Klasifikasi Masalah Sebagai Masalah Etika Dalam Pengurusan
Penulisan reflektif
Modul aktiviti pengurusan masa
contoh penulisan
liad doFull description
Tata Cara Penulisan Laporan PraktikumDeskripsi lengkap
ladap
Full description
kpsDeskripsi lengkap
Nota slide pengurusan projek bab 1Full description
vgFull description
refleksi makro
rkasusDeskripsi lengkap
SMA N 2 SALATIGA
Kesan Masalah Gejala Sosial Remaja Masa KiniFull description
PENULISAN REFLEKTIF PRAKTIKUM MASALAH 1: PENGURUSAN MASA PERKARA
REFLEKSI Pengurusan masa amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan perlu diberikan perhatian
KENAL PASTI MASALAH
kepada aspek ini. Menurut Korweit (1989) pengurusan masa adalah pengurusan dalam kawalan guru iaitu penggunaan masa yang berkesan dalam bilik darjah. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Perdagangan KBSM dibawah kumpulan Ikhtisas, mata pelajaran ini dapat perkembangkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran asas perdagangan yang telah dipelajari dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup di Peringkat Menengah Rendah. Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran saya mendapati saya mengajar lebih masa dan saya tidak mengikuti rancangan pengajaran harian yang telah disediakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Buktinya, saya tidak dapat melaksanakan beberapa aktiviti yang telah dirancangkan dan objektif pembelajaran tidak tercapai. Menurut Anderson (1984), menyatakan bahawa pengamatan atau perhatian pelajar lebih tinggi semasa guru sedang mengajar berbanding semasa melakukan tugasan. Saya ingin membaiki semula rancangan pengajaran harian saya supaya lebih efisen dan mudah untuk saya mengikuti segala yang telah dirancang melalui rancangan pengajaran harian yang telah disediakan sebelum proses pengajaran dan pembelajaran berjalan. Selain itu, dengan perubahan daripada rancangan pengajaran harian saya akan lebih berhati-hati ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 1
Ketika proses pengajaran dan pembelajaran berjalan saya mengajar seperti yang dirancang dalam ANALISIS MASALAH Rancangan Pengajaran Harian tetapi saya tidak menitikberatkan masa yang telah diperuntukan bagi (PUNCA)
setiap fasa pengajaran seperti set induksi, permulaan dan penutup. Saya tidak mengendahkan minit yang telah diperuntukkan. Saya hanya meneruskan pengajaran seperti biasa hinggalah seorang murid menegur saya bahawa guru subjek selepas waktu saya sudah pun menunggu di hadapan kelas. Walhal ketika itu saya sedang menjalankan aktiviti bersama murid di dalam kelas. Apabila berlakunya keadaan sebegitu saya terpaksa berhenti menjalankan aktiviti dan terus membuat kesimpulan pengajaran yang diajar. Bagi mengelakkan saya tidak mengunakan masa lebih dari yang telah diperuntukkan dalam rancangan pengajaran harian saya mencadangkan beberapa langkah, iaitu merancang dengan berkesan. Saya perlu
CADANGAN/
menyediakan senarai semak untuk setiap langkah dalam tugasan supaya tidak ada yang tertinggal dalam
LANGKAH
perancangan tersebut kerana terdapat beberapa tugasan yang perlu disiapkan sebelum masa yang
PENAMBAHBAIKA
sebenarnya tiba. Selain itu, saya perlu mengamalkan ketepatan waktu semasa proses pengajaran berjalan
N
seperti tidak melengah-lengahkan masa yang telah diperuntukkan bagi sesuatu aktiviti pengajaran yang telah dirancang dalam kelas. Contohnya, dalam Rancangan Pengajaran Harian set induksi yang diperuntukkan ialah lima minit, ini bermakna saya perlu patuhi masa yang telah ditetapkan dalam Rancangan Pengajaran Harian dan terus masuk kepada permulaan pengajaran. Bukan itu sahaja saya juga perlu melaksanakan tugas secara efisien dan teratur. Utamakan keselesaan para murid ketika berada di dalam kelas terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran kita sendiri dan mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan. Menurut Nelson (1995), buat satu kerja pada satu masa dan dahulukan kerja yang hendak didahulukan sebaik mungkin. 2
Setelah mengenal pasti kelemahan diri saya, saya telah membuat beberapa tindakan susulan bagi TINDAKAN SUSULAN
memperbaiki kualiti pengurusan masa saya dalam pengajaran dalam kelas. Antaranya ialah, merancang Rancangan Pengajaran Harian lebih teratur dan efisen. Saya juga perlu merancang aktiviti pengajaran bagi setiap fasa pengajaran supaya tidak terlalu padat dengan aktiviti sehingga tidak cukup masa untuk melaksanakannya. Dengan itu, saya perlu menggunakan teknik perngajaran yang bersesuaian dengan tahap murid yang diajar dan selari dengan aktiviti yang dirancang. Saya juga akan memastikan saya masuk ke kelas tepat pada waktunya dan mematuhi masa yang telah dirancang bagi setiap fasa pengajaran.
Setelah mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi, saya telah menganalisa masalah ini dengan mencari punca berlakunya masalah ini dan mengambil beberapa langkah KESIMPULAN
penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seperti memastikan guru menepati waktu yang telah diperuntukkan seperti dalam Rancangan Pengajaran Harian. Guru juga mengambil kira beberapa tindakan susulan bagi mengatasi kelemahan guru dalam pengurusan masa dalam kelas dan memperbaiki penulisan Rancangan Pengajaran Harian.
Sumber rujukan McLeod, J., Fisher, J & Hoover, G. (2003). The Key Elements of Classroom Management: Managing Time and Space, Student Behavior and Instructional Strategies. Dr Haji Mohd Fadzillah Kamsah. (2011). Teknik terhebat mengurus masa dengan berkesan. 3
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran. Technogians Sdn. Bhd