PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH VOKASIONAL
Modul Pembelajaran ELNV2013 PENGAJIAN KURIKULUM DALAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan
i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH MENENGAH. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM TERSEBUT.
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
BAHAN
PENGAJARAN
DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Mac 2017 Kementerian Pendidikan Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
iii
KANDUNGAN
MUKA SURAT
Notis Hak Cipta
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
ii
Falsafah Pendidikan Guru
ii
Kandungan
iii
Panduan Pelajar
iv - v
Ikon Modul
vi
Agihan Tajuk RMK
vii - ix
Tajuk Pembelajaran Unit 1 – Pengenalan Kepada Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia Unit 2 – Teori dan model kurikulum dalam konteks Teknologi Elektronik
1 - 16 17 - 26
Unit 3 – Reka bentuk Kandungan Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam bidang Teknologi Elektronik
27 - 29
Unit 4 – Kandungan Kurikulum Teknologi Elektronik
30 - 31
Unit 5 – Perancangan dan Pengurusan Kurikulum
32 - 33
Unit 6 – Trenda dan Isu Dalam Kurikulum
34 -39
Rujukan
40 - 41
Panel Penulis Modul
42
PANDUAN PELAJAR iv
PENGENALAN Modul
pembelajaran
ini
disediakan
untuk
membantu
pelajar
menguruskan
pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri membolehkan pelajar membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri lebih berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Menengah yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidkan Malaysia (IPG KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit. Bagi kursus PDPLI SM yang dilaksanakan dalam mod Kursus Dalam Cuti (KDC), diperuntukkan 60% daripada Jumlah Pembelajaran Pelajar adalah bersemuka manakala 40% adalah Jumlah Pembelajaran Pelajar pembelajaran kendiri.
SUSUNAN UNIT MODUL
v
Modul ini ditulis dalam susunan unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Penyelidikan 4. Pengalaman 5. Refleksi Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi interaksi bersemuka dan modul.
IKON vi
HASIL PEMBELAJARAN UNIT
AKTIVITI
PENYELIDIKAN
REFLEKSI
PENYELIDIKAN
TUTORIAL
PENGALAMAN
PENGALAMAN RUJUKAN
AGIHAN TAJUK vii
Nama Kursus
: PENGAJIAN KURIKULUM DALAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK
Kod
: ELN2013
Kandungan modul ini dibahagi kepada enam unit. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuktajuk untuk pembelajaran melalui modul dan interaksi bersemuka.
TAJUK / TOPIK
JUMLAH JAM PEMBELAJARAN (45 Jam)
1. Pengenalan Kepada Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia Falsafah - Falsafah Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Dasar - Dasar Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Matlamat - Matlamat Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Objektif - Objektif Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Kurikulum - Definisi Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional - Konsep Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional
-
9 jam (6K+3T)
MODUL
BERSEMUKA
(18 jam) 12K+6T
(27 Jam) 18K+9T
Unit 1
2T jam
6K + 1T jam
Perkembangan
viii
CATATAN
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
-
-
-
kurikulum Pendidikan Latihan Teknik dan Vokasional di Malaysia Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Peranan KPM Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional.
2. Teori dan model kurikulum dalam konteks Teknologi Elektronik Teori dan Model Kurikulum - Model Kurikulum Kebangsaan - Model Tyler (1949) - Model Taba (1962) - Model Sten House (1975) - Model Kurikulum Trend Terkini (Emergent Curriculum)
Unit 2
5 jam (3K+2T jam)
3K jam
Unit 3
3. Reka bentuk Kandungan Kurikulum Pendidikan
ix
2T jam
Perlu dibaca sebelum interaksi bersemuka
Perlu dibaca sebelum
dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam bidang Teknologi Elektronik Reka bentuk Kurikulum Vokasional - Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Elektronik - Pemetaan kandungan dengan keperluan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Kurikulum berasaskan Outcome Based Education (OBE). Developing a Standard and Curriculum (DESCUM) / Developing a Curriculum (DACUM) oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) - National Occupational Skill Standard (NOSS) bidang Teknologi Elektronik
12 jam (9K+3T)
2T jam
9K jam + 1T jam
A Method of Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure (CUDBAS)
Unit 4 4.
Kandungan Kurikulum Teknologi Elektronik
Analisis kandungan Kurikulum Teknologi Elektronik - Format Kandungan Rancangan Pengajaran - Hasil Pembelajaran Kursus -
1T jam
9 jam (6K+3T)
6K jam + 2T jam
Standard Kandungan
x
interaksi bersemuka
-
Penekanan dan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Standard Pembelajaran Kriteria Pencapaian, Cadangan Aktiviti dan Refleksi
Analisis Bahan Sokongan Kurikulum - Modul Pembelajaran - Writing Instructional Material (WIM) - Buku panduan pengajaran guru - Scheduled of Accommodation (SOA) and Project Brief - Manual Spesifikasi Peralatan
5. Perancangan dan Pengurusan Kurikulum
Organisasi pengurusan kurikulum Teknologi Elektronik di Kolej Vokasional
Unit 5
Perancangan dan Pengurusan panitia Teknologi Elektronik - Perancangan Tahunan - Peranan Panitia - Perancangan aktiviti - Pengurusan bahan sokongan kurikulum
5 jam (3K+2T)
2T jam
Unit 6
6. Trenda dan isu dalam kurikulum
xi
3K jam
Trenda - Perkembangan dalam negara - Perkembangan luar negara
Isu dan Cabaran - Cabaran dan trenda baharu dalam kurikulum Teknologi Elektronik - Pelaksanaan kurikulum Teknologi Elektronik di Institusi Pendidikan - Hubungan kurikulum TVET dengan industri
5 jam (3K+2T)
3K jam
2T jam
Catatan: Interaksi bersemuka – dapatkan maklumat daripada pensyarah anda
xii
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (TVET) DI MALAYSIA
UNIT 1
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat dapat: : Menjelaskan Menjelaskanfalsafah, falsafah,dasar, dasar,matlamat matlamatdan danobjektif objektifPendidikan Pendidikan dan danLatihan LatihanTeknik Teknikdan danVokasional VokasionaldidiMalaysia Malaysia Menjelaskan Menjelaskankonsep konsepdan danperkembangan perkembangankurikulum kurikulumPendidikan Pendidikan dan danLatihan LatihanTeknik Teknikdan danVokasional VokasionaldidiMalaysia Malaysia Menerangkan peranan Kementerian Pendidikan Menerangkan peranan Kementerian PendidikanMalaysia Malaysia(KPM) (KPM) dalam dalampelaksanaan pelaksanaankurikulum kurikulumPendidikan Pendidikandan danLatihan LatihanTeknik Teknik dan danVokasional VokasionaldidiMalaysia Malaysia
Sinopsis Unit ini menerangkan tentang falsafah, dasar, matlamat dan objektif serta konsep Pendidikan
dan
Latihan Teknik dan Vokasional
di
Malaysia. Unit ini
turut
membincangkan perkembangan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di Malaysia dan peranan KPM dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di Malaysia.
1
FALSAFAH
PERANAN KPM
DASAR
PENGENALAN KEPADA KURIKULUM TVET DI MALAYSIA
KURIKULUM
MATLAMAT
OBJEKTIF
Rajah 1.0: Kerangka Tajuk Pengenalan Kepada Kurikulum TVET di Malaysia
2
1.1
Falsafah Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa; “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara “
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dasar Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional telah dibentuk bagi memantapkan sistem Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Ia menjurus bagi melahirkan golongan pelajar berorientasikan pengetahuan sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga manusia
Negara.
Pendidikan
dan
Latihan
Teknik
dan
Vokasional
mampu
membangunkan diri individu untuk menjadi seorang warganegara yang berkualiti, berakhlak dan bertanggungjawab. Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional mempunyai keunikannya tersendiri dan mampu bersaing dengan sistem pendidikan am. Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional : -
Membuka peluang belajar kepada mereka yang berminat, layak dan boleh mendapat manfaat daripadanya
-
Memberi
peluang kepada individu untuk melanjutkan pengajian
dalam
pendidikan yang sama; ataupun bidang lain pendidikan am -
Berhubung kait dengan keadaan sebenar pekerjaan dan kehidupan semasa bekerja 3
-
Menyediakan individu untuk kehidupan bekerja yang memuaskan
-
Menyedarkan individu tentang potensi dirinya; boleh membuat keputusan, melanjutkan pelajaran, mengambil bahagian dalam masyarakat dan kepimpinan
-
Menyediakan individu dengan asas-asas pekerjaan dan latihan
-
Menyumbang kepada kesamaan peluang di kalangan sistem pendidikan.
1.2
Dasar Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) diwujudkan bagi
menyediakan
modal
insan
yang
berkemahiran
tinggi,
kebolehpasaran
dan
kebolehkerjaan agar sentiasa relevan dalam membantu menyokong pembangunan ekonomi negara serta menyediakan akses dan ekuiti pendidikan kepada semua murid . Dasar Pendidikan Kebangsaan KPM, 2012 menggariskan dasar TVET seperti berikut: -
Memastikan murid yang berminat dalam bidang teknik dan vokasional terus berada dalam sistem persekolahan.
-
Memastikan penyediaan lebih ramai tenaga kerja yang berkelayakan, fleksibel, berfikiran kreatif, mahir dan terlatih serta mempunyai nilai murni bagi memenuhi keperluan perindustrian dan pemodenan negara.
-
Memastikan sistem TVET diperkukuh supaya relevan dengan pembangunan ekonomi semasa Negara
4
1.3
Matlamat Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional
Matlamat TVET selaras dengan matlamat FPN iaitu : 1.
Membentuk kemahiran, kebolehan dan kefahaman dalam bidang pekerjaan bagi setiap pelajar
2.
Memupuk sikap dan tabiat kerja yang baik dalam diri pelajar
3.
Menyediakan pekerja mahir dan separa mahir bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terlatih
4.
Membuka peluang kepada pelajar perbaiki kualiti hidup dengan mengembangkan potensi diri
1.4
Objektif Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Objektif asas pendidikan vokasional yang diutarakan oleh Evans (1971) iaitu : -
Untuk memenuhi keperluan tenaga kerja
-
Meningkatkan pilihan individu dan
-
Sebagai daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan
Objektif baru TVET selepas Akta Pendidikan 1995: -
Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat kepada pendidikan sains
-
dan teknikal
-
Menawarkan program berorientasi teknologi kepada pelajar yang berpotensi
-
untuk menjadi pekerja separa mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan
-
kejuruteraan 5
-
Menyedia pelajar dengan pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi
-
keperluan sektor perdagangan, industri dan pertanian
-
Membina asas yang kukuh untuk melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal
-
1.5
dan vokasional
Kurikulum 1.5.1 Definisi Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional Kurikulum berasal dari perkataan latin iaitu “ currere “ bermaksud siri atau episod atau dengan kata lain satu siri kursus yang diambil oleh pelajar. Posner ( 1995 ) menyatakan kurikulum ialah: Satu dokumentasi mengenai hasil pembelajaran yang diterjemahkan dalam bentuk silibus, kerangka kursus, buku teks, dan satu pengalaman terancang. Kurikulum bolehlah diistilahkan sebagai semua jenis pengalaman yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh sesebuah institusi pendidikan. (Wenrich, Wenrich & Galloway, 1983). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979) mendefinisikan
kurikulum
sebagai
segala
rancangan
pendidikan
yang
dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan. Definasi kurikulum daripada sudut konsep : - kurikulum ialah pengalaman yang dilalui oleh seorang pelajar yang membantu beliau meneruskan kehidupan dan aktiviti seharian dengan lebih berkesan
Definasi kurikulum daripada sudut amalan : - kurikulum ialah dokumen yang mengandungi a. senarai mata pelajaran bagi sesuatu kursus b. sukatan pelajaran bagi setiap mata pelajaran c. kaedah bagaimana kandungan mata pelajaran dapat dikuasai oleh pelajar 6
Kurikulum
TVET
adalah
kurikulum
yang
mengandungi bidang ilmu teknikal dan vokasional yang
menekankan
kepada
pengetahuan
dan
kemahiran yang relevan ke arah sesuatu bidang profesyen atau pekerjaan 1.5.2 Konsep Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional •
Kurikulum TVET menekankan “learning by doing” menerusi aktiviti “hands-on” juga mementingkan “minds-on” dan kemahiran tempat kerja dalam pengajaran dan pembelajaran
•
Penekanan kepada pembentukan individu dalam aspek yang meluas meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai, sosial dan sikap yang menyumbang kepada kebolehpasaran (employability) lepasan
•
Kurikulum TVET perlu mengambil kira tentang permintaan sektor pekerjaan industri terhadap pekerja mahir
•
Kurikulum TVET juga perlu responsif terhadap kehendak sektor industri maka kurikulum TVET mestilah sentiasa dinamik, terkini
•
serta releven dan bukan statik. Pihak institusi hendaklah merancang
dan
pengalaman-pengalaman
untuk
yang
sesuai
penyediakan seseorang
memperolehi ilmu, kemahiran teknikal dan lain-lain kemahiran seperti berkomunikasi dan kemahiran bekerja Perbezaan Kurikulum TVET dan Kurikulum Pendidikan Umum
Kurikulum TVET
Kurikulum Pendidikan Umum
7
•
Bercorak kejuruteraan / teknikal dan
•
pengajaran dan pembelajaran
Adalah kurikulum bercorak akademik dan kemanusiaan
memberi fokus kepada aktiviti “hands-on” •
Contoh:
Menekankan kepada kemahiran selain daripada ilmu – Pelajar perlu
Bahasa Melayu, Sejarah dan Geografi
seimbang dari segi teori dan kemahiran amali •
Memerlukan kos yang tinggi untuk menyediakan
infrastruktur
dan
peralatan yang setara dengan apa yang
diperlukan
oleh
sektor
industri. Contoh: Mata pelajaran Teknologi Elektronik, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian Jadual 1: Perbandingan Kurikulum TVET dan Kurikulum Pendidikan Umum
1.5.3 Perkembangan kurikulum Vokasional di Malaysia
Pendidikan
Latihan
Teknik
dan
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, Pendidikan masyarakat pada masa itu hanya membaca kitab al-Quran dan pendidikan agama Islam diajar selepas solat. Anak-anak akan menolong menguruskan hal-hal rumah dan 8
bekerja di sawah, ladang atau bertukang kayu dan logam seperti mengukir dan membuat keris, anyaman dan lain-lain. Pada tahun 1918, mengikut cadangan Jawatankuasa Lemon, Sekolah Teknik telah didirikan di Kuala Lumpur. Mata pelajaran yang diajar ialah Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik dan Kejuruteraan Awam serta Ilmu Ukur. Setelah 100 tahun negara di bawah jajahan Kolonial, jumlah institusi teknikal dan vokasional sangat terhad. Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur pada tahun 1906 yang dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya yang menyediakan juruteknik yang diperlukan oleh Keretapi Tanah Melayu, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur sehinggalah Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1931, Sekolah Teknik Treacher berpindah ke Jabatan Pelajaran dan mula menerima pelajar swasta selepas dua tahun. Pada tahun 1926, sekolah pertukangan yang pertama dibina di Kuala Lumpur. Guru terdiri daripada tiga orang Eropah (seorang pengetua) dan sekolah dikelola oleh Jabatan Pelajaran. Sekolah pertukangan ini menjadikan anak Melayu sebagai mekanik di Jabatan Keretapi dan guru tukang di Sekolah Vernakular Melayu. Kebanyakkan murid lulusan sekolah pertukangan tidak dapat melihat kebaikannya untuk masa hadapan. Namun, ia berjaya melahirkan pekerja
peringkat
bawahan
untuk
jabatan
awam.
Sekolah
tersebut
dikembangkan di Singapura (1929), di Perak (1930) dan di Pulau Pinang (1935). Serentak dengan penubuhan sekolah pertukangan, sekolah pertanian pertama dibina di Serdang pada tahun 1931. Sekolah ini dikelola oleh Jabatan Pertanian Negeri Melayu Bersekutu. Tujuan penubuhan sekolah pertanian adalah untuk melatih pelajar dalam sains pertanian dan apabila lulus boleh dilantik sebagai Pegawai Rendah Pertanian di Jabatan Pertanian Kerajaan. Sekolah ini akhirnya menjadi asas kepada penubuhan Maktab Pertanian Serdang selepas Perang Dunia Kedua. Sekolah pertukangan dibubarkan pada tahun 1960 dan Sekolah Pelajaran Lanjutan diperkenalkan. Tujuannya adalah memberi keutamaan kepada muridmurid yang tidak lulus masuk ke sekolah menengah lain, termasuk Rural Trade 9
School dan ingin menyambung pelajaran selepas kursus 6 tahun di sekolah rendah. Sekolah Lanjutan juga memberi peluang kepada kanak-kanak menyambung pelajaran selama tiga tahun dengan memberatkan pelajaran perusahaan. Sekolah Lanjutan kurang Berjaya dan sistem pelajaran Sekolah Lanjutan ditukar kepada Sistem Komprehensif pada tahun 1965. Bahagian Teknik dan Vokasional mengubahsuai sistem Pelajaran Teknik dan Vokasional di peringkat Sekolah Menengah Rendah kepada emapt bidang pengkhususan mata pelajaran iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga/Ekonomi.Sistem Komprehensif ini memberi peluang kepada murid-murid menyambung pelajaran sehingga umur 15 tahun. Mulai tahun 1968, sistem ini menggalakkan
penubuhan
Sekolah
Menengah
Vokasional
dan
Sekolah
Menengah Teknik. Fenomena yang berlaku dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional ialah mewujudnya Sekolah Menengah Vokasional dan Sekolah Menengah Teknikal. Tujuan untuk menubuhkan Sekolah Menengah Vokasional adalah untuk menyalurkan pelajar-pelajar lepasan sekolah “aneka jurusan” di Tingkatan Empat dan Lima. Penubuhannya adalah untuk memberi pendidikan amali atau kemahiran kepada pelajar-pelajar. Terdapat empat kursus vokasional yang ditawarkan iaitu Pertukangan, Perdagangan, Pertanian dan Sains Rumah Tangga. Selepas dua tahun, para pelajar akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). Sekarang, terdapat 21 jenis kursus yang ditawarkan seperti mesin, kimpalan, Elektronik dan lain-lain. Akhirnya, pelajar akan menjadi sebagai pekerja mahir selepas habis pembelajaran. Maka, Sekolah Menengah Teknik juga ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1962. Sekolah tersebut dilaksanakan untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Tujuan Sekolah Menengah Teknik adalah untuk memberi pelajaran am yang lebih cenderung kepada aliran teknik sebagai asas kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran tinggi di bidang teknikal. Kebanyakkan pelajar yang memasuki Sekolah Menengah Teknik ialah pelajar yang lebih pandai berbanding 10
dengan pelajar yang memasuki Sekolah Menengah Vokasional. Mereka dilatih sebagai profesional dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Elektronik dan sebagainya. Selepas itu, nama kedua-dua sekolah menengah ini telah bertukar sebagai Kolej Vokasional. Perkembangan TVET di
Malaysia
tidak
terhad
kepada
peranan
Kementerian Pelajaran sahaja. Penggubalan dasar kurikulum turut dibuat dan usaha untuk penambahbaikan dilaksanakan oleh mereka di luar kementerian. Sebagai
contohnya,
Majlis
Latihan
Vokasional
Kebangsaan
(MLVK)
bertanggungjawab mengendalikan program-program kemahiran dan kini dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Perkembangan TVET kini pesat selaras dengan keperluan negara dalam menjana ekonomi khususnya dalam bidang perindustrian yang kian menjadi pencorak utama ekonomi negara kita. Bidang industri yang memainkan peranan penting merangkumi industri pengeluaran, automobil, petroleum, pembuatan dan komunikasi. Selaras dengan itu, kerajaan telah mengembangkan TVET di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan Institusi Pendidikan Tinggi. Hasrat
kerajaan
adalah
untuk
melahirkan
rakyat
yang
berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan menyumbang kepada pembangunan negara seperti mana yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
1.5.4 Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan seperti bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi,
11
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat penanda arasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global. Melalui transformasi kurikulum, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuhkan serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dengan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. KSSR dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 bermula dengan Tahun 1 di semua sekolah rendah seluruh negara.
12
Carta 1 : Tiga Modul KSSR
Rajah 1.1 : Empat Prinsip KSSR
13
KSSR mempunyai empat prinsip iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan pendidikan seumur hidup. Prinsip KSSR adalah berasaskan prinsip KBSR. Di samping itu, KSSR menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna .
1.6
Peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pelaksanaan Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokosional salah satu bahagian dibawah
Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan Bahagian yang dipertanggungjawab dalam melaksanakan pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di Malaysia. Menyedari keperluan dan kepentingan TVET dalam pembangunan kapasiti dalam kalangan rakyat tempatan bagi menyokong merealisasikan status negera maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, maka Kementerian telah merangka dan melaksanakan
Pelan
Transformasi
Pendidikan
Vokasional
mulai
2012
dan
diperhebatkan lagi apabila diletakkan menjadi salah satu Aspirasi Sistem iaitu akses kepada pendidikan berkualiti dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 (Buletin Anjakan, 2015). Program transformasi pendidikan vokasional
merangkumi semakan menyeluruh
kurikulum sedia ada, mengguna pakai beberapa kaedah penilaian dan pentaksiran baharu, meningkatkan kemahiran guru serta mengukuhkan lagi jaringan kerjasama dengan industri. Dalam semakan kurikulum Kementerian telah memperkenalkan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang merupakan kurikulum pendidikan dan latihan teknik dan vokasional di Kolej Vokasional (KV) yang mematuhi Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) . 14
Murid-murid akan mengikuti Program Pra Diploma selama dua tahun dan bagi yang memenuhi syarat kelayakan boleh meneruskan pengajian ke Program Diploma di KV selama dua tahun lagi. Program Diploma di KV telah pun mendapat akreditasi sementara (MQA-01) dari Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan pelbagai Kementerian dan agensi bertauliah yang lain yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Murid yang berminat mengikuti pendidikan vokasional boleh memilih laluan bidang kemahiran seawal di Tingkat Satu di sekolah-sekolah terpilih yang melaksanakan Pendidikan Asas Vokasional (PAV).
Rajah 1.2: Laluan Pelajar ke Aliran Vokasional
15
TUTORIAL
1.1.
2.2.
Senaraikan Senaraikanmata matapelajaran pelajaranyang yangdikategori dikategoridalam dalamPendidikan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional yang terdapat di dalam dan Latihan Teknik dan Vokasional yang terdapat di dalamKurikulum Kurikulum Standard StandardSekolah SekolahMenengah Menengah(KSSM). (KSSM). Bincangkan Bincangkandalam dalamkumpulan kumpulantajuk tajuk1.5.5 1.5.5berkaitan berkaitanKurikulum Kurikulum Pendidikan Pendidikandan danLatihan LatihanTeknik Teknikdan danVokasional Vokasionalyang yangterdapat terdapatdididalam dalam Kurikulum KurikulumStandard StandardSekolah SekolahMenengah Menengah(KSSM) (KSSM)
Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar Kepada Pensyarah Melalui Email Sebelum Interaksi Bersemuka.
16
UNIT 2
Teori dan model kurikulum dalam konteks Teknologi Elektronik
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat; dapat; Menghuraikan Menghuraikansecara secarakritis kritisteori teoridan danmodel modelkurikulum kurikulumdalam dalam konteks konteksTeknologi TeknologiElektronik Elektronik
Sinopsis Unit ini membincangkan tentang Model Kurikulum Kebangsaan, Model Tyler (1949), Model Taba (1962), Model Sten House (1975) dan Model Kurikulum Trend Terkini (Emergent Curriculum) dalam konteks Teknologi Elektronik. 2.1
Pengenalan Model kurikulum adalah satu format reka bentuk kurikulum yang dibangunkan
untuk memenuhi sesuatu keperluan atau tujuan. Dari segi konsepnya, kurikulum telah didefiniskan sebagai ‘satu set pengalaman yang perlu dilalui seseorang untuk membolehkannya hidup sempurna dalam masyarakat semasa dan akan datang’. Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancangan mengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang diterjemahkan ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman
pembelajaran.
Perkembangan
kurikulum,
sebagai
satu
proses,
merupakan putaran asas yang mengandungi beberapa komponen iaitu, menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan menilai. Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep dan menyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program persekolahan. Terdapat beberapa model dan teori dalam pembangunan kurikulum. 17
MODEL KURIKULUM KEBANGSAAN
MODEL KURIKULUM TRENS TERKINI
MODEL TYLER (1949)
TEORI DAN MODEL KURIKULUM
MODEL STEN HOUSE MODEL TABA (1962)
(1975)
Rajah 2.0 : Kerangka Tajuk Teori dan Model Kurikulum
18
2.2
Model Kurikulum Kebangsaan
Rajah 2.1 : Model Kurikulum Kebangsaan Sistem pendidikan di Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara. 19
Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk
membentuk
pelajar
bagi
perkembangan
menyeluruh
meliputi
dimensi
instrumental / social dan dimensi intrinsik. Kurikulum ialah segala Rancangan pendidikan (akademik dan ko-kurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma. Unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwartakan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah memerlukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolah masing-masing (Akta Pendidikan 1996). Oleh itu kurikulum adalah amat penting dalam Sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.
Aktiviti kumpulan Anda diminta untuk membentuk satu Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah yang dibentuk mesti memberi perhatian kepada elemen prinsip dan polisi. Buat perbincangan dalam bentuk kumpulan.
20
2.3
Model Tyler (1950) Pada tahun 1950, Ralph Tyler telah memperkenalkan model pembangunan
kurikulum berasaskan pendekatan teknikal-saintifik melalui bukunya, Basic Principles of Curriculum and Instruction. Model Tyler mempunyai empat langkah iaitu :
Rajah 2.2 : Model Kurikulum Tyler Menentukan apakah objektif-objektif pendidikan yang hendak dicapai
oleh sekolah Objektif-objektif pendidikan boleh didapati daripada tiga sumber iaitu pakar subjek, para pelajar dan masyarakat. Selepas mendapat objektifobjektif am ini, perancang kurikulum perlu memurnikan objektif-objektif ini dengan menapisnya (filter) melalui dua tapisan, iaitu tapisan falsafah sekolah dan tapisan psikologi pembelajaran. Hasil tapisan ini disebut sebagai “objektif pengajaran spesifik”.
21
Menentukan apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan untuk mencapai tujuan ini Pengalaman
pendidikan
yang
berkait
dengan
objektif
ditentukan
berasaskan pengalaman lepas pelajar dan persepsinya dalam sesuatu situasi serta apa yang diketahui oleh pendidik tentang pembelajaran dan perkembangan manusia. Menentukan bagaimana pengalaman pendidikan ini boleh disusun dengan berkesan Cara penyusunan pengalaman pendidikan yang berkesan boleh dibuat secara sistematik supaya menghasilkan
kesan kumulatif maksimum.
Unsur-unsur penyusunan seperti idea, konsep, nilai dan kemahiran boleh diselitkan kepada keseluruhan kurikulum, termasuk matapelajaran lain. Idea, konsep, nilai dan kemahiran ini boleh memaut (link) kandungan dalam mata pelajaran yang sama. Menentukan samada objektif-objektif ini tercapai Keberkesanan pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektif yang diingini perlu dinilai. Begitu juga, keberkesanan program perlu dinilai. Pada tahun 1977, Tyler ditanya samada beliau ingin mengubah empat persoalan asal tentang pembangunan kurikulum. Beliau menyatakan empat persoalan asal itu tidak perlu diubah, tetapi menambah agar pelajar mengambil bahagian yang lebih aktif dalam pembelajaran. Fikirkan Sejauh manakah anda boleh kaitkan Model Kurikulum Tyler dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bidang anda.
22
2.4
Model Taba (1962)
Rajah 2.3 : Model Kurikulum Taba Model Taba (1962) mempunyai tujuh langkah yang hampir sama dengan Model Tyler. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut : Mendiagnosis keperluan Guru (pereka bentuk kurikulum) memulakan proses mengenalpasti keperluan pelajar. Menggubal objektif Selepas mengenalpasti keperluan yang perlu diberi perhatian, guru menentukan objektif yang ingin dicapai.
23
Memilih kandungan Objektif yang dipilih akan menentukan kandungan kurikulum. Selain objektif
sepadan
dengan
kandungan,
kesahan
kandungan
dan
kepentingannya perlu ditentukan. Penyusunan kandungan Guru perlu menyusun kandungan dengan mengambil kira kematangan pencapaian akademik dan minat pelajar. Pemilihan pengalaman pembelajaran Kandungan perlu dibentangkan kepada pelajar dan pelajar perlu menghayati
kandungan.
Guru
memilih
kaedah
pengajaran
yang
melibatkan pelajar memahami kandungan Menyusun aktiviti pembelajaran Penyusunan aktiviti pembelajaran ditentukan oleh kandungan, tetapi guru mesti mengambil kira pelajar-pelajar yang hendak diajar. Penilaian dan kaedah penilaian Perancang kurikulum perlu menentukan objektif yang mana suah tercapai. Kaedah penilaian perlu dirunding dengan pelajar.
Fikirkan Apakah perbezaan di antara Model Tyler dengan Model Taba
24
2.5
Model Stenhouse (1975)
Kurikulum sebagai proses Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi guru, pelajar dan ilmu pengetahuan Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah serta persediaan-persediaan yang dilakukan Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan prkatikal yang diperkenalkan oleh Aristotle Suatu percubaan yang menerangkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri usul pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran Pembelajaran adalah berpusat kepada murid Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.
Aktiviti Konsep kurikulum menurut Model Stenhouse (1975) memberi penekanan kepada perkara-perkara berikut seperti diatas. Huraikan secara ringkas mengikut kefahaman anda dan kaitkan dengan bidang pengajaran anda. Tutorial
Perlu disiapkan dan dihantar kepada Pensyarah melalui email
sebelum Interaksi Bersemuka. 25
2.6
Model Kurikulum Trend Terkini Mengikut kehendak semasa sistem pendidikan - kurikulum emergent Interaksi kanak-kanak dengan orang dewasa Dipanggil emergent kerana sentiasa berubah Guru sebagai pemerhati – menilai kebolehan murid dan merancang aktiviti untuk pemikiran kritis murid Kurikulum emergent terpaksa diwujudkan mengikut kehendak, kuasa dan trend semasa dalam sistem pendidikan negara. Contoh zaman ICT dan Sekolah Bestari Menerokai apa yang diperlukan secara sosial dan ia amat bermakna kepada kanak-kanak atau pelajar Empat komponen penting – objektif kurikulum, pengetahuan, pengalaman pembelajaran dan penilaian kurikulum
Aktiviti berkumpulan Untuk merealisasikan matlamat k-ekonomi, sistem pendidikan dan latihan di Malaysia mestilah berjaya melahirkan pelajar yang memenuhi ciri-ciri pekerja berpengetahuan (kowledge-workers). Dalam kumpulan kecil, bincangkan
elemen-elemen
yang
perlu
difikirkan
oleh
perancang
kurikulum untuk merekabentuk kurikulum trend terkini supaya pelajar mempunyai ilmu dan kemahiran seperti yang dikehendaki oleh majikan era k-ekonomi dan global.
26
UNIT 3
Reka bentuk Kandungan Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam bidang Teknologi Elektronik
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat dapat: : 1.1. Menganalisis MenganalisisKurikulum KurikulumStandard StandardKolej KolejVokasional Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Elektronik (KSKV) bidang Teknologi Elektronik 2.2. Menganalisis Menganalisispemetaan pemetaankandungan kandungandengan dengankeperluan keperluanStandard Standard Kemahiran KemahiranPekerjaan PekerjaanKebangsaan Kebangsaan(NOSS) (NOSS)
Sinopsis Unit ini memberi pendedahan mengenai Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) bidang Teknologi Elektronik dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
27
FALSAFAH
CUDBAS
REKA BENTUK KANDUNGAN KURIKULUM TVET DALAM BIDANG TEK. ELEKTRONIK
REKA BENTUK KURIKULUM VOKASIONAL
KURIKULUM BERASASKAN OBE
DESCUM/ DACUM - NOSS
Rajah 3.0: Kerangka Tajuk Reka bentuk Kandungan Kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional dalam bidang Teknologi Elektronik
28
Kandungan di dalam Unit 3 hanya menjurus kepada subtopik Reka Bentuk Kurikulum Vokasional yang disediakan dalam bentuk tutorial.
TUTORIAL
1.1. Sediakan SediakanKurikulum KurikulumStandard StandardKolej KolejVokasional Vokasional(KSKV) (KSKV)bidang bidang Teknologi TeknologiElektronik Elektronik 2.2. Sediakan SediakanStandard StandardKemahiran KemahiranPekerjaan PekerjaanKebangsaan Kebangsaan(NOSS) (NOSS) bidang Teknologi Elektronik bidang Teknologi Elektronik 3.3. Analisis Analisiskesesuaian kesesuaianKurikulum KurikulumStandard StandardKolej KolejVokasional Vokasional(KSKV) (KSKV) bidang bidangTeknologi TeknologiElektronik Elektronikdaripada daripadakonteks: konteks: - -umur umurpelajar pelajar - -teknologi teknologiterkini terkiniyang yangterdapat terdapatdidiMalaysia Malaysia - -keperluan keperluanindustri industrisemasa. semasa. 4.4. Lakukan Lakukanpemetaan pemetaankandungan kandunganKurikulum KurikulumStandard StandardKolej Kolej Vokasional Vokasional(KSKV) (KSKV)bidang bidangTeknologi TeknologiElektronik Elektronikdengan denganStandard Standard Kemahiran KemahiranPekerjaan PekerjaanKebangsaan Kebangsaan(NOSS) (NOSS)
Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar Kepada Pensyarah Melalui Email Sebelum Interaksi Bersemuka.
29
UNIT 4
Kandungan Kurikulum Teknologi Elektronik
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat dapat: : 1.1.Menganalisis Menganalisisbahan bahansokongan sokongankurikulum kurikulumTeknologi Teknologi Elektronik Elektronik
Sinopsis Unit ini memberi pendedahan mengenai Analisis Bahan Sokongan Kurikulum seperti Modul Pembelajaran, Writing Instructional Material (WIM), Buku panduan pengajaran guru, Scheduled of Accommodation (SOA) and Project Brief dan Manual Spesifikasi Peralatan
Rajah 4.0: Kerangka Tajuk Kandungan Kurikulum Teknologi Elektronik
30
Kandungan di dalam Unit 4 hanya menjurus kepada subtopik Analisa Bahan Sokongan Kurikulum yang disediakan dalam bentuk tutorial.
TUTORIAL
1.1. Senaraikan Senaraikanbahan bahansokongan sokongankurikulum kurikulumyang yangterdapat terdapatdidiKolej Kolej Vokasional Vokasionalanda. anda. 2.2. 3.3.
Adakah Adakahbahan bahansokongan sokongankurikulum kurikulumtersebut tersebutkerap kerapanda anda digunakan? digunakan? Analisis setiap bahan sokongan kurikulum tersebut daripada Analisis setiap bahan sokongan kurikulum tersebut daripadaaspek: aspek: - -pengajaran pengajarandan danpembelajaran pembelajaran - -kesesuaian kesesuaiandalam dalamKurikulum KurikulumStandard StandardKolej KolejVokasional Vokasional(KSKV) (KSKV)
Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar Kepada Pensyarah Melalui Email Sebelum Interaksi Bersemuka.
31
UNIT 5
Perancangan dan Pengurusan Kurikulum
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat dapat: : 1.1. Menghasilkan Menghasilkanperancangan perancangantahunan tahunanpanitia panitiaTeknologi Teknologi Elektronik Elektronik 2.2. Merancang Merancangpengurusan pengurusanbahan bahansokongan sokongankurikulum kurikulumTeknologi Teknologi Elektronik Elektronik
Sinopsis Unit ini memberi pendedahan mengenai perancangan tahunan, aktiviti dan peranan panitia Teknologi Elektronik. Unit ini juga memfokuskan kepada pengurusan bahan sokongan kurikulum Teknologi Elektronik.
32
Rajah 5.0: Kerangka Tajuk Perancangan dan Pengurusan Kurikulum
Kandungan di dalam Unit 5 hanya menjurus kepada subtopik Perancangan dan Pengurusan panitia Teknologi Elektronik yang disediakan dalam bentuk tutorial.
TUTORIAL
1.1. 2.2.
Hasilkan Hasilkansatu satuperancangan perancangantahunan tahunanpanitia panitiaTeknologi TeknologiAutomotif Automotif Rancang Rancangaktiviti aktivitipanitia panitiaTeknologi TeknologiElektronik Elektronik
3.3. Rancang Rancang pengurusan pengurusan bahan bahan sokongan sokongan kurikulum kurikulum panitia panitiaTeknologi Teknologi Elektronik Elektronik
Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar Kepada Pensyarah Melalui Email Sebelum Interaksi Bersemuka.
33
UNIT 6
Trenda dan isu dalam kurikulum
Hasil Pembelajaran Unit Pada Padaakhir akhirunit unitpelajar pelajardapat; dapat; 1.. Membincangkan secara 1.. Membincangkan secarakritis kritisberkaitan berkaitanperkembangan perkembangan Pendidikan Pendidikandan danLatihan LatihanTeknik Teknikdan danVokasional Vokasionaldididalam dalamdan dan luar luarnegara negara 2. Membincangkan secara kritis isu-isu semasa dan cabaran berkaitan 2. Membincangkan secara kritis isu-isu semasa dan cabaran berkaitan Pendidikan Pendidikandan danLatihan LatihanTeknik Teknikdan danVokasional Vokasional
Sinopsis Unit ini membincangkan tentang perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional di dalam dan luar negara, cabaran dan trenda baharu dalam kurikulum Teknologi Elektronik. Unit ini juga akan memberi penekanan terhadap pelaksanaan kurikulum Teknologi Elektronik di institusi pendidikan serta hubungan kurikulum TVET dengan industri.
34
Rajah 6.0: Kerangka Tajuk Trenda dan Isu Dalam Kurikulum
6.1
Trenda 6.1.1 Perkembangan dalam negara Sukatan kurikulum TVET adalah sama rata iaitu 50% amali dan 50% teori. TVET dikendalikan oleh kerajaan dan swasta. Contohnya : Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), MARA dan kolej swasta. Memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara. Menawarkan programprogram yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan. 6.1.2 Perkembangan luar negara Sukatan kurikulum TVET di luar negara ialah 70% amali dan 30% teori. Penglibatan majikan secara terus dalam memformulakan latihan vokasional. Kriteria-kriteria untuk penilaian berpandukan kecekapan dibentuk oleh majikan. Pelatih akan menjalankan amali di kilang atau firma secara langsung. Majikan (melalui satu badan khas yang dibentuk) akan menentukan kriteria yang melayakkan seseorang kompeten dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ini bertujuan membantu pelajar meneroka alam pekerjaan, memperolehi perantis dan mempromosikan latihan vokasional.
Semua negara-negara seperti Amerika,
Perancis, Britain dan Jerman menyediakan badan kerjasama berkenaan. Contohnya : Vocational Guidance Service (Jerman), National Agency for Employment (Perancis). Guru-guru diberi galakan menghadiri latihan dalam perkhidmatan dan membuat penyelidikan. Guru diwajibkan menjalani latihan kemahiran yang diberi oleh Kementerian Buruh bagi mengawal mutu tenaga pengajar, contohnya seperti negara Jepun. Penduduk diberi galakkan memasuki latihan vokasional sejak peringkat awal remaja lagi. Lebih lima puluh peratus daripada remaja melibatkan diri dalam bidang ini contohnya negara Jerman.
35
Jadual 2: Jabatan Penyeliaan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Dan Luar Negara
36
6.2
Isu dan Cabaran 6.2.1 Cabaran dan trenda baharu dalam kurikulum Teknologi Elektronik
Presepsi Presepsi Masyarakat Masyarakat Pengiktirafan Pengiktirafan Yang Rendah Yang Rendah
Kekurangan Kekurangan Pembelajaran Pembelajaran diluar diluar
Cabaran Cabaran Baharu Dalam Baharu Dalam Tek Elektronik Tek Elektronik Kekurangan Kekurangan Kelengkapan Kelengkapan
Melahirkan Melahirkan Tenaga Kerja Tenaga Kerja Yang berkualiti Yang berkualiti Bengkel Yang Bengkel Yang Kondusif Kondusif
Rajah 6.1 : Cabaran Baharu dalam Tek Elektronik Persepsi Masyarakat Pendidikan teknik dan vokasional yang sering dipandang rendah kerana mereka menganggap pelajar-pelajar sekolah vokasional sebagai pelajar yang gagal dalam bidang akademik masih menebal. Ramai juga dikalangan ibubapa, terutama Pegawai Tinggi Kerajaan kurang menggalakkan anak-anak mereka yang berminat alam bidang kemahiran untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknik dan vokasional (Yahya, 1993). Perasaan ini timbul kerana di masa lalu murid-murid yang memasuki sekolah vokasional adalah terdiri daripada mereka yang berkelulusan rendah dalam peperiksaan SRP atau PMR dan gagal untuk meneruskan pengajian ke tingkatan empat di sekolah akademik.
37
Pengiktirafan Yang Rendah Selama ini, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaaan hanya memberi perhatian dan bantuan kepada mereka yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi. Banyak bantuan dari segi biasiswa, pinjaman dan peluang melanjutkan pelajaran akan disediakan untuk golongan pelajar terbaik dalam akademik. Namun, keadaan yang sama tidak berlaku kepada pelajar aliran TVET yang cemerlang. Pengiktirafan yang tidak seimbang antara pelajar cemerlang dalam akademik dan pendidikan teknik dan vokasional juga berlaku di dalam liputan media tempatan. Melahirkan Tenaga Kerja Yang Berkualiti Cabaran utama bidang TVET adalah memastikan hasil keluarannya berkualiti dan memenuhi aspirasi falsafah pendidikan negara iaitu untuk melahirkan warga negara yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, sosial dan mencapai keseimbangan dan kemakmuran diri serta dapat berbakti pada agama, bangsa dan negara. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pendidik bagi menyampaikan pengajaran secara kreatif bagi memastikan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan tercapai. Pengajaran yang disampaikan lebih kepada kerja amali berbanding mata pelajaran akademik yang lain, pendidik dapat menyampaikan nilai – nilai murni atau aspek kerohanian secara langsung semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Oleh itu, pendidik dalam teknik dan vokasional harus menjalankan peranan secara aktif dalam memastikan pelajar dapat mengenal hakikat diri dan mencari kebenaran pada tahap yang optima. Kekurangan Kelengkapan Kelengkapan peralatan dan mesin di bengkel yang tidak mencukupi mengganggu proses pembelajaran pelajar. Peralatan tangan yang tidak mencukupi menyebabkan pelajar tidak sukar untuk melakukan projek amali atau kerja-kerja amali tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan memakan masa yang lama.
38
Bengkel yang Tidak Kondusif Saiz bengkel yang sempit juga mengganggu proses pengajarandan pembelajaran. Ini menyebabkan, pelajar terpaksa melakukan projek mereka di luar bengkel dalam keadaan yang tidak selesa dengan faktor cuaca yang panas dan sebagainya. Bengkel adalah tempat untuk membina minat membangunkan kemahiran serta memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih mendalam lagi. Kekurangan Pembelajaran di Luar Pembelajaran TVET tidak hanya terhad di dalam sekolah sahaja, ia juga melibatkan pembelajaran di luar bilik darjah atau pada situasi sebenar. Pelajar juga perlu mengikuti latihan di industri sebenar bagi mendapat pengalaman. Selain itu, lawatan juga akan mendekatkan pelajar dengan situasi sebenar serta boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna.
TUTORIAL
1.1.
Bagaimanakah Bagaimanakahpelaksanaan pelaksanaankurikulum kurikulumTeknologi TeknologiElektronik Elektronikdidi institusi institusipendidikan pendidikandilaksanakan dilaksanakandengan dengansempurna. sempurna.Bincangkan. Bincangkan.
2.2.
Jelaskan Jelaskansejauh sejauhmanakah manakahhubungan hubungankerjasama kerjasamaindustri industri dengan denganpelaksanaan pelaksanaankurikulum kurikulumTVET TVETdidinegarai negaraiini. ini. Nota: Nota: Penulisan Penulisanhendaklah hendaklahtidak tidakkurang kurangdari dari150 150perkataan perkataan Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar Kepada Tutorial Perlu Disiapkan dan Dihantar KepadaPensyarah Pensyarah Melalui MelaluiEmail EmailSebelum SebelumInteraksi InteraksiBersemuka. Bersemuka.
39
RUJUKAN Bahan Cetakan: Akhtiar Pardi., & Shamsina Shamsuddin. (2015). Rancangan pengajaran harian dalam pengajaran dan pembelajaran. Puchong: Sasbadi Sdn. Bhd. Evans, M. (2013). Teacher education and pedagogy: Theory, policy and practice. Cambridge, UK: Cambridge University Press Faridah Nazir., Faizah Shamsuddin., & Amran Bakar. (2016). Pengajaran dan pembelajaran abad 21. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Silberman, M. (2009). Pembelajaran aktif: 101 strategi untuk mengajar apa jua subjek. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Allan C. O.,& Francis P. H., (2016). Curriculum, Foundation, Principles, and Issues (7th Ed). USA: Pearson Educational Leadership Tyler R. W., & Hlebowitsh P. S. (2013). Basic Principles Of Curriculum and Instruction.USA : University Of Chicago Press Wiles, J., & Bondi J. C. (2015). Curriculum Development: A Guide to Practice (9th Ed). USA: Pearson Education, Inc Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia. (2015). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Kolej Vokasional, Teknologi Elektronik. Putrajaya: BPTV Barrett, B.,& Rata, E. (2014).Knowledge and the Future of the CurriculumInternational Studies in Social Realism.USA: Palgrave Studies in Excellence and Equity in Global Education Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). (2016). National Occupational Skills Standard (NOSS) Registry. Putrajaya: JPK Mohd Nor Azhari Azman (2015). Pendidikan teknikal dan vokasional: Pendekatan penyelidikan, analisis dan interpretasi. Perak: UPSI
40
Patil B.R. (2012). Basic Electrical and Electronics Engineering, (2nd ed). USA: Published by Oxford Higher Education/Oxford University Press, Rauner, F.,&Heinemann, L. Andrea (2012).Competence Development and Assessment in TVET (COMET).Netherlands : Springer
41
PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN ELNV2023 PEDAGOGI DALAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK NAMA ABD GHANI BIN IHWAN Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan
KELAYAKAN Kelulusan: Sarjana Sains. (Teknologi Maklumat) Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) Diploma Lanjutan Vocational Training Manager Diploma Kemahiran Malaysia (Pepasangan Dan Penyelenggaraan Elektik Voltan Rendah) Sijil Perguruan (PepasanganElektrik) Pengalaman: Penulis Modul MPAV KBSM Tingkatan 4 & 5 Pendawaian Elektik Penulis Modul RBT KSSR Tahun 6 Penulis Modul PGSR (Tek Elektrik Dan Elektronik) Panel Penggubal RMK RBT SM Panel Penggubal RMK DPLIV Pensyarah Kaedah Mengajar KHSR PISMP RBT Pensyarah Teknologi Elektrik Dan Elektrinik PISMP
ZAMRY BIN IBRAHIM Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan
MOHD HARATH ALI BAJUNID BIN OMAR
Pensyarah IPG Kampus Pendidikan Teknik, Kompleks Pendidikan Nilai, Bandar Enstek, 71760 Nilai, Negeri Sembilan
Kelulusan: Sarjana Sains (Fizik Gunaan) Sarjana Muda Sains (Kep.) Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Perhubungan))
Pengalaman: Pensyarah Teknologi Elektrik Dan Elektrinik PISMP Guru Elektrik Dan Elektrinik Kelulusan: Sarjana Sains (Fizik Gunaan) Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik)
Pengalaman: Pensyarah Teknologi Elektrik Dan Elektrinik PISMP
42