Kesan-kesan masalah sosial
Kesan-kesan masalah sosial Masalah gejala sosial dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar dalam diri individu, masyarakat dan negara. negara. Remaja pada hari ini merupakan aset utama dan sangat penting dalam pembangunan negara pada masa akan datang. Kesan jangka panjang pasti akan berlaku seandainya remaja dan masyarakat pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk menangani permasalahan yang kian meruncing ini, ini menjadi pembentukkan jati diri dan kemuliaan akhlak rapuh dari mata masyarakat kita sendiri. Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Sekiranya seseorang individu itu mempunyai akhlak yang buruk, maka peribadi seseorang individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri,masyarakat, dan negara. Akibat terhadap Diri Sendiri Penyalahgunaan dadah Penyalahgunaan dadah meliputi pelbagai peringkat masyarakat, iaitu bermula dari peringkat remaja,dewasa, golongan tua serta terdiri daripada pelbagai kaum dan golongan masyarakat. Apabila seseorang itu mengambil dadah maka kesannya ialah dia akan ketagih untuk mengambilnya setiap hari. Memandangkan harga pengambilan dadah ini mahal,penagih terpaksa mendapatkannya tidak kira dengan apa-apa cara sekalipun asalkan ketagihan itu dapat diatasi.Selain itu,penagih dadah juga bebas bergaul dan berkongsi alat suntikan yang berkemungkinan penagih dijangkiti penyakit AIDS. Penyakit Penyakit ini disebabk disebabkan an oleh virus virus HIV yang merosakkan merosakkan system system pertahanan pertahanan badan. Akibatnya seseorang itu akan mudah dijangkiti penyakit yang sebelumnya tidak berbahaya menjadi amat berbahaya dan boleh mendatangkan maut. Kurang daya ingatan juga salah satu kesannya.
Gengsterisme Gengsterisme lebih berkisar kepada jenayah kekerasan terhadap orang lain. Aktiviti gengsterisme termasuklah membuli, mencederakan mangsa, menyamun, memeras ugut dan bergerak dalam kumpulan dan mempunyai seorang ketua. Aktiviti tersebut lazimnya berlaku di kawasan-kawasan bandardan di kawasan yang lebih membangun. Ketenteraman dan keselesaan tidak terjamin kerana sentiasa dalam perhatian polis dan orang ramai. Seseorang yang melibatkan diridalam gengsterisme mungkin dihukum oleh pihak berkuasa.Bukan itu sahaja, seseorang yang berada dalam gejala negatif ini akan mendapat kecederaan kerana dipukul oleh kumpulan lain atau orang awam. Vandalisme
Sejak akhir-akhir ini, masalah vandalisme semakin menjadi-jadi dalam masyarakat. Gejala ini perlulah mendapat perhatian yang serius daripada masyarakat dan kerajaan. Vandalisme lebih bertumpukan perbuatan membinasakan atau merosakkan harta benda awam. Remaja selalu merosakkan kemudahan awam seperti :pondok telefon,pili air,cermin bangunan,peralatan di dalam tandas awam, papan tanda, lampu isyarat, mengotorkan tandas awam, mencontengkan dinding bangunan dan mencuri kabel telefon. Seseorang yang merosakkan harta benda awam akan didenda atau dihukum serta diawasi oleh pihak berkuasa. Mereka akan mendapat cemuhan daripada masyarakat. Penderaan Penderaan merupakan perbuatan mencederakan mangsa di bawah jagaan atau tanggungan seseorang. Kesan kecederaan terhadap fizikal mangsa adalah seperti parut akibat sebatan,cucuhan punting rokok, tangan terseliuh, pekak, dan kabur penglihatan. Seseorang yang melakukan penderaanakan sentiasa dibenci oleh mangsa dan mendapat celaan daripada mangsa. Di samping itu, seseorang akan didakwa dan akan dihukum oleh pihak pengadilan. Pergaulan bebas Sebenarnya pergaulan dalam masyarakat ada syarat dan batasannya. Pergaulan antara lelaki dengan perempuan seharusnya bertujuan untuk memberikan manfaat antara kedua-dua pihak. Pergaulan yang melibatkan antara lelaki dengan perempuan seharusnya diadakan di tempat-tempat yang terbuka dan bukannya di tempat-tempat terpencil yang boleh mendatangkan syak wasangka kepada orang lain. Akibat terhada terhadap p diri sendiri sendiri ialah mudah terdorong terdorong untuk untuk melakukan melakukan perbuatan perbuatan zina zina dan maksiat. Seterusnya, bagi penganut beragama Islam mungkin akan ditangkap atas kesalahan berkhalwat kerana melakukan maksiat. Ini juga memungkinkan melahirkan anak di luar nikah. Penyalahgunaan teknologi Kita sekarang sedang berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan perisian komputer. Bentuk jenayah tersebut dikenali sebagai teknologi atau jenayah siber.Jenayah siber ialah jenayah yang dilakukan melalui teknologi siber dan hanya boleh berlaku dalam siber. Penyalahgunaan teknologi termasuklah kad pintar,kad kredit, e-dagang dan cetak rompak, akan didakwa dan dihukum oleh pihak pengadilan. Selain itu, diri sendiri akan malu kerana dituduh menyalahgunakan teknologi berkenaan. Akibat terhadap Masyarakat
Penyalahgunaan dadah
Kesannya terhadap masyarakat adalah imej dan keseluruhan ekonomi Negara terjejas.Ini disebabkan oleh daya pengeluaran ekonomi menurun atas sebab kerugian tenaga dan modal insan kerana ramai pemuda yang merupakan modal negara terlibat dalam pengambilan dadah dan tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan.Tambahan pula, kos yang tinggi seperti kos bagi menyediakan kemudahankemudahan rawatan dan pemulihan penagih dadah serta program-program pencegahan terpaksa ditanggungkan oleh negara. Selain itu, imej negara terjejas akibat masalah-masalah yang ditimbulkan olehpengambilan dadah. Ketenteraman sentiasa diganggu kerana orang ramai berasa tidak selesa dengan adanya penagih dalam kalangan anggota masyarakat.
Gengsterisme Kewujudan gengsterisme turut mendatangkan beberapa kesan terhadap masyarakat dan remaja, ini termasuklah mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kewujudan kumpulan-kumpulan gengster di sekolah memberi impak negatif kepada para pelajar dengan sering melakukan kegiatan ganas seperti bergaduh, membuli golongan yang lemah, ponteng kelas, mencabar guru dengan pertuturan yang kasar dan lain-lain. Ahli-ahli gengster ini mengutip wang perlindungan daripada pelajar lain dan menakutkan mereka yang enggan memberi kerjasama. Kesan seterusnya ialah ahli masyarakat akan sentiasa terancam oleh kegiatan samseng. Gengster-gengster ini berani melakukan pelbagai kegiatan ganas seperti membakar bangunan, merosakkan telefon awam, merogol dan melumba motosikal secara haram.Gejala ini telah membimbangkan ahli masyarakat yang lain untuk keluar dari rumah. Vandalisme Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar.Selain itu, masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain. Contohnya, basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat ini. Pihak kerajaan perlu menanggung kerugian kerana menyelenggarakan dan membaiki kemudahan yang disediakan. Penderaan Perkara ini boleh berlaku dalam kalangan masyarakat kita kerana nilai-nilai moral sudah tiada lagi dalam diri. Oleh sebab terlalu sibuk dan penat dengan tugas atau pekerjaan, stres yang dialami akan dilemparkan kepada anak-anak. Masyarakat turut bersimpati terhadap mangsa dan juga timbul perasaan benci dan tidak senang dalam kalangan masyarakat.
Pergaulan bebas Apabila bergaul bergaul kita kita seharusnya seharusnya bergaul bergaul dengan dengan orang-orang orang-orang yang baik budi pekertiny pekertinya a dan yang mempunyai akhlak mulia. Jika kita bergaul dengan orang yang rendah akhlaknya kita juga akan terpengaruh dan terjerumus dalam perbuatan yang tidak diingini oleh masyarakat dan agama. Pergaulan bebas juga akan menggangu ketenteraman masyarakat. Penyalahgunaan teknologi Di Malaysia contohnya,sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah.Individu yang menjadi mangsa akan kerugian. Bukan itu sahaja, individu yang manjadi mangsa akan mendapat aib sekiranya difitnah melalui internet atau perkhidmatan SMS.