Pengurusan Keselamatan dan Risiko dalam Pengurusan Fasiliti Bangunan *
Akhtar Ahmad Izzat , Muhamad Salman Azmi, Farid Wajdi Akashah Jabatan Ukur Bangunan, Fakulti Alam Bina, U niversiti Malaya 50603 Kuala Lumpur, Malaysia *koresponden:
[email protected] Abstrak Kertas kerja ini membentangkan tentang aspek pengurusan keselamatan dan risiko dalam pengurusan pengurusan fasiliti bangunan. Pengurusan keselamatan dan risiko ini penting dalam memastikan keberkesanan rutin kerja seharian. Dalam pembentangan ini, pengurusan fasiliti bangunan dapat dikaitkan dengan pengurusan keselamatan dan risiko. Pengurusan yang baik dari segi penilaian fakto keselamatan dan risikonya mampu membawa kepada keberkesanan dalam pengurusan dan penyenggaraan fasiliti secara keseluruhan. Melalui garis panduan yang diberikan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, melalui Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (PHPRKR), majikan-majikan dapat mengaplikasi kaedah penaksiran sendiri keselamatan dan risiko di dalam syarikat mereka.
Pengenalan Keselamatan ditakrif sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripada bencana. Dalam konteks pekerjaan pula, ia boleh ditakrif sebagai ilmu penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yang berkaitan dengan alat, bahan dan tempat kerja (Suma’mur, 1981). Pengurusan keselamatan dan risiko merupakan salah satu faktor penting yang perlu diambil kira dalam proses kerja sesebuah organisasi. Risiko pula adalah perkara yang akan dihadapi oleh setiap individu pada setiap hari. Menurut Jabatan Keselamatan dan Kebajikan Pekerjaan Malaysia, risiko boleh diktarifkan sebagai gabungan faktor kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian bahaya dalam suatu tempoh dengan mengambil kira tahap keterukkan atau keburukkan keatas kesihatan manusia, harta dan alam sekitar. Pengurusan fasiliti telah dibangunkan lebih 20 tahun dahulu, bermula di Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun dan Hong Kong. Secara umumnya, pengurusan fasiliti ini melibatkan pelbagai disiplin dan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan oleh semua organisasi. Konsep ini semakin diterima dan popular di kebanyakkan negara terutama dalam aspek penyelenggaran bangunan dan infrastruktur. Pengurusan fasiliti ini penting penting dalam memaksimumkan operasi utama dan mencapai objektif organisasi berkenaan. Ini juga penting dalam mengkoordinasi, merancang dan mengurus bangunan termasuk sistem, peralatan dan perabot. Tambahan, International Facility Management Associaction (2004) menggambarkan pengurusan fasiliti sebagai sesuatu kerjaya yang meliputi pelbagai disiplin bagi menjamin kebolehan untuk berfungsi melalui integrasi manusia, t empat, proses, dan teknologi.
Rajah 1. Pengurusan Fasiliti (FM) – manusia, proses, teknologi dan tempat (Rondeau, 2006) Dalam proses pengenalpastian faktor keselamatan dan risiko, terdapat pelbagai akta, garis panduan dan tatacara yang telah dikeluarkan oleh pihak kementerian, jabatan-jabatan khas dan juga pihak NGO. Kesemua medium ini boleh digunakan dalam membantu mengenal faktor seterusnya membantu mengawal dan mengurangkan bahaya dan risiko dalam pekerjaan.
Antara akta serta garis panduan yang digunakan di Malaysia adalah seperti di bawah: 1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 2. Pengenalpastian Hazard, Panksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2008. 3. Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 4. Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Spesifikasi (OHSAS 18001) SIRIM. Pengurusan fasiliti perlu dikaitkan dengan pengurusan keselamatan dan risiko. Ini adalah penting bagi memastikan setiap proses kerja dalam pengurusan fasiliti dilakukan dalam keadaan baik, seterusnya memastikan tahap risiko yang akan dihadapi berada di tahap yang berada dalam linkungan toleransi risiko yang boleh diterima.
Pengurusan Penyenggaraan Fasiliti Bangunan Fasiliti perlu kerap diselenggara. Tujuannya adalah untuk mengekalkan keadaan fasiliti dalam keadaan terbaik dari awal penggunaan. Ini seharusnya dapat membantu dan memelihara setiap fasiliti serta memnambahkan keuntungan yang tinggi hasil daripada penyelenggaran yang baik. Semua pemilik fasiliti mahukan fasiliti yang mereka miliki berada di dalam keadaan yang efisien dan cekap untuk diguna pakai. Kegagalan untuk berfungsi, boleh membawa kepada kerugian wang ringgit, ketidakpuasan hati pengguna dan juga membahayakan keselamatan. Di Malaysia, budaya penyenggaran fasiliti ini masih di tahap yang rendah. Ini menunjukkan keupayaan masyarakat Malaysia yang hanya tahu membina dan mengguna pakai fasiliti t ersebut tanpa menghiraukan aspek penyenggaran atau pengurusan. Pelbagai contoh dapat dilihat dalam konteks kelemahan dari sudut penyenggaraan atau pengurusan fasiliti di Malaysia. Seperti contoh, beberapa kompleks kerajaan yang mula menunjukkan tanda-tanda awal kerosakan serius seperti, kebocoran di bahagian bumbung dan saluran paip air.
Jika kerosakan ditafsirkan dari sudut matematik, ianya boleh dihitung dengan menggunakan persamaan seperti di bawah: Kerosakan = Kelemahan Penyenggaran/Pengurusan + Budaya Penyenggaran/Pengurusan
(1)
Kelemahan ini berpunca daripada faktor-faktor seperti kurangnya kemahiran pakar dalam bidang pengurusan fasiliti. Manakala, budaya ini berpunca dari kurangnya ilmu pengetahuan mengenai kepentingan pengurusan dan penyelenggaraan fasiliti. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk meningkatkan kebolehan dan keupayaan negara dalam mencapai penyenggaran dan pengurusan yang baik, faktor pengurusan keselamatan dan risiko harus diambil berat. Salah satu mekanisme mudah yang boleh digunapakai untuk dijadikan garis panduan adalah Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kaw alan Risiko (PHPRKR). Garis panduan ini telah dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (PHPRKR) Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (PHPRKR) atau juga dikenali sebagai HIRARC dalam bahasa Inggerisnya diwujudkan bertujuan untuk mengenal pasti semua faktor yang boleh mendatangkan mudarat kepada individu (Reference). Ini juga digunakan bagi mempertimbangkan tahap keterukan yang akan menimpa individu sekiranya kemalangan berlaku. Selain itu, HIRARC juga berperanan membantu majikan merancang dan memantua langkah keselamatan untuk memastikan risiko dapat dikawal dengan baik. PHPRKR penting dalam amalan setiap organisasi dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sesuatu operasi. Pelaksanaan ini harus dilakukan secara bersistem dan direkodkan agar keputusan yang dicapai adalah kukuh diikuti dengan analisa yang lengkap. Proses ini harus dilakukan secara berterusan dan bukan dilakukan sekali sahaja. Justeru hasil penaksiran PHPRKR ini mampu memberi manfaat yang positif kepada amalan di tempat kerja.
Klasifikasi Aktiviti
Pengenalpastian Hazard
Penaksiran Risiko
Pengawalan Risiko
Penilaian Kawalan Risiko Rajah 2. Proses Pengurusan Risiko berkonsepkan PHPRKR atau HIRARC (Singh, 20 06)
Berasarkan carta alir yang ditunjukkan di atas, proses pengawalan dan pengurusan risiko ini dapat dibahagikan kepada lima langkah. Langkah-langkah tersebut adalah: 1) mengklasifikasi aktiviti, 2) mengenalpasti hazard; 3) menaksir risiko; 4) mengawal risiko; dan 5) membuat penilaian kawalan risiko. Kesemua proses atau langkah pengurusan risiko ini adalah perlu dalam menilai tahap keterukkan sesuatu risiko terhadap pengguna atau individu yang te rlibat.
Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hazard atau mampu menyumbang kepada hazard dapat dikelaskan kepada beberapa bahagian seperti: Bahagian Contoh Hazard Mekanikal Bucu tajam pada peralatan pejabat, lebihan muatan Elektrikal Kerosakan pada insulasi sistem wayar Psikologikal Tekanan tempat kerja Biologikal Pendedahan terhadap mikrooorganisma Jadual: Contoh aktiviti di beberapa bahagian yang menyumbang kepada hazard. Pengenalpatian hazard adalah penting dalam proses kerja seharian. Ini bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat keja berada di tahap yang baik. Pekerja-pekerja harus bertindak proaktif dalam memastikan tempat yang digunakan untuk mereka bekerja berada dalam keadaan yang baik. Segala tempat kemungkinan berlakunya kemalangan harus diteliti. Proses ini perlu disusuli dengan penilaian menggunakan sistem matriks (rating). Kawalan harus dilakukan terhadap risiko yang mendatang bagi membolehkan risiko itu berada pada tahap yang boleh diterima. Sebagai contoh, langkah-langkah pengawalan yang boleh diambil adalah seperti penghapusan, pengantian, pengasingan dan kawalan pentadbiran dan kejuruteraan.
Keselamatan, Risiko dan Pengurusan Fasiliti
Aspek keselamatan pada masa ini masih dipandang remeh oleh sebilangan besar Masyarakat Malaysia. Dalam kertas pembentangan ini, aspek keselamatan lebih membawa maksud perlindungan kepada pengguna dan orag luar daripada ancaman kemalangan ketika mengurus atau menggunakan kemudahan bangunan. Pengurusan penyelenggaran berperanan penting dalam memastikan setiap fasiliti di bawah seliannya berada di dalam keadaan yang baik dan memuaskan (Reese, 2004). Pengurusan penyelenggaran yang tidak cekap akan membawa kepada kualiti kerja penyenggaraan yang kurang baik serta tidak mencukupi. Ini akan menjadi punca utama berlakunya kemlangan yang mungkin meragut nyawa. Penguruasan penyenggaraan fasiliti ini penting, bagi memanjangkan jangka hayat fasiliti yang terlibat. Ini ditambah lagi dengan factor pengurusan penyenggaraan fasiliti yang berperanan mencegah sebarang kemalangan. Sikap tidak mengendahkan sebarang kerosakan kecil juga menjadi punca berlakunya kemalangan. Umum mengetahui, sebarang kerosakan kecil tidak boleh dibiarkan, sekiranya dibiarkan dalam masa yang panjang, ia mampu merebak ke bahagian fasiliti lain dan bakal mengancam nyawa pengguna.
Mengikut kajian yang dilakuakan (Reese, 2004) dalam menjalankan suatu kerja penyelenggaraan yang selamat, kakitangan terlibat seharusnya mengikut panduan diberikan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Membuat halangan di kawasan berbahaya Tidak mengahalang laluan kecemasan Tidak meninggalkan barangan berpotensi menjadi hazard di laluan (contoh: peralatan) Tidak meninggalkan wayar eletrik terdedah Membersihkan bahan tumpahan kimia dengan segera Melindungi bahaya datang dari bahagian atas Mengalihkan hazard yang terdapat di sepanjang laluan Memperingati orang ramai terhadap bahaya.
Turut disertekan di dalamkertas pembentangan ini adalah senarai beberapa cotoh piawan yang relevan dan sesusai digunak dalam aspek penyelenggaraan fasiliti, 1. 2. 3. 4. 5.
Akta Keselamatan Pekerjaan 1994 Akta Perkhimatan Bomba 1988 Akta Kilang dan Jentera 1967 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ASHRAE Standards
Dengan penjelasan di atas, maka wajarlah langkah-langkah penambahbaikan dari segi keselamatan dan risiko diambil. Langkah-langkah ini termasuklah mengutamakan pengurusan penyelenggaran yang berkait rapat dengan keselamatan sebelum penyenggaran fasiliti-fasiliti domestik. Kepakaran yang dimiliki di Malaysia dalam bahagian pengurusan dan penyelenggaran, harus ditambah bagi membolehkan pengguna teknologi sedia ada digunakan secara total. Pihak berwajib seperti Jabatan Bomba, Suruhanjaya Tenaga dan Pihak Berkuasa Tempatan harus meningkatkan penguatkuasaan terhadap majikan atau empunya fasiliti terutamanya dalam aspek keselamatan. Ini bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat mempunyai kuasa penuh terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan keselamatan. Disamping itu, pemeriksaan berkala dan ko mprehensif harus dilakukan terutamanya oleh Juruukur Bangunan yang kompeten bagi memastikan keadaan fasiliti dalam keadaan yang baik demi menjaga keselamatan penghuni. Namun begitu, kesemua langkah, proses dan huraian yang diberikan dalam aspek pengurusan keselamatan dan risiko dalam pengurusan fasiliti tidak akan mencapai tahap optimum sekiranya mentaliti masyarakat di Malaysia masih berada di tahap yang rendah. Ini mungkin di dorong oleh kurangnya kepekaan terhadap kepentinggan pengurusan penyelenggaran dalam rutin kehidupan. Justeru, kempen-kempen dan program penerangan harus diadakan bagi membantu rakyat Malaysia mendalami dengan lebih baik sistem Pengurusan Keselamatan dan Risiko dalam Pengurusan Fasiliti.
Kesimpulan
Mendapat jolokan ‘entiti baru’ tidak membantu pengurusan keselamatan dan risiko dalam pengurusan fasiliti untuk berkembang. Tambahan pula, setakat ini, tiada lagi pertubuhan yang didaftarkan khas dibawah nama pengurusan fasiliti yang bergiat secara serius. Keadaan ini jika dilihat sangat j auh berbeza berbanding di negaranegara maju yang lain terutamnya United Kingdom, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Jepun. Oleh itu, satu tindakan proaktif harus diambil tidak kira oleh kerajaan ataupun bukan kerajaan dalam membangunkan industri pengurusan fasiliti ini. Sekurang-kurangnya, negara pada hari ini mampu bersedia dalam menghadapi permintaan tinggi terhadap pengurusan penyelenggaran pada masa akan datang. Ini sejajar dengan tujuan utama, untuk memberikan satu persekitaran yang selesa kepada pengguna. Akta, peruntukan, garis panduan peraturan dan piawaian yang disediakan haruslah digunakan dengan sepenuhnya bagi menyediakan perkhidmatan yang baik dalam pengurusan fasiliti ini.
Rujukan 1.
Reese, C.D. (2004). Office Building Safety and Health. Florida. CRC Press LCC
2.
Zakaria, H. & Arifin, K. & Ahmad, S. & Aiyub, K. & Fisal Z. (2011). Pengurusan Fasiliti Dalam Penyelenggaraan Bangunan: Amalan Kualiti, Keselamatan dan Kesihatan. Journal of Techno-Social. Universiti Kebangsaan Malaysia.
3.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia. (2008). Garis panduan bagi pengenalpastian hazard, penaksiran risiko dan kawalan risiko (HIRARC). Malaysia
4.
Kamaruzzaman, S. N. & Zawawi, E. M. Development of facilities management in Malaysia. Journal of Facilities Management.
5.
Arifin, K. & Jahi, J. M. (2002). Keselamatan pekerja dan pengurusannya di Malaysia. Prooceeding of Environmental Management 2002, hlm. 379-387
6.
Arifin, K. & Jahi, J.M. & Che Man, A. B. (2003). Perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OHSAS 18001:1999) di Malaysia: Isu dan Cabaran. Prosiding Pengurusan Persekitaran 2003, hlm 107-115.
7.
Diamond, B. (2002). Risk Assessment and Management to Ensure Health and Safety at Work. British Journal Of Nursing, 11 (12). 1372-1374.
8.
Khan, M.J. & Azimah, N. & Yusof, A. A. (2005). Keselamatan dan Kesihatan Pekerja dalam Organisasi. Pearson Prentice Hall.
9.
Kogi, K. & Kawakami, T. (1997). Organization and Services in Occupational and Environmental Health. Journal Environmental Management and Health 8, 5. 154-157.
10. Ismail, I. (2001). Establishing the facility management profession in Malaysia. Dalam: Facilities Management Seminar, Kuala Lumpur. & April 2001.