Pendidikan Inklusif Konsep Pendidikan Inklusif 1.
Perkataan inklusif berasal daripada Bahasa Inggeris inclusive yang membawa maksud termasuk atau merangkumi semua. merangkumi semua. 2. Ia boleh diertikan sebagai sebagai pendidikan umum, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas atau cacat, adalah berhak diberi peluang pendidikan umum. Ini adalah termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang berbunyi :
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan k epercayaan dan kepatuhan kepatuhan kepada Tuhan. Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 3. Pendidikan Inklusif merupakan peluang pendidikan umum y ang diberikan kepada semua kanak-kanak Malaysia, termasuk kanak-kanak cacat. Di bawah program Pendidikan Inklusif ini, kanak-kanak cacat khasnya, yang mempunyai potensi belajar, adalah ditempatkan dalam kelas biasa di bawah bimbingan seorang guru resos (guru terlatih khas) yang berkerjasama dengan guruguru biasa. 4. Bagi kanak-kanak cacat yang tidak dapat mengikuti kurikulum biasa pada peringkat permulaan, mereka akan ditempatkan di dalam K elas elas K has has Bermasalah Pembelajaran (KKBP). 5. Pelajar-pelajar Pelajar-pelaj ar cacat ini mengikuti satu program pendidikan khas yang dirancangkan berdasarkan kebolehan mereka. Selain daripada pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Inggeris, mereka pula diajarkan kemahiran manipulatif seperti berkebun, membasuh, menggosok dan menggosok dan memasak. Konsep
Pendidikan Khas 1. Secara amnya, Pendidikan Khas ialah program pendidikan dirancang khusus untuk kanak-kanak istimewa, iaitu kanak-kanak cacat dan juga kanak-kanak pintar-cerdas.
2. Secara khususnya, Pendidikan Khas merujuk kepada satu satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik mengajar, untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak bukan normal tetapi luar biasa kerana sebab mereka tidak akan sanggup dapat faedah dan pencapaian yang sepatutnya daripada program sekolah biasa.
3. Mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982), pendidikan khas ini adalah satu program pendidikan dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Mereka tidak akan dapat mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak berupaya mendapat faedah sepenuhnya daripada program pendidikan sekolah biasa.
4. Kanak-kanak istimewa yang memerlukan pendidikan khas boleh digolongkan dalam 7 kategori seperti berikut: i.
Kanak-kanak kerencatan akal ( mentally mentally retarded)
ii. ii.
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ( learning learning diasbilities)
iii.
Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku ( behavioral behavioral disorders)
iv.
Kanak-kanak cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
v.
vi.
Kanak-kanak cacat penglihatan Kanak-kanak cacat fizikal ( psikomotor atau neurosis)
vii.. Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat istimewa
5. Program Pendidikan Khas ini akan dapat mengembangkan potensi mereka secara optimum, dan seterusnya menjadi rakyat yang berguna, berupaya memberi sumbangan dan perkhidmatan kepada negara. 6. Berlandaskan kepada kenyataan di atas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengisytiharkan Falsafah Pendidikan Khas yang berbunyi : "Falsafah Pendidikan Khas ialah untuk menyediakan peluang yang sama kepada kanak-kanak khas seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa untuk perkembangan psikososial yang seimbang. Falsafah ini diselaraskan dengan objektif untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat... dan... untuk memastikan bahawa sistem pendidikan itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih."
7. Untuk mencapai tujuan tersebut, Kementerian Pendidikan telah menentukan lapan strategi berikut supaya melaksanakan program pendidikan khas bagi kanak-kanak istimewa di negara kita. Menyediakan peluang persekolahan dengan membina sekolah-sekolah khas dan kelas khas i. bermasalah pembelajaran untuk Kanak-kanak-Kanak-kanak cacat. ii.
Melatih kanak-kanak cacat dengan kemahiran dan vokasional yang membolehkan mereka menjadi warganegara yang berguna.
iii.
Melalui Bimbingan dan Kaunseling untuk pihak yang berkenaan agar mengikis pandangan atau sikap negatif terhadap ketidakupayaan kanak-kanak cacat menjalankan aktiviti pembelajaran di sekolah.
iv.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling bagi kanak-kanak cacat dengan tujuan meningkatkan konsep kendiri dan membantu mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran hidup yang sebenar.
v.
Melatih tenaga pengajar untuk melaksanakan program pendidikan khas dengan berkesan.
vi.
Menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk ibu bapa yang mempunyai kanakkanak cacat supaya mereka dapat bekerjasama dengan pihak sekolah, demi mempertingkatkan peluang menjayakan program pendidikan khas dan mencapai tujuannya dengan berkesan.
vii.
Menyediakan kemudahan perubatan dan penyelidikan untuk merawat atau m emulihkan kecacatan fizikal, mental atau emosi kanak-kanak cacat.
viii.
Bekerjasama dengan a gensi persendirian atau pertubuhan sukarela untuk membantu mereka dari segi kewangan atau latihan untuk orang cacat.
8. Di Malaysia, program pendidikan khas adalah dilaksanakan mengikut dua model berikut: Program pendidikan khas diintegrasikan dengan program pendidikan biasa dalam institusi pendidikan yang sama. I.
II.
Program pendidikan khas dilaksanakan dalam institusi khas, misalnya sekolah kanak-kanak buta dan sekolah kanak-kanak bisu dan pekak.
Jenis Kanak-Kanak Istimewa
1. Kanak-Kanak Kerencatan Akal ( Mentally Retarded) i. Kanak-kanak kerencatan akal adalah kanak-kanak yang mempunyai Darjah Kercedasan (I ntelligent Quotient, IQ)di antara 35 hingga 85. Kanak-kanak dal am kateg ori ini biasanya m enghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga, kekurangan zat makanan atau gangguan hormon dan sebagainya. ii. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan antara 50-70 merupakan kadar kecacatann ya ringan atau sederhana. Mereka boleh dididik dan dilatih di sekolah. Kanak-kanak cacat ini adalah digolongkan dalam kumpulan murid yang belajar lambat ( slow learners). Ciri-ciri mereka dapat diperlihatkan seperti berikut:
Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4, sehingga mereka mencapai umur 16 tahun.
Taraf pencapaian akademik bagi kanak-kanak ini adalah di antara setengah hingga tigaperempat daripada taraf pencapaian murid-murid biasa.
Kanak-kanak ini hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik secara formal apabila umur mereka mencapai di antara 9 hingga 12 tahun.
Sukar bagi mereka belajar konsep yang abstrak.
Ingatan mereka tidak kekal, dan cepat lupa apa yang baru dipelajari.
Mereka belajar lambat, dan perlukan ban y ak aktiv iti pen gukuhan untuk mengekalkan kemahiran.
Mereka hanya boleh belajar satu kemahiran asas dalam satu tempoh masa sahaja, dan tidak berupaya belajar lebih dari satu k emahiran secara serentak ataupun konsep yang abstrak.
iii. Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecedasan di antara 35-49 biasanya menghadapi masalah menjaga diri sendiri. Mereka hanya boleh dilatih mengurus hal peribadi seperti memakai pakaian, memakan, membuang air dan sebagainya. Mereka sukar dididik kerana kekurangan kemahiran untuk belajar apa mata pelajaran pun di sekolah. Ciri- ciri kanak-kanak ini boleh diperhatikan seperti berikut: Kanak-kanak golongan ini boleh dilatih untuk mengurus hal peribadi diri sendiri, seperti memakai baju, memakan, menjaga kebersihan diri, membuang air dan sebagainya. y
y
Kanak-kanak ini tidak berupaya belajar kecuali dengan cara menghafal. Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di sekolah biasa.
iv. Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah kecerdasan di bawah 35 merupakan kecacatan mental yang amat buruk. Mereka kurang keupayaan untuk berdikari dan memerlukan penjagaan yang rapi. Mereka memerlukan bantuan orang normal untuk menolong mereka, seperti memakan, membersihkan badan, memakai baju dan aktiviti-aktiviti harian yang lain. v. Mengenal Pasti Kanak-Kanak Kerencatan Akal Gunakan Ujian Mengukur Darjah K ecerdasan yang disarankan oleh Binat dan Terman, dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. Mengikut Terman, seorang kanak-kanak yang berumur genap sepuluh tahun boleh menjay akan sesuatu ujian y ang dijangkakan, boleh disempurnakan oleh kanak-kanak normal yang juga berumur 10 tahun, maka umur akal adalah sama dengan umur masanya. Dalam kes ini, kanak-kanak tersebut mempunyai kebolehan akal yang normal mengikut umurnya. Jika umur kanak-kanak kurang 10 tahun, tetapi berjaya dalam ujian yang
setaraf dengan kanak-kanak berumur 10 tahun, maka kanak-kanak itu dikatakan mempunyai kebolehan akal lebih tinggi daripada kanak-kanak berumur sama dengannya. Jika umur kanakkanak itu ialah lebih 10 tahun, maka dia mempunyai kebolehan akal lebih rendah daripada kanakkanak yang berumur sama dengannya. Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan, kanak-kanak kerencatan akal juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.
2.
Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran (Learning Diabilities) i. Golongan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini biasanya mempunyai konsep kendiri negatif, motivasi rendah, sifat introvert, tabiat malas berusaha, kekurangan minat dan kecederunga n dalam ka nak-kanak at aupun sering sakit. Definisi untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran y ang diterima umum adalah definisi digariskan oleh J awatankuasa Penasihat Kebangsaan Bagi Kanak-Kanak Cacat pada tahun 1986. Defmisi ini adalah diturunkan seperti berikut: " Kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah dimanifestikan daripada salah satu atau beberapa proses psikologikal yang melibatkan gangguan tatatertib dalam kefahaman dan penggunaan bahasa lisan atau tulisan."
ii.
Keadaan gangguan tatatertib tersebut dapat diperlihatkan daripada proses menginga t semula peristiwa lama, pemikiran, pertuturan, membaca, mengeja ataupun mengira. Ini juga termasuk keadaan-keadaan yang dirujuk sebagai handikap persepsi, dyslexia, asphyxia, dan kecederaan ringan otaknya.
iii. Keadaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran khusus dirujuk sebagai halangan psikologikal atau neurologikal terhadap gerakbalas bahasa, sama ada lisan atau tulisan, persepsi kognitif, atau aktiviti psikomotor. Halangan ini dapat dihuraikan daripada kriteria-kriteria berikut: (a) Percanggahan di antara tingkah laku yang spesifik dengan kebolehan atau pencapaian kanakkanak bermasalah pembelajaran. (b) Mereka tidak berupaya meng ikuti pelajaran dalam kela s biasa, tetapi memerlukan kaedah mengajar khas untuk membantu mereka belajar. (c) Kaedah mengajar khas ini bukan digunakan terutamanya untuk mengajar kanak-kanak yang tidak berpeluang belajar.
Mengenal
Pasti Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran : Satu Rumusan
Berdasarkan huraian-huraian di atas, kanak-kanak bermasalah pembelajaran dapat dikenal pasti dengan ciri-ciri yang dirumuskan berikut: (a) Pencapaian akademik keseluruhannya tidak sampai tahap memuaskan. (b) Lemah pencapaian dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa. (c) Sering mengantuk dalam kelas. (d) Tidak menunjuk minat dalam pelajaran. (e) Sentiasa menjauhkan diri daripada rakan-rakan sedarjah atau guru. (f) Hanya berupaya memberi perhatian atau tumpuan singkat terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
(g) Sering meniru atau men y alin kerja rumah rakan sedarjah, atau tidak membuat kerja rumah l angsung.
(h) Ingatan lemah, mudah lupa. (i) Bersifat pemalu dan introvert. (j) Bersifat pediam dan tidak berani bertanya. (k) Sering ponteng sekolah. (l) Masalahny a tidak dipedulikan atau tidak dapat dibantu mengatasinya oleh anggota keluarga. (m) Mempunyai konsep kendiri rendah. (n) Tidak menghargai sahsiah diri sendiri. (o) Mereka bukan kanak-kanak lembam yang gagal sama sekali di sekolah. Mereka mungkin menghadapi masalah dalam matematik, tetapi boleh mencapai peringkat lulus dalam Bahasa, dan dapat prestasi baik dalam Senilukis, Kemahiran Manipulatif atau mata pelajaran yang lain.
3.
Kanak-kanak Kecelaruan Tingkah Laku (Behavorial Disorders) i. Secara am, kanak-kanak empat kategori seperti berikut:
kecelaruan
tingkah
laku
boleh diklasifikasikan kepada
(a) Tingkah laku terbias.: Mempunyai tingkah laku yang menentang autoriti, tidak m ematuhi peraturan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanakgolongan ini adalah hiperaktifalau hiperkinetik. (b) Sifat pengongkongan dalaman : Kanak-kanak y ang bersif at pemalu, pendiam, sensitif, pasif,
tidak suka berkawan, dan mudah tersinggung. Mereka sering melakukan tindakan di luar dugaan. (c) Tingkah laku ketidakmatangan : Kanak-kanak yang kurang berupaya menumpukan perhatian
dalam pelajaran. Mereka tidak berminat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. (d) Tingkah laku antisosial : Kanak-kanak sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disipli n s ekola h s eperti memeras, mengugut, mencuri, ponteng kelas dan ponteng sekolah.
ii. Kanak-kanak kecelaruan tingkah laku boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat hiperaktif, hiperkinetik dan hiperagresif. (b) Menunjukkan sifat penarik diri dan sering memencilkan diri daripada kumpulan sebaya. (c) Bersifat pemalu dan pendiam. (d) Suka membohong dan sentiasa berkhayal. (e) Suka mencuri barang orang lain. (f) Mudah kehilangan akal dan perasaannya amat sensitif. (g) Mempunyai nilai kendiri yang amat negatif.
(h) Suka menentang autoriti dan sering melanggar peraturan sekolah. (i) Tidak berminat belajar dan sering ponteng sekolah.
4.
Kanak-Kanak Cacat Pendengaran Dan Bermasalah Komunikasi Kanak-kanak cacat pendengaran sering menghadapi masalah komunikasi dan sukar memperajari sebutan perkataan- perkataan dengan jelas dan tepat. Kanak-kanak cacat pendengaran biasanya digolongkan dalam dua kumpulan, iaitu kanak-kanak cacat pendengaran pretutur ( prelingual) dan kanak-kanak cacat pendengaran postutur ( postlinguaf). Kanak-kanak cacat pendengaran pretutur adalah kanak-kanak pekak dari sejak lahir, manakala kanak-kanak cacat pendengaran postutur adalah cacat pendengaran separa atau sepenuhnya, yang biasanya berlaku selepas telah mempunyai pengalaman bercakap. Punca-punca cacat pendengaran biasanya disebabkan kerosakan gegendang telinga, saraf pendengaran ataupun warisan baka. Kanak-kanak cacat pendengaran boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Bersifat pendiam, pemalu dan tidak suka bertanya. (b) Terlalu pasif dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakan sebaya. (c) Pertuturan mereka kurang lancar, sering tersekat-sekat atau berulang-ulang. (d) Menghadapi masalah memahami kata orang lain. (e) Kurang berupaya menggunakan perkataan-perkataan tepat untuk menerangkan atau menyatakan
sesuatu perkara atau idea. (f) Persepsin ya kurang tepat kerana tidak boleh mendengar sesuatu dengan jelas dan tepat. (g) Sering bergantung membaca pergerakan bibir orang untuk memahami maksud kata. (h) (i) 5.
Sering cuba mengelakkan daripada menjawab soalan lisan orang lain kerana kurang pasti tepat apa yang disoal. Mencondong mukany a ke depan untuk mendengar jelas kata orang.
Kanak-Kanak Cacat Penglihatan Kanak-kanak cacat penglihatan adalah kanak-kanak buta atau mempunyai kadar kecekapan penglihatan di antara 20/200 hingga 20/70 selepas pembetulan, berbanding dengan kanak-kanak penglihatan normal yang mempunyai kadar kecekapan penglihatan 20/20. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh digolongkan dalam beberapa jenis, iaitu kanak-kanak rabun dekat, rabun jauh, rabun malam, rabun warna, astigimatisme, katarak, glaukoma dan juling. Di antara punca-punca cacat penglihatan ialah kesakitan mata, kekurangan zat makanan ataupun kerosakan saraf optik atau menghidap penyakit seperti hypermetropia, myopia, dyslexia dan sebagainya. Kecacatan penglihatan merupakan kecacatan deria yang buruk sekali. Kanak-kanak cacat penglihatan tentunya akan menghadapi masalah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, khasnya dalam proses persepsi dan penangkapan konsep dengan tepat. Kanak-kanak cacat penglihatan boleh dikenal pasti dengan ciri-ciri berikut: (a) Kesukaran memb aca tulisan dan ilustrasi dalam buku serta dipapan kapur. (b) Sering membawa buku dekat matanya untuk membaca. (c) Sering mengesat matanya. (d) Matanya kelihatan kemerah-merahan. (e) Matanya juling, terpesong sedikit kedudukan mata hitamnya. (f) Sering merasa pening kepala. (g) Matanya amat sentitif terhadap cahaya.
(h) Tidak dapat membaca dalam tempoh lama. (i) Kerap menulis perkataan-perkataan dengan ejaan lama.
6. Kanak-Kanak Cacat Fizikal Kanak-kanak cacat fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai kecacatan ortopedik atau anggotanya. Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau otot, menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan atau kakinya hingga menjadi lemah dan kurang berdaya. Kecacatan fizikal ini akan menjejaskan pencapaian akademik mereka, khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan anggota-anggota badan, misalnya mata pelajaran senilukis, kemahiran kemanipulatif, muzik dan pendidikan jasmani. Punca-punca utama kanak-kanak kecacatan fizikal ialah kekurangan zat makanan atau kecederaan disebabkan kemalangan. Pergerakan anggota-anggota badan yang kurang cekap atau lancar adalah ciri diperlihatkan bagi kanak-kanak cacat fizikal.
7.
Kanak-Kanak Pintar-Cerdas
Dan
yang
jelas
Berbakat
Secara am, kanak-kanak pintar-cerdas atau berbakat rrierujuk kepada kanak-kanak yang ada Darjah Kecerdasan melebihi 120. Mereka biasanya digolongkan dalam tiga kategori, iaitu: (a) Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi. (b) Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta. (c) Kanak-kanak yang berba kat kha s dalam senilukis, penulisan, drama, muzik, kraftangan,
sukan, dan sebagainya. Menurut Dr. Chua Tee Tee, pelajar pintar-cerdas ialah kanak-kanak y ang menunjukkan potensi atau kebolehanny a dengan cemerlang dalam aktiviti intelek seperti pemikiran abstrak, pemikiran logik atau kemahiran bertutur. Mereka juga mempunyai daya ingatan yang tinggi serta berbakat mencipta atau berbakat khas dalam senilukis, drama, muzik, penulisan dan sebagainya. Dr. Chua juga mengenal pasti tujuh ciri pelajar pintar- cerdas: (a) Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif. (b) Memperolehi kebolehan intelek am. (c) Memiliki kebolehan akademik khusus. (d) Berbakat dalam satu atau lebih kesenian. (e) Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial (f) Boleh bervisi j auh. (g) Mempunyai bakat memimpin.
Mengenal Pasti Kanak-Kanak Pintar-Cerdas Dan
Berbakat
Kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh dikenal pasti berdasarkan ciri-ciri am dan ciri-ciri spesiflk seperti yang dihuraikan berikut: 1.
2.
Ciri-ciri am kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat
Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi.
Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan ketara.
Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti.
Menunjukkan motivisi yang kuat.
Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.
Ciri-ciri spesifik kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat Ciri-ciri spesifik yang dimanifestikan oleh kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat boleh ditinjau daripada dua aspeks, iaitu : (a) C iri-ciri aspeks positif y
Boleh belajar dengan mudah dan cepat.
Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa yang dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulangan.
Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca.
Memperolehi perbendaharaan kata pendapatnya.
Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.
Menunjukkan minat terhadap rekaan dan ciptaan yang canggih.
Menguasai kemahiran pemikiran kognitif dengan cekap, jelas dan tepat, serta berupaya memahaminya dengan cepat.
Berupaya membuat generalisasi, mempersepsi perkaitan, dan membuat assosiasi secara logis.
Cekap menyiasat, menjadual, mengelasifikasi, mengumpul, menginferensi dan melapor.
Mengetahui dan menaruh minat terhadap banyak perkara dan peristiwa di mana kanak-kanak biasa tidak pernah menyedarinya.
Berminat terhadap asal-usul manusia dan alam persekitarannya.
Suka berkawan dengan kanak-kanak dan orang dewasa yang lebih matang daripada kanak-kanak sebaya.
Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.
Mempunyai keinginan yang kuat untuk menunjukkan kehebatannya.
yang
banyak dengan ditonjolkan dalam pemikiran dan
(b) C iri-ciri aspeks negatif
Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menumpukan perhatian dan sering menggangu rakan-rakan di sekelilingnya. Si lap dalam ejaan, tulisan kurang kemas atau silap mengira kerana kekurangan kesabarannya. Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru.
Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan dan guru-gurunya.
Di Malaysia, pada masa yang lalu, kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat adalah diberikan peluang menyertai aktiviti pengayaan semasa aktiviti kumpulan dalam kelas biasa, selaras dengan objektif-objektif Pendidikan Khas untuk kanak-kanak pintar-cerdas dan berbakat yang disenaraikan berikut oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 1982 : 1.
meluaskan lagi pengetahuan dan pengalaman mereka;
2.
menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar;
3.
menggunakan masa lapang mengikut minat dan bakat mereka;
4.
meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk kepada pelbagai bahan dan sumber maklumat;
5.
memupuk minat untuk belajar sendiri;
6.
melahir atau mengembangkan daya cipta atau kreativiti; dan
7.
memajukan kualiti kepimpinan.
Mengenal
Pasti Kanak-Kanak Istimewa
Melalu i
Ujian Kecerdasan
Untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, kita boleh gunakan Ujian Mengukur Darjah K ecerdasan yang disarankan oleh Binet dan Terman, dengan mengaitkan umur akal kanak-kanak kepada umur masanya. Selain daripada Ujian Mengukur Darjah Kecerdasan, kanak-kanak istimewa juga boleh dikenal pasti melalui pemerhatian atau ujian saringan.
Mengenal
Pasti Kanak-Kanak Istimewa
Melalui
Ujian Saringan (Sc reening Test)
1. Kanak-kanak istimewa boleh dikenal pasti dengan cara memerhati ciri-ciri tingkah laku mereka.Tetapi, cara pemerhatian ini adalah kurang objektif dan kurang jitu. Cara yang sah dan boleh dipercayai ialah penggunaan Ujian Kecerdasan (I ntelligent Test). 2. Lazimnya, ujian saringan untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa adalah disediakan khas untuk menentukan peringkat percapaian dalam mata pelajaran Bahasa dan Matematik sahaja. Bagaimanapu n, ujian saringan ini juga mengukur tahap pengamatan kanak-kanak, iaitu kuasa penglihatan, pendengaran dan psikomotor.
Sebahagian Contoh Ujian Saringan Bagi Bahasa 1.
Baca
huruf-huruf ini : a, c, f, 1, m, x, z.
2.
Baca
huruf-huruf ini : A, C, K, N, R, T, W, Y .
3.
Sebut
perkataan-perkataan ini : saya, emak, adik, kawan,
rumah. 4.
Baca
ayat dan buat mengikut maksud ayat: (a) Saya buka buku. (b)
Saya
tutup pintu.
(c)
Saya
berdiri atas kerusi .
(d) Saya menulis di papan kapur .
5.
Isikan hurufdi tempat kosong :
a b
c
k a
k
Melayu
e a
f
Peranan Guru Resos
Dan
Guru Biasa : Pengajaran Kanak-Kanak Istimewa Secara Kolaboratif Dan
Koperatif 1.
Mengikut Program Pendidikan Inklusif, kanak-kanak istimewa, sama ada cacat atau pintar-cerdas, adalah ditempatkan dalam kelas biasa mengikut umur seperti kanak-kanak normal. Ini bermakna guru biasa hendaklah juga mengajar mereka bersama dengan kanak-kanak normal. Dalam keadaan ini, kanak-kanak istimewa pula terpaksa mengikuti pendidikan kurikulum biasa bersama dengan kanakkanak normal. Bagi sekolah yang belum sempat melaksanakan program Pendidikan Khas, guru biasanya gunakan kaedah kumpulan untuk menguruskan aktiviti pemulihan bagi kanak-kanak lambat ( slow learners) kerana kecacatan bidang tertentu, dan menguruskan aktiviti pengayaan bagi kanakkanak pintar-cerdas.
2.
Bagi sekolah yang dapat peluang melaksanakan program Pendidikan Khas kerana diperuntukkan guru pendidikan khas atau guru resos serta kemudahan-kemudahan yang sesuai dan lengkap, guru biasa akan bekerjasama dengan guru resos itu dengan menjalankan aktiviti pengajaran khas untuk kanak-kanak istimewa mereka.
3.
Untuk menjayakan program pendidikan khas, guru biasa hendaklah mengajar secara kolaboratif dan koperatif dengan guru resos, berusaha bersama-sama menyediakan inventori untuk mengenal pasti kanak-kanak istimewa, merancang program pengajaran, menyediakan alat-alat bantu mengajar, menentukan strategi, kaedah dan teknik mengajar, serta isi pelajaran dan penilaian.