S I R I M O T I VAS I 2
PENJANA MINDA
Malaysia Daulah
Pemuda Bani Tamim: Rahsia Keagungan Ummah
Satu pemerhatian ilmiah oleh
Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid B.A (Oxford-1992), M.A (Leeds-1994), Ph.D (Newcastle upon Tyne 1998)
Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V )
163
Malaysia Daulah Pemuda Bani Tamim: Rahsia Keagungan Ummah Satu pemerhatian ilmiah oleh
Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid
© Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V)
Semua hak cipta artikel dalam buku ini adalah terpelihara. Sebarang bahagian daripada artikel dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu daripada Penerbitan Minda Ikhwan (001283198-V).
Cetakan pertama: 1999 (Abuku Hebat Sdn. Bhd. 493684-w) Cetakan kedua: Mac 2006
ISBN 983-2211-01-8 Teks diset dalam Palatino 11 poin Terbitan: Penerbitan Minda Ikhwan ( 001283198-V ) 51-2, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Selangor Darul Ehsan.
Kandungan Pembuka Kata Muqaddimah Bab 1 : Kekuasaan Allah SWT Bab 2 : Membaiki Diri Bab 3 : Kekuatan Iman – Akar Tunjang Bab 4 : Allah SWT Membela Orang Bertaqwa – Janji Allah SWT Kepada Orang Bertaqwa – Asas Taqwa – Ciri-Ciri Ketaqwaan – Jalan Taqwa Bab 5 : Kerajaan Langit Bab 6 : Perpaduan Dan Penyatuan Umat – Tali Allah – Kaedah Memiliki Jiwa Sufi – Persahabatan Dalam Perjuangan Bab 7 : Kepimpinan – Faktor Utama Kejayaan Pemimpin Secara Umum – Faktor Kejayaan Menegakkan Islam Secara Syumul Di Setiap Peringkat Bab 8 : Pemimpin Yang Diisyaratkan Bab 9 : Masa Yang Diisyaratkan Bab 10 : Tempat Yang Diisyaratkan Bab 11 : Pendokong Yang Diisyaratkan Bab 12 : Situasi Yang Diisyaratkan Bab 13 : Mencari Pemuda Bani Tamim A. Cebisan sejarah B. Ciri-Ciri Asas Mujaddid C. Keadilan D. Pemuda Bani Tamim: Siapa Pun Boleh Penutup Select Bibliography (Bibliografi Terpilih) iii
iv vii 1 8 12 23 27 38 39 49 58 68 72 87 94 99 101 102 111 120 123 127 130 134 136 141 150 153 156 160
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Pembuka Kata
Y
a Allah, Engkau Zat Yang Maha Agung, Yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Seluruh makhluk dalam genggamanMu dan Engkau yang menentukan tiaptiap sesuatu. Dengan izinMulah maka buku ini dapat disiapkan serta dengan adanya berkat guru menjadi sebab segala urusan dibantu Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Rasul pilihan dan para sahabat penyambung kebenaran. Alhamdulillah, Syukran Wajazakumullahu Khairan Kathira, kepada semua pihak yang terlibat dalam menyempurnakan buku ini. Sama ada secara langsung atau tidak langsung, sumbangan mereka itu sangat besar ertinya dalam usaha mencapai kegemilangan dan keagungan umat kali kedua di akhir zaman ini, terutamanya pihak syarikat penerbitan Abuku Hebat Sdn. Bhd. yang bertungkus lumus dan sudi menerbitkannya. Buku ini merupakan buku kedua yang dihasilkan oleh penulis setelah buku yang pertama 166 iv
PEMBUKA KATA
yang berjudul “7 Langkah Sistematik Menulis Esei”, yang ditulis bersama Dr. Ishak Che Long Faktor masa amat penting yang menjadi pendorong kepada penulis menyiapkan buku ini. Faktor masa yang dimaksudkan itu ialah buku ini dirasakan amat sesuai ketika ini, di mana kini adalah era kebangkitan Islam, di awal kurun dan dalam suasana semua pihak sedang memfokuskan menjelangnya kedatangan alaf baru, tahun 2000 Masehi. Selain dari sedikit sebanyak ilmu pengetahuan dan pengalaman, melalui pembacaan dan kajian ilmiah di bidang politik Islam (hingga peringkat Masters dan PhD.) khususnya mengenai gerakan-gerakan sufi, sejarah zaman ummah pertama merupakan bahan rujukan yang amat berharga, kerana mereka telah menempa sejarah. Membongkar kembali lipatan sejarah kejayaan umat terdahulu adalah di antara panduan yang amat kukuh sehingga lahirlah buku ini. Penulis sangat berkeyakinan bahawa oleh kerana zaman ummah kedua ini hanya pengulangan sejarah atau ‘photocopy’ kepada zaman ummah pertama, maka faktor menuju ke puncak kejayaan itu mestilah juga jelas sepertimana dipaparkan di atas kepingan ‘photocopy’ tersebut. Pengalaman empirikal bertemu masyarakat Islam di dunia seperti di Perancis, Germany, Sepanyol, Turki, Mesir dan China juga sebagai satu pendorong untuk menyiapkan buku ini. Hadis-hadis yang menyebut bahawa keagungan Islam di akhir zaman itu bermula di dunia sebelah Timur, seolah-olah sedang disaksikan penulis jika dibandingkan dengan tempat-tempat yang pernah dilawati itu (Barat dan Timur Tengah). Penulis namakan buku ini sebagai “rahsia” kerana terkandung di dalamnya panduan untuk menuju kegemilangan ummah kali kedua. Dinamakan rahsia kerana selama ini perkara ini seolah-olah terpinggir dan terabai, dilupakan dan tidak dipedulikan oleh umat Islam, khususnya dewasa ini. Rahsia ini seolah-olah tidak diketahui oleh umat Islam walaupun mereka yang mengaku diri sebagai pejuang. Oleh itu penulis harap tidak ada sikap prejudis dan prasangka serong dari mana-mana pihak, kerana penulis 167 v
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
terlalu ingin agar rahsia ini dimiliki bersama oleh umat Islam demi Allah SWT, RasulNya, agamaNya dan demi untuk kepentingan keagungan ummah kali kedua. Penulis memohon keampunan Allah SWT kerana buku ini tidak menepati kehendak-Nya dan Rasul-Nya, dan tidak berjaya membawa ummah menuju kegemilangan. Namun begitu penulis mengharapkan keredhaanNya di atas usaha hambaMu yang serba dhaif, lemah, kekurangan, banyak dosa dan tebal mazmumah ini. Mudah-mudahan buku ini menjadi sebab sebagai penebus kepada segala kederhakaan dan kelalaian dalam berjalan menujuMu. Andainya ada nilai di sisi-Mu ya Allah, jadikan simpanan pahala yang aku hadiahkan kepada guru-guruku yang telah mendidik dan memimpin aku, kedua ibu bapaku iaitu Dato’ Abdul Hamid bin Ayob dan Datin Asma Hj Ismail, anak-anakku, Ahmad Hussamullah - 5 tahun, Amatullah Fatimah - 4 tahun dan Rahmatullah Safiah - 2 tahun, yang telah memberi sokongan dan doa hingga siapnya buku kecil ini. Juga kepada para syuhada, kepada para pejuang kebenaran serta seluruh mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup mahu pun yang sudah mati. Serba serbi dhaif, Penulis Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid.
168 vi
Muqaddimah
T
ahun 2000 mencetuskan berbagai inspirasi dari berbagai golongan. Ahli sosiologi mengandaikan tahun 2000 bermulanya suasana kehidupan manusia yang lebih baik, adil dan sejahtera. Pakar ekonomi meramalkan bertambah selesanya pertumbuhan ekonomi dunia biarpun berkembang secara sederhana. Ahli teknologi beranggapan tahun 2000 bakal meningkatnya kecanggihan sekaligus semakin kurang memberi kesan kepada kemusnahan manusia dan alam sekitar. Para pemimpin politik pula berharap akan wujudnya suasana lebih damai, kurangnya krisis, penindasan dan penzaliman. Mereka impikan dunia lebih tenteram dari kuasa-kuasa besar agar mengurangkan politiking. Ahli-ahli agama dari berbagai agama pula berharap serta yakin bakal muncul tokoh yang mencatur dan mengatur dunia dari kalangan agama mereka. Sama ada ianya satu inspirasi, atau ramalan atau tanggapan atau harapan atau rasa hati atau juga ilham, semuanya menjurus kepada situasi yang lebih baik. Manakala agak berbeza pula dengan keyakinan ahli agama. Masingmasing yakin akan muncul satu figure yang bakal membawa kesejahteraan menyeluruh kepada kehidupan manusia. Figure tersebut diyakini bakal muncul daripada kalangan agama masing-masing. 169 vii
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Namun melihat kepada berbagai faktor yang telah dan sedang berlaku, diperkukuhkan lagi oleh isyarat daripada Sadiqul Masduq Rasulullah SAW, bahawa awal kurun ini adalah giliran kegemilangan Islam. Anak kunci memahaminya adalah terletak kepada tahun 2000 itu sendiri iaitu merupakan alaf baru, dan lebih-lebih lagi faktor bahawa kita masih berada di awal kurun Hijrah. Setiap awal kurun Hijrah muncul seorang mujadid yang dijanjikan oleh Allah SWT pembawa kebenaran dan kesejahteraan, mengembalikan ciri-ciri beragama seperti asal di zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Khabar gembira bagi umat Islam di rantau Timur pula ialah kerana tapak kegemilangan Islam itu adalah Malaysia dan bangsa itu adalah Melayu. Khabar gembira itu sepatut dan sewajarnya disambut dengan kesyukuran oleh umat Islam di tanah air tercinta ini kerana sudah hampir tiba saat dan ketikanya. Dan kita pula ditakdirkan oleh Allah SWT hidup di zaman dan di bumi yang dijanjikan itu, Insya Allah dapat melihat dan mengecapi keindahan hidup dalam suasana yang diredhai oleh Allah SWT. Tanda kesyukuran terhadap bakal terjadinya janji Allah SWT itu ialah dengan bersungguh-sungguh melayakkan diri sebagai di antara penyumbang dan pendokong utama kepada keagungan Islam itu sendiri. Ini bolehlah diibaratkan kegembiraan menjelang hari raya. Tentulah akan lebih bermakna apabila kita mempersiapkan segala keperluan yang berkaitan hari raya. Begitu juga umpama seorang yang gembira menempuh gerbang perkahwinan. Tentulah kegembiraannya itu disertakan dengan segala persiapan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. Cacat cela itu umpamanya tidak mahu berlaku sama ada pada diri dan majlis perkahwinan. Begitu juga umpama keseronokan melancong. Tentulah perasaan seronok itu akan mengalami anti climax apabila sampai di sempadan, tiba-tiba disedari syarat kemasukan tidak cukup seperti ketiadaan pasport atau tidak cukup duit. Oleh kerana keagungan dan kegemilangan kali kedua hampir-hampir menyamai kegemilangan kali pertama viii 170
MUQADDIMAH
(zaman salafussoleh), maka proses persediaan, persiapan dan kelengkapannya juga adalah menepati ciri-ciri zaman ummah pertama itu. Kerana hukum sebab akibat atau sunnatullah tidak berubah. Buku ini menghidangkan kepada umat Islam rahsia keagungan sebagai panduan untuk umat Islam berusaha melayakkan diri sebagai pendokong utama kepada kebangkitan Islam. Tidak kira di mana sahaja berada, apabila rahsia ini dapat dihayati, secara sedar atau tidak, secara langsung atau tidak, sebenarnya secara automatik telah layak bersama sebagai pendokong dan penggerak utama kepada keagungan Islam di akhir zaman ini. Tanpa adanya rahsia ini, kalaupun boleh juga mencapai kemenangan mungkin kerana pandai, pintar, ada kekuatan, strategi pula mengena, musuh lemah dan terperangkap, namun itu belum tentu diiktiraf sebagai kemenangan yang hakiki. Jarang sekali umat Islam melihat bahawa kemenangan adalah faktor bantuan Allah SWT. Bahkan ada di kalangan umat Islam yang terus menolak atau menafikannya. Lantaran itulah maka berkecamuk pemikiran umat Islam ini dengan berbagai idea dan tanggapan mengenai faktor kemenangan. Sejuta umat Islam akan membuahkan sejuta pula faktor yang kadang-kadang terdapat percanggahan. Lebih parah lagi adanya idea yang bukan sahaja boleh meruntuhkan umat Islam malah membuka ruang kepada kejayaan musuh. Tidak hairanlah banyak kedapatan kelompok pejuang Islam yang turut didalangi oleh musuh Islam sendiri. Faktor kepimpinan tidak termasuk ke dalam faktor yang mesti dimiliki oleh semua umat Islam. Kepimpinan sebenarnya termasuk salah satu rahsia kemenangan kerana dengan adanya pemimpinlah maka faktor-faktor lain itu dapat dicapai. Kerana pemimpinlah yang memberi ilmu mengenai keTuhanan. Mendidik umat mengenal, yakin dan mentaati Allah SWT. Pemimpin juga yang mendidik umat kepada iman, taqwa dan perpaduan. Dan lebih-lebih lagi, pemimpin juga yang paling utama sebagai saluran bergabungnya kerajaan ghaib dalam memenangkan pejuang 171 ix
MALAYSIA DAULAH MUQADDIMAH PEMUDA BANI TAMIM
kebenaran dan menumpaskan musuh. Pemimpin juga sebagai saluran barakah dan karamah. Buku ini tidak mempelawa atau membuka sebarang ruang polimik kerana penulis berpendapat umat Islam telah terlalu lama dibuai oleh lamunan angan-angan kosong perbahasan, perbincangan, mesyuarat, saranan, idea, pandangan, resolusi dan bermacam-macam lagi yang entah apa-apa nama dan istilah. Realitinya umat Islam semakin tidak kenal Allah SWT, derhaka, zalim, ganas, jatuh-menjatuh, tindas-menindas dan bergelumang dengan berbagai gejala negatif seolah-olah sebagai manusia tanpa agama. Sedangkan semua itu berlaku dalam keadaan agama diperkatakan di mana-mana. Super zalim bukan lagi warisan kuffar tetapi wujud juga di kalangan umat Islam. Zalim tidak akan musnah dengan kezaliman kecuali dengan kesolehan. Maka Super Zalim mestilah dihadapi dengan Super Soleh agar Allah SWT benar-benar membantu dan memberi pertolongan. Kehadiran Super Soleh dengan sendirinya Super Zalim akan lenyap dan musnah. Dilenyapkan dan ditumpaskan oleh tentera Allah SWT. Umpama saat kelahiran Rasulullah SAW dengan tiba-tiba terpadamnya api sembahan Majusi di Farsi. Moga-moga tidak ada lagi alasan bagi umat Islam ini untuk menebus maruah dan mengangkat martabat umat, kerana rahsianya sudah dihidangkan ke pangkuan umat. Janji Allah SWT pasti tiba, pasti berlaku dan saatnya sudah sangat dekat. Dalam keadaan syukur dan gembira, patut juga terselit rasa ngeri dan cemas. Takut dan bimbang kerana orang lain sedang belayar dengan selamat menuju destinasi ‘Mardhatillah’, terdapat pula golongan yang terkapai-kapai hanyut dan ditelan oleh gelombang lautan maksiat, mungkar, gila dunia, tamak, rakus, sombong, ego dan lain-lain kederhakaan lagi. Janganlah hendaknya ada yang melupai Allah SWT dan menemuiNya dalam keadaan derhaka dan sebagai calon ke neraka, Wal’iyya zubillah.
172 x
1 Kekuasaan Allah SWT
A
llah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Al Baqarah: 20). Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Engkaulah (Allah) yang memberi kekuasaan (kerajaan) kepada siapa yang Engkau kehendaki dan menarik balik kekuasaan (kerajaan) daripada siapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau juga yang memuliakan sesiapa saja yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang menghina siapa yang Engkau kehendaki. Di tanganMu-lah kebaikan itu.” (Ali Imran: 26) Allah SWT yang memberi bekas pada mengadakan dan 1
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
mentiadakan sesuatu. Allah SWT yang menghidupkan dan mematikan, mengkayakan dan memiskinkan, memuliakan dan menghinakan, menyihatkan, menyakitkan serta menyembuhkan, memberi kejayaan dan menggagalkan, menguatkan dan melemahkan, menjadikan pandai dan bodoh, memberi kemenangan dan mengalahkan. Selain dari Allah SWT, semua makhluk tiada kuasa. Kalau pun ada yang dinamakan kekuasaan milik makhluk, itu bukanlah kuasa mutlak. Kekuasaan makhluk itu sekadar yang diizinkan oleh Allah SWT. Hakikatnya, makhluk yang ada kuasa itu sebenarnya tidak memiliki sebarang kekuasaan. Allah SWT sudah menetapkan tiap-tiap sesuatu itu hanya terhasil dengan sebab atau peraturan. Sebab atau ketetapan atau peraturan terhasilnya sesuatu itu pula sudah ditentukan. Inilah yang dinamakan sunnatullah. Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Sesungguhnya kamu tidak akan mendapati apa yang disunnahkan Allah itu berubah. Sekali-kali kamu tidak akan mendapati apa yang telah disunnahkan oleh Allah itu bertukar ganti.” (Al Fathir: 43) Ada kejadian yang terhasil tanpa sebab seperti Nabi Isa a.s dilahirkan tanpa bapa. Dan ada pula sebab yang tidak terhasil seperti api tidak membakar Nabi Ibrahim a.s. Kejadian itu menunjukkan bahawa Allah SWT mempunyai kuasa mutlak yang tidak terpaksa atau terikat dengan ketentuan atau sunnah-Nya. Ini supaya manusia dapat melihat betapa Allah SWT benar-benar berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Dengan demikian juga agar hati manusia benar-benar murni dari sebarang sangkaan bahawa usaha ikhtiar itulah yang membawa kejayaan atau hasil. Ini supaya manusia nampak bahawa biarpun terhasil sesuatu dari usaha ikhtiar 2
KEKUASAAN ALLAH SWT
namun Allah SWT berkuasa mengubah atau menarik balik kembali kejayaan tersebut pada bila-bila masa yang Allah SWT kehendaki. Untuk memburu kejayaan atau terhasilnya sesuatu maka dituntut agar berusaha dan berikhtiar. Usaha ikhtiar itu merupakan satu perintah Allah SWT sebagai melahirkan sebab. Malah Allah SWT perintahkan pula usaha ikhtiar itu mesti dibuat bersungguh-sungguh dengan segenap tenaga dan keupayaan yang termampu. Manusia sememangnya diberi peluang seluas-luas ruang untuk memilih dan berusaha. Usaha yang bersungguh-sungguh itu bukan sekadar dari sudut curahan tenaga semata-mata. Ia mestilah juga berserta dengan segala syarat atau memenuhi keperluan yang bersangkutan dengan hasil yang hendak dicapai. Atau menepati dengan peraturan sesuatu perkara itu. Sehingga dengan itu selari, sesuai dan bertepatan dengan ketentuan Allah SWT. Misalnya, kalau hendak memancing ikan mestilah ikut peraturan yang disunnahkan oleh Allah SWT. Umpan mestilah disesuaikan dengan jenis ikan. Saiz mata pancing dan kekuatan tali juga mesti sesuai dengan saiz ikan. Seni-seni, teknik dan taktik yang sewajarnya perlulah juga diambil kira. Setelah segala peraturan bersangkutan dipenuhi sebaik, selengkap dan sesempurna mungkin, barulah terhasil sesuatu usaha ikhtiar yang hakikatnya adalah Allah SWT saja yang mengurniakan kejayaan. Contoh yang lain ialah ada kerja yang perlukan tenaga manusia dan jentera. Ada pula kerja yang hanya perlukan akal sahaja. Dan ada pula yang perlukan gabungan keduanya dan lain-lain lagi. Maka perlulah disediakan segala keperluan sebagai sebab bertepatan dengan hasil yang hendak dicapai. Kini mari kita menyuluh pula dari aspek perjuangan menegakkan agama Allah SWT: Pertama: Kita mesti dengan penuh kesedaran, faham dan kental keyakinan bahawa kemenangan dan kejayaan adalah di atas kehendak dan kekuasaan Allah SWT. Kedua: Kemenangan dan kejayaan yang Allah SWT 3
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kurniakan itu adalah setelah segala syarat-syarat dan keperluan yang bersangkutan telah dipenuhi oleh umat Islam khususnya para pejuang. Ketiga: Apakah usaha ikhtiar perjuangan itu sudah maksima? Golongan pejuang itu pula sudahkah sampai ke tahap layak bergelar mujahid di sisi Allah SWT? Sudah terbuktikah keikhlasan, kesabaran dan pengorbanan mereka? Perlu diingat, agama Islam ini adalah hak milik Allah SWT. Maka Allah SWT jua yang berhak menentukan siapa di kalangan hambaNya yang benar-benar layak memikul amanah besar ini. Allah SWT memelihara kemurnian dan kemuliaan Islam daripada dicemari oleh orang-orang yang tidak layak. Kelak akan rosak maruah dan kemuliaan ajaran Islam di tangan orang-orang yang tidak layak ini. Sesungguhnya melalui orang-orang pilihan Allah SWT yang melaksanakan Islam dengan tepat dan benar akan terserlah keagungan dan ketinggian ajaran Islam. Manusia bukan saja terpesona dengan ajaran Islam itu sendiri malah manusia akan tembus hatinya dapat melihat keagungan dan kehebatan Allah SWT. Oleh itu, sudah tentulah syaratsyarat mencapai kemenangan itu bukan mudah. Mujahid sejati dijanjikan dengan syurga. Besar pengorbanan yang diperlukan untuk membeli syurga Allah SWT itu. Manusia tidak campur tangan dalam menghasilkan sesuatu. Manusia hanya disyaratkan mesti menghadirkan sebab sahaja. Manusia tidak campurtangan membuat bayi dalam kandungan, menumbuh, membesarkan pokok hingga mengeluarkan buah, menyembuhkan penyakit, mengenyangkan perut, menghilangkan dahaga, membakar dan lain-lain lagi. Demikian jugalah umat tidak campurtangan dalam mencapai kejayaan dan kemenangan perjuangan Islam. Kekuasaan Allah SWT itu hanya apabila disebut “Jadi!”, maka, jadilah perkara itu. Apabila Allah kehendaki kejayaan dan kemenangan diberi kepada umat Islam, tiada satu kuasa pun yang dapat menghalang dan menahan dari berlaku. Realiti yang sedang berlaku ialah tidak ada di kalangan 4
KEKUASAAN ALLAH SWT
umat ini yang benar-benar layak sebagai pejuang yang sangat dibantu oleh Allah SWT. Tidak ada pejuang yang dirinya sangat dinaungi, dibela dan dipandang oleh Allah SWT. Tidak ada peribadi yang mempunyai kedudukan yang dekat di sisi Allah SWT. Manakala golongan yang kelihatannya gigih berjuang, bercakap dan berbuat sesuatu selaku pejuang, sayangnya tidak pula menempuh syarat atau sebab musabab yang mewajarkan memperoleh bantuan dan kemenangan dari Allah SWT. Sekali lagi ditegaskan bahawa setiap sesuatu tertakluk kepada hukum sebab akibat atau dipanggil sunnatullah (ketentuan atau ketetapan Allah SWT). Hanya sebab-sebab yang tepat sahaja yang akan menghasilkan akibat (natijah) yang diharapkan. Tidak mungkin padi akan hidup di atas batu yang kering kontang. Jika mahukan kejayaan dan kemenangan umat tanpa berjuang adalah umpama mengharapkan ikan tanpa memancing, umpama mengharapkan anak tanpa berkahwin, umpama mengharapkan buah tanpa menanam pokok. Terdapat pula yang mendakwa diri sebagai pejuang tetapi memilih laluan mudah yang tiada risiko, cabaran dan ujian. Andainya bertembung dengan kesusahan, kesulitan dan kepayahan, akan cuba dielak hingga tergadai segala prinsip dan matlamat sebagai pejuang. Ini ibarat orang yang menabur anak benih dan membiarkan tanpa mahu bersusah-payah menjaganya. Akibatnya, habis dimakan musuh. Bagi yang mahukan kejayaan umat tetapi berjuang sambil lewa atau mungkin ada yang gigih tetapi tidak menghadirkan sebab yang tepat, adalah umpama memancing tanpa umpan ataupun menggunakan tali halus untuk ikan bersaiz besar. Keadaan ini akan menyebabkan sama ada ikan mustahil diperolehi kerana tiada umpan atau tali putus kerana tidak setimpal dengan saiz ikan yang besar. Perjuangan untuk kejayaan umat ini bukan setaraf urusan memancing, mendapat anak, memburu ijazah, menanam pokok atau membina bangunan. Tentulah syaratsyarat dan keperluan sebagai sebab untuk Allah SWT berikan kejayaan itu jauh lebih rumit dan berliku. Namun 5
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
itu bukanlah pula dijadikan alasan untuk memilih jalan mudah dengan mencuba berbagai cara dan kaedah yang akhirnya bukan sahaja umat Islam terus gagal malah menjadi sia-sia kerana tidak menjadi ibadah. Orang yang mencipta berbagai kaedah perjuangan umat, mengadakan rekaan dan andaian dengan berbagai pendapat, pandangan dan idea adalah umpama orang yang cuba memancing tanpa umpan dan mata pancing. Ia samalah seperti hendakkan anak tanpa berkahwin atau seperti mahukan buah durian tetapi menanam pokok langsat. Wajarlah hanya dalam tempoh 300 tahun selepas Rasulullah SAW dianggap zaman terbaik, berjaya dan gemilang. Selepas itu umat Islam mula pudar, merosot dan akhirnya tewas. Ini kerana Allah SWT sudah tarik kekuatan umat dan diganti dengan kelemahan. Ditarik kemuliaan, diganti dengan kehinaan. Ditarik kemenangan, diganti dengan kekalahan. Puncanya ialah umat Islam telah memilih sebabsebab ke arah kehinaan, kelemahan, kegagalan dan kekalahan. Secara umumnya punca kepudaran itu digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya: Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah, dengan kitab ini (Al Quran) meninggikan darjat kaum-kaum dan menjatuhkan darjat kaum yang lain.” (Riwayat Muslim) Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa Arab yang sebelumnya (zaman jahiliyah) adalah dalam keadaan hinadina, porak-peranda, kacau-bilau, kegawatan sosial, penindasan, penzaliman, berbunuhan dan berperang berkurun lamanya, dalam tempoh yang singkat menjadi satu bangsa yang mulia, hebat dan dominan. Berlanjutan pula sehingga berkurun lamanya. Perubahan itu berlaku kerana Al Quran yang dihidangkan oleh Rasulullah SAW menjadi pegangan. Kini suara-suara kerinduan kepada kejayaan umat kedengaran di mana-mana di seluruh pelosok dunia. Tambahan pula dalam waktu yang sama seluruh ideologi dunia sudah tenat. Bukan saja tidak berjaya menyelesaikan ma6
KEKUASAAN ALLAH SWT
salah manusia, malah menjadi pencetus huru-hara. Ideologi dunia kini ibarat matahari petang yang sinarnya sudah tidak mampu untuk mengeringkan walaupun sekadar sehelai sapu tangan. Ia hanya menunggu saat untuk terbenam. Di satu pihak lain iaitu Islam, penganutnya masih meraba-raba, tercari-cari kaedah untuk menyemarakkan bara api Islam. Kaedah yang dibawa bukan saja bara api tidak marak, malah kadang-kadang turut sama menyumbang kepada padamnya bara yang baru hendak menyala itu. Namun yakinlah bahawa ini adalah zaman kebangkitan Islam yang tidak dapat dibendung. Allah SWT akan muliakan umat Islam di akhir zaman ini seperti yang dijanjikan. Dengan syarat umat Islam benar-benar berada di garisan yang betul dan layak mendapat bantuan Allah SWT.
7
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
2 Membaiki Diri
A
llah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.” (ArRa’d: 11) Semua makhluk memang sifatnya sentiasa dan mudah berubah, termasuk manusia. Pada diri manusia pula ada dua juzuk yang sifatnya benar-benar berubah dan membawa kepada perubahan iaitu hati (roh) dan akal (mental). Anggota lain pula walaupun sifatnya berubah juga tetapi tidak berlaku perubahan mutlak, umpamanya perut boleh buncit atau kempis. Otot-otot boleh menjadi keras, pejal atau lembik. Tetapi perubahan itu tidak menukar perut atau otot-otot kepada sesuatu benda lain. Allah SWT menjanjikan perubahan kepada mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu iaitu hati (roh). Allah SWT menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan pada hati (roh). Maka perubahan yang terpokok, utama dan yang terpenting ialah 8
MEMBAIKI DIRI
membaiki diri iaitu hati. Membaiki diri atau hati itu ialah agar bertambah hampir atau dekat dengan Allah SWT dan sekaligus menjauhi atau memusnahkan segala kekejian (mazmumah) diri hingga benar-benar terbakar hangus dan musnah hingga tiada lagi saki-bakinya yang tertinggal pada diri seseorang. Untuk membakar hangus segala mazmumah itulah maka perlu memiliki rasa kehambaan yang sangat kuat dan mendalam. Di antaranya rasa takut, malu, cemas, bimbang, hina diri, lemah, dhaif, serba kekurangan, tiada upaya, gementar, gerun, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa cuai dan lalai, banyak cacat cela dan sebagainya. Kesan dari rasa kehambaan inilah hati (roh) akan terhindar dari rasa ketuanan seperti sombong, riyak, sum’ah, pemarah, hasad, tamak, bakhil, ego, dendam dan lain-lain. Oleh itu tajam dan suburnya rasa kehambaan itu perlu dimiliki setiap masa dan di mana jua. Serentak dengan itu mesti pula memiliki rasa berTuhan yang benar-benar dihayati dan sebati, terbenam di hati nurani. Rasa itu perlu melekat dan mencengkam di hati. Rasa-rasa itu seperti merasai Allah SWT Maha Agung, Maha Besar, Maha Hebat, Maha Mengetahui, Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya. Manifestasi dari rasa berTuhan ini maka subur segala sifat terpuji atau mahmudah seperti sabar, redha, tawakkal, ikhlas, pemurah, kasih sayang, muraqabah, jiwanya sentiasa hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak. Hati terlalu sensitif dengan Tuhan. Rasa berTuhan ini menjadi benteng kukuh daripada dosa, maksiat dan mungkar. Dosa dibencinya, terbuat dosa resah jiwanya dan segera memohon ampun. Biar bagaimana keadaan mereka, tidak lalai atau hanyut oleh harta benda, pangkat, nama dan lain-lain. Mereka tiada sebarang kepentingan diri. Seluruh hidupnya dan apa yang dimiliki hanya untuk Allah SWT. Rasa kehambaan dan berTuhan inilah anak kunci kepada datangnya perubahan yang Allah SWT janjikan itu. 9
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Inilah anak kunci yang mengundang kepada pertolongan dan bantuan dari Allah SWT. Di sinilah terletaknya keunikan dan keistimewaan perjuangan Islam yang hak, di sepanjang sejarah. Bilangannya sedikit, kelengkapannya kurang namun memperolehi kemenangan. Kemenangan pula bukan berlaku setelah pihak musuh punah ranah, bukan setelah runtuh musnah segala bangunan, bukan setelah ramainya orang mati termasuk orang yang tidak berdosa. Kemenangan diperolehi setelah bersungguh-sungguh membaiki diri hingga Allah SWT redha kepada mereka dan Allah SWT redha kepada segala urusan mereka. Siang hari para pejuang Islam yang hak bekerja bak singa, malamnya merintih sayu umpama rahib. Peribadinya menjadi contoh ikutan, rumahtangganya menjadi pusat motivasi yang menyuburkan jiwa dan akal. Harta bendanya hanya singgah di tangan dan tidak sempat masuk ke hati. Sepanjang zaman, siapa pun dan di mana sahaja di bumi Allah SWT ini kekuatan asas bagi pejuang Islam tidak pernah dan tidak akan berubah. Membaiki diri, keimanan, ketaqwaan, perpaduan dan kepimpinan adalah paling utama, terpokok dan terpenting untuk memperolehi kemenangan dan mencapai keagungan umat. Maka perkaraperkara tersebut wajib dimiliki tanpa berdolak dalik. Manakala kekuatan tambahan pula boleh berubah mengikut keadaan, tempat, zaman dan keperluan. Sifat kekuatan tambahan itu hanya akan menjadi punca kekuatan setelah memiliki kekuatan asas. Tanpa kekuatan asas, pelengkap atau alat ini tidak berfungsi sebagai menambah kekuatan. Malah selain tidak berfungsi kadang-kadang membawa kesan negatif yang menyusahkan. Lihat sahaja realiti umat Islam merata dunia. Saban masa sibuk dengan urusan ekonomi, politik, kekayaan, harta benda, kemajuan, pembangunan, ilmu pengetahuan atau penguasaan teknologi. Bukan sahaja tidak menjadi alat untuk membawa Islam kepada keagungan, sebaliknya menjadi punca derhaka kepada Allah SWT, lalai dari agama serta lupa akhirat. Ditambah pula dengan tercetusnya 10
MEMBAIKI DIRI
berbagai krisis, penzaliman, penindasan, jatuh menjatuh, bermusuhan malah peperangan. Kupasan dalam buku ini tidak menyentuh mengenai kekuatan tambahan dan bagaimana ianya berfungsi sebagai alat melancarkan dan melajukan perjuangan Islam. Ini bukan bererti menolak kemajuan dan tamadun, tetapi ingin memberi penekanan agar umat Islam dapat melihat dan memahami betapa terlalu amat penting memiliki kekuatan asas. Lebih-lebih lagi amat dikesalkan dan menyedihkan apabila selama ini aspek kekuatan asas sangat terpinggir, terabai dan tidak dipedulikan. Malah ada yang sampai ke tahap memperleceh, meremehkan justeru itu lantas menolaknya. Islam adalah agama Allah SWT, milik Allah SWT. Orang yang benar-benar tepat landasan perjuangannya maka berhak pula dibela, dibantu dan dimenangkan oleh Allah SWT. Allah SWT berperanan bagi pihak pejuang kebenaran dalam menumpaskan musuh. Kerana memusuhi kebenaran bererti memusuhi Allah SWT. Bersungguh-sungguhlah memiliki kekuatan asas serta yakin akan janji Allah SWT, nescaya akan dapat melihat bagaimana Allah SWT memenangkan pejuang kebenaran.
11
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
3 Kekuatan Iman - Akar Tunjang
L
ayakkah seorang yang hanya sekadar tahu mengenai raja dan dirinya bukan petugas istana mengajak orang lain menemui raja dan menginap di istana? Demikianlah kedudukannya, tidak layak seorang yang hanya tahu tentang Allah SWT dan tidak mahu mengamalkan Islam menjadi pejuang Islam. Memperjuangkan Islam ertinya mengajak manusia kepada mengenal Allah SWT. Mentaati, mengabdi dan menyerah diri kepada Allah SWT serta mengamalkan keseluruhan ajaran Islam. Tiada siapa yang hatinya teringin untuk menuruti pelawaan ke istana kerana orang itu tidak berkelayakan dan tiada ‘authority’. Malah timbul pula keraguan apakah orang itu benar-benar membawa ke istana atau boleh jadi dia seorang pembohong yang boleh menjerumuskan ke gaung yang dalam. Tiada identiti atau tanda-tanda bahawa orang itu petugas istana. Orang yang hanya tahu mengenai Allah SWT serta rukun iman yang lainnya, sekadar berada di kategori iman yang sah. Tetapi tidak terjamin selamat dari kederhakaan, kemungkaran dan kemaksiatan. Andainya Allah SWT tidak ampunkan, nescaya dia terjun ke neraka terlebih dahulu. Keimanan taraf itu belum mencapai tahap ‘orang Allah SWT’. Hatinya lalai, tidak terpaut dan tidak bertaut dengan Allah SWT. Ibarat orang yang tahu gula itu manis tetapi 12
KEKUATAN IMAN - AKAR TUNJANG
tidak pernah memakan gula. Orang yang hanya tahu segala sifat-sifat Allah SWT berdasarkan ilmu yang dipelajarinya tetapi tidak merasai di hati tentang sifat-sifat Allah SWT itu. Tauhidnya sekadar berlegar di dalam akal fikirannya dan tidak di hati. Maka itulah yang dikatakan iman ilmu. Orang yang imannya bertaraf iman ilmu sekadar berfikiran tauhid, belum berjiwa tauhid. Hatinya lalai, nafsunya rakus, ibadahnya cuai dan tiada kelazatan. Syariatnya longgar, akhlaknya rosak. Keperibadian Islamnya kurang meyakinkan. Penampilan dirinya, gerak-gerinya, tingkah-lakunya, percakapannya, pemikirannya tidak menggambarkan keindahan Islam. Rumahtangganya tidak terpimpin dan tidak wujud suasana sebuah keluarga Islam. Kebahagiaan hidup tidak diperolehi sepenuhnya. Masih terasa sedap dengan maksiat. Sekali-sekala insaf dan sedar kerana ilmunya masih menyuluh dan dia tahu maksiat itu berdosa dan mendatangkan kemurkaan Allah SWT yang balasannya adalah Neraka. Namun apabila berhadapan dengan ujian, cubaan dan tarikan kemaksiatan, masih ada kemahuan untuk melawan tetapi seringkali tumpas dan kecundang. Ilmu Islamnya bersarang di akal. Dia tahu halal dan haram. Tetapi bila bertembung dua keadaan antara tuntutan Tuhan dan kepentingan duniawi, nescaya terdorong untuk memilih kepentingan duniawinya. Ini adalah kerana dia tidak merasa takut kepada Allah SWT dan terlupa terhadap azab akhirat. Longgarnya syariat bukan kerana tidak tahu tetapi kerana tiada sepenuh kerelaan, pengabdian dan perhambaan kepada Allah SWT. Dia masih di peringkat terpaksa dan sering pula ada helah dan hujah untuk membenarkan pelanggaran syariat. Demikianlah sedikit gambaran orang yang jarangjarang sekali hatinya dengan Allah SWT serta tidak benarbenar berpegang kepada syariat Islam. Dan inilah juga gambaran yang mewakili majoriti umat Islam seluruh dunia. Umat yang berjiwa lemah, ujian yang ringan pun tidak upaya menghadapinya. Risiko yang sedikit sudah tergadai perjuangan. 13
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Sekali lagi ditegaskan di sini bahawa perjuangan Islam ertinya membawa manusia amnya, dan khususnya umat Islam sendiri kepada mengagungkan Allah SWT, membesar, menyembah, mengabdi dan mentaati Allah SWT. Juga ingin membawa manusia kepada menerima, memahami dan menghayati ajaran Islam. Dan juga membawa mereka kepada kehidupan yang diikat oleh syariat atau hukumhakam Islam. Kesimpulannya, apalah yang dapat diharapkan daripada orang yang lalai dengan Allah. Hatinya tidak terpaut dan bertaut dengan Allah SWT. Ibadahnya cuai, syariatnya longgar dan masih lazat dengan kemungkaran. Ertinya syarat yang pertama sebagai sebab untuk Allah SWT serahkan kejayaan dan kemenangan sudah gagal dipenuhi oleh umat Islam. Selagi umat Islam di tahap iman ilmu atau sekadar berfikiran tauhid, selama itulah Allah SWT tidak datangkan keyakinan kepada manusia untuk menerima Islam sepenuhnya. Kalau pun ada yang menerima Islam, maka pengamalannya juga sama saja dengan pejuang Islam itu sendiri. Dalam situasi iman sedemikian, andainya dia seorang pemimpin, maka kezaliman dan kerosakan berleluasa hasil dari kekuasaan yang dimilikinya. Pemikirannya tidak membawa banyak kebaikan kepada umat. Pembangunannya condong kepada materialisma. Keuntungan dunia lebih diutamakan. Rakyat menerima padah di atas kerakusannya. Andainya dia seorang intelek, cetusan idea dan pandangannya lebih cenderung kepada kepentingan pemerintah. Andainya dia seorang ulama, maka masyarakat umum tidak menjadikannya sandaran. Dia tidak mewarisi peribadi, tugas, peranan dan tanggungjawab para Nabi dan Rasul. Kehidupan ulama tidak berbeza dengan orang awam. Andainya dia seorang pekerja, buruh atau petani, keluh-kesah, mendongkol dan tiada kesabaran sering melanda hidupnya. Sudahlah nasibnya miskin material yang memang sedia susah, ditambah pula dengan miskin jiwa, bertambah parahlah penderitaan hidup yang dialami. 14
KEKUATAN IMAN - AKAR TUNJANG
Kemiskinan dianggapnya satu bala dari Tuhan. Orang kaya yang kelebihan harta-benda tidak dirasainya sebagai kurnia Allah, amanah dan ujian. Mereka kedekut, tamak, membazir, berfoya-foya, bermewahan dan berlebihan. Akhirnya lahirlah masyarakat yang mengalami berbagai kegawatan. Semua perkara negatif, mungkar, jenayah dan kesalahan hanya mahu diundang-undangkan. Kemudian dikuatkuasakan berserta hukuman. Maka lahirlah umat yang tidak pernah puas hati, berdendam, geram dan pemarah. Begitu pun kedudukan umat Islam di seluruh dunia, kedapatan pula pihak yang mendakwa bahawa umat Islam tidak menegakkan hukum Islam kerana tiada kuasa. Pada satu sisi, dakwaan ini boleh diterima kerana dibuat oleh mereka yang inginkan kuasa dan belum memperolehinya. Di sisi yang lain dakwaan tersebut mungkin sekadar retorika atau slogan yang tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Realitinya banyak negara di dunia ini yang memang dikuasai oleh umat Islam sepenuhnya. Dari peringkat tertinggi seperti Presiden, Perdana Menteri atau Sultan hinggalah kepada buruh, petani dan penganggur semuanya beragama Islam. Namun sukar hendak dilihat gambaran Islam dalam kehidupan dari individu, rumahtangga, masyarakat, institusi hinggalah kepada negara. 90% tidak bersembahyang apakah tunggu dapat kuasa? Apakah menutup aurat perlu dienakmenkan terlebih dahulu? Kasih sayang dan perpaduan perlukah diundang-undangkan? Secara umumnya umat Islam itu terdiri daripada pemimpin yang adil, ulama menjadi contoh dan obor, orang kayanya pemurah, golongan miskin dan pekerja bawahan sangat sabar, orang bersalah memohon ampun dan bertaubat, suami bertanggungjawab, isteri taat dan berkhidmat, anak-anak menghormati ibubapa. Apakah semua ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh semua golongan itu perlu menunggu kuasa pemerintahan dan undang-undang terlebih dahulu? Bagaimana andainya tidak mendapat kuasa pemerintahan sampai bila-bila? Apakah dengan mudah Allah SWT akan terima alasan tidak berlaku itu semua lantaran 15
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
tidak ada kuasa pemerintahan? Inilah salah satu bentuk kecelaruan fikiran serta kefahaman umat Islam. Begitulah situasi umat Islam apabila masih berada di tahap iman ilmu, atau sekadar berfikiran tauhid. Inilah yang dimaksudkan dengan tumpas atau kecundang di gelanggang sendiri. Tewas kepada kerakusan nafsu. Kalah kepada pujuk rayu syaitan. Jatuh terjelepak berhadapan dengan tarikan dan tipu daya kelazatan dan kesenangan duniawi yang sementara. Sayangnya terlalu sedikit di kalangan umat Islam yang menyedari dan memandang penting terhadap persoalan pertama dan utama ini. Akibatnya umat Islam terus bergelut dan bergelumang dengan berbagai sifat dan perbuatan negatif. Maksiat dan kemungkaran itulah yang menjadi hijab atau penghalang dari turunnya bantuan Allah SWT. Dalam konteks dakwah pula, ini adalah penghalang manusia menerima kebenaran (Islam). Umat Islam gagal memperlihatkan kesyumulan Islam. Umat Islam tidak memperlihatkan imej mulia dan tingginya ajaran Islam. Perlakuan umat Islam sendiri sangat bercanggah dengan ajaran Islam itu sendiri yang merupakan agama selamat sejahtera, indah dan mulia. Islam agama selamat tetapi umatnya tidak selamat. Islam agama sejahtera tetapi umatnya dilanda derita. Islam agama indah tetapi umatnya kacau-bilau dan penuh dengan berbagai kegawatan. Islam agama mulia tetapi umatnya ditimpa kehinaan di manamana. Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Kecacatan agama kerana hawa nafsu.” (Riwayat Al Syahaab) Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Orang yang kurang amalannya maka Allah akan menimpakan dengan kegelisahan dan kesedihan.” (Riwayat Ahmad) Kembali kepada perbandingan seperti di awal bab ini. 16
KEKUATAN IMAN - AKAR TUNJANG
Perbezaannya ialah bagaimana andainya seseorang itu memang memiliki identiti sebagai pegawai istana. Memang dia benar-benar dikenali ramai sebagai pegawai istana. Bukan sekadar mengenali raja tetapi sentiasa akrab. Dia juga sangat masak dengan segala selok-belok dan ehwal istana. Dialah orang raja yang mengundang kita bertemu raja dan bertandang ke istana. Tentulah dengan mudah kita menerima undangannya. Tidak timbul sebarang keraguan melihat kepada peribadinya itu. Kita yakin kepada dirinya dan tentu dia tidak sanggup berbohong atau tidak membuat ajakan kosong. Sudah pasti dia tidak akan menipu bagi pihak raja kerana dia memang benar-benar orang raja dan punyai ‘authority’ sebagai pegawai istana. Inilah satu bentuk perbandingan yang menghampirkan kepada pemahaman kita dalam konteks perjuangan Islam. Iaitu syarat keimanan yang menjadi sebab untuk Allah SWT beri kemenangan kepada umat iaitu sekurang-kurangnya bertaraf iman ‘Ayan atau orang yang berjiwa tauhid. Ini adalah tahap sekurang-kurangnya yang mesti dicapai khususnya oleh golongan yang mahu meletakkan dirinya sebagai mujahid atau pejuang menegakkan agama Allah SWT. Berjiwa tauhid atau memiliki iman ‘Ayan ini juga yang dikatakan sebagai orang soleh atau Ashabul Yamin (golongan kanan). Kepada merekalah Allah SWT menjanjikan akan diserahkan kekuasaan atau diangkat menjadi khalifah sebenar di atas muka bumi. Mereka yang Allah SWT ‘pandang’ layak untuk diserahkan amanah menjadi pengganti (khalifah) untuk mengatur dan mencatur manusia. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan Allah telah berjanji kepada orang yang beriman di antara kamu dan menger17
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
jakan amal-amal soleh bahawa Dia sesungguhnya akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.” (An-Nur: 55) Mereka ini dijamin selamat dan tidak akan jatuh ke neraka di akhirat kelak. Apabila Allah SWT menjamin keselamatan akhirat itu sudah pastilah mereka adalah golongan umat Islam yang selamat di dunia. Selamat di dunia disifatkan kerana hati sentiasa takut kepada Allah SWT, sentiasa berada di atas landasan syariat. Ibadah mereka bukan sahaja banyak tetapi juga sempurna. Akhirat amat digeruni. Inilah yang disifatkan oleh Allah SWT di dalam Al Quran:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman itu ialah apabila disebut nama Allah, gementar hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayat Allah bertambah imannya, sedang mereka itu bertawakkal kepada Tuhannya.” (Al-Anfaal: 2) Ciri-ciri mereka ini ialah orang yang hatinya takut, gerun, cemas dan bimbang terhadap Allah SWT. Jiwanya benar-benar bertauhid. Hatinya sentiasa merasai Allah SWT Maha Besar, Maha Agung, Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Pencipta. Atau mana-mana asma’ Allah SWT disebut atau diingat akan mendatangkan getaran pada hatinya. Hatinya sentiasa terpaut dan bertaut dengan Allah SWT. Dalam sehari semalam, lapan belas jam dalam ibadah khusus mahupun ibadah umum. Baki dari itu dia berbuat perkara harus. Namun tidak pula terjatuh kepada sebarang 18
KEKUATAN IMAN - AKAR TUNJANG
dosa. Pengawasan hatinya kepada syariat sangat kuat. Andainya terjatuh juga kepada dosa tanpa disengajakan atau tanpa disedari, atau bukan dari kehendak nafsunya atau yang datang kepadanya, nescaya sekadar dosa kecil. Itupun sekali-sekala dan sangat sedikit. Begitupun, dia segera memohon keampunan dan Allah SWT mengampuninya. Dosa walaupun kecil, Allah SWT tidak ampunkan kerana keangkuhan, disengajakan, diremehkan dan berlengah-lengah memohon keampunan. Mereka penuh sedar akan kedatangan akhirat yang hak dan pasti. Kehidupan dunia yang sementara dan singkat ini bakal diperhitungkan di akhirat nanti. Mereka bimbang andainya bakal tergelincir ke neraka. Syurga yang penuh nikmat itu pula disediakan bagi orang yang benar-benar layak. Nilai Syurga yang begitu tinggi bukan sebarangan orang untuk memasukinya. Terasa tidak layak memasukinya. Namun mereka mendambakan rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Maka mereka buru sepenuh masa dan tenaga untuk memperolehi rahmat Allah SWT itu. Setiap masa, tenaga, harta-benda dan pemikiran dicurahkan untuk berbuat kebaikan. Keazamannya, citacitanya, impiannya dan harapannya ialah ingin melihat Islam itu mulia. Daya juang dan pengorbanannya tinggi. Hidupnya zuhud dan sederhana. Dan memang memilih kehidupan itu hanya semata-mata cintakan Allah SWT, Rasul-Nya dan agama yang Mulia. Keyakinannya kental, kemahuannya kuat, azamnya tinggi, cita-citanya besar iaitu kejayaan umat Islam. Tidak ada istilah kepentingan diri dalam kamus hidupnya. Hidup matinya ikhlas untuk Allah SWT, Rasul-Nya dan Islam. Bukan penghargaan yang diharapkan tetapi harga diri. Bukan penghormatan yang diidamkan tetapi penuh terhormat. Bukan dipuji, dipuja dan dipermuliakan yang diinginkan tetapi hidup dengan kemuliaan. Firman Allah SWT: Terjemahannya: “Kemuliaan itu ada pada Allah, pada Rasul-Nya dan pada orang mukmin.....” 19
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Pegangan hidupnya adalah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW: Terjemahannya: “Umat terdahulu selamat (berjaya) kerana teguhnya keyakinan dan zuhud. Dan umat terakhir kelak akan binasa kerana bakhil (harta dan jiwa) dan tiada cita-cita.” (Riwayat Abi Ad Dunya) Roh manusia dalam keadaan tersendiri tanpa jasad sangat mengenal Allah SWT. Namun hati atau roh itu tetap mampu mengenal Allah SWT seperti asalnya apabila bersungguh-sungguh menolak tuntutan nafsu dan syaitan. Apabila hati itu bersih dari pengaruh nafsu dan syaitan maka ianya kembali terbuka pandang-tembus mengenal Allah SWT seperti asal fitrah kejadian roh itu. Roh yang mengenal Allah SWT, yang benar-benar merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT ini yang disifatkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Terjemahannya: “Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Al- Fajr: 27-30). Umat Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis kemungkaran, maksiat, kejahatan dan gejala negatif berpunca dari nafsu yang liar. Nafsu tidak boleh ditundukkan dengan undang-undang, peraturan dan hukuman. Nafsu tidak dapat dikalahkan oleh segala usaha lahir seperti membesarkan otot-otot. Otot-otot yang pejal membenjol serta keras dan padat tidak akan dapat mengekang hawa nafsu. 20
KEKUATAN IMAN - AKAR TUNJANG
Misalnya, dunia hari ini menghadapi fenomena berleluasanya gejala negatif terutamanya golongan remaja. Tiada apa yang silap dengan kajian, perancangan, program dan aktiviti yang begitu banyak. Tenaga, masa dan wang ringgit begitu besar sebagai peruntukan untuk mencegah dan membendung gejala negatif. Namun hasilnya sangatlah mengecewakan. Buatlah apa pun program dan aktiviti. Jika tidak menjurus kepada peningkatan iman hingga ke taraf iman ‘Ayan, selagi itu tidak akan berhasil mencegah dan membendung gejala negatif. Buatlah kajian seberapa teliti dan terperinci diiringi pula dengan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Seandainya itu semua tidak ada langsung berkaitan dengan soal spiritual, rohaniah, mengekang nafsu, selagi itu tidak akan membawa sebarang penyelesaian yang konkrit dan berkesan. Kerakusan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan memanjat gunung, bersampan, berakit dan berkayak, berenang, bersilat, berjogging dan bersukan. Semua aktiviti ini hanyalah memejalkan otot badan. Nafsu bersifat rohani. Apabila nafsu terdorong untuk menagih dadah, ianya tidak dapat ditangkis atau ditepis dengan langkah atau buah silat dan lain-lain. Hukuman pula hanyalah jalan keluar terakhir dan bukan penyelesaian yang berkesan. Hukuman sama saja seperti orang yang takutkan harimau. Masuk di kawasan yang dikenal pasti ada harimau, tidak mencemaskan sekiranya seseorang itu memiliki apa saja alat yang memungkinkan dia menewaskan harimau itu. Ertinya masih ada peluang untuk bebas dan terlepas dari terkaman harimau. Tidak menghairankan sekalipun ramai yang sudah dihukum mati kerana mengedar dadah, namun dadah tetap terus beredar di pasaran secara meluas. Ini menunjukkan adanya mereka yang berjaya mengelakkan diri dari ditangkap oleh pihak berkuasa. Mati itu sendiri hanya ditakuti oleh orang beriman. Ini adalah kerana orang beriman tahu dan dapat merasakan betapa dahsyat peristiwa mati dan selepas itu. Orang muk21
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
min saja yang bimbang terhadap kegemparan mati dan akhirat. Bagi orang yang tidak beriman, mati itu hanya sekadar satu peristiwa yang bakal dilalui oleh semua orang. Mati bagi mereka berakhirlah segala persoalan hidup. Tidak lebih dari itu. Sebab itu mereka tidak menjadikan mati itu sebagai ubat untuk menghindarkan diri dari kemungkaran. Hanya orang beriman saja yang yakin dan berpegang kepada sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya: “Cukuplah mati sebagai penasihat.” Mati itu sendiri hanya berkesan mengingatkan orang beriman. Bagi orang yang tidak beriman, hukuman mati itu hanya bersifat menamatkan kerja-kerja jahat yang dilakukannya. Kerakusan nafsu hanya mampu ditundukkan oleh iman. Iman pula mestilah pada kategori iman ‘Ayan. Iman ‘Ayan inilah ubat paling berkesan dalam menangani gejala negatif. Sekiranya umat Islam terutamanya pemimpin masyarakat, para pejuang, pendakwah, warga pendidik dan seluruh ibubapa benar-benar prihatin terhadap segala masalah umat Islam, hendaklah kembali kepada usaha ikhtiar yang benar-benar tepat. Natijah dari ketepatan itulah nanti Allah SWT datangkan kejayaan dan kemenangan kepada umat.
22
4 Allah SWT Membela Orang Bertaqwa
A
llah SWT, Zat Yang Maha Agung, Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Seluruh makhluk dalam genggaman-Nya. Dialah yang menentukan tiap-tiap sesuatu. Tidak bergerak dan diam sesuatu melainkan dengan kehendak dan izin-Nya. Dalam bab pertama telah dinyatakan bahawa umat Islam perlu berusaha, berikhtiar bersungguh-sungguh sebagai menghadirkan sebab untuk Allah SWT mengurniakan kekuatan, kejayaan dan kemenangan. Untuk Allah SWT datangkan hasil itu pula mestilah bertepatan dengan sunnah-Nya atau ketentuan-Nya. Segala bentuk, cara dan kaedah sebagai sebab-musabab yang bertepatan itu pula, semuanya telah ditempuh dan dilalui oleh para Rasul khususnya Rasulullah SAW. Ertinya apabila umat memilih jalan lain, natijahnya juga akan menjadi lain. Oleh itu, umat Islam mesti menolaknya dan kembali mengikut jejak langkah umat terdahulu yang telah berjaya. Dalam bab ketiga dinyatakan mengenai kejayaan yang bakal diperolehi atas faktor iman. Iaitu sekurang kurangnya pada kategori iman ‘Ayan. Iman itu ibarat enjin kereta. Kalau rendah kuasa kudanya, maka kuranglah lajunya, kurang kuat dan kurang gagah untuk membawa beban yang berat. Atau kurang lasak untuk berfungsi pada keadaan yang lebih banyak halangan. Enjin yang berkuasa 23
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kuda rendah ini lazimnya dipasang kepada kereta yang bersaiz kecil. Andainya enjin rosak, kereta itu langsung tidak boleh berjalan. Iman ‘Ayan mampu memacu umat ini menjadi umat yang gigih dalam memikul beban perintah Allah SWT yang berupa berbagai makrufat. Iman ‘Ayan juga merupakan benteng kukuh melindungi umat dari terjebak dan terjerumus kepada berbagai anasir negatif, kemungkaran dan kemaksiatan. Kesimpulan mudah ialah iman‘Ayan menjadikan seseorang itu positif dan terhakis segala yang negatif. Iman ‘Ayan juga menjadikan seseorang itu memiliki kekuatan jiwa – gigih, kuat cita-cita, tahan uji serta sanggup berkorban. Kalau dalam soal iman itu ianya berkait langsung dengan sikap dan amalan manusia itu sendiri, taqwa pula merupakan faktor yang lebih halus dan seni. Orang bertaqwa sudah pasti beriman. Namun orang beriman belum pasti memiliki sifat taqwa. Taqwa adalah faktor paling utama dalam memperolehi bantuan Allah SWT. Bantuan Allah SWT kepada orang bertaqwa ini dalam berbagai bentuk yang tidak diketahui oleh manusia. Dan lazimnya bentuk bantuan yang Allah SWT datangkan itu mengikut keperluan semasa atau mengikut peranan seseorang. Ertinya bantuan Allah bagi orang yang bertaqwa itu berbeza menurut keperluan dan peranan semasa. Bagi pendakwah yang bertaqwa, bantuan yang Allah turunkan berbeza dengan pemimpin yang bertaqwa. Dan berbeza pula dengan seorang ahli perniagaan atau seorang pendidik. Allah SWT permudahkan segala urusan orang yang bertaqwa. Sedikit berbuat, membawa hasil yang segera dan berjaya. Apatah lagi kalau berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berbuat. Oleh yang demikian sangat dituntut agar dalam berusaha dan berikhtiar itu mestilah turut disertai dengan ketaqwaan. Misalnya, seorang peniaga yang hanya berusaha mungkin mendapat untung mengikut sifir perniagaan biasa. Manakala peniaga bertaqwa memperolehi keuntungan 24
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
berlipat ganda. Keuntungan berlipat ganda itu bukan semestinya dalam bentuk duit. Boleh jadi keuntungan yang diperolehi sama saja dengan orang lain. Tetapi bezanya, wang itu terselamat kerana anaknya sentiasa sihat, wangnya tidak membazir, keretanya jarang rosak, simpanan Tabung Hajinya banyak, duitnya juga sering tersalur ke arah amal jariah atau kepada berbagai bentuk kebajikan. Seorang pendakwah bertaqwa pula, ilhamnya atau ideanya mencurah-curah, penyampaiannya berhikmah dan menarik, pendengar mudah lembut hati mendengar syarahannya, mendatangkan keyakinan, hati pendengar mudah terdorong untuk beramal. Biar pun dalam keadaan penentangan yang banyak, namun orang ramai terus mahukannya. Pendakwah yang tidak bertaqwa pula, dia sendiri memaksa diri memerah otak mencari dan mengumpulkan bahan dakwah. Dalam menjalankan kerja dakwah juga dia merasa jemu dan terasa sukar. Pendengar juga turut merasa jemu. Walaupun bahasan dan hujahnya menarik dan mampu mengumpul ramai pendengar, namun tidak punya dorongan untuk menginsafkan dan membawa perubahan kepada masyarakat. Memanglah semua orang tahu hakikatnya perubahan itu dari Allah SWT. Namun Allah SWT jika hendak datangkan perubahan juga mestilah bersebab. Ketaqwaan para sahabat sehingga dijamin oleh Allah SWT dalam firman-Nya:
Terjemahannya: “Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang kafir, disebab25
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kan orang-orang kafir itu kaum yang tidak mengerti.” (Al Anfal: 65) Peperangan Badar menyaksikan 313 para sahabat mengalahkan 1000 orang musuh. Inilah jaminan Allah dalam firman-Nya:
Terjemahannya: “Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa.” (Al-Jaatsiyah: 19) Dan firmanNya lagi:
Terjemahannya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagi mereka jalan keluar. Dan memberi mereka rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (At-Talaq: 2-3) Dengan ketaqwaan mereka itu, orang lain turut menerima habuan, percikan dan limpahan berkat. “Wabihim yunsarun.” Dengan sebab mereka itu maka diturunkan bantuan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15) Berkat dari ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz r.a, maka kambing dan serigala boleh bergaul bersamasama. 26
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
JANJI ALLAH SWT KEPADA ORANG BERTAQWA A
Keistimewaan Taqwa Di Dunia
1. Allah SWT bebaskan dari kesusahan dan memperolehi rezeki. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka.” (At-Talaq: 2-3) 2. Allah SWT mempermudahkan segala urusan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (At-Talaq: 4) 3. Allah SWT mempermudahkan memperolehi ilmu. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan bertaqwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Baqarah: 282) 4. Allah SWT mengasihinya. 27
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuatnya) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 76) 5. Allah SWT membela dan membantunya. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Allah adalah pelindung orangorang bertaqwa.” (Al-Jaatsiyah: 19) 6. Allah SWT buka pintu keberkatan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi.” (Al-A’raaf: 96) 7. Allah SWT terima amalan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al-Maidah: 27) 8. Dipelihara Allah SWT dari tipu daya musuh lahir dan batin. 28
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Jika kamu bersabar dan bertaqwa, nescaya tipu-daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.” (Ali Imran: 120) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.” (Al A’raaf: 201) 9. Allah SWT beri khabar gembira (mubasyirah). Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Ingatlah, sesungguhnya waliwali Allah itu, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Iaitu) 29
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janjijanji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar.” (Yunus: 62-64) 10. Allah SWT pelihara zuriat. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu, hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (An Nisa’: 9) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak muda yang yatim di kota itu, (dan di bawahnya) ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah 30
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
seorang yang soleh, maka Tuhanmu mengkehendaki agar mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.” (Al-Kahfi: 82) 11. Allah SWT selamatkan dari bencana. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan adapun kaum Tsamud maka mereka telah pun Kami beri petunjuk tetapi mereka lebih menyukai buta (kesesatan) dari petunjuk itu. Maka mereka disambar petir azab yang menghinakan disebabkan apa yang telah mereka kerjakan, Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman dan mereka adalah orang-orang yang bertaqwa.” (Fusshilat: 17-18) 12. Allah SWT pelihara dari kebatilan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan 31
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.” (Al-Anfaal: 29)
B
Keistimewaan Taqwa Di Akhirat
1. Allah SWT padamkan dosa. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Itulah perintah Allah yang diturunkan-Nya kepada kamu, barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menutupi kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.” (At-Talaq: 5) Firman-Nya lagi:
Terjemahannya: “Dan sekiranya ahli kitab beriman dan bertaqwa, tentulah Kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan ke dalam syurga-syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65) Firman Allah SWT:
32
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Terjemahannya: “Dan tidak ada seorangpun daripadamu, melainkan mendatangi neraka itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan. Kemudian Kami menyelamatkan orangorang yang bertaqwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut.” (Maryam: 71-72) 2. Allah SWT tinggikan darjat. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Kehidupan dunia kelihatan indah bagi orang kafir sehingga mereka memandang rendah kepada orang beriman, tetapi orang yang bertaqwa adalah lebih tinggi daripada mereka di hari kiamat.” (Al Baqarah: 212) 3. Allah SWT wariskan syurga. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Itulah syurga yang akan Kami wariskan kepada hamba-hamba Kami yang selalu bertaqwa.” (Maryam: 63) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang 33
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.” (Ali Imran: 133) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya bagi orangorang yang bertaqwa (disediakan) syurga-syurga yang penuh kenikmatan di sisi Tuhan-Nya.” (AlQalam: 34) 4. Allah SWT dekatkan syurga. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan dekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka).” (Al-Qaf: 31) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “(Ingatlah) hari (ketika) Kami mengumpulkan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan yang Maha Pemurah sebagai perutusan yang terhormat.” (Maryam: 85) 5. Allah SWT sediakan syurga bertaraf tinggi. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Ini adalah kehormatan (bagi mereka). Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang 34
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
bertaqwa benar-benar (disediakan) tempat kembali yang baik.” (Shaad: 49) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.” (An-Naba’: 31) 6. Allah SWT tambat hati sesama mereka. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.” (AzZukhruf: 67) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam syurga (tamantaman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir). (Dikatakan kepada mereka): Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman. Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas dipan-dipan.” (AlHijr: 45-47) 35
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
7. Allah SWT kumpulkan mereka bersama-sama. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombongrombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu, berbahagialah kamu! Maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya.” (Az Zumar: 73) Semenjak dulu, inilah faktor yang membawa kepada bantuan Allah SWT di dalam segala usaha ikhtiar umat Islam. Terutamanya di kalangan para sahabat. Allah SWT buka pintu hati manusia sehingga mudah menerima kebenaran, mudah menerima Islam, mudah dalam perjuangan, Allah SWT buka laluan kepada perkembangan Islam yang pesat. Allah buka laluan dengan didatangkan para pendokong yang berkemampuan membangunkan umat. Allah SWT buka pintu kebaikan seluas-luasnya. Allah SWT datangkan rasa berani yang luarbiasa kepada umat Islam dan rasa ketakutan yang amat sangat kepada para penentang. Biarpun Rasulullah SAW sendiri hingga patah giginya, dibaling batu hingga berdarah, namun ada saja jalan keluar yang Allah berikan sehingga 23 tahun berjaya menguasai Jazirah Arab. Di zaman tabiin di mana golongan taqwa masih ramai dari tahap pemimpin hingga rakyat biasa, maka Allah SWT buka pula pintu ilmu pengetahuan dalam bidang kehidupan. Baghdad sebelum diranapkan oleh kaum Monggol merupakan tempat terkumpulnya kitab para ulama yang 36
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
terlalu banyak. Ketika Barat melalui “Dark-Ages”, Islam pula sedang pesat berkembang dengan berbagai penemuan baru dalam ilmu pengetahuan. Padamnya “Dark-Ages” Barat bermula bila mereka mempraktikkan berbagai ilmu yang diperolehi hasil dari penjajahan ke wilayah Islam terutamanya Sepanyol. Hasil bantuan Allah SWT sangat mengkagumkan dunia hingga segala kemajuan teknologi hari ini bertitik tolak dari penemuan berbagai ilmu oleh para ulama dan saintis Islam, tetapi itu semua telah berlalu, telah menjadi bukti dan fakta sejarah. Telah berlalu satu zaman di mana umatnya asyik dengan Allah SWT dan merindui akhirat. Berlalu juga satu zaman yang telah Allah SWT curahkan segala-galanya kerana kebanyakan umatnya bertaqwa. Kini cuma ada zaman di mana umat Islam silau dengan pantulan cahaya Barat yang bukan cahaya hakiki. Cahaya kebenaran itu umpama matahari. Mengapa perlu silau dengan hanya pantulan cahaya itu sedangkan cahaya matahari tidak pernah padam. Ini kerana umat Islam sudah tidak bertaqwa. Bila tidak bertaqwa, hati menjadi lemah dan mudah menyerah kepada keadaan lantas melupai Allah SWT. Hati tidak bergantung kepada Allah lantas Allah SWT melupainya. Sepertimana tiada satu kuasa yang boleh menahan apabila Allah SWT kehendaki umat Islam berjaya, begitu jugalah tidak berdaya sebarang kuasa untuk menebus kekalahan dan kehinaan apabila Allah SWT kehendaki berlaku kepada umat Islam. Kedudukan taqwa memang penting bagi umat Islam. Sebab itu ia menjadi rukun khutbah. Setiap minggu peringatan taqwa dilaungkan oleh khatib kepada umat Islam di seluruh dunia. Namun kepentingan taqwa itu nampaknya bukan sahaia tidak dihayati malah kurang difahami pengertiannya oleh umat Islam. Pengertian yang tidak pernah ditinggalkan dan diulang-ulang setiap Jumaat hanyalah “Dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.” Oleh kerana pengertian ini tidak mengandungi roh atau tidak membangkitkan pengertian yang mendalam, maka jadilah ianya sesuatu yang hambar dan tidak bermanfaat. 37
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Sedangkan pengertian taqwa lebih dari itu. Taqwa berasal dari perkataan Waqa yang bermaksud pelihara. Orang yang bertaqwa ialah orang yang sangat memelihara hati (roh) dengan rasa kehambaan yang sangat mendalam dan rasa berTuhan yang sangat tinggi. Gabungan rasa kehambaan dan rasa berTuhan itu sekaligus mendorong ia agar sangat memelihara syariat, berakhlak dan beradab dalam segala urusan. Sehingga perkara yang seniseni dalam kehidupan pun sangat dipelihara. Apabila terlalu sangat memelihara rasa kehambaan dan rasa berTuhan, sekaligus memelihara pula urusan kehidupan dengan bersyariat, berakhlak dan beradab sopan, maka menjadikan dia sebagai “orang Allah SWT”. Maka Allah SWT pula memelihara, membela dan menjaganya dalam segala urusan. Kerana berada di dalam pemeliharaan Allah SWT yang Maha Sempurna itulah maka kehidupan orang bertaqwa kelihatan luar dari kebiasaan orang lain, seperti yang telah diperjelaskan sebelum ini berdasarkan dalam banyak firman Allah SWT. ASAS TAQWA Asas kepada sifat taqwa itu ialah rasa kehambaan yang sungguh mendalam. Rasa kehambaan, di antaranya merasai serba serbi dhaif, lemah, hina, lalai dan leka di sisi Allah SWT. Seseorang yang dapat benar-benar merasai bahawa dirinya dimiliki Allah. Dia tidak punya apa-apa. Dirinya sebagai hamba yang lemah itu sangat terdedah kepada berbagai kerosakan dan cacat cela. Tiada daya, tiada upaya, tidak mampu walaupun untuk menahan sehelai rambut dari beruban. Demikian juga perubahan peringkat usia dan kematian. Tidak mampu hendak berbuat menurut kehendak sendiri. Tidak mahu ditimpa sakit, ianya datang juga sekali-sekala. Inginkan kesembuhan segera, doktor juga tidak mampu berbuat demikian. Inginkan kaya-raya dan hidup senang, sedikit sahaja orang yang berjaya memperolehinya. Bencikan musibah dan mala petaka, ianya datang juga tanpa diduga. Orang 38
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
yang disayangi kadang-kadang hilang secara tiba-tiba. Harta-benda yang dikumpul musnah secara sekelip mata. Malah alam semesta ini pun dengan penuh sedar akan hancur lumat tanpa bersisa. Kita punya kehendak, Allah SWT pun punya kehendak. Kehendak Allah SWT juga yang pasti berlaku. Menyedari hakikat inilah maka rasa kehambaan yang mendalam itu menjadikan hati penuh pasrah, merintih, mengharap dan mendambakan setiap sesuatu itu hanya dari Allah SWT. Andainya berlaku keberhasilan, maka itu juga sebenarnya atas kehendak Allah SWT jua. Jika dipuji, itu sebenarnya kerana Allah SWT gerakkan orang berbuat demikian. Bila dikeji juga adalah kerana Allah SWT gerakkan hati orang berbuat demikian yang dianggapnya sebagai kifarah. Andainya Allah SWT pilih untuk ditinggikan kedudukan di dunia sebagai khalifah atau pemimpin, itu tidak menghilangkan rasa kehambaannya. Perbezaannya ialah ia terpaksa memikul tanggungjawab dan beban yang lebih banyak. Itu pun dia mengharapkan agar tanggungjawab atau jawatan itu menjadi saluran untuk berbakti kepada Allah SWT. Tidak lebih dari itu, dan tetap dirasai sama sahaja dirinya dengan petani dan nelayan yang menjadi saluran pahala bagi mereka.
CIRI-CIRI KETAQWAAN 1. Ingat dua perkara Pertama: Kebaikan, jasa dan budi orang kepada kita perlu diingati selalu dan sekiranya berpeluang maka eloklah disebut-sebut dan dibalas walaupun tidak setimpal dengan apa yang kita perolehi. Lebih-lebih lagi perlu diingati, disyukuri, dihitung dan dibilang segala limpah kurnia Allah SWT, nikmat dari Allah SWT yang tidak terhingga. Firman Allah SWT:
39
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Terjemahannya: “Dan andainya kamu hendak hitung nikmat Allah SWT nescaya tidak terhitung.” (Surah Ibrahim: 34)
Terjemahannya: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Adh-Dhuha: 11) Bagaimana hati kecil kita rasai andainya ada orang yang selalu menolong, membantu, memberi, berbudi dan berjasa kepada kita. Tentulah hati merasa terhutang budi dan berterima kasih. Begitulah fitrah kita merasakan memang wajar berterima kasih terhadap orang tersebut. Tentulah terhadap Allah SWT lebih-lebih lagi patut merasakan demikian kerana rahmat dan nikmat Allah SWT tidak terhingga. Memang patut mentaati Allah, bersyukur kepada Allah SWT melalui amal kebajikan. Biarpun segala amalan itu tidak mungkin setimpal dengan kurnia Allah SWT. Sebagai menzahirkan tanda kehambaan serta kesyukuran maka Rasulullah SAW bangun malam menunaikan sembahyang hingga bengkak kaki kerana lamanya berdiri. Sedangkan Rasulullah SAW adalah maksum dan dijamin syurga oleh Allah SWT. Bagi orang yang merasai dirinya hamba dan mensyukuri Allah SWT, amal ibadat bukan soal syurga atau balasan pahala. Sedangkan nikmat sebelah mata pun tidak akan setimpal sekiranya seorang hamba itu hidup sejuta tahun dengan terus menerus beramal tanpa berhenti. Cuba kita perhatikan secara lebih halus, teliti dan berseni, betapa tidak sedetik pun hidup ini tanpa nikmat Allah SWT, khususnya segala pemberian atau kurniaan Allah SWT yang tanpa diminta. Adanya kita tanpa diminta. Adanya hati, akal, nafsu dan perasaan tanpa diminta. Allah SWT sediakan pula Iman dan Islam tanpa kita minta. Allah SWT bentangkan seluruh alam semesta ini tanpa kita minta. Kelazatan bersuami isteri, lidah yang dapat merasai jutaan 40
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
jenis rasa, keseronokan dan rasa indahnya kehidupan ini bukan kita yang menciptanya. Semua itu sangat besar nilainya. Ditambah lagi dengan berbagai nikmat yang kita diizinkan mencarinya. Walaupun nilainya terlalu kecil, yang kadang-kadang dapat dan kadang-kadang gagal. Namun itu semua adalah anugerah Allah SWT juga. Orang yang bertaqwa tidak risau dan tidak menghabiskan waktunya memburu nikmat yang diminta dan dicari kerana nilainya terlalu kecil. Andainya tidak memilikinya tidak sampai kecewa, putus asa dan melupai atau derhaka kepada Allah SWT. Kedua: Kesalahan kita kepada orang lain hendaklah sentiasa diingati dan memohon maaf kepada orang tersebut. Mengingati selalu tentang kesalahan diri itu agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. Rasa bersalah itu sangat penting kerana itulah yang mendorong seseorang meminta maaf. Secara semulajadinya manusia ini, andainya kesalahan yang dilakukan, tidak memohon maaf maka dia sebenarnya sedang menghimpun seribu penderitaan dijiwanya. Apabila memohon maaf dan dimaafkan maka terasa tenang seolah-olah duri yang sudah tercabut dari daging. Dosa-dosa dan kederhakaan kepada Allah SWT lebihlebih lagi perlu diingati dan dihitung selalu. Mengiringi ingatan kepada dosa itulah yang mendorong kepada bertaubat. Andaikan setiap hari kita berbuat sepuluh dosa, setahun ertinya berjumlah 3600 dosa. Bagaimana kalau dosa itu dikira dari usia 15 tahun dan hidup pada usia 65 tahun. Ini bererti dosa kita berjumlah 180,000. Pernahkah kita menghitung dosa? Hampir tiada umat Islam yang mahu menghitung dosa harian. Kalaupun tidak sampai ke peringkat menghitung satu persatu, alangkah hebatnya umat Islam kalau mampu menghitung dosa secara rangkuman. Iaitu dia merasakan dosanya terlalu banyak seperti Imam Syafei yang merasakan dosanya banyak bagai butiran pasir yang tak terkira banyaknya. Inilah yang dikatakan hati orang bertaqwa. 41
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
2. Lupa dua perkara Pertama: Di antara sifat buruk manusia ialah suka membangga dan mengungkit budi dan jasa. Adakalanya sampai ke peringkat satu penghinaan dan merendahkan darjat manusia apabila penonjolan jasa dan kebaktian itu terlalu berlebihan. Begitu jadinya di zaman manusia tidak mementingkan maruah, penghormatan dan harga diri. Si miskin meminta-minta, pihak yang memberi pula berbangga. Kembalikan segala kebaikan dan amalan kepada Allah SWT. Amalan yang sedikit ini sebenarnya terlalu banyak cacat-celanya. Amalan yang memang sedia jauh dari tahap kesempurnaan itu dipadamkan pula oleh niat yang tidak ikhlas serta ujub atau sum’ah. Oleh itu, lupakan saja sama ada kebaikan kepada manusia dan lebih-lebih lagi segala amal ibadah kepada Allah SWT. Rasakan seolah-olah tidak beramal. Andainya datang juga lintasan dan kecenderungan untuk mengingati amal kebaikan maka padamkan dengan rasa kesyukuran kerana Allah SWT masih memberi pimpinan dan kekuatan sehingga ‘sudi memanggil’ kita untuk mentaatiNya. Ucapkan:
Terjemahannya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah SWT.” (Al Baqarah: 156) Kedua: Di antara tanda kebaikan akhlak seseorang ialah tidak berdendam kepada sesiapa pun. Walaupun terhadap orang yang pernah melakukan kejahatan kepada dirinya. Untuk tidak berbunga sebarang dendam di hati ialah dengan cara melupakan terus segala perlakuan buruk orang lain itu. Anggaplah seolah-olah tiada siapa yang bersalah kepada kita. Melupakan kesalahan orang lain itu juga turut menghasilkan hubungan berkekalan dengan siapa pun. Dalam hubungan antara manusia dengan Allah SWT, maka lebih-lebih lagilah patut kita melupai segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang menimpa kita. 42
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Musibah dalam kehidupan manusia memang tidak dapat dihindari. Ada yang ditimpakan secara individu seperti sakit, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan sebagainya. Kedapatan pula musibah yang dirasai dan ditanggung bersama seperti banjir, kemarau, jerebu, ribut taufan, penyakit berjangkit, kemelesetan ekonomi dan seumpamanya. Satu hakikat yang mesti kita akur dan akui bahawa musibah hanya datang sekali-sekala dan bersifat sementara. Tidak wajar kita selaku hamba terlalu keluh-kesah, mendongkol dan menyebut-nyebut kesusahan yang datang sekali-sekala itu. Sedangkan rahmat Allah SWT yang dilimpahkan kepada makhluk-Nya sangat luas. Nikmat-Nya yang kita kecapi tidak terhingga dan tidak putus-putus. Alangkah tidak beradabnya kita apabila nikmat yang tidak putus-putus itu sering dilupai dan tidak disebut langsung. Manakala kesusahan yang bersifat sementara dan sekalisekala itu yang terlalu sangat dipandang besar. Kalau kita sendiri pun, tentu hati kecil kita merasa tidak senang sekiranya anak yang dijagai dan dibelai dengan penuh perhatian, tiba-tiba meradang kerana sedikit kesulitan yang dialaminya. Tambahan pula kesulitan yang menimpa hamba itu mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Kadangkala tidak terjangkau oleh akal kita menyelami yang tersirat di sebaliknya. Namun begitu, musibah yang Allah SWT datangkan ada dua maksud iaitu sama ada untuk penghapusan dosa atau kalau tidak berdosa untuk peningkatan darjat di sisi Allah SWT. Ini hanya tercapai dalam keadaan sabar dan redha menghadapinya serta dilupainya seolah-olah tiada sebarang kesusahan yang berlaku. 3. Menyukai apa yang disukai Allah SWT. Memang menjadi pengalaman bersama iaitu kita akan berbuat apa yang kita sukai. Malah dalam keadaan tertentu kita sanggup tidak mempedulikan orang lain demi keasyikan memberi tumpuan kepada apa yang kita sukai. Seorang remaja yang menyukai seorang gadis sehingga 43
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
boleh ke peringkat tidak mengendahkan perasaan orang lain termasuk ibubapanya. Seorang yang sangat mendalam minat dan kesukaannya bermain burung pula, sehingga kadangkala terabai anak isteri. Bagi orang bertaqwa yang rasa kehambaannya sangat mendalam, kesukaannya selari dengan kesukaan Allah SWT dan Rasul-Nya. Orang yang tidak bertaqwa kesukaannya caca merba, haru-biru, bercelaru dalam kekeliruan sehingga tidak dapat dibezakan yang mana satu kesukaan nafsu taraf rendah dan yang mana satu kesukaan Allah SWT. Untuk mencapai darjat taqwa, maka umat Islam patut meletakkan kesukaannya selaras dengan kesukaan Allah SWT. Semakin mendalam suka dan cintanya terhadap apa yang dicintai Allah SWT, maka semakin tinggi taqwa seseorang itu. Manifestasi dari kecintaan dan kesukaan itu, maka orang bertaqwa melakukan apa sahaja perbuatan dan amalan menurut apa yang disukai Allah SWT. la tidak mengira atau tidak mempersoalkan sama ada sesuatu amalan itu kecil atau besar. Baginya bukan soal kedudukan hukum wajib atau sunat. Bukan soal ranting yang dipandang remeh temeh oleh orang lain. Baginya itulah kesukaannya kerana semata-mata sesuatu amalan itu dicintai oleh Allah SWT. Walaupun begitu, darjat taqwa itu disukat bukan pada amalan itu sahaja tetapi terletak pada sejauhmana mendalamnya rasa cinta kerana sesuatu dicintai Allah SWT. Ertinya, kalau dua orang memakai serban yang kedudukannya sunat, sama-sama berniat ikhlas tetapi nilai taqwa seorang di antaranya akan menjadi lebih tinggi kerana kecintaan yang amat sangat kepada sunnah Rasulullah SAW itu kerana Allah SWT mencintainya. Contoh yang paling masyhur mengenai perbezaan kedudukan taqwa itu seperti pengorbanan Sayidina Abu Bakar yang berkuantiti sedikit tetapi berhabis-habisan hingga tiada lagi yang tinggal. Sedangkan Sayidina Umar kuantitinya lebih banyak tetapi hanya separuh daripada hartanya. Sedikit harta Sayidina Abu Bakar itu lebih tinggi 44
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
nilainya selain dari beliau sendiri kehabisan harta, ditambah pula dengan mendalamnya kecintaan kepada pengorbanan itu kerana dicintai oleh Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengikrarkan bahawa cukup baginya Allah SWT dan Rasulullah SAW. Zaman para sahabat yang mengiringi Rasulullah SAW masih merupakan zaman turunnya bantuan Allah. Allah SWT membela dan membantu umat Islam dalam segala aspek dan dalam berbagai bentuk. Ketika itu rata-rata para sahabat sangat mementingkan taqwa. Mereka sangat menyukai amalan taqwa itu. Bukannya soal mendapat pahala. Malah kalau menurut kajian ilmiah mengenai hukumhakam, zaman para sahabat masih belum ada penyusunan kedudukan hukum-hakam itu secara tersusun. Sekalipun para sahabat tahu membezakan sesuatu amalan itu fardhu atau sunat, namun mereka mengamalkan keseluruhannya. Mereka tidak mementingkan kedudukan fardhu atau sunat. Mereka tidak mempersoalkan kategori fardhu atau sunat. Mereka merasakan, sebagai seorang hamba perlu meletakkan diri mereka selari dengan tuntutan dan kesukaan Allah SWT. Memang jelas mengapa umat kini tidak dibela dan dibantu oleh Allah SWT kerana tidak layak dan tidak cukup syarat. Bukan sahaja amalan sunat yang memang dipandang remeh dan diperleceh begitu sahaja, malah amalan fardhu pun terlalu culas, cuai dan sambil lewa. Tidak langsung memperlihatkan sikap dan sifat kehambaan. Amalan sunat pula lebih cenderung berpegang kepada kedudukan “buat dapat pahala, tinggalkan tidak berdosa.” Dalam soal sunat ini tidak ada pula sikap positif berbanding hal-hal berkaitan keuntungan duniawi yang seringkali memilih keuntungan walaupun sekiranya tidak dilakukan tidak rugi. Misalnya mengapa memilih bersikat rambut sedangkan kalau dibiarkan tidak mengapa? Alasannya orang pandang tidak elok. Mengapa memilih memakai alat solek bagi wanita sedangkan kalau tidak dipakai tidak mendatangkan apa-apa kerugian? Tidak memakai stokin dan tali leher pun 45
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
tidak menjadi apa-apa kerugian. Namun rata-rata berbuat demikian untuk dipandang menarik. Mengapa perlu berperabut dalam rumah? Malah kadang-kadang padat memenuhi ruang rumah dengan berbagai perabut pilihan yang dipandang istimewa. Berbuat perkara sunat itulah yang menjadi sebab Allah SWT ‘pandang’ sebagai hamba yang dikasihi dan sudi untuk membela umat. Apa kaitannya kemenangan dalam peperangan denqan sugi, saf sembahyang dan solat tahajjud. Namun inilah yang berlaku apabila Sayidina Umar mendapati keadaan tenteranya sesudah berminggu-minggu di medan perang tanpa keputusan. Sepatutnya mengikut kelaziman, tentulah kelengkapan perang, taktik dan kegigihan tentera yang perlu dikaji selidik. Tetapi itulah yang menjadi punca bantuan Allah SWT tidak datang lantaran sudah mula mengabaikan sunnah Rasulullah SAW. Apalah yang diharapkan dari umat yang sudah terlalu melihat nilai material dan fizikal berbanding spiritual termasuk para pejuang Islam. Akhirnya, berjuanglah dengan sekuat tenaga tanpa bantuan dari Allah SWT. Dalam situasi demikian antara dua ‘platform’ ini, bertarung hanya bergantung kepada kekuatan lahiriah sememangnya dari dulu umat Islam tidak berupaya mengatasi musuh. Namun dalam keadaan serba-serbi kekurangan itu pula, Allah SWT menzahirkan kekuasaan-Nya yang tidak ada kuasa mampu melawan-Nya. Allah SWT memberi kemenangan untuk umat Islam. 4. Membenci apa yang dibenci Allah SWT. Sifat semulajadi fitrah manusia ialah menyisihkan apa saja yang dibencinya. Sama ada bau, bunyi, rasa hatta orang sekalipun. Sebab itu berlaku suami menceraikan isteri, isteri lari meninggalkan suami dan anak-anak lari dari rumah. Biasanya perkara yang dibenci itu tentunya yang tidak menarik, buruk, busuk, tidak sedap atau mendatangkan mudarat. Inilah kebiasaan fitrah manusia. Namun realitinya banyak perkara yang sifatnya begitu namun masih tetap disanjung, dipuja dan dicari oleh manusia. Misalnya, rokok membahayakan kesihatan. Dadah mengsengsarakan men46
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
tal dan fizikal. Pembaziran merosakkan kehidupan. Hiburan berlebihan melalaikan, membuang masa dan melenyapkan daya penumpuan. Apatah lagi dosa dan maksiat yang menjadikan seseorang itu mengalami tekanan jiwa kerana ‘guilty conscious’. Terjadi ini semua sangat bercanggah dengan fitrah. Pelakunya menentang fitrahnya sendiri kerana dikuasai kerakusan nafsu. Sememangnya fitrah secara bersendirian tidak sepenuhnya berkemampuan menolak keinginan nafsu. Ianya mesti disuburkan dengan rasa berTuhan yang kuat, serta rasa kehambaan yang mendalam. Seorang hamba kepada tuan tidak berbuat sesuatu yang ditegah dan dibenci oleh tuannya. Maka begitulah hamba yang ingin mencapai darjat taqwa yang tinggi sentiasa meletakkan kebenciannya selari dan selaras dengan apa yang dibenci Allah SWT. Umat Islam terlalu berpegang kepada kategori hukum hingga menghilangkan ketaqwaan. Misalnya, menganggap remeh terhadap dosa kecil atas alasan Allah SWT gugurkan melalui titisan air wudhuk. Tetapi kita tahukah apakah dosa-dosa itu telah digugurkan. Sedangkan kuasa mutlak adalah milik Allah SWT. Ini yang dikatakan ketiadaan rasa kehambaan. Sedangkan Rasulullah SAW menegaskan melalui sabda baginda: Terjemahannya: “Jangan pandang kecilnya dosa, tetapi pandanglah kepada siapa yang kamu derhakai.” (Riwayat At Thausi). Sayidina Umar Ibnu Khattab apabila melepaskan keberangkatan tenteranya beliau berpidato, “Bertaqwalah kepada Allah dan aku lebih takuti dosa kamu berbanding musuh. Allah menangkan kamu kerana musuh itu derhaka kepada Allah. Apabila kamu juga turut berdosa seperti mereka, maka Allah lepaskan kamu. Yang akan menang adalah siapa yang kuat di antara kamu.” Selagi umat Islam tidak berusaha keras bertaubat dan membersihkan diri dari dosa, maka selagi itulah jauh dari 47
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
sifat taqwa dan Allah SWT tidak menurunkan bantuan kerana kederhakaan kepada Allah SWT. Allah SWT benci kepada umat yang terlalu banyak berbuat dosa termasuk perkara makruh. Kita semua tahu perbuatan makruh walaupun tidak berdosa, namun Allah SWT membencinya. Betapalah berleluasanya berbagai dosa dan maksiat di kalangan umat. Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Tiada seorang hamba ditimpa musibah baik di atasnya maupun di bawahnya melainkan sebagai akibat dosanya.” (Al Hadis) Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Musa berkata: Dan apakah (kamu akan me1akukan itu) kendatipun aku tunjukkan kepadamu sesuatu (keterangan) yang nyata?” (Asy-Syu’araa: 30) Mungkin sebahagian umat masih belum jelas bagaimana pengaruh dosa bernatijahkan tidak datangnya bantuan Allah SWT. Seringkali umat Islam bersandarkan kepada logik. Lantaran tidak dapat dibuktikan dengan logik, maka tidak diterimanya. Sedangkan bukan semua perkara logik itu benar dan bukan semua perkara benar itu logik. Sikap orang bertaqwa yang terbaik ialah menerima apa-apa yang datang dari Allah SWT dan Rasul-Nya sebagai kebenaran walaupun tidak dapat dilogikkan. Salah satu peringatan Rasulullah SAW mengenai bantuan Allah SWT ialah dalam sabda Baginda SAW: Terjemahannya: “Tiada suatu yang menolak takdir kecuali doa, dan tiada yang menambahkan umur kecuali kebajikan. Sesungguhnya seseorang diharamkan rezeki baginya disebabkan dosa yang dilakukannya.” (Riwayat Tirmizi dan Hakim) 48
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Rezeki bukan hanya harta benda tetapi termasuk ilmu, kesejahteraan dan kedamaian. Dosa menjadi sebab terhalang dari turunnya rezeki daripada Allah SWT. Bagaimana kuatnya pengaruh membenci apa yang dibenci Allah SWT, mari kita lihat sabda Rasulullah SAW yang meletakkan orang yang melihat maksiat dalam keadaan sangat benci kerana Allah SWT membencinya sehingga diletakkan setaraf orang yang tidak hadir dalam majlis maksiat. Manakala orang yang tidak melihat maksiat atau tidak berada dalam satu majlis maksiat tetapi dengan merelai, menyukainya atau merinduinya sekira-kira kalau dia turut hadir, nescaya akan turut serta, maka dia dikira seperti melihatnya. Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Apabila sesuatu kesalahan diperbuat di muka bumi maka orang yang melihatnya dan membencinya seolah-olah tidak hadir di tempat itu, dan orang yang tidak melihat perbuatan tersebut tetapi merelainya seolah-olah dia melihatnya.” (Riwayat Abu Daud) Ketinggian taraf taqwa seseorang diukur pada sejauh mana mendalamnya rasa benci di hati terhadap setiap apa yang dibenci oleh Allah SWT. Malah Allah SWT mengampuni dosa hamba-Nya yang ada dalam hatinya rasa benci tersebut dan tidak diampuni kerana kelazatan, keangkuhan dan kebanggaan terhadap dosa walaupun dosa kecil.
JALAN TAQWA Untuk mencapai tahap ketinggian taqwa perlu menempuh jalannya yang tepat. Mesti diusahakan bersungguhsungguh kerana memang sudah menjadi sunnatullah, sesuatu yang bernilai tinggi sukar diperolehi. Namun begitu lumrahnya manusia mengidamkan sesuatu yang mahal dan bernilai tinggi. Sudah semestilah terpaksa melipat-ganda49
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kan usaha untuk memperolehinya. Batu sungai yang tidak bernilai itu pun tidak bergolek sendiri ke pangkuan tanpa usaha ikhtiar. Apatah lagi untuk memperolehi intan berlian. 1. Mendapat petunjuk dari Allah SWT Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk diberi petunjuk, dilapangkan hatinya menerima Islam.” (Al-An’am: 125) Ini sebagai ketukan pintu hati dari Allah SWT iaitu dia merasa seronok, minat, sayang, suka dan terhibur dengan Islam. Kalau awal-awal lagi sudah merasakan berat hati untuk menerima Islam, itu tandanya jauh dari petunjuk Allah SWT. Terbuka hati dan merasa suka dengan ajaran Islam itu menjadi pendorong awal untuk memahami ajaran Islam. 2. Faham tentang Islam Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan ke atasnya, maka dia akan diberi faham tentang Islam.” Tahu dan faham adalah dua keadaan yang berbeza. Tahu tentang berbagai ilmu Islam ibarat orang yang memiliki emas seguni yang tersimpan berketul. Faham tentang Islam pula ialah ibarat emas seguni itu diproses bertukar menjadi berbagai jenis dan bentuk barang perhiasan. Barang perhiasan itu menjadi cantik, menarik, indah dan harganya pula menjadi lebih mahal. Orang memandangnya lebih bernilai dan sering menjadi idaman untuk memilikinya. Terpukau orang melihatnya dan sanggup bersusah-payah untuk memilikinya. 50
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Faham tentang Islam itu merangkumi, semua aspek. Faham zahir batinnya, rohnya, yang tersurat dan tersirat. Faham pula bagaimana hendak memperjuangkannya. Amalan orang yang faham Islam ini biasanya akan berbuah iaitu akhlak. Buah itulah natijah akhir dari susah-payah menanam pokok. Akhlak itu pula merangkumi akhlak terhadap Allah SWT dan akhlak kepada sesama manusia. 3. Yakin Setelah seronok menerima Islam diiringi pula dengan faham, maka mestilah pula diyakini sungguh-sungguh. Keyakinan ini yang mendorong umat Islam berpegang teguh dan diperjuangkan. Umat yang teguh keyakinannya akan terus dengan keazaman yang kuat, cita-cita yang tinggi serta berkorban habis-habisan demi kemuliaan Islam. Lantaran lemahnya keyakinan, maka jihad hampir mati. Kerana berjuang ertinya berkorban. Berkorban ertinya ada sesuatu yang terkorban dalam hidup. Misalnya, kalau tidak berjuang mungkin seseorang itu mampu memiliki rumah atau kereta atau saham atau tanah atau perniagaan atau ‘privacy’ hidup atau ‘leisure time’ yang banyak. Semua itu terpinggir dari kehidupan kerana terkorban demi perjuangan. Kalau tidak yakin dengan janji Allah SWT bakal memperolehi kemenangan atau balasan syurga, sanggupkah umat Islam berbuat demikian? Realiti membuktikan tidak sanggup kerana sedikit sangat yang berjuang hingga ke peringkat demikian. Kadang-kadang berlaku sebaliknya. Semakin terlibat dengan apa yang didakwa kononnya perjuangan, bermula dari rumah murah akhirnya ke rumah banglo dengan kereta mewah dua tiga buah. Perjuangan dan pengorbanan lazim melazimi. Kalau berjuang tetapi tiada sesuatu yang terkorban, maka bukan perjuangan namanya. Ini yang sering ditakuti. Umat Islam takut kepada kemiskinan kerana perjuangan sehingga pihak yang berbuat demikian dianggap melampau atau ekstremis. Akhirnya, jadilah Islam ini yatim piatu tanpa pembela. Islam tersisih di mana-mana. Ini juga satu petanda lemahnya keyakinan. Apakah kita sangka buruk dengan 51
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Allah SWT bahawa siapa yang berjuang akan papa kedana. Sedangkan terbukti dalam sejarah umat Islam melalui saat gemilang adalah hasil dari titik peluh dan tumpahan darah pengorbanan para sahabat. Lagi pun, di sudut lain andainya benarlah kerana agama Allah SWT maka terpaksa papa kedana apa salahnya. Bukankah itu yang pernah ditempuh oleh para sahabat? Mereka yang telah merelakan diri mereka susah, sengsara, menderita dan terkorban, maka Islam berkembang hingga sampai kepada kita. Sikap terbaik bagi umat Islam ialah memperteguhkan keyakinan termasuk bersangka baik terhadap Allah SWT yang Maha Suci dari segala cacat-cela. Tiap-tiap sesuatu kejadian semuanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Teguh keyakinan menjadikan umat Islam seronok dan terhibur dengan perjuangan dan bukan sebaliknya iaitu berjuang mencari seronok dan hiburan. Orang yang seronok dan terhibur dengan perjuangan biar bagaimana keadaan, dia menghadapinya seperti Hari Raya. Manakala orang yang berjuang mencari seronok dan hiburan akan terseksa dan putus asa apabila ditimpa ujian. Laluan sukar akan sedaya-upaya dihindari. Kalau bertembung juga dengan kesukaran cepat-cepat dia mundur dan menyerah kalah. Atau dianggapnya kesulitan perjuangan sebagai bala bencana. Lemah keyakinan ini yang membuatkan umat Islam lupa bahawa mereka yang paling berat ditimpa sengsara perjuangan ialah Rasulullah SAW sendiri. Sedangkan Baginda adalah kekasih Allah SWT dan pembawa sinar kebenaran dan rahmat untuk sekelian alam. Cuba kembali menyingkap satu persatu sejarah para Rasul. Semuanya dimusuhi, diburu, dipulau, dihalau, menjadi pelarian, dibakar, dibunuh dan diperangi. Orang yang memilih jalan selamat atau hanya ‘play-safe’ dalam menempuh perjuangan memang tidak wajar turut serta membangun umat. Namun demikian kalau semua orang memilih jalan ini, sampai bila pun umat Islam tidak akan berjaya. 4. Melaksanakan Hindarilah agar jangan jadikan ilmu dan kefahaman 52
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Islam sebagai ‘mental exercise’. Umat Islam sudah terlalu banyak berteori, berslogan, bercakap, berforum dan berseminar. Banyak masa telah terbuang kepada berbagai perkara yang tidak praktikal. Pada umumnya umat Islam memang telah terlalu banyak membuang masa dengan sia-sia seperti lepak, berfoya-foya, rendah penghasilan kerja, tidak produktif, banyak berseronok dan berhibur. Jangan ditambah lagi oleh kelompok pejuang yang turut membuang masa tanpa perlaksanaan. Sabda Rasulullah SAW: Terjemahannya: “Tanda kebaikan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara sia-sia.” Ambil satu contoh, ramai sudah para ulama dan intelek Islam mengadakan perbahasan dan dialog dengan pihak agama lain. Hasil bahasan itu, semuanya memihak kepada Islam. Jelas bahawa Islam itulah agama yang benar. Ditambah pula dengan pidato konkrit yang turut juga memperjelaskan kebenaran Islam. Namun bertali arus juga dari kalangan umat Islam yang murtad kerana keluar atau bertukar kepada agama lain. Mengapa terjadi demikian? Mereka walaupun kalah hujah, tewas berbahas, namun mereka terus aktif membangun rumah kebajikan, membantu masyarakat pedalaman, menghulurkan bantuan perubatan, membasmi buta huruf. Mereka tinggal bersamasama dengan masyarakat, sedia mendengar rintihan dan keluhan masyarakat dan seterusnya menolong menyelesaikan masalah bagi yang menghadapinya. Mereka tidak bercakap atau mempromosikan ajaran agama mereka melalui retorika yang muluk muluk. Di atas khidmat masyarakat itu maka ramai yang tertarik. Sepatutnya umat Islam ini berbuat apa yang termampu lebih dahulu. Mulakan perubahan dari diri, keluarga, anakisteri dan terus berkembang ke dalam masyarakat. Bermulalah, biarpun kemampuan hanya pada peringkat ritual. Namun jangan terbantut sekadar itu saja kerana Islam itu syumul merangkumi segala aspek kehidupan. 53
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
5. Bermujahadah Hidup ini satu perjuangan. Terutamanya dalam usaha menegakkan kebenaran. Pertarungan ini sengaja Allah SWT jadikan untuk menguji manusia. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Aku jadikan mati dan hidup untuk melihat siapa yang lebih baik amalannya.” (Al Mulk: 2) Tiada suatu apa pun di dunia itu ‘survival’nya tanpa cabaran. Pokok di rimba sekalipun terpaksa bersaing untuk melepaskan pucuk masing-masing. Buah yang elok pun terpaksa terlebih dahulu berdepan dengan serangga, ulat dan perubahan cuaca. Apatah lagi manusia yang perlu menghadapi cabaran dalam mencapai kejayaan. Namun Allah SWT Maha Adil. Bagi yang berjaya disediakan pula syurga yang penuh nikmat. Umat Islam perlu memahami hakikat ini. Lebih-lebih lagi perlu menyedari bahawa musuh paling utama dalam pertarungan ini bukannya Amerika atau Yahudi atau musuh lahiriah lain. Musuh lahiriah ini hanya mengancam sekali-sekala dan boleh dilihat dengan nyata. Itupun seringkali terjadi gagalnya menghadapi musuh lahir dan putarbelit serta umpanan mereka berpunca dari umat Islam yang tewas kepada nafsu sendiri terlebih dahulu. Mengapa salahkan musuh yang memang itulah kerja mereka? Menyalahkan musuh tidak membawa umat Islam ke mana-mana. Menyalahkan musuh tidak mendatangkan sebarang kesan kepada mereka. Mengapa tidak salahkan diri kerana gagal membina benteng keimanan yang teguh yang mampu menundukkan nafsu dan syaitan. Agar dengan itu menjadi orang bertaqwa yang dibela oleh Allah SWT. Apabila kita mula melangkah menuju kebaikan, di situ baru kita tahu betapa sukar dan susahnya berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan yang datangnya 54
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
dari syaitan dan nafsu sendiri. Mari kita bertanya secara jujur, dewasa ini masih ramai umat Islam yang tidak sembahyang, tidak menutup aurat, bergelumang dengan riba, terlibat dengan gejala negatif, dadah, arak, judi, buang bayi, bermusuhan, tindas menindas. Angkara Amerikakah semua itu? Yahudikah yang menyekat kita untuk bersembahyang? Amerikakah yang menyogok remaja kita dengan dadah? Yahudikah yang memaksa para wanita membuka aurat? Amerikakah yang menganjurkan agar para remaja berpusu-pusu ke pesta dan konsert? Amerika dan Yahudi itu sekadar bertindak umpama burung gagak. Di mana ada bangkai, di situlah gagak berkerumun. Atau seperti burung engriang, di mana ada haiwan yang hampir mati engriang akan tolong percepatkan kematian dengan beramai-ramai mematuk haiwan itu. Selagi belum menjadi bangkai, gagak tidak berani hampiri. Selagi segar-bugar, hidup dengan tangkas dan gagah, engriang tidak berani hendak mematuk. Untuk menuju ketaqwaan yang tinggi perlu umat Islam bermujahadah melawan nafsu. Melawan nafsu ini tiada garisan penamat kecuali mati kerana tingkat-tingkat ketaqwaan itu juga bersifat infiniti. Lazimkan dengan bersungguh-sungguh untuk menunaikan tuntutan hidup selari dengan kehendak Allah SWT dan menolak kejahatan yang dimurkai Allah SWT. Pada peringkat awal memanglah terasa berat dan menyakitkan. Namun apabila terus-menerus dikekang kemahuan nafsu, dikeraskan keazaman, dikuatkan cita-cita, dilawan bersungguh-sungguh kerana Allah SWT, akhirnya akan menjadi terbiasa, ringan dan menyeronokkan. Tiada suatu yang mudah kecuali yang Allah SWT permudahkan. Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh nescaya Allah SWT membuka jalan dan ruang ke arah mencapai kejayaan. Firman Allah SWT:
55
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Terjemahannya: “Mereka yang berjuang kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami.” (Al-Ankabut: 69) 6. Istiqamah beramal Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Amalan yang disukai Allah SWT ialah yang berkekalan meskipun sedikit.” (Riwayat Bukhari) Melaksanakan ajaran Islam ini tidak boleh bermusim dan juga jangan turun naik atau didorong oleh semangat semata. Amalan yang istiqamah walaupun sedikit atau amalan yang kecil saja akan memberi kesan kepada roh seseorang. Ibarat titisan air yang lembut, batu yang keras pun menjadi lekuk. Sebaliknya banjir yang datang sekalisekala tidak dapat melekukkan batu. 7. Ada pemimpin Pemimpin adalah orang yang mencorak, membentuk dan mendidik hati dan pemikiran manusia. Hati dan pemikiran yang dicorak dan dibentuk oleh pemimpin itulah tercetusnya sikap dan tindak-tanduk. Pemimpin komunis membentuk hati dan pemikiran rakyatnya. Maka tercetuslah sikap dan tindak-tanduk dan pembawaan rakyatnya sebagai komunis. Perompak mencorak dan membentuk hati dan pemikiran pengikutnya hingga lahirlah pasukan perompak. Untuk membawa umat Islam ini menjadi orang yang bertaqwa yang mereka itu benar-benar mengamalkan Islam, maka perlu pemimpin yang mampu mencorakkan hati umat agar beriman dan pemikiran umat agar murni dan dapat mencetuskan idea untuk membangunkan umat Islam. Tercorak dan terbentuk hati dengan iman, pemikiran pula dipenuhi ilmu wahyu maka terbinalah keperibadian mukmin yang sebenarnya. Keperibadian mukmin akan jelas tertonjol dari dirinya, rumahtangga, masyarakat dan diiringi pula bakal lahir tamaddun Islam. 56
ALLAH SWT MEMBELA ORANG BERTAQWA
Di sinilah perlunya kehadiran pemimpin yang mampu membawa umat ini ke arah ketaqwaan dan mampu mendidik nafsu umat agar tunduk denqan kehendak Allah SWT. 8. Selalu berdoa Selalulah merintih, mengharap dan memohon pimpinan Allah SWT. Sesungguhnya usaha ikhtiar kita semua tidak memberi bekas. Memohonlah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati. Merintihlah kepada Allah SWT yang Maha Mendengar bisikan hati hamba-Nya dan Allah SWT yang berjanji pasti menunaikan permintaan hamba-Nya. Mengharaplah kepada Allah SWT dalam keadaan diri merasai sebagai hamba yang serba dhaif yang tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya. Apalah yang ada pada kita. Andainya Allah SWT cabut hidayah, hilanglah segala-galanya. Dan tiada siapa yang dapat memberi atau mengembalikan hidayah itu. Tiada seorang pun hatta para Nabi dan Rasul termasuk Rasulullah SAW sendiri tidak berupaya sehingga bapa saudaranya sendiri Abu Talib mati dalam kekafiran. Di sinilah sepatutnya menjadi iktibar penting umat Islam. Demikianlah juga dalam usaha untuk mencapai darjat taqwa yang tinggi, sangat perlu bergantung hati kepada Allah SWT, mengharap dan memohon petunjuk dari pimpinan-Nya. Tiada suatu yang mudah kecuali yang dipermudahkan oleh Allah SWT. Beruntunglah bagi siapa yang Allah SWT permudahkan.
57
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
5 Kerajaan Langit
A
pabila manusia sudah tiada nyawa maka ia dipanggil mayat. Iaitu jasad yang sudah kehilangan fungsinya. Malah dalam tempoh yang sangat singkat jasad itu akan mengalami kereputan dan akhirnya hancur. Demikian juga umat Islam yang terpisah dari soal kerohanian dan alam ghaib sama seperti jasad tiada roh. Umat Islam tanpa alam kerohanian ini, hanya tinggal salut luar sahaja tetapi isinya sudah tiada. Kalaupun masih berisi, kadang-kadang isinya pula sudah bertukar dengan berbagai isma atau ideologi yang semuanya berasal dari ajaran thoghut. Jumlah umat Islam yang ramai itu ibarat harimau kertas. Sekalipun kelihatan bertaring panjang, namun sudah kosong dan hanya menggelembong sendat dengan kapas dan perca kain. Roh dari ajaran Islam itu berkait rapat dengan ke-imanan, ketaqwaan, alam kerohanian, alam ghaib, barokah dan karomah. Semua ini boleh diibaratkan umpama enjin kepada kereta. Tanpa enjin, sesebuah kereta itu tinggal rangka yang sudah tidak berfungsi lagi. Andainya ‘body’ kereta itu digilap berkilau, kusyennya empuk, dilengkapi dengan berbagai aksesori canggih sekalipun, kereta tersebut tidak akan ke mana-mana. Lebih baik kereta lembu yang boleh juga berfungsi sekalipun tidak menarik. Begitulah nasib malang yang menimpa umat Islam. 58
KERAJAAN LANGIT
Bantuan ghaib, barokah dan karomah sudah tersisih dan dianggap begitu asing dari kehidupan dan perjuangan. Wali dan karomah dianggap dongeng malah sesat. Persoalan kerohanian dihakis dan dikikis seperti kudis atau bisul pada tubuh yang perlu dibuang dan dijauhi. Umat Islam sendiri sudah bertindak memomokkan dan memburukkan gambaran mengenai wali dan karomah. Umat Islam takut kepada kewalian dan karomah seperti menghindari penyakit berjangkit. Sesuatu yang berlaku secara khawariqul ‘adah tidak dapat diterima dengan alasan tidak logik. Sedangkan memang sifat khawariqul ‘adah itu berlaku di luar logik dan rasional. Mukjizat para Rasul semuanya berlaku tanpa logik. Demikian juga kedudukannya dengan karomah. Sememangnya ia di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya seluruh makhluk-Nya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa Allah SWT dan berada di dalam genggamanNya. Sepanyol pernah berada di bawah empayar Islam. Islam di Sepanyol hancur dibasmi habis-habisan hingga seolaholah tidak pernah tegak kerajaan Islam. Kemusnahan dan kehinaan ini bukan berpunca dari lemahnya pentadbiran, tentera, kemajuan, ilmu pengetahuan, ekonomi dan teknologi. Tetapi ianya disebabkan lemah keimanan, rendah ketaqwaan, runtuh akhlak, roboh perpaduan, lenyapnya kasih sayang. Pautan hati dengan Allah sudah terlalu lemah. Ikatan syariat Islam sudah terlalu longgar. Kemungkaran dan kezaliman berleluasa. Mazmumah dalam diri sangat subur. Masing-masing memburu kepentingan duniawi yang melampau. Jiwa menjadi kerdil kerana lemahnya cita-cita akhirat. Akal menjadi tumpul kerana penumpuan kepada aspek kepentingan diri dan keluarga. Semangat perjuangan terus luntur kerana terbius dengan kelazatan duniawi dan kerakusan nafsu. Situasi demikian itu menjadikan mereka terpisah dari persoalan kerohanian. Mereka terhijab dari 59
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
bantuan Allah SWT. Mereka tersisih dan terputus hubungan dari pemerintahan ghaib. Mereka bergantung hanya kepada kekuatan lahiriah. Akibatnya, Allah SWT berlepas tangan. Allah SWT tidak pandang dengan pandangan rahmat. Lebih dahsyat dari itu ialah Allah SWT murka dan timpakan dengan berbagai kehinaan. Begitu juga apa yang pernah berlaku di Baghdad yang ketika itu dikenali sebagai Kota Ilmu. Di saat itu Baghdad berada di puncak kegemilangan ilmu pengetahuan. Umat Islam terlalu asyik dengan ilmu dan menimbun hartabenda. Keasyikan itu menyebabkan mereka lalai dari membesar dan mengagungkan Allah SWT. Mereka semakin jauh dari Allah SWT. Persoalan kerohanian terus terpinggir. Akhirnya hancur lumat Kota Baghdad. Timbunan kitab dijadikan unggun api dan sebahagiannya dijadikan landasan untuk kuda menyeberangi sungai. Umat yang asyik tenggelam dalam kekaguman kitab-kitab serta ilmu pengetahuan itu rupanya berjiwa kerdil, penakut, bacul dan dayus. Mereka sedikit pun tidak mampu melawan satu bangsa yang tidak pernah mengenal tamaddun iaitu Monggol. Hikmah di sebalik keruntuhan Baghdad itu Allah memperlihatkan betapa golongan yang sedikit terbukti menang dengan bantuan Allah SWT. Kerajaan langit atau pemerintahan ghaib berperanan bagi memenangkan golongan yang sedikit tetapi benar-benar beriman dan bertaqwa. Ia juga memperlihatkan betapa di dalam situasi bagaimana sekalipun umat Islam tetap menang dan berjaya asalkan memiliki syarat-syarat bagi Allah SWT mendatangkan pertolongan-Nya. Firman Allah SWT
Terjemahannya: “Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izin Allah.” (Al Baqarah: 249) 60
KERAJAAN LANGIT
Allah SWT memperlihatkan kekuasaan-Nya mengatasi tiap-tiap sesuatu dan apabila Allah SWT sudi membela ‘orang-orang-Nya’ maka di tengah-tengah keruntuhan kehancuran Baghdad itu bangkit satu kelompok yang sangat kecil bilangannya tetapi berkualiti. Kelompok kecil ini bangun dengan kekuatan iman dan taqwa diiringi dan dinaungi oleh pertolongan Allah SWT. Mereka bukan sahaja tidak terjejas sedikit pun oleh keganasan Monggol bahkan Allah SWT lindungi mereka. Dan mereka juga bukan sahaja tidak disentuh oleh kemusnahan Baghdad dengan bantuan Allah SWT, malah mereka dibantu pula oleh Allah SWT hingga berjaya menawan kembali puak Monggol tersebut. Bukan dengan kekuatan senjata atau ketenteraan tetapi mereka menewaskan Monggol melalui keperibadian yang mulia, akhlak yang luhur dan mempesona, dakwah dan didikan yang berkesan. Natijahnya terjadi dalam sejarah satu-satunya bangsa penjajah yang menyerah dan menuruti agama, cara hidup dan tamaddun anak jajahan. Bukankah ini satu keanehan dan di luar kebiasaan manusia. Kublai Khan sebaliknya menebus kembali kesilapannya dengan menjadi pejuang Islam berserta anaknya hingga Islam berkembang ke Asia Selatan. Kini siapakah di kalangan umat Islam yang layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT? Kelompok mana atau golongan mana di kalangan umat Islam ini yang layak mendapat keriasama dari kerajaan ghaib yang di kalangan mereka itu sering berlakunya karomah atau khawariqul ‘adah? Siapakah di kalangan umat ini yang Allah SWT ‘sudi memandangnya’? Pertanyaan ini sepatutnya sentiasa bermain di benak kita, dan mencari jawapannya. Menjawab persoalan ini ertinya umat Islam perlu membuat muhasabah menghitung dan menilai diri. Dan bertanyalah pada diri sendiri serta jawab dengan jujur apakah kita ini layak dipanggil ‘orang Allah’? Apakah tahap keimanan kita sekurang-kurangnya iman ‘Ayan atau memiliki nafsu peringkat Mutmainnah? Kitakah yang bergelar Asha61
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
bul Yamin, Al Abrar, Al Faizuun, orang soleh yang menepati taqwa yang sebenar? Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa tidak kedapatan kedudukan di tahap yang demikian itu di kalangan umat Islam. Allah SWT tidak mungkiri janji-Nya. Andainya umat ini layak dan cukup syarat untuk mendapat bantuan Allah SWT, Allah SWT telah berjanji di dalam Al Quran melalui firman-Nya:
Terjemahannya: “Sesungguhnya bumi ini diwariskan kepada hamba-hambaKu yang soleh.” (Al Anbiya: 105) Siapakah mereka itu? Mereka yang di antara ciri-cirinya ialah dalam sehari semalam berada dalam amalan soleh atau kebaikan atau kebaktian lapan belas jam. Enam jam selain itu mereka berbuat perkara harus dan jarang sekali jatuh kepada dosa. Kalau ada pun berbuat dosa yang tidak disengajakan dan itu pun terlalu sedikit yang diinsafinya dan bersegera memohon keampunan. Selain para Rasul dan para sahabat, Allah SWT telah tunaikan janji-Nya kepada mereka yang telah menepati ciriciri tersebut di antaranya Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz, Salahuddin Al Ayubi dan Muhammad Al Fateh. Kerajaan ghaib bersama-sama dalam pemerintahan mereka. Kerana mereka itulah maka seluruh urusan umat dibantu, dipermudahkan dan diberkati. Kalimah yang tepat dari Allah SWT untuk menggambarkan keadaan mereka itu ialah “Wabihim yunsaruun.” Disebabkan merekalah yang lain dibantu, ditolong dan dipermudahkan. Tiada siapa yang mampu menjinakkan serigala hingga boleh bergurau-senda dengan kambing. Kalau sekadar seekor atau dua mungkin ahli sarkas atau pakar zoo mampu mengasuhnya. Tetapi mustahil untuk melunakkan seluruh serigala agar boleh berdamai dengan kambing. Tetapi itulah yang berlaku di zaman Sayidina Umar Abdul Aziz. Ini ter62
KERAJAAN LANGIT
bukti apabila dengan secara mendadak serigala menerkam kambing apabila barokah dan karomah diangkat oleh Allah SWT di saat kewafatan Sayidina Umar Abdul Aziz. Di zaman pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz kemakmuran merata. Kehidupan sejahtera dan aman damai. Pemimpinnya adil, orang kayanya pemurah, para ulamanya zuhud dan mendidik masyarakat. Fakir miskin turut berlumba-lumba untuk memberi bukan memintaminta sehingga tiada siapa yang merasa layak untuk menerima zakat. Masing-masing merasa kaya iaitu kaya jiwanya dengan iman dan taqwa. Perpaduan dan kasih sayang sangat utuh dan melahirkan keindahan hidup bermasyarakat. Saling kuat membela dan membantu. Inilah yang disifatkan oleh Allah SWT dengan firman-Nya:
Terjemahannya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah SWT.” (Saba’: 15) Mudah untuk memakmurkan kehidupan manusia. Mudah untuk menyogokkan kemajuan dan pembangunan. Mudah untuk mencapai perkembangan ekonomi tinggi. Mudah untuk menanamkan minat terhadap teknologi secanggih manapun. Tetapi tiada jaminan untuk mendapat keampunan, keredhaan dan rahmat Allah SWT. Ini semua akan melahirkan kehidupan masyarakat yang penuh keharmonian, kasih sayang, bertolong bantu, aman damai dan selamat sejahtera. Model ketinggian tamaddun material berada di mana-mana pelosok dunia dan mudah dipindahkan ke tempat lain. Tetapi di mana hendak ditiru model kehidupan masyarakat yang memiliki tamaddun kerohanian yang tinggi. Begitulah sebagai contoh peribadi yang sekadar percikan dari Al Imamul Muttaqin iaitu Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berada di tahap tertinggi di kalangan manusia sebab itu peringkat Rasulullah SAW itu adalah ‘rahmatan lil alamin’. Seluruh alam yang merang63
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kumi alam nyata dan alam ghaib mendapat limpahan rahmat kerana kehadiran Rasulullah SAW. Maka ada golongan lain yang mengiringi Baginda mengikut urutan taqwa, limpahan barokah dan karomah yang dikurniakan oleh Allah SWT sehingga dinobatkan sebagai ‘wabihim yunsaruun’. Ertinya dengan sebab mereka maka orang lain dibantu. Para salafussoleh berada di kedudukan tinggi dan dominan berbanding kaum-kaum lain kerana mereka adalah orang-orang Allah SWT. Allah SWT menaungi mereka maka muka bumi ini pun selamat di tangan mereka. Ini adalah kerana mereka bencikan kemuliaan dan keuntungan dunia. Seluruh kehidupan dunia tidak lebih dari alat untuk menuju Allah SWT dan bekalan akhirat. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan Allah telah berjanji kepada orang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Dia akan benar-benar menjadikan mereka berkuasa di mukabumi.” (An-Nur: 55) Rasulullah SAW bersabda: Terjemahannya: “Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya, maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terangterangan)...” (Riwayat Al-Hakim) Kebenaran (haq) datangnya dari Allah SWT. Ayat Al Quran atau dengan lain perkataan Islam ini adalah Allah SWT yang punya maka Allah SWT menjaganya. Apabila muncul golongan yang benar-benar tepat berada di jalan 64
KERAJAAN LANGIT
kebenaran itu maka Allah SWT pasti membelanya. Allah SWT bela kerana di tangan golongan itu terjamin Islam itu benar-benar murni dan tulen. Di tangan golongan ini Islam itu benar-benar menepati kehendak Allah dan RasulNya. Mereka memiliki cukup syarat maka tentera Allah SWT pun berperanan. Allah SWT hantar tenteraNya untuk mengalahkan musuh. Sedikit sahaja di kalangan pejuang kebenaran mempersiapkan tenteranya yang kadang-kadang tidak sampai perlu berfungsi. Lihat sahaja bagaimana Allah SWT membela dan memenangkan pejuang-pejuang kebenaran. Allah SWT hantar tenteraNya yang hanya dengan itu agar manusia melihat dan gerun dengan kekuasaan dan kebesaran Allah SWT. Agar manusia juga melihat betapa kebenaran itu sentiasa dibela dan dimenangkan oleh Allah SWT. Agar manusia faham bahawa kebatilan pasti musnah. Memusuhi kebenaran ertinya memusuhi Allah SWT, maka Allah SWT tewaskan musuh-musuhNya yang kadangkadang hanya dengan benda yang kecil sahaja umpamanya nyamuk. Ini juga bertujuan Allah SWT mahu para pejuang Islam yakin akan pembelaan Allah SWT. Allah menceritakan sejarah para Nabi dan Rasul di dalam Al Quran sebagai pengajaran buat kita. Diceritakan bagaimana berlakunya kehinaan dan kebinasaan umat dahulu, lantaran derhaka dan kesombongan mereka menentang ajakan Rasul. Mereka mati dalam keadaan hina, di akhirat sekali lagi akan terhina dengan azab siksa yang pedih. Allah SWT hantar tentera-tenteraNya dalam berbagai bentuk. 1. Kaum Nabi Nuh a.s. binasa dilanda ribut taufan dan banjir besar. Semua yang derhaka, termasuk anak dan isterinya, serta binatang yang tidak dapat diselamatkan habis mati. Sebelum kejadian banjir besar itu, Nabi Nuh telah memberi peringatan kepada mereka supaya mentaati Allah dan kembali kepada kebenaran. namun mereka tetap dengan pegangan yang sesat itu (menyembah berhala), malah mengajak orang lain turut 65
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
sama. Oleh kerana kedegilan mereka, Nabi Nuh terpaksa berdoa kepada Allah untuk membinasakan umatnya yang engkar itu. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Nuh berkata: ‘Ya Tuhanku, janganlah engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi. Sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka tinggal, nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu dan mereka tidak akan melahirkan selain anak yang berbuat maksiat lagi sangat kafir’.” (Surah Nuh: 26-27) 2. Kaum ‘Ad pula dibinasakan oleh angin yang sangat kencang dan keras akibat perbuatan mereka menentang dan membangkang ajakan Nabi Allah Hud a.s untuk mengEsakan Allah SWT. Manakala kaum Tsamud yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh Nabi Soleh a.s binasa dengan kejadian yang luar biasa, yakni gempa bumi yang dahsyat. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Kerana itu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam rumahnya.” (Al-A’raaf: 78) 3. Kaum Lut di samping menentang kebenaran, mereka juga adalah pengamal homoseks. Peringatan dan ancaman tidak dihiraukan, mereka tetap sesat dengan perbuatan keji itu sehingga tiba balasan Allah dengan diterbalikkan bumi dan dihujani tanah yang keras. 66
KERAJAAN LANGIT
4. Kaum Aikah (kaum Nabi Syuaib) juga dimatikan dengan suara yang mengguntur hingga mati bergelimpangan di rumah. Mereka adalah kaum yang suka menipu dalam timbangan dan sukatan, suka merugikan orang demi mendapat kekayaan dan menolak kebenaran. 5. Firaun begitu angkuh dan sombong, hingga mengakui dirinya Tuhan, menganiaya, menindas dan menghalang rakyatnya dari menerima kebenaran dari Allah. Akhirnya dia dan pengikut-pengikutnya ditenggelamkan Allah di dalam laut ketika mengejar Nabi Musa. 6. Penduduk Negeri Saba’ yang enggan bersyukur dengan nikmat kemewahan dan kemakmuran serta berpaling dari kebenaran didatangkan Allah dengan satu banjir besar. Bukan sahaja mereka yang engkar mati, segala kebun dan bangunan yang indah turut binasa. Itulah sebahagian daripada kebinasaan yang menimpa umat dahulu. Kini kemungkaran bermaharajalela di dalam masyarakat kita. Insaf dan bertaubatlah sebelum tiba ketentuan dari Allah. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “...Bila satu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan mereka akan diserang oleh penyakit yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka. Bila mereka mengurangi timbangan (menipu dalam perniagaan) mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak atasan. Bila mereka enggan membayar zakat, mereka akan terhalang oleh hujan dari langit, dan kalau tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak, tidaklah akan diturunkan hujan. Bila mereka melanggar janji Allah dan RasulNya, maka mereka akan dijajah oleh musuh dari bangsa lain yang akan merampas sebahagian dari harta mereka...” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi)
67
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
6 Perpaduan Dan Penyatuan Umat
D
i zaman Rasulullah SAW apabila seseorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah secara otomatik bersatu dalam semua perkara. Bersatu dalam soal aqidah, ibadah, akhlak, syariat, ekonomi, siasah, pendidikan dan lain-lain. Kasih sayang mereka luar biasa. Semangat membela mereka sungguh kental. Saudaranya yang lain dirasakan lebih bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya sendiri. Lantaran itulah mereka sanggup bergalang-ganti nyawa. Pengakuan tauhid mereka itu diiringi dengan bernaung di bawah pimpinan Rasulullah SAW dan bersatu dalam semua bidang. Tidak ada firqah, kelompok, persatuan atau organisasi yang memisahkan antara mereka. Andainya terjadi kesamaran, kekeliruan dan perbezaan pandangan mereka kembali merujuk kepada wahyu yang masih turun dan bersandar kepada Rasulullah SAW sendiri. Kini senarionya sudah terlalu jauh berbeza. Biarpun sama-sama mengucap Dua Kalimah Syahadah, namun terjadi berbagai-bagai percanggahan dan perselisihan hingga membawa kepada pepecahan. Umat Islam berpecah di bidang aqidah, ibadah, akhlak, syariat, siasah dan sebagainya. Malah sampai ke tahap bermusuhan, berbunuhan dan berperang. Ikatan perpaduan sangat mudah terungkai, benteng penyatuan sangat mudah roboh, pagar kesatuan umat terlalu mudah reput, semuanya berpunca dari faktor68
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
faktor yang sangat remeh-temeh. Musuh dianggap kawan dan bekerjasama dengannya. Kawan pula dianggap musuh. Pejuang Islam tidak diburu oleh Yahudi dan Nasrani tetapi oleh umat Islam sendiri. Negara Islam berbelanja besar untuk membeli senjata dari Barat yang dengan senjata itu banyak nyawa umat Islam sendiri terkorban. Hubungan diplomatik sesama negara Islam boleh dengan mudah diputuskan. Peluru di negara Islam lebih banyak membunuh umat Islam sendiri berbanding musuh. Kiasan orang Melayu mengenai perpaduan ialah umpama lidi. Sebatang lidi tidak boleh menyapu sampah dan terlalu mudah untuk dipatah-patahkan. Sebatang lidi juga lazimnya tidak diendahkan oleh sesiapa pun. Gabungan lidi yang diberkas bersama membentuk satu keteguhan yang dinamakan penyapu. Sebuah penyapu lidi berubah menjadi kuat dan tidak boleh dipatah-patahkan, serta berkesan untuk berfungsi sebagai penyapu. Perumpamaan lain yang biasa digunakan untuk memberi gambaran keutuhan perpaduan ialah “Bulat air kerana pembetung (kolah, tangki, empangan), bulat manusia kerana muafakat.” Perpaduan merupakan salah satu aspek yang paling banyak diperkatakan oleh berbagai pihak, khususnya oleh para pemimpin dan pemikir masyarakat. Ini memperlihatkan betapa pentingnya perpaduan yang kukuh di dalam hidup bermasyarakat. Siapa saja yang berada pada kedudukan sebagai pemimpin, maka perpaduanlah topik yang sering dibicarakan atau diketengahkan. Pemimpin di manamana institusi hatta yang kecil sekalipun seperti keluarga apatah lagi pemimpin negara sering kali mengulangi seruan atau saranan ke arah wujudnya perpaduan yang utuh. Mana-mana institusi yang berbentuk perjuangan, tidak kira sama ada perjuangan yang hak mahupun bathil, sangat mementingkan keutuhan perpaduan. Lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam yang merupakan salah satu aspek kekuatan mencapai kemenangan. Sangat-sangat memerlukan perpaduan yang benar-benar teguh dan kukuh. Apabila 69
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
rapuh atau roboh benteng perpaduan, bukan sahaja musuh tidak dapat ditewaskan sebaliknya perjuangan itu sudah lemah dan tewas di gelanggang sendiri. Perpecahan itu sendiri ertinya kekalahan, kerana Allah SWT sangat murka kepada hamba-hambaNya yang bermusuhan sesama sendiri. Di kalangan pejuang-pejuang Islam semangat pembelaan sesama anggota bukan sekadar bertolong bantu dalam segala urusan malah sampai kepada tahap sanggup bergalang ganti nyawa. Sudah tentulah bukan calang-calang pencapaian ikatan perpaduan yang tercetus hingga sampai kepada tingkat menggadai nyawa demi membela orang lain. Tentulah sangat mendalam dirasainya orang lain, lebih berharga, bernilai dan lebih layak hidup berbanding dirinya. Sikap dalam perlakuan yang sangat mengutamakan orang lain bukan satu retorika. Ianya memang benar-benar telah berlaku di kalangan para sahabat. Dan boleh berlaku di sepanjang zaman serta kepada siapa saja di kalangan umat ini. Di zaman ini perpaduan sukar dibina malah ada yang beranggapan tidak rasional kerana masing-masing sudah hidup terlalu cinta kepada diri sendiri. ‘Ego-centric’ yang sudah keterlaluan, masing-masing berlumba-lumba memburu apa saja untuk kesenangan sendiri, keluarga dan kelompok sendiri. Natijah dari itu maka subur berbagai penyakit hati yang menyumbangkan kepada perpecahan yang lebih parah seperti hasad (dengki), iri hati, saling membenci, berdendam, menfitnah, hasut, pemarah, menghasut dan jatuh menjatuhkan. Mereka yang terlalu mencintai dan mementingkan diri sendiri inilah yang sudah tidak lagi ada ruang memikirkan orang lain lantas beranggapan tidak diterima akal adanya perpaduan yang begitu rapat. Mereka seumpama ini yang menjadi ejen pembawa virus perpecahan yang tidak kunjung padam. Di kalangan para pejuang Islam sendiri pun adakalanya baru sahaja digertak atau diugut oleh musuh sehingga tergugat sedikit keselesaan hidup, terjejas sedikit ketenteram70
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
an belum pun sampai tergugat nyawa itu pun sudah sanggup mencemuh kawan sendiri. Sanggup belot menyebelahi musuh dan meranapkan perjuangan sendiri. Lantaran itulah kemenangan sukar diberi oleh Allah SWT. Dan itu pun ada hikmah di sebaliknya. Andainya Allah beri kemenangan dalam situasi perpaduan yang longgar nescaya mereka akan bercakaran sesama sendiri kerana merebut sesuatu yang bersifat duniawi. Dan ini boleh mencemarkan maruah perjuangan Islam yang suci murni ini. Selain daripada terlalu mencintai diri dan mementingkan diri, keretakan perpaduan berlaku juga kerana umat Islam sudah terlalu membanggakan dengan apa yang dimiliki sama ada harta, pangkat, kedudukan, keturunan dan ilmu pengetahuan. Akibatnya kehidupan bermasyarakat berkelompok mengikut status sosial masing-masing. Hidup terpisah, tersisih dan terpinggir antara satu dengan yang lain dan sukar untuk berunding untuk mencari kesepakatan dan permuafakatan. Tanpa disedari maka terbinalah sikap seolah-olah masing-masing kelompok boleh hidup sendiri tanpa bersandar kepada orang atau pihak lain. Sebab itu tidak ada sikap mahu menghargai, memberi nilai dan berterima kasih kepada pihak lain. Sedangkan hakikat kehidupan yang perlu difahami ialah semua dicipta oleh Allah SWT dari asal kejadian yang sama. Dari bapa dan ibu yang sama (Adam dan Hawa). Berada di bumi yang sama yang saling sandar menyandar, saling perlu memerlukan, saling lengkap, melengkap antara satu dengan yang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung, tiada siapa yang boleh hidup sendirian. Perpaduan umat kini adalah bertepatan dengan apa yang pernah dinukilkan oleh Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: Daripada Abu Hurairah r.a katanya: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat terdahulu.’ Sahabat bertanya: ‘Apakah 71
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
penyakit umat terdahulu itu?’ Rasulullah SAW berkata: ‘Penyakit-penyakit itu ialah terlalu banyak keseronokan, terlalu mewah, menghimpun harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam berebut harta dunia, saling memarahi (bermusuhan), saling berhasad (dengki) sehingga menzalimi’.” Allah SWT dan Rasulullah SAW sangat mengutamakan perpaduan dan penyatuan umat. Perpaduan merupakan salah satu aspek penting dan utama dalam ajaran Islam, sehingga dianggap tidak sempurna iman seseorang yang tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi diri sendiri. Islam merangkumi HablumminAllah dan Hablumminannas. Dari keseluruhan Hablumminannas, perpaduan adalah di tempat teratas, terpenting dan paling utama. Kejayaan hidup bermasyarakat dan kelancaran aspek lain seperti ekonomi, pembangunan, pendidikan, politik dan lain-lain sangat bergantung kepada perpaduan. Negara yang rakyatnya sering berkrisis bercakaran dan bermusuhan sesama sendiri, bukan sahaja tidak mampu menghadapi tentangan luar, malah mereka sendiri dibuli oleh pihak lain. Proses pembangunannya perlahan, ekonomi tidak berkembang dan musnahnya kesejahteraan hidup. Himpunan banyak batang lidi membentuk sebuah penyapu, semuanya diikat oleh tali. Tali pengikat itu yang menjamin tidak terbarainya batang-batang lidi tersebut. Tali itu yang menjadi faktor penentu kepada keteguhan perpaduan batang-batang lidi. Apabila gabungan batang-batang lidi itu terikat bersama-sama maka kekuatan lidi itu juga adalah kekuatan bersama yang masing-masing saling sandar menyandar.
TALI ALLAH Perpaduan juga tidak akan wujud tanpa pengikat. Dan pengikat umat itu mestilah tali yang paling teguh. Maka Allah SWT menunjuki tali pengikat yang pasti akan terbina 72
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
jalinan perpaduan paling utuh seperti yang Allah SWT firmankan:
Terjemahannya: “Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah dan jangan berpecah belah “ (Ali Imran: 103) Apabila setiap individu dan semua pihak berpegang teguh dengan “tali” Allah SWT, atau sama-sama dalam satu ikatan “tali” Allah SWT secara otomatik wujudnya perpaduan yang utuh. Biar di manapun umat Islam ini berada, di mata angin mana, di bukit atau di lembah, di rimba belantara atau di kota. Di lautan atau di daratan, di Kutub Utara atau Kutub Selatan hatta di bulan atau di bintang sekalipun, selagi berpegang teguh dengan “tali” Allah SWT maka perpaduan tetap utuh. Sebaliknya apabila terungkai dari “tali” Allah SWT maka otomatik juga itu dinamakan perpecahan, biar pun dalam satu rumah atau di bawah satu bumbung, dalam satu keluarga, satu organisasi, satu pertubuhan, bernaung di bawah satu panji-panji, bercakap bahasa yang sama, warna kulit yang sama, satu rumpun satu bangsa, perpaduan tidak akan wujud. Andainya ada ikatan lain yang bukan “tali” Allah SWT bukan saja tidak teguh malah sebenarnya sedang berada di dalam perpecahan. Tinggal lagi mungkin tiada pemangkin atau belum ada suis yang mencetuskan persengketaan. Allah SWT menggambarkan keadaan demikian itu sebagai satu peringatan bahawa perpecahan sedang melanda kelompok mana pun yang terungkai dari “tali” Allah SWT. Firmannya:
Terjemahannya: “Kamu menyangka mereka itu bersatu tetapi hati mereka berpecah belah” (AlHasyr: 14) 73
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Berpegang dengan “tali” Allah SWT itu, punya pengertian yang khusus. Pengertian inilah yang sangat perlu difahami oleh umat khususnya para pejuang Islam. Setelah difahami maka perlu dihayati oleh semua pihak. Berikut adalah perincian kepada maksud “tali” Allah SWT itu. 1.
Aqidah yang benar
Rasulullah SAW memberi jaminan keselamatan dunia dan akhirat apabila berpegang kepada Aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Sabda Baginda SAW: Terjemahannya: “Demi diriku dalam genggamanNya, akan berpecah umatku kepada 73 firqah. Semuanya masuk neraka kecuali satu. Sahabatsahabat bertanya, “Siapakah yang satu itu ya Rasulullah? “Rasulullah menjawab, “Ahlussunnah Wal Jamaah yakni mereka yang berpegang sebagaimana peganganku dan pegangan sahabat-sahabatku.” (Riwayat Tirmizi) Ternyata bahawa awal-awal lagi dalam soal terpokok iaitu aqidah Rasulullah SAW sudah menetapkan berlakunya perbezaan pegangan aqidah itu adalah perpecahan. Perbezaan pegangan aqidah ini sudah pasti boleh mencetuskan berbagai permusuhan biar pun tidak terserlah dalam kehidupan. Dan tidak ada ertinya usaha untuk di satukan dalam organisasi atau parti andainya hati masing-masing sudah terpisah oleh perbezaan aqidah ini. Apatah lagi pegangan aqidah selain Ahlussunnah Wal Jamaah itu tidak ada jaminan keselamatan dunia akhirat. Tidak adanya keselamatan itu ertinya sudah terungkai atau terlucut dari ikatan tali Allah di bidang aqidah. Apabila aqidah tidak benar maka seluruh amalan lain akan tertolak. 2.
Ibadah yang tepat
Tepatnya ibadah itu bukan menjaga sah batal dan syarat rukun sahaja. Ibadah yang tepat mestilah mempunyai roh 74
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
dan mencapai tujuan. Roh ibadah itu ialah apabila terbinanya peribadi mulia hingga terpancar akhlak yang mempesonakan. Tujuan dari ibadah itu ialah supaya benar-benar mencapai rasa kehambaan yang mendalam dan dapat pula merasai keagungan dan kebesaran Allah SWT. Semakin banyak ibadah semakin bertambah memberi kesan pada hati iaitu dapat membakar dan memusnahkan segala mazmumah atau sifat keji pada diri. Andainya roh dan tujuan ini tidak tercapai maka ibadah itu dikira tidak menepati tujuan yang sebenar. Segala jenis ibadah mempunyai hikmah dan tuntutannya. Hikmah atau tuntutan ibadah itu semuanya berkaitan dengan kehidupan manusia itu sendiri. Ertinya ibadah yang tepat membawa natijah kepada kesempurnaan hidup manusia. Contohnya, tuntutan dari solat ialah memberi pengajaran betapa pentingnya pengurusan masa, mencegah dari berbuat mungkar, menyusun hidup bermasyarakat, mendorong kemajuan dan pembangunan. Allah SWT juga memerintahkan agar semua urusan hidup manusia dijadikan ibadah. Tidak pula dengan mudah akan diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah kecuali setelah mengikut syarat yang ditetapkan. Berdasarkan syaratsyarat itu barulah diiktiraf sebagai ibadah. Yakni bukan asal berbuat urusan kehidupan maka otomatik menjadi ibadah. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut: a. Niat mestilah benar-benar kerana Allah SWT. b. Perlaksanaan mestilah tidak terkeluar dari syariat. c. Natijah atau hasil dari setiap pekerjaan itu juga mestilah untuk kebaikan. d. Perkara yang dibuat itu tidak dilarang oleh syariat sekurang-kurangnya perkara yang dibolehkan atau perkara yang diharuskan. e. Sepanjang melaksanakan urusan itu tidak meninggalkan perkara-perkara Fardhu Ain. 3.
Berpegang kepada hukum hakam Allah SWT
Semua aspek kehidupan manusia tidak terlepas dari 75
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
lima hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Semua lima hukum itu adalah ketentuan Allah SWT, walau hukum harus sekalipun. Setiap detik, setiap ketika, apa saja yang dilakukan, sama ada gerak atau diam, tidur atau jaga dan di mana saja, salah satu lima hukum itu tetap berlaku. Manusia tidak berhak membuat sebarang hukum hakam dan manusia juga tidak dapat terungkai dari hukum hakam Allah SWT tersebut. Oleh itu untuk mencapai perpaduan semua umat Islam hendaklah menerima hukum wajib dan sama-sama melaksanakannya. Sama-sama menerima hukum sunat dan berusaha mengamalkannya sebanyak mungkin. Sama-sama menerima hukum makruh dan sama-sama berusaha menolaknya. Sama-sama menerima hukum haram dan sama-sama mesti menolaknya. Manakala yang harus pula diterima sebagai harus yang datangnya dari Allah SWT dan berusaha memenuhi lima syarat agar perkara yang harus itu menjadi ibadah. Sama-sama berada di dalam ikatan hukum hakam Allah SWT itu ertinya tidak berselisih atau tidak bercanggah dalam soal penetapan dan penerimaan hukum hakam tersebut dan sama-sama melaksanakan menurut kedudukan tiaptiap hukum tersebut. Tidak perlu berdolak dalik dengan berbagai alasan dan kepentingan. 4.
Matlamat yang sama
Ramai orang banyak ragam. Satu billion manusia, satu billion ragam dan satu billion matlamat hidup. Kadangkadang tercetus satu billion konflik, percanggahan, krisis dan persengketaan. Tidak hairan apabila umat Islam juga tidak terlepas dari ‘conflict of interest’ sesama sendiri. Bagi umat Islam, Allah SWT sudah menetapkan satu matlamat yang mesti diburu. Matlamat itu ialah mencapai ‘Mardhatillah’. Keredhaan Allah SWT sepanjang hidup hingga akhir hayat. Dan di akhirat nanti bakal dibalasi dengan syurga. Sama ada ibadah khusus mahupun urusan yang bersifat duniawi mestilah dijadikan ibadah demi keredhaan Allah SWT. 76
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
Aspek kehidupan yang bersifat duniawi seperti politik, ekonomi, pembangunan, kemajuan, perniagaan, harta benda, pangkat, jawatan dan lain-lain itu di samping menjadi ibadah melalui lima syarat, ianya juga tidak lebih dari sekadar alat untuk menyempurnakan kehidupan dan nikmat yang mesti disyukuri. Alat juga sifatnya untuk memudahkan tercapainya matlamat. Dalam pada itu, alat yang merangkumi dalam aspek tamadun manusia itu tidak secara otomatik menjadi ibadah kecuali dilaksanakan sesuai dengan syariat. Seluruh umat Islam mesti memiliki kefahaman serta penghayatan yang jelas terhadap konsep alat dan matlamat. Perpaduan akan dapat dicetuskan dan terhindar dari berlakunya conflict of interest apabila semua pihak tidak keliru antara matlamat dan alat untuk mencapai matlamat. Tidak akan berlaku di mana umat Islam bertungkus lumus, mengorbankan seluruh usianya sekadar membangunkan alat dan sekaligus tidak mencapai matlamat. Sebagai perbandingan, buah padi itu adalah matlamat yang dapat dihasilkan oleh peralatan iaitu bendang, baja, traktor, tali air, racun serangga, racun rumpai, cangkul, tajak dan sabit. Alat pula kelihatan banyak terdiri dari berbagai jenis. Namun semua alat itu untuk ke arah mencapai satu matlamat saja iaitu penghasilan buah padi. Dan tiada siapa yang hanya terhenti kepada asyik dengan alat semata-mata tanpa menggunakan alat itu untuk mencapai matlamat. 5.
Penyatuan hati dan fikrah
a. Semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT. Perbezaan maknawiyah yang pertama ialah pada iman dan kufur. Perbezaan maknawiyah yang kedua terletak pada ketaqwaan antara orang mukmin. Mulia atau hina seseorang mukmin disisi Allah SWT terletak pada tingkat ketaqwaan. Kedudukan taqwa tiada siapa yang tahu kecuali Allah SWT. Lantaran itu tiada siapa di kalangan sesama manusia boleh menyombong, bongkak dan angkuh dan memandang hina terhadap orang lain kerana tiada siapa menjamin nasib diri di sisi Allah SWT di akhirat kelak. 77
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Lebih-lebih lagi andainya kita turut menyedari hakikat manusia yang saling sandar menyandar, saling memerlukan antara satu dengan yang lain, saling lengkap melengkapi. Tiada siapa yang boleh hidup sendirian, melainkan sama ada disedari atau tidak, sama ada secara langsung atau tidak, setiap manusia tetap ada terkait dengan orang atau pihak lain. Atau dengan kata lain, sama ada sengaja atau terpaksa orang lain ada peranan dalam memenuhi keperluan kita dan sebaliknya. Atas alasan ini hati kecil kita merasakan wajar dan patut merasa kasih sayang dan terhutang budi kepada orang lain. Sebab itu Rasulullah SAW menganjurkan berkasih sayang seperti sabda Baginda: Terjemahannya: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya yang lain seperti dia mengasihi diri sendiri.” Allah SWT dengan sifat PemurahNya tetap menyalurkan nikmat biarpun kepada manusia yang derhaka kepadaNya. Dan Maha Suci Allah SWT dari mengambil untung atau berkepentingan daripada kurnia dan anugerahNya yang tidak terhingga. Sedangkan sesama kita ada sesuatu kepentingan yang diperolehi dari orang lain. Maka lebih patut dan wajar terjalinnya kasih sayang. Natijah dari kasih sayang itu maka akan terserlah dalam kehidupan ini perkara-perkara berikut: i. Apabila bertemu tidak merasa jemu. ii. Bila berpisah saling merindui iii. Ketiadaan dirasai kehilangan. iv. Keberadaannya bermanfaat. v. Rasa bersama dan bekerjasama. vi. Menjadi regu yang baik dan saling bertolong bantu. vii. Cepat mengakui kesalahan dan memohon maaf dan cepat pula memberi maaf. viii. Aib saudaranya ditutup, kebaikannya disebut. x. Kebaikan, kesukaan, keinginan, kejayaan, kebahagiaan dan kegembiraan terhadap dirinya itulah 78
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
yang diharapkan berlaku ke atas saudaranya dunia akhirat. ix. Kejahatan, kebencian, kedukaan, kegagalan yang dia tidak mahu berlaku ke atas dirinya itu juga yang tidak mahu terjadi kepada saudaranya dunia akhirat. b. Mengenal kawan. Umat Islam mesti tahu dan benar-benar mengenali kawan yang setia, yang sama-sama membantu untuk taqwa dan kebaikan. Maka bertindak mengambil pendekatan untuk berbaik, bekerjasama dan saling berhubungan. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah, semoga kamu mendapat rahmat.” (Al Hujarat: 10) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang 79
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al Hujarat: 13) Musuh tidak akan berjaya menipu dan meretakkan perpaduan sekiranya umat Islam mengenali kawan yang sebenar. Pengkritik bukan ertinya penentang dan dianggap musuh. Memuji bukan ertinya menyokong dengan setia dan taat. Adakalanya mereka adalah pengampu yang boleh membawa rebah. c. Mengenal musuh. Sebantal bukan bererti mimpinya sama. Umat Islam jangan mudah tertipu hingga sanggup sebantal dan berada dalam satu selimut dengan musuh. Jangan mudah tergadai prinsip dan maruah lantaran lunak dan lemak manis katakata, janji dan sikap musuh. Musuh tetap musuh yang sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam. Tidak dapat tanduk, telinga dipulas. Kalau pun aqidah umat tidak tergadai namun kehidupan umat sudah sangat terhakis dari syariat Allah SWT. Bukan sekadar mengenali musuh dengan segala tipu muslihatnya yang licik, malah mestilah pula sama-sama menghadapinya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mukmin itu ada bersamanya lima musuh iaitu: orang mukmin yang hasad dengki, munafik yang memarahinya, orang kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang mengajak kepada kejahatan.” Lima musuh mukmin ini mesti ditentang menurut kesesuaiannya. Lima musuh ini semuanya mendatangkan angkara kerosakan kepada Islam dan umatnya. Tewas kepada lima musuh ini atau menyetujui atau menurutinya membawa akibat buruk dunia dan akhirat. Firman Allah SWT: 80
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
Terjemahannya: “Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat mungkar dan melarang berbuat makruf dan mereka menggenggam tangan mereka (bakhil). Mereka telah lupa kepada Allah maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang munafik itulah orang-orang yang fasik.” (At Taubah: 67) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sekali-kali tidak akan redha orang Yahudi dan Nasrani itu kepada kamu hingga kamu ikut jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (Al A’raf: 22) Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Dan aku tidak membebaskan 81
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Yusuf: 53) d. Menjaga Adabul Khilaf. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Perselisihan (perbezaan pendapat) umatku membawa rahmat.” (Riwayat Baihaqi) Dalam ajaran Islam banyak aspek yang dibenarkan umatnya berbeza pendapat atau berselisih pandangan. Perbezaan yang dibenarkan itu adalah di dalam perkara cabang dan ranting, yakni bukan perkara pokok. Perbezaan pendapat ini membawa rahmat yang amat besar kepada umat Islam kerana dalam aspek cabang ini umat Islam bebas untuk memilih pegangan yang dirasakan sesuai dengan minat, kecenderungan dan selera masing-masing, mengikut tempat, keadaan, masa dan suasana. Rahmat di sebalik berbeza pendapat dan pandangan itu memberi ruang kepada umat Islam mengasah akal, berfikir, bermuzakarah dan mengembangkan minda. Natijahnya umat Islam sentiasa kreatif, inovatif dan terbuka dan berlapang dada. Itu juga melambangkan bahawa ajaran Islam melarang umatnya jumud, beku, kurang cergas dan kurang berfikir. Minda-minda terbaru dapat dikongsi serta dimanfaatkan bersama. Ilmu yang dimiliki oleh individu atau satu pihak boleh dipakai oleh individu atau pihak lain. Umat Islam juga tentu maklum bahawa ilmu Allah SWT itu sangat luas dan dalam. Tiada siapa yang boleh mendakwa dirinya mampu menguasai semua ilmu, sama ada yang tersurat lebih-lebih lagi yang tersirat. Sudah diakui bersama bahawa manusia ini Allah SWT jadikan berbeza-beza keupayaan, bakat, minat, kemampuan, kecenderungan dan selera. Tidak terkecuali pencapaian dalam bidang ilmu pengetahuan, pemikiran, pengalaman dan pemahaman. 82
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
Rahmat bagi umat Islam ialah apabila perbezaan-perbezaan itu semua dijadikan asas untuk saling sandar menyandar, saling lengkap melengkapi dan saling bermuafakat. Andainya ada pihak yang masih belum boleh menerima pegangan dan pandangan pihak lain, maka hormatilah pegangan dan pandangan mereka itu. Pihak yang berpegang kepada satu pendapat atau fahaman tidak pula dibenarkan memaksa atau menyisihkan pihak lain yang tidak dapat menerima. Umpamanya golongan yang lebih cenderung kepada aspek feqah, mereka sangat arif, luas dan mendalam fahamannya, tidak menyisihkan golongan yang lebih cenderung kepada persoalan tasawwuf dan kerohanian. Begitu juga sebaliknya golongan tasawwuf ini pula tidak perlu memaksa golongan feqah menerima pegangan dan fahaman mereka. Semua golongan dengan pegangan dan fahaman masing-masing itu semuanya sama-sama dari ajaran Islam dan dapat dimanfaatkan kepada semua umat Islam. Golongan feqah boleh berkongsi pengalaman dari golongan yang lebih luas dan mendalam di bidang tasawwuf dan begitulah sebaliknya. Anjuran yang tepat demi menjaga perpaduan umat, demi mengukuhkan penyatuan umat ialah bersama-sama di dalam pegangan aqidah yang pokok dan berbezalah dalam aspek yang dibenarkan berbeza. e.
Sama-sama membangunkan makrufat. Apa saja kebaikan yang ditetapkan dalam ajaran Islam itulah juga yang diinginkan oleh fitrah manusia. Membangunkan kebaikan, kebajikan dan kebaktian ertinya membuat perkara-perkara yang memang sesuai dan disukai oleh manusia. Demi untuk mengukuhkan perpaduan, umat Islam hendaklah memahami dan mengenali apa saja jenis makrufat. Selepas itu hendaklah berganding bahu dalam membangunkannya sebanyak mungkin. Hendaklah disebar luaskan ke merata tempat hingga dapat memberi khidmat kepada semua manusia. 83
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Membangunkan makrufat ini ertinya melaksanakan tuntutan yang sememangnya umat Islam sendiri inginkannya dan manusia lain juga menyukainya kerana fitrah manusia adalah sama. Melalui makrufat yang tersebar luas itu nescaya dapat menambat hati manusia kepada Agama Islam itu sendiri kerana manusia dapat melihat dan merasai betapa Maha Pengasih dan Penyayang Allah SWT yang menurunkan berbagai nikmat. f.
Menyingkirkan perkara mungkar. Perompak sekalipun akan naik berang kalau harta rompakannya dirompak pula oleh perompak lain. Begitulah fitrah manusia yang tidak sukakan kejahatan. Yakni orang jahat sekalipun tidak sukakan kejahatan. Adakalanya tercemar imej umat Islam itu lantaran keperibadian umat Islam yang tidak menjadi model atau contoh ikutan. Melihat kepada telatah dan gelagat masyarakat Islam tidak langsung memberi gambaran betapa cantik dan indahnya ajaran Islam itu. Hingga persepsi buruk diberikan oleh musuh kepada ajaran Islam itu sendiri. Rasionalnya, Islam dan penganut itu adalah dua perkara yang berbeza. Umat Islam hendaklah menyingkirkan perkara mungkar, maksiat dan apa jua gejala negatif hingga ke tahap yang paling minima. Kembalilah kepada bagaimana kaedah Rasulullah SAW mengubati penyakit kronik masyarakat jahiliyah. Bukan saja terkikis segala kemungkaran dan mazmumah malah bertukar 360 darjah menjadi peribadi yang memiliki akhlak yang sangat mempesonakan. Semuanya bermula dari mengisi hati dengan keimanan kerana hati itulah yang mencorakkan sifat-sifat seseorang itu. Hati yang merupakan sebagai raja yang memerintah dan seluruh anggota tubuh itu sebagai rakyatnya. Kejahatan manusia terjadi kerana hati dikuasai oleh nafsu. Nafsu hanya boleh dikalahkan dan ditundukkan oleh iman dan taqwa. Inilah ubat suntikan yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada masyarakat jahiliyah. Hakikatnya kedudukan umat Islam adalah dalam per84
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
pecahan apabila kedapatan satu golongan berusaha membangunkan kebaikan manakala ada pula pihak lain yang menganjurkan dan menyebarkan kemungkaran. Realiti hari ini begitulah yang terjadi di mana-mana saja di kalangan umat Islam. Malah golongan yang bersungguh-sungguh memikul amanah Allah SWT dan mahu membenteras kemungkaran menjadi sasaran pihak yang jahat, terutamanya kalau pihak yang jahat itu menjadi penguasa atau pemerintah. Golongan yang taat kepada perintah Allah SWT itu menghadapi berbagai ancaman kezaliman dari pihak yang derhaka kepada Allah SWT. Tidak hairanlah maka umat Islam sendiri yang banyak merobohkan perpaduan, yang banyak menyumbang kepada kehancuran umat Islam. Ertinya umat Islam tiada perpaduan berpunca dari perbuatan umat Islam itu sendiri. g. Berjiwa sufi. Berjiwa sufi merupakan salah satu faktor penting untuk membendung perpecahan. Di mana-mana saja berlakunya krisis. Dari krisis individu yakni krisis jiwa, membawa kepada krisis dalam institusi kekeluargaan, kemudian krisis dalam masyarakat, hinggalah kepada krisis dalam kelompok yang lebih besar di kalangan anggota pertubuhan, persatuan, organisasi, seterusnya krisis di peringkat negara dan antara negara, semuanya adalah akibat dari tidak memiliki jiwa sufi. Rata-rata umat Islam sudah bernafsu besar, buas dan rakus. Sangat mementingkan diri sendiri serta keluarga. Berlumba-lumba memburu dan membolot apa yang ada, tidak mengira halal dan haram. Tanpa mengira jalan yang hak dan batil. Sanggup menindas dan menzalimi, jatuh menjatuh demi memperolehi sedikit dari kesenangan duniawi. Firman Allah SWT:
85
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Terjemahannya: “Katakan sesunguhnya kebendaan duniawi ini kecil (sedikit) dan akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa.” (An Nisaa: 77) Para pemimpin menjadi pencetus huru hara demi memenuhi selera kepimpinannya. Pemimpin sudah tidak memikirkan rakyat ramai. Mereka menjadikan jawatan sebagai satu peluang untuk menimba kekayaan dan bukan sebagai amanah. Para ulama menjual agama dengan wang ringgit, pangkat dan kedudukan. Menjaga periuk nasi menjadi keutamaan. Apabila bertembung kepentingan dan habuan duniawi dengan kebenaran yang mereka terpaksa memilih salah satu maka berbohong atau dengan mudah menggadai kebenaran adalah pilihan mereka. Ulama tidak lagi mendidik umat ke arah kenal dan takut kepada Allah SWT kerana mereka sendiri sudah tidak kenal dan tidak takut kepada Allah SWT. Orang kaya sangat kedekut, genggam tak tiris. Mereka sudah lupa daratan, bermewah-mewah, individualistik serta membazir. Mereka lupa kepada jasa petani dan nelayan, kaum buruh dan pekerja hatta tukang kebun dan pemandunya yang tinggal di gobok buruk di kampung setinggan. Sedangkan banglo yang tersergam gagah itu adalah hasil kerja tangan dan tumpuan keringat para kuli dan tukang. Makanan yang dimakan itu adalah jasa tulang empat kerat petani dan nelayan yang saban hari dilambung gelombang. Orang miskin pula tidak sabar dan tidak redha lantas iri hati dan hasad dengki. Mereka juga sangat cintakan duniawi malangnya duniawi tidak memihak kepada mereka. Memasang angan-angan yang tidak sepadan dengan kemampuan. Akhirnya turut melupai Allah SWT dan agama juga tergadai. Akibat bernafsu besar, buas dan rakus ini maka Allah SWT dilupai, tidak kenal dan tidak takut. Apabila hati sudah tidak takut kepada Allah SWT maka agama turut terabai dan terpinggir. Agama bukan lagi menjadi pegangan dan 86
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
panduan hidup. Akhirat bukan lagi menjadi pilihan dan tempat yang semua orang bakal menemuinya. Hidup menurut apa yang difikirkan umpama lalang ditiup angin.
KAEDAH MEMILIKI JIWA SUFI Apabila agama tidak menjadi pegangan dan panduan maka ideologi yang menjadi pengganti. Ideologi itu pula ada yang sudah tersedia tersusun dan terhimpun sebagai satu fahaman politik. Namun sebenarnya apabila bukan wahyu yang menjadi pegangan dan panduan maka hidup seseorang itu dengan apa yang difikirkannya maka itulah ideologi tanpa nama. Untuk mengekang nafsu buas dan rakus dan menolak segala ideologi sama ada berbentuk isma-isma atau ideologi sendiri, sekaligus dapat mempertautkan hati sesama umat Islam tanpa mengira batas sempadan golongan, puak, kedudukan, bangsa, asal usul, keturunan dan negara, umat Islam perlu memiliki jiwa sufi yang di antara ciri-cirinya adalah seperti berikut: 1.
Rasa kehambaan Berusaha bersungguh dan istiqamah (berterusan) memperolehi atau mencapai rasa kehambaan yang mendalam. Benar-benar mengenali diri itu adalah hamba yang dicipta oleh Allah SWT. Sewajarnya sampai kepada tahap rasa takut, bimbang, cemas, gementar, malu, mengharap, rindu, rasa dilihat, didengar, diketahui sehingga tidak lekang dari hati. Seiringan dengan itu tidak lekang pula rasa berTuhan yang tinggi, kenal Allah SWT hingga ke peringkat merasai keagungan, kebesaran, kehebatan Allah SWT. Biarpun tidak dapat dicapai dalam tempuh yang singkat namun inilah matlamat hidup manusia yang sebenar. Matlamat ini yang mesti diburu, dikejar dan diusahakan hingga akhir hayat. 2.
Mengenang nasib di Akhirat.
“Dunia ini adalah tanaman akhirat”. Ertinya segala 87
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
amalan, pekerjaan, perlakuan dan gerak geri sepanjang hidup ini hanyalah disifatkan sebagai menanam sahaja. Akhirat merupakan tempat memungut hasil. Apa yang bakal dikutip di akhirat nanti sama ada pahala atau dosa, sama ada syurga atau neraka, bergantung kepada apa dan bagaimana kita menanam. Orang yang berjiwa sufi sentiasa takut dan bimbang. Takut dan bimbang tentang nasibnya di akhirat kelak. Takut dan cemas di saat berhadapan Qadhi Rabbul Jalil yang akan menyelongkar setiap apa yang dilakukan sepanjang hidup. Satu apa pun tidak akan tercicir, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi hatta gerak dan lintasan hati sekalipun. Maka perlumbaan di dunia ini, apa yang diburu ketika hidup, kerakusannya ialah terhadap menimba amal sebanyak-banyaknya dan menolak segala perbuatan mungkar dan keji. Begitupun banyak amalan dan menolak kejahatan, nasib di sisi Allah SWT di akhirat nanti belum tahu. Ianya sangat bergantung kepada rahmat Allah SWT. Sesungguhnya rahmat Allah SWT itu hampir kepada orang yang beramal. Apa saja nikmat yang bersifat duniawi tidak lebih hanya sekadar umpama peralatan dalam menanam padi. Alat-alat yang membantu dan memudahkan kerja-kerja menanam padi. Lebih lengkap dan sempurna segala peralatan maka lebih mudah kerja-kerja menanam dan berpeluang mendapat hasil yang lumayan. Itu pun bukan satu jaminan kerana kadang-kadang dirosakkan oleh berbagai-bagai musuh seperti burung dan ulat. Tanpa disangka-sangka yang menanam dengan peralatan tradisi berjaya mengutip hasil yang banyak kerana dikawal sungguh-sungguh dari musuh dan penyakit padi. 3.
Rasa berdosa. Imam As Shafie menghitung dosanya sebanyak biji pasir di Padang Sahara dan dirinyalah orang yang paling banyak dosa. Seorang ahli sufi mengira jumlah dosanya hitung panjang sepuluh dosa setiap hari. Dia hidup selama enam puluh lima tahun. Dikira dosanya bermula pada usia 88
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
lima belas tahun. Maka jumlah dosanya ialah 10 x 365 x 50 = 182,500. Satu hari di akhirat sama panjangnya dengan seribu tahun mengikut ukuran dunia. Andainya setiap satu dosa itu Allah SWT hukum sehari masuk neraka, maka 182,500 dosa itu di darab dengan seribu lantas ahli sufi itu menjerit, jatuh pengsan dan terus mati. Alangkah indahnya hidup bermasyarakat apabila setiap orang lebih memikirkan dosa dan kesalahan sendiri. Rasa berdosa itu tidak memberi kesempatan dan tidak ada ruang untuk dirinya memikirkan kejahatan dan cacat cela orang lain. Jauh sekali hendak menyakiti, menindas dan menzalimi orang lain. Malah diganti dengan penuh kasih sayang dan cinta mencintai. 4.
Mengutamakan orang lain. Sekumpulan tentera Islam yang cedera parah dari satu peperangan sedang berbaring untuk menerima layanan dan rawatan. Salah seorang merintih kehausan. Pelayan membawa segelas air. Sebaik saja gelas hampir mencecah mulutnya kedengaran pula seorang lain yang juga merintih kehausan. Ditolaknya gelas tersebut sebagai isyarat untuk diberi kepada orang itu. Begitu juga yang berlaku, ada suara mahukan air lalu ditolaknya untuk diberi kepada orang itu pula. Perkara yang serupa juga terjadi kerana adanya suara kehausan daripada tentera yang baru tiba. Ditolaknya air itu untuk orang baru itu. Tetapi yang baru tiba itu telah meninggal dunia sebelum sempat meneguk air. Lalu pelayan kembali membawa kepada yang pertama, pun telah mati, yang kedua pun menghembuskan nafas terakhir, yang ketiga pun telah meninggal dunia. Segelas air itu tidak sedikit pun membasahi tekak mereka. Begitulah secebis kisah betapa para sahabat yang berjiwa luhur, di saat nyawa hampir melayang pun masih sempat berbakti dan mengutamakan orang lain. Mereka tidak langsung adanya kepentingan diri. Bukan keselesaan hidup yang tergugat, bukan kesenangan hidup yang tergugat, bukan harta benda yang tergugat, malah di saat nyawa tergugat pun masih meletakkan orang lain lebih 89
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
utama dan berharga. Orang lain lebih layak diberi peluang untuk menyambung hidup. 5.
Menutup aib saudaranya. Memiliki jiwa sufi bukan sahaja tidak mengorekngorek, tidak mengintai dan mengintip, tidak mencari-cari kesalahan saudaranya, malah kesalahan yang terlanjur pun diusahakan untuk menutupinya. Ini bukan bererti bersubahat dan menyetujui perbuatan jahat saudaranya itu tetapi tidak dijaja, tidak disebar dan tidak diberitahu kepada orang lain, kecuali kalau terpaksa dengan maksud untuk membaikinya, maka diadukan kepada orang tertentu umpamanya kadhi atau pemimpin. Kalaupun terpaksa didedahkan, itu pun menurut kaedah yang diharuskan oleh syariat seperti untuk pendakwaan atau penghakiman yang sangat terbatas kepada orang-orang tertentu. Bukannya tersebar hingga orang buta dan orang pekak pun turut tahu. Anak-anak kecil yang belum mukallaf pun sudah mengenal kemungkaran orang lain. Kesalahan orang lain yang dipandang berat itu pun andainya berlaku berulang kali akan sangat memberi kesan buruk kepada kepentingan masyarakat. Kesalahan yang sekadar sekali, mungkin terlanjur tidak boleh lawan nafsu maka diharapkan yang empunya diri akan sedar dan insaf sendiri dan membaiki kesalahan tersebut tanpa melibatkan orang lain. Sabda Rasulullah SAW:
Terjemahannya: “Barangsiapa membela (menjaga nama baik/kehormatan) saudaranya tanpa kehadirannya maka Allah akan membelanya di dunia dan di akhirat.” (Riwayat Al-Baihaqi) 6.
Pemaaf. Berjiwa sufi ertinya sangat pemaaf. Dan pemaaf itu salah satu sifat keTuhanan yang wajar menjadi pakaian manusia. Allah SWT itu rahmat dan keampunanNya sangat luas. Anggaplah orang yang bersalah itu berbuat hanya sekali 90
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
saja sebaliknya diri kita yang berbuat salah berkali-kali. Hanya mungkin kita berbuat salah tidak kepada orang yang sama. Umpamanya ada orang meminta maaf kerana mengumpat diri kita. Mungkin itu sekali sahaja. Maka wajarlah segera memberi maaf kerana kita mungkin telah banyak kali mengumpat orang lain cuma bukan ditujukan kepada orang yang sama. Malah bagi para salafussoleh yang jiwa sufinya menebal mereka memaafkan siapa sahaja sama ada diketahui, dikenali atau tidak, sama ada meminta maaf atau tidak agar orang lain diampuni oleh Allah SWT. Pihak yang bersalah pula perlulah segera memohon maaf kerana mati tidak mengira masa dan tempat. 7.
Hubungan maknawiyah. Pertautan hati atau roh sangat penting dalam memelihara perpaduan dan kasih sayang. Atas sebab inginkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain maka orang berjiwa sufi seringkali saling mendoakan orang lain. Seringkali mengharapkan orang lain itu diampuni oleh Allah SWT dan ditinggikan darjat. Malah salafussoleh tidak pernah berdoa untuk dirinya sendiri. Mereka berpegang kepada maksud hadis Qudsi:
“Barangsiapa mendoakan saudaranya Allah SWT kabulkan doa itu untuk dirinya dan saudaranya sebelum dia mengangkat tangan untuk berdoa.” Berdoa untuk diri sendiri belum tentu dikabulkan. Salah satu doa yang sangat makbul ialah mendoakan kepada orang lain. Kalau kita mempunyai sesuatu hajat maka panjatkan doa kita itu kepada Allah SWT bukan untuk diri tetapi tujukan kepada orang lain. Saling menghadiahkan doa ini akan bertambah menambat hati antara sesama umat Islam. Sayidina Umar Al Khattab sangat-sangat bersyukur, berterima kasih dan menghargai rakyatnya yang menghadiahkan doa untuk dirinya dan beliau pula membalas dengan berdoa pula kepada rakyat beliau. 91
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
8.
Saling menasihati. Kemuncak keangkuhan Firaun ialah apabila mengaku dirinya Tuhan. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa a.s untuk memberi peringatan kepada Firaun. Allah SWT juga ingatkan kepada Nabi Musa a.s agar bercakap kepada Firaun dengan lunak dan lembut kerana itu akan lebih mendatangkan keinsafan. Biarpun akhirnya Firaun tetap mati dalam kekufuran. Begitu pun Nabi Musa a.s seorang utusan Allah SWT, berlunak dan berlembut kepada Firaun itu bertujuan untuk Nabi Musa tidak merasai lebih baik berbanding Firaun. Sedangkan hakikatnya tentulah tidak boleh dibandingkan ketinggian darjat seorang Rasul seperti Nabi Musa a.s. Namun dalam memberi peringatan, yang perlu dihindari ialah merasai diri lebih baik. Berkata keras, kasar, marah, mencerca, memaki hamun itu adalah simbol keangkuhan, ego dan sombong. Malah keras dan kasar itu menggambarkan seolah-olah terlebih dahulu menjatuhkan hukuman bersalah kepada orang lain. Sayidina Ali juga pernah menegur seseorang yang berpidato keras dan kasar seolah-olah orang itu lebih cenderung kepada menonjol diri. Fitrah manusia adalah sama. Kalau kita sendiri tidak dapat menerima sekiranya orang lain berbahasa kesat dan mencerca, begitu juga orang lain yang turut berperasaan macam kita. Manusia ada perasaan yang mudah terguris dan tersinggung. Adakalanya mereka bukan tidak mahu menerima kebenaran tetapi terhalang oleh kerana terguris dan tersinggung perasaannya. Manusia juga ada akal fikiran yang mampu menilai kebaikan dan keburukan. Makanan yang lazat andainya dilempar secara kasar pun boleh mematahkan selera. Kebenaran dan kebaikan perlu dihidangkan dengan cara yang sebaik mungkin dan mereka akan lebih cepat menerimanya. 9.
Membaiki Diri. Orang yang berjiwa sufi sangat kuat berusaha membaiki diri, menghilangkan segala sifat mazmumah dan menyuburkan sifat-sifat mahmudah. Apabila semua umat 92
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
Islam sama-sama membaiki diri dan dilakukan berterusan tentulah sama-sama mahukan kebaikan dan kedudukan di sisi Allah SWT. Membaiki diri untuk mencari darjat yang lebih baik di sisi Allah SWT itu akan secara otomatik memperelokkan hubungan dan ikatan sesama manusia. Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW maksudnya: “Barangsiapa membaiki hubungannya dengan Allah maka Allah akan menyempurnakan hubungannya dengan manusia. Barangsiapa memperbaiki apa yang dirahsiakannya (hati/roh) maka Allah akan memperbaiki apa yang dilahirkannya (terangterangan).” (Riwayat Al Hakim) 10. Syukur, sabar dan redha.
Orang yang berjiwa sufi hidupnya senang dan tenang. Tidak cerewet dan tidak ada karenah. Bukan bererti tiada masalah tetapi apa situasi dan kondisi tidak mengocakkan hatinya. Nikmat yang diterima disyukurinya, nikmat yang tidak pernah putus itu turut dibimbangi kalau-kalau dirinya tidak cukup bersyukur. Kesulitan dan kesusahan yang datang sekali-sekala dihadapi dengan sabar. Sabar itu ertinya daya tahan atau keupayaan menghadapi sesuatu kesulitan. Cuba bayangkan bahawa tidak ada satu detik dari kehidupan ini melainkan tersalurnya nikmat anugerah Allah SWT. Dan bandingkan pula dengan kesusahan atau kesulitan yang datang sekali sekala. Datangnya pula tidak selama-lamanya. Kebiasaannya hanya sementara. Tidak ada orang yang sakit sahaja sepanjang hidup. Tidak ada orang yang hidup melarat buat selama-lamanya. Setidak-tidaknya ada kedapatan satu kesusahan yang berpanjang ada pula nikmat di sebalik kesusahan tersebut. Atau banyak hikmah di sebaliknya, paling kurang untuk penghapusan dosa atau meninggikan darjat di sisi Allah SWT. Tentulah kita berupaya menahan atau menghadapi kesusahan itu untuk sementara waktu. Tidak bergerak dan diam sesuatu itu melainkan dengan kehendak dan izin Allah SWT. Menyedari hakikat inilah 93
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
maka sesuatu musibah itu Allah SWT datangkan kepada manusia. Sama ada musibah sendiri atau musibah bersama yang ditanggung oleh umat Islam. Redhalah kepada Allah SWT yang mendatangkan musibah dan ingat bahawa itu adalah berpunca dari perbuatan dosa. Selain itu, ianya merupakan “panggilan” dari Allah SWT agar berpaling lebih mendekatkan diri atau menghampirkan diri kepada Allah SWT. Jangan lalai dan leka. Maka “panggilan” Allah SWT itu hendaklah disahut segera sebelum datangnya bala atau malapetaka sebagai murka Allah SWT. Tidak ada sesuatu apa pun yang Allah SWT datangkan kepada orang berjiwa sufi melainkan mendatangkan kebaikan. Memperolehi nikmat disyukurinya maka Allah SWT beri pahala. Sabar atas kesusahan, juga Allah SWT beri pahala dan redha dengan ketentuan Allah SWT itu juga diberi pahala. Andainya inilah pegangan dan sikap umat Islam nescaya hidup dalam aman sejahtera tanpa ketakutan, tanpa krisis dan tanpa permusuhan.
PERSAHABATAN DALAM PERJUANGAN Dalam memperjuangkan Islam, bukan sekadar persaudaraan tahap biasa dituntut, malah perlu lebih erat dan akrab daripada itu. Yang amat perlu ialah persaudaraan bertaraf persahabatan. Sahabat adalah orang yang paling akrab, rapat, dan memahami sahabatnya yang lain. Ikatan ini membantu manusia mencapai cita-citanya. Ikatan itu berlaku melalui ikatan hati atau kerana Allah SWT semata-mata. Ikatan itu sudah tentulah ikatan keimanan yang menjurus kepada cita-cita yang satu. Tidak ada satu cita-citapun yang boleh dicapai bersendirian. Hidup kita saling bergantung antara satu sama lain. Oleh itu Islam mengatur fitrah semulajadi manusia yang inginkan sahabat dengan satu adab yang tepat dan indah. Di antara adab-adab atau sifat-sifat yang perlu ada di dalam sesuatu persahabatan ialah: 94
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
1. Jika mereka perlukan bantuan, kenalah bantu mengikut apa bentuk yang diperlukan. Usaha untuk membantu itu perlulah ada. Jika tidak mampu menolong walaupun telah diusahakan, kenalah meminta maaf. 2. Saling ziarah menziarahi selalu. Ada sahabat yang tidak menceritakan masalahnya, oleh itu kenalah lihat apaapa yang diperlukan oleh sahabat. Memberi pertolongan tanpa diminta itulah yang lebih utama. 3. Saling memberi hadiah di waktu-waktu yang diraikan, umpamanya sewaktu hari perkahwinan, hari ulangtahun kelahiran atau kelahiran anak. Paling tidak bawalah buah tangan ketika berziarah. 4. Ziarah yang lebih digalakkan ialah ketika sahabat sakit atau ditimpa musibah. Sentiasalah mendoakan sahabat di waktu-waktu begini. Lahirkan kesedihan serta ucapkanlah takziah. Doakan sahabat agar dapat bersabar dan redha dengan ujian. 5. Sewaktu sahabat mendapat sesuatu yang menggembirakan, hendaklah tunjukkan kegembiraan. Ucapkan tahniah dan bersyukurlah kepada Allah. 6. Kebaikan sahabat hendaklah dipuji (di belakangnya). Elakkan memuji di hadapannya kerana boleh mencacatkan hati. Segala aibnya hendaklah ditutup termasuk aib keluarganya. Malahan jika ada orang mengumpat peribadi atau perilaku sahabat itu, hendaklah menghalangnya dengan cara menasihati, dan jika tidak mampu hendaklah meninggalkan majlis atau tempat tersebut. 7. Hendaklah saling percaya mempercayai. Jika sahabat mengajak ke mana-mana eloklah ikut walaupun tidak diketahui tujuannya. Bersangka baiklah kepada sahabat kerana sahabat yang baik tidak akan membawa sahabatnya kepada kemudaratan. Jika diundang oleh sahabat ke majlisnya hendaklah diterima undangan itu sungguh-sungguh. 8. Jika sahabat telah meninggal dunia, hubungkan silaturrahim dengan keluarganya. Ziarahi keluarganya serta sahabat-sahabat baiknya yang lain. Ini akan memperluaskan lagi persahabatan. 95
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
9. Berilah kemaafan apabila sahabat meminta maaf. Mintalah maaf jika kita tersalah atau tersilap. Doakanlah sahabat selalu tanpa diketahuinya. Di kalangan tabiin, ada yang mendoakan sahabatnya yang agak cuai dengan Allah selama 40 hari sebelum menegur kesalahannya. Menyedari dan insaf atas kesilapan sendiri lebih baik daripada disedarkan atau diinsafkan oleh orang lain. Kemenangan dan kegemilangan Islam di zaman Rasulullah SAW dicapai dengan adanya ikatan persahabatan yang erat antara Rasulullah SAW dan pengikut baginda. Sahabat-sahabat Nabi yang seiya sekata dan sanggup berkorban apa sahaja demi memperjuangkan Islam yang tercinta, telah dapat mengatasi apa jua halangan yang datang. Ikatan persahabatanlah yang memberi kekuatan kepada mereka ketika diseksa di Makkah, ketika berhijrah ke Habsyah dan Madinah, ketika berperang di Medan Badar, Uhud dan Khandak. Sahabat lebih bernilai daripada harta. Tanpa sahabat hidup akan sunyi dan malap. Sahabat itu perlu terutama dalam saat-saat genting. Sedangkan Rasulullah SAW di Gua Tsur masih ditemani oleh Abu Bakar, apakah kita merasa begitu hebat hingga menafikan pertolongan sahabat di kala susah? Oleh itu Islam telah menggariskan cara yang tepat untuk mengikat tali persahabatan. Al Quran telah menjelaskan hakikat persahabatan yang sebenar melalui firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Berpegang teguhlah dengan tali Allah, dan jangan kamu berpecah belah.” (Ali Imran: 103) Ayat ini dengan tegas meletakkan asas kesatuan dan persahabatan yang sebenar ialah berpegang teguh dengan hukum Allah SWT. 96
PERPADUAN DAN PENYATUAN UMAT
Persahabatan yang dibuat atas dasar lain seperti kepentingan kerja, ekonomi, ketenteraan, pangkat, darjat dan lainlain tidak diterima oleh Islam melainkan jika semua itu ke arah mendaulatkan hukum Allah. Islam menuntut agar bersahabat sama-sama menjunjung perintah Allah serta meninggalkan laranganNya. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Bertolong bantulah dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa, jangan bertolong bantu dalam kejahatan dan kemungkaran.” (Al Maidah: 2) Sahabat, ada yang membawa ke arah kebaikan dan ada yang membawa ke arah kejahatan. Kerana itu Rasulullah SAW berpesan: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi sahabat.” Sahabat yang baik akhlaknya akan mempengaruhi kita ke arah kebaikan secara langsung atau tidak. Begitu juga sahabat yang rosak akhlaknya. Ia akan menjerumuskan kita ke arah kejahatan. Allah SWT berfirman:
Terjemahannya: “Maka berpalinglah engkau dari orang yang tidak mempedulikan peringatan Kami, dan ia hanya menginginkan kehidupan dunia semata-mata.”(Surah An Najm: 29) Sahabat yang baik membawa hati kita dekat kepada Allah. Melihat wajahnya boleh menguatkan iman. Men97
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
dengar nasihat dan kata-katanya boleh menyejukkan hati. Sayidina Ali k.w.j pernah berkata: “Sahabat yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sampingmu. Dia sanggup membahayakan dirinya demi kemaslahatanmu. Orang yang setiap masa bekerja untuk keperluanmu. Sanggup mengorbankan segala-galanya untuk kepentinganmu.” Sahabat seperti inilah yang akan menguatkan iman dan semangat untuk mengamalkan Islam. Mereka adalah orang yang patut dijadikan rakan seperjuangan dalam menegakkan Islam. Sebaliknya Allah mengutuk orang yang mengkhianati atau memutuskan tali persaudaraan dan persahabatan. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya orang yang amat dicintai Allah Taala ialah orang yang mudah bermesra-mesra dan senang dimesrai. Dan sesungguhnya orang yang amat dibenci oleh Allah, ialah orang yang suka menaburkan kata nista dan suka memecah-belahkan sesama saudara.” Inilah tuntutan persahabatan, yang jika dapat memenuhi tuntutan itu, bukan sahaja sahabat kita itu akan mendapat manfaat bahkan manfaatnya akan melimpah kepada seluruh manusia. Bukankah dunia telah mendapat manfaat dari persahabatan Rasulullah SAW dengan Sayidina Abu Bakar r.a?
98
7 Kepimpinan
D
alam bab-bab sebelum ini telah dikupas dan dianalisis mengenai kekuatan melalui membaiki diri, keimanan, ketaqwaan dan perpaduan, maka kini difokuskan pula mengenai pemimpin dan kepimpinan. Urutan yang sepatutnya ialah didahului tentang kepimpinan, kerana pemimpinlah yang menjadi faktor kepada berlakunya membaiki diri, iman, taqwa dan perpaduan. Atau dengan kata lain pemimpinlah yang membawa kepada terhasilnya kekuatan yang lain-lain itu. Tanpa pemimpin tiada umat yang dapat mengenal Allah SWT dan beriman denganNya, tiada yang dapat mendidik menjadi taqwa dan tiada yang boleh mengikat perpaduan umat. Sebab itu Allah SWT utus para Rasul terlebih dahulu baru diiringi dengan diturunkan wahyu. Setelah diutus Rasul sebagai figure pendahulu barulah diturunkan wahyu untuk mengatur seluruh manusia. Tidak pernah berlaku di sepanjang zaman berlalu tanpa adanya pemimpin. Malah pemimpinlah yang disebut oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud: “Dua golongan apabila baik mereka maka baiklah masyarakat iaitu umarak dan ulama.” (Riwayat Ibnu Abdul Barri dan Abu Nuaim). Melalui penjelasan Rasululah SAW itu kita dapat 99
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
melihat di mana setiap situasi disetiap zaman adalah dicorakkan oleh pemimpin. Zaman yang masyarakatnya rosak tentulah dicorakkan oleh pemimpinnya yang rosak. Apabila Rasulullah SAW membayangkan bahawa umat Islam akan kembali gemilang dan agung di akhir zaman sudah pasti dan muktamad adanya pemimpin yang hebat, berwibawa dan dibantu oleh Allah SWT. Sebagaimana tertegaknya zaman ummah pertama oleh faktor kepimpinan yang dijanjikan maka sudah pasti tertegaknya zaman ummah kedua juga di tangan pemimpin pilihan yang dijanjikan. Islam agama yang datang dari Allah SWT dan disampaikan kepada Rasul dan para Nabi bermula dari Nabi Adam a.s sampailah kepada Rasulullah SAW. Ini menunjukkan kebenaran itu bersambung dari dekad ke dekad, dari abad ke abad, dari satu generasi ke satu generasi. Berlaku kesinambungan ataupun kelangsungan pejuangan Islam. Kesinambungan ini ataupun kebenaran yang disambung dari dekad ke dekad, dari abad ke abad ini tidak pernah berhenti. Tidak pernah rehat. Cuma kadang-kala ia laju, kadang kala ia perlahan. Kadang-kadang ia serius, kadang-kadang ia tidak berapa serius. Namun perjuangan itu tetap berjalan, tetap dilaksanakan dan tetap bersambung. Walaupun kebenaran itu sentiasa ada dari dekad ke dekad, dari abad ke abad, tetapi untuk dapat memperjuangkan Islam hingga tertegak hukum hakam Islam secara syumul yakni di setiap aspek kehidupan, ia tidak berlaku pada semua masa. Tidak berlaku pada semua abad. Tidak berlaku pada semua generasi. Tertegaknya kebaikan secara menyeluruh ataupun secara global ini berlaku sekali sekala sahaja, mengikut masa-masa yang tertentu dan mengikut pemimpin-pemimpin yang tertentu pula. Walaupun banyak lahir pemimpin dan perjuangan menegakkan kebenaran itu berlaku sepanjang masa, tapi hanya sebilangan jari saja yang berjaya dan mampu memperjuangkan Islam secara syumul. Sedangkan di sisi Allah, perintah berjuang adalah diwajibkan pada semua orang pada setiap masa dan pada semua 100
KEPIMPINAN
generasi. Ini sudah taklif atau sudah dipertanggungjawabkan; tidak boleh tidak. Walaupun perintah berjuang itu ada tapi kejayaan menegakkan Islam secara global atau menyeluruh tidak berlaku setiap masa tapi hanya berlaku sekali sekala. Kejayaan menegakkan Islam secara syumul berlaku mengikut peringkat-peringkat atau tahap-tahap. Ada yang berlaku di peringkat diri dan keluarga sahaja. Ada yang berlaku di peringkat thoifah sahaja, ada yang berlaku di tahap jemaah yang lebih besar, ada yang berlaku di peringkat empayar, dan ada yang berlaku di peringkat ummah.
FAKTOR UTAMA KEJAYAAN PEMIMPIN SECARA UMUM Iman Dan Taqwa
Ini adalah faktor asas dan utama bagi seorang pemimpin. Melalui tahap iman dan taqwa yang tinggi Allah SWT akan bantu kepimpinannya. Pemimpin yang beriman dan bertaqwa sentiasa ada pautan, sandaran dan hubungan dengan Allah SWT. Dia sentiasa memelihara sehalus-halusnya dan seninya hati dengan Allah SWT sekaligus sangat menjaga syariat dalam segala urusan. Lantaran itu Allah SWT sentiasa memelihara dan menjadi pembelanya. Pemimpin adalah pencorak, pengatur dan pencatur masyarakat, ‘sibghatullah’ atau celupan Allah SWT itulah yang mewarnai kehidupannya lahir dan batin. Maka itu juga yang mewarnai kehidupan masyarakat. Ini bolehlah diibaratkan andainya seseorang hendak memberi duit kepada orang lain maka dia mestilah ada duit. Betapalah dalam soal iman, taqwa, kasih sayang dan perpaduan yang bersifat maknawiyah atau abstrak. Pemimpin yang kenal Allah SWT barulah dapat membawa manusia kenal kepada Allah SWT. Pemimpin yang sentiasa ada pautan hati dengan Allah SWT yang tidak lekang serta dibawa ke mana-mana, barulah dapat memper101
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
tautkan hati manusia dengan Allah SWT. Pemimpin yang berjaya mendidik dan menundukkan nafsunya barulah boleh mendidik manusia. Selain dari itu Allah SWT beri bantuan kerana keimanan dan ketaqwaan mereka menurut keperluan di situasi dan zaman ianya berada. Ertinya Allah SWT yang Maha Mengetahui akan hambaNya, menyalurkan bantuan sangat berbeza antara satu pemimpin dengan pemimpin yang lain. Tidak semua pemimpin berjaya secara syumul
Setiap orang boleh berusaha menjadi pemimpin untuk tegakkan Islam secara syumul mengikut zaman masingmasing, namun tidak semua pemimpin akan berjaya berbuat demikian. Kerana kejayaan itu sudah ditentukan oleh Allah. Untuk memperluaskan daerah atau jajahan Islam atau untuk memperbanyakkan orang masuk ke dalam agama Islam ini mudah. Tetapi untuk menegakkan Islam secara syumul di setiap aspek kehidupan mengikut peringkatperingkat yang ditentukan, ini sulit. Sebab kejayaan menegakkan Islam secara syumul mengikut peringkat masingmasing, sama ada peringkat keluarga, jemaah, negara, empayar dan seterusnya, ada faktor-faktornya.
FAKTOR KEJAYAAN MENEGAKKAN ISLAM SECARA SYUMUL DI SETIAP PERINGKAT 1. Faktor pemimpin. Belum pernah berlaku dalam sejarah, kebaikan atau kebenaran itu dapat ditegakkan tanpa adanya pemimpin. Untuk berjaya mesti ada pemimpin. Tidak pernah berlaku kejayaan menegakkan Islam secara syumul di peringkat keluarga sekalipun, tanpa pemimpin. Tanpa adanya pemimpin, ia tidak akan berjaya. Di dalam keluarga, pemimpinnya ialah ayah atau suami, atau orang yang ditua-tuakan. Kalaupun lahir kebaikan102
KEPIMPINAN
kebaikan di peringkat keluarga tanpa adanya pemimpin, maka ia berlaku secara biasa dan tidak menyeluruh. Untuk menegakkan kebaikan secara menyeluruh di peringkat keluarga, mesti ada pemimpin. Begitulah juga di peringkat thoifah, jemaah, empayar dan seterusnya. Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Allah pembela bagi orang bertaqwa.” (Al-Jatsiyah: 19)
Terjemahannya:”Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hidup dan memberi rezeki dari sumber yang tidak diduga” (At-Thalaq: 2-3) Itu janji-janji Allah kepada orang-orang bertaqwa; dibantu kepimpinannya. Walaupun kiranya pemimpin itu tidak dijanjikan atau tidak ditunjuk oleh Allah melalui Al Quran dan Hadis, tapi kalau dia bertaqwa, dia boleh berbuat lebih dari pemimpin-pemimpin biasa. Pemimpin-pemimpin yang ditunjukkan Allah SWT termasuklah Rasulullah SAW, para Rasul, para Nabi, para mujaddid dan Muhammad Al Fateh. Pemimpin-pemimpin yang tidak ditunjukkan atau tidak dijanjikan, tetapi bertaqwa, maka Allah tetap memberi bantuan kepadanya lebih daripada pemimpin biasa. Pada mereka ada bersama kerajaan langit, tentera Allah menumpaskan musuh. a. Karisma Setelah taqwa, faktor karisma penting sebagai menokok tambah kepimpinan dan kesempurnaannya. Taqwa boleh diusahakan, tetapi karisma adalah sifat 103
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
semulajadi, tidak boleh diusahakan. Karisma bersifat jazabiah (anugerah). Ciri-ciri karisma adalah: i. Kacak. Ini tak boleh diusahakan. Kacak atau rupa paras yang menarik membantu kepimpinan di samping taqwa. ii. Berani Ini karisma semulajadi. Ada orang berani luar biasa. Kalau takut, dia boleh usahakan jadi berani tetapi tak sama orang yang berani secara karisma ini. iii. Petah bercakap Dengan kepetahan bercakap, dia boleh mempengaruhi orang. Kalau pun tidak kacak, kerana rupanya buruk di kalangan orang-orang lain tetapi dia petah bercakap. Bila mendengar dia bercakap, orang tertawan. Ciri karisma ada padanya tapi tidak lengkap. iv. Cerdik Pandai boleh diusahakan, tapi cerdik adalah sifat semulajadi. Ada beza antara cerdik, pandai dan bijak. Kalau cerdik, ini karisma. Kalau pandai bukan dikatakan karisma. Pandai boleh diusahakan. Misalnya menganalisis – pandai otaknya. Peranan akal adalah menerima, menyimpan dan mengeluarkan ilmu. Bagi orang yang cerdik, dia boleh menerima, menyimpan dan mengeluarkan dengan baik. Ilmu yang diterima boleh pula dihuraikan lagi. Ketiga-tiga fungsi otaknya baik. Jika seorang pemimpin itu tidak ada karisma ini, susah sedikit baginya untuk memperkemaskan kepimpinannya. b. Ilmu atau pengalaman (termasuk ilham) Kalau seorang pemimpin itu dijanjikan, dengan taqwanya dia dibantu mendapat ilham. Dia ada kepimpinan. Sebagai pemimpin, kalau tidak dapat ilham, dia ibarat layang-layang yang talinya pendek. Layanglayang itu tidak boleh terbang tinggi. Kalau mendapat 104
KEPIMPINAN
ilham, ia ibarat layang-layang yang boleh terbang tinggi kerana talinya panjang. Ilmu yang diperolehi hasil dari pengalaman adalah khibrah. Faktor pemimpin sangat penting untuk menegakkan kebaikan secara menyeluruh di peringkat keluarga, jemaah, negara, empayar bahkan sedunia. Faktor pemimpin adalah faktor pertama dan utama. Kerana pemimpin umpama kayu dan rakyat ibarat bayang-bayangnya. Kalau kayu lurus maka bayang-bayangnya pun lurus. Tapi kalau kayu bengkok maka bayang-bayangnya pun bengkok. Tak mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Dan kalau kayu lurus bayangnya pun lurus. 2. Faktor pemimpin yang dijanjikan. Seseorang pemimpin yang ditunjuk Allah sama ada melalui kitab, Al Quran atau Hadis, secara otomatik jemaahnya adalah jemaah yang ditunjuk juga. Kalau dia memimpin negara maka otomatik negara itu negara yang ditunjuk. Begitu juga kalau dia memimpin thoifah, jemaah atau empayar. Isyarat atau tanda seseorang pemimpin itu ditunjuk ialah dia dapat melaksanakan ajaran Islam lebih daripada orang lain. Dia lebih berjaya tegakkan Islam daripada orang lain. Dia bukan saja bertaqwa dan ada karisma, malah dia memang ditunjuk, ditentukan dan dipilih oleh Allah. Buktinya dapat dilihat pada Rasulullah SAW, Kulafa’ur Rasyidin dan Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz. Begitu juga Muhammad Al Fateh serta mujaddid awal kurun seperti Imam Syafie dan Imam Ghazali. Kesemuanya menonjol kebaikan yang dibuat. Salahuddin Al Ayubi pula, walaupun tidak ada isyaratisyarat yang menyatakan dia pemimpin yang ditunjuk, tetapi yang pasti dia bertaqwa dan berkarisma. Dia dapat hasilkan kejayaan melebihi apa yang dibuat oleh orang lain. Isyarat Al Quran dan Hadis mengenainya memang tak ada, tetapi dia dapat membawa kejayaan; dapat menawan Baitul Maqdis dan lain-lain. Namun ketokohan Salahuddin Al 105
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Ayubi sentiasa di bawah Muhammad Al Fateh. Muhammad Al Fateh lebih menonjol dan lebih berwibawa. Sebab itulah Muhammad Al Fateh dapat menegakkan empayar yang luas, agak lama dibandingkan dengan Salahuddin Al Ayubi. Jadi kita tahu bahawa kalau seorang pemimpin yang dijanjikan, maka keluarganya juga dijanjikan, jemaahnya juga dijanjikan, negara yang dipimpinnya juga dijanjikan dan begitulah seterusnya. 3. Faktor tempat. Mujadid dilahirkan di satu-satu tempat yang dijanjikan. Bila tempat itu dijanjikan, maka tidak ada tempat lain di zaman itu di mana kebaikan dapat ditegakkan lebih daripada tempat itu. Tempat itu mengikut di mana mujadid itu lahir. Tempat itulah yang dijanjikan. Kadang-kadang tempat itu lebih jelas ditunjukkan oleh Hadis daripada orang-orangnya. Contohnya Konstantinopel. Nama Konstantinopel lebih jelas ditunjukkan oleh hadis, sedangkan Muhammad Al Fateh tidak disebut namanya. Cuma diisyaratkan, Konstantinopel akan jatuh ke tangan sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera atau rakyat. Yang lebih jelas disebut ialah Konstantinopel. Contoh lain ialah tentang Timur. ‘Timur’ disebut dalam hadis. Ia tempat yang ditunjukkan. Oleh itu kebaikan yang dapat ditegakkan di Timur melebihi kebaikan di manamana tempat lain. Tidak hairanlah ‘Timur ’ ini lebih menonjol kebaikannya dari tempat lain. 4. Faktor masa. Kebaikan secara syumul dapat ditegakkan pada setiap awal kurun. Kalau seorang pemimpin atau satu-satu jemaah atau golongan itu bukan lahir di awal kurun, dia tak boleh pergi jauh. Memang sudah ditentukan begitu. Para orientalis ketika menulis tentang kesufian, sering mengambil contoh kisah-kisah Zunnun Al Misri, Malik bin Dinar dan lain-lain ulama sufi yang hidup di pertengahan kurun dan di hujung kurun. Mereka tak ambil contoh ulama-ulama sufi yang bertaraf mujaddid yang lahir di awal 106
KEPIMPINAN
kurun seperti Imam Syafie, Imam Al Ghazali dan Imam Sayuti. Sebab sufi bertaraf mujaddid itu mempunyai sifat kepimpinan. Kalau ditonjolkan nanti umat Islam bangkit. Maka ditonjolkan ahli-ahli sufi yang tidak bertaraf pemimpin. Tujuannya supaya kita yang hidup di awal kurun ini hanya mencontohi ahli-ahli sufi yang hidup di hujung kurun. Yakni ahli-ahli sufi yang lebih banyak mengasingkan diri dari masyarakat (beruzlah) untuk menyelamatkan iman kerana masyarakat waktu itu telah rosak. Mungkin dari segi ilmu, memang ilmu-ilmu terbuka luas. Tetapi faktor kepimpinan boleh menegakkan Islam secara syumul ini kurang. Ilmu itu boleh Allah bukakan. Ini termasuk ilmu tafsir, tasauf atau sebagainya. Tetapi ilmu kepimpinan yang berbentuk ilham ini hanya diberikan kepada pemimpin yang dijanjikan. 5. Faktor ‘team’ kepimpinan. Untuk menegakkan Islam yang syumul mengikut peringkatnya, mesti ada satu golongan yang dikatakan ahlul halli wal ‘aqdi. Ia sangat penting kerana ia membantu pemimpin. Pemikiran mereka selaras dengan pemimpin yang dijanjikan dan sangat taat. Mereka inilah yang membentuk team kepimpinan sama ada bagi pemimpin sahaja, lebih-lebih lagi pemimpin yang dijanjikan. Contohnya seperti Rasulullah SAW; baginda ada team kepimpinannya; Muhammad Al Fateh ada team kepimpinannya sendiri yang termasuk gurunya Shamsuddin Al Wali. Kalau seseorang pemimpin itu tiada team kepimpinan, susah baginya hendak capai kejayaan mengikut peringkatnya. 6. Mesti ada orang bertaqwa bertaraf wali. Namanya sangat rahsia. Manusia tak tahu. Kalau ada yang tahu pun, sedikit sahaja. Disebabkan mereka inilah (orang bertaraf wali), terbantunya kerja-kerja menegakkan kebenaran. Kerana merekalah, Allah beri rezeki dan Allah bantu perjuangan. Rezeki diturunkan, bala dialihkan. Kalau tidak kerana hadirnya orang-orang ini, semua 107
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
orang lain akan diazab. Tetapi oleh sebab adanya orang yang Allah cinta, maka orang lain diberi rahmat. Orang bertaqwa ini mungkin terdiri dari kalangan pemimpin atau dari kalangan pengikut. Pada sesiapa saja boleh berlaku taraf wali ini. Bagi pemimpin yang dijanjikan, dia sudah ditentukan kewaliannya. 7. Ada golongan fanatik. Fanatik yang dimaksudkan di sini ada dua bentuk: a. Amalan Islam yang kuat. b. Ketaatan yang kuat. Di akhir zaman golongan yang fanatik ini disebut Ikhwan dan Asoib. Walaupun tidak bertaqwa, mereka mempengaruhi suasana, jemaah, keluarga, thoifah dan daulah. Mereka sekadar soleh tetapi sangat taat dan amalkan Islam sungguh-sungguh. 8. Bila sudah sampai ke kemuncak kezaliman. Untuk menegakkan Islam secara syumul atau menyeluruh, lihat keluarga, jemaah dan dunia. Salah satu faktornya ialah kemuncak kezaliman telah berlaku. Sudah kebiasaan, setiap adanya ‘super soleh’, mesti ada ‘super zalim’. Di zaman Rasulullah SAW, ‘super zalim’ yang dijanjikan waktu itu adalah Abu Jahal. Jadi bila kebenaran yang dijanjikan akan tertegak, waktu itu berlaku kemuncak kezaliman. Kemuncak kezaliman ini relatif, ia berlaku mengikut peringkat-peringkat atau suasana sesuatu tempat itu. Kalau tempat itu, darjah kejahatannya tinggi, maka tahap kezalimannya tinggi. Sebaliknya jika tempat itu, darjah kejahatannya rendah maka tahap kezalimannya rendah. Sebagai perbandingan, ambil contoh di negara-negara lain, pergaduhan yang menyebabkan beberapa orang mati adalah perkara biasa. Ia tidak menjadi berita. Jika berlaku rusuhan yang menyebabkan beribu-ribu orang mati, baru dikira besar. Itulah kemuncaknya. Sebaliknya di Malaysia, kejadian kereta berlanggar yang mengakibatkan dua orang terbunuh, pun sudah dikira besar. Itulah kemuncaknya. 108
KEPIMPINAN
Apabila kemuncak kezaliman berlaku, maka kebenaran secara global juga memuncak sama. Ia naik sama seiring. Grafnya sama tinggi. Kalau hendak diulas seperti yang sedang berlaku sekarang ini, hikmahnya ada dua perkara: a. Untuk mencanai hati manusia supaya dekat dengan Allah. b. Untuk menunjukkan kegagalan sistem dan perlaksanaan yang ada sekarang ini. Cara Allah hendak proses secara langsung ialah seperti melalui bencana alam. Secara tidak langsung pula melalui kekhilafan, kesalahan, kebakaran, kerosakan alat dan kelalaian manusia. 9. Ada model. Setiap perjuangan mesti ada model mengikut peringkat-peringkatnya. Kalau perjuangan itu di peringkat jemaah maka jemaah itu sebagai model. Kalau di peringkat negara, maka negaralah sebagai model. Model adalah sesuatu yang dapat dilihat. Bila ada model, sesuatu perjuangan itu mudah mempengaruhi. Kerana mata sangat mempengaruhi hati. Kegagalan sekarang ini adalah kerana ramai orang boleh bercerita tentang Islam tetapi tidak menunjukkan model. Ibarat berbahas tentang gula tetapi tidak ada gula di depan mata. Seorang percaya gula itu manis, seorang lagi tak percaya. Yang tak percaya itu cuma perlu merasa sahaja. Bila dia dapat rasa gula, dia akan percaya manisnya gula itu. Inilah Islam di akhir zaman. Kalau kita hendak mempersembahkan Islam, kita tidak boleh hanya memperkatakannya, sebaliknya perlu sediakan model pada diri, keluarga, jemaah atau negara. Ibarat bercerita tentang gula, kita mesti memberi orang rasa kemanisan gula itu. Dengan adanya model, orang yang duduk dengan kita boleh tertarik. Cuma kadang-kadang Islam dijadikan bahan mental exercise. Ia hanya membuat orang tahu kebaikannya, tapi 109
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
tidak dapat merasainya. Bila ini berlaku, ilmu tentang Islam telah jadi istidraj. Misalnya, dalam memberi kuliah, tukang kuliah memperkatakan tentang sifat-sifat keji (mazmumah). Tetapi mazmumah pada dirinya tak tersuluh hingga katakatanya tajam dan menikam. Orang yang bergaul dengannya pun tidak tertarik. Kalaulah umat Islam faham kesemua sembilan faktor itu tadi mereka: 1. Tidak akan berebut kepimpinan. Sebab kalau faham faktor, dia tahu apakah dia dijanjikan atau tidak, bertaqwa atau tidak, ada karisma atau tidak, maka kepimpinan tidak jadi rebutan. Cuma sekarang ini kepimpinan menjadi rebutan adalah kerana tidak tahu diri. Pejuang-pejuang yang tidak tahu maka mereka akan cetuskan revolusi dan peperangan. Akhirnya hancur di tangan musuh kerana bukan orang yang dijanjikan. 2. Pandai menyesuaikan diri. Umat Islam akan faham apa yang perlu dibuat pada perjuangannya di sesuatu zaman. Mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan suasana. Kalau seseorang itu berada di awal kurun dan dia tahu pada dirinya tidak ada sifat-sifat sebagaimana yang dijanjikan maka dia akan mencari mujaddid di zaman itu. Jika dia faham kedua-dua perkara itu, dia berjuang dengan tidak melulu dan pandai bertindak. 3. Pemimpin yang dijanjikan tidak boleh diganti (kecuali dia mati). Dia tidak akan nyanyuk. Tidak akan dimatikan oleh Allah di pertengahan jalan sebelum perjuangannya sampai pada matlamat.
110
8 Pemimpin Yang Diisyaratkan
D
alam bab sebelum ini (Bab 7) ada dinyatakan iaitu faktor kejayaan pemimpin (faktor kedua) ialah pemimpin yang dijanjikan atau yang diisyaratkan samaada secara khusus atau umum. Dalam bab ini akan diberi penjelasan lebih lanjut siapakah pemimpin yang dimaksudkan itu dan apa kepentingannya kepada perjuangan Islam khususnya zaman kita ini di Malaysia. Mengapa para sahabat bertebaran di muka bumi ini? Mengapa mereka berjuang dengan begitu gigih sekali? Ini kerana mereka menagih janji Allah SWT. Mengapa pula mereka menagih janji itu? Kerana mereka benar-benar yakin dengan janji-janji tersebut. Mereka yakin setiap apa yang diungkapkan oleh Rasulullah SAW itu pasti berlaku. Sedangkan apa yang dijanjikan melalui lidah Rasulullah SAW waktu itu belum berlaku. Mari melihat beberapa hadis sekadar dijadikan contoh yang ketika Rasulullah SAW masih hidup perkara tersebut masih belum berlaku, di antaranya: Sabda Baginda SAW yang bermaksud:
“Timur dan Barat akan terbuka untuk kamu” (Riwayat Ahmad) 111
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Ketika ungkapan ini dikeluarkan, Rom dan Parsi masih berkuasa dan belum tumbang lagi. Malah di dalam Al Quran juga Allah SWT menjanjikan kemenangan umat Islam atas Rom dan Farsi Firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Rom dikalahkan oleh Farsi di tanah jajahannya dan mereka (Rom) selepas itu akan mengalahkan Farsi dibeberapa tahun kemudian. Sama ada sebelum dan selepas, semuanya dalam urusan Allah. Ketika (Rom mengalahkan Farsi) orang Mukmin bergembira (dengaan pertolongan Allah itu).” (Ar Rum: 2-4) Hadis lain pula menyebutkan, maksudnya: “Ilmu Islam dan kefasihan bahasa Arab akan diwarisi oleh orang Mesir.” Ertinya Mesir akan menjadi pusat ilmu Islam dan orangorang akan lebih fasih dengan bahasa Al Quran dan Hadis dibandingkan dengan bangsa-bangsa Arab yang lain sedangkan sehingga wafatnya Rasulullah SAW Mesir masih belum dibuka dan masih di bawah kekuasaan Rom. Namun apa yang disabdakan itu telah benar-benar berlaku dengan terbangunnya Universiti Al Azhar. Sejak itu Mesir menjadi pusat Ilmu Islam. Disinilah pentingnya keyakinan, dan para sahabat adalah golongan yang sangat yakin dengan janji-janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW. Mereka bersungguh-sungguh menagih janji itu. Mereka berusaha untuk membuk112
PEMIMPIN YANG DIISYARATKAN
tikan kebenaran janji-janji itu dan mereka yakin akan pasti terjadi. Andainya para sahabat itu tidak yakin atau bersikap acuh tidak acuh, atau mereka merasakan bahawa cukuplah sekadar Islamnya Mekah dan Madinah sahaja, atau mereka lebih memikirkan sekadar cukup dengan ibadah dan membaiki diri sahaja, sudah tentulah tidak berlaku sebahagian besar daripada para sahabat itu mati di luar Mekah dan Madinah. Cuba lihat lagi sikap para sahabat terhadap janji Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Konstantinopel akan jatuh ke atas tangan seorang Amir (ketua) yang baik lagi beragama, tenteranya tidak melampau, tidak mencuri dan rakyatnya tidak penipu dan tidak bergaul bebas (baik).” (Riwayat Imam Abul Hasan Ahmad bin Jaafar) Rasulullah SAW menyebutnya secara umum tanpa tahun, kurun mana, siapa, kaum mana dan siapa pemimpin tersebut. Oleh kerana yang memberitahu itu adalah Rasulullah SAW sendiri, maka sejak zaman sahabat lagi mereka ghairah dan berlumba-lumba merebut janji tersebut dengan harapan kemenangan itu bakal terjadi di tangan mereka. Di antara sahabat yang mencubanya ialah Abu Ayyub Al Ansari, Ahmad Al Ansari, Hamidullah Al Ansari dan Abu Tsabit Al Hudri. Dan makam mereka berada di sepanjang tembok kubu Rom itu. Mereka tidak berjaya mendapatkan gelaran “Pemimpin yang baik” itu kerana bukan mereka yang diisyaratkan. Namun perjuangan itu terus sambung bersambung. Hanya selepas 600 tahun dari sabda Rasulullah SAW itu barulah ianya terjadi di tangan Muhammad Al Fateh dari keturunan Bani Othman. 113
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Walaupun begitu Allah SWT tidak mensia-siakan pengorbanan dan jihad mereka yang gagal dalam menagih janji Allah itu, tetap dikira sebagai ibadah yang meraih pahala syahid. Apa yang penting ialah keyakinan dan sikap mereka terhadap janji Allah SWT itu. Keyakinan dan sikap itu sewajarnya dimiliki oleh umat Islam di zaman ini. Kerana di zaman ini juga ada isyarat dan janji Allah SWT untuk umat Islam memburu dan meraih darjah dan keutamaan menagihnya. Di sebutkan dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar r.a, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang Panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani) Sepatutnya umat Islam meniru sikap para sahabat dan terus mengambil langkah dan pendekatan yang sama iaitu berebut untuk menagih janji Allah SWT itu. Sepatutnya umat Islam tertumpu ke Timur mencari Pemuda Bani Tamim itu. Sekiranya kita menyedari bahawa bukan kita orangnya yang dijanjikan itu namun ada alternatif lain iaitu berhabis-habisan menyumbang apa sahaja untuk mem114
PEMIMPIN YANG DIISYARATKAN
bangunkan Islam hingga sampai ke puncak kegemilangan kali kedua. Bagi umat Islam di Timur khususnya di nusantara dan bangsa Melayu, lebih lebih lagi patut bersyukur kerana hadis tersebut mengisyaratkan pemimpin zaman ummah kedua itu datangnya dari Timur khususnya alam Melayu ini. Dan diisyaratkan orangnya iaitu Pemuda Bani Tamim yang berada di tengah-tengah alam Melayu. Sepatutnya bangsa Melayu bersyukur dan berbangga serta berusaha keras berbanding bangsa-bangsa lain. Dengan sebab keinginan dan usaha yang bersungguhsungguh itu moga-moga Allah SWT sudi menerima kita sebagai pendokong utamanya yang bergelar Ikhwan. Sudah sangat jelas kepada umat Islam bahawa pintu kemenangan sentiasa terbuka luas sehingga ‘figure’ yang menjadi faktor kemenangan itu turut ditunjuk oleh Allah SWT melalui lidah Rasulullah SAW. Walaupun tidak dikhusus kepada sesiapa sekurang-kurang disebut sebagai Pemuda Bani Tamim dari sebelah Timur. Ini sama jugalah Rasulullah SAW menyebut tentang kejatuhan Konstantinopel oleh pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. ‘Figure’nya sudah disebut secara nyata iaitu Pemuda Bani Tamim walaupun masih bersifat umum, namun itu juga sebagai isyarat bahawa tapak zaman ummah kedua yang bakal terjadi itu, akan berjaya terbina di tangan Pemuda Bani Tamim, pendokongnya pula disebut sebagai Ikhwan. Tapaknya adalah sebuah Daulah (negara). Sewajarnya umat Islam tidak terlalu menimbulkan banyak pertikaian, perbahasan atau polemik. Jangan terlalu banyak pandangan negatif, prasangka atau memperlecehkan. Sepatutnya berfikir lebih rasional, berlapang dada dan mengambil sikap dan pendirian yang jelas berdasarkan isyarat hadishadis tersebut. Inilah maksud seruan Rasulullah SAW, agar mendatangi mereka dan berbai’ah walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Dan bukan sebaliknya dengan, melemparkan berbagai tuduhan yang perbuatan itu seolaholah sudah selari dengan musuh-musuh Islam. Musuh115
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
musuh Islam sangat bimbang, cemas dan gerun kerana mereka menyakini kedatangan zaman ummah kedua bermula di tangan Pemuda Bani Tamim.
Daripada Abdullah Ibn Mas’ud katanya: Ketika kami berada di samping Rasulullah SAW tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hashim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinangan air mata dan wajah baginda berubah. Akupun bertanya: “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?” Maka Rasulullah SAW menjawab: “Kami adalah ahli keluarga (ahlul bait) yang telah Allah SWT pilih untuk kami akhirat melebihi dunia. Kaum kerabatku nanti akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang satu kaum dari sebelah Timur 116
PEMIMPIN YANG DIISYARATKAN
dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikan. Maka mereka berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikan kepada mereka apa yang dahulu mereka minta tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Sesiapa di antara kamu yang sempat menemuinya, datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.” (Sunan Ibn Majah) Di dalam sebuah hadis yang lain:
Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingankepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) Sama ada dari sumber A-Quran mahupun sumber Hadis, apabila sesuatu perkara itu diisyaratkan, maka ianya pasti terjadi. Sejarah telah membuktikan bahawa pihak musuh atau penentang sentiasa sahaja berusaha dengan berbagai cara untuk menghalangnya. Di antara contoh yang 117
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
paling masyhur ialah perbuatan Firaun membunuh semua anak lelaki setelah ahli nujumnya meramalkan bahawa seorang lelaki akan meruntuhkan kekuasaan Firaun. Seorang anak lelaki bukan sahaja terselamat daripada kekejaman Firaun itu malah sebaliknya anak lelaki itu dibela, dibelai, dipelihara dan membesar di dalam istananya sendiri. Allah SWT sendiri telah mempersiapkan segala aspek yang diperlukan demi keselamatan Nabi Musa a.s untuk selamat berada di istana tersebut. Begitu hebat kekuasaan Allah SWT sehingga seolah-olah Firaun itu sudah dihukum atau dipaksa oleh Allah SWT untuk “menyelamatkan” figure yang bakal berperanan memusnahkan kekuasaan Firaun. Begitu juga terjadi kepada Nabi Isa a.s yang hendak disalib oleh kaumnya sendiri.Tetapi Allah SWT telah selamatkan Nabi Isa a.s dan yang tersalib itu adalah salah seorang pengikut Nabi Isa a.s yang belot. Pembelot itu sendiri yang dihukum oleh Allah SWT sebagai penggalang ganti kepada Nabi Isa a.s yang Allah SWT angkat ke langit. Apabila berulang kali Konstantinopel cuba dikuasai oleh tentera Islam, maka pihak Rom semakin memperkukuhkan pertahanan mereka. Ini termasuk pembinaan tembok kukuh, gagah yang menurut logiknya tidak berupaya diganggu gugat oleh sesiapa saja. Namun melalui isyarat Hadis, Konstantinopel akan jatuh ke tangan pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik. Perkara yang di luar logik pula berlaku apabila Muhammad Al Fateh menawan Konstantinopel dalam tempoh satu malam. Oleh itu umat Islam khususnya para pejuang pecinta kebenaran hendaklah yakin akan kedatangan Pemuda Bani Tamim dan selepas itu diiringi oleh Al Mahdi. Musuhmusuh Islam berusaha keras menghalang kemunculannya. Namun yakinlah bahawa Allah SWT Maha Berkuasa. Pasti Allah SWT telah melengkapkan segala aspek keperluan yang berkaitan keselamatan Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi itu. Kelazimannya, berlaku keselamatan itu di luar logik kerana begitulah sifatnya kekuasaan Allah SWT. Ini terbukti setiap apa jua ciptaan Allah SWT semuanya aneh. 118
PEMIMPIN YANG DIISYARATKAN
Cuma oleh kerana ia berlaku di keliling kita dan kita tidak memikirkannya lantas kita menganggap ia perkara biasa. Allah SWT ada menjelaskan dalam Al Quran:
Maksudnya: “Mereka (orang-orang kafir) ingin untuk memadamkan cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut-mulut mereka. Sedangkan Allah akan menyempurnakan agamaNya sekalipun dibenci oleh orang kafir.” (At-Taubah: 32) Ertinya musuh-musuh itu bukan sahaja mencabar utusan-utusan Allah SWT dan pembawa kebenaran, malah cahaya kebenaran (Islam) yang merupakan milik Allah SWT itu pun mereka cuba padamkan. Namun Allah SWT tetap membela dan menyelamatkannya. Rahsia di sebalik semua peristiwa dan kejadian itu ialah agar manusia melihat kekuasaan Allah SWT, melihat kebesaran dan keagungan Allah SWT.
119
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
9 Masa Yang Diisyaratkan
S
angat beruntung bagi umat Islam yang mana segala rahsia yang berkaitan bagi mencapaikan kemenangan, telah pun diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Dalam Bab 8 iaitu faktor kemenangan yang utama ialah ada pemimpin yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dan pemimpin itu didahului oleh Pemuda Bani Tamim sebagai pembina tapak ummah sebelum Al Mahdi. Rasulullah SAW bukan sekadar memperkenalkan ‘figure’ utamanya iaitu Pemuda Bani Tamim sebelum kedatangan Al Mahdi, tetapi juga diberitahu masa kedatangannya. Tujuannya ialah supaya umat Islam meneliti dari masa ke semasa, dari zaman ke zaman agar umat Islam dapat menetapkan sikap dan pendirian serta bertindak sesuai dengan tuntutan sesuatu zaman. Rasulullah SAW bersabda:
Terjemahannya: “Allah mengutus pada umat ini di setiap awal seratus tahun orang yang memperbaharui urusan agamanya (mujaddid).” Kini umat Islam sedang berada di awal kurun Hijrah 120
MASA YANG DIISYARATKAN
ke-15 dan hampir berada di awal kurun ke-21 Masehi serta memasuki gerbang alaf ketiga Masehi iaitu memasuki tahun 2000 sekali gus (Awal kurun ke-21 Masihi, awal kurun ke15 Hijrah, awal alaf ketiga Masehi). Andainya umat Islam peka dengan masa yang sedang dilalui ini dan faham pula kaitannya dengan kemenangan Islam, nescaya mereka sungguh-sungguh bersyukur, bergembira dan sangat menantikan ketibaannya. Ertinya mujaddid kurun ke-15 Hijrah bakal muncul. Kemunculan seorang mujaddid sangat besar ertinya kepada kemenangan Islam. Mujaddid berperanan mengembalikan umat Islam kepada keagungannya. Bumi dilimpahi rahmat dan berkat. Kehidupan manusia sangat sejahtera dan makmur. Keadilan merata kepada semua manusia. Kezaliman berjaya ditumpaskan. Bertuah sungguh bagi umat Islam yang ditakdirkan hidup di awal kurun ini. Lebih-lebih lagi apabila turut serta di dalam arus kebangkitan Islam kini. Berdasarkan keterangan-keterangan hadis-hadis mengenai Al Mahdi itu kedatangannya didahului oleh Pemuda Bani Tamim yang membawa panji-panji hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur. (Tidak perlu diulang, hanya rujuk kembali kepada hadis-hadis dalam bab sebelum ini). Andainya hanya sekadar pemimpin yang dijanjikan itu diberitahu iaitu Pemuda Bani Tamim yang dia itu mendahului Al Mahdi, tetapi masa atau zamannya tidak diberitahu, tentu sukar juga untuk menentukan sikap dan pendirian umat Islam. Di saat ini sangat perlu diyakini berdasarkan berbagai tanda yang berlaku di seluruh dunia yang bertepatan pula dengan bertemu dua awal kurun dan sekaligus awal alaf pasti inilah masanya bakal muncul Pemuda Bani Tamim yang membina tapak ummah. Manakala tapak ummah itu akan diserahkan oleh Pemuda Bani Tamim kepada Al Mahdi. Sepatutnya umat Islam bergembira seperti menyambut kedatangan hari raya yang menjelang tiba beberapa detik saja lagi, iaitu kemunculan Pemuda Bani Tamim yang bakal bersambung kepada Al Mahdi. Marilah berlapang dada, berfikiran terbuka serta mengambil sikap yang tepat iaitu 121
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
mengkaji semula sejarah semua mujaddid yang telah muncul setiap awal kurun. Di situ nanti umat Islam dapat melihat gambaran bagaimana suburnya kehidupan Islam dan kehidupan bersyariat, di zaman setiap mujaddid itu. satu yang jelas ialah masa kemunculannya sangat-sangat dinantikan oleh umat Islam. Kerana mereka terlalu rindukan kedamaian dan kesejahteraan. Mereka rindukan barokah dan karomah yang memenuhi bumi. Lebih-lebih lagilah ini adalah ‘Mujaddid Agung’ iaitu Al Mahdi Al Muntazar yang didahului oleh Pemuda Bani Tamim. Pemuda Bani Tamim itu sendiri ada padanya kelebihan sebagai anugerah khususiah, seperti juga yang dimiliki oleh Umar Ibnu Abdul Aziz. Iaitu di tangan Pemuda Bani Tamim diserahkan kuasa Daulah sebagai tapak ummah. Di tangannya juga ada laluan besar kepada terbinanya Islam menuju zaman ummah. Hanya musuh-musuh Islam, Yahudi dan Nasrani saja yang sangat gementar dan cemas akan kemunculannya. Sebab itulah mereka berusaha menyekat kemunculan Pemuda Bani Tamim walaupun mereka tahu akan tetap gagal.
122
10 Tempat Yang Diisyaratkan
A
llah SWT Zat Yang Maha Agung, seluruh makhluk adalah di dalam genggamanNya. Allah SWT yang menjadikan sesuatu itu dengan berkata: “Jadi”, maka jadilah perkara itu. Rakyat Malaysia merasa bangga apabila menjadi tuan rumah persidangan APEC, tuan rumah persidangan OIC, pengasas Musabaqah Al Quran, tuan rumah SUKOM dan F1. Turut merasa bangga kerana adanya bangunan tertinggi, KLIA, pengeluar minyak sawit terbesar, masyarakat majmuk yang aman damai, watak bangsa yang peramah dan lemah lembut, sopan santun dan dianggap sebagai negara Islam contoh. Kalau dengan itu semua sudah membuatkan rakyat Malaysia gembira dan bangga, tentulah sepatutnya lebih bangga dan gembira apabila ianya termasuk yang diisyaratkan sebagai daulah yang menjadi tapak ummah. Di situ juga munculnya pimpinan Pemuda Bani Tamim yang membawa laluan menuju ummah kedua. Begitu juga sebagai perbandingan, kita tentu amat gembira andainya dimaklumkan bahawa sebuah gunung di negara kita akan bertukar menjadi gunung emas. Rasa gembira dan senang hati itu kerana kita adalah rakyat negara ini. Selain adanya rasa kekitaan, tentunya kita turut menaruh harapan bakal memperolehi manfaat bersama dari 123
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
hasil emas yang sebesar gunung itu. Kalau demikian tentulah kita akan merasai lebih lebih lagi gembira apabila diberitahu bahawa sesuatu yang lebih besar nilainya berbanding gunung emas bakal terjadi di negara kita ini. Tidak lain dan tidak bukan ialah Malaysia bakal menjadi tapak kegemilangan Islam menuju zaman ummah kedua di akhir zaman ini. Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah Islamiyah. Dari situlah bermulanya keagungan Islam hingga ke alam sejagat. Inilah yang telah dijanjikan atau diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Rujuk kembali kepada Hadis sebelum ini; Rasulullah SAW bersabda maksudnya: Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Saidina Ali; baginda berkata: “Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi.” (Hadis riwayat At Tabrani) Biarpun Hadis Rasulullah SAW itu tidak menyebut secara nyata atau khusus ditujukan Timur itu maksudnya Malaysia, namun tanda-tanda dan ciri-cirinya sangat jelas. Apa yang pasti, Timur itu bukan Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, Filipina dan seumpamanya. Timur itu mestilah negara Islam yang subur keIslamannya. Tidak perlu diletakkan di dalam ‘long-list’ mengenai ciri-ciri keIslaman Malaysia sebagai Timur yang dimaksudkan itu. Cukuplah dirangkumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang paling subur dan syumul pengamalan Islam. Dari keseluruhan aspek ajaran Islam itu yang lebih penting dilihat ialah dari sudut pembinaan roh Islam dalam diri penganutnya, ibadahnya, akhlaknya, pengamalan syariatnya, perkembangan dakwahnya, pendidikannya, kasih sayang dan perpaduan, lemah lembut, mudah mesra dan kesederhanaan. 124
TEMPAT YANG DIISYARATKAN
Ertinya Malaysia bakal menjadi daulah sebagai tapak tertegaknya ummah. Daulah itu dipimpin oleh Pemuda Bani Tamim, dan masanya ialah di awal kurun. Oleh itu tidak perlu mengelilingi merata ceruk rantau dan pelosok dunia. Fokuskan sahaja ke Malaysia untuk sama-sama menyumbang dan memberi ketaatan kepada Pemuda Bani Tamim. Sebenarnya tidak sukar hendak meyakini bahawa Malaysialah yang dimaksudkan sebagai panji-panji hitam yang datang dari sebelah Timur. Biarpun terdapat berbagai-bagai pandangan lain mengenai Timur itu, tetapi tiada siapa yang hendak menyanggahnya atau menyetujuinya. Kerana dalam keadaan belum berlaku, siapa pun bebas memberi pendapat dan tidak pula salah. Andainya Timur itu hendak dikatakan Kelantan pun boleh kerana ia berada di Pantai Timur. Atau boleh jadi Sarawak dan Sabah yang merupakan Malaysia Timur. Atau ada pendapat meletakkan Iran sebagai Timur itu. Dan tidak salah juga sekiranya dikatakan Pakistan atau Bangladesh. Pokok pangkalnya ini adalah perkara yang tidak perlu menjadi pertikaian. Dalam buku ini banyak dipaparkan bagaimana seharusnya sikap umat Islam terhadap janji Allah SWT. Yang sepatutnya bersikap seperti para sahabat. Kalau pun bukan Malaysia, maka sepatutnya berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai Timur itu. Tambahan pula, memang kalau dibandingkan dengan negara Islam lain hampir pasti bahawa Malaysialah yang dimaksudkan itu. Sebahagian umat Islam termasuk para ulama, sangat sukar hendak menerimanya. Sebahagian lagi mengambil sikap tunggu dan lihat. Sebahagiannya pula dengan syukur, senang hati, berlapang dada, berfikiran terbuka lantas meyakininya iaitu melalui maklumat dari berita ghaib atau isyarat kerohanian. Berdasarkan berita ghaib, Timur yang dimaksudkan oleh Hadis itu adalah Malaysia dan Pemuda Bani Tamim itu juga berada di Malaysia. Dan masanya juga sudah sangat hampir tiba umpama orang mengandung menunggu hari melahirkan. Bagi umat Islam, khususnya di rantau nusantara, ini 125
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
sepatutnya menjadi busyro atau berita gembira yang sangat disyukuri. Dan mengambil langkah positif menjadikan membaiki diri untuk mempertingkatkan taqwa sebagai agenda utama. Busyro kerana Allah SWT mungkin memilih Malaysia sebagai tempatnya dan Melayu adalah bangsanya. Satu perkara lagi yang agak sukar untuk meyakinkan umat Islam ialah kerana tidak dapat dihadirkan hujah konkrit iaitu memakai sikap musuh-musuh Islam. Sedangkan usaha untuk ‘mencekik’ Malaysia dan Indonesia (Nusantara) melibatkan gerakan antarabangsa. Tidak dapat tanduk telinga dipulas, mereka mencari jalan hendak menyekat perkembangan Islam di rantau ini. Mereka telah lama tahu bahawa inilah rantaunya yang bakal menjadi tapak untuk membangunkan ummah. Sebab itu gerakan mengKristiankan Indonesia telah bermula semenjak lama dulu. Anehnya hanya umat Islam saja yang masih lena dan sering bertelagah sesama sendiri. Malah para pemimpin dan ulama Islam pun kelihatan seolah-olah turut berperanan menjadi alat kepada musuh dan turut menyumbang kepada menyekat perkembangan Islam. Ingatlah, janji Allah SWT pasti terjadi.
126
11 Pendokong Yang Diisyaratkan
A
llah SWT Maha Pencipta yang segala penciptaanNya tidak sia-sia, segala-galanya adalah untuk memperlihatkan dan menzahirkan kewujudanNya dan kekuasaanNya. Bersama-sama Rasulullah SAW itu adanya para sahabat. Mereka yang telah merelakan dan mengorbankan apa saja termasuk nyawa demi untuk kemuliaan agama Allah SWT. Mereka telah memilih dan merelakan diri mereka susah, sengsara dan menderita demi untuk meraih kesejahteraan abadi iaitu mendapat keredhaan Allah SWT. Bagi kebenaran yang dijanjikan buat kali kedua bertaraf ummah di akhir zaman ini yang tapaknya adalah sebuah Daulah, pendokong-pendokong utamanya tidak dipanggil sahabat, tetapi dipanggil Ikhwan. Sebutan Ikhwan itu adalah untuk membezakan dengan sahabat Rasulullah SAW. Ertinya Ikhwan itu adalah orang-orang yang bersama sebagai pendokong kepada Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi. Gelaran Ikhwan ini sangat mulia dan istimewa di sisi Allah SWT. Sebab itu apabila Rasulullah SAW menyebutnya di hadapan para sahabat bahawa baginda merindui para Ikhwan, ada di antara para sahabat mengharapkan umur mereka dipanjangkan hingga dapat bersama Ikhwan di akhir zaman. 127
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Manakala Sayidina Abu Bakar bertanya: “Bukankah kami ini Ikhwan mu?” Baginda SAW menjawab: “Tidak, wahai Abu Bakar, kamu adalah sahabat-sahabatku.” Dan baginda menambah: “Ikhwanku itu ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Sehingga aku lebih dicintai oleh mereka daripada anak dan ibu bapa mereka.” Patut sangat umat Islam ini memburu gelaran Ikhwan dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk bersama Pemuda Bani Tamim dan seterusnya bersama Al Mahdi. Inilah masanya dan bertekadlah untuk berjuang dengan bersungguh-sungguh bermula dengan membaiki diri hingga benar-benar memiliki iman yang kuat dan taqwa yang tinggi. Sewajarnya kita bukan sekadar terhenti untuk mengamalkan Islam dan menjadi individu yang baik. Lebih dari itu ialah mencapai taraf Ikhwan yang bersedia menjadi pejuang. Pejuang yang dengan penuh rela dan seronok meletakkan diri sebagai alas tiang. Alas tiang di mana segala beban perjuangan Islam sedia dipikulnya. Dan ini juga sebagai satu tuntutan mencapai kemenangan, iaitu adanya satu kelompok yang menyediakan diri dan sanggup terkorban demi ketinggian dan kemuliaan agama Allah SWT. Untuk layak mencapai taraf Ikhwan kepada Pemuda Bani Tamim dan Al Mahdi ada syarat-syarat tertentu, di antaranya: 1. Taqwa yang tinggi dan sebahagiannya ada yang bertaraf wali. 2. Memiliki keyakinan yang kental dan luar biasa. 3. Ketabahan, kesabaran dan kegigihan yang luar biasa. 4. Taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kepimpinan 5. Memiliki akhlak mulia dan mempesona. 6. Ibadahnya baik, banyak dan halus serta hati yang sentiasa merintih kepada Allah SWT iaitu Rubbanunbillail Wa fursanun fin Nahar – Rahib (beribadah) waktu malam, berjuang waktu siang. 128
7. Sesama Ikhwan sangat kuat tali persaudaraan, kasih sayang, bersatu dan bersefahaman. 8. Sentiasa diuji dan terus diuji namun mereka mampu menghadapi ujian. 9. Jumlahnya sedikit tetapi berkualiti sehingga seolaholah seorang sama dengan sepuluh orang yang lain atau lebih. 10. Tiada sebarang kepentingan diri kecuali semuanya hanya untuk Allah SWT dan agamanya. Rujuk kembali Hadis yang telah disebutkan terdahulu: Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW: “Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai’ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji.” (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim) Dalam sebuah atsar, Sayidina Ali Ibn Abi Talib ada berkata: “Allah menghimpunkan sahabatnya (Rasululah) sebanyak bilangan ahli Badar atau bilangan tentera Thalut seramai 313 orang lelaki. Seolah-olah mereka singa-singa yang keluar dari hutan. Hati-hati mereka bagaikan kepingan besi. Jikalau mereka berkeinginan (bercita-cita) untuk mengubah bukit, nescaya mereka dapat mengubahnya dari tempat asalnya. Gaya (stail) mereka satu, bentuk pakaian juga satu, seolah-olah bapa-bapa mereka itu bapa yang satu.” (Dari kitab Aqdud Durar Fi Akhbaril Muntazar, Beirut 1983, muka 95).
129
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
12 Situasi Yang Diisyaratkan
M
aha Suci Allah dan Maha Bijaksana yang mencipta tiap-tiap sesuatu tanpa sia-sia. Setiap kejadian atau peristiwa ada hikmah di sebaliknya. Hikmah-hikmah itu ada yang dapat diselami dan diberi faham oleh Allah SWT dan banyak pula yang dirahsiakan. Saat kegemilangan umat juga dapat dikenal melalui isyarat situasi yang berlaku di waktu itu. Kedatangan mujaddid kurun ke-15 iaitu Al Mahdi telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai tandanya iaitu dunia penuh kezaliman, yang mana kedatangan penyelamat itu pula sebaliknya penuh dengan keadilan. Untuk mengenal kezaliman bukanlah terlalu menyukarkan. Asalkan umat Islam faham erti kezaliman. Zalim bukan sekadar bermaksud menghukum orang tanpa sebab, atau melanggar hak asasi, atau gugurkan bom yang turut membunuh orang yang tidak berdosa. Zalim juga bukan hanya bererti tidak melayani sama rata atau menyekat bantuan kepada negara miskin. Zalim yang paling besar atau super zalim ialah menghalang manusia daripada mengenal Allah SWT, mentaati dan beribadah kepada Allah SWT, memesongkan hidup bersyariat dan kesempurnaan akhlak. Oleh itu tentu tiada siapa yang akan mengaku bahawa dirinya menghalang segala perbuatan tersebut. Lebih-lebih lagi tiada pemimpin 130
SITUASI YANG DIISYARATKAN
Islam di seluruh dunia yang mengakui dasarnya menyekat manusia kenal Allah SWT dan sebagainya. Namun buktinya tetap ada yang dengan bukti itu ternyata bahawa ramai umat Islam yang zalim. Cuba lihat secara realitinya apa yang telah berlaku kepada manusia, khususnya kepada 2 billion umat Islam. Apakah roh mereka mengenal Alah SWT. Apakah umat Islam memiliki rasa berTuhan yang tinggi? Berapa ramai umat Islam yang bersembahyang iaitu sekitar 30%-40% sahaja. Umat yang bersembahyang itu pula apakah sampai tujuannya iaitu membakar dan memusnahkan segala sifat mazmumah (keji) dalam hati mereka? Ini belum lagi diambil kira kerosakan di aspek lain. Segala kejahatan, kemungkaran dan kederhakaan jenis apa yang umat Islam tidak terlibat, yang mana semua itu berpunca dari segala sifat mazmumah. Apatah lagi majoriti umat menjadi penganut ideologi tulen tanpa Tuhan dan tanpa agama. Melalui pegangan ideologi itu mereka menghalalkan segala cara untuk menindas, mendera dan menyeksa kehidupan manusia terutamanya menyeksa dan mendera rohani dan mental mereka. Mengapa terjadi demikian. Mengapa manusia melupai Allah SWT, agama dan akhlak, walaupun tanpa dihalang dan tanpa disuruh? Puncanya ialah kerana manusia telah diset, diprogramkan ke arah itu. Tiada siapa yang menyuruh berbuat jahat. Tetapi mazmumah dalam diri itu sudah cukup menjadi monitor ke arah itu. Hati, mental dan seluruh kehidupan manusia sudah diset dan diprogramkan. Akhirnya tanpa disuruh pun manusia jadi jahat. Tanpa dihalang untuk mengenal Allah SWT pun mereka tidak mengenal Allah SWT. Tanpa dihalang untuk memikirkan agama pun mereka tidak mempedulikan agama. Pemimpinlah yang berperanan meng‘set’kan hati, jiwa dan mental manusia ke arah itu. Maka terjadilah dengan sendiri walaupun pemimpin super zalim ini tidak pernah mengakui yang mereka terlibat mencorakkan kehidupan manusia menjadi jahat. Apabila kezaliman sudah melampau dan keterlaluan dilakukan oleh ramai super zalim, 131
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Allah SWT tidak biarkan begitu saja melainkan di saat itu Allah SWT munculkan pula super soleh untuk mengimbangi dan mencabar perilaku super zalim itu. Kedurjanaan akan runtuh dengan cara Allah SWT gantikan kekuasaan dunia ini dengan super soleh. Allah SWT tidak biarkan begitu saja agama Allah SWT diperlakukan sewenangwenangnya, melainkan pasti dibela. Manakala pembelaan itu Allah SWT salurkan kepada orang-orangNya yang dijanjikan, yang peribadinya super soleh. Ini merupakan satu lagi tanda kemunculan pemimpin yang dijanjikan yang membawa kepada kegemilangan Islam iaitu hadirnya Pemuda Bani Tamim yang super soleh sebelum kedatangan pemimpin ummah iaitu Al Mahdi.
Daripada Abdullah, Rasulullah SAW bersabda: “Jika umur dunia tinggal sehari sahaja nescaya Allah SWT memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya menyerupai namaku dan nama bapanya menyerupai nama bapaku, dia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana (sebelumnya) bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Satu lagi bukti menunjukkan dunia sedang dipenuhi kezaliman ialah hati manusia yang sangat resah gelisah. Hati manusia dilanda kerusuhan dan keserabutan. Krisis berlaku di mana-mana, hatta dalam institusi yang kecil 132
SITUASI YANG DIISYARATKAN
seperti rumahtangga sekalipun. Tidak puas hati, putus asa dan kecewa dialami oleh semua peringkat dan golongan. Kekacauan dan porak peranda politik tidak terkira lagi. Kesan dan natijah dari itu semua, hati manusia sangat mendambakan satu perubahan. Mereka inginkan suasana yang lebih selesa zahir dan batin. Mereka rindukan hadirnya satu figure atau kelompok manusia yang dapat memberi perubahan kepada kehidupan secara menyeluruh. Keresahan dan kegelisahan, sekaligus mengharapkan datangnya perubahan menunjukkan manusia sudah sangat kecewa dengan sistem yang ada. Sistem yang sama sekali telah gagal malah membawa kerosakan kepada kehidupan manusia. Gelisah dan mengharapkan satu perubahan membuktikan dunia sudah amat zalim. Mengharapkan perubahan itu merupakan saat pemimpin penyelamat sudah hampir tiba.
133
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
13 Mencari Pemuda Bani Tamim
A.
CEBISAN SEJARAH
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Ketika berlangsung peperangan Yarmuk di zaman Khalifah Saiyidina Abu Bakar r.a, pasukan Islam merasa tertekan dan dirasakan hampir kalah. Panglima yang mengepalai pasukan itu telah meminta bantuan tambahan tentera. Sayidina Abu Bakar membalasnya dengan sepucuk surat. Kandungan surat Sayidina Abu Bakar lebih kurang seperti berikut: “Surat memohon pertolongan dan bantuan tambahan telah aku terima. Sekarang aku tunjukkan siapa yang paling hebat pertolongannya, yang paling berkuasa menghadirkan junud (tentera) iaitu Allah SWT. Oleh itu mohonlah kepadaNya. Rasulullah SAW juga pernah ditolong di dalam peperangan Badar, padahal jumlah tentera Rasulullah SAW jauh lebih sedikit berbanding dengan pasukan engkau.” Seorang pemimpin Islam, dia mestilah kedudukannya sebagai ‘orang’ Allah SWT. Benar-benar kenal Allah SWT, beribadah dan mentaatiNya. Orang yang berjiwa tauhid. Allah SWT itu yang sentiasa dibesarkan, diagungkan, diberi keutamaan, diambil berat, diberi perhatian dan penumpuan yang sungguh-sungguh. Sehingga Allah SWT sahaja yang mengisi ruang hatinya dan yang 134
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
menjadi otak dan jiwanya. Allah SWT itu yang mendarah mendaging yang sebati di lubuk hatinya sehingga tidak lekang dan dibawa ke mana-mana. Allah SWT itu yang menguasai hatinya dengan takut atau rindu sehingga dengan itu dapat pula menguasai segala sikap, perilaku dan tindak tanduk dalam segala urusan hidup. Begitulah sebahagian dari gambaran iman seorang pemimpin Islam. Terlalu kurang bahasa untuk menggambarkan keimanan Sayidina Abu Bakar. Oleh kerana Sayidina Abu Bakar itu adalah ‘orang Allah SWT’ maka beliau nampak dengan jelas bahawa sebarang persoalan dan urusan manusia hendaklah disandarkan kepada Allah SWT. Sebab itulah maka Sayidina Abu Bakar menganjurkan kepada panglima tenteranya itu supaya memohon pertolongan Allah SWT. Ertinya tiada gunanya menambah jumlah tentera. Cukuplah dengan jumlah yang sedia ada itu, apa yang lebih penting ialah menambahkan kuat lagi pertautan dan hubungan dengan Allah SWT. Sayidina Abu Bakar tidak teragak-agak menolak permintaan panglima perang tersebut kerana ada buktinya iaitu merujuk kepada tentera Badar yang berjumlah 313 berjaya menewaskan 1000 musuh. Ini bukan lagi perhitungan logik atau pertimbangan akal. Tetapi inilah kualiti yang perlu dimiliki oleh pemimpin umat Islam iaitu memiliki keimanan dan keyakinan. Misi pengembangan Islam ke Mesir diketuai oleh Amru bin Al Ash. Lambatnya penerimaan Mesir dalam misi Amru itu satu yang di luar kebiasaan. Menurut kelaziman waktu itu sesebuah angkatan itu tidak mengambil masa yang terlalu lama, melainkan sekejap sahaja sudah berjaya. Situasi itu sangat diambil perhatian oleh Khalifah Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a. Sayidina Umar menulis surat kepada Amru yang di antara kandungannya seperti berikut: “Amma ba’du, aku merasa sangat hairan akan kelewatan engkau menguasai Mesir. Hal ini tidak terjadi lantaran perbuatan engkau sendiri dan kecintaan engkau kepada dunia sebagaimana kecintaan musuhmu terhadapnya. Sesungguhnya Alah SWT tidak akan menganugerahkan kemenangan kepada 135
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
sesuatu kaum kecuali kebersihan niat mereka. Kini aku utus kepada engkau empat orang pemuda iaitu Zubair bin Awwam, Miqdad bin Aswad, Ubadah bin Shamit dan Maslamah bin Mukhallad r.a. Menurut penilaianku, setiap seorang daripada mereka sama dengan seribu orang, kecuali jika mereka mengalami perubahan oleh sesuatu yang telah merubah orang lain. Tampilkan empat orang yang aku utus ini untuk menyertai pasukanmu. Dan serukan kepada mereka semua agar mampu bersabar dan menjaga kebersihan niat. Anjurkan pula agar mereka mengangkat suara mengagungkan Allah serta memohonlah pertolongan Allah untuk menguasai musuh.” Setelah nasihat khalifah dilaksanakan, Amru meminta pasukannya bersuci dan mendirikan sembahyang dua rakaat. Beliau menyeru mereka agar mengingati Allah serta memohon pertolonganNya. Ternyata Allah SWT berkenan memberi kemenangan kepada mereka dalam waktu yang singkat. Sayidina Umar Ibnu Khattab r.a memberi nilai bandingan ke atas empat orang yang diutus untuk membantu Amru Al Ash. Nilaian seribu itu adalah pada taqwa mereka. Nilai seribu itu adalah nilai bantuan dan pertolongan Allah SWT. Mereka yang seumpama itulah yang disebut oleh Allah SWT dalam Al Quran sebagai “Wabihim Yun Saruun”. Ertinya dengan sebab mereka maka yang lain dibantu. Kehadiran mereka yang seumpama itu di suatu tempat atau dalam satu kelompok atau dalam satu kaum sangat perlu dan sangat penting. Kehadiran mereka yang Allah SWT ‘pandang’ ini tidak perlu ramai. Kerana dengan kehadiran mereka seumpama itu, walau seorang sudah cukup mengundang bantuan dan pertolongan Allah SWT. Berbagai bentuk bantuan yang Allah SWT datangkan menurut keperluan dan situasi, bukan kemenangan saja. Umpamanya rezeki melimpah, suasana masyarakat menjadi aman damai, tumbuhan subur, perpaduan dan kasih sayang berlaku dengan mudah. Maka 136
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
dalam konteks perjuangan pula ialah bantuan kemenangan iaitu dapat menguasai atau mengatasi musuh. Sayidina Umar r.a mengingatkan dua perkara penting iaitu agar menolak kecintaan kepada dunia dan menjaga kebersihan niat. Kerana dua aspek ini sangat mudah mempengaruhi hati para pejuang Islam. Dua aspek ini juga merupakan di antara ciri-ciri taqwa yang utama. Dan itulah yang dimiliki oleh empat sahabat yang diutus oleh Khalifah Umar tersebut. Bayangkan betapa hebat taqwa mereka sehingga seorang setanding dengan seribu orang yang lain. Sebab itulah selepas kehadiran mereka penguasaan ke atas Mesir berlangsung dengan mudah dan berhasil dalam waktu yang singkat. Itu semua berlaku atas pertolongan Allah SWT kerana kehadiran empat orang yang sangat ‘dipandang’ oleh Allah SWT, kerana mereka adalah orang yang sangat bertaqwa. Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz adalah mujaddid pertama yang muncul di kurun kedua. Di antara keistimewaan Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz yang sering diperkatakan ialah di zaman beliau tiada orang atau tiada rakyatnya yang mahu menerima zakat. Ketiadaan penerima zakat itu di antaranya kerana kemakmuran negara di zaman pemerintahan beliau sehingga semua rakyatnya berkecukupan. Ketiadaan penerima zakat itu juga ialah kerana rakyatnya memiliki sifat yang sangat sabar dan redha atau rata-rata terasa indah dengan kehidupan di zaman penuh barokah itu sehingga golongan fakir miskin pun merasakan tidak layak menerima zakat. Bukan mereka tidak layak, hanya mereka mahukan kelebihan darjat orang miskin. Selain dari itu ialah bagi orang yang beriman dan bertaqwa, kemiskinan bukan menjadi masalah, ditambah pula dengan sikap lebih suka memberi dari menerima, dan sikap sangat mengutamakan orang lain. Rata-rata sikap mereka di zaman itu sama sahaja, iaitu sangat-sangat mengutamakan orang lain sehingga masing-masing menolak zakat itu. Faktor lain ialah kehidupan masyarakat yang sangat berlumba dan memburu kebajikan. Oleh itu golongan fakir dan miskin terbela dan diberi perhatian oleh golongan kaya dan 137
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
berada. Pembelaan orang kaya itu menjadikan orang miskin tidak pernah merasai gusar terhadap kehidupan mereka. Keadaan yang paling istimewa dan luar biasa ialah hubungan intim antara kucing dengan anjing. Antara serigala dengan kambing, dan sudah pastinya lebih-lebih lagi terjadi sesama manusia. Keadaan itu dinikmati oleh rakyatnya sepanjang pemerintahan Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz. Tanda kewafatan beliau diketahui oleh penggembala kambing yang jauh di pinggir negara bila dengan tiba-tiba kambingnya diterkam serigala. Sepanjang hayat beliau itu, ada satu kuasa yang mengawal seluruh kehidupan makhluk temasuk haiwan, iaitu kuasa Allah SWT yang diturunkan kepada beliau yang sangat bertaqwa itu, dalam bentuk yang dinamakan barokah dan karomah. Apabila ketiadaan beliau maka Allah SWT angkat barokah dan karomah tersebut maka secara mendadak berubah suasana kehidupan makhluk. Ertinya barokah dan karomah itu satu anugerah yang berkaitan dengan orang atau figure tertentu. Suasana daulah di zaman Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz itulah di antara ciri-ciri yang difirmankan oleh Allah SWT:
Terjemahannya: “Negara yang makmur dan mendapat keampunan Allah” (Saba’: 15) Dan juga seperti yang digambarkan oleh firman Allah SWT:
Terjemahannya: “Apabila penduduk suatu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka kami (Allah) bukakan ke atas mereka pintu barokah dari langit dan bumi...” (Al A'raf: 96) Barokah yang Allah SWT bukakan dari bumi ialah yang 138
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
berupa rezeki, harta benda, binatang ternakan, usaha-usaha yang menjadi (berhasil) dan perniagaan yang berjalan lancar serta menguntungkan. Manakala barokah dari langit pula ialah pertolongan dan bantuan, berkat, hidayah, kasih sayang, perpaduan, keampunan serta keasyikan hati manusia kepada Tuhannya. Kesejahteraan di zaman Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz itu, berlaku demikian istimewa, gilang gemilang, ceria dan agung adalah di atas faktor Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz itu sendiri. Pertama: Beliau adalah pemimpin yang dijanjikan iaitu mujaddid pertama di awal kurun kedua. Kedua: Ketaqwaan yang dimiliki oleh Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz itu sendiri. Ketiga: Adanya anugerah khususiah kepada beliau. Anugerah khususiah itu tidak dimiliki oleh mujaddid selepas beliau. Anugerah khususiah itu ialah beliau memegang kuasa pemerintahan daulah. Semua mujaddid selepas beliau biarpun namanya masyhur, tinggalan warisannya ada yang dipakai hingga hari ini seperti Imam Abu Hassan Ashaari, Imam Syafie, Imam Ghazali atau Imam Nawawi, namun mereka tidak memegang kuasa pemerintahan daulah. Memperkatakan tentang keistimewaan kehidupan masyarakat dan daulah Islamiah di zaman Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz tidak akan lengkap dan tidak sempurna andainya aspek mengenai diri beliau sendiri dipinggirkan. Sedangkan keistimewaan yang terjelma atau terzahir itu adalah natijah atau manifestasi dari ketaqwaan beliau. Ertinya, tanpa ketaqwaan beliau itu maka barokah dan karomah tidak dikurniakan oleh Allah SWT. Beliau sendiri sebenarnya adalah seorang mujaddid atau pemimpin yang dijanjikan yang disebut semenjak awal lagi secara ilham oleh Sayidina Umar Ibnu Khattab. Sayidina Umar pernah menyebut tentang akan lahir seorang pemimpin yang membawa kedamaian dari sulbinya. Dan ternyata ilham tersebut itu yang dimaksudkan kepada cicit beliau iaitu Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz. 139
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Beberapa contoh ketaqwaan Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz: 1. Sebaik sahaja beliau diangkat menjadi khalifah, beliau pulang ke rumahnya dengan wajah cemas dan menemui isterinya lantas berkata: “Aku kini seperti memikul gunung. Segala beban umat sudah tertanggung ke atas aku. Aku sudah tiada masa lagi untuk bersama denganmu. Sekiranya kamu tidak sangggup demikian, nyatakanlah agar aku melepaskanmu secara baik. Andainya engkau ingin terus bersamaku, maka engkau adalah sebahagian dari diriku yang turut memikul beban umat.” Menurut pengakuan isteri beliau, semenjak hari itu hingga wafatnya, beliau tidak pernah tidur bersama dengannya. 2. Khadam (pembantu) kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz merasa hairan kerana di malam hari titisan air mata khalifah itu sering jatuh menimpanya yang tidur di pangkin bawah. Apabila khadam itu bertanya kepada Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz beliau menjawab, “Amanah Allah telah dikurniakan kepada diriku seperti anggota tubuh, anak isteri dan sedikit harta benda. Aku cemas kalau-kalau aku tidak dapat menjawabnya di hadapan Allah SWT. Betapalah kini aku sedang memikul beban dan tanggungjawab umat Muhammad, seluruh urusan umat ini Allah SWT akan tanya kepada aku satu persatu, bolehkah aku melelapkan mata, lantaran aku menanggung segala beban umat ini.” 3. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz setiap minggu akan duduk berkumpul bersama para ulama untuk mendengar nasihat dan tarbiyah terutamanya dari kalangan ulama sufi. Kerana ulama sufi sering sahaja bercerita mengenai kehidupan akhirat. Di sini juga memperlihatkan betapa di zaman beliau para ulama sangat jujur dan berperanan mendidik masyarakat termasuk kepada pemimpin. Suatu hari seorang ulama sufi bercerita mengenai 140
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
nasib tiap-tiap khalifah sebelumnya yang diperolehi melalui mimpi. Kata ulama tersebut: “Aku melihat dalam mimpi betapa Khalifah Abu Bakar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya. Begitu juga aku melihat giliran Khalifah Umar r.a melalui Siratal Mustaqim dan beliau melepasinya dengan selamat. Diikuti pula oleh Khalifah Uthman dan beliau juga selamat. Khalifah Ali r.a juga aku lihat selamat melepasi Siratal Mustaqim.” Sambungnya lagi: “Selepas itu aku lihat tiba pula giliran tuan untuk melalui Siratal Mustaqim...” Tibatiba saja Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz berkata, “Aku.. bagaimana yang engkau lihat?” Ulama sufi itu dengan tenang bercerita: “Aku lihat tuan...” Belum habis ulama sufi itu bercerita, tiba-tiba Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz menjerit, “Allahu Akbar” lalu beliau jatuh pengsan. Beberapa ketika selepas itu beliau kembali membuka matanya dan meminta: “Terus ceritakan apa yang kamu lihat mengenai aku.” Ulama sufi itu mengulangi lagi cerita mimpinya: “Apabila sampai giliran tuan, aku lihat...” Sekali lagi Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz jatuh pengsan. Setelah beliau kembali membuka mata dan bertanya mengenai nasib dirinya ketika melalui Siratal Mustaqim, ulama sufi itu tidak mengulangi ceritanya seperti sebelum ini. Sebaliknya ulama sufi itu menjawab dengan ringkas sahaja: “Tuan selamat.”
B. CIRI-CIRI ASAS MUJADDID Perlu diulangi lagi bahawa dalam bab-bab sebelum ini telah dipaparkan bahawa kita berada di awal kurun hijrah ke 15, awal kurun Masehi ke-21 dan awal alaf ke-3 Masehi yang mana pasti seorang mujaddid bakal muncul. Orangnya juga telah diisyaratkan iaitu Pemuda Bani Tamim, tempatnya juga telah diisyaratkan iaitu di Timur (yang hampir pasti ialah Malaysia). Kini mari kita sama-sama 141
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
mencari Pemuda Bani Tamim yang bakal menyerahkan panji-panji hitam (kekuasaan daulah) kepada Al Mahdi. Atau dengan perkataan lain mari kita timbulkan persoalan siapakah Pemuda Bani Tamim yang misteri itu. Oleh kerana tidak diketahui dan sukar untuk mengenali figurenya maka lebih baik dikenali dahulu ciri-cirinya. 1. Seorang mujaddid itu berperanan menghidupkan dan menyuburkan kembali agama Islam. Kesuburan Islam itu bertitik tolak dari iman, yakni manusia kembali mengenali Allah SWT. Nama Allah SWT itu kembali agung di dalam kehidupan manusia. Hidup berpandukan syariat. Akhlak umat kembali mempersona. Maka sudah pastilah peribadi Pemuda Bani Tamim itu sendiri adalah orang yang sangat kuat imannya seperti ciri-ciri keimanan orang-orang utama. Allah SWT itulah tempat rujuk Pemuda Bani Tamim yang paling utama seperti Sayidina Abu Bakar meminta panglima perangnya merujuk kepada Allah SWT sebagai sumber kejayaan dan kemenangan. 2. Pemuda Bani Tamim termasuk pemimpin yang dijanjikan, iaitu seorang mujaddid yang disebut oleh Rasulullah SAW. Setiap pemimpin yang dijanjikan itu maka kemenangannya juga dijanjikan dan segala wasilah lahirah dan maknawiyah juga turut dijanjikan. 3. Ketaqwaannya juga amat tinggi. Di situlah kualiti sebenar seorang pemimpin. Sepertimana Sayidina Umar Al Khattab menilai setiap seorang daripada empat orang yang diutus itu menyamai seribu orang. Maka sudah pastilah ketaqwaan Pemuda Bani Tamim juga mempunyai nilai perbandingan yang tinggi walaupun tiada siapa yang tahu bandingan sebenarnya, hanya Allah SWT yang tahu. Ketaqwaan Pemuda Bani Tamim juga tentulah tidak berbeza dengan yang dimiliki oleh Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz kerana mereka sama-sama bertaraf mujaddid dan sama-sama pula dikurniakan oleh Alah SWT barokah dan karomah yang luar biasa. 4. Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz memiliki anugerah 142
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
khususiah iatu menguasai pemerintahan negara (daulah). Maka Pemuda Bani Tamim juga memiliki anugerah khususiah yang memang telah disebut oleh Hadis sebagai “panji-panji hitam” (kekuasaan) dan tempatnya disebut “dari sebelah Timur”. Malahan kepada pemuda Bani Tamim itu selain diberi anugerah khususiah iaitu kuasa pemerintahan, kelebihannya diberi pula laluan kekuasaannya hingga ke Khurasan dan peranannya merupakan laluan kepada tertegaknya ummah kali kedua di zaman Al-Mahdi. Ertinya pemuda Bani Tamim itu pemerintahannya bersambung ke zaman Imam Mahdi. Malah apa yang disebut di dalam Hadis bahawa Pemuda Bani Tamimlah yang bakal menyerahkan Panji-Panji Hitam kepada AlMahdi. Pemuda Bani Tamim ini ‘figure’nya masih tersembunyi. Hanya keterangan dan gambaran mengenai dirinya, sifatsifat, keperibadian, pengaruh dan kekuasaannya sahaja yang dapat dicungkil. Itupun lebih banyak merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat yang dimiliki oleh mujaddid sebelumnya. Kerana setiap mujaddid itu ada persamaan dalam beberapa aspek asas atau pokok. Namun oleh kerana setiap mujaddid itu muncul di zaman yang berbeza, suasana atau situasi yang berbeza, cabaran yang berbeza maka peranannya juga sangat berbeza. Dan lebih-lebih lagilah berbeza sama sekali bentuk-bentuk bantuan Allah SWT yang datang kepada setiap mujaddid. Setiap mujaddid itu dibekalkan oleh Allah SWT dengan kemampuan yang sangat sesuai dengan zaman dan situasi yang ia hadapi. Sebab itu anugerah khususiah iaitu kuasa pemerintahan hanya diberi kepada Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz dan Pemuda Bani Tamim. Dan terdapat pula perbezaan yang ketara antara Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz dengan Pemuda Bani Tamim. Oleh kerana adanya zaman dan situasi yang berbeza maka Allah SWT beri pula kemampuan yang berbeza, pertolongan dan bantuan yang juga berbeza. Ini kerana Pemuda Bani Tamim, selain memi143
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
liki kuasa pemerintahan beliau juga membina tapak Ummah. Tapak Ummah itu (daulah) pula menjadi gelanggang utama sebagai laluan kepada ummah yang dipimpin oleh Al-Mahdi. Lantaran itu segala wasilah untuk menuju kepada ummah itu diberikan kepada Pemuda Bani Tamim. Setiap mujaddid memiliki keperibadian yang istimewa sehingga dengan kelebihan itu mampu membawa umat kembali ke jalan Allah SWT dan ciri-ciri ini termasuk yang dimiliki oleh Pemuda Bani Tamim, di antaranya: 1. Jiwa
a. Mereka sangat asyik dengan Tuhan sehingga seolaholah Tuhan itulah kawan mereka yang sejati. Takut dan rindu pada Allah SWT itulah yang memenuhi hati mereka. Tempat rujuk segala persoalan dan masalah. Dan mereka memperolehi jawapan melalui ilham yang jatuh ke hati. Dalam segala urusan, didahulukan Allah SWT. b. Terseksa jiwa dengan pujian kerana merasa tidak layak dengan pujian. Sebaliknya rasa terhibur dengan penghinaan, cercaan dan kutukan. Mereka merasa diri itu memang layak dihina dan dicerca, kerana manusia berasal dari kejadian yang hina. c. Roh atau jiwa mereka yang berperanan dalam segala urusan. Oleh kerana sentiasa bergantung kepada Allah SWT maka rohnya sentiasa dipelihara. Sehingga segala urusan mereka dikawal oleh Allah SWT. Apa yang terzahir adalah kata-kata hati mereka dan bukan perahan otak yang difikir-fikirkan. d. Keyakinan mereka sangat kental sehingga tidak berkocak dan tidak bergoyang oleh sebarang bentuk gangguan. Jiwa mereka hanya memperhitungkan untungrugi di sisi Allah SWT. Tiada kepentingan diri dan keluarga. Andainya sesuatu itu merugikan di sisi Allah SWT, maka ditolaknya walaupun sesuatu atau seseorang itu disayangi oleh mereka. e. Kemahuan mereka kuat, hati mereka seperti kepingan besi. Kalau gunung yang menjadi halangan laluan perjuangan, mereka tidak akan mundur kecuali gunung 144
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
itu yang akan runtuh dan rata. Kesabaran mereka adalah luar biasa. Selain dari sabar dalam menghadapi kegetiran, kesusahan, kesengsaraan, ujian dan cabaran, mereka juga sabar dalam mengharapkan kebaikan ke atas manusia. Andainya seseorang berbuat salah, tidak segera dihukum sebaliknya berbagai cara diusahakan mendidik mereka walaupun terkorban harta benda. Kesabaran mendidik manusia ini menepati kesabaran Rasulullah SAW. Malah para mujaddid ini termasuk Pemuda Bani Tamim, para penentang mereka pun turut didoakan agar Allah SWT ampunkan. d. Sensitiviti mereka hanya kepada Allah SWT dan perkara-perkara yang berkaitan denganNya. Sesuatu ajaran Islam dan sunnah Rasulullah SAW tidak ada yang dipandang remeh walaupun sesuatu itu hanya sekadar kedudukannya sunat atau makruh. Persoalan duniawi biar bagaimana besar, mahal dan berharga, tetap dipandang remeh sekiranya terpisah atau terputus dari persoalan agama Allah SWT. f.
2. Minda
Minda-minda yang dimaksudkan ini bukan buah fikiran atau idea yang difikir-fikirkan atau keluar dari perahan otak. Tetapi merupakan pancaran ilham yang datangnya dari Allah SWT. a. Minda mereka tidak pernah kering malah bertali arus. Minda mereka datang dalam bentuk yang tersusun, lengkap dan jelas. Setiap lafaz dan ayat mengandungi pengertian yang cukup jelas. Adakalanya satu perkataan saja mempunyai pengertian yang luas. b. Minda yang keluar itu sangat sesuai dengan persoalan semasa pada zaman mereka. Memperjelaskan, menjawab dan menyelesaikan segala persoalan di zaman mereka. c. Mengikuti mindanya bererti dapat memahami syariat dan sekaligus dapat membina ketaqwaan. Minda mereka sangat tajam dan dapat melahirkan rasa berTuhan 145
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
kepada umat dan dapat memberi kefahaman yang jelas bagi perkara yang perlukan kefahaman. d. Minda mereka mencabar dan memadamkan segala kebatilan. e. Minda yang diperolehi dan disalurkan ke tengah masyarakat adalah bantuan Allah SWT yang berupa sama ada ilham, laduni, hatif atau firasat. Ada di antara mereka yang memperolehi kesemuanya sekali. 3. Sentiasa berjuang
Setiap mujaddid juga adalah mujahid (pejuang). Kerana memang mujaddid itu berperanan menegakkan agama Allah SWT. Tidak akan tertegak agama melalui perjuangan. a. Perjuangan menegakkan agama Allah SWT merupakan darah daging, sebati dan hidup mati para mujaddid. Tidak pernah luntur darah perjuangan seorang mujaddid. Kegembiraan, hiburan, perhatian, penumpuannya, kerja-kerjanya, pertimbangan, perhitungan dan keputusannya adalah untuk perjuangan. b. Kepintaran dalam berstrategi memang luar biasa. Strategi mereka berlapis-lapis dan sukar dikesan. Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz duduk berfikir selama tiga hari dapat membuahkan jalan penyelesaian untuk umat bagi jangka masa 30 tahun selepas itu. c. Ujian sering dilalui atau ditempuhi silih berganti sepanjang perjuangan. Ujian perjuangan itu untuk membina kematangan dan kemantapan pendokong-pendokong mereka. Apabila para pendokong mereka memenuhi syarat-syarat, maka saat Allah SWT datangkan pertolongan sangat hampir. 4. Akhlak
a. Akhlak mereka terhadap Allah SWT sangat ketara dan menonjol iaitu syukur dengan nikmat, sabar dengan ujian, redha dengan musibah, bertaubat terhadap dosa serta tawadhuk di saat kemenangan. b. Ibadahnya sangat diperhalusi, bersopan dan beradab. Hati mereka sering gundah kerana merasakan sering 146
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
biadap dalam menyembah Allah SWT. Kalau tidak kerana tanggungjawab nescaya mereka tidak menemui masyarakat kerana asyik memikirkan diri. c. Akhlak mereka pada manusia sangat mempesona. Tutur kata mereka seperti sinaran air dingin yang menyegarkan hati. Perbuatan dan tingkah lakunya menjadi pendorong untuk ditiru. d. Keseluruhan peribadinya dapatlah dibuat kesimpulan adalah bayangan peribadi Rasulullah SAW yang telah banyak menawan hati musuh sehingga mentauhidkan Allah SWT. Kerana peribadi Rasul itu adalah tandatanda kebesaran Allah SWT. Para Rasul itu memakai sifat-sifat keTuhanan kecuali sombong. Melihat peribadi mereka akan terbongkar fitrah rasa berTuhan. Inilah yang dikatakan role-model yang merupakan photocopy kepada peribadi Rasulullah yang zahir setiap 100 tahun atau setiap awal kurun Hijrah. 5.
Pengorbanan a. Diri dan harta benda mereka adalah milik Allah SWT. Oleh kerana mereka adalah ‘orang-orang Allah’ maka seluruhnya dikorbankan untuk Allah SWT dan tidak sedikit pun bimbang dengan pengorbanan yang berhabisan seperti angin kencang itu, kerana mereka yakin Allah SWT tetap mencukupkan keperluan hidupnya. Oleh kerana Allah SWT Maha Kaya, maka mereka merasa kaya dengan ‘memiliki’ Allah SWT. b. Harta bendanya singgah di tangan dan tidak melekat di hati. Dengan itu mudah meluncur keluar dari tangan mereka. Rumah biar bagaimana besar dan kelihatan mewah, namun mereka sendiri merasai seperti menumpang kerana dikongsi dengan umat dalam membesarkan Allah SWT dan agamanya. 6. Al-Mansur – Sentiasa dibantu
a. Semua mujaddid sentiasa dibantu menurut keperluan zaman dan situasi sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini. 147
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
b. Manakala Al-Mansur ini adalah gelaran yang khusus kepada Pemuda Bani Tamim. Ini bermaksud Pemuda Bani Tamim ini sangat dibantu, ditolong, dibela dan dipelihara oleh Allah. Malah bagi siapa yang membantu dan menolongnya maka mereka pula akan dibantu. Dan begitulah sebaliknya, siapa yang menghinanya, Allah SWT akan datangkan kehinaan ke atas dirinya sama ada difahami atau tidak, sama ada sedar atau tidak. 7. Ruhbanu Billail Wa Fursanu Finnahar
Rahib (beribadah) di waktu malam, dan berjuang bagai singa di waktu siang. a. Khususnya kepada pendokong Pemuda Bani Tamim, mereka itu disifatkan sangat rajin bekerja, tangkas, cergas dan bersungguh-sungguh walaupun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran manakala di waktu malamnya, mereka itu seperti rahib yang sangat kuat beribadah. b. Andainya dilihat pada sejarah para sahabat, salafussoleh dan khususnya mujaddid, ini merupakan sifat utama yang mereka miliki. Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz hampir setiap malam menangis, merintih kepada Allah SWT. Salehuddin Al Ayubi meninggalkan tenteranya yang tidak bangun malam dari menyertai pertempuran. Muhammad Al-Fateh yang diasuh oleh gurunya Shamsudin Al-Wali tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajud semenjak umur baligh. Dan itulah pula syarat Muhammad Al-Fateh kepada tenteranya. 8. Menyampaikan
Salah satu sifat wajib bagi Rasul ialah menyampaikan iaitu Tabligh. a. Setiap mujaddid adalah merupa pemimpin bersifat Rasul iaitu sifat kehambaannya sangat menonjol dan sifat kekhalifahannya sangat menonjol. Subur agama di zaman mujaddid kerana mereka sangat menyampaikan kebenaran (Islam) kepada manusia. Tiada apa yang tersembunyi daripada setiap mujaddid. Mereka terasa 148
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
takut dan bimbang terhadap sesuatu kebenaran yang tidak disampaikan. b. Bukan sekadar bimbang kalau-kalau kebenaran itu tidak disampaikan tetapi pandai pula menghidangkan kebenaran itu sehingga mudah difahami dan mudah pula diamalkan. Manusia bukan sahaja tertarik dengan apa yang disampaikan malah sangat mudah terdorong untuk mengamalkannya. Hati manusia mudah lunak dan jinak kepada Allah SWT dan syariat. Lantaran itulah di zaman adanya mujaddid, Islam itu subur di kalangan umat. Kepada Pemuda Bani Tamim diberi karomah besar iaitu sangat gigih membawa hati manusia kepada mengenal Allah SWT, membesarkanNya, mengagungkanNya, taat dan beribadah kepadaNya. c. Bukan sekadar kebenaran itu mahu disampaikan yakni keluar dari hati dan lidah mereka malah kemahuan mereka ialah agar semua manusia berpeluang menerima Islam. Ertinya mahu pula Islam itu tersebar luas kepada semua manusia di mana saja. d. Oleh kerana Pemuda Bani Tamim berada di zaman teknologi canggih, maka segala kecanggihan teknologi itu digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan mesej kebenaran (Islam). Dijadikan alat untuk membesar dan mengagungkan Allah SWT. 9. Kasih Sayang
a. Khusus kepada Pemuda Bami Tamim, dia menjadikan pendokongnya atau Ikhwan itu sebagai anaknya sendiri sehingga Ikhwan itu pula sesama mereka itu seperti satu bapa dan satu ibu. b. Ada pada mujaddid itu sikap seperti bapa yang sentiasa memberi kasih sayang dan melindungi. c. Adanya sifat dan sikap seperti seorang ibu yang sentiasa mengasihi, membelai dan tempat mengadu serta bermanja-manja. d. Adanya sifat seperti guru yang sentiasa mendidik, memberi tunjuk ajar, memberi faham, dan menegur un149
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
tuk membaiki kesilapan. e. Adanya sifat dan sikap sahabat yang sentiasa setia, bersama dalam susah dan senang, sedia membantu dan sangat membela. 10. Penerimaan masyarakat
a. Pertarungan antara iman dan nafsu, haq dan batil, keadilan dan kezaliman sentiasa berlaku di sepanjang zaman. Maka penguasaan antara keduanya di atas muka bumi ini sering silih berganti. b. Di antara dua golongan ini tetap ada pemimpin yang menjadi pelopor. Ertinya ada tokoh yang adil dan tokoh yang zalim bagi pihak kebatilan. c. Penzalim tidak akan tewas kecuali di tangan tokoh kebenaran yang benar-benar soleh (baik). Apatah lagi kalau kebatilan itu berada di tangan super zalim maka menumpaskannya mesti ada pula di pihak yang haq itu tokoh yang super soleh. d. Kepada mujaddid Pemuda Bani Tamim ini terjadi satu pemisahan yang sangat ketara ketika munculnya. Iaitu orang yang cinta terlalu amat cinta dan orang yang membenci terlalu amat benci sehingga kedua pihak ini hilang rasional masing-masing. Namun demikian oleh kerana Pemuda Bani Tamim membuka laluan menuju zaman Ummah, masyarakat sangat mudah menerimanya. Allah SWT jadikan hati manusia mudah dan lunak sehingga kehidupan bersyariat berlaku di mana-mana. Musuh-musuh berusaha berbagai cara untuk menghalangnya namun Allah SWT sudah menjanjikan kemenangan, maka ia pasti berlaku menurut janji Allah SWT itu.
C. KEADILAN Keterangan Hadis mengenai Al-Mahdi ada menyebut tentang bumi akan dipenuhi keadilan seperti sebelumnya 150
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
dipenuhi oleh kezaliman. Ertinya sudah bertukar corak dari kezaliman, kedurjanaan, kemungkaran, krisis, porakperanda dan peperangan kepada keadilan, keamanan dan kedamaian, kesejahteraan, kasih sayang dan perpaduan. Berlakunya perubahan situasi kehidupan manusia itu bertitik tolak daripada perubahan pada hati manusia. Kezaliman yang merata di kalangan manusia adalah berpunca daripada manusia tidak kenal Allah SWT, tidak takut kepada Allah SWT, tidak mentaatiNya, tidak bersyariat, tiada rasa kehambaan, tiada rasa berTuhan serta hati penuh subur di selubungi mazmumah. Keadilan, kedamaian, keamanan, kasih sayang dan perpaduan yang merata pula menggantikan kezaliman sebelumnya kerana hati manusia rata-rata telah beriman dan bertaqwa dan hidup memakai syariat Tuhan. Kuasa pemerintahan Pemuda Bani Tamim pada peringkat daulah, maka di peringkat itulah berlaku keadilan merata. Ertinya daulah Pemuda Bani Tamim itu sangat disukai oleh rakyatnya, hidup makmur, aman damai, sejahtera dan harmoni. Berlaku kasih sayang, perpaduan, tolak ansur dan bertolong bantu. Tiada keresahan dan kegelisahan. Masingmasing berasa puas hati, sabar dan redha dengan kedudukan dan peranan masing-masing. Begitulah seterusnya apa yang berlaku dalam kehidupan, ada persamaan seperti di zaman mujaddid pertama iaitu Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz. Dan seterusnya akan berpindah pula suasana itu ke zaman ummah pimpinan Al-Mahdi. Siapa saja yang hatinya belum rosak pasti merindui dan menunggu saat dan ketika berlakunya suasana yang demikian. Keadilan yang paling pokok berlaku di zaman daulah dan seterusnya berlanjutan di zaman ummah. Keadilan yang paling pokok dan utama ialah apabila roh manusia itu mengenal Penciptanya iaitu Allah SWT. Sehingga kenal itu membawa kepada taat dan ibadah. Kenal itu sehingga rata-rata hati manusia merasai rasa kehambaan dan berTuhan, sehingga terbakar dan musnah segala mazmumah yang menjadi racun perosak kehidupan manusia. 151
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Keadilan berikutnya ialah apabila syariat Allah SWT itu dijunjung, diutamakan dan diamalkan. Segala apa yang dibuat berpandukan syariat Allah SWT. Sehingga sempurna kehidupan masyarakat bertetapan dengan sempurnanya syariat Allah SWT. Sudah menjadi nilai sejagat iaitu seseorang yang hendak memberi mestilah dia seorang yang memiliki. Kalau duit yang hendak diberi dia mesti memiliki duit. Maka apabila keadilan hendak diberi, dia mestilah memiliki keadilan. Ini bererti bahawa Pemuda Bani Tamim itu seorang yang adil. Adil kepada Allah SWT, adil kepada dirinya, keluarga dan masyarakat. Munasabahlah orang lain mudah mengubah corak kehidupan kerana Pemuda Bani Tamim itu memiliki khazanah Allah SWT zahir dan batin sehingga dengan itu mudah untuk diberikan kepada orang lain. Berkuasanya Pemuda Bani Tamim itu melalui jalan dan cara-cara yang sangat di luar kebiasaan, iaitu aman damai, sejahtera dan harmoni. Tiada siapa yang sakit dan tiada siapa yang kehilangan harta benda. Lebih-lebih lagi tiada yang kehilangan nyawa. Tiada revolusi, jerit pekik, tuduh menuduh serta fitnah memfitnah. Suasana yang demikian itulah yang sangat diidamkan oleh manusia. Lebih-lebih lagi kemunculannya di saat manusia sudah terlalu kecewa, putus asa dan tenggelam punca dalam mengharungi kegawatan krisis dan menghadapi kebuntuan dengan seribu satu macam masalah. Manusia sudah tidak percaya lagi dengan pemimpin serta sistem yang ada, kerana sudah jelas di depan mata dan dialami dalam kehidupan seharian, sering saja mencetuskan berbagai sengketa, gila kuasa, tamak harta, ternoda segala maruah dan air muka. Kalau demikian keadaannya mengapa mesti prasangka dan takut dengan kedatangan Pemuda Bani Tamim yang memadamkan segala dukacita itu? Mengapa umat Islam sendiri menolaknya, yang sepatut dan sewajarnya meminta kepada Allah SWT agar disegerakan zahirnya bagi mengubati hati-hati yang luka dan duka nestapa. Mengapa umat Islam sendiri mesti curiga dan tidak menerimanya? Tentu ada silap di mana-mana! 152
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
D. PEMUDA BANI TAMIM: SIAPA PUN BOLEH Setelah mengenal sedikit sebanyak ciri-ciri Pemuda Bani Tamim sama ada yang bersifat umum mahupun khusus, maka sebelum kemunculannya siapa saja boleh berusaha memenuhi ciri-ciri tersebut. Sesiapa saja yang berjaya memenuhi atau memiliki ciri-ciri tersebut, maka dialah Pemuda Bani Tamim. Marilah berfikiran dan bersikap rasional demi untuk kepentingan ummah, demi untuk agama dan sesuai dengan masa kini yang sedang kita tempuh iaitu masa yang diisyaratkan, tanpa perlu banyak menuduh dan mempersoalkan berbagai perkara. Siapa saja patut berusaha memenuhi ciri-ciri Pemuda Bani Tamim ini. Atau kalau dirasakan tidak layak dan tidak berkemampuan marilah kita cari orang yang memiliki ciri-ciri tersebut dan memberi ketaatan agar mendapat ‘title’ Ikhwan sebagai pendokongnya. Kini sesiapa pun bebas untuk meletakkan sesuatu ‘figure’ itu sebagai Pemuda Bani Tamim. Siapa pun pemimpin Islam yang bakal menerajui daulah tidak mustahil dialah Pemuda Bani Tamim. Boleh jadi Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Seri Najib, Dato’ Muhyiddin Yassin, Dato’ Annuar Musa, Dato’ Hishammuddin Tun Hussein atau Dato’ Sri Anwar Ibrahim yang terpenjara. Atau Dato’ Fadhil Nor, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Ustaz Haji Abdul Hadi Awang, Dato’ Dr. Hassan Ali atau lain-lain pemimpin PAS. Atau mungkin juga Soeharto, Amein Rais, Abdul Rahman Wahid, Nur Misuari, Muammar Ghaddafi, Saddam Hussein, Nawaz Shariff bahkan boleh jadi juga seorang pemimpin dari berbagai organisasi Islam di seluruh dunia akan muncul sebagai Pemuda Bani Tamim. Cuma yang tidak mungkinnya ialah Megawati, Benazir Bhutto atau Begum Khalida kerana mereka adalah pemudi dan bukan pemuda. Oleh kerana dia seorang pemuda boleh jadi juga dari kalangan pemimpin persatuan-persatuan belia dan siswa universiti yang masih muda remaja. Kesimpulannya, Pemuda Bani Tamim itu tidak perlu dipertikaikan kerana memang boleh jadi siapa saja. Andainya ada di kalangan masyarakat Islam yang 153
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
meletakkan kemungkinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim pun tidak salah kerana selain daripada beliau adalah ulama, Tuan Guru agak warak, beliau juga Mursyidul Am PAS dan memimpin sebuah negeri di Pantai Timur. Boleh jadi juga negeri itu menjadi tapak kepada daulah iaitu Malaysia. Terdapat pula pihak lain yang mungkin tidak bersetuju dikatakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Pemuda Bani Tamim kerana beliau orang tua. Hendak dipertahankan juga “pemuda” itu mesti orang muda, maka kemungkinan figure lain yang relevan ialah Dato’ Hishamudin Tun Hussein. Ini kerana beliau masih muda dan sedang memangku jawatan Ketua Pemuda UMNO. Berbagai kemungkinan itu boleh saja diandaikan oleh siapa dan kepada siapa saja kerana Pemuda Bani Tamim yang sebenarnya belum muncul lagi. Apa yang sangat penting di saat sekarang ini ialah mengajak umat Islam memberi perhatian serius, berfikiran serius dan berlapang dada kerana faktor-faktor yang telah disebutkan sebelum ini iaitu laluan kegemilangan dan keagungan umat Islam di ambang pintu. Maka segala faktor menuju kegemilangan dan keagungan tersebut jangan diabaikan begitu saja. Malah perlu sangat diteliti oleh umat Islam. Sewajarnyalah umat Islam bermuafakat serta saling bantu membantu dalam memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki demi untuk laluan menuju saat gemilang tersebut. Suatu ketika dahulu sudah pernah kecoh di negara ini berpunca dari khabar-khabar yang mengatakan Ustaz Ashaari Muhammad adalah Pemuda Bani Tamim. Itu baru khabar-khabar saja yang belum muktamad dan belum dipastikan di waktu itu. Sepatutnya tidak perlu heboh dan kecoh dengan berbagai pertikaian. Itu adalah sesuatu yang serba kemungkinan belaka. Sebab itu buku ini hanya memperjelaskan isyarat-isyarat Hadis mengenainya dan ciricirinya yang dirujuk kepada ciri-ciri mujaddid sebelumnya. Kalau memang bukan Ustaz Ashaari tidak perlulah dipertikaikan sehingga diajak masyarakat turut kecoh dan 154
MENCARI PEMUDA BANI TAMIM
heboh. Kalau benar pula sepatutnya disambut dengan penuh kesyukuran kerana kelahiran Pemuda Bani Tamim itu boleh mencorakkan keadilan masyarakat di peringkat daulah. Kalau bukan Ustaz Ashaari, boleh jadi siapa saja yang menepati ciri-ciri tersebut. Dan kalau orang lain pula dan bukan Ustaz Ashaari pun, semua umat Islam patut juga bersyukur dan terus memberi ketaatan dan membantu perjuangannya. Itulah sikap yang sebaiknya iaitu bersikap seperti para sahabat yang memburu dan menagih janji Allah SWT. Sekali lagi ditegaskan di sini iaitu apa yang penting di saat sekarang ini ialah sama ada berusaha memenuhi ciri-ciri Pemuda Bani Tamim tersebut yang siapa saja boleh berbuat demikian, atau alternatifnya ialah mencari siapa yang memiliki ciri-ciri tersebut. Sepertimana apabila Abu Ayyub Al Ansari bersungguhsungguh berharap beliaulah yang menawan Konstantinopel, yang akhirnya berlaku bukan di tangannya, tidak menimbulkan sebarang riuh rendah orang mempertikaikannya. Malah usaha beliau diganjari sebagai satu jihad. Apabila berlaku pula di tangan Muhammad Al Fateh, maka umat Islam menyambutnya dengan penuh kesyukuran.
155
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Penutup
S
iapa yang Allah SWT rezekikan panjang umur, bakal melihat sendiri peristiwa besar yang penuh bererti berlaku kepada agama Allah SWT dan umat Islam yang beriman. Ini berdasarkan kepada tiga period yang sedang dan tiada lama lagi akan ditemui iaitu pertama sedang berada di awal kurun ke 15 Hijrah. Kedua akan memasuki awal kurun ke 21 Masehi. Ketiga akan memasuki alaf baru iaitu alaf ketiga Masihi. Kalau pun tidak peka dan tiada kepentingan apa-apa terhadap period itu, sekurang-kurangnya marilah berfikir sejenak. Mungkin dengan berfikir sejenak itu boleh mengetuk pintu hati kita untuk mengingati Allah SWT, Tuhan yang mencipta kita dan memberi rezeki serta nikmat tanpa putus walaupun sedetik. Kita perlu ingat bahawa di sisi Allah SWT tiada suatu pun yang sia-sia, main-main dan gurau senda. Kalau demikian, wajarkah kita berada di atas bumi Allah SWT ini dengan melupaiNya dan beranggapan bahawa Allah SWT cipta kita dengan sia-sia, main-main dan gurau senda, lantaran itu kita lalai, leka dan berfoya-foya. Itukah tujuan Allah SWT jadikan kita? Ingatlah mati pasti akan tiba tanpa disangka dan dengan berbagai cara. Bagi umat Islam yang ada cita-cita perjuangan, yang sangat inginkan Islam itu kembali berdaulat, patut sangat 156
PENUTUP
mempertajamkan rasa kehambaan dan rasa berTuhan. Selain itu wajar diambil perhatian bahawa kebenaran yang dijanjikan itu sudah diberitahu lebih awal akan syaratsyarat mencapai kemenangan seperti yang terkandung dalam buku ini. Sepatutnya para pejuang sentiasa muhasabah apakah sudah berada di atas ‘line’ yang betul dan tepat menuju kemenangan. Apakah sudah menyempurnakan syarat-syarat itu pada diri, keluarga dan anggota barisan perjuangan. Apabila telah sempurna syarat-syarat tersebut, insyAllah, nanti kita akan melihat betapa Allah SWT tidak mensiasiakan janjiNya. Pada kesempatan ini penulis mengajak para pembaca sekalian dan seluruh umat Islam untuk berfikir sejenak betapa sukarnya membina keyakinan. Tidak hairan mengapa umat Islam yang inginkan ajaran Islam berlaku di dalam kehidupan lebih cenderung kepada aspek-aspek lain tetapi tidak dalam soal-soal keyakinan. Memang diakui iaitu seluruh ajaran Islam mesti direalisasikan atau diamalkan, namun umat Islam perlu tahu dan faham kategori ajaran Islam itu sendiri yang mana terdapat keutamaan atau priority yang mesti diberi perhatian. Maka di antaranya ialah soal-soal keyakinan seperti dipaparkan di dalam buku kecil ini. Sekali lagi diulangi bahawa begitulah sikap dan pendirian orang-orang pilihan terutamanya para sahabat, salafussoleh dan pejuang-pejuang terdahulu. Di atas keyakinan itulah mereka berjaya menentukan sikap dan pendirian yang tepat sesuai dengan kehendak Allah SWT dan RasulNya. Begitu tinggi nilai keyakinan sehingga agak sukar untuk diperolehi. Tetapi itu bukan satu alasan untuk umat Islam memandang sepi dan meminggirkan begitu sahaja. Sebab itulah maka penulis lebih berminat memberi panduan untuk membina keyakinan. Kerana dengan keyakinan itulah menjadi faktor kepada kejayaan zaman ummah pertama. Di pihak musuh pula sentiasa berusaha memadam dan melenyapkan soal-soal keyakinan ini dari jiwa umat Islam, kerana mereka melihat bahawa telah terbukti umat 157
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Islam ini kuat, gagah, unggul dan agung kerana memiliki keyakinan. Sebaliknya pula apabila umat Islam tiada keyakinan, mudah sahaja dipermain dan diperkotak-katikkan oleh pihak musuh. Andainya berlaku takdir Allah SWT ke atas diri kita iaitu tidak sempat melihat dan mengecapi nikmat kemenangan di muka bumi ini, Allah SWT juga tidak melupai janjiNya, kepada para syuhada dengan “Bighairil Hisab”. Ertinya pejuang kebenaran pasti diberi dua kemenangan atau seandainya tidak meraihnya di dunia bakal memperolehi ganjaran sebagai satu kemenangan hakiki.
158
PENUTUP
Rindu Rindu itu adalah Anugerah dari allah Insan berhati nurani Punyai rasa rindu Rindu pada kedamaian Rindu pada ketenangan Rindukan kesejahteraan Dan juga kebahagiaan Orang-orang bertaqwa Rindu akan kebenaran Kejujuran dan keikhlasan Keredhaan Tuhannya Orang mukmin merindukan Anak-anak yang soleh Isteri-isteri yang solehah Keluarga bahagia Para pejuang kebenaran Rindukan suasana Masyarakat yang terjalin Berlandaskan syariat Merindukan tertegaknya Kalimah Allah di muka bumi Dan dalam merindukan Akan datangnya syahid Dan seluruh umat ini Merindukan akan munculnya Pemimpin yang dijanjikan Allah Membawa kemakmuran.
159
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
Select Bibliography (Bibliografi Terpilih)
Al-Quran al-Karim Kitab-kitab Hadith 1. Kitab Sahih Muslim. 2. Kitab Sahih Muslim; terjemahan (dari pelbagai sumber). 3. Sunan at-Tirmizi. 4. Sunan at-Tirmizi; terjemahan (dari pelbagai sumber). 5. Sunan Ibn Majah. Abdul Rahman Haji Abdullah, Dr., GERAKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA: SEJARAH DAN PEMIKIRAN JAMAAT TABLIGH DAN DARUL ARQAM, Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan, 1992. Abdul Rahman Haji Abdullah, PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA: SEJARAH DAN ALIRAN, Kuala Lumpur: DBP, 1998. Abu Muhammad Atta, PEMUDA BANI TAMIM PERINTIS JALAN IMAM MAHDI, tiada tempat: Penerbit Giliran Timur, 1998. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ISLAMIC RESURGENCE IN THE PERIPHERY: A STUDY OF POLITICAL ISLAM IN CONTEMPORARY MALAYSIA WITH SPECIAL REFERENCE TO THE DARUL ARQAM MOVEMENT 1968-1996, Tesis PhD, University of Newcastle upon Tyne, UK, 1998. Ahmad Fauzi Abdul Hamid, NEW TRENDS OF ISLAMIC RESURGENCE IN CONTEMPORARY MALAYSIA: SUFI-
160
SELECT BIBLIOGRAPHY
REVIVALISM, MESSIANISM AND ECONOMIC ACTIVISM, kertaskerja dibentangkan pada Persidangan Antarabangsa Kedua Persatuan Pengajian Asia Tenggara di Eropah, Hamburg, Germany, 3 - 6 September, 1998. Ahmad Thomson, DAJJAL: THE KING WHO HAS NO CLOTHES, London: Taha Publishers. Almascaty, Hilmy Bakar, UMMAH MELAYU: KUASA BARU DUNIA ABAD KE-21, Kuala Lumpur: Berita Publishing, 1994. Anderson Black, J., NOSTRADAMUS: THE PROPHECIES, Leicester: Blitz Editions, 1995. As-Siddiq, Abdullah ibn, JESUS, AL MAHDI AND THE ANTICHRIST (terjemah Inggeris oleh Imam Ahmad Darwish), New York dan London: As-Siddiquyah Publishers, 1985. Esposito, J.L.(ed.), VOICES OF RESURGENT ISLAM, New York dan Oxford: Oxford University Press, 1983. Hopwood, D., ‘A Pattern of Revival Movements in Islam?’, ISLAMIC QUARTERLY, vol. 15, no. 4, ms. 149-158, 1971. Ibn Kathir, THE SIGNS BEFORE THE DAY OF JUDGEMENT (terjemah Inggeris oleh Huda Khattab), London: Dar Al Taqwa, 1991. Imam Jalaluddin as-Sayuti, AL-JAMI’US SHOGHIR. Imam Ibnu Hajar al-Haitami, AL-QAULUL MUHTASAR FI ‘ALAMATIL MAHDIYUL MUNTAZAR; (terjemahan). Israr Ahmad, Dr., THE RISE AND DECLINE OF THE MUSLIM UMMAH: WITH A COMPARISON TO JEWISH HISTORY, London: Taha Publishers, 1992. Maududi, S.A.A., A SHORT HISTORY OF THE REVIVALIST MOVEMENT IN ISLAM (terjemah Inggeris oleh Al-Ash’ari), Lahore: Islamic Publications. McGinn, B., ANTICHRIST: TWO THOUSAND YEARS OF HUMAN FASCINATION WITH EVIL, New York: HarperCollins. Muhammad Labib Ahmad, SIAPA IMAM MAHDI, Singapura: Pustaka Nasional, 1980. Nagata, J., THE REFLOWERING OF MALAYSIAN ISLAM: MODERN RELIGIOUS RADICALS AND THEIR ROOTS, Vancouver: University of British Columbia Press, 1984. Sharifah Zaleha Syed Hassan, ‘Beyond Orthodoxy: Religious Reforms and Legitimacy in Malaysia’, ILMU MASYARAKAT, vol. 25, ms.
161
MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM
85-108, 1995. Sirajuddin Abbas, K.H., I’TIQAD AHLUSSUNNAH WAL-JAMAAH, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1991. The Encyclopaedia of Islam, Leiden: E.J. Brill, 1986. van der Kroef, J.M., ‘The Messiah in Indonesia and Melanesia’, THE SCIENTIFIC MONTHLY, vol. 75, ms. 161-165, 1952. van der Kroef, J.M., ‘Javanese Messianic Expectations: Their Origin and Cultural Context’, COMPARATIVE STUDIES IN SOCIETY AND HISTORY, vol. 1, ms.199-322, 1959. Voll, J.O., ‘Wahhabism and Mahdism: Alternative Styles of Islamic Renewals’, ARAB STUDIES QUARTERLY, vol. 4, nos. 1-2, ms. 110-126, 1982. Zabidi Mohamed, TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA: THE UNTOLD TRUTH AND INSIDE STORY OF AL-ARQAM & I.S.A. (DETENTION WITHOUT TRIAL), Kuala Lumpur: Zabidi Publication, 1998.
162