Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia
Peranan dan kepentingan agama dalam kehidupan manusia Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia. Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar budaya masyarakat. Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketengan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keselamatan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan). Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah sayu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman pencerobohan orang gasar". Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut berjaya digulingkan. Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan tamadun.
Peranan agama Islam dalam membantu pembinaan Tamadun China Agama Islam dipercayai tiba di Negara China lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah Baginda Rasulullah telah mengutuskan beberapa orang sahabat supaya berdakwah ke China. Antara sahabat yang diutuskan adalah seperti Saad bin Abdul Qais, Qais bin Hudhafah, Urwah bin Abi Uthman dan Abu Qais bin al-Harith. Misi dakwah ini telah berjaya melahirkan lebih daripada 136 juta umat Islam yang terdapat pada hari ini. Dan jumlah ini adalah lebih besar daripada jumlah yang diberikan oleh kerajaan China. Ini kerana mengikut statistic bancian yang dibuat apda tahin 1990, bilangan umat Islam di China tercatat hanya sekitar 17 juta orang sahaja. Terdapat banyak keraguan berkaitan dengan jumlah tersebut kerana umat Islam membentuk penduduk majoriti di sebahagian besar di wilayah China seperti Xinjian, Gansu, Hubei, Qinghai dan Yunnan. Akan tetapi tidak ada catatan yang tepat mengenai tarikh sebenar kedatangan Islam ke China, hanya di dalam rekod Dinasti Tang mennerangkan tentang hubungan diplomatik yang terjalin antara pemerintahan China dan pemerintahan Khulafa al-Rasyidain.
Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah, Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana. PERMULAAN GERAKAN ISLAM Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang. Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah. Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini
membolehkan kedua-dua pihak memberikan perlindungan apabila keadaan memerlukan. Malahan juga umat Islam juga dibenarkan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan ini memberi kemudahan bagi umat Islam untuk menyebarkan Islam di sana. Hasil daripada perkahwinan itu terlahirlah satu komuniti Islam yang cukup besar di China dan akhirnya telah membentuk identitinya sendiri. Semasa China berada di bawah pemerintahan Mongol ada di antara kalangan umat Islam yang dilantik menjawat jawatan penting dalam kerajaan. Bagi membantu pentadbiran empayarnya. Hasilnya Islam dapat berkembang dengan pesat pada abad ke 12 ketika itu serta ianya diterima baik oleh semua pihak. Kecekapan dan keadilan di samping sifat amanah yang ditunjukkan oleh mereka berjaya meningkatkan imej di kalangan orang cina. Akhirnya agama Islam dapat diterima dan diiktiraf sebagai agama Negara. Pembinaan masjid-masjid di beberapa buah bandar besar dilakukan dengan giat sekali dan menjadi bukti kukuh tentang Islam melalui zaman kegemilangan dan keemasan dibawah pemerintah Mongol.
ISLAM DAN PERADABAN CHINA Usaha-usaha dakwah yang dijalankan oleh Nabi diteruskan oleh para sahabat beliau. Di antara sahabat yang paling giat menjalankan usaha dakwah di China ialah khalifah Usman bin Affan. Pada masa itu China diperintah oleh Dinasti Tang. Maharaja Yung Wei menjalankan dasar-dasar liberal terhadap kemasukan orang luar. Khalifah Usman mengutuskan 15 orang Islam bagi berdakwah ke China. Walaupun rombongan itu tidak berjaya megislamkan maharaja, mereka tetap berjaya menyebarkan ajaran Islam dikalangan penduduk tempatan. Kebebasan yang diberikan oleh maharaja China digunakan sepenuhnya bagi menonjolkan kecantikan dan keindahan ajaran islam. Selain berdakwah, umat islam juga mendirikan masjid yang kemudiannnya diterima sebagai sebahagian daripada peradaban China. Malah ajaran Islam dianggap bersesuaian dengan ajaran Confucius yang mementingkan ketinggian budi dan keluhuran akhlak. Nilai-nilai ini membolehkan islam diterima dengan baik oleh masyarakat China. Kehadiran umat Islam di China tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing. Umat Islam turut memainkan peranan dalam membina, membangun serta mewarnai peradaban China.
Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah. Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan pemerintah disana. Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi menjangkau sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah AlMansur menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan. Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat Islam berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses kahwin campur ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang China. Selain membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid pada tahun 786-809 Masihi. Manakala penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan pentadbiran negara China berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam dilantik menjadi jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam mempunyai kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan negeri China. Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya. Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan orang yang amanah. Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan
Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang dilaksanakan oleh pemerintahan Islam. Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat. Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng Ho. Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya besardalam bahasa Cina. Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan
itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.
Agama telah menjadi pegangan dalam kehidupan setiap insan. Tanpa agama, tamadun yang dicapai itu tidak membawa apa-apa nilai kepada umat manusia. Antara peranan dan kepentingan agama adalah agama melahirkan tamadun. Contoh yang terbaik dan mudah diingati sudah tentu agama Islam yang berjaya menjadi asas kepada pembentukkan tamadun Islam. Agama berperanan meningkatkan penghayatan umat manusia terhadap nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni.Selain itu, agama juga penting untuk melahirkan sifat terbuka di kalangan umat manusia. Agama turut berupaya mengurangkan jurang perbezaan diantara setiap individu. Sebaliknya mendorong penyatuan bangsa. Tambahannya pula, agam memberi peluang kedua kepada sesuatu tamadun yang telahpun atau sedang mengalami keruntuhan. Pembentukkan kerohanian turut dicapai dengan adanya pegangan agama. Setiap tamadun berterusan atas agama yang berbeza dimana agama tersebut menjadi semangat atau spirit untuk memastikan perkembangan sesebuah tamadun. Maka, ternyatalah agama menggerakkan sesebuah tamadun sama ada dari segi intelek, fizikal, rohani dan sebagainya. Memandangkan agama adalah suatu unsur yang penting dalam kehidupan setiap insan, ayuhlah kita sama-sama berpegang teguh terhadap agama masing-masing,pada masa yang sama menghormati agama lain yang terdapat demi mencetuskan satu peradaban yang tinggi dan terpuji untuk kebaikan bersama.