7 lukisan beserta gaya lukisan dan tema lukisanDeskripsi lengkap
Full description
Nota Poli LKFull description
Full description
Lukisan kejuruteraan
Full description
Deskripsi lengkap
Unit 2 - Lukisan OrtografikFull description
PSV Seni Halus - Lukisan Tingkatan 3Full description
Full description
lukisan pelanFull description
khb kt t2
Full description
ASAS LKFull description
Nota LKFull description
Full description
ASAS LK
Slide PowerPointFull description
Lukisan Basuki Abdullah Dan Maknanya
Lukisan pelan bentangan tiga fasa. lukisan kejuruteraan.
LUKISAN KAJIAN
Proses yang ketiga dalam penghasilan arca timbul berbentuk ukiran kayu ini ialah proses lukisan kajian. Dalam proses lakaran kajian ini, lakaran yang terbaik dan paling memenuhi kriteria yang telah ditetapkan atau seperti yang telah diusulkan oleh pensyarah pembimbing kami akan dipilih daripada beberapa hasil lakaran-lakaran yang telah dilakukan oleh setiap ahli kumpulan masing-masing. Satu lakaran akan dipilih bagi dijadikan lakaran akhir serta berfungsi sebagai panduan untuk ke langkah yang seterusnya. Lakaran akhir yang telah dipilih tersebut akan diberikan penerangan yang lebih mendalam dan spesifik daripada aspek fungsi bahagian ukiran yang dipilih. Setiap bahagian lakaran untuk menghasilkan ukiran yang merupakan arca timbul tersebut mestilah mempunyai nilai dan fungsi tersendiri. Di samping itu juga, melalui proses lukisan kajian ini juga perlu diberikan spesifikasi
tentang
peralatan
dan
bahan-bahan
yang
akan
digunakan
bagi
menghasilkan karya arca timbul dalam bentuk ukiran ini. Selain itu juga, dalam proses lukisan kajian ini teknik ukiran yang akan digunakan juga perlu dikenal pasti. Berdasarkan proses penyelidikan yang telah dijalankan pada langkah sebelumnya tentang teknik ukiran yang sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan arca timbul dalam bentuk ukiran ini perlu diperincikan lagi. Hal ini penting kerana teknik ukiran yang digunakan dalam merealisasikan motif ukiran yang telah dipilih turut perlu disesuaikan dengan peralatan dan bahan yang akan digunakan dalam penghasilan karya tersebut. Bagi menghasilkan karya arca timbul dalam bentuk seni ukiran yang menarik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi, pengkarya mestilah bijak dalam memilih corak dan motif yang akan diterapkan ke atas karya tersebut. Hal ini di sebabkan oleh, berdasarkan corak dan motif yang serasi, karya akan dapat lebih ditonjolkan lagi ciri
keistimewaannya. Perkara yang paling penting untuk pengkarya ketahui adalah corak dan motif yang dipilih haruslah mempunyai unsur keseimbangan yang baik agar karya yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi nilainya. Pengkarya juga perlu menitik beratkan tentang saiz ukiran yang akan dihasilkan. Saiz ukiran yang akan dihasilkan memainkan peranan yang amat penting dalam menjadikan karya tersebut mempunyai keseimbangan dalam menghasilkan karya yang berkualiti. Salah satu perkara yang perlu di lakukan oleh setiap ahli kumpulan dalam langkah lukisan kajian ini adalah pengkarya perlu mengetahui tentang langkah-langkah dan proses penghasilan arca timbul dalam bentuk ukiran kayu tersebut. Perkara tersebut dapat menjadikan pengkarya lebih peka tentang proses dan langkah penghasilan karya. Hal ini juga penting dalam memastikan karya arca timbul dalam bentuk ukiran tersebut dapat disempurnakan mengikuti tempoh masa yang diberikan oleh pensyarah kami. Secara keseluruhannya, proses ketiga dalam menghasilkan arca timbul ini amat penting kerana proses ini memastikan karya yang akan dihasilkan nanti benar-benar menarik dan mempunyai tahap kualiti yang tinggi.