JIB 222 : EKOLOGI AMALI 4 PENGGUNAAN KUADRAT BERBENTUK TITIK UNTUK PENGANGGARAN LITUPAN TUMBUHAN
Objektif :
Amali ini bertujuan untuk : 1.
Mengh Menghur urai aika kan n tekn teknik ik pen pensa samp mpel elan an lit litup upan an veget vegetas asii denga dengan n meng menggun gunak akan an sua suatu tu tit titik ik kuadrat.
2.
Menj Menjel elas aska kan n seca secara ra rin ringk gkas as pri prins nsip ip ker kerja ja sua suatu tu kua kuadr drat at tit titik ik..
3.
Memb Membin incan cangk gkan an keba kebaik ikan an dan dan keku kekura ranga ngan n tekni teknik k kuadr kuadrat at tit titik ik ber berba band ndin ing g denga dengan n teknik-teknik lain yang menggunakan kuadrat segiempat.
4.
Memb Membiincan ncangk gkan an meng mengen enai ai kesa kesan n sai saiz titi itik.
Pengenalan
Di dalam latihan amali ini, litupan relatif satu komuniti tumbuhan rendah dapat ditentukan di samping mempelajari bagaimana menggunakan sejenis sampel atau kuadrat yang tidak berbentuk segiempat. Namun begitu, alat sampel yang berbentuk sikat yang dikenali umum sebagai satu ‘kuadrat titik’. Ini adalah disebabkan unit-unit kuadrat ini berbentuk titik. Sebenarnya, kuadratkuadrat titik itu adalah diwakilkan oleh mata pin yang membentukkan sebahagian rangka alat penyampel tersebut.
Prinsip Asas:
Kaedah kuadrat berbentuk titik sering digunakan untuk mengumpulkan data vegetasi. Ia digunakan untuk menganggarkan litupan, volum pukal, dan kandungan spesies tumbuhan. Satu kelemahan dalam kaedah ini adalah bahawa ia memerlukan masa yang agak panjang untuk mengumpulkan data. Walaubagaimanapun, jika data itu dapat dikumpul dengan cermat, mereka boleh mencerminkan dengan tepatnya cirri-ciri vegetasi itu. Berdasarkan teorinya, kuadrat-kuadrat yang berbentuk titik itu menyempel satu bilangan infiniti titik-titik tersangat kecil yang mungkin terdapat di dalam sesuatu kawasan tertentu. Oleh itu, semakin kecil saiz titik itu, maka semakin tepatlah nilai anggaran yang didapati itu. Semakin besar sisihan dari infiniti, semakin besarlah ralat jangkaan bagi satu bilangan kuadrat pin tertentu. Oleh itu, semakin banyak sampel titik diambil, semakin tepatlah dapat digambarkan struktur vegetasi yang sebenar.
Radas dan Alatan:
1. Satu sampel khas yang terdiri dari satu rangka logam dan dilengkapi dengan pin-pin logam yang tajam. 2. Kawasan lapang bersebelahan makmal sains Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah. 3. Jarak 5m x 5m.
Persediaan:
1.
Kawasan yang dianggap sesuai untuk eksperimen ini ialah kawasan yang mempunyai litupan tumbuhan yang padat iaitu 80% hingga 100%. Ia juga harus mengandungi empat spesies tumbuhan utama. Satu contoh yang baik ialah komuniti padang rumput.
2.
Untuk tujuan perbandingan data adalah lebih baik jika alat penyampel dapat diatur mengikut satu transek atau di tempat-tempat tertentu di dalam system grid atau matriks yang bersaiz tertentu. Sekiranya satu sistem transek digunakan, setiap pasang pelajar harus memilih transek sendiri. Jika satu sistem grid digunakan, maka sifir nombornombor rawak digunakan. Hanya sistem grid perlu didirikan untuk kegunaan semua pasang pelajar.
3.
Nama spesies tumbuhan harus dikenalpasti terlebih dahulu dan bagi spesies yang namanya tidak diketahui, kod-kod sementara boleh diberi sementara mendapatkan bantuan pengajar di dalam makmal.
Tatacara:
1.
Sepasang pelajar dikehendaki menandakan satu kawasan eksperimen di dalam komuniti tumbuhan yang dipilih itu. Alat sampel boleh diletakkan di sepanjang satu trek yang panjangnya 5 meter atau di dalam satu grid yang mempunyai keluasan 5m x 5m,
2.
Bagi setiap sampel iaitu setiap penempatan alat sampel, catatan pertama dibuat apabila pin menyentuh di atas kanopi tumbuhan atas tanah, iaitu satu rekod per pin. Jika sampel itu tidak menyentu apa-apa spesies pun, maka perlu dicatatkan ‘tanah terbuka’.
3.
Anggaran litupan tiap-tiap spesies dibuat dengan menggunakan formula di bawah iaitu:
4.
Lx = nx x 100% N Lx = peratusan litupan bagi spesies x Nx = bilangan kali spesies x disentuh pin N = jumlah bilangan kali tumbuhan disentuh pin
Keputusan : Diketahui bahawa :
Spesies A : Cow grass Spesies B : Cyperus babakensis Spesies C : Chrysopogan aciculatus Spesies D : Mimosa pudica
Jadual 1 di bawah menunjukan keputusan eksperimen yang dijalankan secara mendatar atau sebaris :
Jenis Kuadrat
1
2
Pin
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17
Spesies A Cow grass
Spesies B Cyperus babakensis
/ / / / / / / / / / / / / /
Spesies C Chrysopogan aciculatus
Spesies D Mimosa pudica
3
4
5
18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 JUMLAH
/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /
34
4
2
/ / / / / 5
Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusn eksperimen yang dijalankan secara menegak atau lajur
Jenis Kuadrat
1
2
3
4
Pin
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36
Spesies A Cow grass
Spesies B Cyperus babakensis
Spesies C Chrysopogan aciculatus
/ / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / /
Spesies D Mimosa pudica
37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 JUMLAH
5
/ / / / / / / / / / / / / 12
6
/ 31
1
Pengiraan :
Anggaran Peratusan litupan bagi setiap spesies boleh didapati dengan menggunakan formula di bawah : Lx = nx x 100% N Lx = peratusan litupan bagi spesies x Nx = bilangan kali spesies x disentuh pin
N = jumlah bilangan kali tumbuhan disentuh pin Perbandingan keputusan eksperimen 1 dan eksperimen 2: Jenis Spesies Spesies A
Spesies B
Spesies C
Spesies D
Keputusan Eksperimen 1 Peratusan litupan bagi Spesies A =34/50 x 100% =68% Peratusan litupan bagi Spesies B =4/50 x 100% =8% Peratusan litupan bagi Spesies C =2/50 x 100% =4% Peratusan litupan bagi Spesies D =5/50 x 100% =10%
Keputusan Eksperimen 2 Peratusan litupan bagi Spesies A =12/50 x 100% =24% Peratusan litupan bagi Spesies B =6/50 x 100% =12% Peratusan litupan bagi Spesies C =31/50 x 100% =62% Peratusan litupan bagi Spesies D =1/50 x 100% =2%
Perbincangan Soalan : 1. Dengan menggunakan gambarajah berlabel, huraikan secara ringkas spesies-spesies tumbuhan yang telah ditemui di dalam kajian ini. Utarakan tentang cirri-ciri ekologi mereka yang menarik.
Empat spesies yang dipilih untuk kajian ialah Cow grass, Cyperus babakensis, Chrysopogan aciculatus dan Mimosa pudica. Kempat-empat spesies ini banyak dijumpai dan sebarannya agak meluas terutama di kawasan padang rumput di belakang makmal yang agak lembab. Spesies yang paling banyak ditemui ialah spesies Cow grass iaitu sejenis rumput yang
mempunyai daun yang kecil dan panjang, jenis monocot dan daunnya berurat selari. Rumput ini menjadi makanan kegemaran herbivor seperti lembu dan kambing. Ia juga merupakan tanaman utama di kawasan tanah lapang dan padang bagi mengelakkan hakisan. Spesies kedua banyak didapati ialah spesies Chrysopogan aciculatus. Pokok ini berwarna hijau. Tangkai bunganya amat panjang yang membuktikan bahawa penyebaran benihnya dilakukan oleh angin. Bunga rumputnya ini berwarna coklat keputihan. Ia tumbuh tinggi melebihi rumput yang lain hingga mencapai ketinggian antara 1ocm sehingga 15cm. Spesies yang ketiga banyak ialah Cyperus babakensis merupakan sejenis rumput monocot yang mempunyai urat daun yang selari. Daunnya kecil memanjang dan berwarna hijau tua manakala bunganya seperti pokok padi berwarna hijau muda yang terletak pada hujung tangkai yang panjang. Spesies yang keempat dan paling sedikit ditemui ialah Mimosa pudica. Pokok ini bersaiz kecil dan batangnya berduri serta mengeluarkan bunga yang berwarna ungu. Batang yang berduri adalah sebagai perlindungan diri daripada dimakan oleh haiwan.
2. Sejauh manakah kepututsan anda menyisih daripada keputusan kelas pada keseluruhannya? Apakah sebabnya?
Hanya beberapa kumpulan kecil sahaja yang dapat dibentuk kerana bilangan pelajar tidak ramai. Oleh itu, perbandingan ketumpatan bilangan antara kumpulan tidak begitu menunjukkan perbezaan yang ketara. Bagi aktiviti kumpulan, spesies yang paling dominan ialah spesies A iaitu Cow grass sebanyak 68% pada eksperimen 1 dan sebanyak 28% pada eksperimen 2. Sisihan sebanyak 44% adalah disebabkan kemungkinan keadaan tanah yang lebih berair dan subur pada kawasan mendatar manakala kawasan yang menegak agak kurang berair atau kurang subur menyebabkan kekurangan spesies. Manakala spesies Chrysopogan
aciculatus didapati sebanyak 4% pada eksperimen 1 dan sebanyak 62% pada eksperimen kedua, bagi spesies yang lain tidak begitu ketara sisishannya.
3. Di bawah keadaan ekologi apakah kaedah kuadrat titik itu tidak seharusnya digunakan?
Kaedah titik tidak harus digunakan jika tumbuhan yang dikaji merupakan tumbuhanyang besar dan tinggi. Ia juga tidak boleh digunakan utuk kajian haiwan yang bergerak bebas. Di samping itu juga, kajian ini tidak boleh digunakan jika tumbuhanyang dikaji bertindih di bawah tumbuhan yang satu lagi iaitu yang lebih tinggi. Hanya tumbuhan di bahagian atas sahaja yang dikira manakala tumbuhan di bahagian bawah tidak termasuk dalam kajian.
4. Huraikan secara ringkas satu tatacara dengan mana anda akan dapat menguji saiz titik kuadrat ke atas kejituan anggaran litupan tumbuhan.
Satu cara yang mudah ialah menandakan tapak kajian yang bersaiz kecil seperti kuadrat 1m x 1m yang hanya mengandungi dua spesies, kemudian catatkan spesies pertama yang disentuh oleh pin. Setelah kajian siap dijalankan, kirakan peratusan litupan bagi spesies yang paling sedikit kemudian hitung pula bilangan kedua spesies itu satu persatu di dalam tapak kajian. Kirakan peratus litupan yang sebenar bagi spesies yang paling sedikit dan bandingkan dengan peratusan litupan yang menggunakan kaedah kuadrat berbentuk titik. 5. Bolehkah kaedah kuadrat titik digunakan untuk persampelan haiwan? Jika boleh, berikan penjelasan anda.
Biasanya kuadrat titik digunakan untuk menyampeltumbuhan rendah sahaja. Walau bagaimanapun, ia boleh juga digunakan untuk persampelan haiwan dengan syarat haiwan itu tidak aktif seperti siput dantidak hidup berkelompok. Selain daripada itu, haiwan yang dikaji juga tidak bersaiz besar dan tidak terlau tinggi.
Bibliografi: