Tajuk Mengkaji Fasa – Fasa Bulan Dan Waktu Terbit Dan Terbenam Bulan Tujuan Menentukan corak pergerakan dan fasa-fasa bulan Latar belakang Pengetahuan . Bulan adalah planet langit yang paling dekat dengan bumi.
Hal ini demikian kerana,
jaraknya yang paling dekat tersebut, bulan yang paling mudah dilihat dengan mata kasar. Seterusnya, bulan biasanya kelihatan pada waktu malam, namun kita tidak boleh melihat bulan setiap malam walau pun langit bersih tanpa awan Bahan Dan Radas: Kamera, kertas catatan, pensel Prosedur: 1. Pilih satu lokasi yang sesuai. 2. Buat pemerhatian tentang masa bulan terbit dan terbenam bersama dengan kedudukannya dalam sistem koordinat altazimuth, serta bentuk fasanya. 3. Lakarkan landskap lokasi berkenaan dan tandakan kedudukan bulan terbit dan terbenam pada lakaran itu. 4. Ulangi langkah – langkah di atas setiap hari selama 2 minggu. 5. Jadualkan keputusan anda.
Pengumpulan data :
Fasa bulan yang Tarikh
Waktu
Gambar
sepatutnya
Catatan pemerhatian
kelihatan
Cuaca: Langit cerah Fasa bulan: Bulan hampir purnama 20.3.2016
9.30 pm
Darjah: 90-135 degrees Bulan kelihatan pada malam ini kerana waktu bulan terbenam adalah 4.20 pagi
Cuaca; Langit cerah (tidak hujan ) Fasa bulan: hampir purnama 21.3.2016
9.30 pm
Darjah : 180-225 Degree Bulan kelihatan malam ini kerana cuaca cerah, tidak dilitupi awan yang banyak dan waktu bulan terbenam adalah pada jam 5.10 pagi. Bulan tidak kelihatan pada malam ini. Langit tidak cerah. Sepatutnya, bulan akan
22.3.2016
9.30 pm
kelihatan malam ini kerana waktu terbitnya 6.25 petang. Fasa bulan yang sepatutnya kelihatan ialah bulan purnama baru.
Cuaca: Langit cerah (tidak hujan ) 23.3.2016
Fasa bulan : Bulan purnama 9.30 pm
Darjah : 180-225 Degree Bulan kelihatan pada malam ini. Bulan terbit pada pukul 7.18pm.
Cuaca : Langit cerah 24.3.2016
9.30 pm
Fasa: Bulan purnama Bulan pada malam ini adalah bulan purnama
Cuaca: langit gelap (mendung) Darjah : 180-225 Degree 25.3.2016
9.30 pm
Fasa bulan: Bulan purnama Bulan tidak kelihatan pada malam ini kerana langit gelap.
Cuaca; Langit cerah Fasa bulan: Purnama lama 26.3.2016
9.30 pm
Darjah : 225-270 degree Bulan kelihatan pada malam ini.
Cuaca: mendung (hujan sekejap-sekejap) Fasa bulan: selepas purnama Darjah : 225-270 degree. Bulan tidak kelihatan malam 27.3.2016
9.30 pm
ini. Ini kerana cuaca mendung dan melalui maklumat yang dikumpul bulan terbit pada 11.04 malam dan merupakan salah satu sebab bulan tidak kelihatan Cuaca: mendung dan hujan. Fasa bulan: separa lama ( tua)
28.3.2016
Bulan tidak kelihatan malam 9.30 pm
ini. Ini kerana cuaca di Terengganu agak mendung untuk minggu ini dan kadang-kadang hujan.
Fasa bulan : Separa lama ( tua ) Bulan mungkin tidak 29.3.2016
9.30 pm
kelihatan pada malam ini kerana pada waktu malam cuaca mendung dan hujan rintik-rintik.
Cuaca: Langit mendung Fasa bulan: separa lama (tua) 30.3.2016
9.30 pm
Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian disebabkan oleh cuaca
Cuaca : Cerah Fasa bulan : Sabit lama Bulan tidak kelihatan pada waktu pemerhatian. Ini 31.3.2016
9.30 pm
kerana melalui maklumat yang dikumpul ,dapat diketahui bahawa bulan terbenam pada jam 7.o5 malam.
9.30 pm Cuaca; Langit cerah Fasa Bulan :Anak bulan
1.4.2016
Bulan tidak kelihatan semasa pemerhatian kerana bulan telah terbenam. 9.30 pm Cuaca : cerah
2.4.2016
Fasa bulan : sabit baru Bulan kelihatan semasa pemerhatian dibuat.
Perbincangan Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Fasa bulan ialah peringkat perubahan bentuk bulan yang bercahaya sepanjang pusingan di orbitnya mengelilingi bumi. Pemerhatian terhadap fasa-fasa bulan dibuat daripada 20 Mac 2016 hingga 2 April 2016. Lokasi yang dipilih untuk mangadakan kajian adalah sekitar Padang IPG Sultan Abdul Halim. Daripada kajian, 20 Mac 2012 sehingga ke 30 Mac 2012, fasa-fasa bulan adalah daripada hampir purnama, purnama, purnama lama, separa lama (tua) dan pada 31 Mac 2012 adalah bulan sabit lama (tua) . Namun begitu, semasa membuat pemerhatian, terdapat bulan yang tidak kelihatan pada tarikh tersebut sedangkan sepatutnya bulan dapat dilihat. Hal ini berlaku disebabkan oleh langit yang gelap, kehadiran awan pada malam tersebut dan juga masa terbit dan terbenam bulan . Pada tarikh 22, 23, 25, 27, 28, 30, 31 Mac 2012 dan 1 April 2012 bulan tidak kelihatan semasa pemerhatian dijalankan. Hal ini disebabkan oleh, langit mendung dan juga ada di antaranya disebabkan oleh bulan belum terbit atau ada yang telah terbenam ketika pemerhatian tersebut dijalankan. Bulan adalah satelit yang tidak boleh memancarkan cahaya sendiri. Hal ini demikian, cahaya yang dilihat daripada bumi merupakan cahaya yang dipantulkan oleh matahari. Dari hari ke hari, bentuk dan ukuran cahaya bulan berubah-ubah sesuai dengan posisi bulan terhadap matahari dan bumi. Ketika bulan bergerak mengelilingi bumi, ada bahagian bulan yang menerima cahaya matahari dan ini menyebabkan kita di bumi terlihat bahagian bulan yang menerima cahaya. Bahagian bulan ini yang terlihat daripada bumi sangat kecil dan membentuk bulan sabit yang dikenali sebagai hilal awal bulan. Fasa purnama terjadi apabila bumi berada di antara bulan dan matahari. Bahagian bulan yang menerima cahaya matahari hampir keseluruhannya terlihat di bumi dan bulan kelihatan seperti purnama. Setelah itu, bulan mengalami fasa purnama lama dan kemudian sabit lama . Bulan mempunyai waktu terbit dan terbenam. Oleh itu, walaupun langit bersih tanpa awan, kita tetap tidak boleh melihat bulan setiap malam. Sebenarnya bulan setiap hari selalu terbit dan terbenam secara teratur namun jikalau kita melihat bulan di waktu yang salah pada malam hari, maka kita tidak akan dapat melihat bulan di langit pada malam tersebut.. Ini kerana setiap malam atau setiap hari bulan terbit dan terbenam pada waktunya yang tersendiri. Contohnya, jika bulan baru muncul, kita tidak dapat melihat bulan tersebut pada malam hari kerana terbit dan terbenam bulan baru hampir sama dengan terbit dan terbenam matahari.
Bulan boleh kelihatan hampir setiap hari pada waktu siang. Namun, ini bergantung pada cuaca pada hari tersebut dan sama ada matahari memancarkan cahaya yang terik atau pun tidak. Bulan tidak kelihatan di waktu siang apabila bulan penuh, bulan baru dan juga beberapa hari sebelum dan selepas bulan baru. Bulan juga boleh kelihatan pada waktu malam apabila bulan memasuki fasa bulan purnama iaitu pada pertengahan bulan. Bulan hanya tidak kelihatan pada waktu malam semasa kemunculan bulan bagi fasa bulan baru kerana terbitnya bulan hampir sama dengan terbitnya matahari dan begitu juga terbenam bulan hampir sama dengan terbenam matahari. Jadi, pada waktu malam setelah bulan baru, kita tidak akan dapat melihat bulan di waktu malam. Setiap hari, bulan akan terbit dan terbenam lewat 55 minit daripada malam sebelumnya. Jadi, bulan kelihatan pada waktu malam pada waktu yang tertentu. Bulan juga akan kelihatan jika langit cerah dan bersih tanpa awan.