting” dengan sanak saudara dengan percuma! Dengan ini, pelajar, mahupum ibu bapa yang belajar mahupun bekerja di luar negara mampu untuk berhubung dengan saudara mara ketika berada di perantauan tanpa perlu bimbang soal bil telefon dan sebagainya kerana bil i nternet adalah tetap untuk setiap bulan. Kos yang diperuntukkan untuk berhubung dengan keluarga mampu dikurangkan secara lebih berkesan kerana meraka bukan saja boleh berjimat, tetapi dalam masa yang sama mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan tidak menjadikan jarak beribu batu sebagai alasan untuk tidak berhubung dengan ahli keluarga sekerap yang boleh. Malah ada sahaja pelajar yang berkahwin di luar
negara mampu untuk “membawa” keluarga mereka untuk melihat majlis perkahwinan mereka tanpa perlu mengeluarkan belanja untuk tiket penerbangan serta penginapan kerana mereka boleh melihat perkahwinan anak mereka secara langsung menggunakan skype, dan boleh berkongsi saat-saat gembira bersama keluarga walau dimana jua anda berada. Sudah semestinya penjimatan seperti ini sangat diperlukan oleh para pelajar mahupun pekerja kerana peningkatan taraf hidup semakin mendesak dan dengan penjimatan ini mampu meredakan kebimbangan mereka. Perkembangan teknologi perhubungan yang menggunakan internet sebagai medium penggerak utama ternyata mampu membawa kebaikan yang postif. Sesungguhnya, penggunan internet mampu membawa pengjimatan kepada penggunanya. Seterusnya, memudahkan urusan juga antara kebaikan penggunaan internet keatas semua pihak. Jika dahulu, sering kali melihat ibu bapa kita ke bank untuk mebayar bil-bil air, eletrik dan sebagainya, sekarang tidak lagi, dengan menggunakan internet dan menggunakan khidmat perbankan melalui internet, anda boleh mengkakses terus ke akaun bank anda dan boleh membuat pembayaran secara online, dengan hanya berada di depan komputer, anda sudah mampu untuk menjelaskan segala bayaran dan tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk mebayar bil –bil dan lainlain. Untuk bakal pelajar yang bakal bergelar pelajar universiti , sudah semestinya mereka akan berpusu-pusu mengisi borang-borang biasiswa secara t alian dengan menggunakan aplikasi yang di bangunkan oleh kerajaan mahupun badan swasta, untuk permohonan ke matirukulasi mahupun Institusi Pengajian Tinggi Awam(IPTA) , memerlukan pelajar untuk memperlengkapkan butiran peribadi mereka secara talian dan di hantar terus ke unit kemasukan pelajar, dan pada masa yang sama, pekerja tidak perlu lagi mengasingkan surat-surat butiran peribadi yang dahulunya dipos kepada Kementerian Pelajaran Tinggi. Malah, kebanyakan maklumat mula disebarkan melalui laman sesawang sosial facebook sahaja tentang pembatalan kuliah, jemputan ke majlis-majlis tertentu tanpa melalui surat-surat jemputan lagi, malah ada yang menggunakan facebook untuk menjemput untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka tanpa perlu pergi rumah ke rumah untuk menjemput datang ke majlis mereka. Pendek kata, kebanyakan urusan permohonan kerja, semakan gaji mula menggunakan internet sebagai medium penyemakan dan penyebaran maklumat tertentu berikutan bilangan penggunaan internet semakin bertambah hari
demi hari bak cendawan tumbuh selepas hujan. Para usahawan juga di lihat semakin giat mempromosikan produk mereka di facebook yang dilihat mampu memikat hati pelanggan global sama ada dalam Malaysia mahupun luar negara. Dapat dirumuskan disini bahawa penggunaan internet mampu untuk memudahkan banyak urusan. Kebaikkan daripada program ini juga ialah sebagai medium untuk rakyat bersuara, yakni melalui laman-laman sesawang sosial seperti facebook untuk bersuara melalui saluran yang betul seperti laman sesawang Perdana Menteri ataupun menghantar aduan kepada stesyen-stesyen televisyen untuk menyalurkan maklumat yang berkaitan atau aduan tentang sesuatu masalah yang sedang berlaku dan memerlukan pemantauan pihak berkuasa. Jika aduan atau cadangan yang dilontarkan berasas, pihak-pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menangani masalah yang sedang berlaku, cara ini mungkin akan lebih berkesan kerana wakil-wakil rakyat mula menggunakan laman sesawang sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan rakyat dan mendengar semua keluhan dan aduan rakyat yang perlu diambil berat. Menggunakan laman sesawang sosial pemimpin boleh berkongsi pendapat dan pelan tindakan yang yang dirancangya serta boleh meminta pandangan rakyat sama ada sesuai untuk diserapkan dalam pentadbiran masing-masing. Dengan ini, pemimpin tidak lagi hanya boleh mendengar aduan rakyat jika turun untuk melakukan khidmat masyarakat, tetapi mampu untuk mengetahui banyak masalah yang berlaku hanya dengan melalui laman sesawang. Melalui internet juga, individu yang tidak mempunyai keberanian untuk bersuara secara berdepan dengan pemimpin juga mampu untuk tampil membuat cadangan atau kritikan secara lebih sihat tanpa melalui demonstrasi jalanan yang dianjurkan pihak tertentu untuk tampil bersuara. Namu kerjasama dari pihak pemimpin juga amat diperlukan u ntuk menjayakan lagi pendekatan ini supaya mampu meberikan peluang kepada rakyat untuk membuat penambahbaikan dalam sistem-sistem tertentu untuk memperkasakan lagi corak pentadibiran negara dalam proses untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Justeru, terbukti internet mampu untuk menjadi medium untuk rakyat bersuara demi kemajuan negara bangsa tercinta. Bukan itu sahaja pemberian‟notebook‟ juga memberikan peluang kepada pelajar serta ahli keluarga pelajar di pedalaman untuk melayari internet. „Notebook‟ yang
diberikan juga mampu mengurangkan kos pembelanjaan dengan harga sebenar „notebook‟ di pasaran mencecak RM1000. Namun terdapat kekurangan terhadap program ini apabila murid-murid yang terlalu diberikan pendedahan menggunakan internet tanpa pengawasan ibu bapa boleh menyebabkan mereka melayari laman web yang tidak sepatutnya terjadi. Kelemahan juga dapat dilihat apabila memberikan „notebook‟ kepada murid-murid dan mereka serta ibu bapa mereka yang tidak tahu menggunakan „notebook‟ ini akan menyebabkan program ini tidak dapat Berjaya seperti yang dirancangkan. Bukan itu sahaja, kebanyakan minat murid-murid terutamanya sekolah rendah yang lebih gemar bermain permainan computer menyebabkan mereka leka dan menganggu masa mengulangkaji serta masa tidur mereka. Hal ini menyebabkan murid tersebut pergi ke sekolah dalam keadaaan mengantuk. Kekurangan program ini juga adalah apabila murid-murid bagi sekolah menengah lebih gemar mencari kenalan yang bukannya untuk tujuan kebaikan bahkan sebaliknya. Jenayah-jenayah internet dapat mempengaruhi di kalangan murid-murid ini bahkan ibu bapa mereka juga jika tidak diberikan pendedahan apakah jenayah internet dan denda yang dikenakan. Masyarakat pedalaman yang kebiasaannya berlatar belakangkan sosioekonomi seperti pembalak, mengutip sayuran dan mengutip herba. Pendapatan kasar mereka dalam sebulan tidak menentu menyebabkan mereka sukar untuk melanggan „broadband‟ serta membayar bil internet tiap-tiap bulan. “penduduk luar bandar dan pedalaman, capaian jalur lebar masih menjadi masalah. Ini disebabkan tiadanya liputan dan infrastruktur yang bersesuaian. “ (petikan daripada ulasan berita : Jalur Lebar diperolehi daripada http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=1511: ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 ). Hal ini menyebabkan kesukaran bagi penduduk pendalaman bagi mengakses internet mereka bagi mencari apa-apa maklumat yang benar. Penambahbaikkan yang boleh dilakukan adalah dengan mengadakan taklimat kepada penduduk pedalaman serta murid-murid mengenai bahayanya jenayah siber. Selain itu, boleh diadakah taklimat serta kursus bagi ibu bapa untuk mengetahui fungsi dan kegunaan internet serta „notebook‟. Pendedahan ini mampu
memberikan pengetahuan kepada ibu bapa dan mereka akan dapat mengetahui jika berlaku salah penggunaan internet oleh anak-anak mereka. Ibu bapa juga perlu diberikan pendedahan dengan menyekat laman web yang tidak sepatutunya dilayari oleh anak-anak mereka. Ibu bapa ini perlulah diberikan pendedahan awal oleh mana-mana wakil daripada program ini. Pendedahan awal ini mampu memberikan ilmu pengetahuan kepada ibu bapa mengenai teknologi. Hal ini membuatkan ibu bapa dapat memantau kegiataan anak-anak serta dapat mengajar anak-anak mengenai maklumat yang diperolehi daripada internet. Aspek kesihatan juga dikaitkan dengan penggunaan internet. Seseorang yang menggunakan komputer akan duduk di hadapan skrin komputer untuk tempoh masa yang lama. Ini akan membawa masalah kesihatan seperti penyakit mata, sakit tulang belakang dan sebagainya. Infrastruktur juga perlulah dipertingkatkan bagipenduduk pedalaman dapat mengakses internet dengan kelajuan yang diingini bukanlah kelajuan yang perlahan yang menyebabkan mereka berasa bosan dengan penggunaan digital ini. Mempertingkatkan infrastruktur jalur lebar bagi kawasan pedalaman perlulah dititikberatkan. Liputan internet juga perlulah dipertingkatkan bagi kegunaan penduduk pedalaman di Malaysia. Kos bagi harga „broadband‟ perlulah kadarnya diperendahkan bagi penduduk pedalaman mampu membayar bil internet mereka setiap bulan. Walaupun kadar pembayaran diperendahkan kelajuan internet tersebut masih lagi sama kelajuannya ataupun tinggi kelajuannya. Program ini bagi pendapat saya adalah lebih banyak kebaikkan yang diperolehi jika murid-murid menggunakan penggunaan onternet yang disediakan dengan sebaiknya.
2.2 PROGRAM BAGI PENDUDUK PRIBUMI (INDIGENOUS)
Sumber : http://www.teo-education.com/teo/?p=5336 Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “BUNGAJAMBUL:BHA19471” dalam ruangan SMS dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Februari 2010 – „Pengenalan Program Linus dalam Tahun Satu hanya akan menjadikan kurikulum tahun satu semakin bercelaru‟. Kementerian Pelajaran Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan tuan tentang pelaksanaan program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahun Satu. Program LINUS merupakan salah satu daripada National Key Result Area (NKRA‟s) Kementerian Pelajaran Malaysia. Melalui program ini, kementerian telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. Program ini dilaksanakan pada tahun 2010, melibatkan murid Tahun Satu di sekolah rendah yang merupakan kohort pertama mengikuti program ini. Semua murid Tahun Satu akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 pada awal tahun untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi mereka. Murid yang dikenal pasti masih belum mencapai kemahiran asas literasi dan numerasi, akan diasingkan daripada murid arus perdana (dalam kumpulan tidak melebihi 30 orang). Mereka akan diajar insentif oleh guru LINUS (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap 1) serta dibantu oleh guru pemulihan khas LINUS dan dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Murid yang berjaya dipulihkan melalui program ini, akan meneruskan pembelajaran di aliran perdana. Pihak Kementerian Pelajaran telah merancang beberapa strategi untuk memastikan program LINUS ini dilaksanakan dengan baik dan tidak membebankan pihak sekolah. Antaranya memberi latihan khusus kepada guru LINUS dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk membantu murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi, menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran asas l iterasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap kebolehan murid, penambahan guru pemulihan khas, melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca,
menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti, menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian serta menempatkan fasilitator LINUS di setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru bagi memastikan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya. Diharap penjelasan dan penerangan ini boleh mengatasi keraguan tuan tentang pelaksanaan program ini.
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pelajaran Malaysi
2.2.1 RUMUSAN MENGENAI PROGRAM BAGI PENDUDUK PRIBUMI
Program LINUS yang dijalankan disekolah MEMASUKI tahun kedua pelaksanaannya, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenalkan Kementerian Pelajaran (KPM) bagi meningkatkan kadar kemahiran membaca dan mengira di kalangan murid tahap satu di sekolah rendah, menampakkan impak yang memberangsangkan.
Berdasarkan dua saringan yang dijalankan iaitu pada Mac dan Jun lalu, murid Tahun 2 melepasi sasaran 95 peratus yang ditetapkan dengan kadar literasi mencatatkan 95 peratus, manakala numerasi berada pada kadar 97 peratus. Murid Tahun 1 juga menunjukkan prestasi membanggakan dengan mencapai 83 peratus untuk literasi dan 90 peratus untuk numerasi. LINUS adalah program yang dirangka sebagai sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) bagi menyediakan asas kukuh kemahiran literasi dan numerasi bagi kanak-kanak di negara ini untuk tempoh tiga tahun pertama pendidikan rendah.
Literasi adalah kebolehan membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk mudah (dengan menggunakan kata hubung dan) serta mengaplikasikan pengetahuan berkenaan dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Numerasi pula adalah apa yang dikatakan sebagai kebolehan melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
Melalui program ini, setiap murid menjalani proses saringan tiga kali setahun bagi mengenal pasti mereka yang menghadapi masalah membaca, menulis dan asas pengiraan yang kemudian diletakkan di dalam kelas pemulihan khas untuk meningkatkan prestasi mereka sementara yang mempunyai masalah pembelajaran akan mengikuti program Pendidikan Khas. Untuk itu, kerajaan melatih 15,500 guru LINUS untuk mengajar di kelas pemulihan khas, manakala FasiLINUS (fasilitator yang memberikan sokongan profesional)
ditugaskan di semua sekolah untuk memantau, membantu dan memberi sokongan kepada guru LINUS.
Objektif utama pengenalan program LINUS adalah untuk mengenal pasti pelajar yang menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran berkenaan pada peringkat awal dan memulihkan mereka sebelum tertinggal lebih jauh berbanding rakan sebaya.
Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) LINUS berhasrat memastikan semua murid menguasai kemahiran literasi dan numerasi apabila memasuki Tahun 3. Untuk tahun 2010 sasaran KPM adalah pencapaian sebanyak 90 peratus untuk murid Tahun 1 (kohort 1), 95 peratus pada tahun 2011 dan 100 peratus untuk murid-murid kohort 1 ini yang akan memasuki Tahun 3 pada 2012.
Bagi murid kohort 1 ini yang membabitkan kira-kira 450,000 di seluruh negara, mereka menghadapi saringan tiga kali dan pada September 2010, sebanyak 380,440 atau 85 peratus lulus saringan asas literasi manakala 407,094 murid atau 91 peratus lulus saringan asas numerasi.
Proses saringan membabitkan dua bahagian iaitu lisan yang dijalankan secara individu antara guru dan murid manakala ujian bertulis dijalankan secara serentak. Saringan literasi dan numerasi juga dijalankan secara berasingan membabitkan guru Bahasa Malaysia dan Matematik.
Pada tahun 2010, saringan dijalankan untuk semua murid kohort 1 dan tahun ini diadakan untuk murid Tahun 1 (kohort 2) dan Tahun 2 (kohort 1). Program ini memberikan impak kepada murid dengan murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca,menulis, dan mengira pada tahap 1. Hal ini berbeza dengan program KIA2M yang hanya menekankan kepada murid tahun 1. Program ini yang menyediakan ujian saringan dapat menunjukkan peningkatan murid dari satu tahap ke tahap yang lain mengikut modul yang telah ditetapkan.
Namun program ini terdapat kelemahan kerana program ini m emerlukan guru benarbenar focus terhadap sifar 0 membaca, menulis dan mengira apabila murid-murid memasuki tahap 2. Permasalahan yang terjadi apabila tugas guru yang hanya bukan sahaja terhadap pengajaran dan pembelajaran namun masalah pentadbiran juga diberikan kepada guru . Hal ini menyebabkan guru tidak mampu memberikan focus terhadap pengajaran untuk mendidik murid-murid supaya dapat menbaca, menulis dan mengira. Guruguru yang sibuk dengan hal pentadbiran, hal fail-fail murid, kursus memberikan gangguan terhadapa kelancaran program ini. Program ini juga kurang dapat dilaksanakan di kawasa keluarga yang sosioekonominya seperti nelayan, pesawah kerana murid-murid hadir ke sekolah dengan cara yang tidak konsisten. Malahan sebahagian ibu bapa yang buta huruf tidak mampu member tunjuk ajar kepada anak-anak mereka. Hal ini juga membantutkan program ini. Masyarakat indigeous yang berpendapatan kuran dari RM1500 ke bawah juga sibuk dengan kerja mencari wang sehingga kurang memberikan tumpuan kepada perkembangan anak-anak mereka. Penambahbaikkan bagi program ini adalah ibu bapa bagi masyarakat indigeous perlu diberikan taklimat mengenai apakah itu LINUS dan bagaimanakan program ini dijalankan. Bukan itu sahaja, kerajaan juga perlulah memberikan guru pembantu paling tidaknya seorang pembantu guru menwakili dua orang guru bagi membantu guru menguruskan hal-hal fail-fail murid, serta urusan pentadbiran. Guru juga perlulah diberikan elaun tambahan apabila guru melakukan aktiviti-aktivit seperti melatih murid-murid pada sebelah petang serta menguruskan hal-hal melibatkan pentadbiran. Hal ini bukan sahaja memberikan motivasi kepada guru malahan guru juga tidak akan terasa terlalu terbeban dengan urusan-urusan pentadbiran. Program ini juga akan bertambah baik jika ibu bapa masyarakat ini berkerjasama dengan guru dengan melakukan borang semakan. Borang semakan ini diberikan kepada ibu bapa dan ibu bapa perlulah menyemak tugasan anak-anak mereka secara berkala. Murid-murid juga akan dikenakan denda berupa wang ringgit jika tidak hadir ke sekolah tanpa alas an yang kukuh.
3.0 REFLEKSI
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah saya atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan. Ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana memberikan bantuan mengenai pemahaman melakukan tugasan ini. Tugasan ini mengukuhkan pengetahuan saya mengenai ketidaksamarataan pendidikan dikalangan masyarakat orang asli, penduduk peribumi dan masyarakat pedalaman. Tugasan ini dapat melatih kemahiran kreatif dan kritis saya. Hal ini disebabkan saya perlunya meliti program yang telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesuatu masyarakat. Saya perlu menelaah banyak maklumat untuk mendapatkan keesahan mengenai program yang benar-benar dijalankan bagi sesuatu masyarakat. Terdapat banyak program yang telah dijalankan, namun saya memilih satu-satu program yang lebih menampakkan keberkesanan program tersebut. Namun saya juga menghadapi masalah dalam menyiapkan tugasan ini kerana untuk meneliti maklumat mengenai program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi satu-satu masyarakat adalah bukan mudah. Hal ini disebabkan, maklumat-maklumat yang diperolehi secara umum bagi program semua mayarakat iaitu orang asli, penduduk indigenous dan masyarakat pedalaman. Saya juga menghadapi masalah apabila kebanyakan masa saya diperlukan di sekolah bagi aktiviti-aktivi kurikulum dan kokurikulum melambatkan proses dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya.Sebagai contoh selain saya terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai beberapa tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa.Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya.
Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan.Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini.Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu hari nanti. Harapan saya semoga pensyarah saya dapat menerima hasil tugasan yang saya berikan ini dengan sebaiknya. Sekian, terima kasih.
4.0 BIBLIOGRAFI
Buku: 1. Noriati A. Rashid, Boon Poon Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid, (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2. Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subkhi bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Internet :
1. _____________________ @ http://www.moe.gov.my/?id=168&aid=731 dilayari pada 10 Mac 2013.
2. ____________________ (2010) http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=214 8%3Autusan-malaysia-28-oktober-2010-jalur-lebar-lepasi-sasaran-50peratus-&catid=131%3Autusan-malaysia&Itemid=145&lang=bm dilayari pada 10 Mac 2010.
3. ____________________ (2012) http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id =1511:ulasan-berita--jalur-lebar&catid=44:2012-05-09-03-26-03 dilayari pada 11 Mac 2013.
4. ____________________ (2010) http://sktuaridtaud.forumotion.com/t215program-linus dilayari pada 12 Mac2013.
5. _____________________ (2011) http://www.slideshare.net/sifatpgsr/topik-4ketidaksamaan-pdd-4 dilayari pada 13 Mac 2013.
LAMPIRAN
Sumber : http://jabatanmatematikipgkbm.blogspot.com/2011/01/apa-itu-linus.html Apa Itu LINUS ? LATAR BELAKANG 1. Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato‟ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin telah membentangkan Bidang Keberhasilan Utama [National Key Result Areas (NKRA‟s)] Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009. 2. Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana danmenyelaras Ministry Key Performance Indicator(NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahu n 2012. 3. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006. 4. Murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal, dan terencat akal, kurikulum yang khusus telah dibina. RASIONAL 5. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan berinteraksi dalam kehidupan seharian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. 6. Data KIA2M pada tahun 2008 menunjukkan sebanyak 54,000 murid Tahun 1 belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis (literasi). Data PROTIM tahun 2008 pula menunjukkan sebanyak 48,233 murid Tahun 4 belum menguasai
kemahiran asas membaca dan menulis (literasi) sementara sebanyak 117,000 murid Tahun 4 belum menguasai kemahiran asas mengira (numerasi). 7. Data Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM menunjukkan kadar keciciran murid sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia pada tahun 2008 adalah sebanyak 31,939. 8. KPM berpendapat satu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan untuk mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahap I. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya. DEFINISI KONSEP 9. Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) danasas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). 10. Definisi Literasi: Definisi literasi adalah “keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk(dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
MATLAMAT 11. Matlamat program ini adalah untuk memastikan semua murid Tahap Isekolah rendah berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012 kecuali murid berkeperluan khas. OBJEKTIF 12. Objektif Program Literasi
Pada akhir Program Literasi murid berupaya: i. Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup; ii. membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tert utup; dan iii. membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung „dan‟. 13. Objektif Program Numerasi: Pada akhir Program Numerasi murid berupaya: i. Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000; ii. membilang dua-dua, lima-lima dan sepuluh-sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor; iii. menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi; dan; iv. mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu, ukuran dan sukatan. KUMPULAN SASARAN 14. Kumpulan sasaran ialah murid Tahap I yang berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas yang mengikuti pendidikan di Sekolah Kebangsaan (Program Pendidikan Khas Integrasi; Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan) dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran), Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM LINUS 15. Makmal NKRA bagi program LINUS telah mengemukakan enam strategi utama LINUS iaitu: i. melaksanakan saringan terhadap murid pada tahun 1, 2 dan 3; ii. melaksanakan fokus intervensi bagi menyediakan program pemulihan dan komprehensif;
iii. meningkatkan kemahiran pedagogi guru; iv. melaksanakan program kesedaran tentang pentingnya asas membaca, menulis dan mengira dalam kalangan warga sekolah dan komuniti; v. menjalankan pemantauan, penyeliaan dan penilaian; dan vi. mewujudkan jawatan fasiLINUS di Pejabat Pelajaran Daerah untuk membantu guru memastikan murid berupaya membaca, menulis dan mengira. 16. Murid yang telah dikenal pasti masih belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi akan diajar secara intensif oleh guru LINUS dan guru pemulihan khas LINUS. Murid yang mengikuti program ini akan menduduki Saringan 2 pada bulan Jun dan Saringan 3 pada bulanSeptember (jika perlu). 17. Pemilihan Guru LINUS: Guru yang menjalankan program ini terdiri daripada guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik Tahap I dan dibantu oleh Guru Pemulihan Khas. 18. Guru pemulihan khas ditempatkan di sekolah mengikut nisbah murid LINUS tegar. Nisbah guru-murid bagi program ini adalah 1:15 supaya tumpuan sepenuhnya dapat diberikan kepada murid berkenaan. Dicadangkan satu jam setiap hari guru pemulihan memberi tumpuan kepada 4 atau 5 orang murid sahaja untuk literasi dan satu jam lagi untuk numerasi. 19. Guru sedia ada (guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik) yang melaksanakan program ini perlu diberi latihan khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan untuk menangani murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi. 20. Jadual Waktu: Program LINUS dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan waktu Matematik mengikut peruntukan waktu yang sedia ada. Sebanyak 360 minit seminggu diperuntukan bagi Bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan dan 270 minit seminggu di Sekolah Jenis Kebangsaan, manakala 210 minit seminggu bagi Matematik. 21. Pihak sekolah boleh menggunakan budi bicara untuk menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah.Namun, pihak sekolah
hendaklah memastikan perlaksanaan program ini berkesan dan mencapai matlamatnya. 22. Kemudahan ICT: Kemudahan ICT yang terdiri daripada komputer dan LCD yang sedia ada di sekolah perlu dimanfaatkan untuk kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN 23. Pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan di sekolah terpilih iaitu 8 peratus daripada jumlah keseluruhan sekolah rendah. Pegawai yang terlibat terdiri daripada pegawai Bahagian KPM, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pemantauan ini akan diterajui oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). 24. Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Akademik di setiap sekolah perlu menyelia Program LINUS dari semasa ke semasa. 25. Satu mekanisme sistem pelaporan untuk memantau kemajuan murid LINUS diadakan. Status penguasaan murid perlu dilaporkan menggunakan sistem yang dibangunkan oleh KPM setiap kali saringan dilaksanakan. KANDUNGAN PROGRAM 26. Program LINUS menggunakan kurikulum KBSR sebagai asas dalammenentukan skop kandungan pengajaran dan pembelajaran. 27. Kandungan skop kurikulum literasi bermula dengan pengenalan abjad, suku kata, perkataan, frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk m udah seperti dalam Lampiran 1. 28. Kandungan skop kurikulum numerasi merangkumi aspek nombor bermula dari sifar hingga angka 1000, yang melibatkan operasi asas tambah, tolak, darab dan bahagi, di samping mengaplikasikannya dalam pengiraan pengukuran seperti dalam Lampiran 2. BAHAN DAN INSTRUMEN LITERASI DAN NUMERASI
29. Murid yang mengikuti Program LINUS menggunakan modulpengajaran dan pembelajaran asas literasi dan numerasi yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi memastikan kejayaan program ini. 30. Guru digalakkan menyedia dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian murid dan kreativiti. 31. Instrumen saringan dibina dan diguna pakai untuk menentukan sama ada murid telah menguasai asas literasi dan numerasi. Pembinaaan instrumen saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). PELAPORAN 32. Pengumpulan data saringan dan analisis data dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) sementara laporan pemantauan disediakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). PERJAWATAN 33. Jawatan fasiLINUS diwujudkan di PPD untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Program LINUS di sekolah. 34. Jawatan Guru Pemulihan Khas akan ditambah di sekolah bagi melaksanakan Program LINUS. PENUTUP 35. Program ini menegaskan usaha Kementerian Pelajaran Malaysiauntuk mengatasi masalah literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang berkeupayaan kecuali murid berkeperluan khas pada peringkat awal persekolahan. Komitmen semua pihak adalah diharap untuk memastikan program ini berjaya selaras dengan sasaran NKRA.
JALUR LEBAR KEBANGSAAN ABSTRAK Sejak bermulanya revolusi teknologi maklumat di pertengahan tahun 90-an hingga kini, perubahan dan pembaharuan teknologi berlaku begitu pantas dan menyeluruh sehinggakan sukar untuk dituruti arus perkembangan yang kencang. Jika dahulu Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi dianggap sebagai satu bentuk kemewahan, hari ini ia menjadi satu keperluan yang sangat penting. Di awal abad ke-21 ini ia menjadi satu prasarana asas bagi memacu perindustrian dan pembangunan negara kerana ia akan menyumbang kepada perkhidmatan berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif yang seterusnya membolehkan Malaysia bersaing di peringkat ekonomi antarabangsa. Kesimpulannya, HSBB menjadi infrastruktur penting untuk kehidupan harian dan perniagaan. Bagi kebanyakan negara membangun, capaian kepada sambungan Internet berkelajuan tinggi kini menjadi salah satu dar ipada kemudahan asas harian sama seperti kemudahan asas air dan elektrik. PENGENALAN Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) secara rasminya dilancarkan oleh Telekom Malaysia (TM). Dengan kos keseluruhan mencecah RM11.3 billion, merupakan sinar baru dalam evolusi internet Malaysia. Projek ini sebenarnya sudah bermula pada 2008. Projek HSBB yang dilaksanakan secara rasmi dengan termeterainya perjanjian antara kerajaan dan TM. Projek ini adalah sebahagian dari insiatif berterusan oleh kerajaan demi kepentingan dan faedah rakyat Malaysia. Kejayaan projek HSBB akan memberi kesan secara langsung kepada peningkatan aktiviti ICT dan pertumbuhan ekonomi di negara kita. Hakikatnya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa HSBB boleh membawa manfaat yang besar, bukan sahaja kepada pelanggan individu dan juga syarikat-syarikat perniagaan, tetapi juga kepada negara secara keseluruhan nya. HSBB amat penting untuk pembangunan nasional kerana ia memberi kesan secara langsung kepada peningkatan produktiviti, aktiviti ICT dan pertumbuhan menyeluruh ekonomi di negara kita. Ia akan mengukuhkan lagi daya saing kita berbanding negara-negara lain yang turut telah melaksanakan HSBB lebih awal. Negara-negara ini telah mendahului kita dalam aspek prasarana ICT, dan kini mereka telahpun menikmati manfaat daripada pelaburan mereka. Selepas pelancaran oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, juga telah melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB). Inisiatif yang dimaksudkan termasuklah:
1. Pelaksanaan pusat jalur lebar komuniti atas nama PJK ke rumah. Satu jalur lebar yang akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada 615,000 orang di 246 lokasi membabitkan peruntukan RM60 juta. 2. Penubuhan pusat internet rakyat di 138 premis Jabatan Penerangan di seluruh negara yang memberi liputan jalur lebar kepada 400,000 pengguna. 3. e-kiosk akan disediakan di pusat kemasyarakatan dan pejabat mukim di 1,100 mukim di seluruh negara yang membabitkan peruntukan sebanyak RM4 juta. 4. Liputan selular awam diperluaskan dengan 873 menara telekomunikasi baru akan dibina di seluruh negara termasuk 278 menara di Sabah dan 257 menara di Sarawak. 5. Peruntukan sejumlah RM1 bilion akan digunakan daripada dana khidmat sejagat atau UPS dengan persetujuan penyedia perkhidmatan akan digunakan untuk mengagih-agihkankan komputer riba atau notebook kepada pelajar yang kurang mampu di seluruh negara. 6. Telekom Malaysia akan memperkenalkan pakej jalur lebar berserta netbook dengan bayaran dikurangkan daripada RM50 kepada RM38 dan bagi kawasan USP, jumlah ini dikurangkan lagi kepada RM20. APA ITU JALUR LEBAR @ BROADBAND? Jalur lebar (broadband) Jalur Lebar adalah medium yang menyambungkan komunikasi berkeupayaan tinggi. Ia berbeza dengan jalur sempit (narrowband); kedua istilah merujuk kepada kelebaran spektrum frekuensi tersedia untuk penggunaan komunikasi. Contoh yang nyata adalah ADSL, di mana ‟suara‟ dan data berkongsi bahagian yang berlainan dalam dawai kuprum (‟suara‟ dikendalikan di bawah frekuensi 3.3 kHz manakala data dikendalikan di atas 138 kHz). Kelebihan Jalur Lebar Dengan menggunakan broadband, kita tidak perlu tunggu lama depan PC sehingga lima minit, semata-mata membuka e-mel apatah lagi hendak „download‟ bahan. Ia membolehkan kita menghantar maklumat ataupun menerima dengan pantas sehingga 40 kali ganda lebih pantas jika dibandingkan dengan modem berkeupayaan 56kbps. Dalam hal data eletronik pula, kesan yag sama boleh diperolehi dengan teknologi kabel yang maju, gelombang frekuensi radio dan sistem satelit. Oleh itu, kita perlu sedar bahawa dunia semakin berubah dengan pelbagai
inovasi hasil sains dan teknologi. Internet Jalur Lebar Jalur lebar juga digunakan untuk merujuk kepada capaian Internet jalur lebar, di mana sambungan untuk capaian adalah lebih tinggi berbanding modem telefon (56 kbit/s). Istilah jalur lebar digunakan bagi merujuk kepada sambungan 512 kbit/s atau lebih tinggi, walaupun sesetengah Internet Service Provider (ISP) telah mengiklankan perkhidmatan dengan lebar jalur (bandwidth) yang kurang kerana tidak terdapat kadar bit (bitrate) yang ditakrifkan dalam industri komunikasi. Multiplexing Komunikasi boleh menggunakan beberapa saluran fizikal berlainan serentak; ini adalah multiplexer capaian pelbagai (multiplexing for multiple access). Saluran sedemikian boleh dibezakan setiap satunya melalui masa – multiplexer pembahagian masa (time division multiplexing) atau TDMA, dalam frekuensi pembawa – multiplexer pembahagian frekuensi (frequency division multiplexing) atau FDMA, atau multiplexer pembahagian panjang gelombang (wavelength division multiplexing) WDM, atau dalam kaedah capaian multiplexer pembahagian kod (code division multiplexing) atau CDMA. Setiap saluran yang mengambil bahagian dal am multiplexing exercise adalah dari segi takrifan merupakan jalur sempit (kerana tidak menggunakan seluruh lebar jalur medium), manakala jika seluruh saluran dilihat secara sekaligus dan digunakan untuk tujuan komunikasi yang sama, maka ia boleh dipanggil sebagai jalur lebar. Penerangan projek Projek HSBB adalah untuk kawasan-kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan yang berimpak tinggi iaitu : Saiz Projek HSBB: RM15.2 bilion untuk tempoh 10 tahun; Pelaburan Kerajaan: RM 2.4 billion untuk tempoh 3 tahun di Zon 1 Liputan Zone 1 – kawasan-kawasan utama Lembah Klang, kawasan-kawasan industri (meliputi semua negeri, termasuk Sabah & Sarawak) dan Iskandar Malaysia. Perlaksanaan BBGP untuk kawasan-kawasan Zon 1, 2 & 3 Perlaksanaan BBGP adalah melalui strategi sedia ada (facility-based competition) yang ditawarkan pada masa ini oleh pemberi perkhidmatan melalui teknologi wayar dan wayarles seperti ADSL, WiMax, WiFi dan HSDPA.
Perlaksanaan untuk sebahagian Zon 2 dan 3 adalah melalui program Pemberi Perkhidmatan Sejagat (USP). KELEBIHAN HSBB? Apa yang menariknya, HSBB menggunakan talian gentian optik (fiber optic) yang menggantikan kabel tembaga (copper cable). Malah, tidak seperti Streamyx, HSBB dilengkapi dengan tambahan fungsi iaitu: 1. Internet Berkelajuan tinggi. Minimum kelajuan adalah 10Mbps. Jika Streamyx buat masa sekarang maksimum adalah 4Mbps 2. IPTV – menyalurkan rancangan televisyen melalui internet seperti Malaysia History, Malaysian Football, Tourism dan Games. Melalui IPTV, kebanyakkan saluran televisyen di dunia dapat kita tonton. 3. Video atas perkhidmatan (VoD) KEPENTINGAN TEKNOLOGI JALUR LEBAR Senario terkini jalur lebar diperingkat global Perkhidmatan yang ditawarkan: • Hong Kong : mencapai kelajuan 1000 Mbps dengan purata kelajuan 100 MBps • Korea: mencapai kelajuan 1000 Mbps dengan purata kelajuan 25 Mbps • Singapura : mencapai kelajuan sehingga 1000 Mbps pada tahun 2015. Sokongan Kerajaan • Korea: RM5.5 b untuk rangkaian gentian optik, faedah pinjaman yang rendah, RM3.7 b untuk rangkaian akhir • Japan: Rebat cukai korporat 6 hingga 18 %, 20 hingga 25% pengurangan pada cukai perbelanjaan modal (CAPEX tax) • Singapura: Geran Kerajaan berjumlah SGD 1b (RM2.3 b) melalui bida persaingan untuk memberikan Ultra wideband Network yang membolehkan 1000 Mbps Kategori- kategori perlaksanaan jalur lebar: • Neutral Open access: Amsterdam, Sweden, UK • Kerjasama Kerajaan-Swasta: Korea & Japan • Diterajui oleh Industri/ Swasta: USA, France Sumbangan kepada KDNK pada 2010: 50% penembusan penduduk di USA akan menyumbangsebanyak 4.0% kepada KDNK 15% penembusan penduduk di UK akan menyumbang sebanyak 0.6%
kepada KDNK 50% penembusan penduduk di New Zealand akan menyumbang sebanyak 0.9% kepada KDNK Senario jalur lebar terkini di Malaysia Kadar penembusan jalur lebar di Malaysia adalah rendah berbanding dengan negara-negara lain; 18% bagi kadar isi rumah, 5.4% bagi kadar penduduk. Kadar penembusan yang rendah adalah disebabkan kos infrastruktur yang tinggi, kurangnya permintaan dan kesedaran terhadap faedah jalur lebar Kadar penembusan komputer rendah dan kurang kemampuan untuk melanggan jalur lebar Kurangnya kandungan tempatan Kategori - kategori jalur lebar Jalur lebar untuk orang awam dengan kelajuan sehingga 2 Mbps melalui teknologi wayar dan wayarles i.e. ADSL, WiMax, WiFi and HSDPA. Jalur lebar berkelajuan tinggi bagi kawasan-kawasan terpilih/ditentukan untuk penggunaan melebihi 10 Mbps bagi kawasan-kawasan yang berimpak tinggi. Sasaran jalur lebar kebangsaan Penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010 Kenapa Jalur Lebar dan HSBB? Kesan nyata terhadap sumbangan KDNK Negara: Sumbangan Industri Komunikasi dan Multimedia kepada KDNK sebanyak 6% dan KNK sebanyak 7.6%; Meningkatkan daya saing negara dan pelaburan langsung asing (FDIs) Membolehkan ekonomi berasaskan ilmu (K-Ekonomi) Mewujudkan peluang pekerjaan Memberikan impak positif kepada sektor lain Sumbangan KDNK dan kewujudan peluang pekerjaan Dengan mencapai penembusan jalur lebar bagi isi rumah sebanyak 50 peratus pada tahun 2010 akan membolehkan sumbangan ke atas KDNK Negara sebanyak 1 peratus pada tahun 2010. Pada masa yang sama, peluang pekerjaan sebanyak 135,000 bakal diwujudkan.