HBEF3503 Pendidikan INkLUSIf TOPIK 1: APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF Fokus:
(a) Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan pelajar yang kelainan upaya dari pelajar biasa. (b) Program inklusif memerlukan guru-guru yang mempunyai latihan, kemahiran dan pengetahuan khusus. (c) Isu-isu yang terlibat dalam penubuhan dan penyelengaraan sekolah inklusif sering berbeza dari isu-isu sekolah biasa. Ini juga bermakna ia sering memerlukan penyelesaian yang tersendiri. Oleh itu, guru-guru program inklusif memerlukan sumber yang k husus untuk menyesaikan masalah berkaitan program inklusif. Kandungan Asas :
(a) Program sekolah inklusif bermula di akhir 1980an dan 1990an. (b) Isu-isu penting apabila membicarakan sekolah inklusif. i. Perlunya masa yang cukup untuk merancang. · Penyediaan program sekolah inklusif memerlukan masa, tenaga dan sumber yang banyak terutama sekali jika ia program menyeluruh. · Perancangan perlu sebelum, semasa dan selepas program inklusif dijalankan untuk memastikan segala isu yang timbul ditangani dengan betul untuk memastikan prrogram itu berterusan. ii. Perlunya peningkatan professsional. · Bull dan Buechler (1997), mencadangkan peningkatan professional yang berbentuk: - Berasaskan sekolah; - Menggunakan bimbingan (coaching (coaching ) dan prosedur berterusan; - Berbentuk kolaboratif; - Berteraskan hidupan seharian guru untuk memastikan perkembangan berteruskan; dan
- Berfokuskan pembelajaran dilalui pelajar. · Perkara lain yang perlu diambil kira: - Kenapa program inklusif diperlukan; - Bagaimana program akan dijalankan; - Kemungkinan ia berjaya; - Bentuk kolabirasi yang diperlukan; - Pasukan yang perlu dibentuk, termasuk pasukan mengajar; - Strategi berdasarkan kumpulan yang diperlukan (pembelajaran koperatif, kumpulan pelbagai umur dan peer-tutoring ); - Proses perubahan; dan - Isu-isu sekolah (disiplin, konflik dan latihan kemahiran sosial). iii. Pentingnya peranan guru pendidikan khas. · Guru-guru yang terlibat dalam pendidikan khas s ering datang dari latar belakang yang berlainan, kerana itulah mereka mungkin memerlukan latihan untuk memberi mereka keseragaman yang membolehkan program berjalan dengan lebih lancar. iv. Perlunya perancangan penjadualan dan penggunaan bahan yang teliti. · Pengalaman ramai penulis dalam bidang pendidikan inklusif menunjukkan bahawa kakitangan sekolah yang hendak menjalankan program inklusif sering tidak dapat menjangka keperluan bahan dengan tepat. v. Isu isu penyelenggaraan sekolah inklusif. · Pada lazimnya sekolah sekolah yang memulakan program inklusif akan jatuh dalam salah satu dari tiga kategori: - Program yang terus berkembang; - Program yang perkembangannya terbantut; dan - Program yang beransur-ansur kembali ke pendidikan tradisional. · Strategi untuk menjadikan program inklusif berjaya perlu:
- Mengekalkan kumpulan perancangan inklusif yang diberi tugas mengawas perjalanan program dan mencadangkan perubahan yang perlu. - Memastikan guru yang mengajar program itu dikekalkan dengan keperluan yang cukup. - Terus melibatkan guru ketika merancang kolaborasi. - Pembangunan kakitangan secara berterusan. - Memastikan penilaian keatas program inklusif berterusan. · Sila rujuk bacaan asas dan tambahan. (c) Aktiviti: Sebelum kita boleh menjalankan program inklusif atau apa -apa program pendidikan, adalah penting untuk kita tahu pandangan dan pend apat khalayak ramai, warga pendidik yang akan terlibat dan yang penting sekali, para pelajar yang akan terlibat dibawah program yang akan dijalankan. Untuk tugasan kecil ini anda perlu menjalankan dua aktiviti. i. Baca artikel yang diberi. ii. Tanya beberapa orang dari mereka yang akan terlibat tentang pendapat dan kesedaran mereka tentang program inklusif. Dari bacaan dan perbualan anda, sediakan satu laporan ringkas (tidak lebih dari tiga muka) dan muatkan ke dalam fail reflektif anda – kandungan fail ini boleh digunakan untuk melengkapkan tugasan tugasan anda.. Pautan Luar:
(a) Pendidikan Inklusif menurut UNESCO. (b) Menjalankan pendidikan inklusif memerlukan sumber dan pengetahuan yang tersendiri. Bacaan Utama:
Bab 3: Schoolwide Issues in Creating Inclusive School (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan dari khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library) Pendidikan Inklusif Di Sana Sini
(a) Di Malaysia, pelajar berkeperluan khas tidak dilupakan tetapi mereka selalunya tidak dididik secara inklusif. Lihat Bacaan 1. (b) Pelajar berkeperluan khas selalunya dinilai sebelum mereka ditempatk an dalam kelas atau program yang membolehkan mereka belajar dengan lebih sempurna. Sila rujuk Bacaan 2.
Rujukan Video.
(a) What is Inclusive Education.
Components of Inclusive Education There's a difference between "real" inclusion... and just being present. Key "Necessary" Components of "Inclusive Education" Students are in their home schools, general education classes
Where the students would be if they did not have disabilities Appropriate Supports and Services
Based on individual's and needs. Supports follow the students, the students don't go somewhere to get them "On-going" planning for success
Obstacles are issues waiting for solutions "Teams" are proactive, addressing needs before problems arise Inclusion is a process, not an event All team members actively seek out information and resources All team members have a shared vision of what success looks like for each individual student Classroom, building and district decisions and planning reflect the needs of students with disabilities Active Participation
Exclusion can happen in a general education environments All activities are designed to be accessible for all students All students have a sense of belonging
All students are valued Social goals are integrated within class activities for all students Adults model and facilitate inclusion and interactions Achievement of IEP Goals
Goals are dependent on individual and worked on within general curriculum Natural proportions
Same proportion of students with disabilities are in classes as are in the general population Students with disabilities are not grouped All classes practice inclusion, none are referred to as "inclusion classes" Classes get ready for students
Students do not have to get "ready" to be included There are no prerequisites for inclusion Staff are trained based on students' needs Collaboration and Team Planning
General and special education staff have ownership of students with disabilities All team members collaborate and communicate frequently Diversity is valued through out all environments, activities and events
Sensitivity and awareness are interwoven throughout Universal design and curriculum are utilized first People 1st language is promoted and used in all environments All students get what they need based on individuals, not labels All students count in assessments and evaluations
Topik 2: Membina Kelas Inklusif. Fokus:
(a) Untuk mewujudkan program inklusif di sekolah anda, anda perlu terlebih dahulu tahu keperluan pelajar dan sekolah anda. (b) Program inklusif tidak boleh dijalankan dengan efektif tanpa guru yang berminat dan berkebolehan dalam bidang ini. (c) Untuk membolehkan program inklusif diwujudkan dengan baik, beberapa polisi dan peraturan tentangnya telah diwujudkan. Kandungan Asas :
(a) Langkah-langkah yang dicadangkan McLeskey dan Waldron (2000), untuk membina sekolah / program inklusif di sekolah anda. i. Mula dengan perbincangan tentang persekolahan untuk semua pelajar. ii. Tubuh kumpulan / pasukan yang akan menjalankan rancangan. iii. Kaji dan kenali sekolah / konteks anda. iv. Kaji sekolah sekolah lain dan lihat apa yang mereka lakukan di sekolah mereka. v. Buat perancangan anda untuk menubuhkan program inklusif di sekolah anda. vi. Runding dan bincangkan rancangan anda dengan seluruh komuniti sekolah. vii. Olah semula perancangan anda dengan mengambil kira maklum balas dari komuniti sekolah. viii. Buat persediaan. ix. Jalankan rancangan anda. x. Monitor, pertimbangkan dan olah program inklusif anda dan buat perubahan di mana perlu. (b) Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang sekolah anda dan program inklusif (rujuk poin ketiga diatas: kaji dan kenali sekolah anda). i. Kenali sekolah anda. · Berapa ramai pelajar belajar di sekolah anda?
· Apakah kumpulan kumpulan yang ada di sekolah anda (kaum, jantina dan lain lain)? · Jumlah kakitangan (guru dan lain lain) di sekolah anda? · Apakah saiz kelas di sekolah anda? · Lain lain informasi yang berkenaan dengan keperluan dan perlunya menubuh program inklusif di sekolah anda? ii. Pelajar pelajar yang berkeperluan khas di sekolah anda. · Berapa ramaikan pelajar berkeperluan khas di sekolah anda? · Bahagikan jumlah pelajar berkeperluan khas menurut tahun dan jenis / tahap kelainan mereka. · Dari manakah pelajar pelajar ini datang? iii. Sokongan untuk pelajar berkeperluan khas. · Apakah sokongan untuk pelajar berkeperluan khas yand sedia ada di sekolah anda? · Apakah terma terma rujukan yang digunakan dalam program sokongan yang sedia ada di sekolah anda? · Kakitangan yang terlibat dengan program sokongan yang sedia ada? - Guru; - Kakitangan sokongan; - Kakitangan sukarela; dan - Pelajar yang sedia / sedang membantu. iv. Program sokongan yang sedia ada. · Lain lain informasi yang perlu. v. Pelajar berkeperluan khas dan guru yang terlibat. · Bahasa / terma yang digunakan; · Penglibatan secara fizikal;
· Penglibatan masyarakat; · Penglibatan akademik; dan · Fungsi dan peranan guru pendidikan khas. vi. Peraturan dan polisi sekolah · Bagaimanakah pelajar dikumpulkan? Pembahagian kelas dan lain lain. · Apakah pelajar berkeperluan khas dikumpul bersama pelajar lain? · Apakah sekolah anda mengamalkan pembelajaran koleratif? · Apakah amalan amalan yang membantu dan menghalang program inklusif? · Apakah polisi sekolah anda berkaitan - Adaptasi teknik pembelajaran; - Masalah disiplin dan hukuman; dan - Segala aktiviti inklusif. · Bidang kuasa sekolah dalam menjalankan program inklusif. vii. Polisi dan peraturan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkenaan program inklusif. viii. Perkara perkara yang anda perlu tahu tentang komuniti sekolah dan komuniti di luar sekolah. · Pendapat dan pegangan berkenaan pendidikan inklusif. · Kefahaman tentang pendidikan inklusif. Bacaan Utama:
(a) Bacaan 3 (b) Bab 9: A Systematic Approach for Developin g, Implementing and Monitoring Inclusive School (Mcleskey & Waldron, 2000). (Dapatkan d ari khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library). (c) Bab 10: Lessons Learned (Mcleskey & Waldron, 2 000). (Dapatkan dari khidmat Ebrary di TSDAS Digital Library)
Rujukan Video. Bagaimana Pendidikan Inklusif beraksi.
TOPIk 3: PENUBUHAN SEKOLAH INKLUSIF Fokus: Kandungan Asas :
(a) Isu isu logistik dalam menubuh program inklusif. i. Prinsip asas · Gunakan sokongan yang sedia ada dalam kelas: sokongan semulajadi. · Pilih sokongan yang paling kurang intrusif. ii. Untuk sokongan dalam kelas kekal efektif, ia perlu: · Sesuai dengan perjalan seharian pembelajaran kelas. · Dilihat sebagai efektif oleh pelajar berkeperluan khas da n juga oleh pelajar biasa. · Merupakan nilai tambah dalam repertoire / portfolio teknik pembelajaran guru yang mengajar. iii. Apa yang dianggap “khas” tidak semestinya menonjol dalam konteks kelas yang dijalankan kerana sesuatu yang menonjol biasanya susah untuk diterima dan susah untuk dikekalkan dalam perjalanan seharian kelas, terutama sekali untuk jangkamasa yang lama. (b) Kenapa program inklusif baik untuk pelajar berkeperluan khas? Sekolah-sekolah yang mempunyai pelajar berkeperluan khas mempunyai beberapa pilihan seperti mengadakan kelas-kelas khas untuk pelajar berkeperluan khas, mengadakan kelas khas untuk pelajaran tertentu dan mengadakan kelas inklusif sepenuhnya. Setiap pilihan ini menimbulkan masalah yang sendiri. i. Bergerak dari kelas-kelas mangambil masa dan ini akan mengurangkan masa pelajar untuk satu satu kelas. ii. Keluar masuk kelas untuk subjek tertentu dari k elas campuran dengan pelajar biasa dan kelas khas menyukarkan pelajar berkawan.
iii. Mengadakan kelas berasingan mengurangkan masa mengajar untuk guru. iv. Kelas berasingan untuk subjek tertentu men yukarkan pelajar kerana mereka perlu mempelajari peraturan berlainan untuk setiap kelas. (c) Idea asas program inklusif, semua pelajar perlu dilibatkan dalam p embelajaran dan komuniti sekolah dan semua perlu menerima kepelbagaian hingga tidak mengasing sesiapa sahaja (Stainback, Stainback & Jackson, 1992 dari McLeskey & Walron 2000). Maka cabarannya adalah mewujudkan kepelbagaian pelajar dan pembelajaran di dalam kelas. (d) Cabaran ini adalah cabaran jangka panjang iaitu untuk mencipta kelas yang baru dimana kepelbagaian diterima. Ini dimulakan dari kelas dan pelajar normal dan bukan dari pelajar berkeperluan khas (McLeskey & Waldron 2000). (e) Ferguson (1995), mencadangkan tiga perubahan asas yang perlu berlaku untuk membolehkan program inklusif diwujudkan: i. Sekolah dan kelas perlu disusun menurut gaya pembelajaran dan kepelbagaian pelajar dan bukan menurut tahap kemahiran dan kebolehan pelajar. ii. Beri keutamaan kepada peranan pelajar dalam membina pengetahuan, kemahiran dan kebolehan mencari ilmu, bukan lagi menganggap guru sebagai pemberi ilmu pengetahuan iii. Anggap peranan sekolah sebagai penyedia sokongan untuk pembelajaran dan bukan pemberi ilmu. Ini boleh dipanjangkan untuk memberi sokongan supaya membolehkan pelajar menjadi sebahagian dari masyarakat am. Bacaan Utama:
(a) Bab 5: Logistic Issues in Developing Inclusive Schools (Mcleskey & Waldron, 2000). (b) http://www.education.gov.za/LinkClick.aspx?fileticket=gVFccZLi%2FtI%3D&tabid=191& mid=484. Rujukan Video :
Menubuhkan program inklusif .
TOPIk 4: KEPERLUAN SOSIAL PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF Fokus: Kandungan Asas :
(a) Pelajar dianggap boleh menyesuaikan diri dengan perjalanan dan pembelajaran di sekolah sekiranya ritma hariannya di sekolah selari dengan pelajar-pelajar lain (Mcleskey & Waldron, 2000). (b) Kebolehan pelajar berkeperluan khas untuk menyesuaikan diri dengan pelajar lain boleh: i. Mengurangkan stigma sebagai pelajar berkeperluan khas. ii. Dianggap sebagai ahli penuh komuniti sekolah dan seterusnya masyarakat secara amnya. (c) Untuk membolehkan pelajar sesuai dengan kelasnnya empat faktor penting perlu diutamakan, iaitu: i. Iklim kelas yang sesuai untuk tindak laku positif. ii. Mengajar semua pelajar tentang hakikat kelainan upaya. iii. Memberi pelajar peluang untuk belajar kemahiran sekolah. iv. Memberi peluang untuk pelajar membina persahabatan diantara satu sama lain. (d) Ciri ciri lazim kelas inklusif: i. Keadilan dan kebolehpercayaan di dalam kelas. ii. Pelajar terlibat dalam membuat keputusan pengurusan kelas. iii. Peraturan yang ditetapkan dan dipelajari semua pelajar terlibat. iv. Masalah disiplin diramal dan ditangani sebelum ia muncul. v. Pengurusan persekitaran kelas yang baik. vi. Teknik intervensi yang diolah khas untuk masalah disiplin di kelas. vii. Kelas yang predictable. Bacaan Utama:
Bab 7: Addressing Students’ Social Needs in the Inclusive Classrooms (Mcleskey & Waldron, 2000).
TOPIk 5: KEPERLUAN AKADEMIK PELAJAR DALAM KELAS INKLUSIF Fokus: Kandungan Asas :
(a) Sekolah yang menjalankan program inklusif sering terlepas pandang keperluan pelajar berkeperluan khas, dan ada masanya, pelajar biasa juga. (b) Bahagian ini merangkumi strategi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. (c) Menangani kepelbagaian: i. Adaptasi kurikulum. ii. Mengubah kurikulum. (d) Menangani kepelbagaian dalam kelas biasa: i. Mengubah teknik mengajar. ii. Mempelbagaikan teknik mengajar. iii. Melakukan perubahan. (e) Menangani keperluan sosial: i. Komuniti akademik di sekolah. ii. Komuniti sosial di sekolah. iii. Iklim positif bilik darjah. iv. Mengajar pelajar tentang kelainan upaya. v. Mengajar kemahiran sosial. vi. Persahabatan. (f) Menangani pelajar bermasalah.
Bacaan Utama:
Bab 6: Addressing Students’ Academic Needs in Inclusive Classrooms (Mcleskey & Waldron, 2000).
TOPIk 6: NUMERASI DI SEKOLAH RENDAH Fokus: Kandungan Asas :
(a) Apa itu numerasi? i. Secara asas, numerasi adalah kebolehan menggunakan nombor iaitu mengira atau lebih tepat lagi, kebolehan menggunakan dan memahami konsep matematik. ii. Makna numerasi, “… competence in interpreting and using numbers in daily life, within the home, employment and society. Thus the meaning of numeracy must relate to the social context of its use and the social practices that are adopted in the context” (Baker, 1999; Brown, 2004). iii. Definasi UK, “… numeracy was to be defined broadly as the competence and inclination to use number concepts and skills to solve problems in everyday life and employment … at primary level … proficiency in a culturally neutral context -free set of number skills, underpinned by abstract visual models, such as the number line..” (Brown 2004). (b) Bagaimana numerasi diajar di sekolah? i. Secara lazimnya, numerasi dibina dalam kalangan pelajar sekolah melalui pengajaran matematik. Ini temasuklah menngunakan numbor dan konsep-konsep matematik lain dalam konteks: · Menyelesaikan masalah: - Interpretasi informasi matematik. - Kebolehan melihat pilihan yang ada dan memilih jalan kerja terbaik untuk menyelesaikan masalah. - Berfikir secara logik dan waras. - Menyimpan sesuatu dalam ingatan dan mengingatnya kembali.
- Membina kemahiran persepsi penglihatan. - Menggunakan idea dan teknik matematik untuk menyelesaikan masalah. - Mencari yang abstrak dari yang konkrit (informasi). · Menggunakan nombor: - Memberi makna kepada abjad dan nombor yang digunakan dalam pengiraan. - Memahami konsep nombor dan hubungkaitan antara nombor nombor. - Menyusun dan mengatur nombor. - Mengira (campur, tolak, bahagi dan lain lain). · Mengira: - Tahu bagaimana mengukur. - Faham menggunakan alat mengukur. - Faham sistem ukuran yang berbeza. · Algebra: - Melihat, mengenal, meramal dan menceritakan corak dan kaitan matematik. - Merumuskan algoritma dari masalah kompleks. · Geometri: - Membina kesedaran dan kemahiran spatial (ruang). - Memahami hubungan geometri dalam bentuk dua dan tiga dimensi. · Statistik: - Mengumpul, menganalisa dan mempersembahkan data. - Mengkategori dan mengenal hubungkait antara data dalam bentuk nombor. - Mempersembahkan informasi dalam bentuk carta, graf d an lain lain illustrasi.
- Menggunakan bahasa dan tulisan yang betul untuk menyampaikan maksud berkaitan nombor dan data. (c) Aktiviti. Dalam bacaan asas, baca tentang P rogram Numerasi Leverhulme and juga cari (melalui google atau Bing ) terma asas pendidikan matematik di Malaysia. Apakah kedua ini sama dengan terma yang digunakan di Australia yang tercatit dalam (b)? Bacaan Utama:
(a) Margaret Brown 2: The Meaning of Numerac y (Brown, Askew & Millett, (eds); 2004). (b) http://www.kiwifamilies.co.nz/articles/numeracy/. (c) Rujuk dokumen PEMANDU dalam bahagian sumber. Rujukan: a) Numerasi bukan matematik (UK)