B E L A J A R R
DAN
SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA BUKIT TANGGA 06050 BUKIT KAYU HITAM KEDAH DARUL AMAN Tel / Fax : 04-9222340 Email:
[email protected]
I T I K A R B B E
1984
1404
B U K I T
G A N G T A
MINIT MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA TAHUN 2018 Tarikh
:
27 Disember 2017
Masa
:
9.00 Pagi
Tempat
:
Bilik Mesyuarat SKFBT
Pengerusi
:
En. Alias bin Bahadon
- Guru Besar
Kehadiran
: 1. En. Alias Bin Bahadon
- Guru Besar
2. Pn. Nor Ashikin Binti Bakar
- PK Pentadbiran
3. Pn. Hazrina Binti Harun
- PK Hal Ehwal Murid
4. En. Muhammad Yadzni Bin Majid
- PK KoKurikulum
5. Pn. Siti Fatimah Binti Abdullah
- Setiausaha Kurikulum
6. En. Mohamad Fauzi Bin Hamid
- Ketua Panitia Bahasa Melayu
7. Pn. Norshakili Binti Sulaiman
- Ketua Panitia Bahasa Inggeris
8. Pn. Zurina Binti Abu
- Ketua Panitia Matematik
9. Pn. Badariah Binti Yahya
- Ketua Panitia Sains
10. Pn. Noraini Binti Abdullah
- Ketua Panitia Seni Visual
11. En. Hellmi Bin Yusoff
- Ketua Panitia PJK
12. En. Rosaznisham Bin Desa
- Ketua Panitia Sejarah
13. En. Zulkhairi Bin Abidin
- Ketua Panitia RBT
14. En. Nik Mohd Jefri Bin Nik Mat
- Ketua Panitia TMK
15. En. Mohd Azlan Bin Mohd Abdullah
- Ketua Panitia Muzik
16. En. Mohamad Yazid Bin Ismail
- Ketua Panitia Bahasa Arab
17. Pn. Haslyza Binti Mohd Nawi
- Penyelaras LINUS
18. En. Zul Helmi Bin Desa
- S/U LDP/PROKEM/PRA UPSR
19. Pn. Nadhia Binti Aspar
- S/U PAK21/KBAT
20. Pn. Mahani Binti Bulat
- Guru Pendidikan Islam
21. Pn. Masniza Binti Mahmud
- Guru Bimbingan & Kaunseling
22. En. Mohamad Hafiz Ezani Bin Bakri
- Guru PSS
23. Pn. Siti Firdaus Binti Mohamad
- Guru Pendidikan Islam
24. En. Ahmad Faiez Bin Alwi
- Guru Akademik Bahasa Arab
25. En. Mutaruddin Bin Che Mat
- Guru Bahasa Inggeris
26. Pn. Hayati Binti Mohd Zuki
- Guru Sains
I
Aluan Pengerusi 1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummu al kitab al-Fatihah dan bacaan doa oleh Ustaz Mohamad Yazid bin Ismail.
1
2. Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kelapangan semua guru dan dengan izin Allah dapat hadir ke mesyuarat kurikulum kali pertama pada tahun 2018 ini. 3. Terima kasih diucapkan kerana dapat menguruskan organisasi dengan baik sepanjang tahun 2017.
II
Saranan/Laporan Pihak Atasan Pengarah JPN Kedah 4. Semoga hari pertama persekolahan 1 Januari 2018 berjalan dengan lancar. 5. Sepanjang tempoh 10 hari pertama tahun 2018, pihak sekolah hendaklah melayan waris dengan baik. 6. Pengurusan kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum hendaklah diberi keutamaan. 7. Kawasan sekolah, bilik-bilik khas, padang sekolah mestilah boleh digunakan pada hari pertama persekolahan. 8. Pdpc hari pertama persekolahan hendaklah berjalan seperti biasa.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru. Guru Besar 9. Prasekolah – tidak ada lagi jawatankuasa waris dalam organisasi prasekolah, hanya yang ada jawatankuasa peringkat sekolah sahaja. 10. Pada tahun 2018, diharapkan semua guru akan lebih cemerlang dengan azam baru, semangat baru, pelajar baru, jadual baru dan sebagainya. 11. Diharapkan semua guru dapat menyelesaikan i-think dalam masa yang terdekat ini. 12. Untuk pengetahuan semua guru, data e-operasi tahun 2017 telah lengkap sepenuhnya dan telah dikemaskini sebanyak 4 kali setahun. 13. Audit SKPMg2 di sekolah kita akan dijalankan pada 22 Januari 2018, diharapkan agar semua guru dapat menyediakan evidens masing-masing. 14. Peruntukan kewangan panitia mata pelajaran dan kokurikulum telah dibelanjakan sepenuhnya pada tahun 2017. 15. Pengurusan prasekolah juga telah selesai sepenuhnya. 16. Jadual waktu akan diedarkan dan diharapkan agar semua guru dapat menerimanya dengan baik. 17. Semua guru boleh merujuk Takwim sekolah untuk sebarang aktiviti sepanjang tahun 2018 nanti. 18. Mulai 1 Januari 2018, semua guru akan menggunaan tumb print sebagai bukti rekod kedatangan guru ke sekolah. Semua guru mesti berada di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.40 pagi dan dibenarkan 2
pulang selepas pukul 2.00 petang. Sekiranya guru ingin keluar awal untuk menghadiri mesyuarat, taklimat atau sebagainya, guru tersebut hendaklah merekodkan maklumat dalam buku keluar masuk dengan kebenaran Guru Besar dan Penolong Kanan. Penggunaan tumb print ini adalah untuk mengelakkan masalah di kalangan pekerja keselamatan. 19. Guru tidak dibenarkan berada di pondok keselamatan pada waktu persekolahan. 20. Pada hari pertama persekolahan, RMT berjalan seperti biasa. Guru bertugas hendaklah memastikan makanan mencukupi untuk semua murid. 21. Perhimpunan rasmi hendaklah dimulakan pada ukul 7.40 pagi dan berakhir pada pukul 8.10 pagi bagi memberi ruang kepada murid beredar ke kelas masing-masing tepat pada, masanya. Kedatangan semua guru ke perhimpunan adalah wajib dan dianggap sebagai evidens. 22. Semua guru boleh menggunakan fail sebagai Rekod Persediaan Mengajar. Sekiranya fail sudah penuh, guru tersebut boleh menggunakan fail baru sebagai tambahan. 23. Pada hari pertama persekolahan, pdpc berjalan seperti biasa. Guru kelas tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk kutipan yuran. 24. Pada hari pertama persekolahan, guru kelas hendaklah meastikan kelas dalam keadaan bersih dan ceria. 25. Semua guru mesti memenuhi etika berpakaian semasa berada di sekolah. 26. Mesyuarat guru hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Manakala mesyuarat kurikulum hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali sepenggal. 27. Guru hendaklah memastikan keselamatan dalam kelas, pastikan lampu dan kipas dapat berfungsi dengan baik dan selamat untuk digunakan. 28. Rancangan Pelajaran Harian hendaklah disediakan dan diberikan apabila diminta oleh pemantau. 29. Semua guru mesti menulis di dalam buku keluar masuk kelas yang telah disediakan. 30. Pada tahun 2018, guru layak memohon Cuti Rehat Khas sebanyak 10 hari. Permohonan hendaklah dibuat 3 hari sebelum bercuti kecuali kes-kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan. 31. Mengikut arahan PPD, permohonan ke luar negara hendaklah 38 hari sebelum dan di JPN pula 30 hari sebelum itu. 32. Data EMIS telah lengkap, manakala data APDM hendaklah dikemaskini. 33. PIBG / Sarana Ibubapa perlu ada dokumentasi dan data hendaklah diisi mengikut tarikh sebenar. 34. Sebarang pembelian yangmelibatkan aktiviti sekolah, panitia dan kokurikulum hendkalah berhubung dengan Pembantu Tadbir, Puan Aidawati. Sebarang pembelian hendaklah tidak melebihi RM199.99 secara tunai. Manakala selebihnya hendaklah menggunakan cek. 35. Untuk pengetahuan semua, kewangan tahun 2018 adalah secara online termasuklah gaji. 3
36. Semua barang yang dibeli oleh panitia atau bilik-bilik khas hendaklah direkod sebagai eset sekolah. 37. Kutipan yuran sekolah bermula 2.1.2018 kecuali hari pertama persekolahan. 38. Guru diminta memastikan murid yang tidak mampu membeli buku tulis. Pihak sekolah akan memberikan bantuan kebajikan kepada murid berkenaan. 39. Semua panitia mesti menyediakan dan mengemaskini enam buah fail. Mesyuarat panitia hendaklah dijalankan pada bulan Januari ini.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru. Penolong Kanan Kurikulum 40. Penulisan Rekod Pengajaran Harian dan DSKP 40.1
Mengikut peruntukan Akta Pendidikan (Akta 1996:PU(A)531, Per 7,8,9)PU(A)531 Per 7: Sukatan Terkini/Huraian sukatan Harian/Rancangan Mengajar dan mempunyai senarai nama murid dalam satu kelas.
40.2
PU(A) Per 8:Guru hendaklah menyimpan dan mengguna BRMG.
40.3
Peraturan 11(1):Guru hendaklah mengajar mengikut sukatan y ang diluluskan.
40.4
Format yang dipersetujui oleh JU/PPD/JPN/sekolah (lampiran format terkini)
40.5
Dokumen Standard Prestasi (DSP), Dokumen Standard Prestasi dan Pentaksiran (DSKP) DSP,DSKP dan KSSR difailkan oleh individu.
40.6
Disimpan 1 salinan oleh panitia mata pelajaran.
40.7
Guru yang meminjam, hendaklah memulangkan kembali ke panitia.
41. Pengurusan fail: 41.1
Sistem fail mengikut format JPN Kedah (rujuk buku Pengurusan Panitia Sekolah)
41.2
Diagih kepada ahli panitia untuk mengurus
42. Pencapaian UPSR 2017 dan sasaran 2018 42.1
UPSR : GPS 3.1, peratus 54.
42.2
Sediakan dashboard dan headcount setiap kelas
43. Pentaksiran dan Ujian 43.1
Tarikh ujian dan pentaksiran merujuk kepada jadual KPM, JPN dan MGB.
43.2
JSU dan format
43.3
Agihan pengurusan soalan
44. Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) 44.1
setiap panitia perlu menyediakan takwim ldp mata pelajaran masing -masing
44.2
Ldp mesti berkaitan dengan matapelajaran disekolah dan impaknya pulang k epada murid
45. Pelan Taktikal Panitia 45.1
Bincang pelan operasi, pelan strategi dan pelan taktikal dalam mesyuarat panitia mata pelajaran.
46. Program Tahunan Panitia 46.1 46.2
Rancang Program Panitia Matapelajaran yang boleh meningkatkan akademik sekolah. Rujuk keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2017 untuk merancang aktiviti. 4
47. Setiap panitia diminta bersedia untuk mengadakan mesyuarat Panitia K ali Pertama selewat-lewatnya minggu kedua persekolahan 2018. 48. Selaraskan penggunaan buku latihan murid dan aktiviti meningkatkan prestasi berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun 2017. 49. Jadual yang diedarkan untuk tahun 2018 mencapai 30 waktu bagi kebanyakan guru. Keadaan ini disebabkan pertambahan kelas (12 kelas) aliran perdana. Pohon kerjasama semua guru untuk menerima jadual ganti walaupun keadaan jadual sudah maksima. 50. Tahniah kepada semua guru terutama guru Pra Sekolah yang telah menjalankan aktiviti Pra sekolah tanpa ada kecacatan. Jadual Guru Pra sekolah 36 waktu. 51. Perlaksanaan kelas Pembelajaran Abad ke 21 akan dijalankan secara softlanding. Harap guru-guru bersedia kearah perubahan pedagogi. 52. PAK 21 akan dipantau 3 kali setahun dan akan diberi hadiah kepada guru mata pelajaran yang menjalankan PAK21. 53. Rangka RPH PAK21 berdaarkan kehendak skpmg2 standard 4.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru. III
Membentang Minit Mesyuarat Yang Lalu 54. Puan Siti Fatimah binti Abdullah selaku setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lalu. Puan Mahani binti Bulat mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan. Encik Ahmad faiez bin Alwi menyokong cadangan tersebut.
IV
Perkara Berbangkit 55. Tiada perkara yang dibangkitkan dalam mesyuarat kali ini.
V
Program-Program KPM 56. VLE Frog 56.1
Guru boleh menggunakan Frog VLE untuk mengajar, memberikan tugasan, dan memantau pencapaian para pelajar secara maya. Pentadbir sekolah pula boleh mengurus kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Frog VLE.
56.2
Frog VLE adalah sangat bermanfaat dan mudah digunakan - Pelbagai Widgets yang sangat berguna - Pembinaan laman pembelajaran dengan fungsi seret dan lepas - Berkolaborasi di mana jua, tanpa mengira masa - Bukan sekadar mengajar sahaja
56.3
Pelbagai alatan dan fungsi untuk menyokong sekolah dan guru dalam pelbagai cara. Ketahui bagaimana kandungan, alatan, dan sumber di dalam Frog VLE dapat membantu dalam pengembaraan pendidikan.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru. 50 i-THINK 50.1
i-THINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk 5
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif (KBAT). Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia selaras dengan PDPC ABAD KE 21. 50.2
Kenapa Diadakan Program i-THINK? Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing dengan menggunakan alat berfikir (peta i-think yang dicadangkan).
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua guru. 51 j-QAF 51.1
Program KPM yang telah dipelopori oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk memastikan semua murid khatam Al-Quran sekurang-kurang sebelum tamat tahun 6 . Disertai dengan aktiviti sokongan ko kurikulum seperti Kem Bestari Solat (KBS), Kem Celik Al-Quran (KLaQ) dan Kem Cemerlang Jawi (KCJ).
51.2
Semua aktiviti tersebut telah dimasukkan dalam takwim sekolah. GPI boleh merujuk takwim bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Tindakan : Untuk makluman dan tindakan semua GPI dan GBA. 52 LINUS 52.1 Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi. 52.2 Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2 010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011. 52.3 National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012 . Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.
53 PROTIM/Pemulihan 53.1
Program Pemulihan 3M (ProTiM) merupakan program yang dirancang bagi menangani 6
masalah membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid sekolah rendah pada Tahap II. Dalam program ini, Ujian Pra ProTiM akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid.
54 MBMMBI 54.1
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan pelaksanaan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah, iaitu Tahun 1 hingga Tingkatan 5, dan digantikan dengan Dasar MBMMBI. Jemaah Menteri juga memutuskan bahawa Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2010. Matlamat melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai bahasa Malaysia (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dengan baik adalah antara fokus baharu dalam sistem pendidikan negara. Seperti digariskan dalam PPPM 2013-2025, penguasaan BM dan BI yang mantap serta kecekapan menguasai pelbagai bahasa adalah penting memandangkan persaingan global yang pesat. Selaras dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025, Dasar MBMMBI memfokuskan usaha memartabatkan BM dan memperkukuh BI bagi melahirkan masyarakat yang mampu berkomunikasi dengan berkesan, bersatupadu serta dapat menjana daya saing hingga ke peringkat antarabangsa.
55 PAK 21 & KBAT 55.1 Wujudkan suasana Pembelajaran Abad Ke21 di dalam kelas berdasarkan PPPM 20132025. 55.2
Hasil kerja murid perlu dipamer di papan kenyataan di dalam kelas ( persekitaran kelas tidak dibiarkan kosong bagi memenuhi kriteria Pembelajaran Abad ke 21.
55.3
Laksanakan pentaksiran sepanjang tahun.
55.4
PAK21 melibatkan kurikulum, pedagodi dan pentaksiran sepanjang tahun.
55.5
Pesanan PPD, dalam membuat pentaksiran, guru mestilah mempunyai integriti. Guru hendaklah mengenali murid. Guru mata pelajaran hendaklah berbincang dengan guru mata pelajaran lain bagi menetapkan Tahap Penguasaan setiap murid.
56 Perhimpunan Abad Ke21 56.1
10 minit perhimpunan pagi bagi membudayakan pembelajaran abad ke-21 dalam kalangan guru dan murid sekolah berdasarkan Modul yang dibangunkan untuk
merangsang
pembelajaran abad ke-21 secara bertema pada setiap minggu dengan memberi penekanan dalam aspek pembangunan murid yang seimbang dari segi akademik dan sahsiah.
57 Pusat Sumber Sekolah (PSS) 57.1 57.2 57.3 57.4 57.5 57.6 57.7
Merupakan Pusat akses PAK21 Mesti sentias beroperasi dan ceria Jadual penggunaan semasa pdpc hendaklah disediakan Kemaskini semua fail berkaitan Mengisi buku stok Senarai nama pengawas PSS dan jadual bertugas dilekatkan di sudut yang sesuai Adakan sesi latihan/kursus kepada pengawas
7
58. SKPMg2 58.1
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memasuki Gelombang 2 pelaksanaannya pada tahun 2016. Tumpuan pelaksanaan dalam Gelombang 2 adalah untuk memperkenalkan perubahan struktur dan pada masa yang sama memacu peningkatan yang telah berlaku semasa Gelombang 1.
58.2
Kementerian telah menyemak semula instrumen penilaian kendiri Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) supaya membolehkan
penilaian sekolah menjadi lebih
holistik. Ia disebut SKPM Gelombang 2, penggunaan instrumen yang ditambah baik ini akan membolehkan pentadbir sekolah menjalankan penambahbaikan berterusan bagi meningkatkan prestasi sekolah. 58.3
Instrumen ini akan menggabungkan pelbagai instrumen penilaian sedia ada dalam Kementerian bagi mengelakkan pertindanan dalam penilaian, sekaligus meningkatkan kecekapan.
VI
Program Khas Kurikulum 59. Headcount 59.1 59.2
Penetapan expected targetted result (etr) serta operational targetted increental (oti1, oti2 dan oti3). Penetapan pengurusan kurikulum berasaskan HC.
60. Pentaksiran Berasaskan Darjah (PBD) 60.1 60.2 60.3
Bermula dari tahun 1hingga tahun 6 Pentaksiran hendaklah dijalankan setiap hari dan sepanjang tahun Wujud kolaborasi antara guru /pelajaran
60 Pemantauan Kurikulum Berkualiti (PKB) 60.1
Buku Rekod Mengajar
60.2
Rancangan Pengajaran Tahunan terkini dan ancangan Pengajaran Mingguan perlu dilengkapkan. Bahagian refleksi perlu diisi dengan betul dan tidak dibiarkan kosong.
60.2
Buku Rekod Mengajar perlu dihantar untuk disemak pada setiap hari khamis.
60.4
Semua guru wajib membawa Buku Rekod Mengajar setiap kali hadir ke kelas.
60.5
PKB termasuk semakan buku latihan murid, pemantauan kelas, pemantauan prestasi murid dan pemantauan pdpc.
61 Jadual Waktu 61.1
Sukatan Pelajaran perlu disesuaikan dengan R ancangan Pengajaran Mingguan Tahun ini, iaitu sebanyak 39 minggu sahaja(tidak termasuk cuti penggal).
61.2
Jadual waktu akan diedar kepada guru dan sebarang perubahan berkaitan jadual akan dimaklumkan oleh pentadbir.
61.3 61.4
Ada guru yang mengajar mata pelajaran teras sahaja, ada guru yang mengajar teras dan bukan teras Kebanyakan guru mendapat mengajar 30 waktu.
8
61.5
Diharap semua guru berpuas hati dengan jadual yang telah ditetapkan dan dapat membuat persediaan untuk 2018 dengan teliti.
62 Jadual Ganti 62.1
Setiap guru yang akan keluar untuk berkursus atau bermesyuarat perlu menyediakan terlebih dahulu latihan untuk diedarkan kepada murid-murid.
62.2
Jual beli jadual waktu antara rakan guru adalah digalakkan sebelum guru keluar untuk mesyuarat atau berkursus dan lebih-lebih lagi atas urusan peribadi.
62.3
Guru yang mendapat jadual ganti boleh mengajar mata pelajaran yang diajar kecuali Pendidikan Islam.
63 PSA/Plan Taktikal 63.2
PSA/Plan Taktikal hendaklah dibincang secara terperinci dalam mesyuarat panitia masingmasing.
64 Analisis Peperiksaan 64.2
UPSR 2017 1. BM Penulisan 2. BM Pemahaman 3. BI Penulisan 4. BI Pemahaman 5. Matematik 6. Sains 64.3
: 100% : 100% : 57.1% : 82.9% : 82.9% : 94.3%
Peperiksaan Akhir Tahun – guru boleh membuat rujukan dalam SAPS.
65 Kewangan Panitia 65.2
Guru boleh merujuk PT sekolah
66 Buku MMI 66.1 66.2 66.3
VIII
Setiap guru perlu menandatangani buku keberadaan guru di dalam kelas untuk memenuhi kehendak MMI. Buku tersebut merupakan satu inovasi pentadbiran sekolah. Buku tersebut hendaklah dibawa ke bilik khas mengikut mata pelajaran.
Hal-Hal Lain 67.
Kedai buku diusahakan oleh pengusaha baru. Guru bertugas diminta memastikan harga barang yang dijual agar tidak terlalu mahal.
68.
Guru-guru boleh mengambil fail dipejabat sekolah untuk dijadikan RPH memandang semua guru bercadang menggunakan fail sebagai RPH.
69.
Guru-guru Pendidikan Islam bakal menerima jadual waktu melebihi 30 waktu sekiranya tiada
peruntukan guru ganti ketika Ustazah Siti Fatimah bersalin.
9
IX Ucapan Penangguhan 70.Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua guru. 71. Pengerusi mengharapkan agar guru-guru dapat memberi tumpuan dan lebih komited terhadap tugas terutamanya dalam bidang kurikulum di samping dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan bertanggungjawab. 72. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 3.45 petang ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. 73. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Surah Al-Nasr dan Tasbih Kafarah.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,
………..………………………………………
……………………………………………
(SITI FATIMAH BINTI ABDULLAH)
(NOR ASHIKIN BINTI BAKAR)
Setiausaha Kurikulum
PK Pentadbiran
SK Felda Bukit Tangga
SK Felda Bukit Tangga
Disahkan oleh, ……………………………
(ALIAS BIN BAHADON) Guru Besar Sk Felda Bukit Tangga
10