Contoh Laporan Impak Lawatan Sambil Belajar (Pendidikan Khas)
Full description
kraftangan tradisional
Full description
laporan lawatanFull description
KERTAS KERJA YANG DIRANCANG UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MURID-MURID PENDIDIKAN KHAS SK ALAI MELIHAT DENGAN LEBIH DEKAT PEMBUATAN COKLAT DAN MINUMAN KESIHATAN
Kertas Kerja Lawatan Ke Pesta Buku 2018Full description
Full description
Laporan SISDALDeskripsi lengkap
Full description
pengujian antidiareDeskripsi lengkap
Analisis Laporan Keuangan Pemerintah Pusat
Analisis Laporan Keuangan Pemerintah Pusat
Deskripsi lengkap
LAPORAN LAWATAN KE PUSAT KRAFTANGAN
Pada 14 April 2017, lawatan ke pusat kraftangan di Cherating telah diadakan seramai 15 orang pelajar pendidikan awal kanak-kanak serta dua orang pensyarah pengiring iaitu Tn Hj Mazlan Talib dan Nor Azizah bt Mohd Nor. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk memperkenalkan cara untuk membuat t ikar anyaman serta cara untuk mencanting mencanting batik. Kami telah membuat lawatan lawatan pada satu institusi dibawah Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam membangunkan pembangunan rakyat. Pada jam 9.00 pagi, kami sampai ke destinasi tersebut, saya dapat melihat pelbagai jenis alatan kraftangan yang digantung dan dipamerkan disekeliling tempat. Puan Murni merupakan salah seorang guru kraftangan di situ t elah menerangkan tentang cara-cara untuk membuat anyaman. Beliau telah menerangkan bahawa daun mengkuang telah digunakan untuk membuat anyaman. Daun mengkuang terbahagi kepada dua iaitu daun mengkuang pandan dan daun mengkuang kampong. Daun mengkuang pandan sering digunakan kerana teksturnya yang lembut. Kemudian, beliau menyatakan bahawa untukmenyediakan untukmenyediakan daun tersebut, beberapa cara perlu dilakukan iaitu membuang duri di sekeliling daun. Kemudian, daun tersebut perlu dilayur diatas bara api sehingga menjadi kekuningan untuk menjadikan daun tersebut lebih lembut dan tahan lama serta memudahkan proses seterusnya iaitu menjangka. Menjangka adalah proses membelah daun mengikut saiz yang sama dengan menggunakan alatannya iaitu jangka. Setelah itu, proses melurut telah dilakukan setelah dibiarkan selama satu jam. Proses melurut dilakukan beberapa kali untuk melembutkan daun. Proses seterusnya adalah merendam. Daun ini telah direndam selama tiga hari tiga malam dengan air untuk melunturkan warna hijau dan direndam di dalam tempayan. Akhir sekali, Daun-daun ini akan dijemur di tengah panas supaya menjadi putih atau kekuningan. Daun-daun ini boleh dianyam membentuk pelbagai benda seperti tikar, beg, kipas, selipar dan sebagainya. Perkara ini telah menjadi salah satu budaya serta menjadi sumber pendapatan pada penduduk di situ kerana ramai pelancong dating dan membeli barangan mereka. Kami juga diajar beberapa langkah dalam menganyam tikar dengan menggunakan daun yang sudah dilayur. Setelah itu, kami
ke tempat mencanting batik. Saya dapat melihat pelbagai corak pada baju serta kain. Baju-baju tersebut telah dicelup dengan batik dan membentuk corak yang cantik pada baju dan dijual kepada orang ramai. Cara untuk membuat corak tersebut adalah dengan ikat baju tersebut kemudian celup ke dalam warna batik. Melalui lawatan ini, saya dapat mengetahui lebih mendalam tentang budaya-budaya di Malaysia dan cara-cara untuk membuatnya.n