Lukisan pelan bentangan tiga fasa. lukisan kejuruteraan.
Deskripsi lengkap
Full description
hidrolikaDeskripsi lengkap
Apa Itu SpandukFull description
Cyle TimeDeskripsi lengkap
cxcczcz
Full description
penyakit salpingitisFull description
Tugas Agama Katolik
Full description
mte3109
brosur
as
Materi Administrasi infrastrukturJaringan kelas XIFull description
Tugas Agama Katolik
uyiyuyioFull description
sirkulasiDeskripsi lengkap
Apa itu lukisan pelan
Kali ini saya akan perkatakan berkenaan apa itu Lukisan Pelan. Dalam blog ini saya mengkhususkan kepada Pelan Arkitek atau Lukisan Senibina yg amat mudah utk pembaca memahaminya. Lukisan Pelan atau Senibina selalunya mengandungi eleman-eleman yg menyatakan dgn jelas segala bentuk ruang serta saiz bagi sesuatu rekabentuk bangunan itu. Ianya diterjemahkan pula dgn rupabentuk bangunan tersebut yg di panggil sebagai Pandangan Pelan. Disini saya secara ringkas menyenaraikan keperluan asas bagi sesuatu Lukisan Pelan yg lengkap. Pelan harus la mengandungi eleman2 berikut:1: Pelan - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau tapak pembinan pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek. 2. Pelan Lokasi - menunjukkan secara kasar k edudukan tapak projek didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.* 3. Pelan Tapak - mengandungi perincian yg lebih jelas berke naan tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.* 4. Pelan Lantai - mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas dan seterusnya serta Pelan Bumbung. 5. Pandangan - menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan. 6. Keratan - menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina, 7. Sanitari - Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air dan sistem kumbahan. 8. Sistem Bekalan Air - menunjukkan kan susun atur sistem bekalan air paip. 9. Lukisan Terperinci - Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg lebih te rperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT atau agensi berkaitan.
Pelan Tambahan & Ubahsuai
Pelan Tambahan & Ubahsuai adalah pelan yang perlu di lakukan oleh pihak pemilik kediaman yang ingin mengubahsuai kediaman mereka yang sediada. Ini termasuk lah untuk membesarkan ruang atau merobohkan ruang. Kerja-kerja yang melibatkan perobohan serta menambah ruang ini lah di panggil ubahsuai rumah@kediaman. Permohonan perlu di lakukan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mendapatkan kelulusan bagi pelan tersebut. Kerja-kerja pengubahsuaian tidak boleh dilakukan selagi kelulusan pelan belum dikeluarkan. Ini kerana kerja-kerja ubahsuai tertakluk kepada Undang-Undang kecil Bangunan pada setiap PBT terlibat. Selain itu, kerja-kerja pengubahansuaian serta tambahan hendaklah mengikuti garisan panduan yang telah ditetapkan oleh setiap PBT. Pemilik tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan tambahan hingga melangkau had yang telah ditetapkan oleh pihak PBT. Penyedian Melukis Pelan Tambahan
Bagi pemilik yang ingin melakukan ubahsuai rumah, elok lah ter lebih dahulu mendapatkan maklumat lanjut daripada Arkitek, Pelukis Pelan atau dari Jabatan Bangunan PBT berkenaan syarat -syarat melakukan ubahsuai kediaman. Setiap PBT mempunyai undang-undang yang agak berbeza antara satu sama lain. Disini di sertakan serba sedikit penyedian dokumen bagi pihak pemilik. 1). Sediakan salinan Pejanjian Jual Beli kediaman tersebut (S&P) 2). Sesalinan Cukai Pintu Terkini (Jan-Jun) atau (Julai-Disember) 3). Sesalinan Cukai Tanah Terkini 4). Sijil Layak Menduduki (CF) 5). Sesalinan Geran Tanah (mengikut PBT) 6). Salinan Kad Pengenalan Pemilik ( mengikut PBT) 7). Rajah ringkas kerja-kerja tambahan yang ingin dilakukan. Setelah dokumen tersebut siap boleh lah pemilik mencari perunding yang bersedia untuk menyediakan segala keperluan permohonan pelan tuan dari peringkat penyedian pelan hingga kelulusan pelan. Akitek, Pelukis Pelan atau Perunding harus dilantik bagi membuat permohonan pelan kerana pihak PBT tidak mengambil permohona secara terus dari pihak pemilik, HANYA kelulusan strata atau yang mengunakan 'Standart Book' saja yang diterima secara terus dari pemilik berdasarkan syarat-syarat yang tertakluk.
Bayaran Kos Bagi Pelan Tambahan & Ubahsuai
Seringkali Kos bagi penyediaan pelan memainkan peranan penting sebelum sesuatu pelan dapat disiapkan dan seterusnya di buat permohonan kepada pihak PBT. Mengelakkan kekeliruan berkenaan bayaran, pihak Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar akan mengasingkan bayaran tersebut. Disini dimaklumkan bayaran yang akan atau bakal di kenakan kepada pemilik rumah. 1. Bayaran Penyedian pelan - Anggaran harga akan di tetapkan oleh pihak arkitek setelah perbincangan dan kata putus berkenaan skop kerja dan rekabentuk pelan yang hendak di pinda di muktamadkan bersama pemilik. Harga berdasarkan rekabentuk serta keluasan tambahan yang akan pemilik lakukan. Selalunya bayaran ini akan dibuat dalam 2 kali bayaran. Sebelum permohonan dibuat ke PB T dan setelah kelulusan dikeluarkan. 2. Bayaran Proses Pelan - Bayaran memproses pelan akan dikenakan kepada setiap permohonan. Bil ini akan ditanggung oleh pihak pemilik kediaman. Bayaran ini termasuk lah fee bagi memproses plan, cagaran atau deposit berkaitan dan deposit tong sampah kepada Alam Flora atau agensi berkenaan. Jumlah Bayaran ini juga tidak sama pada setiap PBT. Ia akan dikira berdasarkan keluasan tambahan yang dibina. 3. Bayaran Untuk CCC@CF - Bayaran ini sering dikenakan secara berasingan oleh pihak Akitek atau pelukis Pelan. Ini kerana terdapat kecenderungan pemilik untuk mengubah rekabentuk rumah semasa pembinaan sedang dilakukan. Jika ini berlaku, dan pemilik masih tetap untuk mendapatkan CF@CCC, permohonan pindaan kepada pelan kelulusan yang terdahulu harus dikemukan dan mendapat kelulusan PBT. 4. Denda - Denda akan dikenakan kepada pemilik rumah yang t elah melakukan pembinaan sebelum permohonan pelan dibuat atau melakukan pembinaan sebelum k elulusan diberi. Denda akan dikira kepada 10 kali ganda dari fee memproses pelan. Bayaran ini juga akan di tanggung oleh pihak pemilik. Makluman ini adalah berdasarkan permohonan pelan yang mengikut Undang-Undang kecil bangunan setiap PBT. Jika tambahan dilakukan diluar syar at-syarat yang ditetapkan, kemungkinan pelan tidak akan diluluskan.