PERISTIWA PENENTANGAN Peristiwa penentangan Dato’ Bahaman adalah seperti berikut: Pada 16 Disember 1891, British telah menangkap tiga orang pengikut Dato’ Bahaman kerana mengutip hasil hutan tanpa kebenaran. Sikap tegas Datok Bahaman telah lebih menaikkan darah penjajah British, tetapi telah mendapat sokongan rakyat yang luas. Walau bagaimanapun, Datok Bahaman tidak menolak cara diplomasi. Beliau masih mahu berunding secara berhadap-hadapan dengan I.A Wise dan Sebaraw di Temerloh unutk menjelaskan perkara-perkara yang menggelisahkan rakyat. Pada 17 Disember 1891, Datok Bahaman dengan 50 orang rombongannya berangkat ke hilir menuju Temerloh dengan menaiki beberapa buah perahu. Pada hari yang pertama, Sebaraw bersama-sama pasukan tentera dan polisnya mudik ke Hulu Sungai Semantan dari Temerloh dan berhenti bermalam di Batu Hampar, sebelah ulu Mentakab. Rombongan Datok Bahaman tidak tahu Sebaraw dan pasukannya mudik. Sebagaimana lazimnya, pengiring-pengiring Datok Bahaman selalu menembak ke udara. Dengan alasan kononnya Datok Bahaman telah mulai mulai mencetuskan perang di Pahang, Sebaraw segera memerintahkan tenteranya menghujankan tembakan ke arah perahu Datok Bahaman dan rombongannya. Tembakan-tembakan itu telah mencederakan Mat Lela dan membunuh Ahmad ( kedua-duanya anak Dato Bahaman.) Dentuman peluru semakin kuat. Di bawah keadaan yang tidak menguntungkan, Datok Bahaman memerintahkan semua orang-orangnya berundur. Tetapi tiga orang panglimanya yang tidak dapat lagi menahan kesabaran segera menyerang balas askaraskar musuh itu. Mereka membunuh mati seorang pegawai kulit putih dan empat orang polis Sikh manakala seorang pendayung perahu musuh cedera. Peristiwa ini amat menggemparkan. Ahli-ahli sejarawan menyebutnya sebagai ” Peristiwa Semantan.” Peristiwa Semantan telah cepat membangkitkan rakyat seluruh negeri menentang penjajah British. Tindakan membunuh orang-orang kulit putih dan askar-askar upahannya berlaku di sana sini. Dengan demikian banyaklah orang British dan tentera upahannya terbunuh.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
Pada 26 Disember 1891, Hugh Clifford mengetuai pasukan yang terdiri daripada 200 anggota tentera untuk menawan semula Lubuk Terua tetapi beliau tewas dalam pertempuran di Kelubi. Clifford berundur dan meminta bantuan dari Singapura. Pada Januari 1992, British memaksa Sultan Wan Ahmad menamatkan kebangkitan rakyat Pahang. Pasukan tentera yang dinamakan Gerakan Sultan ditubuhkan. Sultan Wan Ahmad dilantik mengetuai gerakan ini. ’Gerakan Sultan’ telah menawan 11 buah kubu Dato’ Bahaman di Bentong. Pada Mac 1892, Dato’ Bahaman menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana mendapat sokongan Tok Gajah dan anaknya, Mat Kilau. Pada 8 Mei 1992, British sekali lagi menyerang Lubuk Terua. Pejuang Pahang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu, Ulama Tok Ku Paloh menyemarakkan semangat pejuang Pahang berjihad menentang British. Pada 14 Jun 1894, Dato’ Bahaman dan 100 orang pengikutnya telah menawan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai. British bertindak balas menghantar Kolonel Walker untuk menawan semula Jeram Ampai. Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Peristiwa itu menandakan berakhirnya perang menentang British di Pahang. Pada bulan Jun 1894, pasukan Dato Bahaman kembali ke Pahang dan melancarkan serangan ke atas perkubuan British di Jeram Ampai, Ulu Tembeling. Setelah berjaya menduduki Ulu Tembeling, pasukan Datok Bahaman mara dan menduduki pula Kuala Tembeling serta Kedondong dan tempat-tempat lain. Di bawah situasi yang baik ini, banyak pembesar yang sudah berkhianat itu khasnya Tok Raja Jelai dan Panglima Garang Yusof di bawah suruhan British telah menjalankan taktik rangkapnya. Di satu segi, mereka berpura-pura memberikan kerjasama kepada Bahaman – Tok Gajah; di segi yang lain, mereka membuat persiapan menunggu ketibaan bantuan British untuk melancarkan serangan balas secara besar-besaran. Kerana penjajah British gagal mengalahkan Datok Bahaman di medan perang, ia telah menggunakan pujukan dan ancaman memaksa Sultan Ahmad mengadakan perjumpaan dengan Bahaman. Ketika itu,
Trusted by over 1 million members
Try Scribd FREE for 30 days to access over 125 million titles without ads or interruptions! Start Free Trial Cancel Anytime.
taktiknya. Beliau telah mengeluarkan perintah kepada pasukan-pasukannya supaya mengundurkan dirinya dari kawasan-kawasan yang dikuasainya itu. Beliau kemudian telah membawa pasukan itu sekali lagi menuju ke Terengganu. Setelah pasukan Datok Bahaman kembali ke Terengganu, melalui Kerajaan Siam, penjajah British secara licik telah memaksa Sultan Terengganu mengusir Datok Bahaman dan pasukannya. Pada masa itu, Tok Gajah telah pun meninggal dunia.