4.0 PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF Pengenalan Membuat pilihan mengenai jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar dan rumit seperti menulis atau membina item itu sendiri. Ada dua jenis kategori ujian a) item objektif yang memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul dari beraneka pilihan atau memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau jawapan pendek atau melengkapkan ayat b) item subjektif atau esei yang membenarkan pelajar membentuk
dan menyediakan jawapan yang
asal dan tepat. Item objektif termasuklah aneka pilihan, betul-salah, padanan dan melengkapkan sementara item subjektif memerlukan esei jawapan pendek, jawapan terbuka , penyelesaian masalah atau item ujian pencapaian. Kebiasaannya, apabila diberikan tugasan untuk membina instrumen ujian mereka akan menghadapi kesan emosi iaitu gembira atau risau atau keduaduanya sekali. Kerisauan timbul kerana mungkin mereka belum pernah melakukannya dan gembira mungkin kerana diberi peluang untuk mencuba dan berkongsi pengetahuan dan kemahiran mengenai apa yang patut diukurkan. Bagi yang sudah bersedia, mereka mungkin telah pun bersedia dengan penulisan dan pembinaan yang dihajati. Namun persediaan dan pengetahuan tentang pembinaan item merujuk kepada ketetapan yang telah disandarkan merupakan satu ujian yang agak getir. Dengan berpandukan panduan dan peraturan yang telah ditetapkan seseorang pembina item atau soalan boleh merancang dan menentukan kehendak yang diperlukan atau jenis soalan atau item yang perlu disediakan. Objektif
Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat : •
Merancang pelbagai instrumen pengukuran untuk menilai pencapaian pelajar didalam sesuatu matapelajaran
•
Membuat padanan item ujian mengikut objektif
•
Membina ujian objektif dan ujian esei
•
Memberi maklumbalas berasaskan ujian pencapaian pelajar
4.1 Jadual Penentuan Ujian Pembinaan ujian yang akan dijalankan hendaklah mengikut perancangan dan
keperluan
spesifikasi
ujian
yang
telah
ditetapkan.
Sampel
perancangan ujian yang hendak dijalankan mestilah mewakili item ujian yang seimbang merangkumi dan meliputi aspek kemahiran dan pengetahuan yang boleh dilaksanakan pengguna. Kaedah ini boleh mmemastikan pengguna diuji dengan ujian yang relevan dan sah mengikut kebolehan yang sebenar dengan memberi keyakinan bahawa pengguna mempunyai asas pengetahuan mengenai perkara yang dipelajari. Setiap ujian yang dibina menjalani pelbagai peringkat proses termasuklah pembinaan item, mengkaji semula, proses ujian awal (pilot-test) dan praujian bagi memastikan item ujian adalah boleh digunakan dan diperbaiki (jika ada keperluan). Akhir sekali, sebelum ujian tersebut boleh dijalankan, item ujian biasanya dikaji dan dinilai oleh pakar pembina item. Keseluruhan proses kaji-semula ini boleh membantu dalam memastikan
mutu dan kualiti item ujian mempunyai sifat kesahan, kebolehpercayaan dan pengukuran yang adil. (Hale, 1980) “A Table of Specifications consists of a two-way chart or grid (Kubiszyn & Borich, 2003; Linn & Gronlund, 2000; Mehrens & Lehman, 1973; Ooster, 2003) relating instructional objectives to the instructional content. The column of the chart lists the objectives or "levels of skills" (Gredler, 1999, p.268) to be addressed; the rows list the key concepts or content the test is to measure. According to Bloom, et al. (1971), "We have found it useful to represent the relation of content and behaviors in the form of a two dimensional table with the objectives on one axis, the content on the other. The cells in the table then represent the specific content in relation to a particular objective or behavior" . Jadual
penentuan
ujian
bukan
sahaja
membantu
mengenalpasti
kandungan pelajaran yang diajar dikelas tetapi juga turut mengenalpasti objektif pelajaran bagi setiap tahap domain objektif yang berdasarkan Taksonomi Bloom. Guru akan tentunya yakin bahawa mereka mengukur pembelajaran pelajar dari awal hingga akhir dan sudah pasti guru tidak akan lupa mengenai kandungan apa yang patut di ajar. Enam elemen yang perlu diketahui sebelum membina jadual penentuan ujian bagi ujian adalah : (1) keseimbangan sasaram ujian; (2) keseimbangan tahap pembelajaran; (3) format ujian; (4) jumlah item; (5) bilangan item ujian bagi setiap sasaran tahap pembelajaran;
dan (6)
kebolehan kemahiran yang dipilih bagi setiap rangkakerja. Spesifikasi yang terbentuk berdasarkan enam elemen ini akan membolehkan keseimbangan tahap pengujian yang mewakili setiap unit yang seimbang sasaran dan tahap pembelajaran.
Aktiviti Ambil satu contoh kertas ujian yang pernah anda lihat. Berdasarkan item ujian tersebut senaraikan beberapa objektif pengajaran yang anda dapat perolehi. Jadual penentuan ujian dibina sebelum ujian di tulis. Seharusnya ianya hendaklah dibina sebelum pengajaran dimulakan. (Kubiszyn & Borich. 2003; Mehrans & Lehman, 1973; Ooster. 2003). Memang banyak masa dan tenaga diperlukan bagi membina spesifikasi ujian. (Kubiszyn & Borich, 2003). Linn and Gronlund (2000) menyatakan "Walaupun prosesnya mengambill dan memakan masa yang lama, tugasab yang dijalankan dalam pembentukan jadual penentuan ujian akan membolehkan kerja persediaan lebih mudah dimasa depan. 4.1.1. Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Merujuk pengetahuan dan kemahiran yang perlu dicapai / dikuasai murid selepas sesi Pengajaran dan & Pembelajaran. Objektif pengajaran merupakan
asas
pemilihan
bahan
dan
peralatan
pengajaran,
pengetahuan asas yang berkaitan yang (pengetahuan sedia ada), isi pelajaran; di samping mencadangkan aktiviti guru-murid dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Pernyataan objektif pengajaran adalah berasaskan: i.
Hasil yang akan diperolehi murid;
ii.
Prestasi atau tingkahlaku murid yang boleh dilihat atau diukur, selepas sesi pengajaran;
iii.
Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkahlaku;
iv.
Darjah atau peringkat perubahan tingkah-laku yang dijangkakan.
v. Di samping itu, objektif pengajaran hendaklah melibatkan: i)
Perkara yang masih belum dikuasai murid;
ii)
Masa bilakah objektif tersebut hendak dicapai (misalnya, di akhir pengajaran);
iii)
Kesinambungan dengan pengalaman pelajaran terdahulu;
iv)
Maklumat yang dapat menunjukkan sesuatu yang dikehendaki (misalnya, kemahiran intelektual yang harus dilaksanakan).
Jadual penentuan ujian dibentuk untuk memberi suatu gambaran mengenai kandungan dan format item ujian bagi mengukur objektif pembelajaran. Setiap item penentuan ujian mengandungi perkaraperkara berikut : nombor pengenalan objektif, tahap gred, rangkuman
matapelajaran,
pengenalan
tujuan,
penerangan
kemahiran, rangsangan dan sample item. Penentuan ujian boleh memberi arah
kepada guru dalam memaklumkan pencapaian
pelajar dalam pengajaran yang telah diberi. Guru juga boleh membimbing pelajar tentang persediaan menghadapi ujian. Bagi tujuan ujian berpusat, diantara proses yang dijalankan pembentukan jadual penentuan ujian termasuklah : (1) menentukan dan membentuk piawaian
(2) membina spesifikasi ujian (3)
membina item (4) mendaftar dan mentadbir ujian dan (5) penskoran, analisa dan pelaporan. Bagi tujuan menentukan piawaian,
maklumbalas
dari
ahli-ahli
dari
pelbagai
bidang
hendakah diperolehi. Untuk tujuan itu, tujuan ujian, jenis hasil ujian,
bilangan item ujian dan masa yang diperlukan untuk mentadbir ujian, jenis item, definisi kandungan dan kemahiran, ciri-ciri ujian seperti format, kesusahan dan ujian diskriminasi ; kesahan dan kebolehpercayaan ujian. Pembinaan ujian merangkumi pembinaan item dan pengujian awal. Pendaftaran dan pentadbiran ujian melibatkan calon, tempat ujian dan pentadbiran ujian. Langkah terakhir melibatkan penskoran, analisa dan pelaporan keputusan. (Hecht, 1974)
4.1.2 Pengertian Jadual Penentuan Ujian
Sebelum sesuatu ujaian dapat dibina dengan sempurnanya, satu jadual penentuan ujian atau disebut sebagai JPU mestilah dibentuk terlebih dahulu. JPU merupakan satu blue-print ujian yang perlu dibina. JPU dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JPU membantu pembina ujian mendapatkan skor yang boleh dipercayai dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat ke atas kandungan ujian berkenaan. Dalam proses membina ujian, ujian yang sah dan boleh dipercayai prosedur berikut hendaklah diikuti. 1.
merancang ujian
2.
menggubal soalan
3.
memilih dan menyelaras soalan
4.
memprauji soalan
5.
memasang kertas soalan
4.1.2.1
Perancangan Ujian dan Pembinaan Jadual Penentuan
Ujian Perkara yang penting dalam perancangan ujian ialah pembinaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) (Test Table of Specification). Dalam pembinaan Jadual Penentuan Ujian langkah-langkah berikut hendaklah diikuti. 4.1.2.2.
Mengkaji Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran dikaji untuk memperolehi maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Isi kandungan sukatan pelajaran dianalisis untuk menentukan kepentingan tiaptiap satu isi kandungannya. Antara aspek-aspek yang dianalisis ialah (i)
skop dan kedalaman kajian pada sesuatu tajuk
(ii)
pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk
(iii)
kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain
(iv)
kekomplekskan sesuatu tajuk
(v)
masa pengajaran yang diberi bagi sesuatu tajuk 4.1.2.3
Menganalisis Objektif Pendidikan
Di samping itu objektif pendidikan dianalisis untuk menentukan jenis-jenis kemahiran yang perlu di uji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya.
Maklumat-maklumat yang tersebut di atas ini adalah amat penting kepada penggubal soalan dan penggubal ujian kerana dengan ini sifat ujian itu ditentukan, bilangan soalan bagi setiap ujian ditentukan, dan pada aras kemahiran dan kesukaran apakah yang ia perlu diuji. Berdasarkan penganalisaan inilah Jadual Penentuan Ujian dibina. Lazimnya Jadual Penentuan Ujian mengandungi tiga paksi utama. 1.
2.
Paksi Kandungan -
Tajuk
-
Subtajuk
Paksi Kemahiran -
3.
Aras kemahiran
Paksi Wajaran
4.1.2.4
-
Peratusan pemberatan setiap tajuk
-
Bilangan soalan
Kepentingan Jadual Penentuan Ujian
Jadual Penentuan Ujian yang lengkap dibina akan sangat-sangat membantu
penggubal
soalan
dan
pembina
kepentingan adanya Jadual Penentuan Ujian ialah:
ujian.
Antara
1. 2.
Ujian akan dibina secara sistematik. Keesahan dari segi penyampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. Taburan tajuk adalah seimbang, dan pelajar diuji pada
3.
keseluruhan kurikulum. 4.
Taraf, mutu dan aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
setahun ke setahun, walaupun dibina oleh pembina yang berlainan. 5.
Ia menjadi panduan kepada penggubal soalan dan pembina
ujian.
Aktiviti Ambil item ujian yang pernah anda gunakan atau bina dan cuba bina satu jadual penentuan ujian.
4.1 Pembinaan Item Ujian Objektif Ujian pencapaian adalah perlu bagi pendidik untuk mengetahui objektif maklumbalas pelajar tentang banyak manakah mereka faham dan belajar. Jika diguna dengan betul, ianya boleh menilai tahap pengetahuan setiap pelajar dan juga membandingkan pencapaian antara sekolah. Ujian pencapaian yang sering digunakan disekolah adalah hasil dari pembinaan guru matapelajaran itu sendiri.
Ujian yang menepati pencapaian dan kehendak adalah ujian yang dibina oleh guru berkenaan bagi kegunaan kelas tertentu. Guru boleh menyesuaikan informasi yang mereka fikir penting bagi membolehkan kesesuaian dengan tahap pelajar mereka. Jika dibina dengan betul, ujian yang dibina dan dijalankan itu akan berupaya memberi maklumat berguna dan tepat mengenai pengetahuan yang dapat diperolehi dari pelajar atau murid mereka.
Langkah 1. Merekabentuk Ujian
Langkah pertama dalam merekabentuk sesuatu ujian yang berkesan adalah mengenalpasti apa yang anda mahu murid pelajari dari sesuatu
unit
pengajaran. Pertimbangkan keutamaan objektif dan masukkan soalan-soalan pertimbangan mengenai apa yang penting dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, jika ujian tidak menumpukan kepada objektifobjektif kehendak, murid tidak akan berpeluang menunjukkan tahap dan daya kefahaman aspek-aspek yang lain dan anda tidak akan dapat membuat penilaian tepat keatas setiap kebolehan dan pengetahuan murid anda.
Objektif pembelajaran yang ingin anda sampaikan bukan sahaja dapat memberikan maklumat yang akan diberi dalam ujian tetapi bentuk spesifik ujian yang akan dijalankan. Sebagai contohnya, adalah penting dan murid seharusnya mampu menyelesaikan masalah matematik yang memerlukan jawapan bertulis yang panjang dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. Jenis soalan yang akan digunakan juga bergantung kepada objektif pembelajaran. Jika murid diperlukan untuk memahami bagaimana kesan sejarah yang berlaku adalah berkaitan dan mengakibatkan perubahan
kepada keadaan, mungkin soalan jawapan pendek atau soalan esei adalah lebih sesuai. Jika murid diperlukan untuk mengingati tarikh penting dalam sejarah, mungkin soalan pelbagai pilihan ( objektif ) atau soalan mengisi tempat kosong adalah lebih bermakna.
Langkah 2. Menulis Soalan ujian
Sebaik sahaja anda telah menyatakan kepentingan objektif pembelajaran dan dalam masa yang sama telah menentukan jenis-jenis soalan dan rekabentuk soalan yang akan digunakan, anda mungkin telah bersedia untuk memulakan langkah berikutnya iaitu membina satu ujian yang efektif dan langkah tersebut adalah menulis soalan ujian.
Prinsip Am
Meski pun terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan-soalan ujian seperti soalan pelbagai pilihan (multiple choice) , soalan mengisi tempat kosong (fillin-the-blank) atau soalan jawapan pendek (short answer), soalan betul-salah (true-false), soalan padanan (matching) dan soalan esei (essay) dibina berlainan cara , prinsip pembinaan yang sama digunakan untuk tujuan pembinaan.
1. Arahan bagi setiap jenis soalan hendaklah mudah dan ringkas.
2. Gunakan bahasa yang mudah dan jelas. Jika bahasa yang digunakan tidak di fahami, murid
yang memahami bahan ujian tetapi tidak mempunyai
kemahiran bahasa yang baik akan menghadapi masaalah dalam menjelaskan pengetahuan mereka. Jika bahasa yang digunakan tidak jelas , murid yang mempunyai kemahiran bahasa yang tinggi sekali pun akan menjawab dengan tidak betul atau tepat oleh kerana tafsiran mereka mengenai soalan ujian tidak sama dengan kehendak instruktor berkenaan. 3. Bina dan tulis item atau soalan yang memerlukan pengetahuan spesifik atau kebolehan yang
dapat dibentuk dari unit tersebut dan bukannya kepintaran
am atau kebijaksaan ujian. 4. Jangan memberi cadangan jawapan bagi sesuatu soalan kepada soalan yang lain. Ini akan menjadikan ujian tersebut kurang berkesan, kerana murid yang bijak akan mempunyai kelebihan berbanding rakan mereka yang mempelajari dan mengetahui perkara yang sama tetapi kurang bijak dalam kemahiran mengambil ujian. 5. Jangan menulis soalan ujian dalam bentuk yang negatif. Jika anda memerlukan soalan berbentuk negatif, “tandakan” atau bezakan maksudnya kerana soalan ini akan membawa murid untuk menjawab soalan dengan tidak betul. 6. Tentukan unit dan ketepatan jawapan. Contohnya, adakah anda bersedia menerima jawapan kepada soalan matematik dalam integer bundal.
Langkah 3 . Semakan Akhir
Akhir sekali, buat penilaian semula keatas ujian tersebut. Adakah arahan yang diberikan tepat ? Adakah objektif pembelajaran yang dipilih sesuai dan
mencukupi dan seimbang ? Adakah soalan yang diberi dinyatakan dalam bahasa yang tepat dan mudah serta jelas ? Perhatian hendaklah diberikan agar soalan yang diberi tidak membawa pelajar kepada jawapan yang dapat dikesan. Soalan ujian yang lemah tahap pembinaannya bukan sahaja tidak mengukur tahap pengetahuan murid tetapi sekadar mengukur kebolehan murid mengambil ujian.
Mentafsir Keputusan Ujian
Jika anda sudah pun berpuas hati dengan pengunaan prinsip am pembinaan ujian yang telah anda lakukan, anda tentu yakin terhadap ujian yang telah anda bina
dan seterusnya memastikan bahawa
ujian tersebut akan memberi
pengetahuan keatas pelajar anda. Dengan mengambilkira kepelbagaian dalam soalan yang telah dibina berlandaskan objektif pembelajaran sebagai ujian sampingan, anda boleh membina profil pengetahuan dan kemahiran objektif bagi setiap murid anda. Skoran yang dihasilkan dari ujian sampingan ini boleh menjadi satu kaedah mengetahui keseluruhan skoran ujian dimana anda akan dapat mengenal pasti bahagian manakah yang perlu dititikberatkan. Sesuatu ujian yang dikendalikan dengan baik akan dapat membantu memaklumkan sejauh manakah pembelajaran yang diperolehi oleh murid dan seterusnya membantu murid menyelami sepenuhnya objektif pembelajaran tersebut.
4.1.1 Item Aneka Pilihan Soalan yang sering digunakan didalam ujian adalah soalan/item aneka pilihan. Item aneka pilihan dikatakan lebih mudah dan skorannya juga lebih senang dikendalikan daripada soalan esei tetapi adalah agak susah dari segi
menjawab dengan betul tanpa mengetahui keperluan
pengetahuan sebenar dari soalan/item betul-salah. Namun, soalan item aneka pilihan merupakan jenis soalan yang sukar untuk dibina. Berikut adalah beberapa langkah pembinaan badi menyediakan soalan/item aneka pilihan.
1. Nyatakan dengan jelas arahan-arahan samada anda memerlukan jawapan yang tepat atau jawapan terbaik bagi setiap soalan/item. 2. Jangan ulang perkataan-perkataan pada setiap alternatif tetapi hendaklah memasukkan perkataan didalam badan utama soalan. Ini akan
memudahkan soalan dibaca dan opsyen mudah dibandingkan. Struktur nahu atau tatabahasa soalan utama hendaklah tidak mempunyai atau mengandungi pembayang bagi respon yang betul. 3. Jadikan alternatif menarik dengan tujuan merangsang pemikiran agar menarik bagi murid yang belum mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. 4. Pastikan pilihan jawapan diletakkan secara rawak. 5. Pastikan semua pilihan anda selaras. Pembina baru selalunya membina jawapan yang panjang dan berhati-hati dan dengan demikian akan mengakibatkan pembayang jawapan diberikan. 6. Jangan biasakan memberi jawapan “ Kesemua diatas “ atau “Tiada satu diatas” sebagai alternatif. 7. Kawal aras kesukaran soalan dengan menyediakan alternatif.
Item aneka pilihan mempunyai tiga komponen asas iaitu : i)
Stimulus Adalah maklumat khusus dimana item itu didasarkan dan berbentuk teks, grafik, jadual, perbualan dan lain-lain lagi.
ii)
Stem Adalah
bahagian
yang
mengandungi
tugasan
dan
biasanya
berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap, soalan dan lain-lain lagi. iii)
Pilihan/Opsyen Adalah perkara-perkara yang diberikan sebagai pilihan jawapan dan biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain lagi. Komponen ini mengandungi dua fungsi : Kunci bagi pilihan betul atau terbaik b)
Pengganggu/Distraktor yang bertujuan untuk
menganggu pelajar dari jawapan
sebenar
4.1.2 Item Benar-Salah Item ini mempunyai pernyataan lengkap samada benar atau salah. Ianya amat sesuai untuk menguji fakta. Item ini menghendaki pelajar menentukan jawapannya benar atau salah atau palsu mengenai pernyataan yang diberi.
4.1.3 Item Mengisi Ruang Kosong Item jenis ini memerlukan anda memberi rsepon pendek dan kekadang memberi peluang anda menyampaikan idea bebas anda berpandukan kandungan pelajaran atau pun mengikut format yang telah diberikan. Kebiasaannya format item ini amat berguna untuk menguji pengetahuan,
komprehensi dan aplikasi mudah. Format agak lebih objektif dari format item esei, namun penskorannya agak subjektif. Tahap membuat tekaan adalah kurang berbanding ujian aneka pilihan kerana peluang meneka dengan tepat adalah lemah. Oleh kerana jawapan bagi soalan ini adalah pelbagaian, maka pemeriksa haruslah memiliki kunci jawapan dan pengetahuan dan kefahaman keatas perkara subjek. Dalam setiap hal, pembina item sahaja yang mengetahui idea dengan jelas dan juga jawapan yang dituntut, maka, adalah perlu untuk mengadakan model jawapan alternatif dan juga kriteria pengredan berkaitan item ujian. Item ini menghendaki jawapan dalam mengemukakan masaalah dan beberapa penyelesaian masalah atau stimulus dan tindak balas. Setiap penyelesaian masalaah atau tindak balas boleh digunakan sekali, lebih dari sekali atau tidak digunakan langsung. Item ini menghendaki murid/pelajar memadankan masalah dengan penyelesaiannya atau stimulus dan tindak balas yang betul. Contoh 4. Apakah tiga warna utama yang telah anda pelajari dalam kelas sains ? Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah _______________ , ______________ dan ______________ . ( 3 markah)
4.2 Pembinaan Item Ujian Subjektif Item subjektif ialah item yang membenarkan subjektiviti dalam respons yang diberikan. Item ini digunakan supaya pelajar boleh mempamerkan kedalaman pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Pelajar boleh memberi respons dengan mengemukakan pelbagai jawapan yang
bersikaft polikotomus. Oleh itu item ini mampu disesuaikan untuk menguji tahap kognitif yang lebih tinggi seperti mentaksir kemahiran menganalisis, mensintesis atau membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara yang mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir. Item subjektif juga memberi kebebasan yang agak luas kepada pelajar bukan sahaja dari segi mempersembahkan respons, tetapi juga panjang atau pendek respons itu. •
Pada pendapat anda item ujian yang manakah lebih sesuai , ujian objektif kah atau ujian subjektif ?
•
Cuba anda bina beberapa item ujian objektif atau pun item ujian subjektif.
4.2.1 Kata Tugas Item Ujian Kata tugas adalah suatu kata kerja yang terdapat pada sesuatu item yang berfungsi untuk menyatakan tugasan yang hendak disampaikan oleh penuli item tersebut. Kata tugas ini akan mengarahkan pelajar untuk memberikan respons yang sejajar dengan tugasan item atau soalan. Oleh itu pemilihan dan penggunaan kata tugas yang sesuai pada suatu item adalah sangat penting. Kegagalan menggunakan kata tugas yang tepat dengan hasrat penulis item akan menyebabkan pelajar gagal memberikan respons seperti dihasratkan dalam peraturan pemarkahan. Kata tugas mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan objektif penilaian yang
menggunakan
item
berkenaan,
dimana
kata
tugas
boleh
membayangkan kerencaman tugasan sesuatu item. Walau bagaimana pun suatu kata tugas itu tidaklah unik bagi sesuatu objektif penilaian sahaja, kerana terdapat kata tugas yang sama apabila dikaitkan dengan
tugasan item yang berlainan akan menagih corak dan jenis respons yang berlainan. Terdapat kata tugas yang dapat berdiri dengan sendiri untuk menyatakan tugasan
item.
Walau
bagaimanapun
terdapat
kata
tugas
yang
memerlukan sokongan item daripada beberap perkataan lain untuk menjadikan penyampaian tugasan sesuatu item itu lebih jelas.
4.2.2 Item Esei Jawapan Terbatas Item jawapan terbatas berkecenderungan menghadkan bentuk dan respons pelajar. Bentuk respons biasanya dihadkan melalui skop yang disoal dan markah yang diperuntukkan. Manakala panjangnya respons adalah dari segi ruangan jawapan yang disediakan. Biasanya item ini memerlukan pelajar memberikan respons dalam satu prasa atau beberapa ayat atau satu perenggan. Item jenis ini tidak terhad kepada menguji pengetahuan sahaja. Dengan menghadkan bentuk dan panjangnya respons pelajar, pemarkahan lebih terselaras dan dapat meninggikan kebolehpercayaan skor ujian. Respons yang diharapkan lazimnya dibina atau dipandu berdasarkan stimulus dan tugasan item. Dalam menyediakan item respons terhad, butiran yang
disoal boleh melampaui tahap pengetahuan seperti mentaksir kemahiran aplikasi atau menyelesaikan masalah. Item jawapan terbuka berupaya memfokuskan
tugasan item kepada
sesuatu tujuan yang khusus namun item jawapan terbuka tidak sesuai digunakan untuk menguji kemahiran intelek yang lebih tinggi. Item jawapan terbuka tidak mampu mengumpulkan evidens yang mencukupi tentang kemahiran berfikir plelajar dan berkemungkinan banyak memberi respons secara terbuka. 4.2.3 Item Esei Jawapan Terbuka Item jawapan terbuk bersifat polikotomus dan mengundang pelbagai kemungkinan memberikan
jawapan daripada pelajar secara kebebasan
kepada
pelajar
untuk
bertulis. Item merancang
ini dan
membentuk jawapan. Pelajar bebas mengemukakan idea, pendapat dan tanggapan mereka, mengorganisasikan idea, membina hujah yang logis, membentangkan
penilaian
sesebuah
pemikiran
atau
mengaitkan
pemikiran dan perasaan. Oleh itu jenis item ini sesuai untuk mengukur konstruk yang memerlukan pelajar menggunakan beberapa kombinasi kemahiran
seperti
menginterpretasi,
menyelesaikan
masalah
dan
membuat keputusan. Meskipun begitu , darjah kebebasan ini tertakluk kepada keperluan tugasan, stimulus dan prompt yang diberi. Item jenis ini membolehkan pelajar mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif mereka kepada pentaksir. Dalam item respons terbuka, pelajar diperlukan mengutip dan memilih isiisi dan idea-idea daripada pengetahuan sendiri, menyusun idea-idea dan isi-isi itu dan seterusny menulisnya dengan cara yang logik dan dapat difahami. Peraturan pemarkahan yang disediakan perlulah jelas, terperinci dan komprehensif. Kekuatan item jawapan terbuka adalah ia boleh :-
a) Menerokai pelbagai pilihan, cara ata pendekatan bagi menyelesaikan masaalah b) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat. c) Menghasilkan sesuatu idea yang asli. d) Menyatu dan mengabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran. e) Mengenalpasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk suatu komunikasi. Namun item jawapan terbuka juga mempunyai kekangan dalam :a) Memerlukan pemeriksa yang terlatih untuk membuat penskoran b) Memerlukan masa yang agak panjang untuk penskoran dan perbandingan dengan item objektif c) Penskoran respons pelajar dilakukan secara subjektif dan boleh memberikan kesan ‘halo’ ( potensi dalam ketidaktepatan pemerhatian kesan dari terlalu membuat kesimpulan lebihan keatas sesuatu bukti atau keutamaan atau pengaruh ) d) Memerlukan pelajar menulis dengan bentuk tulisan yang jelas dan boleh dibaca. Bentuk tulisan yang kuang jelas dan sukar dibaca akan menjejaskan pemeriksa untuk memahami idea atau maklumat yang disampaikan dan boleh menjejaskan skor pelajar.
•
1. Senaraikan jenis item ujian yang anda tahu dan nyatakan kelebihan dan
kekurangan yang anda boleh
fikirkan. 2. Bincangkan jata-jata tugas yang sesuai dalam membina item ujian
Rumusan Dalam bab ini, kita telah membincangkan mengenai jenis-jenis item ujian. Membina item atau soalan ialah satu keadah mengukur dan menilai pencapaian pelajar. Program ini memerlukan guru yang terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum dan kaedah pengajaran khas. Membina item ujian bukan sahaja mengambil masa yang lama tetapi memerlukan penelitian. Item ujian boleh membantu mengukur pencapaian kognitif pelajar atau murid jika ianya dibina dengan betul. Glosari Item Aneka-Pilihan . Item aneka-pilihan boleh digunakan untuk mengukur pengetahuan dan konsep yang kompleks. Oleh kerana item aneka-pilihan boleh dijawab dengan cepat anda boleh menilai kemahiran murid dalam pelbagai bidang dalam ujian sejam.Item ini mudah diberi markah. Item aneka-pilihan yang baik sukar dibina dan ditadbirkan.
Item Betul-Salah. Oleh kerana peluang untuk membuat tekaan adalah tinggi, item ini dianggap rendah kebolehpercayaannya. Sesuai digunakan pada ketika tertentu sahaja. Item Esei. Item esei membolehkan anda mengukur kebolehan pelajar dalam menyusun, menerangkan dan menyatakan pendapat dalam bahasa yang sendiri. Kajian menunjukkan pelajar akan belajar dengan lebih tekun jika menghadapi ujian esei dari menghadapi ujian anaeka-pilihan; pelajar akan bersedia untuk menumpukan hal dan isu yang lebih luas. Ujian esei juga membolehkan anda memberi komen mengenai pencapaian pelajar, tahap pemikiran dan tahap kefahaman yang tinggi dan juga boleh mengesan kekurangan pelajar. Namun ujian esei hanya mampu mempamirkan bilangan soalan yang rendah dan kandungan kesahan adalah rendah. Kebolehpercayaan ujian iuga agak subjektif dan pengredan adalah tidak konsisten. Item Objektif. Item objektif termasuklah betul-salah, mengisi tempat kosong, padanan dan aneka-pilihan. Perkataan objektif menunjukkan bahawa hanya satu jawapan sahaja yang diperlukan. Bergantung kepada kemahiran membaca dengan pantas dan menerangkan jawapan. Item Padanan. Format memadan adalah efektif untuk menguji perhubungan diantara perkataan dan defines, kejadian dan tarikh, kategori dan contoh. Item Jawapan Pendek . Bergantung kepada objektif anda, ujian jawapan pendek boleh dijawab dalam bentuk satu ayat atau lebih. Mudah ditulis namun agak sukar untuk di skor. Membolehkan anda melihat kebolehan pelajar anda menyatakan pendapat mereka. Jadual Penentuan Ujian. Jadual penentuan ujianmengandungi carta dua-hala atau grid yang mengaitkan objektif arahan dengan kandungan
arahan. Lajur senarai carta menyenaraikan objektif ( tahap kemahiran) dan barisnya menyenaraikan kunci konsep pengukuran ujian tersebut.
Rujukan : 1.
Hale, Gordon et al (December 1980), "Effects of Item Disclosure on TOEFL Performance," Research Report No. 8, Educational Testing Service, Princeton, NJ.
2. ED322060. (1988) Social Studies Grade 8. Blue Prints for Testing Minimum Performance Test Item Specifications. 3.< Hecht, James T. (1974) The Development and Structure of Professional Examinations 4.
Planned for National Use.
Childs, R.A. (1989) ED315426 .ERIC Clearinghouse on Tests Measurement
and Evaluation Washington DC., American Institutes for Research Washington DC. 5.
Notar, Charles et al (2004). The table of specifications: insuring accountability in teacher made tests. Journal of Instructional Psychology.
BAB 5
KESESUAIAN ITEM UJIAN
Pengenalan
Selepas sesuatu pembinaan dijalankan , satu pencerapan haruslah dijalankan bagi memastikan samada item atau soalan tersebut sesuai
untuk digunakan. Biasanya prosedur yang dijalankan termasuklah menganalisa setiap item tersebut. Ini adalah untuk membolehkan kita mengasing atau menggunakan item-item tersebut untuk tujuan
ujian
seterusnya. Seperkara lagi ialah untuk memastikan samada pengguna tahu atau tidak tahu akan ujian yang akan diambil. Dalam memastikan bahawa item tersebut boleh digunapakai adalah membuat pengukuran perbezaan bagi setiap item yang dijalankan. Sebagai contoh, jika ujian yang dibina adalah bertujuan mengukur pencapaian sekolah maka ujian yang hendak dijalankan
hendaklah akur akan pencapaian yang
ditetapkan. Kesahan item bagi tujuan meramal pengukuran criteria boleh di tentukan dengan membuat pengiraan korelasi diantara skoran tehadap item dengan skoran pengukuran tersedia. Pengukuran korelasi koefisien yang sering digunakan adalah koefisien titik-biserial ( point-biserial coffecient). Namun bagi tujuan pengukuran bilik darjah, kebiasaannya posedur yang disering digunakan adalah melibatkan penentuan peratus pengambil ujian yang lulus setiap item denga korelasi setiap criteria item. Dalam hal ini, criteria yang dimaksudkan adalah skor keseluruhan ujian tersebut. Item yang berkualiti harus mempunyai ciri-ciri keakuran dari aspek kurikulum, spesisfikasi dan peluang. Item juga hendaklah tepat dalam konstruknya, tepat akan tajuk atau konteksnya dan hendaklah jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan. Oleh itu item atau soalan yang dibina juga hendaklah sesuai dengan kehendak serta ketetapan. Objektif Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat : i) menilai ujian berdasarkan tahap kebolehpercayaan dan kesahanujian
ii) membina item ujian agar lebih dipercayai dan sah
5.1.1 Indeks Kesukaran
Yang pertama adalah indeks kesukaran (item-difficulty index) (p). Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi item x P=
Bilangan calon yang menjawab item x
Nilai bagi p ialah diantara 0.00 hingga 1.00. item yang mudah mempunyai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa item yang terlalu mudah ( apabila nilai p adalah lebih dari 0.85 ) atau item itu terlalu sukar ( apabila p kurang daripada 0.15 )tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.
Aras kesukaran item boleh ditentukan dengan nilai p, seperti berikut ;
0.61
Nilai p hingga
Aras kesukaran Item mudah
0.80 0.36
hingga
Item sederhana
0.60 0.20
hingga
Item sukar
0.35
Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut (Wood, 1960). Item yang dijawab betul oleh 85% pelajar akan mempunyai nilai p 0.85, manakala item yang dijawab betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai indeks kesukaran p yang rendah iaitu 0.50. Nilai p hanyalah satu ukuran sikap. Definisi lain bagi terma kesukaran dalam ciri intrinsik, kesukaran boleh didefinisikan dalam bentuk kekerapan relatif pengambil ujian memilih respon jawapan yang betul (Thorndike et al, 1991). Sebagai contoh, item manakah dikatakan sukar ? 1. Siapakah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ? 2. Siapakah Tun Dr.Mahathir ? Kita tidak boleh menyatakan item mana yang sukar selepas membaca soalan ini. Seseorang akan hanya mengenali nama bagi kedua-dua tokoh tersebut. Namun untuk menyatakan soalan mana yang ditanya itu sukar hanya boleh ditentukan dengan membuat ujian kesukaran item.
Berikan definisi indeks kesukaran.
Contoh yang lain, item ujian Bahasa Inggeris yang sukar bagi pelajar sekolah rendah akan ternyata lebih mudah bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan. Nilai p akan membolehkan kita membuat pengukuran indek kesukaran di situasi atau ditempat berbeza. Adalah sukar, bagi
kita
menentukan
samada menjawab soalan sejarah
melibatkan pengetahuan yang lebih mantap, kompleks atau khusus dari yang diperlukan untuk menjawab soalan matematik. Apabila nilai p digunakan untuk menentukan indek kesukaran, adalah lebih mudah bagi menentukan samada item ujian sejarah adalah lebih sukar dari item matematik khusus bagi ujian yang diambil oleh pelajar yang sama. Untuk lebih memahami keadaan ini, kita lihat beberapa lagi contoh berikut. Apabila kita memilih jawapan yang tidak ditetapkan ( p=0 ), dan tidak ada perbezaan individu didalam skoran bagi item tersebut. Apabila semua item didapati sukar, majoriti ujian skoran adalah rendah. Dan jika semua item adalah mudah, kebanyakan ujian skoran adalah agak tinggi. Oleh itu, nilai p akan terus menghalang kepelbagaian ujian skoran. Bagi item objektif yang skornya berbentuk dikotomus, aras kesukaran item ditakrifkan sebagai peratus atau kadar bilangan murid yang memberi respons dengan betul, kadaran tersebut dipanggil indeks kesukaran item. Contoh:
Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80% atau 0.8. Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.3. Pengiraan di atas menunjukkan : Item A lebih mudah daripada item B. Aras kesukaran item lebih tinggi daripada item A. Bagi item subjektif yang skornya boleh bernilai 0, 1, 2, 3, …atau tidak dikotomus, indeks kesukarannya ditentukan dengan mencari peratus skor min (skor purata) atau kadar skor min. Indeks kesukaran item (K) = Skor Purata Skor Maksimum
Indeks kesukaran bagi item ujian menerangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan betul sesuatu soalan yang diberikan. Sebagai contoh, dalam sesuatu ujian didapati , indek kesukaran item adalah 65, ini menunjukkan bahawa 65 peratus pelajar yang mengambil ujian tersebut menjawab dengan dengan betul. Lagi tinggi indeks kesukaran, , lebih mudah item ujian tersebut. Satu ujian yang merangkumi bahan subjek berkaitan hendaklah mengandungi item yang merangkumi pelbagai nilai julat kesukaran, namun, jika terdapat peluang atau petunjuk bahawasanya akan ada indeks atau tahap dibawah 25 , maka seharusnya item tersebut tidak dimasukkan. Begitu juga jika sesuatu item ujian dijangka akan menjadi terlalu mudah maka ianya juga harus tidak disertakan.
Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut.Bincangkan.
Ujian
kebolehpercayaan
dan
kesahan
akan
dimaksimakan
jika
kebanyakkan kesukaran item adalah agak mudah yakni diantara tahap peluang dan 100. Dalam keadaan biasa, sesuatu ujian hendaklah yang mengandungi tahap kesukaran diantara julat 60 hingga 85 dan selebihnya pada sekitaran 25 dan 100. Ujian yang mengandungi 2 alternatif (betulsalah) seharusnya mengandungi tahap kesukararan diantara 50 hingga 100.
Koefisien korelasi titik-biserial mengukur hubungan diantara skor item dengan skor ujian. Nilai julat statistik ini adalah diantara -100 dan + 100. Nilai positif tinggi menunjukkan sesesorang yang menjawab item dengan betul akan menerima skoran yang tinggi dalam ujian berbanding dengan menjawab dengan tidak betul. Nilai hampir sifar akan menunjukkan terdapat hubungan yang sedikit diantara skoran pada item dan skoran ujian. Adalah harus untuk mengekal item ujian yang mempunyai koefisien korelasi titik biserial yang tinggi dan membuangkan item ujian yang hampir bernilai sifar atau bernilai negatif. Sebagai panduan, adalah dicadangkan item korelasi yang bernilai negatif atau hampir sifar ( 10 atau kurang) dibuang atau dikajisemula dan item ujian yang bernilai kolerasi positif rendah dikaji semula bagi menentukan bagaimana untuk memperbaiki keadaan item tersebut.
Rumusan konsisten dalam Kuder-Richardson 20 digunakan dalam pengiraan komputer bagi menentukan anggaran kebolehpercayaan item ujian. Korelasi kebolehpercayaan jenis ini akan menentukan dan memberikan tahap indikasi individu yang mengambil ujian akan memperolehi skoran yang sama dalam ujian. Nilai anggaram julat KuderRichardson ini adalah diantara 0.000 dan 1.000. Nilai yang hampir dengan +1.000 menunjukkan ujian tersebut mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Anggaran hendaklah dibuat secara berhati-hati jika bilangan pelajar yang mengambil ujian tidak menyempurnakan ujian dalam masa yang
ditetapkan.
Untuk
ujian
biasa
selama
50
minit,
koefisi
kebolehpercayaan pada tahap 0.75 adalah sesuai. Kebolehpercayaan boleh ditingkatkan melalui ujian ulangan berdasarkan analisis data yang dijalankan. Memanjangkan masa ujian (apabila terdapat ujian amali) boleh meningkatkan tahap kebolehpercayaan, terutama bagi ujian pendek.
Pengukuran ralat rawak adalah anggaran bagi ralat kemungkinan skoran ujian. Ia diinterpretasikan sebagai mana dijalankan keatas sisihan piawai. Pengukuran ralat rawak pada tahap 3.500 sebagai contoh, menunjukkan bagi mana-mana satu skoran ujian, kemungkinannya adalah 2 : 1, yang mana skoran sebenar pelajar ( purata skoran bagi setiap ujian ) tidak akan terpencong dari lebih 3.500. Lagi tinggi kebolehpercayaan dan lagi bebas kesalahan ujian tersebut, lagi kecil lah nilai ralat tawak. Aplikasi terusan ini kepada skoran menjadikan pengukuran ralat rawak amat penting bagi menilai perbezaan diantara pelajar dan menentukan markah dan gred. Indek kesukaran boleh digunakan untuk:
•
Mengenalpasti konsep yang akan diajar semula
•
Menyediakan atau memaklumkan kemungkinan kelemahan dan kekuatan kurikulum
•
Memberi maklumbalas kepada pelajar
•
Memberi atau memaklumkan mengenai kemungkinan item bias
5.1.2 Indeks Diskriminasi ( rbis )
Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal alam menjawab item tersebut. Item yang baik akan mendiskriminasikan diantara mereka yang baik dengan mereka yang kurang baik. Indek diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian ( data selanjar ) dengan skor setiap opsyen ( data dikotomous , 1 jika memilih dan 0 jika tidak memilih opsyen bagi sesuatu item berkenaan. rbis digunakan untuk menentukan darjah keupayaan sesuatu item bagi membezakan antara calon daripada kumpulan yang mempunyai market keseluruhan ujian yang tinggi dengan yang rendah. Pekali
korelasi
persamaan berikut :
“point-biserial”,
ditentukan
dengan
menggunakan
dimana : x ialah min skor ujian calon yang menjawab betul µ ialah min skor ujian σ ialah sisihan piawai ujian p ialah nisbah calon yang menjawab betul (indeks kesukaran) q=(1–p)
Nilai indeks diskriminasi adalah antara – 1.00 hingga 1.00. rpbis yang bernilai positif menunjukkan calon yang mendapat skor ujian yang tinggi menyatakan jawapan yang betul, manakala calon yang mendapat skor ujian yang rendah memilih opsyen yang salah (distraktor). Jika sebaliknya berlaku, dimana calon yang mendapat skor ujian yang tinggi memilih opsyen yang salah (distraktor), manakala calon yang mendapat skor ujian
yang rendah menyatakan jawapan yang betul, rpbis akan bernilai negative. Bagi item yang menunjukkan nilai rpbis adalah 0, bermakna item ini tidak dapat mendiskriminasikan antara pelajar dari kumpulan yang mendapat skor tinggi dengan kumpulan calon yang mendapat skor ujian yang rendah.
Pengelasan kebolehan item mendiskriminasi berdasarkan rpbis rpbis 0.40 dan keatas 0.30 hingga 0.399 0.20 hingga 0.299 0.10 hingga 0.199 Kurang daripada
Pengelasan Sangat baik Baik Sederhana Kurang baik Tidak baik
0.10
Apakah yang dimaksudkan dengan indeks diskriminasi. Bincangkan
5.1.3 Pemarkahan Item dan Tahap Masa Ujian
Menjawab persoalan sama ada sesuatu ujian boleh menjamin ketekalan dalam pemeriksaan dan pemarkahannya. Sama ada ujian itu akan
diperiksa dan diberi markah oleh beberapa orang guru sebagai pemeriksa yang berasingan atau oleh seorang guru. Sesuatu ujian dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan
(ketekalan)
antara
beberapa
orang
pemarkah sekiranya keputusan pemarkahan mereka sama atau hampir sama.
Faktor penting ialah skim pemarkahan bagi ujian tersebut. Skim ini bertujuan untuk menyelaraskan prosedur pemarkahan atara pemeriksa dan menjaga ketekalan dalam pengagihan markah. Ini amat penting bagi ujian jenis subjektif, seperti ujian mengarang, ujian lisan yang dinilai oleh pemeriksa secara bersendirian. Tujuan skim ini untuk mengurangkan ciri subjektiviti kepada peringkat yang paling minimum dan meningkatkan ciri objektiviti kepada peringkat yang paling maksimum dan mengawal ketekalan pemarkahan dan pengukuran melalui satu skim pemarkahan yang standard atau serupa. Bagi ujian bahasa yang bercorak objektif seperti ujian kefahaman bacaan atau aspek bahasa yang lain menggunakan soalan dalam bentuk aneka pilihan, persoalan subjektiviti dalam pemarkahan mungkin tidak timbul. Bagaimanapun, ketekalan pemarkahan antara pemeriksa yang biasanya terkawal ketat dalam ujian yang menggunakan soalan-soalan aneka pilihan.
Ketekalan
jenis
ini
tidak
mencukupi
untuk
menjamin
kebolehpercayaan sesuatu ujian secara keseluruhannya. Sesuatu ujian yang berbentu aneka pilihan biasanya terdiri daripada beberapa item. Setiap item perlu dinilai dari aspek kebolehpercayaan atau ketekalannya menjalankan sesuatu tugas. Kita perlu melihat kebolehpercayaan item tersebut. Perkiraan sama ada hendak menjalankan sesuatu ujian pada hujung bulan, pertengahan bulan, hujung penggal, pertengahan tahun atau pada hujung tahun akan membawa implikasi terhadap penentuan skop dan
kandungan ujian tersebut. Dengan kata lain, ini akan menentukan jenis ujian yang akan dibina oleh guru, sama ada ujian formatif atau sumatif. Dalam pendidikan bahasa, ujian formatif mempunyai skop dan kandungan yang terhad. Ujian ini mungkin tentang satu atau dua kemahiran bahasa ataupun tertumpu kepada satu atau dua aspek bahasa seperti tatabahasa atau perbendaharaan kata. Bagi kemahiran bahasa pula, kadang kala ujian ini tertumpu pada kefahaman mendengar sahaja ataupun bacaan dan kefahaman sahaja. Dalam kemahiran menulis pula, ujian yang bercorak formatif mungkin hanya menguji kemahiran murid menulis surat kiriman, misalnya jenis rasmi seperti memohon pekerjaan atau menulis karangan mengikut tajuk yang bercorak perbincangan sahaja. Jenis ujian kecil ini bertujuan untuk melihat kemajuan murid dalam mempelajari sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang tertentu sebelum guru melanjutkan pengajarannya dengan perkara baru. Dalam pendidikan bahasa, ujian bulanan atau ujian pertengahan penggal eloklah bercorak formatif dan diagnostik yang bertujuan untuk menguji kemajuan murid dalam mempelajari satu atau dua kemahiran atau aspek bahasa dari semasa ke semasa. Contohnya, ujian bacaan dan kefahaman juga ada pelbagai jenis. Sekiranya guru telah menguji bacaan dan kefahaman keratan pelbagai jenis prosa dalam bulan Januari, mungkin dalam bulan lain guru tersebut boleh menguji bacaan dan kefahaman puisi. Sekiranya ujian yang hendak dijalankan itu pada tahap pengajaran yang lebih panjang seperti di hujung penggal, pertengahan tahun atau di hujung tahun, skop dan isi kemahiran atau aspek bahasa yang akan diuji menjadi lebih luas. Ini mungkin memerlukan guru membina ujian yang lebih menyeluruh dan bercorak sumatif bagi tahap tersebut.
Ujian yang bercorak sumatif memerlukan guru memilih satu sampel subkemahiran yang hendak diuji. Hal ini perlu sekiranya subkemahiran yang telah diajar itu banyak dan luas, contohnya aspek tatabahasa dan peribahasa. Mungkin dalam tempoh sepanjang penggal atau sepanjang tahun guru telah mengajar pelbagai jenis tatabahasa dan peribahasa. Tetapi dalam ujian penggal atau hujung tahun itu, guru boleh membina hanya beberapa soalan atau ujian tentang tatabahasa atau peribahasa.
Pada pendapat anda, adakah tempoh mengadakan ujian memberikan kesan ketas ujianyang dijalankan. Bincangkan.
5.2 Kebolehpercayaan Ujian
Kebolehpercayaan boleh merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skoran bagi mengambarkan prsetasi calon dalam perkara yang diuji. Kebolehpercayaan skor berkait rapat dengan instrumen pentaksiran yang digunakan. Kita harus bertanya samada ujian yang diberi dapat memberi ukuran yang konsisten kepada seseorang pelajar jika pelajar tersebut mengambilnya berulangkali. Skoran yang tidak konsisten yang disebabkan pembolehubah seperti kandungan yang tidak berkaitan,
ujian
yang
tidak
sesuai,
kohort
dan
sebagainya.
Kebolehpercayaan atau reliabiliti yang berkaitan dengan konsep ujian hendaklah boleh diharapkan, adalah stabil, tidak berubah dan tetap sama, boleh di agak atau dijangka dan tepat. Begitu juga jika kita mempercayai seseorang insan atau kawan yang sudah semestinya mempunyai sifat-
sifat yang dinyatakan. Begitu juga dengan sesuatu ujian yang dijalankan dan
dihasilkan,
ianya
mestilah
boleh
dipercayai
dan
bermakna.
Kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu bahan atau benda. Dalam bilik darjah atau makmal, seorang guru biasanya mengharapkan untuk memperoleh pengukuran yang sama keatas sesuatu benda yang yang diukur, atau, mendapatkan pertimbangan yang sama apabila mengunakan penimbang yang berbeza dalam masa yang berbeza. Dalam mengukur pencapaian pelajar pula, guru mengharapkan keputusan ujian dakan tekal bagi gua ujian yang sama bentuk yang dijalankan kepada kumpulan yang sama pada dua masa yang berbeza. Konsep asas teori pengujian menyatakan bahawa skoran yang dicerap atau diperhatikan (observed score) iaitu skor yang didapati oleh seseorang pelajar didalam sesuatu ujian mempunyai dua komponen : i)
skor sebenar ( true score iaitu ukuran sebenar kebolehan pelajar ) dan
ii)
skor ralat ( error score iaitu ukuran yang disebabkan oleh alat dan kaedah pengukuran )
Oleh itu kita boleh membuat anggapan bahawa tiada skor yang menjadi ukuran sebenar bagi kebolehan seseorang. Dalam ujian bahasa kita boleh katakan bahawa kebolehpercayaan sesuatu ujian sebagai ketekalan, iaitu mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang hendak diukur. Perkara yang hendak dinilai ialah ketekalan pengukurannya sebagai alat penguji. Contohnya, kita setuju
bahawa jam adalah alat yang sah untuk mengukur masa. Alat ini mempunyai syarat terpenting sebagai alat penguji, iaitu kesahan. Selain
itu
kita
persoalkan
syarat
kedua,
iaitu
ketekalan
(kebolehpercayaan) pengukurannya. Jam yang baik akan menunjukkan waktu pukul lapan setiap hari apabila berita TV3 dibacakan. Sekiranya jam itu menunjukkan pukul 8.15 atau pukul 8.20 walaupun waktu yang sepatutnya pukul 8.00 tepat, kita katakan pengukurannya tidak tepat dan tidak boleh dipercayai. Dengan kata lain, ukuran waktu yang ditunjukkan tidak tekal. Sebuah jam sebagai alat pengukur masa yang sah perlu boleh dipercayai dari segi ketekalan waktu yang ditunjukkannya. Dalam memilih dan membina ujian bahasa di bilik darjah amatlah penting bagi guru bahasa memikirkan tentang kebolehpercayaan sesuatu ujian yang hendak digunakan. Kebolehpercayaan ujian tersebut ialah mengenai ketekalannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang diukurnya. Misalnya, sekiranya ujian digunakan pada pelajar yang sama, bolehkah menunjukkan keputusan yang sama walaupun ujian itu digunakan dua kali pada waktu yang berlainan. Guru bahasa boleh membina ujiannya sendiri atau memilih dan menggunakan ujian yang sedia ada, mengetahui faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian dan menggunakan pengetahuan ini bagi membina atau memilih ujian. Menurut teori ujian dan pengukuran, terdapat tiga jenis kebolehpercayaan. Setiap satunya merujuk kepada ketekalan pengukuran yang boleh dihasilkan sesuatu ujian. Kebolehpercayaan item bermaksud ketekalan sesuatu item ujian itu membezakan murid yang lemah dalam sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Contohnya, ujian ejaan yang mengandungi 25 atau 50 item
ejaan, guru perlu jangkakan bahawa terdapat ejaan
yang hanya boleh
dieja dengan betul oleh murid yang pandai dan kerap dieja salah oleh murid yang lemah dalam ejaannya. Sekiranya ini berlaku, kita katakan item ejaan yang susah mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi kerana ketekalannya (kebolehpercayaan) membezakan antara murid yang pandai dan murid yang lemah dalam ujian. Sebaliknya berlaku, iaitu ejaan yang susah kebanyakannya boleh dieja dengan betul oleh murid yang lemah dan tidak boleh dieja oleh murid yang pandai, kita katakan item tersebut tidak boleh dipercayai. Kebolehpercayaan item kadang kala disebut sebagai ketekalan dalam sesuatu
ujian
kerana
setiap
item
dalam
ujian
berfungsi
dalam
kebolehpercayaan atau ketekalannya membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah tentang kemahiran atau aspek bahasa yang diukur ujian tersebut
Sehubungan itu, guru janganlah menggunakan item yang terlampau senang.
Ini
kerana
murid
yang
pandai
dan
lemah
pun
boleh
menjawabnya. Oleh yang demikian item-item tersebut tidak dapat berfungsi dalam membezakan antara kedua-dua golongan pelajar tersebut. Guru janganlah menggunakan item soalan yang terlampau susah. Hal ini kerana murid yang lemah menjawabnya.
Oleh
yang
demikian
item
dan pandai tidak dapat tersebut
tidak
dapat
membezakan antara murid yang lemah dengan murid pandai. Sepatutnya item yang digunakan oleh guru adalah item soalan yang bercorak susah, sederhana dan senang dan bukan yang terlampau susah atau terlampau senang. Selain itu, item yang kabur atau yang mempunyai dua pilihan jawapan yang boleh dianggap betul hendaklah digugurkan daripada ujian tersebut.
Pekali kebolehpercayaan selalunya diwakili oleh nombor yang bernilai diantara 0 hingga 1 yang menunjukkan kestabilan sesuatu ujian. Ada tiga kaedah yang dikemukakan untuk menghitung kebolehpercayaan sesuatu ujian iaitu Kaedah Test-Retest, Kaedah Bentuk Selari dan Kaedah Belah Dua.
Bincangkan mengenai kebolehpercayaan ujian
Kaedah Test-Retest •
Dengan mengunakan kaedah test-retest , Pembina ujianakan memberi ujian yang sama kepada calon di situasi yang berbeza.
•
Skoran yang diperolehi pada tadbiran ujian pertama dibandingkan pada skoran tadbiran ujian ke dua dengan menggunakan korelasi ( r )
•
Kaedah ini menguji pencapaian keatas waktu dan memberi kestabilan anggaran
•
Kebanyakkan penyelidik menganggap kaedah ini amat sesuai untuk membuat pengukuran sementara, yang merujuk kepada konsistensi skoran ujian berbanding dengan kebolehpercayaan sebenar yang didefiniskan sebagai nisbah diantara varians sebenar dengan varians pemerhaatin
•
Pentadbiran ujian diantara kedua-dua ujian boleh dijalankan dalam masa yang terdekat maupun masa yang berlainan
•
Apakah yang anda dapat agak jika masa pentadbiran ujian dijalankan agak lama ? tentulah tahap kebolehpercayaan adalah meingkat, kenapa ? Anggapan yang boleh dibuat adalah, calon-calon yang sama mengambil ujian semula tidak akan berubah dari segi sikap dan tahap kebolehan mereka walaupun pada dan waktu yang berbeza. Bolehkah anda fikirkan
sebarang factor yang boleh menukarkan respons seseorang dengan cepat. •
Salah satu kembimbangan yang dijangkakan adalah dikatakan sebagai latihan atau kesan tanggungan . Latihan atau latih-tubi adalah kelebihan kepada calon yang telah mengambil ujian tersebut, ini akan membolehkan mereka menyelesaikan atau memperbetulkan sebarang kesilapan keatas ujian yang pernah mereka ambil. Keadaan ini adalah satu perhatian khusus yang perlu diambil kira berkaitan dengan ujian semula .
•
Sesetengah penyelidik memberi pandangan berbeza mengenai kesan latihan ini kerana kesan ini dianggap sebagai unsure kestabilan dan ketidak-stabilan dalam pengukuran sementara sesetengah yang lain menganggapnya sebagai unsure bagi pengukuran ralat rawak. Bolehkah anda memikirkan satu contoh lain ? Kaedah Bentuk Selari •
Bagi mengantikan kaedah latihan dan lain-lain masalah dengan
kaedah test-retest, Pembina ujian biasanya memberik ujian yang selari kepada calon yang sama tetapi berlainan masa. •
Kebolehpercayaan, dalam hal ini, sekali lagi di nilai dengan korelasi.
Apa yang berkaitan atau yang dikorelasi ? •
Kunci
aspek
kebolehpercayaan
ini
adalah
untuk
membentuk
alternative yang hamper sama dengan terma kandungan, proses respons, kaedah dan cara, dan ciri statistic. Adakah aktiviti semula dan kesan latihan dihapuskan atau hilang terus ? adakah cara lain bagi kaedah alternative ini ? Kaedah Belah-Dua •
Kaedah belah-dua ini mengukur konsistensi dalam ujian. Ingat lagi
pada pita pengukur, ia mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi. Ukuran kaki yang pertama adalah sama dengan ukuran kaki ke dua dan
ketiga dan begitu juga dengan setiap ukuran sentimeternya , ianya adalah uniform. •
Kaedah belah dua juga turut mengurangkan atau menghapuskan
beberapa masalaah seperti : a. keperluan menjalankan dua ujian b. kesukaran membina ujian semula c. kesan tanggungan dan pengaktifan semula d. perubahan sesesorang calon melalui masa Kaedah yang mudah untuk menjalan kaedah belah-dua adalah dengan : •
jalankan ujian keatas sekumpulan individu tertentu sahaja
•
jalankan secara rawak atau kaedah penentuan yang telah ditetapkan
•
hubungkaitkan sebahagian skoran awal dengan skoran baru
•
korelasi ini boleh digunakan untuk membuat anggaran kebolehpercayaan ujian
•
Kesan sabpingan kaedah ini adalah konsistensi dalamannua yang melibatkan masa ujian yang singkat. Apabila kita menjalankan ujian yang agak lama, dan membahagikan soalan kepada dua , kita juga turut mengurangkan kadar kebolehpercayaannya. Mengapa ? Soalan yang sama jenis akan terserlah dan akan memberi makluman terhadap trait, kemahiran dan pengetahuan untuk calon. Namun begitu, makluman spesifik ini akan memberikan makluman kepada calon dan membolehkan variasi kepada skoran ujian yang akan meningkatkan kebolehpercayan.
•
Untuk itu , perubahan dalam kaedah ini adalah diperlukan dan rumusan Spearman-Brown
boleh
digunakan
apabila
membuat
anggaran
kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah belah-dua. •
Rumusan yang digunakan adalah :
Kebolehpercayaan Ujian Penuh = 2 X kebolehpercayaan ujian separuh
1 + kebolehpercayaan ujian separuh
Jika nilai kebolehpercayaan diantara kedua-belah didapati +0.80, kebolehpercayaan ujian sepenuhnya akan didapati bernilai berikut :
Kebolehpercayaan ujian penuh = 2 X 0.80 = 0.89 1 + 0.80
Satu lagi rumusan yang boleh dibuat perkiraan adalah dengan mengunakan rumus berikut :
rxx = k r / (1 + (k –
1))r
Dimana k = bilangan item dalam ujian kaedah-belah dua (baru), iaitu bilangan soalan ujian yang asal
dari kaedah belah-dua dibahagikan
dengan bilangan soalan ujian yang digunakan didalam korelasi belah-dua. Dalam erti kata yang lain, bilangan atau kadar tempoh masa ujian akan menjadi lebih lama. Sebagai contoh, katakan ujian anda mempunyai 80 soalan. Anda menjalankan kaedah kebolehpercayaan belah-dua dan mendapati
r = 0.8. Nilai
r = 0.8 adalah berdasarkan jumlah 40
item. Bilangan 40 item tersebut adalah bilangan soalan dari item asal dalam kaedah sebelumnya. Sekarang anda inginkan kebolehpercayaan ujian anda dipinda kerana bilangan soalan ujian adalah 80. Bilangan 80 adalah merupakan tempoh atau bilangan ujian yang baru. Oleh itu, , k = 80/40 = 2. Nota: Rumusan Spearman-Brown adalah digunakan untuk
membuat anggaran berapakah ujian kebolehpercayaan akan meningkat apabila ujian ditingkatkan dengan memasukkan item selari. r = adalah korelasi diantara pecahan asal •
Kekurangan kepada kaedah belah-dua adalah beberapa kaedah ujian di pecahkan. Ini membuat pecahan memberi nilai korelasi yang tinggi.
•
Salah
satu
cara
bagi
mengukur
konsistensi
dalaman
adalah
membandingkan skoran setiap calon dan membahagikan kepada dua bahagian. Ini akan mengurangkan keslilapan sebarang ralat yang timbul akibat pecahan ujian kepada dua. •
KR-20 (Kuder & Richardson, 1937, 1939). Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 0 or 1. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi.Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan KR20
=
k
( 1 - <Σpq) σT2
k–1 KR21 =
k
( 1 -
k–1 •
Coefficicent alpha (Cronbach, 1951). Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 2 atau lebih. Cronbach alpha adalah pekali alpha, α, yang kerapkali digunakan dalam menganggarkah kebolehpercayaan ketekalan-dalaman. Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) atau politomi α =
k k–1
( 1 - Σσi2) σT2
•
Selain dari itu, masalah yang berkemungkinan timbul adalah samada ujain belahan adalah homogeneous (i.e., mengukur hanya satu ciri) or heterogeneous (mengukur banyak ciri).
•
Penyelesaian disini adalah menentukan kebolehpercayaan ujian bagi setiap komponen heterogeneous dan membandingkan dengan mengunakan korelasi komponen.
5.2.1 Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan Antara yang dipercayai mempengaruhi kebolehpercayaan ujian ialah :Kemohogenan Item Item ujian yang homogen ialah item-item yang mempunyai kesamaan dari segi prestasi atau peluang untuk dipilih. Bagi ujian berbentuk objektif aneka pilihan, pilihan jawapan mestilah homogen. Ini bermakna tiap-tiap opsyen mestilah berkaitan antara satu sama lain dan ada daya tarikan untuk dipilih oleh pelajar. Jawapan atau distraktor seharusnya tidak bias sehingga pelajar yang diuji terlalu mudah mengenal pasti jawapan atau bukan jawapan. Opsyen yang tidak ada persamaan boleh menjejaskan kebolehpercayaan skor ujian. Pensampelan Item Item-item yang dogunakan dalam sesuatu ujian adalah untuk menguji sebahagian trait yang menjadi pentunjuk kepada kebolehan seseorang. Oleh itu item tersebut adalah semata-mata sample bagi mewakili keseluruhan trait mengenai kebolehan seseorang. Jika pemilihan itu tidak tepat, ia menyumbangkan kepada varians ralat pengukuran. Akibatnya skor ujian itu tidak boleh dipercayai.
Ralat Rawak Prestasi
seseorang
sekelilingnya.
adalah
Sebarang
berubah-ubah
perubahan
yang
mengikut berlaku
di
keadaan sekeliling
menyebabkan prestasi berubah. Misalnya semasa ujian tiba-tiba bunyi bising di sekeliling calon atau bunyi loceng amaran berbunyi. Ini akan menyebabkan tumpuan dan konsentrasi calon dan varians skor ralat akan masuk ke dalam varians skor yang dicerap. Lain-lain contoh ralat rawak adalah seperti sakit, penat, ketegangan emosi, risau dan lain-lain. Pihak pentadbir yang mengendalikan ujian hendaklah menyediakan keadaan dan persekitaran tempat yang sesuai dan peraturan pentadbiran ujian yang sempurna. Tempoh Ujian Pada amnya semakin panjang atau lama tempoh ujian semakin tinggi kebolehpercayaan skor ujian itu. Ini adalah kerana tempoh ujian dapat memberikan persampelan yang baik dari segi tingkah laku yang ingin diukur, malahan skor kurang dinganggu oleh tekaan.
5.2.2 Indeks Kebolehpercayaan Selain dari nilai purata p ( indeks kesukaran ), terdapat satu lagi indeks penting yang dipanggil indeks kebolehpercayaan atau “ alpha ( α ) “. Indeks kebolehpercayaan akan menunjukkan pada tahap manakah hasilan keputusan ujian adalah sama jika semua pelajar mengambil atau mengulang semula ujian yang telah diambil ( dengan anggapan pelajar tersebut tidak ingat atau lupa akan ujian yang lepas ). Oleh kerana perkara
sebegini
tidak
akan
berlaku,
alpha
akan
mengukur
kebarangkalian kebolehpercayaan dengan mengunakan ketekalan hasilan keputusan ujian. Nilai julat indeks kebolehpercayan adalah diantara -1.00 hingga + 1.00. Namun, nilai indeks kebolehpercayaan mestilah nilai positif, dan bagi kebanyakkan orang perbezaan pada kadaran 0.85 adalah diperlukan. Dan apabila sesuatu ujian atau peperiksaan diambil kira, ini akan meningkatkan tahap kebolehpercayaan keseluruhan dan nilai 0.65 bagi setiap kertas ujian adalah memadai.
5.2.3 Mempertingkatkan Kebolehpercayaan Bagi mempertingkatkan kebolehpercayaan, pendapat menyatakan agar tempoh masa ujian di panjangkan dan bilangan soalan ujian ditambah atau dibanyakkan. Sebagaimana larian marathon memberi lebih jarak atau ruang diantara pelumba lari dari pelumba acara pecut 100 meter dan membolehkan pelumba ruang untuk menyusun langkah larian atau merapatkan larian, ujian yang lebih lama adalah dipercayai lebih reliable dari ujian yang pendek. Perhatian hendaklah diberi terhadap tahap kebolehpercayaan yang berdasarkan ketekalan sample ujian dan percambahan ujian tersebut. Jika sasaran populasi adalah pelbagai, yang memerlukan pengetahuan,
perbezaan adalah
besar
dalam
lebih
mudah
mengukur untuk
kebolehan mencapai
dan tahap
kebolehpercayaan yang diperlukan.
Oleh itu, pengukuran ralat piawai akan memaklumkan keberkesanan skoran individu pelajar atau calon. Ia akan mengenalpasti ditahap manakah
skoran
akan
dikenalpasti
ketepatannya.
Tahap
yang
dimaksudkan adalah jika 68% ketentuan maka ia akan ada pada tahap purata 1 atau pun jika pada tahap 96% , ianya akan berada pada tahap 2. Ini bermaksud , kita boleh mengenalpasti pada tahap 68%, jika calon
memperolehi skoran 30 pada ujian pertama, dan jika calon mengulang ujian yang sama, beliau dijangka akan memperolehi purata skoran diantara 30 + 2.7 = 33 atau 30 – 2.7 = 27 dan pada tahap 96% pula, calon dijangka akan memperolehi skoran 30 + (2 x 2.7) = 35 dan 30 – ( 2 x 2.7 ) = 25. 5.3
Kesahan Ujian Alat taksiran yang mengukur apa yang ia ukur adalah sah. Sesuatu alat pengukur tidak memiliki kesahan untuk “semua tujuan”. Sesuatu ujian mungkin sangat sah untuk sesuatu tujuan atau untuk sesuatu tahap umur ataupun untuk jenis subjek tertentu tetapi ia tidak mungkin sah dalam situasi lain. Oleh sebab sesuatu ujian yang tidak sah adalah dianggap tidak berguna maka seseorang itu hendaklah membentangkan bukti yang boleh memberi keyakinan bahawa ujian yang digunakannya mengukur tepat cirri-ciri ujian yang berkenaan direka bentuk untuk diukur. Dalam menilai kesahan ujian sesuatu ujian untuk tujuan tertentu kita hendaklah memeriksa satu atau lebih dari jenis kesahan berikut. Konsep kesahan sesuatu ujian bahasa sebagai alat untuk mengukur dan mengkuantitikan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa tidak berbeza dengan konsep kesahan alat pengukur yang lain. Dalam bidang pengujian bahasa, sesuatu ujian merupakan alat untuk mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Tinggi atau rendah kesahan sesuatu ujian bergantung pada ketepatannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang perlu diukur berdasarkan tujuan atau fungsi pengujian. Contohnya, ujian ejaan dianggap sah sekiranya benar-benar dapat mengukur kebolehan pelajar mengeja. Dalam ujian bahasa timbul persoalan sama ada kesahan sesuatu ujian dianggap tinggi atau rendah
menurut ketepatan mengukur sesuatu
kemahiran atau aspek bahasa yang hendak diukur. Setiap kali guru membina ujian bahasa, sama ada menguji kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis atau aspek bahasa lain seperti tatabahasa, kosa kata dan sebagainya amatlah penting bagi guru mempersoalkan kesahan ujian yang dibina. Adakah ujian yang dibina benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid mendengar?. Adakah ujian bertutur benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid bertutur?. Adakah ujian kosa kata yang dibina guru benar-benar menguji perbendaharaan kata pelajar atau hakikatnya menguji tatabahasa? Atau berlaku sebaliknya, ujian tatabahasa yang dibina guru tidak menguji pengetahuan tatabahasa sebaliknya menguji kosa kata. Contoh-contoh ini perlu ditanyakan kepada diri sendiri apabila membina sesuatu alat ujian bahasa untuk menjaga darjah kesahan atau kesahihannya. Jika guru tidak diawasi, kadang kala alat ujian yang dibina tidak menepati tujuan ujian. Perkara lain yang hendak diukur tidak terukur dan perkara lain pula yang terukur. Kadang kala sesuatu ujian mungkin tidak tepat mengukur perkara yang hendak diukur tetapi hanya mengukur sedikit sahaja atau sipi-sipi. Seterusnya kita melihat jenis kesahan yang terdapat dalam ujian yang baik.
Berikan definisi kesahan ujian. Bincangkan
5.3.1 Kesahan Kandungan
Kesahan ini juga dikenali sebagai kesahan logic, kesahan persampelan, atau kesahan kurikulum dan digunakan meluas dalam ujian pencapaian. Untuk menentukan kesahan kandungan, pembina ujian hendaklah menganalisiskan kandungan sesuatu bidang ujian yang dinilai
dan
sterusnya menstruktur satu alat yang representative untuk mengukur pelbagai apsek kandungan berkenaan. Kesahan ini mempersoalkan sama ada sesuatu ujian mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran atau program pengajaran. Hal ini penting bagi ujian yang berbentuk sumatif atau formatif. Contohnya, ujian bulan Februari guru hendaklah menguji beberapa aspek tatabahasa yang telah diajarnya dalam bulan tersebut. Kesahan ujian isi tinggi
sekiranya item ujian yang dibina
mewakili semua aspek tatabahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Perkara penting dalam kesahan ini guru perlu merujuk semula rekod pengajaran seperti buku rekod mengajar dan sukatan pelajaran. Ujian bahasa yang bersifat sumatif seperti ujian akhir penggal, pertengahan tahun
dan
ujian
tahunan
biasanya
memerlukan
guru
membuat
persampelan yang lebih luas tentang kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji. Ujian bahasa yang dibina bagi menilai kemajuan murid pada tahap tersebut mungkin mengandungi ujian tentang kemahiran lisan, membaca, menulis karangan, meringkaskan karangan, tatabahasa, peribahasa, kosa kata dan sebagainya. Bagaimanapun, skop ujian hendaklah mewakili pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dalam tempoh tersebut.
5.3.2 Kesahan Gagasan Kesahan gagasan adalah satu unsure yang dihipotesiskan untuk menerangkan beberapa aspek tingkahlaku manusia seperti kebolehan
mekanik, kecedersan atau sifat pendiam. Juga dikenali dengan panggilan kesahan konstruk. Kesahan konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud. Contohnya, apakah konstruk (konsep) sebuah kereta? Sebuah kereta terdiri daripada enjin, cermin, roda, gear, roda dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan bahasa, setiap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar, bertutur dan membaca adalah konstrak atau konsep yang agak abstrak. Bahagian yang mengisi konstrak mengenai sesuatu kemahiran bahasa sebenarnya adalah subkemahiran yang membina sesuatu kemahiran bahasa. Contohnya, apakah subkemahiran yang membina kemahiran bertutur? Apabila kita hendak menilai sama ada ujian mengenai sesuatu kemahiran bahasa itu mengandungi kesahan konstrak atau tidak, kita persoalkan sama ada ujian tersebut benar-benar menguji konstrak kita mengenai kemahiran tersebut, dan sama ada ujian itu menguji subkemahiran yang dianggap penting dalam sesuatu kemahiran bahasa yang hendak diuji. Subkemahiran yang terlibat dalam sesuatu kemahiran asas bahasa sebenarnya pengisi konstrak tersebut. Tanpa mengenali konstrak mengenai sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, tidak mungkin kita boleh membina ujian yang sah dan menepati konstrak tersebut. Sebelum guru boleh menguji kemahiran muridnya dalam kemahiran membaca, guru seharusnya faham dengan konstrak kemahiran membaca. Sebelum guru boleh menguji dan menilai kemahiran muridnya menulis karangan, dia seharusnya faham dengan konstrak kemahiran mengarang dalam bahagian penting yang terdapat dalam sesuatu karangan yang baik. Contohnya, dalam menguji kemahiran murid menulis karangan, guru ingin melihat subkemahiran penting seperti memilih isi, menyusun isi, tatabahasa, kosa kata dan aspek mekanis dalam penulisan. Dalam menguji sesuatu kemahiran bahasa, kesahan konstrak mengenai sesuatu
kemahiran yang hendak diuji sangat penting. Sekiranya konstrak kita mengenai sesuatu kemahiran itu salah, kita akan mengukur dan menilai subkemahiran yang tidak berkaitan. Oleh yang demikian, kesahan ujian itu dari segi konstraknya boleh dipertikaikan. 5.3.3 Kesahan Kriteria Kesahan yang ditunjukkan melalui perbandingan skor ujian dengan satu lebih pembolehubah luaran atau criteria yang dianggap berupaya menyediakan pengukuran secara terus terhadap tingkahlaku atau sifat tertentu dibawah kajian. Mengandungi dua sub-kelas iaitu kesahan permala dan kesahan serentak. Menurut Savignon (1983), ujian mesti kelihatan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Bagi Hearon (1979), kesahan muka saja tidak mencukupi, sebab kadang kala ujian bercorak ‘superficial’ sahaja. Contohnya,
guru telah membina satu ujian untuk menguji kefahaman
bacaan pelajar dengan menggunakan soalan berbentuk aneka pilihan. Sekali pandang ujian ini mungkin mempunyai kesahan muka yang benarbenar menguji kefahaman bacaan. Selepas diteliti, didapati terdapat beberapa item soalannya menguji kefahaman murid mengenai sinonim, antonim dan dan penggunaan imbuhan. Item yang dimaksudkan bukanlah menguji kefahaman bacaan murid dalam erti kata sebenarnya. Selepas guru membina ujian yang bertujuan menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa, perlulah disemak semula setiap item atau soalan supaya tidak terkeluar daripada batasan atau tujuan ujian dibina. Sebaiknya sebelum ujian dicetak atau ditadbir, dapatkan pandangan guru lain mengenai kesesuaian item dengan kemahiran atau aspek yang hendak diuji.
i)
Kesahan Peramal Pendidik biasanya berminat menggunakan sesuatu ujian untuk meramal sesuatu pada masa hadapan seperti kejayaan dalam persekolahan atau pekerjaan. Sesuatu ujian yang meramal dengan tepat tingkahlaku pada masa hadapan yang kerananya dibentuk, dikatakan memiliki kesahan peramal. Prosedur asas untuk menentukan
kesahan
peramal
ialah
i)
mentadirkan
ujian
berkenaan, ii) tunggu hingga prestatsi yang diramalkan oleh ujian berkenaan berlaku, dan iii) lakukan korelasi diantara skor ujian tersebut dengan prestasi sebenar ujian yang dibentuk untuk diramal.
Semakin
tinggi
korelasi
yang
diperolehi
semakin
berkesanlah ujian berkenaan sebagai satu peramal. Masalah yang dikaitkan dengan kesahan peramal adalah ianya hanya boleh diterima hanya dalam situasi dimana ia telah disahkan atau dalam situasi yang sama. ii)
Kesahan Serentak Prosedur yang digunakan untuk menentukan kesahan serentak adalah sama dengan prosedur yang digunakan untuk menentukan kesahan peramal. Bezanya ialah hasil yang diramal diukur pada masa yang agak sama dengan ujian peramal dibuat. Contohnya sekiranya sesuatu ujian baru di struktur, skor yang diperolehi para pelajar dalam ujian ini boleh dikaitkan dengan markah yang didapati dalam ujian sebelumnya untuk subjek yang sama, akan dikaitkan dengan penilaian guru mereka ataupun dikaitkan dengan skor-skor yang didapati melalui ujian yang serupa yang telah disahkan, yang mungkin lebi mahal dan lebih sukar untuk ditadbiekan. Daripada menunggu beberapa tahu samada sesuatu
ujian minat vokasional berupaya meramal kejayaan dalam sesuatu pekerjaan, kita boleh mengaitkan skor yang diperolehi dalam ujian orang-orang yang berjaya dalam sesuatu pekerjaan dengan skor yang diperolehi dalam ujian pekerjaan lain untuk menentukan samada ujian berkenaan membezakan dua kumpulan tersebut. Kesahan serentak menyediakan bukti dengan agak cepat tentang keraguan sesuatu ujian, tetapi hakikatnya bahawa ujian yang memeliki kesahan serentak tidaklah menjamin yang ia memiliki kesahan peramal.
Bandingkan kesahan peramal dan kesahan serentak. Apakah perbezaan ketara diantara kedua kesahan ini.?
Rumusan Sesetengah ahli bijak pandai mempertikaikan mengenai pandangan amalan tradisi bahawa “ kebolehpercayaan adalah satu kemestian tetapi kesahan tidak diperlukan” dan kenyataan ini adalah disangkal. Institusi pemikir
memberikan
konsep
bahawa
kebolehpercayaan
sebagai
invariance dan kesahan adalah unbiasedness. Satu kaedah statistic mungkin mendapatkan satu nilai keatas persamaan sample yang bersamaan dengan parameter populasi tetapi akan mempunyai kadar variance yang tinggi ketas sample yang kecil. Pandangan berikutnya menyatakan satu pengukuran boleh menjadi tidak boleh dipercayai tetapi hendaklah mempunyai tahap kesahan yang tinggi.
Glosari Cronbach Alpha. Satu cara untuk mencari ketakalan dalaman atau keseragaman soalan Indeks Kesukaran. Boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut Indeks Diskriminasi. Indek diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian ( data selanjar ) dengan skor setiap opsyen ( data dikotomous , 1 jika memilih dan 0 jika tidak memilih opsyen bagi sesuatu item berkenaan. rbis digunakan untuk menentukan darjah keupayaan sesuatu item bagi membezakan antara calon daripada kumpulan yang mempunyai market keseluruhan ujian yang tinggi dengan yang rendah Indeks Kebolehpercayaan. Indeks kebolehpercayaan akan menunjukkan pada tahap manakah hasilan keputusan ujian adalah sama jika semua pelajar mengambil atau mengulang semula ujian yang telah diambil ( dengan anggapan pelajar tersebut tidak ingat atau lupa akan ujian yang lepas ).
Kesahan. Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, sesuatu ujian itu dikatakan sah, sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Dalam konteks Pembelajaran Masteri, ujian yang terlibat ialah praujian dan pascaujian.
Kesahan Gagasan. Konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud Kesahan Kandungan. Kesahan ini mempersoalkan sama ada sesuatu ujian mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran atau program pengajaran Kesahan Kriteria. Menurut Savignon (1983), ujian mesti kelihatan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan, ketepatan, dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan), tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. •
KR-20 (Kuder & Richardson, 1937, 1939). Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 0 or 1. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi.Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan KR20
=
k
( 1 - <Σpq) σT2
k–1 KR21
=
k
( 1 -
Rujukan
ks2
Moskal, Barbara et al (2002). Validity, reliability and the assessment of engineering education. Journal of Engineering Education Thorndike, et. Al (1991). Measurement and Evaluation in Psychology and Education. (5th Edition). New York : Macmillan Wood, D.A. (1960). Test Construction. Columbus, OH; Charles E. Merill Books, Inc. Van Krieken, R. (Dr.) (1995). Writing and Administring Examinations. CITO. Van Dalen., D.P. (1979). Understanding Educational Research. 4th Edition.McGraw-Hill.Inc