LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN NPQEL AMBILAN 2/2016
PROGRAM MENTORING: S UD UT-S UD UT IL I L MU / P ON D OK IL MU
AISHATUL AKYAH BINTI ISHAK 660713106168 SRG1 16A2
PENSYARAH PENYELIA: ENCIK ABDULLAH BIN SEMAN
LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN DISERAHKAN KEPADA INSTITUT AMINUDDIN BAKI SEBAGAI MEMENUHI KEPERLUAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESSIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL)
i
PENGAKUAN
Saya akui penulisan laporan ini adalah hasil karya saya sendri kecuali tulisan-tulisan karya dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .
19 Ogos 2016
AISHATUL AKYAH BINTI
ISHAK
i
PENGAKUAN
Saya akui penulisan laporan ini adalah hasil karya saya sendri kecuali tulisan-tulisan karya dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya .
19 Ogos 2016
AISHATUL AKYAH BINTI
ISHAK
i
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah…. Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan inayahnya, saya dapat
mengikuti
Kursus
Program
Kelayakan
Professional
Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) pada tahun 2016, menjalani Program Penandaarasan dan menyiapkan laporan ini dengan jayanya.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi setinggi-tinggi terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki kerana memberikan saya peluang untuk mengikuti Kursus. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia program Encik Abdullah bin Seman terutama sekali atas panduan serta cadangan yang beliau sarankan dalam memilih program dan seterusnya menyiapkan laporan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan kepada Guru Besar Tuan Ab. Aziz bin Tuan Abdullah kerana bimbingan yang diberikan selama dua minggu mi nggu saya berada di sekolah beliau. Perkongsian dan tunjuk ajar dari beliau dalam mesyuarat atau perbincangan dengan guru-guru banyak memberi input kepada saya tentang ciri-ciri kepimpinan dan cara-cara pengurusan cemerlang dan sesuai dijadikan teladan.
Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua Penolong Kanan , Ketua Panitia
dan
guru-guru
serta
Penyelaras
Kecerian,
Kebersihan
dan
Keselamatan dan Guru Pemulihan Khas yang telah memberi kerja sama dalam mengumpul bahan-bahan dan sumber-sumber yang ada di sekolah.
II
Kepada Allahyarham suami tercinta, Zairi bin Abdullah dan anak-anak tersayang, Mohammad Aqmal, Muhammad Aizat, Nur Zahirah, Muhammad Aiman dan Nurain Zawani, terima kasih kerana sentiasa bersabar, memahami dan memberi dorongan serta mendoakan kejayaan saya.
Tidak ketinggalan semua rakan seperjuangan NPQEL 2/2016 Kumpulan SRG1, Guru Besar SK Sulaiman, Encik Abdul Rashid bin Mahidin dan semua staf SK Sulaiman, terima kasih atas dorongan, bantuan dan nasihat kalian. Semoga kita menjadi pengurus pendidikan yang berkesan.
AISHATUL AKYAH BT ISHAK SMG1 16A2 Institut Aminuddin Baki
III
Abstrak
Program Penandaarasan adalah program untuk melihat dan mempelajari program yang berjaya di sekolah . Di SK Bukit Piatu yang telah meraih pelbagai kejayaan dari bidang akademik, hal ehwal murid dan juga kokurikulum. Kejayaan-kejayaan yang pernah diraih ini telah meningkatkan prestasi pelajar dalam bidang akademik sekolah ini. Laporan penandaarasan ini disediakan hasil daripada pemerhatian, temu bual, analisis rekod dan dokumen yang diperolehi di SK Bukit Piatu, Bentong, Pahang. Laporan ini memuatkan tentang maklumat sekolah, huraian projek yang dipilih sebagai projek penandaarasan dan gaya pengurusan dan kepimpinan staf dalam menjayakannya .
IV
KANDUNGAN KANDUNGAN
HALAMAN
Pengakuan
i
Penghargaan
ii-iii
Abstrak
iv
Kandungan
v - vi
Senarai Jadual
vii
Senarai Rajah
ix
Senarai Gambar
x
BAB 1
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
1.1
Sejarah Sekolah
1
1.1.1 Latar belakang sekolah
1-3
1.1.2 Visi & Misi
4
1.1.3 Objektif
4
1.1.4 Falsafah dan Nilai
5
1.1.5 Piagam Pelanggan
5-6
1.1.6 Lencana Sekolah
6-7
1.1.7 Bendera Sekolah
7
1.1.8 Motto Sekolah
7
1.1.9 Lagu Sekolah
8
1.1.10 Struktur Organisasi
8-9
1.1.11 Lokasi sekolah serta Lakaran
10
1.1.12 Kemudahan Sekolah
11-12
1.1.13 PIBG
12-14
Data/Statistik
14
1.2.1
Enrolmen murid
14-15
1.2.2
Bilangan Staf
15-16
1.2.3
Pencapaian akademik/Kokurikulum
16
1.2.4
Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini
17-19
1.2.5
Projek yang dilaksanakan
19
1.2
V
BAB 2
HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN
20
2.1
Situasi
20-22
2.2
Peluang dan cabaran Pelaksanaan Projek
22-25
2.3
Penglibatan Kepimpinan Sekolah
25-27
2.4
Stail Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
27-29
2.5
Pengiktirafan
29-31
2.6
Tindak ikut
31-33
BAB 3
REFLEKSI
34
3.1
Faktor kritikal dan penting dalam kejayaan Projek
34-35
3.1.1 Faktor kepimpinan demokratik dan berkarisma
35
Guru Besar
3.2
3.1.2 Iklim dan budaya sekolah
36
Hubungan antara teori-teori yang dipelajari dengan
37-38
amalan dan kepimpinan 3.3
Kesesuaian projek di sekolah sandaran
39
3.4
Cadangan penambahbaikan projek di Sekolah
40
Sandaran 3.5
Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan
40-41
BAB 4
RUMUSAN LAPORAN
42
4.1
Impak Projek penandaarasan kepada kecemerlangan
42-43
sekolah 4.2
Impak projek penandaarasan kepada peserta
44-45
4.3
Rumusan keseluruhan
45
RUJUKAN
46
VI
LAMPIRAN
47
A
Carta Organisasi SK Bukit Piatu
47
B
Kertas Kerja Program 3K
48-51
C
Contoh Minit Mesyuarat
52-58
D
Soal selidik guru
59
E
Soalan temubual
60
F
Sijil-sijil dan Anugerah
61-62
G
Gambar-gambar Sudut-sudut Ilmu dan Bilik-Bilik Khas
63-64
BIODATA
65
LOG HARIAN
66
LOG
67-69
KEPIMPINAN
VII
Senarai Jadual Jadual 1:
Halaman
Senarai nama Guru Besar
3
Jadual 2:
Struktur Organisasi SK Bukit Piatu
9
Jadual 3:
Kemudahan Infrastruktur
11
Jadual 4:
Kemudahan Fizikal
11-12
Jadual 5:
Kemudahan PSS
12
Jadual 6:
Senarai AJK PIBG
13-14
Jadual 7:
Enrolmen murid
14-15
Jadual 8:
Statistik guru mengikut kaum
16
Jadual 9:
Pencapaian UPSR
16
Jadual 10:
Pencapaian sukan dan permainan
17
Jadual 11:
Pencapaian Unit Beruniform
18
Jadual 12:
Pencapaian Kelab dan Persatuan
18-19
Jadual 13:
JK Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan
17
Jadual 14:
Rekod salah laku
25
VIII
Senarai Rajah
Halaman
Rajah 1:
Lencana Sekolah
6
Rajah 2:
Bendera Sekolah
7
Rajah 3:
Lokasi dalam koordinat peta
10
Rajah 4:
Lakaran kedudukan lokasi
10
Rajah 5:
Carta organisasi PIBG
10
IX
Senarai Gambar Halaman Gambar 1:
Blok bangunan lama
2
Gambar 2:
Blok bangunan baru
3
Gambar 3:
Sudut-sudut ilmu matapelaran
40
Gambar 4
Sudut di luar dan di dalam kelas
41
X
BAB 1
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
1.1
1.1.1
Sejarah sekolah
Latar belakang sekolah
Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu dibina di atas sebidang tanah di lereng bukit dalam Kampung Bukit Piatu. Keluasan tapak sekolah ini dianggarkan seluas 13.0 ekar. Kerja-kerja pecah tanah telah dijalankan pada awal tahun 1999. Kontraktor yang terlibat mula menjalankan kerja-kerja pembinaan agar sekolah ini dapat digunakan secepat mungkin.
Sk Bukit Piatu telah beroperasi pada sesi persekolahan tahun 01.01.2001. Pada peringkat awalnya sekolah ini menumpang di SMK Bentong selama satu tahun sembilan bulan. Ketika itu, tenaga pengajarnya seramai 14 orang. Jumlah pelajar pada ketika itu pula seramai 270 orang.
Pada 30 September 2002, sekolah telah berpindah ke bangunan sendiri. Nama sekolah ini diambil sempena nama kawasan sekolah ini didirikan iaitu mengambil nama Kampung Bukit Piatu.
SK Bukit Piatu terdiri daripada dua blok bangunan 3 tingkat, satu blok kantin dan satu blok makmal komputer. Kemudahan prasarana di sekolah ini adalah lengkap dengan pejabat, bilik guru, perpustakaan dan makmal komputer yang berhawa dingin. Terdapat juga makmal sains, bilik kemahiran hidup serta kelas pemulihan.
1
Pada tahun 2003 jumlah tenaga pengajar di sekolah telah bertambah menjadi 26 orang. Manakala pelajar yang belajar di sekolah ini seramai 417 orang. Pada tahun 2006 pula jumlah tenaga pengajar ialah seramai 36 orang, manakala pelajar seramai 600 orang.
Guru besar yang mentadbir sekolah ini silih berganti. Guru besar pertama ialah Tn. Hj. Abdul Jalil bin Ahmad. Beliau mentadbir mulai 1 Januari 2001 hingga 15 Mac 2001. Tempat beliau telah diganti pula oleh Encik Abd. Rahman bin Abdul Aziz sehingga 13 April 2005. Kemudian diambil alih oleh Encik Abdul Rashid bin Mahidin sehingga 1 September 2011. Kini Guru besar sekolah ini ialah Encik Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah .
Pelbagai usaha dan pencapaian telah dicapai oleh sekolah ini atas usaha bersama pihak pentadbir, guru-guru, kakitangan sokongan, murid-murid dan juga sokongan dari komuniti setempat agar sekolah ini terus berkembang dan maju.
Gambar 1:Blok bangunan lama
2
Gambar 2 : Blok bangunan baru Sejak beroperasi pada tahun 2001 hingga kini, SK. Bukit Piatu telah diterajui oleh 4 orang guru besar. Jadual 1 adalah senarai guru besar yang telah berkhidmat di SK Bukit Piatu. Jadual 1: Senarai Nama Guru Besar SK Bukit Piatu Bil
Nama Guru Besar
Tahun Berkhidmat
01
En. Abdul Jalil b. Ahmad
01.01.200107.02.2001
02
En. Abd. Rahman b. Abd. Aziz
16.03.200119.02.2005
03
En. Abdul Rashid b. Mahidin
20.02.200501.09.2011
04
En. Tuan Abdul Aziz b. Tuan Abdullah
3
02.09.2011 hingga sekarang
1.1.2 Visi dan Misi
Dalam menetapkan hala tuju sekolah, visi dan misi dihayati bersama bagi semua warga sekolah SK Bukit Piatu. Dengan kepimpinan yang ada sekarang visi dan misi digubal khas sebagaimana berikut : Visi sekolah : Menjadi Sekolah Cemerlang Di Negeri Pahang Menjelang Tahun 2017. Misi sekolah : Warga SK Bukit Piatu Berusaha Dengan Penuh Ikhlas Untuk :
Melahirkan murid yang berkualiti dan seimbang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan .
Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan efisen .
Mewujudkan budaya keilmuan dan iklim sekolah yang kondusif.
Melahirkan insan minda kelas pertama, berakhlak mulia dan jati diri yang tinggi .
1.1.3
Memupuk hubungan yang erat dengan komuniti setempat . Objektif sekolah :
Berikut adalah lapan objektif yang ingin dicapai oleh SK Bukit Piatu iaitu : 1.
Melahirkan murid yang berkualiti .
2.
Mewujudkan sistem pengurusan yang cekap dan efisen .
3.
Membentuk modal insan cemerlang yang berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan.
4.
Mewujudkan budaya keilmuan dan iklim sekolah yang kondusif.
5.
Melahirkan insan minda kelas pertama, berakhlak mulia dan jati diri yang tinggi.
6.
Memupuk jalinan dan jaringan yang erat dengan komuniti setempat.
4
1.1.4 Falsafah dan Nilai
Nilai Nilai yang dibentuk jelas menggambarkan bahawa SK. Bukit Piatu menekankan kepada nilai yang asas bagi membentuk satu komuniti yang saling bergerak untuk mencapai satu organisasi yang mampu untuk seiring dalam membina budaya cemerlang berlandaskan agama dan Falsafah Pendidikan Negara.
Falsafah
SK Bukit Piatu wadah penyelamat umat. Guru berusaha membentuk anak didik berlandaskan :
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Islam
Mengamalkan etika kerja islam.
1.1.5 Piagam Pelanggan
Kami warga SK Bukit Piatu dengan penuh tekad dan berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk :
Mengurus sekolah ini dengan konsep pengurusan pendidikan yang kreatif dan inovatif ke arah kecemerlangan bersama.
Membentuk dan mendidik pelajar menjadi insan yang berilmu, berakhlak, berkeyakinan serta bertanggungjawab.
Melaksanakan proses PdP dengan penuh rasa tanggungjawab, dedikasi, ihklas dan amanah.
Memastikan
keseimbangan
dan
kelancaran
dalam
merancang,
melaksana aktiviti untuk jasmani, rohani, emosi dan intelek.
Bersikap adil kepada setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor lain yang menjadi halangan.
Mewujudkan hubungan baik dan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibubapa, masyarakat dan agensi luar. 5
Institusi ini berusaha memupuk setiap warganya menjadi warganegara yang taat, bertanggungjawab dan hormat menghormati antara satu sama lain.
1.1.6 Lencana sekolah
Sesebuah sekolah sudah pasti mempunyai lencana yang tersendiri yang terdiri daripada logo dan lambang yang mempunyai makna-makna yang tertentu. Makna-makna bagi setiap logo dan lambang yang terdapat pada lencana SK Bukit Piatu dinyatakan seperti di bawah :
Rajah 1 Warna Logo Kuning
- Keberanian, kecekalan dan keceriaan.
Biru
- Perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan warga SK Bukit Piatu.
Putih dan hitam
- Warna bendera Negeri Pahang.
Lambang Skrin Komputer
- Era teknologi maklumat
Gerigi Roda
- Sains dan teknologi serta 6 aliran yang ada di sekolah (Thn 1 – 6)
Skrol
- Kejayaan
6
Buku
- Budaya Ilmu
Tulisan Jawi
- Meningkat, mendaulat dan memartabatkan penggunaan tulisan jawi .
Tangan
- Mendukung ilmu dan memohon keberkatan dan keredhaan ilmu dariNya .
1.1.7 Bendera Sekolah
Rajah 2
Warna biru
Warna
Melambangkan perpaduan dan semangat kerjasama di kalangan warga SK Bukit Piatu.
Melambangkan keberanian, kecekalan dan keceriaan.
kuning
1.1.8 Moto SK Bukit Piatu menjulang moto sekolah iaitu “Sekolah Unggula Penjana Generasi Terbilang” sebagai slogan yang dikongsi bersama untuk memberi semangat dan motivasi kepada guru-guru, pelajar dan seluruh warga sekolah SK Bukit Piatu.
1.1.9
Lagu Sekolah 7
Bagi menyemarakkan dan menyemai lagi rasa cinta kepada sekolah, lagu sekolah telah dicipta untuk murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah menghayati senikata yang terdapat dalam lagu sekolah seperti berikut :
Sekolah Bukit Piatu Sekolah yang tercinta Ilmu, amal dan takwa Itulah Cogankata
Belajar Bersukan Penuh Kesungguhan Buktikan dengan kejayaan
Ayah, ibu, guru dan rakan Harapan tidak kami siakan Patuh jaga nama baiknya Keranamu Sekolahku Berjaya terus maju.
1.1.10 Struktur Organisasi
SK Bukit Piatu dipimpin oleh seorang Guru Besar yang memiliki gaya kepimpinan yang berkesan. Beliau dibantu oleh barisan kepimpinan pentadbiran yang terdiri daripada seorang guru penolong kanan pentadbiran, 8
guru penolong kanan hal ehwal murid dan guru penolong kanan kokurikulum. Selain itu, guru besar juga dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang lain seperti dalam jadual 2 di bawah :
Jadual 2 : Struktur organisasi SK Bukit Piatu Guru Besar GPK Pentadbiran GPK Hal Ehwal Murid GPK Kokurikulum Guru Bimbingan &kaunseling Panitia Bahasa Melayu Panitia Bahasa Inggeris Panitia Sains Panitia Matematik Panitia Pend. Islam Setiausaha UPSR Setiausaha PBS Guru Pemulihan Khas Guru Pra Sekolah Guru Pra Sekolah Ketua Pembantu Tadbir
1.1.11
En. Tuan Ab. Aziz bin Tuan Abdullah Pn. Noor Asmah binti Ismail En. Zuhaidi bin Mukapit En. Shamsul Kamal bin M.Kamaruddin Pn. Rahayuni binti Mohd. Noh En. Mohd. Hashim bin Muhd. Noor Pn. Zainon binti Ali Pn. Rosnah bt. Rashid Pn. Nor Zaidah bt. Hj. Ismail Pn. Nor Zainah bt. Jamaluddin Pn. Radiana bt. Ismail Pn. Ruzilah bt. Ghazali Pn. Wan Aidayati bt. Wan Jamak Pn. Nor Hasnah binti Salleh Pn Fariza binti Abdul Rahman Pn. Nor Hayah bt. Yusoh
Lokasi Sekolah berserta Lakaran
9
SK Bukit Piatu terletak di tepi jalan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3 dan lakaran pelan sekolah dalam rajah 4 di bawah.
SK Bukit Piatu
Rajah 3 : Lokasi Sekolah Kebangsaan Bukit Piatu
SK Bukit Piatu
Rajah 4 : Lakaran pelan SK Bukit Piatu
1.1.12
Kemudahan di Sekolah
10
SK Bukit Piatu dilengkapi dengan kemudahan fizikal yang kondusif untuk ditawarkan kepada warga sekolah dan komuniti setempat. Kemudahankemudahan yang ada di SK Bukit Paitu ditunjukkan seperti jadual 3, jadual 4 dan jadual 5.
Jadual 3 : Kemudahan Infrastruktur Bil 1. 2. 3. 4. 5.
Kemudahan Infrastruktur Bekalan Air Paip Bekalan Elektrik Tetap Bekalan Elektrik Genset Jalan Raya Berturap Padang
Bilangan/Status Ada Ada Tiada Ada 1
Jadual 4 : Kemudahan Fizikal Bil
Kemudahan Fizikal
Bilangan/Status
1.
Bangunan Sekolah
6
2.
Bilik Darjah
19
3.
Bilik Khas
9
4.
Makmal / Bilik Sains
1
5.
Pusat Sumber Sekolah
1
6.
Perpustakaan
1
6.
Surau
1
7.
Bilik Sakit
1
8.
Bengkel RBT
1
9.
Bilik Guru
1
10.
Bilik Mesyuarat
1
11.
Pejabat
1
12.
Bilik Guru Besar
1
14.
Bilik Guru Penolong Kanan
3
15.
Tandas Murid
22
16.
Tandas Guru
8
17.
Dewan Sekolah
1
18.
Kantin Sekolah
1 11
19.
Stor
1
20.
Bilik BOSS
1
21.
Bilik Alat Pandang Dengar
1
22.
Pondok Pengawal Keselamatan
1
23.
Bilik Pemulihan
1
24.
Kelas Pra Sekolah
2
25.
Bilik Akses
1
26.
Makmal Komputer
1
27.
Pondak Jaga
1
28.
Taman Herba
1
29.
Tandas Keselamatan
2
30.
Bilik J-QaF
2
31.
Tapak Perhimpunan
1
32.
Pentas Bestari
1
Jadual 5 : Kemudahan Pusat Sumber (Bilangan Buku) BILANGAN BUKU DI PUSAT SUMBER SEKOLAH Bilangan Buku di Pusat Sumber Sekolah :
40,379 buah
Nisbah Bilangan Buku dan Murid : 40,379 : 630
1.1.13
PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan antara mekanisme yang memainkan peranan penting dalam melonjakkan kecemerlangan SK Bukit Piatu, Bentong. Antara peranan penting PIBG adalah sebagai penghubung antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Segala masalah yang timbul antara kedua-dua belah pihak dapat diselesaikan melalui pemuafakatan yang yang diterajui oleh PIBG. Oleh itu, suasana pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar.
12
Jawatankuasa PIBG SK Bukit Piatu banyak membantu menyelesaikan masalah sekolah, terutamanya berkaitan dengan pembelajaran dan kebajikan pelajar yang melibatkan kewangan. Selain memberikan bantuan kewangan PIBG juga banyak memberi sokongan dalam bentuk moral. Sejumlah peruntukan belanjawan yang besar telah disalurkan kepada Unit Kokurikulum bagi menampung kos melaksanakan aktiviti unit beruniform, persatuan, sukan dan permainan. Selain itu, PIBG merupakan penyumbang besar kewangan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kurikulum seperti seminar mata pelajaran, kelas bimbingan dan lain-lain lagi. PIBG juga banyak memberikan sokongan dalam bentuk moral. Berikut adalah senarai AJK PIBG bagi tahun 2015/2016. Jadual 6 : Ahli Jawatan Kuasa PIBG SENARAI AJK PIBG SK SUNGAI MARONG
Penasihat
:
En Tuan Ab. Aziz b. Tuan Abdullah
Yang Dipertua
:
En. Rosli bin Basri
Naib Yang Dipertua
:
En. Shahrul Yusmin bin Mat Yasin
Setiausaha
:
En. Tuan Mohd. Amrul b. Tuan Soh
Naib Setiausaha
:
En. Taufik bin Jamaluddin
Bendahari
:
Cik Rohaizah bt. Zulkifli
Ahli Jawatankuasa (Ibu bapa) En. Hamzah b. Ahmad En. Romzan b. Mohammed Daud En. Mohamad Razi b. Zulkifli En. Ahad Rulnisam bin Malim En. Mohamad Ridzuan b. Abdul Kaiyim En. Zulkifli bin Lisut Pn. Roslina bt. Abdul Rahman 13
Pn. Rozita bt. Mohd. Yusop Pn. Ramlah bt. Salleh Ahli Jawatankuasa (Guru) Pn. Noor Asmah bt. Ismail En. Zuhaidi b. Mukapit En. Shamsul Kamal b. Mohamed Kamaruddin En. Abdul Hafiz b. Abdul Halim Cik Rohana bt. Mustapha Pn. Wan Aidayati bt. Wan Jama Pemeriksa Kira-kira En. Muhd. Hashim b. Muhd. Noor
1.2
Data / Statistik
1.2.1 Enrolmen Murid
SK Bukit Piatu mempunyai 19 buah kelas dan 676 orang orang pelajar sebagaimana jadual 6 berikut :
Jadual 7 : Enrolmen Murid Mengikut Tahun dan Jantina
Tahun/Tingkatan
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Prasekolah Gemilang
13
12
25
Prasekolah Terbilang
12
13
25
1 Bitara
16
19
35
1 Intelek
14
19
33
1 Wawasan
23
11
34
2 Bitara
17
22
39
14
2 Intelek
12
28
40
2 Wawasan
24
13
37
3 Bitara
19
17
36
3 Intelek
14
22
36
3 Wawasan
21
13
34
4 Bitara
13
19
32
4 Intelek
15
18
33
4 Wawasan
15
12
27
5 Bitara
13
19
32
5 Intelek
12
18
30
5 Wawasan
12
4
16
5 Dinamik
20
9
29
6 Bitara
15
21
36
6 Intelek
18
18
36
6 Wawasan
21
10
31
JUMLAH
339
337
676
Sumber : Lampiran Pengesahan Data Sekolah Bertarikh 19 Julai 2016
1.2.2 Bilangan Staf
SK Bukit Piatu mempunyai seramai 46 orang guru. Guru lelaki terdiri daripada 9 orang manakala guru perempuan pula seramai 37 orang seperti yang ditunjukkan dalam jadual 7.
Jadual 8 : Statistik Guru Mengikut Kaum, Gred dan Jantina
Kaum
Siswazah
Bukan Siswazah
15
Jumlah
L
P
J
Melayu
9
37
46
Cina
-
-
-
India
-
-
-
Lain-lain
-
-
-
Jumlah
9
37
46
( Sumber : Lampiran Pengesahan Data Sekolah Bertarikh 19 Julaii 2016)
Kakitangan sokongan pula berjumlah 7 orang, yang mana semuanya ialah wanita. Semuanya berketurunan Melayu.
1.2.3. Pencapaian akademik
Dalam bidang pencapaian akademik, pencapaian SK Bukit Piatu pada tahun 2015 berbanding tahun 2014 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 8 di bawah.
Jadual 9 : Pencapaian Akademik UPSR
Tahun 2013 2014 2015
RUMUSAN PENCAPAIAN UPSR SEKOLAH Calon Lulus Semua Mata Pelajaran Bilangan Peratus (sekurang-kurangnya Bilangan Calon Calon Gred C) Calon 5A 5A/7A Bilangan Peratus 85 16 18.82 69 81.9 99 18 18.18 83 83.8 87 6 6.89 69 79.3
1.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini.
16
Gred Purata Sekolah (GPS) 1.90 2.02 2.04
Dari segi pencapaian Kokurikulum, SK Bukit Piatu tidak ketinggalan dalam pelbagai bidang seperti sukan dan permainan, unit beruniform serta kelab dan persatuan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 9, jadual 10 dan jadual 11 di bawah.
Jadual 10 : Sukan dan Permainan
Bil
Tahun
1.
2015
Acara Bola Baling
Peringkat Kejohanan/pencapaian
Anjuran
Daerah / Naib Johan
PPD
Daerah / Johan
PPD
Daerah / Johan
PPD
Lelaki Bwh 12 2.
2015
Bola Sepak Lelaki Bwh 12
3.
2015
80m Lari Berpagar (L) B12
4
2015
Lontar Peluru (L) B12
Daerah / Ketiga
PPD
5.
2015
Kejohanan Golf
Negeri / Kesepuluh
MSSP
Daerah / Naib Johan
Daerah
Daerah / Naib Johan
Daerah
MSSP 6.
2016
Kejohanan Merentas Desa
7.
2016
Kejohanan Bola Sepak
8.
2016
Kejohanan Olahraga
Daerah / Johan
Lompat Tinggi 9.
2016
Kejohanan Golf
Daerah Daerah / Johan
Jadual 11: Unit beruniform 17
Daerah
Bil
Tahun
Acara
Peringkat
Anjuran
Kejohanan/pencapaian 1.
2015
Perkhemahan Pengakap Daerah
Daerah / Ketiga
PPD
Bentong
Jadual 12 : Kelab dan Persatuan
Bil
Tahun
Acara
Peringkat
Anjuran
Kejohanan/pencapaian 1
2015
Kejohanan Catur
Daerah / Johan
PPD
Daerah / Johan
PPD
Daerah / Johan
PPD
B12 MSSD 2
2015
Tilawah Al-Quran B12(L)
3
2015
Tilawah Al-Quran B12(P)
4
2015
Hafazan B12 (L)
Daerah / Naib Johan
PPD
5
2015
Bercerita Kisah Al-
Daerah / Naib Johan
PPD
Quran B12(L) 6
2015
Bercerita Kisah AlQuran B12(P)
Daerah / Ketiga
PPD
7
2015
Pertandingan Pidato Tahap 2
Daerah / Naib Johan
PPD
8.
2015
Kejohanan Catur MSSP B12 (L)
Negeri / Naib Johan
MSSP
9.
2015
Tilawah Al-Quran B12 (L)
Negeri / Johan
Negeri
10. 2015
Tilawah Al-Quran B12(P)
Negeri / Naib Johan
Negeri
11. 2015
Tilawah Al-Quran
Kebangsaan / Keempat
Kebangsaan
18
12. 2105
Kejohanan Catur MSSM
Kebangsaan / 19/30
Kebangsaan
13. 2016
Kejohanan Catur MSSD
Daerah / Johan
Daerah
14. 2016
Kejohanan Catur MSSP
Negeri / Johan
Negeri
1.2.5 Projek yang dilaksanakan. Projek-projek yang telah dilaksanakan di SK Bukit Piatu yang telah membawa kejayaan kepada sekolah. 1. 2008 -
Johan Anugerah Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan.
2. 2012 -
Anugerah Prasekolah Terbilang Peringkat Negeri Pahang
3. 2013 -
Naib Johan Bilik Boss Cemerlang Peringkat Negeri Pahang
4. 2013 -
Naib Johan Kategori Beautiful School Peringkat Daerah Bentong
5. 2014 -
Johan Kategori Musolla (Sekolah Rendah) Peringkat Negeri Pahang
6. 2014 -
Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Pahang
7. 2013 -
Tempat Ke-3 Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
8. 2016 -
Kebitraan Kelab Catur Peringkat Negeri Pahang
9. 2014 -
Tempat Ke-3 Kebitraan Kelab Catur Peringkat Kebangsaan
BAB 2
19
HURAIAN PROJEK PENANDAARASAN
“Setiap ruang dan sudut dalam kawasan sekolah merupakan medan pembelajaran murid” .
Justeru, merujuk kepada kata-kata ini, maka adalah
menjadi satu cita-cita bagi SK.Bukit Piatu untuk menyediakan seberapa banyak ruang dan sudut ilmu sebagai kemudahan alternatif kepada murid mengakses ilmu setiap masa ketika berada di kawasan sekolah. Mengambil kira latarbelakang murid SK Bukit Piatu yang secara keseluruhannya berasal dari kawasan petempatan bersekitaran taman perumahan, maka kemudahan untuk merujuk bahan bacaan dan sumber ilmu berkualiti, serta dapat mengakses maklumat tambahan adalah terhad walaupun kedudukannya hampir dengan bandar tetapi ia perlukan pengangkutan untuk ke satu satu tempat.
2.1
Situasi
Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah diamanahkan untuk mengawas, melaksana dan menyelaras Ministry Key Performance Indicator (NKPI) 3.2 KPM iaitu semua murid yang tiada masalah pembelajaran berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas mengikuti pendidikan tiga tahun di peringkat rendah pada akhir tahun 2012. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula dipertanggungjawabkan untuk menerajui projek ini dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM. Sehubungan dengan itu, satu program alternatif telah dirangka untuk murid Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap I) yang belum menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Projek ini dinamai Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) untuk murid Tahun 1 yang dilaksanakan mulai tahun 2006.
20
Definisi LINUS: LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening ”. LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia) dan asas numerasi semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).
Mulai tahun 2013 , BPK telah membuat pengubahsuaian kepada Porgram LINUS. Bermula dengan LINUS yang hanya melibatkan dua matapelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Matematik tetapi sekarang telah diubah kepada LINUS 2.0, dimana B.Inggeris telah dimasukkan sebagai salah satu dari matapelajaran LINUS. Murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 3 diuji dengan dua jenis saringan iaitu Saringan Lisan dan Saringan Bertulis. Saringan ini dijalankan dua kali setahun dan diuji dengan 12 konstruk setiap matapelajaran. Murid-murid diwajibkan melepasi ke duabelas-duabelas konstruk tersebut
Atas kepentingan inilah, maka sudut-sudut ilmu diwujudkan di persekitaran sekolah untuk menyemai minat membaca dan dimanfaatkan seberapa ramai pelajar terutama murid-murid dari tahap 1. Menyedari hal ini maka pada hujung tahun 2011, Encik Tuan Ab. Aziz bin Tuan Abdullah selaku guru besar, beliau telah mengambil inisiatif untuk menaiktarafkan kualiti fizikal dan keceriaan sekolah ini agar mencapai tahap setinggi yang mungkin. Selaku guru besar yang berwawasan, beliau memilih untuk memfokuskan usaha menaiktarafkan keceriaan sudut-sudut ilmu dan persekitaran sekolah terlebih dahulu kerana beliau melihat potensi yang boleh dicapai oleh SK Bukit Piatu. Akhirnya pada tahun 2013, SK Bukit Piatu telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan 3K di peringkat daerah Bentong. Bagi mencapai hasrat murni ini, selaku Guru Besar, Encik Tn. Ab. Aziz bin Tn. Abdullah telah bertindak dengan melibatkan semua warga sekolah dan juga komuniti luar untuk berkerjasama dalam merealisasikan impian tersebut . Guru Besar juga telah membentangkan perkara tersebut kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan telah mendapat jaminan akan dibantu sedapat
21
mungkin. Tidak terlepas juga kontraktor pembersihan kawasan yang turut bersetuju untuk turut sama membantu menjayakan matlamat sekolah.
Setahun sahaja projek menaiktaraf sekolah ini dimulakan, telah mula menampakkan
kejayaannya.
Budaya
membaca
dan
perasaan
suka
mengunjungi sudut-sudut ilmu sudah mula kelihatan kerana banyak sumber maklumat yang boleh diperolehi dari sudut-sudut ini telah berjaya dipupuk dalam kalangan pelajar. Budaya ini diharapkan akan berterusan sampai bilabila. SK Bukit Piatu telah berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan 3K bagi anugerah “Beautiful School” di peringkat daerah Bentong. Walaupun tidak berjaya mendapat johan dalam pertandingan itu, pencapaian yang diperolehi amat membanggakan kerana usaha yang dilakukan dalam masa yang singkat telah menampakkan hasil.
2.2
Peluang dan Cabaran Pelaksanaan Projek
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2007:232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Selain itu, cabaran juga membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi.
Sudah menjadi lumrah dalam mana-mana organisasi setiap usaha untuk memulakan sesuatu perubahan serta pembaharuan atau melakukan sesuatu penambahbaikan, pasti akan menghadapi pelbagai cabaran. Cabaran yang paling besar perlu diberi perhatian dan ditangani oleh guru besar selaku pemimpin sekolah adalah cabaran dalam kalangan guru itu sendiri. Hal ini disebabkan guru merupakan tonggak utama dalam merealisasikan sesuatu program di sekolah. Hanya dengan iltizam dan semangat yang kental barulah 22
sesuatu yang dirancang itu dapat dicapai dan menjadi kenyataan. Sebagai guru besar
yang
memiliki
pengetahuan
dalam
teori-teori
kepimpinan
dan
pengurusan, Encik Tn. Ab. Aziz amat optimis bahawa hasrat untuk melihat SK Bukit Piatu mencapai matlamatnya pasti akan tercapai. Beliau telah mengenal pasti langkah-langkah serta tindakan yang perlu dilakukannya bagi mengatur strategi yang berkaitan.
Langkah pertama yang telah diambil oleh Guru besar ialah dengan meletakkan status projek ini sebagai matlamat bersama warga sekolah dan bukan hanya kepada guru-guru di bawah jawatankuasa 3K semata-mata. Semua warga sekolah telah memainkan peranan termasuklah PIBG serta kontraktor
pembersihan
sekolah.
Semuanya
diberikan
peranan
dan
tanggungjawab dan dalam masa yang sama diterapkan rasa kebersamaan untuk menjayakan projek 3K ini. Encik Tn. Ab. Aziz telah menggunakan gaya kepimpinan demokrasi dengan tidak memberi tekanan kepada guru-guru. Beliau sentiasa berbincang secara kolektif dengan guru-guru. Encik Tn. Ab. Aziz juga sering menggunakan budi bicara beliau dalam mendapatkan kerjasama guru menjayakan progam 3K ini.
Setelah semua pihak yang terbabit untuk melaksanakan tugas menjayakan program 3K ini berada atas landasan yang betul, Encik Tn. Ab. Aziz beransur-ansur mengaplikasikan gaya kepimpinan tranformasi iaitu mengubah sikap mana-mana unit atau pegawai sama ada guru atau staf sokongan yang selama ini bersikap mementingkan diri kepada lebih bertanggungjawab dan bekerjasama untuk menjayakan projek berkenaan. Hal ini diakui sendiri oleh Puan Norihan Idris selaku guru penyelaras 3K yang pada awalnya berasa tertekan dan terbeban atas tanggungjawab yang diberikan kepadanya kepadanya beransur-ansur komited dan teruja untuk mencapai matlamat. Sebagai pentadbir Encik Tn. Ab. Aziz begitu bersemangat dan berhasrat untuk menaikkan imej dan prestasi sekolah. Encik Tn. Ab. Aziz sentiasa meletakkan harapan yang tinggi untuk memastikan kejayaan. Beliau
23
yakin sekolah akan kembali cemerlang berdasarkan kerjasama dan komitmen warga sekolah.
Bagi memotivasikan guru-guru dan kakitangan sekolah menjayakan projek ini Encik Tn. Ab. Aziz sentiasa memberikan tunjuk ajar terutamanya kepada perkara-perkara yang kurang diketahui oleh warga SK Bukit Piatu. Guru besar sentiasa memberi ruang kepada guru-guru dalam menyiapkan setiap aktiviti tanpa sebarang tekanan. Bagi memastikan guru-guru sentiasa berasa selesa menjalankan tugas di sekolah, Encik Tn. Ab. Aziz sentiasa memastikan persekitaran sekolah, bilik guru, kantin dan kelas berada dalam keadaan ceria dan bersih.
Selain cabaran yang ada, Encik Tn. Ab. Aziz cepat menghidu peluang yang ada bagi membantu mencapai matlamat dengan lebih cepat. Dengan bantuan, kerjasama dan perbincangan bersama-sama barisan pentadbir lain yang lebih mengenali karektor serta potensi guru serta kakitangan sokongan yang ada, tugas serta peranan setiap jawatankuasa yang dibentuk telah mengambil kira kecenderungan, kemahiran serta kemampuan seseorang yang berbeza-beza. Encik Tn. Ab. Aziz sentiasa membuat pemantauan untuk memastikan mereka yang diberikan tugasan tersebut dapat menyiapkan tugasan sehingga selesai.
Dengan sumber kewangan sekolah yang terbatas, sudah pastilah peruntukan menjadi kekangan kepada kelancaran projek. Sekali lagi hal ini dapat diatasi oleh Guru besar apabila beliau daripada awal telah menyedarinya dan melibatkan PIBG. Guru Besar telah dapat meyakinkan peri pentingnya keceriaan dengan peningkatan pencapaian akademik pelajar kepada AJK PIBG.
Jadual 13 : Jawatan Kuasa 3K 24
Jawatan Kuasa 3K Penyelaras
:
Pn. Sarinah bt Jamaluddin
Setiausaha
:
En. Abdul Hafiz b. Abdul Halim
Ahli Jawatan Kuasa :
En. Saifulraizal bin Ujang Pn. Moo Yong Yun Mun Semua guru kelas Pekerja-pekerja sekolah
2.3
Penglibatan Kepimpinan Sekolah
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang
yang
lain
dalam
sesuatu
organisasi.
Sesuatu
yang
menarik
dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkat tekad dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin.
Semasa melaksanakan program meningkatkan pencapaian keceriaan ini, penglibatan guru besar dan barisan kepimpinan sekolah amatlah memainkan peranan yang besar agar program ini dapat dijalankan dan diaplikasikan dengan jayanya. Ini jelas ditunjukkan oleh barisan kepimpinan sekolah ini. Hal ini telah dibuktikan melalui penglibatan yang ditunjukkan dalam setiap fasa perlaksanaan program, mewujudkan sudut-sudut ilmu ini bermula dari cetusan idea oleh guru besar, perbincangan awal bersama dengan pentadbir sekolah, kemudian fasa membuat perancangan bersama guru-guru
25
seterusnya fasa perlaksanaan diikuti fasa pemantauan dan penambahbaikan dan diakhiri dengan fasa pelaporan dan menikmati kejayaan. Dalam konteks kejayaan program, penglibatan pemimpin sekolah khasnya guru besar adalah pada peringkat yang sangat memuaskan.
Kejayaan kepimpinan sekolah membina semangat kerja berpasukan khasnya dalam kalangan guru-guru bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Encik Tn. Ab. Aziz bersama barisan Guru Penolong Kanan sekolah telah berjaya membina semangat kerja berpasukan. Guru Besar dan pentadbir sekolah sentiasa turut serta dalam setiap aktiviti yang dirancang dan dilakukan tanpa mengira masa, tempat dan situasi. Guru Besar dan kepimpinan sekolah sentiasa memberi peluang kepada guru-guru dan kakitangan lain untuk turut terlibat memberi pendapat, idea, sumbangan tenaga atau apa sahaja yang boleh menambahbaik dan menjadikan program dapat dilaksanakan dengan jayanya.. Selain itu, guru besar dan kepimpinan sekolah mempraktikkan sikap saling bertolak ansur. Guru besar juga sering memberi pujian dan penghargaan kepada setiap individu, guru dan kakitangan yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam pembangunan program. Guru Besar juga sentiasa memberi motivasi kepada guru-guru dan menanamkan perasaan ingin terus berjaya dan mengekalkan kemenangan yang telah diperolehi. Berdasarkan kepada penglibatan kepimpinan sekolah ini, maka guru-guru melihat program yang dilaksanakan sebagai satu program bersama iaitu program pasukan sekolah. Hasilnya setiap masalah akan diselesaikan di meja rundingan.
Sebagai pentadbir Encik Tn. Ab.Aziz yang mengamalkan gaya kepimpinan demokratik, beliau memberi peluang kepada guru-guru untuk berperanan sebagai pembuat keputusan sekurang-kurangnya untuk sesuatu perkara yang kecil seperti pemilihan warna atau susun atur sudut-sudut di persekitaran sekolah. Pemberian peluang ini akan memberikan impak kesepunyaan bersama yang sangat mendalam dalam kalangan guru-guru. Hubungan yang baik antara Guru Besar dengan PIBG sekolah dan masyarakat sekitar telah berjaya memanipulasi sikap dan keterlibatan guru untuk 26
melibatkan diri
sepenuhnya dalam program yang dirancang sehingga
mencapai kejayaan.
2.4
Stail Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah
Drucker (2012) menyatakan bahawa pengurusan adalah seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain, Mintzberg (2013) pula menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh yang tetap dan berdaarkan kepentingan, pengubahsuaian rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang’.
Oleh itu gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah, guru besar perlu berupaya mempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-guru.
Pemimpin demokratik percaya kepada penyertaan semua orang dalam membuat sesuatu tindakan. Pemimpin juga percaya kepada musyawarah dan sering menurunkan empowerment nya kepada orang-orang bawahan dan memberi kelonggaran kepada mereka untuk membuat sesuatu keputusan mengikut kebijaksanaan masing-masing. Pemimpin demokratik boleh menjadi pembimbing yang baik bagi organisasinya kerana pemimpin menyedari peranannya sebagai penyelaras tugas anggotanya dengan menekankan rasa tanggungjawab dan kerjasama yang baik kepada setiap orang. En Tn. Ab. Aziz guru besar SK Bukit Piatu, telah menggunakan gaya kepimpinan sekolah bercorak demokratik dan tindakan segera. Beliau telah berjaya memberi keyakinan kepada kakitangan dan mereka yang berkepentingan untuk
27
berkerjasama dan menyokong program yang dirancang serta memastikan setiap perancangan mendapat kejayaan cemerlang.
Selaku pemimpin, Encik Tn. Ab. Aziz, meletakkan kepimpinan sekolah untuk merancang, mengelola, menyelia dan menilai sesuatu program sebagai urusan kumpulan bukan masalah peribadinya. Kekuatan kumpulan bergantung kepada penglibatan semua pihak kerana itu pemimpin sedar dia tidak mampu bekerja seorang diri. Pemimpin memerlukan sokongan orang bawahannya. Kuasa yang diagih-agihkan menyebabkan semua orang merasa yakin dan senang hati menunaikan tugas masing-masing. Dengan demikian kumpulan akan terus berjalan lancar dan bergerak maju. Pemimpin demokratik berfungsi sebagai pemangkin yang mempercepatkan perjalanan proses menuju matlamat dengan cara yang paling sesuai. Oleh kerana kepimpinannya bersifat membantu, pemimpin dihormati dan dihargai serta dilihat sebagai lambang kebaikan. Orang bawahan tidak melihatnya sebagai majikan kerana apabila sesuatu hasil diperolehi, ia dianggap sebagai hasil dari usaha bersama bukan hasil dari usahanya kerana dia sedar dia bukan seseorang yang mempunyai kekuatan luar biasa.
Walau bagaimanapun, dalam situasi tertentu Encik Tn. Ab. Aziz menggunakan gaya kepimpinan autokratik. Gaya kepimpinan autokratik dan komunikasi berkesan yang diaplikasikan oleh beliau dilihat memang kena pada tempatnya, terutamanya dalam memberi arahan yang berkaitan dengan dasar dan ada punca kuasa. Kaedah ’tindakan segera’ yang beliau amalkan berjaya menggerakkan AJK yang dibentuk melaksanakan tugasan yang dirancang dengan lebih tersusun.
Menurut Ainon (2003) pula pemimpin dari stail kepimpinan Laissez Faire memberi sepenuh kebebasan kepada orang-orang bawahan untuk
28
bertindak atau membuat keputusan. Encik Hasnan juga melaksanakan gaya kepimpinan Laissez Faire dalam situasi tertentu.
Kesimpulannya, kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus dan penting dalam aspek sikap seseorang individu terhadap kerjayanya. Menurut Ishak (2004) kepuasan kerja merupakan satu tindak balas emosi atau perasaan suka atau tidak seseorang pekerja terhadap sesuatu kerja. Kepuasan terhadap dimensi penyeliaan merujuk kepada perasaan pekerja terhadap hubungan mereka dengan ketua atau penyelia terdekat. Secara umumnya, kepuasan terhadap penyeliaan dinilai dari tiga aspek yang penting iaitu hubungan peribadi, bantuan teknikal dan gaya kepimpinannya (Hamdan, Eliza dan Bakhtiar,2005).Hubungan peribadi merujuk kepada cara seseorang pemimpin menunjukkan simpati, mesra dan mengambil berat mengenai kebajikan para pekerjanya. Manakala bantuan teknikal merujuk kepada tindakan seseorang pemimpin sentiasa berusaha membantu, membimbing dan menunjuk para pekerja mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan. Gaya pengurusan ialah bentuk pengurusan yang ditunjukkan para pemimpin ketika bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka untuk mencapai matlamat organisasi.
2.5
Pengiktirafan
Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa pentadbir tidak lagi bertindak sebagai pentadbir di sekolah malah sebagai pemimpin komuntiti. Bagi memastikan keberkesanan sesebuah sekolah, pemimpin perlu bijak dalam mentadbir dan mengurus organisasi tersebut. Hubungan yang baik perlu diwujudkan agar matlamat serta objektif sekolah akan tercapai. Interaksi positif antara guru besar dengan kakitangan sekolah merupakan kunci kepada kerjasama yang wujud di dalam organisasi sekolah. Aminudin (1990) mendapati hubungan positif antara guru besar dengan guru-guru memberi 29
impak yang besar terhadap prestasi kerja, kepuasan kerja serta komitmen guru di sekolah.
Sebagaimana yang telah dinyatakan berulang kali dalam pelaporan ini, iaitu SK Bukit Paitu telah mendapat Naib Johan pertandingan 3K peringkat Daerah Bentong. Kejayaan ini telah dikongsikan bersama oleh pentadbiran sekolah dengan warga sekolah. Selain dari itu SK Bukit Piatu juga telah menjadi Johan Pertandingan Surau peringkat daerah dan mendapat tempat ke lima peringkat kebangsaan pada tahun 2014. Johan PSS peringkat daerah pada tahun 2013 dan Johan Bilik Sumber PPDA peringkat negeri Pahang 2008. Kejayaan-kejayaan yang diraihkan ini membuktikan betapa SK Bukit Piatu mempunyai persekitaran yang ceria dan penuh dengan infomasi. Majlis kesyukuran doa selamat serta jamuan yang ditaja oleh PIBG telah diadakan bagi meraikan kejayaan yang dicapai bersama. Individu yang terbabit menyumbang
kejayaan
kepada
sekolah
terutamanya
pelajar
telah
dianugerahkan sijil penghargaan.
Situasi pengikhtirafan ini disokong oleh,
Zubaidah Aman(1999)
menyarankan Guru Besar atau pengetua perlu menwujudkan persekitaran yang mesra di sekolah,
rasa dihargai dan diiktiraf dan menitikberatkan
pembangunan modah insan.
2.6 Tindak Ikut
Menjadi pemimpin yang mempunyai pengaruh yang ideal atau berkarisma memerlukan pemimpin-pemimpin yang optimis terhadap visi dan misi yang hendak dicapai. Pemimpin begini juga diyakini, dihormati dan ditaati oleh subordinat (Abdullah dan Ainon, 2007). 30
Sesuatu kejayaan atau pencapaian yang diperolehi memerlukan kerjasama dan komitmen dari segi masa, kos dan daya tahan. Sesuatu projek yang telah menampakkan kejayaan dan kebanggaan seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk murid-murid dan warga sekolah. Pengikhtirafan dan kejayaan akan menjadi motivasi dan dorongan kepada warga sekolah untuk terus menaik taraf dan mengekalkan projek tersebut ke suatu tahap yang membanggakan. Impak positif dan bedah siasat juga diteliti demi kelangsungan kejayaan.
Mencipta kejayaan sebenarnya adalah lebih mudah berbanding mengekalkan kejayaan. Menyedari hakikat ini maka pihak pentadbir sekolah khususnya guru besar Encik Tn. Ab. Aziz telah mengambil beberapa langkah tindak ikut bagi memastikan kejayaan yang dimiliki akan terus m enjadi sesuatu yang boleh dinikmati oleh setiap warga pendidikan dan masyarakat sekeliling. Antara langkah-langkah tindak ikut yang dilakukan adalah seperti di bawah :
1.
Merangka
pelan
tindakan
bersama-sama
AJK
3K
dan
Panitia
Matapelajaran bagi memastikan kejayaan yang dicapai oleh sekolah akan ditambah baik untuk mencipta kedudukan yang terbaik.
2.
Menyediakan satu dokumentasi yang lengkap. Dokumentasi ini sangat penting bukan sahaja kepada warga sekolah tetapi juga kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Salah satu kaedah yang dilakukan oleh pentadbir sekolah ketika ini khususnya Encik Tn. Ab. Aziz selaku guru
besar ialah
dengan
mengalu-alukan
mana-mana
sekolah
terutamanya di daerah Bentong ini untuk hadir melawat ke SK Bukit Piatu dalam mewujudkan jalinan dan jaringan dengan komuniti luar. Ahli jawatankuasa 3K SK Bukit Piatu sentiasa bersedia menjadi mentor serta rujukan kepada sekolah-sekolah yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu dan menjadikan mereka ’benchmark’. Situasi sebegini telah 31
menjadi pemangkin untuk mereka sentiasa peka dengan keperluankeperluan terkini serta melakukan penambahbaikan.
3.
Pihak pentadbiran sekolah sedar bahawa pengurusan keceriaan,
keselamatan dan kesihatan mesti sentiasa berada di bawah tekanan yang boleh diserap serta diuruskan bagi membolehkan mereka menang di dalam pertandingan yang dianjurkan. Pertandingan akan membuatkan mereka sentiasa berusaha serta lebih kreatif kerana wujudnya persaingan.
Walau bagaimanapun pihak sekolah khususnya En Tn. Ab. Aziz tetap berhadapan dengan halangan dan cabaran dalam mengekalkan kejayaan 3K ini. Antara rintangan yang dihadapi ialah dari segi kewangan yang sangat terhad. Bagi mengatasi masalah ini Guru Besar mendapatkan kerjasama PIBG, komuniti dan warga sekolah digembleng untuk menjalankan aktiviti secara gotong royong. Komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum juga merupakan satu halangan dalam menjayakan projek pusat sumber ini. Oleh itu , Guru besar mengambil langkah untuk sentiasa mengadakan perbincangan dan menjalinkan hubungan yang baik dengan komuniti setempat bagi kelancaran P&P dan masalah yang berlaku dalam kalangan para pelajar pelbagai kaum. Kelompok guru yang berada di zon selesa juga menimbulkan masalah. Bagi mengatasi masalah ini Guru besar sentiasa mengambil langkah ”tindakan segera” dan pentadbir lain sentiasa mengambil tahu kebajikan guru dan staf. Guru besar juga memberi kata-kata positif dan menjalin hubungan sebagai rakan sekerja bagi memastikan perjalanan institusi berjalan dengan baik. Guru besar juga menerapkan nilai positif dan percaya kepada Allah bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kelebihan yang mana pada akhirnya memberi kejayaan.
32
BAB 3
REFLEKSI
Setiap kejayaan yang tercipta pasti ada faktor yang menjadi penentu kepada kejayaan tersebut. Biar sebesar mana pun kekangan serta cabaran yang datang, pasti akan ada jalan penyelesaian. Faktor serta potensi kejayaan yang ada pula perlu diurus tadbir oleh sebuah organisasi atau jawatankuasa yang tersusun. Organisasi atau jawatankuasa yang tersusun pula sudah pastilah dinakhodai oleh seorang pemimpin yang hebat dan berwawasan.
33
3.1
Faktor Kritikal Dan Penting Dalam Kejayaan Projek Penandaarasan
Pemimpin ialah orang yang mampu membawa perubahan kepada organisasi yang dipimpinnya. Jika mahu membawa perubahan, seseorang pemimpin terlebih dahulu perlu mengenali dan memahami budaya organisasi berkenaan. Seluruh Individu yang ada di dalam organisasi perlu diajak bersama-sama menuju ke arah perubahan yang ingin dicapai. Sebarang idea yang hanya kekal sebagai idea tidak akan memberikan sebarang impak. Kuasa sebenar idea hanya direalisasikan apabila berubah daripada abstrak kepada aplikasi. Hal ini jelas membuktikan bahawa sebagai seorang pemimpin mestilah berani membawa perubahan.
Sepanjang dua minggu terlibat dalam program Penandaarasan di SK Bukit Piatu, saya berpeluang memerhati amalan terbaik yang diamalkan di sekolah ini terutama sekali amalan pengurusan dan pentadbiran oleh pentadbir sekolah. Saya juga melihat beberapa perubahan yang dilakukan oleh guru besar untuk mengekalkan budaya sekolah yang sedia ada dan melakukan beberapa penambahbaikan untuk memastikan sekolah terus cemerlang. Berdasarkan tinjauan, temu bual dengan guru-guru dan guru-guru penolong kanan, saya dapat mengenal pasti beberapa faktor yang didapati kritikal dan penting dalam kejayaan pelaksanaan projek peningkatan 3K di sekolah ini.
3.1.1 Faktor kepimpinan demokratik dan berkarisma guru besar
Idea untuk menjadi johan dalam 3K dan seterusnya mewakili daerah Bentong ke peringkat negeri agak meragukan warga sekolah terutama Pn Sarinah selaku penyelaras 3K dan juga ahli jawatankuasa yang lain memandangkan 34
idea tersebut terlalu besar untuk dicapai. Namun idea tersebut telah diusahakan secara bersungguh-sungguh oleh pentadbir, guru-guru dan kaki tangan sekolah. Guru besar dapat mengubah persepsi kebanyakan warga sekolah SK Bukit Piatu yang melihat peranan sudut-sudut ilmu di sekolah hanyalah sekadar menceriakan sekolah sahaja. Apabila persepsi sebenar tujuan sudut-sudut ilmu diwujudkan dapat difahami oleh semua pihak barulah kerjasama serta sokongan mereka dapat diperoleh dengan mudah dan lancar. Mendapatkan sokongan padu daripada seluruh warga kerja sekolah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bukanlah suatu urusan yang mudah. Menurut John C. Maxwell (2012), “Sekiranya kamu mahu idea kamu memberi impak, ia perlu diterima oleh orang lain supaya suatu hari nanti idea itu dapat dilaksanakan.”
Justeru, untuk menguruskan sumber manusia yang pelbagai ragam, Encik Tn. Ab. Aziz telah mengaplikasikan pelbagai gaya kepimpinan yang ada bagi memastikan program peningkatan 3K ini mencapai kejayaan yang telah disasarkan. Beliau dikagumi oleh para guru atas ketabahan, tingkah laku, pemikiran dan sikap dalam usaha untuk mengubah warga dan institusi SK Bukit Piatu kepada kumpulan pendidik yang berjaya. 3.1.2 Iklim dan budaya sekolah Budaya sekolah merupakan elemen yang penting dalam sesebuah sekolah dan dipengaruhi oleh nilai dan kepercayaan yang menjadi asas dan visi sekolah. Menurut guru-guru di sekolah ini, guru besar sentiasa menerapkan keyakinan kepada guru-guru bahawa kejayaan pasti akan dicapai. Justeru, setiap warga sekolah disematkan dengan azam yang tinggi untuk sentiasa berfikir jauh ke hadapan dan memberikan usaha terbaik dalam menjayakan program 3K ini.
Setiap aspek yang diusahakan bermula dengan idea serta perancangan awal yang membawa kepada pelaksanaan program ini. Selama lebih kurang dua tahun program 3K ini berjalan, ia telah berjaya membina iklim dan budaya 35
sekolah yang selesa dan kondusif dalam kalangan setiap warga sekolah. Muridmurid, para guru dan kaki tangan sekolah gembira melihat keadaan persekitaran sekolah, sudut-sudut, bilik-bilik khas dan semua bilik darjah yang ceria dan penuh dengan pelbagai maklumat yang amat berguna sebagai rujukan.
Ini akan memotivasikan murid-murid untuk menggunakan sudut-sudut ilmu dan juga untuk hadir ke sekolah pada setiap hari. Iklim dan budaya sekolah sebegini telah berjaya diterapkan oleh guru besar dalam kalangan guru. Guru besar juga telah mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah dan membawa kejayaan kepada program 3K sekolah ini.
3.2
Hubungan antara teori-teori yang dipelajari dengan amalan dan kepimpinan
Kepimpinan guru besar adalah merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah, selain guru-guru dan kakitangan sokongan yang ada. Bentuk dan gaya kepimpinan guru besar akan mencorakkan budaya kerja sesebuah sekolah. Di dalam sistem pendidikan masa kini, seorang guru besar perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa dan perlu sentiasa meningkatkan pengetahuannya sejajar dengan peningkatan sistem pendidikan. Menurut Lussier, (2002) Kepimpinan adalah proses pengaruh-mempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui perubahanperubahan yang mereka lakukan.
Hasil daripada pemerhatian dan temu bual dengan guru-guru sepanjang tempoh penandaarasan dijalankan telah mendapati gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar Encik Tn. Ab. Aziz ialah melalui stail kepimpinan 36
instruksional,
demokratik,
autokratik
dan
jarang
sekali
menggunakan
pendekatan laissez faire. Antara teori kepimpinan yang sepadan dengan stail kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau ialah teori karismatik. Encik Tn. Ab. Aziz didapati mempunyai hala tuju dan objektif yang jelas untuk diri sendiri begitu juga seluruh warga organisasinya. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap keceriaan dan akan cuba untuk terlibat secara positif dalam pelbagai aktiviti yang boleh membawa hasil yang baik kepada organisasi. Ciri-ciri kepimpinan daripada teori karismatik jelas dilihat dalam diri Encik Tn. Ab. Aziz apabila beliau sentiasa menanamkan keyakinan diri yang tinggi dan mempunyai daya pengaruh yang luar biasa serta mempunyai inspirasi serta mementingkan pembaharuan. Beliau juga mempunyai sifat yang berani mangambil risiko, sanggup berkongsi kuasa dan berkorban demi kepentingan organisasi yang dipimpinnya.
Dalam mengejar kejayaan yang diimpikan En. Tn Ab. Aziz telah menerapkan elemen kepuasan hanya akan dirasai setelah mencapai matlamat kerja dengan jayanya. Guru besar memberikan perhatian kepada keperluan pengikut pada masa yang bersesuaian untuk memotivasikan guru-guru agar kerja-kerja yang dirancang dapat disempurnakan menurut perancangan. En Tn. Ab. Aziz merupakan seorang guru besar yang sanggup bekerja keras untuk mencapai kejayaan.
Gabungan antara Teori Karismatik dan Teori Situasi telah menghasilkan Teori Transformasi yang diasaskan oleh J.M Burns (1978) dalam buku ’Leardership’ dengan meletakkan andaian bahawa ; 1. Kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik apabila para pengikut rela menerima pengaruh pemimpin. 2. Penerimaan bergantung kepada proses pertukaran pemimpin memberi serta memperoleh sesuatu daripada pengikut sebagai balasan.
37
Kepimpinan En Tn. Ab. Aziz bersesuaian dengan Teori Tranformasi ini apabila pengikut menaruh harapan yang tinggi terhadap kepimpinan beliau dan guru-guru menghargai sumbangan yang diberikan oleh guru besar kepada mereka. Seterusnya SK Bukit Piatu telah berfungsi sebagai satu kumpulan untuk satu sistem di mana input kumpulan diperolehi daripada ahli kumpulan sendiri dan merekalah yang mengeluarkan output yang diharapkan. Keadaan yang berlaku di SK Bukit Piatu bersesuaian dengan pendapat Bennis & Nanus (2003), menjelaskan bahawa kepimpinan transformasi adalah kebolehan pemimpin membentuk dan menterjemah motif serta matlamat dalam kalangan para pengikut untuk mencapai perubahan signifikan melalui kepentingan tenaga bersama secara kolektif.
3.3
Kesesuaian projek di Sekolah Sandaran
Walaupun pengurusan 3K di sekolah sandaran juga berada pada tahap yang baik dan cekap namun masih ada kekuatan yang terdapat di sekolah penandaarasan yang boleh diambil dan dilaksanakan di sekolah sandaran. Apa yang paling ketara perbezaan antara kedua-dua pengursan 3K di kedua-dua sekolah ini ialah dari segi peranannya.
Peranan JK 3K di sekolah sandaran hanya menitik beratkan kepada keceriaan kelas sahaja tetapi hanya untuk beberapa buah kelas sahaja kerana perlaksanaan yang tidak sistematik. Sedangkan sudut-sudut ilmu di sekolah penandaarasan bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mendapatkan ilmu malah menambahkan keceriaan sekolah dan mewujudkan sekolah yang berinformasi.
38
Pelbagai aktiviti serta program sampingan yang menjadi nilai tambah kepada peningkatan pengetahuan pelajar seperti melalui kewujudan pondok sumber dengan kerjasama panitia mata pelajaran. Persekitaran yang ceria juga berperanan sebagai pemangkin kecemerlangan akademik pelajarnya. Keceriaan penting dalam pendidikan kerana ia merupakan sumber inspirasi bagi murid untuk lebih kreatif dalam pembelajaran.
Program peningkatan 3K ini amat bersesuaian dijalankan di sekolah sandaran memandangkan program ini merupakan alat atau sumber untuk melahirkan minat murid yang mana ia merupakan salah satu kaedah yang penting dalam penyampaian
pengajaran dan pembelajaran murid-murid.
Program ini bertujuan untuk menyokong dan mengukuhkan pelaksanaan kurikulum sekolah. Ia juga merangkumi pembelajaran yang progresif.
3.4
Cadangan penambahbaikan projek di Sekolah sandaran
Berdasarkan keadaan fizikal dan keceriaan di sekolah penandaarasan, banyak penambahbaikan yang boleh dibuat dan dilaksanakan di sudut-sudut ilmu di sekolah sandaran dengan mengambil contoh apa yang terdapat di
sekolah
penandaarasan. Antaranya ialah seperti mewujudkan lebih banyak sudut -sudut ilmu di persekitaran sekolah, membantu mengurangkan bilangan murid LINUS , memastikan sudut-sudut bacaan yang sedia ada lebih berfungsi dan memastikan pengurusan yang lebih sistematik dan menepati keperluan.
Selain itu, bilik LINUS di sekolah sandaran juga boleh mencontohi sudutsudut limu di sekolah penandarasan yang turut menjadikan sudut-sudut ilmu sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang memberikan kelainan berbanding belajar di kelas biasa. Di sudut-sudut ilmu sekolah penandaarasan,
39
pelajar boleh mengakses maklumat menggunakan bahan-bahan dan alatan yang disediakan dengan cara yang lebih santai .
3.5
Pengajaran dan teladan pengurusan dan kepimpinan
Sepanjang menjalani program penandaarasan di SK Bukit Piatu, hasil daripada soal selidik serta temu bual saya dengan kakitangan sekolah, termasuklah pemerhatian, saya mendapati bahawa guru besar yang menjadi fokus penandaarasan saya di sekolah ini, tidak terikat dengan hanya satu gaya kepimpinan sahaja. Mereka berusaha untuk menyesuaikan gaya-gaya kepimpinan yang ada dengan pelbagai situasi yang timbul dan berlaku di sekolah.
Dapat dilihat juga bahawa menifestasi tingkahlaku yang terjelma dalam tindakan-tindakan guru besar dalam urus tadbir sekolah, ada perkaitan dengan latar belakang sosial, ilmu dan karakter peribadi mereka sendiri. En Tn. Ab. Aziz telah menonjolkan gaya kepimpinan human oriented style apabila beliau berurusan serta berkomunikasi dengan para pelajarnya. Namun beliau juga dengan segera boleh bertukar gaya kepimpinannya kepada instruksional apabila melibatkan soal pembelajaran pelajar. Begitu juga apabila berhadapan dan berurusan dengan kakitangan serta guru, Encik Tn. Ab. Aziz lebih kepada menggunakan
gaya kepimpinan demokratik tetapi sekali-sekala bertukar
kepada autokratik dalam hal-hal yang memerlukan beliau bertindak demikian. Ketegasan beliau dalam membuat keputusan menjadikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa. Beliau tidak akan terpengaruh dengan mana-mana pihak. Ada kalanya, beliau menggunakan kuasa beliau agar keputusan yang dibuat adalah tepat dan tidak menyalahi dasar.
Pengajaran yang dapat diambil di sini ialah, semakin mahir kita memahami serta menguasai gaya kepimpinan yang ada, maka semakin 40
berkesan kita menghadapi serta menangani pengurusan organisasi di bawah tanggungjawab kita. Selain itu, ketegasan diselangi dengan keterbukaan dan tolak ansur merupakan elemen yang disenangi oleh semua orang dan akan menjanjikan kejayaan dalam melaksanakan tugas.
41
BAB 4
RUMUSAN LAPORAN
4.1
Impak projek penandaarasan kepada kecemerlangan sekolah
Kecemerlangan dan kejayaan program peningkatan 3K ini adalah hasil usaha semua pihak, iaitu warga SK Bukit Piatu bersama ibubapa dan NGO. Kejayaan memperolehi Naib Johan Kategori Beautiful School daerah Bentong telah menjadikan SK Bukit Piatu sebuah sekolah yang mula disegani dan menjadi contoh serta sumber rujukan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan keceriaan, keselamatan dan kesihatan bagi sekolah rendah di daerah Bentong. Kejayaan ini dirasai dan menjadi kebanggaan semua warga SK Bukit Piatu.
Gambar 3 : Sudut-sudut Ilmu. Menjadi contoh dan sumber rujukan dalam banyak perkara yang berkaitan dengan pengurusan 3K secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada SK Bukit Piatu sebagai institusi yang berjaya dengan caranya yang tersendiri.
42
Bagi Encik Tn. Ab. Aziz secara khasnya impak selaku guru besar telah memperlihatkan
kualiti
kepimpinan
yang
sangat
berkesan
dalam
menggerakkan sumber yang ada di bawah kawalan beliau secara cukup terancang sehingga membuahkan kejayaan yang cemerlang serta mampu menjadi ikutan serta contoh kepada pihak lain. Kejayaan 3K SK Bukit Piatu menjadi wakil daerah Bentong ke peringkat negeri
bukan sahaja petunjuk
kepada kecemerlangan guru penyelaras 3K semata-mata, tapi sebenarnya telah memberi gambaran akan kecemerlangan kepimpinan sekolah berkenaan.
Gambar 4 : Sudut ilmu di luar dan di dalam kelas. “Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua”
-
Fred M. Hechinger
Daripada pernyataan Fred M. Hechinger di atas, jelas menunjukkan berapa tingginya harapan masyarakat terhadap peranan yang seharusnya dimainkan oleh seseorang guru besar. Kepimpinan mereka dilihat
dapat
mencorakkan hala tuju sesebuah sekolah yang dipimpinnya ke tahap yang cemerlang. 43
4.2
Impak projek penandaarasan kepada peserta
Mengajak segolongan manusia meninggalkan pemikiran tradisional bukanlah perkara yang mudah. Usaha membawa perubahan secara progresif kepada sekolah kadangkala gagal kerana para pentadbir cuba membuat perubahan yang banyak dalam masa yang singkat tanpa memberikan latihan dan sokongan yang secukupnya. Cuba menekankan perubahan kepada guru tetapi tidak menjadikan mereka rakan aktif dalam proses perubahan.
Peribahasa ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Begitulah keadaan yang saya alami sepanjang menjalani program penandaarasan selama dua minggu di SK Bukit Piatu ini, khususnya tentang pentadbiran serta pengurusan keceriaan. Semakin saya mendalami sekolah ini, maka semakin terkesan di hati saya betapa besarnya impak yang diberikan oleh pengurusan pentadbiran yang cekap terhadap peningkatan akademik serta kemenjadian pelajar.
Pengalaman ini memberikan saya kesedaran yang tinggi bahawa sesuatu yang kecil di mata kasar kita jika diurus dengan efisen mampu memberikan kesan serta manfaat yang besar. Semua
perkara tersebut
memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa bagi memastikan apa yang kurang dapat ditingkatkan, dan yang telah cemerlang mampu dikekalkan.
Saya juga memahami apa yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik
dalam kepimpinan dengan mengambil kira semua pengaruh dari
dalam dan dari luar sekolah yang memberi pengaruh terhadap masa depan pengurusan dan kepimpinan di institusi pendidikan. Sikap kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar ini memberi impak dalam melaksanakan program di sekolah sandaran nanti. Sikap ambil tahu dan keterlibatan guru dalam
44
program, berbincang secara terbuka, menerima pandangan dan cadangan, sentiasa berprasangka baik, menghargai dan sentiasa memberi motivasi kepada para guru merupakan kunci kepada pemimpin bagi memastikan program terlaksa dan berjaya mengikut apa yang telah dirancang.
4.3
Rumusan keseluruhan
Sebagai rumusan keseluruhan daripada program penandaarasan
yang
dijalankan jelaslah bahawa bakal pemimpin untuk sesebuah organisasi pendidikan semestinya menguasai kepelbagaian menyentuh
tentang
kemahiran
pengurusan
skop dan aspek yang
dan
kepimpinan.
Tanpa
penguasaan yang mendalam dan menyeluruh, ruang pengurusan dan kepimpinan tidak akan dapat berkembang khasnya dalam usaha untuk meningkatkan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan.
Hal ini amat jelas apabila banyak pendapat ahli akademik menyatakan tentang pengurus yang berjaya ialah pengurus yang memadankan model atau teori dengan keadaan yang sesuai dan menggunakannya bagi memahami situasi, berbincang dengan orang lain dan mengambil tindakan yang sesuai sambil menyimpan sesuatu pengalaman pembelajaran selepas mengendalikan tindakan tersebut. Ini merujuk kepada proses yang dilalui semasa program penandaarasan.
RUJUKAN
45
Abdul Ghani Abdullah. (2010). Tranformasi Kepimpinan Pendidikan. Kuala Lumpur; PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Fidler, B., (1989). Strategic Management in School, dlm. Fidler, B,. dan Bowles, G,. (ed) Effective Local Management of Schools. Harlow. Loongman. House, R. J (1971). A Path-Goal Theory of Leader Effectiveness. Institut Aminuddin Baki. (2014). Nota kuliah Modul Asas. Institut Aminuddin Baki; Genting Highlands. James Ang Jit Eng. (2013). Kepimpinan Instruksional. Selangor: PTS Akademia J.M., Burns. (1978). Leardershi p. London. Harper & Row.
Sallis, E., (1993). Total Quality Management in Education. London. Kogan Page. Howell, J.P & Costley, D.L. (2001), Understandind Behaviours for effective leadership, New Jersy:Prentice-Hall SK. Bukit Piatu . (2016). Buku Pengurusan Sekolah 2016. Bentong, Pahang
SK Bukit Piatu (2015), Bahan Persembahan untuk pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Lampiran A
Carta Organisasi
46
Lampiran B
Kertas Kerja Program 3K 47
Kertas Kerja – Pertandingan 3K Kebersihan, keselamatan dan Keceriaan Kelas
Rasional Suasana kawasan sekolah yang bersih dan ceria dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Matlamat Mewujudkan kawasan sekolah yang bersih, selamat dan ceria.
Objektif i.
Mewujudkan tandas yang bersih dan ceria.
ii.
Mewujudkan kawasan sekolah yang bersih dan ceria
iii.
Mewujudkan kantin yang bersih dan bermaklumat.
iii.
Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah seperti bekerjasama, hormat- menghormati, menghargai dan t olong-menolong.
Sasaran Semua guru dan pekerja. Jangka masa 3 jam (3.00 petang – 6.00 petang)
Anggaran kos Sumber kewangan
Sumber tenaga i.
Guru
ii.
Pekerja swasta
iii.
Pengawal keselamatan
iv.
Pengusaha Pekerja Kantin 48
SENARAI NAMA GURU DAN PEKERJA UNTUK AKTIVITI GOTONG ROYONG(24.4.2013) Bil
Nama ahli kumpulan 1. Pn. Yasmin (K) 2. Pn. Nor Zainah 3. Pn. Norihan 4. En. Zuhaidi 5. Pengusaha Kantin 6. Pekerja kantin
1.
2.
Tempat
peralatan
Catatan
Kantin
Cat
Peralatan tambahan boleh dibawa contoh: tin kosong (utk letak cat) . berus cat lama
Berus cat Bunga
1. Pn. Rosnah
Tandas guru L & P
Cat Berus cat
2. Pn. Sarinah
Tandas murid L & P
Pondok jaga
Cat
(K)
3. Pn. Azlin
“
Hiasan dinding
4. Pn. Nor ‘Aini 5. Pn. Hasni 6. Pn. Nursuhara 7. Cik Rohaizah 8. En. Mohd Taufik 9. Pn. Zaihindun 10. Pn. Siti Ayun
3.
49
“
Berus cat
1. Cik Rahayuni (K) 2. Pn. Normah 3. Pn. Kartini 4. Pengawal Keselamatan
4.
1. Pn. Suziana
Kawasan sekolah
(K)
Cat
“
Berus cat
2. Pn. Norhashimah 3. Cik Yuzlianti
Taman bunga dan sekitar
4. Pn. Siti Amirah 5. En. Haikal 6. Cik Moo Yong Yun Mun 7. Pn. Aminah 8. Pn. Nirmala
5.
1. Pn. Aidayati
Taman warisan
2. Pn. Noraziana 3. Pn. Radiana 4. Pn. Wong 5. Pn. Janaki 6. En. Fairus
50
“
6.
1. Pn. Siti Rohani(K)
Taman Herba
8.
9.
Label pokok
1. Pn. Nor hasnah (K) 2. Pn. Norhaslinda 3. Pn. Fariza 4. Pn. Azrawati 5. Pn. Nazura 6. En. Zaimy
Taman Pra
Cat
“
Berus cat
1. Mohd Hanif (K) 2. En. Mohd Nur Izham 3. En. Mahiyuddin 4. Pn. Surinder 5. Pn. Rohainam 6. En. Saiful Raizal
Petunjuk arah Keselamatan 1. Setiap tingkat block A,B dan C 2. Laluan pelajar pergi dan balik
1. En. Muhd Hashim (K) 2. Tuan Amrul 3. Pn. Ramidah 4. Pn. Nor zaidah 5. Pn. Noraini
Tentatif 3.00 petang 3.00 petang 3.15 ptg 4.30 ptg
“
Berus
2. Pn. Zainon 3. Pn. Rudzilah 4. Pn. Zuhaira
7.
Cat
Tempat letak basikal murid
: : : :
Cat Berus cat Pelan sekolah
Cat Berus cat
Berkumpul di kantin Taklimat gotong – royong Minum petang & Solat Asar 51
“
“
5.00 ptg 6.00 ptg
Lampiran C
: :
gotong – royong Bersura
Contoh Minit Mesyuarat
52
53
54
55
56
57
58
Lampiran D Jantina : (
) Lelaki
Soal selidik guru (
) Perempuan2.
Umur :_______________ Bil. Tahun Mengajar di SK. Karak:_____________
Arahan: Baca penyataan di bawah serta tandakan (/) bagi setiap penyataan dengan menggunakan skala seperti berikut Bil Penyataan Ya /Tidak
Bil
Pernyataan
Ya
1
Guru Besar merupakan seorang pemimpin yang saya kagumi
2
Guru Besar merupakan seorang pemimpin yang sentiasa melihat peluang yang ada
3
Guru Besar mempunyai pandangan yang jauh demi memajukan SK Bukit Piatu
4
Guru Besar selalu mewar-warkan tentang sesuatu perkara / program sebelum memuktamad dan melaksanakannya.
5
Guru Besar sentiasa berbincang jika ada masalah berkaitan sekolah
6
Guru Besar sentiasa memberi peluang kepada saya untuk membuat perubahan/program berkaitan sekolah
7
Guru Besar akan memberi arahan dan mesti patuhi tanpa soal jawab
8
Guru Besar menggunakan kuasanya dalam memberi kerja kepada guru
9
Guru Besar tidak akan bertolak ansur jika saya menghadapi masalah
10
Guru Besar akan memberitahu dalam mesyuarat jika terdapat guru melakukan kesalahan/kesilapan walaupun kecil
11
Guru Besar sering memarahi guru di khalayak ramai
12
Guru Besar hanya akan berbincang dan mengambil pendapat beberapa orang guru tertentu sahaja dan bukannya semua guru dalam membuat sesuatu keputusan
13
Guru Besar sering mengadakan mesyuarat dan bercakap terlalu panjang dalam setiap mesyuarat yang diadakan
59
Tidak
Terima kasih atas kerjasama semua.
Lampiran E
1.
2.
Soal selidik Temubual
Boleh nyatakan sikap kepimpinan mantan Guru Besar SK Bukit Piatu yang cikgu sukai dan boleh dicontohi? 1.
___________________________________________________________
2.
___________________________________________________________
3.
___________________________________________________________
Boleh tidak jika nyatakan sikap kepimpinan mantan Guru Besar SK Bukit Piatu yang cikgu tidak suka? 4.
___________________________________________________________
5.
___________________________________________________________
6.
___________________________________________________________
60
Lampiran F
Sijil-sijil dan Anugerah
61
62
Lampiran F
Gambar-gambar 3K
63
64
Biodata Diri
Nama
:
AISHATUL AKYAH BT ISHAK
No. Kad pengenalan
:
660713106168
Jantina
:
Perempuan
Umur
:
50 Tahun
65
Tempat bertugas
:
SK Sulaiman
Alamat
:
Jalan Annuar , 28700 Bentong , Pahang D.M.
No. Telefon
:
09-2221061
Nama Sekolah Penandaarasan
:
Sekolah Bukit Piatu , 28700 Bentong , Pahang D.M.
No. Telefon
:
09-2201312
Kumpulan NQEL
:
SRG1 16A2
Tarikh penandaarasan
:
18 – 29 Julai 2016
Pendidikan
:
2008 OUM , Teknologi Maklumat 1985 – Sijil Perguruan Maktab Perguruan Sultan Idris
Log Harian
Program Penandaarasan 18 Julai hinga 29 Julai 2016 66
AISHATUL AKYAH BT ISHAK NPQEL 2 2016 SRG 1
Log Kepimpinan
Program Penandaarasan 18 Julai hinga 29 Julai 2016 67
AISHATUL AKYAH BT ISHAK NPQEL 2 2016 SRG 1
LOG KEPIMPINAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) AMBILAN : 2/2016 TAHUN: 2016 Tarikh/Hari Masa
13 Julai 2016 ( Rabu ) 10.30 am - 12.30 pm
Aktiviti
Perbincangan tentang pemilihan sekolah SK Bukit Piatu untuk penandaarasan
Lokasi
Bilik Guru Besar Guru Besar : Tuan Abdul Aziz bin Tuan Abdullah
68
Catatan Kepimpinan
Rujukan/Refleksi
1. Membentangkan hasil dapatan lawatan ke persekitaran sekolah. 2. Menyampaikan beberapa pencapaian yang telah dicapai sepanjang perkhidmatan beliau di situ . 3. Mengambil langkah mengatasi hasil perbincangan 4. Mengambil tindakan segera jika didapati ada masalah yang timbul. 5. Menyelesaikan masalah secara bersemuka.
Guru Besar menunjukkan gaya kepimpinan autokratik pada situasi tertentu dan gaya kepimpinan demokratik pada kebanyakkan masa dalam pengurusan di sekolah . Guru Besar merupakan seorang pemimpin instruksional di mana beliau tahu hala tuju sekolah dan sentiasa mewar-warkan kepada seluruh warga sekolah supaya apa yang telah dirancang akan tercapai.Perkara-perkara seperti ini memberi kesan kepada saya apabila saya menjadi pemimpin. Saya harus bijak menggunakan pendekatan yang sesuai berdasarkan teori-teori yang dipelajari dalam situasi-situasi yang berbeza
LOG KEPIMPINAN PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) AMBILAN : 2/2016 TAHUN: 2016 Tarikh/Hari
25 Julai 2016 (Isnin)
Masa
1.45 – 3.00 p.m
Aktiviti
Mesyuarat KIK
Lokasi
Bilik Gerakan
69