INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SRI LAYANG 69000 GENTING HIGHLANDS
LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN NPQEL
Oleh:
ARMAN BIN HJ.AMIR 740311125235 NPQEL 2013A1 2013A1 ( KUMPULAN SBHSR1 )
Pensyarah Penyelia:
EN.MADZANI @ SAIDIE NUSA
Laporan Program Penandaarasan Diserahkan kepada Institut Aminuddin Baki sebagai memenuhi keperluan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
3
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BIODATA DIRI
Nama
: Arman bin Hj.Amir
No. Kad Pengenalan
: 740311125235 740311125235
Jantina
: Lelaki
Umur
: 39 tahun
Tempat Bertugas
: SK.Pulau Timbang
Alamat
: WDT 102 Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
No Telefon
: 019-8234587
Nama Sekolah Penandaarasan
: SK.Taman Rimba
Alamat
: WDT 98, Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
Kumpulan NPQEL
: SBHSR 1 / 2013
Tarikh Penandaarasan
: 1 April 2013 ~ 12 April 2013
Pendidikan
: 1999 ~ Diploma Perguruan Maktab Perguruan Sandakan 2008~Teknologi Maklumat (BA.Hons)
4
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BIODATA DIRI
Nama
: Arman bin Hj.Amir
No. Kad Pengenalan
: 740311125235 740311125235
Jantina
: Lelaki
Umur
: 39 tahun
Tempat Bertugas
: SK.Pulau Timbang
Alamat
: WDT 102 Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
No Telefon
: 019-8234587
Nama Sekolah Penandaarasan
: SK.Taman Rimba
Alamat
: WDT 98, Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
Kumpulan NPQEL
: SBHSR 1 / 2013
Tarikh Penandaarasan
: 1 April 2013 ~ 12 April 2013
Pendidikan
: 1999 ~ Diploma Perguruan Maktab Perguruan Sandakan 2008~Teknologi Maklumat (BA.Hons)
4
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
........................................ .............................................................. ....................................... ................. ARMAN BIN HJ. AMIR Peserta Kursus Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (NPQEL) FASA 1/2013, KUMPULAN SBHSR1
5
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
PENGESAHAN
Laporan Program Penandaarasan ini disediakan adalah untuk memenuhi sebahagaian daripada syarat bagi menyempurnakan Sijil Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) dan dikembalikan kepada Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia.
.............................................. EN.MADZANI@SAIDIE NUSA PENYSYARAH PENYELIA INSTITUT AMINUDDIN BAKI
APRIL 2013
6
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
KANDUNGAN HALAMAN
PERKARA
Penghargaan
6
Abstrak
7
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Program NPQEL
8
1.2
Program Penandaarasan
9
BAB 2
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
2.1
Sejarah Sekolah
2.2
2.1.1
Latar belakang Sekolah
10
2.1.2
Lencana sekolah
13
2.1.3
Visi dan Misi
14
2.1.4
Objektif sekolah
15
2.1.5
Falsafah dan Nilai
16
2.1.6
Piagam Pelanggan
17
2.1.7
Struktur organisasi
18
2.1.8
Lokasi sekolah berserta lakaran
19
2.1.9
Kemudahan yang disediakan
21
2.1.10 Persatuan Ibu Bapa dan Guru
22
Data dan Statistik Sekolah
7
2.2.1
Enrolmen murid
28
2.2.2
Bilangan staf
29
2.2.3
Pencapaian Akademik
30
2.2.4
Pencapaian Kokurikulum
31
2.2.5
Kejayaan-kejayaan sekolah hingga kini
32
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
PERKARA
BAB 3
HALAMAN
PROGRAM PERMATA RIMBA
3.1
Pengenalan
33
3.2
Situasi
34
3.3
Peluang dan cabaran
35
3.4
Penglibatan Kepimpinan Sekolah
36
3.5
Stail pengurusan dan kepimpinan Sekolah
37
3.6
Pengiktirafan yang diberikan
40
3.7
Tindak Ikut
41
BAB 4
Refleksi
43
BAB 5
Rumusan
50
BIBLIOGRAFI
51
LAMPIRAN Lampiran 1 - Biodata Guru Besar
52
Lampiran 2 - Barisan Pentadbiran Sekolah
53
Lampiran 3 - Kemudahan Asas Sekolah
54
Lampiran 4 - PIBG Sekolah
56
Lampiran 5 - Senarai nama Guru dan KTBM
57
Lampiran 6 - Panorama Sekolah
59
Lampiran 7 - Kejayaan Sekolah
60
Lampiran 8 - Pengiktirafan Program Permata Rimba
64
Log Catatan Harian Log kepimpinan Penandaarasan
8
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
PENGHARGAAN
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera,
dan Salam 1
Malaysia. Saya melafazkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha berkuasa, kerana dengan taufik dan hidayahNya juga dengan kurnia inayahNya maka saya dapat menyempurnakan tugasan penandaarasan ini dengan selamatnya. Laporan ini ditulis berdasarkan dapatan dari Program Penandaarasan yang telah saya laksanakan selama dua minggu bermula pada 1 April hingga 12 April 2013 bertempat di SK.Taman Rimba Sandakan, Sabah.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En.Madzanie @ Saidie Nusa selaku Pensyarah Penyelia yang telah memberikan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugasan dan pandangan-pandangan yang membina dalam memastikan Laporan Program Penandaaraan ini dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan penghormatan saya tujukan kepada Puan Maureen Chia Abdullah Guru Besar SK.Taman Rimba kerana meluangkan masa kualitinya atas bimbingan, latihan, nasihat, tunjuk ajar dan panduan-panduan
berkaitan
Kepimpinan dan pengurusan yang diberi sepanjang saya menjalani program penandaarasan ini. Penghargaan dan terima kasih turut saya tujukan kepada barisan pentadbiran guru dan kakitangan sekolah ini yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini.Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada isteri dan anak-anak yang dikasihi kerana sangat memahami kesibukan saya dan mengorbankan masa kualiti bersama keluarga semata-mata untuk menjayakan program penandaarasan dan sepanjang mengikuti Program NPQEL ini. Semoga hasil usaha dan komitmen yang diberikan mendapat keberkatan dan naungan zaljalali walikram dari Allah SWT.Amin.
9
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
ABSTRAK
Laporan
Program
Penandaarasan
ini
disediakan
berdasarkan
dapatan
dari
penandaarasan yang dilakukan di SK.Taman Rimba Sandakan,Sabah. Penandaarasan ini dilakukan adalah bagi melihat Kepimpinan dalam mengurus sekolah, mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta mengenal pasti program atau projek yang memberi impak kepada pembangunan modal insan. Laporan Program Penandaarasan ini antara lain menjelaskan mengenai profil sekolah, amalan dan kepimpinan Guru Besar, sebelum menjurus kepada program yang difokuskan iaitu Program Permata Rimba yang telah diadakan oleh pihak sekolah. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat adalah menerusi kaedah pemerhatian, semakan dan analisis dokumen, sesi temu bual dan juga menerusi interaksi secara langsung atau tidak langsung dengan guru-guru juga muid-murid di sekolah ini. Sesi temu bual misalnya telah diadakan dengan pihak pengurusan sekolah membabitkan Guru Besar, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong kanan Kokurikulum yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan program tersebut. Huraian mengenai program yang dipilih sebagai penandaarasan meliputi aspek kepentingan dan relevannya program tersebut dilaksanakan di sekolah semasa program sandaran. Antara aspek yang disentuh ialah mengenai situasi sekolah, peluang dan cabaran, penglibatan, stail pengurusan dan kepimpinan, pujian dan pengiktirafan yang diterima serta tindak ikut program. Pada akhir laporan program penandaarasan ini, saya turut menyatakan refleksi dan rumusan daripada perbincangan keseluruhan dan dapatan dari penandaarasan yang dijalankan.
10
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BAB 1 :
1.1
PENGENALAN
Program NPQEL
Program
Kelayakan
Profesional
Pemimpin
pendidikan
Kebangsaan
(National
Professional Qualification for Educational Leaders - NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan dan pengurusan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini adalah kesinambungan Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (National Professional Qualification for Headship – NPQH) yang telah bermula sejak 1999. Program NPQEL bertujuan untuk membentuk kelompok pemimpin pelapis pendidikan yang bakal menerajui institusi pendidikan khususnya di sekolah ke satu tahap yang unggul selaras dengan matlamat yanag digariskan dalam NKRA (National Key Results Area) KPM.
Berdasarkan
laporan
awal
Pelan
Pembangunan
Pendidikan
Malaysia
2013-
2025,program NPQEL diberikan penarafan seperti berikut: Setiap Pengetua/Guru Besar juga dikehendaki mendapatkan Sijil kelayakan Profesional Pemimpin kebangsaan (NPQEL) daripada Institusi Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar.Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata umur pengetua menurun,dan membolehkan mereka berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya. (PPPM 2013-2025,Ringkasan Eksekutif:E-18)
Institut Aminuddin Baki (IAB) yang ditubuhkan dengan tujuan membangunkan profesionalisme guru dan kapasiti kepimpinan pemimpin pendidikan negara telah diberi mandat untuk mengurus dan mengendalikan kursus ini. Mulai ambilan 1 pada bulan Julai 2011, IAB telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program NPQEL dengan menggunakan mod baru. Kaedah baru ini merangkumi pengajian secara bersemuka dan e pembelajaran. Tempoh pengajian juga telah disingkatkan dari satu tahun kepada enam bulan sahaja iaitu bersemuka selama enam
minggu dan
e-pembelajaran selama empat belas
minggu.
11
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Semasa program e-pembelajaran, terdapat dua aktiviti konsultasi iaitu Program Penandaarasan selama dua minggu dan Program Sandaran selama lapan minggu.
Walaupun tempoh program NPQEL telah disingkatkan tetapi ia tidak menjejaskan kualiti program yang dijalankan. Hal ini kerana komponen e-pembelajaran yang diintergrasikan dengan komponen bersemuka dan konsultasi dilaksanakan berpaksikan kepada Model Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS). Menerusi KOMPAS kepimpinan pemimpin pendidikan dibangunkan secara menyeluruh melibatkan tujuh modul iaitu, Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, Dasar dan Halatuju, Instruksional dan Pencapaian, Mengurus Laporan Program Penandaarasan .Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi, Hubungan Sesama Manusia dan modul terakhir iaitu Keberkesanan Kendiri.
1.2
Program Penandaarasan
Program Penandaarasan merupakan program yang wajib dilaksanakan oleh peserta NPQEL sebagai memenuhi keperluan kursus ini. Program ini dijalankan pada fasa pertama ePembelajaran dan dilaksanakan selama dua minggu di sebuah sekolah terpilih dalam daerah peserta. Penempatan peserta dalam program penandaarasan ini akan memberikan peluang kepada peserta untuk meninjau aspek kecemerlangan sekolah tersebut dan membuat penandaarasan agar kecemerlangan tersebut dapat dijadikan asas dalam merangka program di sekolah asal peserta pada fasa program sandaran. Peserta akan mendapat bimbingan khusus daripada Pengetua/Guru Besar sekolah penandaarasan yang akan bertindak sebagai pembimbing atau mentor kepada peserta (IAB, 2012).
Program penandaarasan ini bertujuan memberi pengalaman kepada para peserta menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kursus ini untuk meninjau secara kritikal amalanamalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Peserta perlu meneliti program-program yang dijalankan di sekolah penandaarasan yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah tersebut. Salah satu program perlu diteliti secara terperinci dengan matlamat untuk menjadikan program tersebut asas kepada perancangan dan pelaksanaan program yang serupa di sekolah sendiri pada fasa Program Sandaran.
12
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BAB 2 :
HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
2.1
Sejarah Sekolah
2.1.1
Latar belakang Sekolah
Gambar SK.Taman Rimba Blok A (Pandangan dari arah hadapan pintu utama )
Sekolah Kebangsaan Taman Rimba adalah salah satu instit usi pendidikan rendah yang telah ditubuhkan di daerah Sandakan Sabah.Sekolah ini dicadangakan pembinaannya pada 23 Januari 1995.Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada julai 1996.Sekolah ini secara rasminya mula beroperasi pada bulan Januari tahun 1997.Perintis pertama yang berdaftar sebagai pelajar SK Taman Rimba pada tahun pertama kewujudannya adalah seramai 120 orang.Mereka ini adalah pelajar tahun 1.
Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Meryln Loo. Bilangan tenaga pengajar pada tahun pertama tersebut adalah seramai 11 orang dan bilangan kakitangan bukan mengajar (KTBM) adalah seramai 2 orang
13
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Gambar Barisan Staf pertama SK.Taman Rimba 1997
Kini tampuk pentadbiran dan kepimpinan Sekolah Kebangsaan Taman Rimba ditadbir oleh Guru Besar yang ke-2 iaitu Puan Maureen Chia Abdullah (Biodata Diri pada Lampiran 1). Bilangan staf di bawah jagaannya seramai 50 orang , KTBM seramai 7 orang dan jumlah murid seramai 825 orang dengan kapasiti sekolah satu sesi.
Sepanjang penubuhannya terdapat dua orang Guru Besar secara silih berganti telah menerajui sekolah ini. Guru Besar yang memahat nama sebagai peneraju sekolah ini disenaraikan seperti berikut; • Puan Merlyn Loo : ( 01.1997 - 31.07.1998) • Puan Maureen Chia Abdullah : ( 01.08.1998 - Kini)
SK.Taman Rimba terus merongkah arus kecemerlangan dan kegemilangan dengan merangkul pelbagai anugerah di peringkat PPD Sandakan, JPN Sabah mahupun di peringkat kebangsaan.Berikut adalah sebahagian daripada senarai anugerah yang telah berjaya dikecapi oleh Sekolah Kebangsaan Taman Rimba Sandakan Sabah:
14
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
UPSR Sekolah Terbaik dan anugerah Best Peringkat Daerah Sandakan 2004 dan 2005
Sekolah 4 Bintang PPD Sandakan
Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Rendah Bandar 2005
Anugerah PIBG Cemerlang 2006
Petronan Steel Science Competitions 2007
Anugerah Sekolah Cemerlang 2009 Sekolah Rendah Bandar peringkat kebangsaan.
Johan Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Rendah Bandar.
Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Rendah Bandar tahun 2008 dan tahun 2009
Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar tahun 2008 dan 2009.
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Terbaik peringkat Kebangsaan Tahun 2012
Anugerah PIBG Terbaik Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012
Anugerah PIBG Terbaik Perinkat Kebangsaan Tahun 2012
Johan Keseluruhan Olahraga MSSD Sandakan Tahun 2012 dan 2013
15
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.1.2
Lencana Sekolah
Lencana sekolah SK.Taman Rimba
Lencana SK.Taman Rimba mempunyai empat warna iaitu biru, kuning, merah dan putih. Warna biru ialah lambang perpaduan dan kemuafakatan,bersifat penyayang,hormatmenghormati dan sentiasa menunjukkan kemesraan. Kuning ialah sentiasa menjaga martabat diri, agama, bangsa, dan Negara.Kesetiaan dan kepatuhan kepada undang-undang,mampu membuat pertimbangan yang adil dan saksama. Warna merah melambangkan bahawa sifat berani dan tabah menghadapi cabaran,peka kepada perubahan dan kemajuan.Berbangga dengan apa yang ada dan telah dicapai. Warna putih ialah berakhlak mulia dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab.Menyedari bahawa memelihara hubungan mesra di antara
insan
dan
memupuk
perpaduan
masyarakat
adalah
tanggungjawab
setiap
individu.Lambang Obor bermaksud seakan-akan peta Negeri Sabah membawa erti keberanian rakyat Sabah, semangat juang dan melaks anakan „Sabah Boleh”. Buku mengamalkan budaya membaca dan cintakan ilmu.Memiliki dan mengamalkan nilai moral serta keagamaan yang tinggi. No.1 Motto satu dalam semua,iaitu sentiasa menonjol dalam segala aspek pencapain dan sentiasa menuju kearah kecemerlangan yang terbuka menunjukkan semua mata pelajaran atau pendidikan akademik terdapat di sekolah ini. Menegaskan setiap guru sekolah ini sentiasa berdisiplin dan bersedia bertugas mendidik pelajar-pelajar dan menabur jasa pada setiap waktu.
16
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Moto Sekolah
NO.1 CEPAT DAN TEPAT POSITIF QUALITI MENYELURUH KOMITMEN DAN INTEGRITI PERMUAFAKATAN PENYAYANG
2.1.3
Visi dan Misi
Seperti sekolah-sekolah di negeri Sabah yang lain, visi dan misi SK.Taman Rimba telah diselaraskan mengikut
Visi dan Misi KPM. Tujuannya adalah untuk menunjukkan
komitmen Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang sederap dan sekata dengan Visi dan Misi yang dihasratkan oleh KPM. Pendekatan
ini adalah satu strategi yang bijaksana dalam
memastikan Visi KPM selaku pemegang kepada mandat dalam sistem pendidikan di negara ini dapat dihayati, difahami dan diterjemahkan oleh seluruh warga pendidikan di negeri Sabah pada amnya dan khususnya oleh warga SK.Taman Rimba. Visi dan Misi SK.Taman Rimba dinyatakan seperi berikut;
VISI SK.TAMAN RIMBA MENCAPAI KPI* PENDIDIKAN BERKUALITI
MISI MENYEDIAKAN PENDIDIKAN BERKUALITI KE ARAH MELAHIRKAN MODAL INSAN UNGGUL
17
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.1.4
Objektif Sekolah
Objektif yang digariskan oleh sekolah ialah :
Mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid.
Mewujudkan semangat patriotisme dan jati diri pada setiap pelajar.
Menyemai semangat setia kawan ke arah kecemerlangan diri, sekolah dan masyarakat.
Sekolah kondusif, ceria dan selesa untuk semua warga sekolah.
Sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap.
2.1.5
Falsafah dan Nilai
Falsafah yang dipegang oleh SK.Taman Rimba adalah : Murid-murid yang berada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang di dalam bidang Intelek,Rohani,Emosi dan Jasmani.Dengan
itu,banyak
peluang
akan
diberikan
kepada
semua
murid
untuk
mengembangkan bakat,daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.Kami pendidik-pendidik di sekolah ini akan berusaha sedaya upaya memberikan pendidikan yang bermutu dan sempurna bagi memajukan murid-murid di sekolah ini. Bagi mencapai falsafah ini Pengurusan Kualiti dan Budaya Kerja Sekolah diamalkan dan diterapkan dalam bidang-bidang tugas :Memahami dan menghayati: Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah. Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian Pelajaran setiap masa. Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada para pelajar . Mementingkan objektif bagi setiap tugas. Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan. Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah. Hubungan yang baik dengan komuniti dan organisasi luar. 18
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Mengamalkan perkhidmatan penyayang. Kepemimpinan melalui teladan. Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri. Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran. Kerja adalah ibadah.
Nilai
Lima Nilai Budaya yang hendak diamalkan dan diterapkan oleh Sekolah iaitu :
Pengetahuan.
Budaya berfikir.
Nilai etika.
Belajar Sepanjang Hayat.
Berketerampilan,Kemas dan kesopanan.
19
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.1.6
Piagam Pelanggan
Piagam pelanggan SK.Taman Rimba merupakan satu pernyataan yang ringkas tetapi memberi gambaran mengenai komitmen sekolah ini yang amat jelas. Piagam pelanggan sekolah ini merupakan satu
ikrar warga SK.Taman Rimba yang komited terhadap
pencapaian visi dan misi sekolah melalui Piagam Pelanggannya seperti berikut: Kami warga SK.Taman Rimba Sandakan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menunpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Sentiasa memberi layanan mesra,perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan agar dapat diselesaikan dalam tempoh lima minit. 2. Mengenalpasti peningkatan taraf profesionalisme dalam bidang masing-masing di kalangan staf melalui kursus,bengkel,taklimat,ceramah,motivasi dan seumpamanya. 3. Memastikan semua murid menerima pendidikan formal dan tidak formal secara adil di dalam atau di luar bilik darjah. 4. Memastikan semua murid yang layak menerima segala bentuk bantuan dan kemudahan bekalan pada masa yang ditetapkan. 5. Memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif dalam semua program/aktiviti anjuran sekolah. 6. Memastikan
segala
surat-menyurat/maklumat/data
yang
diperlukan
dapat
dikemukakan seminggu sebelum tarikh akhir. 7. Memastikan segala aduan/rayuan yang berkaitan dengan hal-hal sekolah/murid dapat diselesaikan dalam satu minggu. 8.
Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan,cadangan,syor dan teguran yang membina kearah kecemerlangan murid dan sekolah.
20
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
SK.Taman Rimba terletak kira-kira dua belas kilometer dari bandar Sandakan, dan 1 kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. Ianya di kelilingi beberapa taman perumahan
seperti Taman Megah, Taman Rimba,Taman Vijaya,Taman Merpati,Taman
Sejati,Taman Sejati Ujana, Taman Airport,Taman Fajar,dan Taman Fajar Perdana .Ini mengambarkan sekolah ini terletak di tengah-tengah taman perumahan. Tidak hairanlah ramai ibu bapa yang hendak mendaftrakan anak mereka untuk belajar di sekolah ini kerana kedudukan
yang
startegik
di
samping
pencapaian
kecemerlangan
sekolah
yang
dicapai.Namun kapasati kelas yang kurang menyebabkan anak-anak yang tinggal berhampiran sekolah ini belajar di sekolah lain yang berhampiran .Untuk menuju k.SK.Taman Rimba boleh melalui dua laluan iaitu pertama melalui jalan utama (Jalan Labuk) menuju ke bandar Sandakan dan menuju ke Kota Kinabalu ,Lahad Datu dan Tawau. Laluan kedua dari Lapangan terbang melalui jalan Airport dan melalui taman perumahan Taman Fajar.
21
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.1.9
Kemudahan yang disediakan
Dengan keluasan kawasan yang terhad iaitu berjumlah 4 ekar , serta keadaan persekitaran yang berhampiran dengan Taman perumahan masih mempunyai kemudahan fizikal yang baik serta kondusif untuk ditawarkan kepada warga sekolah dan komuniti sekitarnya. Jadual berikut ialah kemudahan-kemudahan yang ada di SK.Taman Rimba.
BIL 1 2 3 4 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28
KEMUDAHAN FIZIKAL Bilik Darjah Bilk Pentadbiran Bilik Guru Bilik Pusat Sumber/Perpustakaan Bilik Mesyuarat Bilik Bimbingan dan Kaunseling Bilik Skim Pinjaman Buku Teks Bilik Alat Pandang Dengar (APD) Bilik Cetak Bilik Muzik Bilik / Kedai Koperasi Bilik Makmal Sains Bilik PIBG Bilik Kesihatan / Pergigian Bilik Sakit Bilik Stor Sekolah Bengkel kemahiran Hidup Dewan Sekolah Cyber Rimba Pusat Akses / PUAS Makmal komputer Surau Padang Gelanggang Bola Baling Gelanggang Bola Jaring Pondok Pengawal Parking Kereta
JUMLAH 20 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 7 1
Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekolah ini saya sertakan dalam bentuk koleksi fotografi seperti pada ( Lampiran 3)
22
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.1.10
Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG)
Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanakan prosesnya dalam konteks
masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan
masyarakat. Bagi memenuhi hasrat ini SK.Taman Rimba membuka ruang kepada komuniti setempat untuk turut serta mengembeling tenaga bagi mencapai kecemerlangan sekolah. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) .SK.Taman Rimba mengisi keperluan ini dalam menerajui usaha ke arah pemupukan hubungan yang
erat antara guru-guru dan ibu bapa
murid.
PIBG sekolah ini diterajui oleh En. Bakar bin Osman selaku Yang DiPertua. Beliau dibantu oleh En. Din bin Mohd Nor, Naib Yang DiPertua, seorang setiausaha Kehormat PIBG dan penolong setiausaha, seorang bendahari, penolong bendahari,Bendahari Dana Komputer,dan Bendahari Kelas AlQuran Fardu Ain (KAFA)
serta lapan orang ahli
jawatankuasa. Pn.Maureen Chia Abdullah, Guru Besar SK.Taman Rimba bertindak selaku Penasihat PIBG (Jawatankuasa PIBG 2013 pada lampiran 4)
Jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan tujuh
ahli jawatankuasa
dilantik dalam kalangan ibu bapa, manakala jawatan setiausaha, penolong setiausaha, bendahari dan penolong bendahari dilantik dalam kalangan warga guru sekolah ini. Kombinasi guru dan Ibu Bapa yang seimbang ini membentuk satu rangkaian kerjasama yang padu dalam memastikan PIBG benar-benar berfungsi sebagai jambatan penghubung antara guru, ibu bapa dan masyarakat ke arah kecemerlangan sekolah.
Seperti PIBG lain yang bergerak di seluruh negara, PIBG SK.Taman Rimba turut mengutip sumbangan daripada pihak penjaga sebagai sumber dana menggerakkan persatuan. Mesyuarat Agung PIBG diadakan sekali dalam dua tahun untuk memilih ahliahli jawatankuasanya. Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan dijadikan sebagai platform untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, laporan kewangan, pemilihan jawatankuasa baru, pembentangan usul dan cadangan serta dijadikan medan kepada Guru
23
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Besar untuk menyampaikan dasar-dasar KPM, dasar dan harapan-harapan pihak sekolah terhadap ibu bapa mengenai kecemerlangan sekolah.
Sambutan Ibu bapa terhadap Mesyuarat Agung PIBG amat menggalakkan. Ini membuktikan kepimpinan sekolah mendapat sokongan yang padu daripada ibu bapa dan masyarakat setempat. Secara keseluruhan PIBG SK.Taman Rimba menjadi tunjang kepada kemajuan sekolah di samping berperanan menyokong dan membantu membina kemajuan di sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. PIBG sekolah ini adalah salah satu faktor yang turut menyumbang kepada kecemerlangan sekolah khususnya memainkan peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka.
24
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Gambar Ahli Jawatankuasa PIBG SK.Taman Rimba
25
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Visi dan Misi Persatuan Ibu Bapa (PIBG)SK.Taman Rimba Sandakan
VISI
PIBG PRIHATIN MURID GEMILANG MISI
MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAJUAN DAN PRESTASI SEKOLAH MELALUI KEPRIHATINAN DAN PERMUAFAKATAN UNTUK MELAHIRKAN MURIDMURID GEMILANG Aktiviti PIBG Mewujudkan suasana SK.Taman Rimba yang kondusif
BIL AKTIVITI 1 Aktiiti gotong royong membersihkan kawasan sekolah 2 Menambah tempat letak kereta di kawasan sekolah 3. Membina tempat duduk bagi pelajar menunggu ibu bapa 4 5 6 7 8 9 10 11 12
13 14 15
IMPAK Mewujudkan kawasan sekolah yang bersih dan ceria Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Para pelajar dapat duduk dan berteduh sementara menunggu waris.Keselamatan murid terjamin Membina Mini Stadium Warga sekolah dapat duduk dengan selesa ketika temasya sukan berlangsung Membina pondok pengawal Keselesaan Pengawal menjalankan tugas Membina garaj kereta untuk kakitangan keselamatan dan memberi keselesaan kepada sekolah guru juga menjimatkan masa Penyediaan mesin minuman untuk murid Murid-murid dapat bekalan minuman yang bersih Pembinaan Dewan serbaguna Meningkatkan keselasaan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah Menaik taraf bilik PIBG Bermesyuarat secara profesional Menaik taraf bilk Cyber Rimba Meningkatkan keberkesanan pembelajaran ICT di kalangan murid Menyumbang talian internet untuk zon Warga sekolah dapat mengakses internet sekolah (Zon WIFI) walau di mana jua Menaik taraf dan menyumbang buku Anugerah NILAM peringkat kebangsaan untuk pusat sumber sekolah tahun 2006 Johan Pusat Sumber cemerlang Negeri Sabah tahun 2000 Anugerah Pusat sumber Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012 Menyumbang komputer untuk makmal Menaik taraf makmal sains dalam sains peningkatan pengajaran dan pembelajaran Menaik taraf surau sekolah Aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa Menaik taraf bilik muzik Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
26
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Aktiviti PIBG mewujudkan peningkatan modal insan
BIL
AKTIVITI
IMPAK
1
Kelas komputer yang diselenggarakan sepenuhnya oleh PIBG
Semua murid celik ICT dari Tahun satu
2
Sesi motivasi murid oleh YDP PIBG
Murid bersemangat dan bermotivasi untuk belajar
3.
Sumbangan RM100.00 kepada murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR
Pencapaian murid 5A UPSR meningkat
4
Sumbangan RM50.00-RM100.00 kepada murid yang mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum
Pencapaian murid meningkat dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan
5
Kem motivasi UPSR
Pencapaian prestasi UPSR meningkat
6
Sambutan Maulidur Rasul
Meningkatkan rasa cinta kepada Nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ketaqwaan kepada Allah SWT
7
Majlis Khatam Alquran
Kemenjadian murid yang seimbang dunia dan akhirat.Ilmu agama menjadi tunjang/panduan hidup.
8
Majlis berbuka Puasa
Merapatkan hubungan ukhwah sesama warga SKTR dan PIBG
9
Solat hajat
Memohon keberkatan dan hidayah dari Allah SWT semoga semua aktivit yang dirancang dan dilaksana mendapat hidayah dan Inayah Nya
27
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Aktiviti PIBG kearah merakyatkan ahli PIBG BIL
AKTIVITI
1
Perkongsian maklumat dengan ibu bapa
Menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
2
Ceramah motivasi kepada ibu bapa bagi pelajar yang menduduki UPSR
Murid bersemangat dan bermotivasi untuk belajar.
3.
Perkongsian pintar dengan ibu bapa
Pencapaian murid 5A UPSR meningkat.
4
Ceramah keagamaan
Menyedari tanggungjawab dalam pendidikan anak-anak
5
Sambutan Hari Keluarga
Meningkatkan hubungan kekeluargaan dan permuafakatan yang mantap.
6
Acara Sukaneka ibu bapa dengan guru
Meningkatkan hubungan silaturrahim dan hubungan komuniti yang cemerlang.
7
Jamuan Hari Keluarga
Merapatkan hubungan kekeluargaan .
8
Annual Dinner
Meningkatkan hubungan silaturrahim dan hubungan komuniti yang cemerlang.
9
Jamuan Mesra bersama pemimpin komuniti
Merapatkan hubungan dan bertukar idea bersama pemimpin komuniti.
28
IMPAK
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Aset dan harta modal BIL
KETERANGAN ASET
KUANTITI
KOS (RM)
1
Komputer (Acer Aspire M1830)
16 unit
RM19,200.00
2
Komputer (Acer Aspire M1100)
25 unit
RM37,500.00
3
Air Cond
5 unit
RM4,800.00
4
Printer
2 unit
RM800.00
5
Hub Router
3 unit
RM300.00
6
Vakum
1 unit
RM400.00
JUMLAH
RM63,000.00
Aset modal BIL
JENIS AKAUN
RM
1
Akaun PIBG
RM15,534.75
2
Akaun Dana Komputer PIBG
RM45,829.27
3
Akaun Al-Mudharabah
RM20,248.66
4
Akaun KAFA PIBG
RM8,567.00
JUMLAH
29
RM90,179.68
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
30
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2. 2
Data dan Statistik Sekolah
2.2.1 Enrolmen murid
SK.Taman Rimba mempunyai enrolmen murid seramai 825 0rang murid seperti dalam data berakhir pada 31 Mac 2013.Semua murid ini belajar dalam satu sesi persekolahan.Di mana terdapat dua kelas untuk Pra Sekolah dan kelas dari tahun hingga tahun enam Sembilan belas kelas dan kesemuanya terdapat 21 kelas. Enrolmen
murid
mengikut kelas, dan bilangan kelas 2013 dapat dirumuskan seperti Jadual di bawah :
JADUAL Enrolmen Pelajar mengikut Jantina dan kelas dan kaum DARJAH
BILANGAN KELAS
PRA D1 D2 D3 D4 D5 D6 JUMLAH
2 3 3 3 3 3 4 21
LELAKI
21 63 75 54 63 62 66 404
PEREMPUAN
JUMLAH
29 71 63 71 64 55 68 421
50 134 138 125 127 117 134 825
PERATUS DATA MURID MENGIKUT KAUM TAHUN 2013
31
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.2.2
Bilangan Staf
1 Oran 2 Orang 1 Orang
1 Orang
39 Orang
1 Oran
4 Orang
1 Orang
Taburan Asal Guru SKTR Seramai 50 orang Guru Bilangan Guru mengikut Gred/Kategori dan Jantina.Senarai nama guru dan KTBM pada (Lampiran 5)
GRED GURU
DG44 DG41 DGA32 DGA29 JUMLAH
32
GURU LELAKI
GURU PEREMPUAN
3 orang 5 orang 22 orang 2 orang 12orang 2 orang 4 orang 9 orang 41 orang Sumber:Penyata Enrolmen pada 31 Mac 2013
JUMLAH GURU
3 orang 27 orang 14 orang 6 orang 50 orang
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
GRED PEMBANTU TADBIR N 1 N 17 N 22 JURU TEKNIK KOMPUTER FT 17 JUMLAH
STAF LELAKI
STAF PEREMPUAN
JUMLAH STAF
1 orang
1 orang 4 orang 1 orang -
1 orang 4 orang 1 orang 1 orang
1 orang
6 orang
7 orang
Sumber:Penyata Enrolmen pada 31 Mac 2013
33
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.2.3
Pencapaian Akademik dan Kokurikulum
Pencapaian akademik SK.Taman Rimba sentiasa menunjukkan peningkatan saban tahun.Berdasarkan Jadual di bawah dapat diperhatikan berlaku peningkatan pencapaian dalam Kelima-lima matapa pealajaran UPSR dari tahun 2008 hingga 2012. Sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada diperingkat daerah,negeri mahupun kebangsaan.
MATA PELAJARAN BM Kefahaman BM Penulisan B.Inggeris Matematik Sains
A
%
B
%
C
%
D
%
E %
BIL LULUS
% LULUS 2012
% LULUS 2011
BEZA %
GPT 2011
GPT 2012
54
43.5
31
25.0
36
29.0
2
1.6
1 0.8
121
97.60
97.60
0.00
1.90
1.91
40 17 39 13
32.3 13.7 31.5 10.5
52 42 18 53
41.9 33.9 14.5 42.7
21 47 58 49
16.9 37.9 48.8 39.5
9 15 7 9
7.3 12.1 5.6 7.3
2 3 2 0
113 106 115 115
91.10 85.50 92.70 92.70
89.50 76.60 89.50 86.30 GPT
160 8.90 3.20 6.40
2.30 2.77 2.32 2.48 2.35
2.04 2.58 2.31 2.44 2.25
1.6 2.4 1.6 0.0
RUMUSAN PENCAPAIAN TAHUN
BILANGAN CALON
BILANGAN CALON 5A
2008 2009 2010 2011 2012
141 124 131 124 124
13 4 13 8 6
34
GRED PURATA SEKOLAH 2.06 2.33 2.10 2.35 2.25
PERATUS PERINGKAT SEKOLAH 78.01% 65.04% 74.62% 71.77% 75%
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Pencapaian Kokurikulum Sukan dan Permainan
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9
PERTANDINGAN Kejohanan Ragbi Kejohanan Ragbi Kejohanan Ragbi Kejohanan Ragbi Skuash Boling Ten Pin Boling Ten Pin Boling Ten Pin Gimnastik Artistik
PENCAPAIAN Johan Johan Johan Johan Johan Wakil Johan Johan Johan
PERINGKAT Antarabangsa Kebangsaan Negeri Daerah Kebangsaan Kebangsaan Negeri Daerah Kebangsaan
PERMATA RIMBA Mohamed Faizan Ali Aziz Di New Zealand Riecarida Ramli Khairunissan Abd.Manan
Siti Shafira M.Fazli Sheryl Eve Ladislaus
Unit Beruniform
BIL 1
PERTANDINGAN Perkhemahan Alam Semulajadi
PENCAPAIAN Wakil
PERINGKAT Negeri
Persatuan dan Kelab
BIL 1
PERTANDINGAN Pencinta Alam
2.
Takewando
3
Anugerah NILAM
PENCAPAIAN Integrasi dengan Negara Jepun Wakil Wakil Johan
PERINGKAT Antarabangsa
Negeri Daerah Kebangsaan
PERMATA RIMBA
Siti Aisyah Hamidon
Pencapaian dalam bidang kokurikulum SK.Taman Rimba amatlah membanggakan kerana penglibatan murid-murid yang aktif dan berjaya melakar kejayaan sama ada dari peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah hingga ke peringkat antarabangsa. Kejayaan yang diperolehi ini bukanlah datang secara tiba-tiba tetapi sudah tentu kerana adanya program pembangunan yang berfokus, penglibatan dan komitmen guru yang tinggi, serta sokongan dan dorongan daripada Guru Besar sendiri secara berterusan.
35
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini
Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh sekolah semenjak tahun 1997 hingga kini. Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh sekolah ini. Antara kejayaan yang pernah diperoleh oleh sekolah dapat dilihat dalam jadual berikut. (Rujuk lampiran 6)
Jadual : Senarai pengiktirafan yang pernah diterima sekolah Taman Rimba:
NAMA ANUGERAH
TAHUN
PEMBERI ANUGERAH
Anugerah Pusat Sumber Cemerlang
2000
Jabatan Pelajaran Negeri
Negeri Sabah
Anugerah Best UPSR terbaik Johan Sekolah Harapan Negara
Sabah
2002 dan 2005 2005
Kategori Sekolah Rendah Bandar Anugerah PIBG Cemerlang
PPD Sandakan Kementerian Pelajaran Malaysia
2006
Kementerian Pelajaran Malaysia
Anugerah Sekolah Cemerlang
2000 dan 2009
(Sekolah Rendah Bandar) Peringkat
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kebangsaan
Anugerah Sekolah 4 Bintang Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
PPD Sandakan 2008 dan 2009
(SERASI) Anugerah PIBG Terbaik Peringkat
2012
Jabatan Pelajaran Sabah
2012
Kementerian Pelajaran
Negeri Sabah Anugerah PIBG Terbaik Peringkat Kebangsaan Johan Keseluruhan Olahraga MSSD
Malaysia 2012 dan 2013
PPD Sandakan
Sandakan
36
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BAB 3:
PENANDAARASAN
3.1 Pengenalan Projek Permata Rimba
Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan modul Program Pembangunan sahsiah Pelajar SK.Taman Rimba. Diharap program ini akan dapat membantu pihak Jawatankuasa menjalankan program dengan lebih lancar agar pelajar akan mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan sebagai seorang pelajar serta dapat meningkatkan sahsiah diri. Modal Insan sering kali diertikan sebagai sekumpulan wang, aset dan harta yang dapat digembelengkan ke dalam pelbagai kegiatan untuk menghasilkan keluaran yang menguntungkan. Konsep ini difahami dengan merujuk kepada modal fizikal.Tetapi bagaimana pula dengan modal manusia? Modal manusia atau modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan daripada seorang kepada seorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup seseorang. Nilai kini terhadap pelaburan tersebut dapat menentukan taraf modal insan yang ada pada seseorang. Terdapat lima aspek yang mencirikan modal insan iaitu: 1.Modal insan tidak boleh diperdagangkan. Ia berupa pengetahuan dan kemahiran yang menjadi hak milik individu yang diperolehi di atas keupayaan diri. 2.Setiap individu tidak mempunyai cara yang sama dalam membangunkan modal insan. Terdapat individu yang berupaya mempunyai keupayaan diri seawal usia mudanya tetapi terdapat juga individu yang membina keupayaan di usia lanjut. 3.Modal insan dapat dilihat dari aspek kualiti dan kuantiti. Seseorang individu mungkin mempunyai kualiti dan kuantiti yang berbeza berdasarkan keupayaan dirinya. 4.Modal insan boleh bersifat khusus atau umum iaitu boleh digunakan secara khusus untuk seorang individu sahaja atau boleh diguna secara bersama.
37
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
5.Modal insan dipengaruhi oleh aspek luaran
iaitu persekitaran dan
ikatan sosial. Ia
memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh seseorang individu.
3.2
Situasi.
Program permata Rimba di sekolah ini telah dirintis semasa sekolah ini berada di bawah kepimpinan Pengetua Pn. Maureen Chia Abdullha iaitu pada tahun 1998. Sejak dari tarikh itu program ini diteruskan dan dimantapkan dari masa ke semasa. Pelaksanaannya diilhamkan
hasil dari keazaman untuk melahirkan modal insan yang berkepribadian
unggul menerusi pemupukan pengetahuan,sikap dan
amalan yang berkekalan,seimbang
kecemerlangannya baik dari aspek akademik ,kokurikulum dan mempunyai sahsiah diri yang gemilang meliputi aspek
sifat kerohanian,sifat akhlak, sifat mental , sifat fizikal
(towering personality) dan holistik.
Program tersebut telah memberi impak kepada mercu pencapaian kecemerlangan sekolah dan kesinambungan usaha ini diteruskan hingga ke hari ini. Semua pentadbir dan guru-guru telah terlibat secara langsung dalam
menjayakan program ini. Sokongan
berterusan Guru Besar dilihat sabagai satu motivasi yang amat berharga kepada jawatankuasa Hal Ehwal Murid, lantas menjadikan progam ini sebagai progam utama dalam kalendar takwim sekolah. Dari segi matlamatnya, Program Permata Rimba adalah aktiviti yang sangat penting kerana program ini dapat mengembangkan semua aspek potensi murid yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Program Permata Rimba adalah satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk merangka satu program yang seragam dalam usaha mewujudkan pelajar yang mempunyai personaliti yang cemerlang,corak pemikiran,perasaan dan perubahan tingkahlaku positif bersandarkan kefahaman kepada nilai- nilai mahmudah. Program Permata Rimba juga dilaksanakn dengan tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku dalam kalangan remaja seperti ponteng sekolah, budaya lepak, juvana dan seumpamanya. 38
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Di samping itu program ini juga diharapkan dapat memupuk budaya kecemerlangan pada diri murid menerusi pembentukan disiplin diri yang tinggi yang diterapkan menerusi pertandingan dan aktiviti anjuran sekolah mahupun agensi pendidikan.
Objektif yang seterusnya adalah sebagai usaha melahirkan murid yang bermotivasi tinggi serta mempunyai kualiti kecemerlangan dalam bidang akademik dan Kokurikulum. Adalah diharapkan program ini dapat membentuk sahsiah diri, semangat berkerjasama, membina semangat kekitaan dan semangat kesetiakawan dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Permata Rimba ialah pemberian kupon,pengiktirafan dan penghargaan , aktiviti amal , aktiviti penerapan nilai-nilai murni yang jelas pada setiap hari masa persekolahan, amalan banyak membaca,Program Jom kesekolah,Tuntas kerja/aktiviti sekolah(Kerja rumah), hafal sifir,hafal perkataan bahasa inggeris dan bahasa Arab(Dwi bahasa), Kebersihan diri ,dan penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Program yang dilaksanakan ini hanya melibatkan tenaga dan kepakaran guru-guru di sekolah ini sahaja. Sumber tenaganya diketuai oleh Guru Besar sendiri, Pn.Maureen Chia Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn.Faridah Bidin,Penolong kanan kurikulum Pn Jennier Ali dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Maria Abdullah serta seluruh warga guru sekolah ini. Secara umumnya program ini dilaksanakan sepanjang tahun dan melibatkan semua murid dari tahun satu hingga tahun enam.
Program ini telah berjaya memupuk minat murid-murid terhadap aktiviti rutin budaya di sekolah ini,sehinggakan dapat kita lihat melalui perkongsian pintar dengan masyarakat komuniti perubahan tingkahlaku yang dapat dinilai semasa di rumah.
3.3
Peluang dan Cabaran
Perkara yang memotivasikan warga sekolah untuk melaksanakan program Permata Rimba adalah minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru dan murid sekolah ini. Murid-murid sekolah ini misalnya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menunggu guru 39
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
setiap hari di awal pagi dan sepanjang persekolahan untuk memberikan bantuan kepada guru. Pelbagai insentif juga diberikan kepada guru-guru dan semua murid yang terlibat dalam program ini. Selain dari Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan kepada semua yang terlibat, pihak sekolah juga menyediakan hadiah berbentuk hamper kepada murid yang telah berjaya mengumpul kupon dan cop terbanyak mengikut syarat yang ditetapkan oleh sekolah.Nama mereka juga akan disenaraikan dalam papan maklumat dan menerima anugerah bintang seperti yang dinyatakan pada kertas kerja program. Bagi memastikan penglibatan guru
yang menyeluruh, pihak pengurusan
Hal Ehwal Murid
telah
menubuhkan jawatankuasa Program Permata Rimba bagi memastikan penglibatan guruguru dan kakitangan sekolah yang total, cekap dan berkesan mengikut kemahiran guru-guru. Setiap ahli jawatankuasa telah diberikan taklimat mengenai peranan dan tanggungjawab mereka menerusi mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.
Keseluruhannya pihak sekolah telah melibatkan semua guru dalam mengelolakan program ini secara sistematik lengkap dengan garis panduan dan pelan tindakan. Keadaan ini amat bertepatan dengan pernyataan Thain (1993) yang menegaskan bahawa penugasan kerja oleh pemimpin kepada subordinat mestilah jelas dan dapat difahami, dan segala kekaburan perlulah diperjelaskan. Gaya kepimpinan seperti ini banyak memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
Agihan tugas yang seimbang serta panduan mengenai peranan dan tanggungjawab setiap jawatankuasa yang jelas telah
memotivasikan guru untuk melaksankan tugasan
masing-masing dengan mudah, diterima dengan baik dan dilaksanakan tanpa tekanan. Guruguru dan kakitangan sekolah telah dimotivasikan dengan gaya kepimpinan Guru Besar yang demokratik. Guru-guru diberikan tugasan mengikut kesesuaian dan kepakaran masingmasing. Kepimpinan sekolah telah merangka progam ini secara terancang dan teliti sejak dari awal tahun.
40
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Tujuannya untuk memastikan
program
ini dimaklumi oleh guru-guru dan
memperutukkan masa yang mencukupi kepada perlaksanaan program.
Berdasarkan kepada sesi wawancara yang saya lakukan dengan penyelaras program ini, ternyata bahawa pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian prestasi baik dari aspek sahsiah disiplin murid, peratus kehadiran yang meningkat, pencapaian akademik dan kokurikulum.
Sokongan Guru Besar dan kepimpinan sekolah amatlah membanggakan dan ini sedikit sebanyak telah memotivasikan guru-guru untuk melaksanakn progam ini dengan jayanya. Antara risiko yang perlu dihadapi ialah gangguan instruksional yang berlaku terutamanya semasa pengajaran dan pembelajaran. Juga masalah keselamatan murid perlu diberi perhatian.
3.4
Penglibatan Kepimpinan Sekolah
Berdasarkan kepada hasil wawancara dengan penyelaras dan seluruh warga jawatankuasa Program Permata Rimba mendapati bahawa kepimpinan sekolah iaitu Guru Besar dan penolong-penolong kanan, khususnya penolong kanan Hal Ehwal Murid telah terlibat sepenuhnya dalam merancang, mengelola, memimpin dan
mengawal bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Guru Besar telah mengambil langkah yang
aktif dan proaktif dalam menggerakkan
jawatankuasa program agar mambuat persediaan yang rapi bagi memastikan kelancaran program ini. Guru Besar telah berupaya memimpin warga sekolah untuk memupuk budaya bekerjasama dan kerja bersama-sama yang seterusnya memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Seperti jari manusia yang lima, tanpa semuanya diorganisasikan dengan baik maka tangan kita tak mampu untuk menggengam walaupun sesuap makanan. Demikinlah analogi yang boleh saya bandingkan dengan peranan Guru Besar sekolah ini yang yang menjadi penggerak kepada pemupukan budaya semangat kerja berpasukan. Guru-guru turut diberi peluang secukupnya dalam proses membuat sebarang keputusan. Hal ini dapat diperlihatkan dalam pelaksanaan program ini di mana semua aspek berkaitan teknikal program telah diserahkan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid dan 41
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
jawatankuasa
sekolah mengikut kepakaran masing-masing. Keputusan-keputusan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah digunakan sebagai asas dalam membuat keputusan oleh Guru Besar. Oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah yang melibatkan pelbagai kaum, pemupukan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu
sama lain
amatlah ditekankan oleh Guru Besar.
Guru-guru telah diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan cadangancadangan semasa mesyuarat dijalankan. Keadaan ini membuktikan bahawa Guru Besar mengamalkan sifat keterbukaan dan mengamalkan kepimpinan kolaboratif dalam membuat keputusan. Kerja sepakat membawa berkat demikianlah penglibatan yang diperlihatkan oleh kepimpinan sekolah, guru dan warga sekolah dalam menjayakan program ini. Permuafakatan, perkongsian pintar ,kerjasama dan penglibatan yang menyeluruh membolehkan program Permata Rimba dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segala kelemahan yang wujud telah ditangani dalam suasana harmoni dan saling hormatmenghormati.
3.5
Stail Kepimpinan
Berdasarkan dapatan daripada beberapa sesi bersama Guru Besar yang dijalankan sepanjang tempoh dua minggu melaksanakan program penandaarasan, saya mendapati Guru Besar mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai yang mengikut situasi dan keadaan yang di hadapi. Dalam aspek ini Guru Besar telah memperlihatkan kepimpinan beliau sebagai pemimpin yang mengamalkan kepimpinan situasi. Mengikut teori kepimpinan situasi, gaya dan kepimpinan pemimpin perlu dipadankan dengan situasi tertentu supaya prestasi organisasi lebih berkesan dan pada masa yang sama memberi kepuasan kepada pihak yang dipimpin (Hersey dan Blanchard, 1972). Guru Besar telah mempelbagaikan stail kepimpinannya mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi.
Guru Besar mempunyai penolong kanan Hal Ehwal murid, penolong kanan Kurikulum dan Penolong Kanan Kokurikulum
yang proaktif dan berkemahiran. Oleh itu
Guru Besar telah menggunakan pendekatan pengupayaan dan deligasi tugas yang bersifat 42
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
outonomi dan liberal terhadap mereka. Guru Besar mengamalkan pendekatan penglibatan bersama (participating) apabila melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan. Guru Besar juga banyak memberikan dorongan dan galakan kepada guru-guru di samping berkongsi idea dengan pengikut.
Bimbingan dan pemberitahuan (Telleng) diperlihatkan apabila Guru Besar memberi bimbingan yang berterusan di samping memberi penjelasan dalam spesifikasi kerja atau tugas secara spesifik seperti yang terkandung dalam kertas kerja program. Pemantauan dan penilaian telah dideligasikan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk memastikan semua jawatankuasa dapat bergerak dalam melaksanakan tugas seperti yang diputuskan dalam mesyuarat. Untuk meningkatkan motivasi dan dorongan kepada guru-guru, Guru Besar telah memberi bimbingan, galakan dan dorongan berterusan (Selling) di samping memberi penjelasan mengenai matlamat dan aspirasi sekolah di sebalik pelaksanaan Program Permata Rimba ini.
Menurut Ibrahim Mamat (1993), gaya kepimpinan adalah berhubung dengan pendekatan yang digunakan oleh sesorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya. Pemimpin atau pengurus mempengaruhi pekerjanya dengan membuat keputusan untuk subordinat dalam membuat keputusan atau memberi autoriti sepenuhnya untuk subordinat membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Jelaslah bahawa pemimpin mempunyai pelbagai alternatif untuk membuat keputusan. Oleh itu Guru Besar telah berjaya memperlihatkan pelbagai gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut situasi. Gaya kepimpinan yang sesuai ini dapat meningkatkan motivasi dan moral pekerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang positif dn proaktif.
Guru Besar turut memperlihatkan kepimpinannya sebagai pemimpin tranformasi dan kepimpinan lestari (Sustainable Leadership). Kepimpinan tranformasi adalah kebolehan pemimpin membentuk dan menterjemahkan motif dan matlamat dalam kalangan para pengikut untuk mencapai perubahan yang signifikan melalui kepentingan dan tenaga bersama secara kolektif (Bennis dan Nanus, 1985). Amalan Guru Besar juga menepati apa yang dinyatakan oleh Bass (1985) iaitu memperlihatkan keupayaannya mengubah nilai kepercayaan guru-guru untuk mengubah budaya organisasi. Dalam konteks ini Guru Besar 43
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
telah berjaya menunjukkan tingkahlaku yang mampu mengubah sikap guru-guru kepada satu tahap yang lebih baik serta sentiasa memberi maklum balas yang sangat konstruktif terhadap kehendak dan keperluan guru.
Menurut Carlson dan Perrewe (1985) seseorang Guru Besar perlu memperlihatkan ciri-ciri pemimpin yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan dalaman untuk memperjuangkan apa yang dirasakan baik serta benar baginya dan bukannya yang popular pada masa itu. Perkara ini dapat dibuktikan berlaku oleh kepimpinan di sekolah ini di bawah pimpinan Pn. Maureen Chia Abdullah. Kesan kepimpinannya tidak sahaja menyebabkan warga sekolah dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat melepasi prestasi yang dijangkakan. Dalam melaksanakan fungsi pengurusan kepimpinan, Guru Besar turut memperlihatkan ciri-ciri seorang pengurus yang efektif. Sweeney, (1982) menyatakan bahawa ada enam ciri kepimpinan Guru Besar yang berkait rapat dengan kepimpinan pengajaran di sekolah . Ciri-ciri itu ialah ; 1.Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik. 2.Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran. 3.Menyedia dan membekalkan suasana yang kondusif di sekolah, iaitu iklim sekolah. 4.Kerap menilai pencapaian akademik murid-murid. 5.Menyelaras program pengajaran. 6.Membantu dan memberi semangat kepada guru-guru.
Fungsi-fungsi pengurusan yang dilakukan oleh Guru Besar juga meli puti;
i)Merancang (Planning)
Proses merancang melibatkan satu proses penentuan hala tuju yang hendak dicapai oleh sekolah yang memerlukan penentuan tentang apa, bila, di mana, sasaran, siapa dan bagaimana program harus dikendalikan. Pihak sekolah telah mentakrifkan matlamat dan objektif yang hendak dicapai, mengenal pasti sasaran atau KPI yang mahu dicapai serta menyediakan strategi pelaksanaan agar program dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mesyuarat jawatankuasa telah
44
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
diadakan dan digunakan sebagai wadah bagi menjelaskan tentang objektif dan membincangkan bagaimana strategi pelaksanaan program dapat dilaksanakan oleh semua ahli jawatankuasa.
Perancangan strategik sekolah yang disediakan juga dijadikan garis panduan oleh pihak sekolah dalam merangka program ini, agar program yang dilaksanakan menepati kumpulan sasaran. Kertas kerja program juga menyentuh mengenai rancangan operasi iaitu menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan dan sumber yang diperuntukkan untuk melaksanakan program ini. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati untuk menyatakan bahawa pihak sekolah telah berjaya memastikan program ini dapat dilaksanakan mengikut proses perancangan yang teliti meliputi proses membuat unjuran, penetapan objektif, penentuan strategi dan pelaksanaan program.
ii) Mengelola (Organizing)
Pengelolaan adalah melibatkan proses pembahagian tugas dan fungsi dalam memastikan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam konteks ini kepimpinan sekolah telah berjaya menentukan rangka kerja yang cekap menerusi proses penentuan kerja atau pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan guru-guru. Guruguru telah diberikan peranan dan tugas tertentu lengkap dengan garis panduan bagaimana mereka harus melaksanakan tugasan tersebut. . Pihak sekolah juga berjaya membuktikan bahawa proses pengelolaan Program Permata Rimba ini, telah dijalankan dengan sistematik .Peruntukan kewangan yang dinyatakan juga amat jelas dari segi sumber dan p erbelanjaan yang digunakan.
iii) Memimpin (Leading)
Memimpin adalah satu proses yang dilakukan untuk memastikan sesuatu program dilaksanakan hasil dari pengorganisasian sekumpulan manusia. Pihak sekolah mengambil daya usaha menggerakkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengelolakan program Permata Rimba ini. Guru Besar, penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa program telah
45
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
menjadi pendorong dan memberi garis panduan kepada guru serta memberi rangsangan bagi memastikan komitmen guru dan penglibatan warga sekolah secara menyeluruh.
Bimbingan, latihan dan tunjuk ajar telah diberikan dari masa ke semasa sepanjang berlangsungnya program ini. Dalam proses memimpin ini segala kerja-kerja atau tugas telah diselaraskan dan segala kekeliruan atau konflik yang timbul telah ditangani secara bijaksana. Guru Besar dan Penolong Kanan HEM mengamalkan amalan turun padang bagi memastikan setiap perkembangan berada dalam pengetahuan mereka khususnya dalam menentukan jangka waktu dan kos dipatuhi oleh guru-guru selaku pelaksana.
iv) Menyelia (Supervise)
Sebagai pengurus Guru Besar juga bertindak sebagai penyelia bagi memastikan program ini dapat dijalankan mengikut jadual, cekap dari segi pengurusan kewangan dan mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Bagi memenuhi keperluan ini pihak sekolah telah menggunakan format pelaporan dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti (SPSK). Mengikut kaedah SPSK segala dokumentasi program perlulah memenuhi piawai yang ditetapkan tertutamannya dari segi proses, format pelaporan dan pematuhan terhadap masa dan kos yang ditetapkan.
Proses penyeliaan program dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya oleh Guru Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menerusi pemerhatian dan menilai prestasi setiap jawatankuasa sepanjang program ini berjalan. Penyeliaan yang dilakukan oleh pihak sekolah ini penting untuk menentukan atau menjamin supaya tindakan setiap jawatankuasa sentiasa terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Salah satu cara yang digunakan oleh pihak sekolah dalam proses penyeliaan ini ialah mengadakan mesyuarat khas sebelum program dilaksanakan. Setiap jawatankuasa diminta untuk melaporkan sebarang
perkembangan
dan
perubahan-perubahan
yang
dicadangkan
sebagai
penambahbaikan sebelum program dilaksanakan.
46
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
v) Menilai (Evaluate)
Penilaian program telah dilakukan bermula dari peringkat awal perancangan program, sebelum program,semasa program dijalankan dan selepas program dilaksanakan. Tujuannya ialah untuk mengukur sejauh manakah program ini telah dilaksanakan mengikut perancangan dan mencapai objektif yang disasarkan. Post Mortem diadakan untuk mendapatkan maklum balas daripada guru-guru tentang keberkesanan, kekuatan dan mengesan sebarang kelamahan program tersebut selepas program dilaksanakan. Dapatan daripada post mortem akan dijadikan sebagai ukuran dan penambahbaikan dalam melaksanakan program ini pada masa hadapan. Soal selidik keberkesanan program juga telah disediakan dan diisi oleh semua peserta yang terlibat. Tujuannya ialah untuk mendapat maklum balas dan cadangan daripada murid selaku peserta yang merupakan kumpulan sasaran dalam Program Permata Rimba ini.
3.6
Pujian dan Pengiktirafan
Berdasarkan kepada hasil temu bual dengan penyelaras program ini, saya dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan majlis khas penyampaian sijil penghargaan dan penyertaan serta penyampaian hadiah juga Kupon KFC bernilai RM5.00 dan anugerah Bintang Permata Rimba kepada pemenang (peringkat penilaian program Permata Rimba). Majlis diadakan sejurus selepas penilaian dan proses penjumlahan kupon dan cop selesai dilakukan. Guru Besar sendiri yang telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada peserta yang terlibat.
Majlis telah disempurnakan dengan penuh tertib, di mana Guru Besar telah diberi peluang untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru dan peserta yang telah berjaya melibatkan secara aktif dalam aktiviti Permata Rimba ini. Dalam ucapannya Guru Besar telah mengucapkan tahniah kepada semua guru dan murid yang telah memberikan sumbangan sama ada ada sebagai peserta, ahli jawatankuasa dan atas kehadiran pada majlis berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap program yang talah dijalankan.
47
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Gambar Murid-murid yang telah menyerlahkan kejayaan papan kenyataan Permata Rimba ini
akan dipamerkan pada
sekolah. Semua pengiktirafan yang diberikan ini
adalah ganjaran dan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk lebih berusaha dalam mempertingkatkan nilai sahsiah diri yang meliputi aspek kerohanian,sifat akhlak,sifat intelek dan sifat fizikal . Semua tindakan ini menjelaskan bagaimanakah kepimpinan sekolah meraikan dan menyambut kejayaan yang dicapai dalam melaksanakan dan impak daripada program ini. Tindakan ini juga adalah bukti bahawa sumbangan individu dan kumpulan diiktiraf oleh kepimpinan sekolah.
3.7
Tindak ikut.
Kepimpinan lestari dan penambahbaikan
yang berterusan terhadap program
Permata Rimba adalah cara dan pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah untuk memastikan kejayaan program ini dapat dikekalkan. Dapatan daripada pemantauan, pemerhatian dan penilaian program telah dijadikan sebagai asas dalam menentukan apakah kekuatan dan kelemahan program ini. Bertolak dari dapatan ini maka cadangan penambahbaikkan akan dibuat untuk menyediakan kemenjadian pelajar yang cemerlang unggul sahsiahnya dan cemerlang akademiknya dan menjadi bancmark sekolah ini.
Sebagai penambahbaikan pengurusan dokumentasi dan bahan – bahan cetakan untuk program ini difailkan dengan kemas dan teliti. Hal ini, penting kerana program ini boleh dijadikan rujukan untuk membantu sekolah-sekolah lain yang bermasalah. Bahan-bahan seperti modul latihan, perlulah dijilid dan dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar lain yang tidak terlibat dalam projek ini di samping mengiktiraf hasil usaha guru yang berjaya menghasilkan modul latihan yang baik. Rekod dokumentasi pelajar yang terlibat sebagai mantee perlulah dibuat dengan teliti agar semua komentar dan cadangan pembaikan dapat dimanfaat sepenuh oleh pelajar yang terlibat. Seterusnya,kos pelaksanaan projek perlulah ditambah dan diperoleh daripada sumber-sumber lain selain daripada PIBG. Rasional tambahan kos ini berdasarkan jumlah aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam projek permata Rimba banyak dan tempoh pelaksanaan projek ini juga begitu lama, secara tidak langsung memerlukan peruntuan kos yang lebih tinggi. Selain itu, persediaan kepada projek yang akan datang perlu dibuat seawal yang mungkin. Jawatankuasa bertindak dan pelan tindakan 48
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
perlu dirancang dan disediakan lebih awal. Dengan cara ini, guru-guru akan sentiasa bersiap sedia dan memastikan projek yang akan datang dapat diurus dengan lancar.
Kesimpulannya , hasil daripada penilitian dan temubual yang dibuat bersama-sama Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dalam program
ini secara langsung didapati
program ini amat baik untuk dijadikan sebagai projek contoh bagi guru-guru di SK.Taman Rimba. Guru Besar sebagai pencetus idea kepada projek ini dilihat begitu komited untuk memastikan projek ini berjaya. Jelas sekali, dari awal hingga akhir Guru Besar sendiri sanggup terlibat sama secara sepenuhnya memantau pelaksanaan projek ini terutama dalam mendapat sokongan guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Program ini akan saya jalankan di sekolah sandaran kelak, sa ya akan cuba melaksanakannya dengan lebih terancang serta dengan sedikit pengubahsuaian bersesuaian dengan latar belakang budaya sekolah yang berbeza.
49
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BAB 4:
REFLEKSI
Sepanjang dua minggu melakukan penandaarasan di SK
Taman Rimba, saya
berpeluang untuk mengkaji lebih dekat mengenai amalan kepimpinan dan pengurusan yang diamalkan oleh Guru Besar di sekolah ini. Saya juga dapat belajar bagaimana Guru Besar dan pasukan pentadbiran sekolah ini menangani perubahan yang berlaku ke arah pembentukan budaya sekolah, memahami proses membuat keputusan di samping mempelajari
bagaimana
Guru
besar
menunjukkan
komunikasi
serta
kemahiran
interpersonal dalam mewujudkan iklim organisasi sekolah yang harmoni.
Berdasarkan dapatan dari pemerhatian, tinjauan, semakan dokumen, sesi perbualan dengan warga sekolah serta sesi perbincangan bersama Guru Besar dan pentadbir sekolah (penolong-penolong kanan ) maka saya dapat mengenal pasti faktor-faktor yang didapati amat penting dan penting dalam menentukan kejayaan terhadap program Permata Rimba yang dipilih di sekolah penandaarasan;
1. Faktor kepimpinan.
Seorang pemimpin perlu disukai oleh orang bawahannya. Ciri-ciri mudah disukai oleh orang bawahan adalah perkara penting kerana seseorang pemimpin itu hanya dapat mempengaruhi mereka yang dipimpinnya supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkah laku apabila mereka menyukai pemimpin. Ciri inilah yang ada pada Guru Besar sekolah ini. Ciri disukai dan dikagumi ini memperlihatkan ciri-ciri pemimpin yang berkarisma telah memudahkan usaha Guru Besar untuk merancang perubahan seterusnya menguruskan perubahan tanpa banyak halangan kerana segala perubahan telah mendapat sokongan padu warga sekolah. Kepimpinan beliau disokong pula oleh barisan orang bawahan yang amat setia dan berkemahiran dalam bidang masing-masing. Kebijaksanaan beliau merancang perubahan sistem pengurusan di sekolah secara bermuafakat dilihat satu kejayaan besar yang dilakukan apabila barisan pemimpin bawahan ini berupaya menterjermahkan visi dan misi sekolah dengan baik dan berkesan serta menjadi „penyokong‟ kepada keberkesanan program yang dilaksanakan.
50
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
2.Sumber Manusia
Sumber manusia seharusnya berkebolehan untuk melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta membantu mencapai objektif organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah organisasi itu amat beruntung jika mempunyai tiga kategori kemahiran pada sumber manusianya. Kategori kemahiran pertama ialah kemahiran teknikal. Kemahiran ini berkait rapat dengan kemahiran menguasai ilmu terutama dalam kemahiran ICT dan lainlain kemahiran yang berkaitan. Kategori kemahiran yang kedua ialah kemahiran interpersonal. Kemahiran interpersonal ini ialah kemahiran berinteraksi secara efektif dengan persekitaran kerjanya. Kemahiran ini amat penting dalam sesebuah organisasi bagi mengelakkan atau mengurangkan konflik . Kategori ketiga ialah, kemahiran menyelesaikan masalah. Sesebuah organisasi amat memerlukan sumber manusianya yang mempunyai kemahiran ini kerana kemahiran ini membantu setiap pekerja mencari jalan penyelesaian secara strategik dalam masalah-masalah yang dihadapi dalam tugas masing-masing seterusnya membuat keputusan dengan bijak. SK.Taman Rimba merupakan satu organisasi yang mempunyai sumber manusia yang 90 peratus mempunyai ketiga-tiga kategori kemahiran ini. Oleh itu, tugas Guru Besar untuk membentuk semangat kerja berpasukan agak mudah di sekolah ini. Kebijaksanaan Guru Besar mengembelengkan kepakaran sumber manusianya dengan bidang tugas yang tepat secara tidak langsung memudahkan program yang dipilih dilaksanakan.
3. Iklim dan budaya sekolah
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik. Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan persekitaran sekolah tersebut. SK.Taman Rimba membina budayanya berasaskan prinsip pengurusan berkualiti.Salah satu daripada lapan prinsip pengurusan berkualiti yang diamalkan ialah tumpuan kepada pelanggan. Seluruh organisasi sekolah perlu memahami kehendak semasa dan masa depan pelanggan. Perkara yang penting ialah organisasi perlu dapat melebihi ekspektasi pelanggan. Keupayaan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, hasil komitmen yang tinggi daripada seluruh keluarga sekolah. Hal ini,dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar dengan semangat, tidak curi tulang tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa 51
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi. Keadaan inilah yang menghasilkan kejayaan projek Permata Rimba. Guru-guru yang mempunyai komitmen yang tinggi ini juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati normanorma organisasi atau masyarakat terhadap sekolah ini.
Budaya dan iklim sekolah juga, amat menitikberatkan penambah baikan secara berterusan. Usaha-usaha ini menjadi sebahagian daripada objektif sekolah ini. Oleh itu, sebagai pemimpin organisasi, Guru Besar telah merancang dan mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem pengurusan kualitinya.Tindakan membuat penambahbaikan pencapaian
dengan
peningkatan
pelajar
yang mencapai
sasaran
kecemerlangan sahsiah, akademik dan kokurikulum.Guru-guru yang terlibat dalam program ini penuh yakin dengan kejayaan program Permata Rimba. Mereka bersedia menerima cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea baharu,unik dan kreatif .
4. Hubungan komuniti
Pemuafakatan yang wujud antara PIBG dengan pihak sekolah telah banyak membantu usaha-usaha yang dilaksanakan untuk memacu kejayaan sekolah. Kerjasama ini dapat dilihat dengan kegigihan pihak PIBG menghulurkan sokongan dalam bentuk kewangan bagi menampung kos pelaksanaan pelbagai aktiviti di sekolah, termasuklah program Permata Rimba. Kekuatan sokongan pihak PIBG ini secara tidak langsung memudahkan pihak guru untuk mengendalikan pelbagai aktiviti apabila setiap aktiviti yang dilaksanakan mendapat sokongan dan kebenaran daripada pihak ibu bapa. Bantuan sama ada dari segi kewangan, sokonan moral mahupun khidmat nasihat dan perkongsian pintar dengan PIBG sentiasa menjadikan SK.Taman Rimba sebuah organisasi yang berdaya saing di peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Guru Besar didapati telah berjaya membina rangkaian hubungan komuniti yang kukuh serta saling berkejasama
dengan cekap dan
berkesan.
52
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
5. Kemudahan fizikal sekolah
Kelebihan fizikal dan prasarana di SK.Taman Rimba sudah pasti memberi kemudahan kepada pihak sekolah untuk merencanakan sesuatu bagi mencapai matlamatnya. Kemudahan-kemudahan seperti bilik darjah, , kantin, dewan dan bilik guru secara tidak langsung telah memudahkan kerja-kerja guru untuk merancang aktiviti. Guru Besar selaku ketua organisasi dilihat berjaya menggunakan segala kemudahan sekolah ke tahap maksimum demi mencapai visi dan misi sekolah.
6.
Kerjasama dan Kerja Bersama-sama
Konsep kerjasama dan kerja bersama-sama telah dijadikan budaya di sekolah ini. Semua guru telah menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan tanggunggjawab seperti yang telah ditetapkan dalam kertas kerja program. Dengan adanya semangat berkerjasama ini semua jawatankuasa telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan ini memberi kesan terhadap keberkesanan dalam melaksanakan program ini. Kerjasama yang dibina telah menjadi penghubung antara satu sama lain ke arah menyatupadukan usaha sekolah supaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
7. Kompetensi guru.
Kompetensi guru turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program Permata Rimba. Kompetensi guru dalam konteks ini merujuk kepada pengetahuan, kemahiran serta sikap guru sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan sekolah. Pengetahuan yang dimaksudkan di sini ialah pengetahuan guru-guru bahawa kegiatan yang menjurus kepada kecemerlangan sekolah dari pelbagai aspek adalah penting dan kobusiness utama daripada proses pembelajaran di sekolah.
8.Hubungan di antara aspek teori dengan amalan pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan.
Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan menentukan ar ah tuju 53
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin ialah mencari cara untuk mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi, misi dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Menurut Bennis dan Nanus (1985), para pemimpin adalah individu-individu yang membuat perkara-perkara yang betul saja. Menurut Burns(1978),
Ainon dan Abdullah (2003) , seseorang pemimpin itu telah
mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individuindividu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan peribadi diri sendiri kepada mementingkan kelompok.Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara program Bicara Kepimpinan Pragmatis menyatakan “Kepimpinan Transformasi merupakan kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi dalam kalangan orang bawahannya” Hubungan di antara aspek teori dengan amalan pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin ialah mencari cara untuk mempengaruhi individu-individu.
Iklim sekolah dibina dalam bentuk yang lebih „terbuka‟ dan mengutamakan buda ya inovatif. Sifat keterbukaan beliau banyak membantu beliau mendapatkan sokongan daripada warga sekolah malahan komuniti luar, beliau menggunakan teknik nasihat dan mengamalkan pengurusan berkesan dalam kepimpinannya. Amalan-amalan yang murni sentiasa dijalankan dan sekolah ini mengamalkan kekeluargaan yang mesra pada semua peringkat. Beliau menggunakan kuasa, budi bicara, pertimbangan dan perhatian kepada ketepatan membuat keputusan. Keperibadian beliau yang sentiasa bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif amat disenangi oleh orang bawahannya. Perundingan biasanya dilakukan dengan penuh hemah, berdiplomasi dan dilakukan dalam suasana harmonis. Pembudayaan identiti pemimpin serta iklim sekolah telah melonjakkan nama SK.Taman Rimba sebagai sebuah sekolah yang mempunyai karekter dan kehebatan tersendiri. 54
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Sebagai pemimpin transformasi beliau juga berjaya meningkatkan kepercayaan semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah. Semua perkara sama ada semasa susah atau senang dikongsi bersama. Rasa kekitaan diwujudkan dalam setiap warga sekolah sehingga jika berlaku sebarang isu, maka isu tersebut adalah dianggap sebagai isu bersama. Matlamat dan wawasan untuk bangkit kembali dibina dengan kukuh dalam setiap warga sekolah.
Beliau juga telah berjaya menjana perubahan dalam kebanyakan aspek pengurusan di sekolah. Dalam aspek pentadbiran beberapa jawatankuasa dibuat penambahbaikan seperti jawatankuasa peperiksaan yang lebih kemas dan mantap. Bilik-bilik operasi atau gerakan demi kemudahan dan keselesaan guru untuk bekerja diwujudkan. Antaranya bilik gerakan peperiksaan, bilik kaunseling, pengelompokkan bilik guru serta bilik-bilik penolong kanan.
Perubahan struktur dan peraturan-peraturan pengurusan dilaksanakan. Pelajar pelajar dijanakan dengan konsep penyayang dan kebertanggungjawaban. Seterusnya dalam bidang kurikulum, pengubahsuaian program-program kecemerlangan pelajar diberi keutamaan. Kesedaran beliau yang tinggi terhadap kehendak stik holder, telah mencetuskan idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Selain itu, beliau juga dihormati oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar. Beliau juga merupakan seorang pemimpin instruksional. Menurut Menurut Hallinger & Murphy (1985), kepimpinan instruksional adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh pentadbir sekolah bagi meningkatkan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembangunan sekolah. Sebagai pentadbir, Pn.Maureen Chia Abdullah amat mengambil berat
akan
pencapaian
mengintergrasikan
akademik
kurikulum
pelajar
dengan
memperkukuhkan
melindungi
bahasa
waktu
Inggeris
dalam
pengajaran, kalangan
pelajar,memantau kemajuan pelajar, memastikan matlamat sekolah untuk menjadi Sekolah yang cemerlang dihayati oleh semua warga sekolah. Jelaslah beliau juga, berusaha untuk memberi insentif kepada guru dengan pelbagai cara seperti seperti kelayakan mendapat „new deal‟ , selain mengadakan pembanguanan profesional staf dan guru.
55
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Cadangan Penambahbaikan
Ruang penambahbaikan / pengubahsuaian yang perlu dilakukan jika projek ingin dijalankan di sekolah sandaran nanti Pada pendapat saya beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan jika projek ini dilaksanakan di sekolah sandaran kelak ialah: a. Sasaran pelajar yang dipilih b. Prosedur pelaksanaan c. Bahan modul yang sesuai. d. Tempoh pelaksanaan e. Cara penilaian dan pemantauan f. Kos.
Projek Permata Rimba merupakan projek yang dirancang untuk pelajar yang mempunyai latar belakang,sosiobudaya dan ekonomi juga faktor luaran yang lain. Situasi ini mungkin agak berbeza dengan situasi di sekolah sandaran kelak, kerana sekolah tersebut bukan sekolah yang memliki kemudahan yang banyak,latar belakang pembelajaran keluarga,sosioekonomi dan faktor yang lain .Prosedur pelaksanaan juga akan diubahsuai iaitu bersesuaian dengan lokasi dan iklim sekolah.
Bentuk pemantauan pula masih mengikut model yang dibuat di sekolah penandaarasan yang menggunakan fail peribadi pelajar.Dari segi kos pula, cadangan untuk mendapatkan peruntukan daripada sumber-sumber yang pelbagai akan dibuat selain daripada peruntukan PIBG. Sumber-sumber kewangan yang disenaraikan untuk membantu projek ini termasuklah sumbangan pendidikan, sumbangan individu, sumbangan peruntukan kaunseling (motivasi), dan lain – lain sumber yang dirasakan boleh membantu. Penambahan aktiviti yang akan dilaksanakan masih menggunakan model aktiviti sekolah penandaarasan dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kemampuan tenaga pengajar, masa yang ada,dan fizikal serta latar belakang sekolah.
56
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
Pengajaran Pengurusan dan Kepimpinan
Kejayaan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kewibawaan pengurusan dan kepimpinan Guru Besar yang menerajui sekolah tersebut. Masyarakat umum sering menganggap Guru Besarlah
yang memainkan peranan utama dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah sekolah tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya masyarakat setempat. Walaupun terdapat banyak elemen yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan namun tugas dan tanggungjawab seorang Guru Besar dalam mencapai matlamat itulah yang sering diutamakan.
Sebagai ketua dalam organisasi, Guru Besar bertanggungjawab memastikan sekolahnya mempunyai iklim yang kondusif agar dapat memberikan impak positif terhadap proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pengurusan yang cekap yang sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bertujuan agar warga sekolah dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Walau bagaimanapun keupayaan Guru Besar ini berkait rapat dengan stail kepimpinan yang diamalkan. Berpandukan penulisan, saya telah mengenalpasti beberapa gaya kepimpinan yang telah diamalkan oleh Guru Besar. Daripada pelbagai gaya yang dipraktiskan sekiranya saya menjadi seorang pemimpin sekolah saya akan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan transformasi dan instruksional dalam beberapa perkara seperti penetapan matlamat proram atau projek, penyeliaan program, penilaian dan pembangunan staf.
Penetapan misi dan visi merupakan antara cabaran yang paling besar dalam arus pendidikan yang kain mencabar. Justeru itu sebagai seorang pemimpin saya perlu melibatkan penyertaan guru, ibubapa, murid dan pihak lain dalam usaha membina visi (James & Balasandra, 2009). Dalam keadaan ini sebagai seorang pemimpin yang berkarisma, saya harus mempunyai keberanian menghadapi kehendak pihak-pihak yang berkepentingan agar misi dan visi yang ditetapkan dapat direalisasikan. Sifat karisma sebagai pemimpin secara tidak langsung dapat mengawal gangguan daripada barisan pemimpin bawahan yang tidak sehaluan.
Selain daripada itu, dalam proses penilaian program sebagai seorang pemimpin,saya harus bijak menjelaskan keadaan sebenar kepada guru dan staf berkaitan proses-proses 57
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
tersebut. Dimensi bertimbangrasa terhadap setiap individu perlu diamalkan aga rtidak timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan guru berkaitan konsep penilaian oleh Guru Besar. Pemimpin yang gagal memperjelas konsep sebenar, tidak telus akan cenderung membawa kepada tanggapan negatif. Penjelasan secukupnya berkaitan perkara ini juga akan mengelak kepada wujudnya „kroni‟ dan „bukan kroni‟ (Bios).
Penyeliaan merupakan kaedah terpenting bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah (Hallinger, 2007). Dalam hal ini pemimpin di sekolah khususnya Guru Besar perlu sama-sama mempelajari, memahami dan mengamalkan konsep dan teori-teori penyeliaan (Samsudin & Kamarul, 2011). Dimensi simulasi intelektual yang disarankan dalam kepimpinan transformasi perlu diadaptasikan agar peranan sebagai pemimpin tidak pincang dalam penguasaan kapasiti ilmu.
Kesediaan Guru Besar untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan juga dapat membantu
Guru Besar dalam melakukan penyeliaan pengajaran secara lebih
berkesan di dalam kelas. Malahan ilmu penyeliaan ini dapat diaplikasikan dalam memantau program atau projek yang dilaksanakan di sekolah. Melalui kaedah ini dapat mengelak daripada rasa tidak puas hati atau mewujudkan salah faham dalam kalangan guru jika diberi teguran.
Dalam sesebuah organisasi, seperti sekolah kebiasaannya wujud golongan yang tidak begitu „senang‟ dengan pihak atasan khususnya Guru Besar. Golongan ini berpotensi mewujudkan krisis dan akhirnya menyebabkan matlamat s ekolah untuk cemerlang gagal dicapai. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan saya perlu menyesuaikan amalan kepimpinan selaras dengan keadaan sekolah dan kelompok sasaran (Ayob, 2007).
Dimensi motivasi inspirasi perlu aplikasikan khusus untuk memotivasikan staf yang tidak bermotivasi dengan mengadakan program-program perkembangan staf dan mengiktiraf penglibatan mereka dalam setiap program sekolah tanpa mengira hierarki bidang tugas. Di samping itu satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah Guru Besar mesti mengamalkan komunikasi berkesan untuk mengubah tingkah laku, minat dan kerjasama ke arah peningkatan prestasi akademik dan ko kurikulum di sekolah.
58
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BAB 5:
RUMUSAN
Kita maklum bahawa setiap sesuatu perubahan atau program yang kita lakukan itu tidak semestinya terus menampakkan hasil, namun begitu kita tidak akan berubah jika kita bermula. Kejayaan sesuatu program atau projek bergantung kepada kreadibiliti seseorang Guru Besar untuk mengupayakan sumber yang ada di sekolah. Dalam hal ini pemimpin itu perlu membentuk pasukan yang boleh bekerja bersama-sama untuk memastikan visi dan misi sekolah tercapai. Persekitaran dan iklim yang kondusif serta sokongan daripada komuniti luar turut memainkan peranan penting dalam memastikan usaha tersebut menjadi kenyataan. Namun demikian tunggak utama kejayaan sekolah adalah hasil daripada keberkesanan kepemimpinan Guru Besar.
“Sekolah baik atau sekolah lemah? Daripada pengalaman sebagai wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dengan pentadbir yang lemah, atau sekolah yang lemah dengan pentadbir yang baik. Saya telah melihat sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah yang berjaya dan kesalnya sekolah yang unggul merosot dengan cepat. Dalam setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah dapat dikaitkan dengan kualiti pentadbirnya”. ( Fred M. Hechinger -Presiden New York Times)
Berdasarkan laporan penandaraarasan, menunjukkan bahawa Guru Besar SK.Taman Rimba mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan mengikut keadaan organisasinya sama ada guru-guru,staf sokongan atau pelajar. Stail atau gaya kepimpinan tersebut ialah Kepimpinan Transformasi, Kepimpinan Partisipatif, Kepimpinan Situasi dan Kepimpina Instruksional. Gaya-gaya kepimpinan ini telah diamalkan oleh Guru Besar dalam merancang dan melaksanakan projek Permata Rimba.
Pengurusan dan kepimpinan adalah dua perkara berbeza namun dalam memastikan program dapat dijalankan dengan berkesan dan dalam memastikan organisasi dapat ditadbir dengan cekap, kedua-duanya perlu ada untuk disebatikan dalam amalan dan tindakan seluruh organisasi sekolah. Guru Besar sebagai pengurusan pada heirarki yang tertinggi perlulah mendahului dalam semua perkara. Tindakan Guru Besar merupakan inspirasi 59
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
kepada guru-guru dan murid-murid. Cabaran yang dihadapi oleh Guru besar selaku kepimpinan tertinggi di sekolah ialah melahirkan seramai mungkin murid yang mempunyai kemenjadian sebagai modal insan yang menghayati nila dan mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam aspek akedemik,kokurikulum dan sahsiah yang dapat dicontohi.
60
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamarudin Hj Kachar(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Ayob Jantan. (2007). Pengetua sekolah yang efektif . PTS Professional Publishing Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Penyeliaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. UTM Press : Johor Busher, H. (2006). Understanding educational leadership: People, power and culture. Open University Press.McGraw-Hill House : England. James, A.J.E & Balasandran. R. (2009). Kepimpinan instruksional : Satu panduan praktikal. PTS Professional Publishing Sdn Bhd: Kuala Lumpur. Kamarudin Hj Kachar(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd. Hoy, W.K. & Miskel, C.G. (2001). Education administration : Theory, research and practice. New York: Random House. Jazzar, & Algozzine, B. (2007). Key to successful 21st century: Educational Leadership.Pearson Education Inc.: USA
61
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 1
BIODATA PN.MAUREEN CHIA ABDULLAH GURU BESAR SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN SABAH
Nama: PUAN MAUREEN CHIA ABDULLAH Jawatan / Gred Perjawatan: GURU BESAR DG44 Kelulusan Akademik: IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEST UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (2002) Kelulusan Ikhtisas: MAKTAB PERGURUAN SANDAKAN PENGAJIAN INGGERIS (1986) Negeri kelahiran: SANDAKAN SABAH
Sejarah Perkhidmatan,
BIL
62
TEMPAT BERKHIDMAT
JAWATAN
TARIKH MULA
1
SMK PAMOL
GURU B.INGERIS DAN MATEMATIK
1987-1990
2
SMK ELOPURA BESTARI
GURU B.INGGERIS DAN MATEMATIK
1991-1997
3
SK.SUNGAI ANIB 1
PEN.KANAN HEM
1997-1998
4
SK.TAMAN RIMBA
GURU BESAR
1998-KINI
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 2
BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH
63
PN.MAUREEN CHIA ABDULLA
PN.JENNIER BINTI ALI
(GURU BESAR DG44)
(PEN.KANAN PENTADBIRAN DGA32)
PN.FARIDAH BINTI BIDIN
PN.MARIA BINTI ABDULLAH
(PEN.KANAN HEM DG41)
PEN.KANAN KO-KURIKULUM DGA32
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 3
KEMUDAHAN ASAS SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN
BANGUNAN SEKOLAH BLOK A,B DAN C
Pusat Sumber Sekolah
64
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
CYBER RIMBA
KOPERASI SEKOLAH
MAKMAL SAINS
BILIK PENTADBIRAN DAN BILIK
65
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
SURAU
66
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 4
JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH 2013
PENAUNG:
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SANDAKAN
PENASIHAT:
PN.MAUREEN CHIA ABDULLA
YANG DIPERTUA PIBG: SEGALIUD)
EN.BAKAR BIN OSMAN(PK HEM SMK
TIM.YANG DIPERTUA PIBG:
EN.DIN MOHD NOR (PEGAWAI POLIS)
SETIUSAHA KEHORMAT:
EN.FAZEER BIN MUHADDAM (GURU SKTR)
PEN.SETIAUSAHA KEHORMAT:
EN. KHOMEINI MEOR SHAARI (GURU SKTR)
BENDAHARI PIBG KEHORMAT:
PN.WONG E-YIN (GURU SKTR)
PEN.BENDAHARI PIBG KEHORMAT:
CIK.MAHARNAH MOONG (GURU SKTR)
BENDAHARI DANA KOMPUTER:
PN.RUBIAH ADUN@HAMZASIN (GSKTR)
BENDAHARI DANA KAFA:
PN.JULIFAH BINTI ALILMATRAN (GSKTR)
AJK: (PEG.LKIM)
1.EN.KU SUHAIRI BIN MOHD TARMIZI
2.EN.ISHAK YUSUF BIN APOK 3.EN.JAFRUDDIN BIN HJ.JAAFAR (PEG.AKAUNTAN) 4.EN.RANEH BIN HJ.BAYAT (PESARA GURU) 5.EN.HAMZAH BIN KARUPUT 6.PN.AMNAH BINTI BUSSANEE
67
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
7.PN.JULIA BINTI MARINGAN 8.PN.VALERIA BINTI LINGGOK (PEG.PERHUTANAN) JURU AUDIT DALAMAN: PEMEGANG HARTA:
1.EN.MOHD SHARI BIN BABA (PEG.PENILAIAN LHDN) 1.EN.MOHD SOFFIAN BIN ETING (PEG.MAMPU) 2.PN.MASTURAH BINTI AMIR ( KERANI AKAUN SEKOLAH )
68
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 5
SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN SK TAMAN RIMBA 2013
BIL
NAMA GURU
JAWATAN DAN GRED
1
PN.MAUREEN CHIA ABDULLA
GURU BESAR DG44
2
PN.JENNIER BINTI ALI (PK 1)
3
PN.FARIDAH BINTI BIDIN (PK HEM)
PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
4 5
PN.MARI A BINTI ABDULLAH (PK KOKUM) PN.ANG SIM LIN@BELINDA
PEG.PERKH.PEND. LEPASANDIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG44
6
CIK.YEOH SHUH YUAN
PEG.PERKH.PEND .SISWAZAH DG44
7
CIK.WEE LAY YEING
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
8
PN.NOOR AZLIDA AWANG @ MAT SALLEH
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
9
PN.NORHIDAYAH BINTI MASIRAN
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
10
PN.SYAIRULATINI BINI ABD.GHANI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
11
PN.NORHASLINDAH BINTI MAT RIPIN
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
12
PN.NORAINI BINTI BAHTIAR
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
13
EN.MOHD ZULHISYAM BINTI MD RASDI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
14
PN.FARA NISA BINTI MASRI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
15
PN.AISYAH BINTI MOHD ALI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
16
EN.FAZEER BIN MUHADDAM
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
17
PN.MASYAFARIZAN NORIZHA IBRAHIM
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
18
PN.RUSNI BINTI AWANG
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
19
EN.DINOAMZI BIN ALBERT
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
20
PN.CHIA SHUI YUN
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
21
PN.WONG E-YIN
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
22
PN.NURLIAH BINTI ARSAT
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
23
PN.RUBIAH ADUN@HAMZASIN
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
69
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
24
CIK.LIEW CAI FOONG
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
25
EN.MOHAMMAD KHOMEINI BIN MEOR SHAARI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
26
PN.HASNUL KARIMAH BINTI JONGGANG
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
27
PN.RITA BINTI LANSAU
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
28
PN.JUSTINA@FUNG SAT TING
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
29
CIK.MAHARNAH MOONG
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
30
PN.JUHANAH BINTI KENTED
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
31
PN.JALEHA BINTI MOHAMAD
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
32
EN.ISMAIL BIN MUSTAFA
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DC41
33
PN.AZIZAH BINTI DULLAH
34
PN.ASLLYN BIN BENJAMIN
35
PN.ROSNAH BINTI ALPAH
36
PN.KEE SABARIAH KEE ABDULLAH
37
PN.CRISTINA ASOMO @ NURUL ATIQAH
38
PN.CHANG KAI ENG
39
PN.MARIAH BINTI LIMAH
40
PN.JULIFAH ALILMATRAN
41
PN.KARTINI BINTI ABDUL RASAD
41
CIK.SUZIYATI BINTI MUTALIP
42
PN.MIMI YONG MENG MEE
43
PN.JUNAIMA BINTI SALIDIN
44
PN.MAHAYUN@KHADZIAH RANEH
45
PN.NURAMALIA BINTI MOHD LADIN
46
EN.ABD.RAHIM BIN AMIR
47
EN.MOHD HAZRULHAMIZAN BIN HARRIS
48
PN.MARINA BINTI ISMAIL
49
PN.SITI SUHANA BINTI ALIDIN
50
PN.SITISUHANA BINTI ALIDIN
PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29 PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
70
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
SENARAI KAKITANGAN SOKONGAN SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN
BIL
NAMA KTBM
GRED
1
PN.SAENAH BINTI MOHD NOH @ S M NOOH
PEMBANTU TADBIR N22
2
PN.MAISARI BINTI SUHAILI
PEMBANTU TADBIR N17
3
PN.SARIBANUN BIN TUMIN
PEMBANTU TADBIR N17
4
EN.MOHD YUSOF BIN ABDUL RAZAK
JURU TEKNIK KOMPUTER FT17
5
PN.MASJIAH BINTI ARDE
PEMBANTU PENGURUS MURID N17
6
PN.MASDIANAH BINTI DAMSAH
PEMBANTGU PENGURUS MURID N17
7
CIK JAIMA BINTI KULA
PEMANTU AM PEJABAT
71
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 6 PANORAMA SEKOLAH
72
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
73
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 7
74
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
75
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
76
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
77
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
78
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
LAMPIRAN 8
PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR ADALAH KEMUNCAK PROGRAM PERMATA RIMBA
79
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
80
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
81
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)
82
Laporan Program Penandaarasan ARMAN BIN HJ.AMIR (NPQEL 2013A1 – SBHSR1)