Isi Kandungan Isi Kandungan
1
Pengenalan
2
Pengertian
3
Nabi Muhammad S.A.W Jalani Pembedahan
4
Buraq Kenderaan Untuk Isra’
5
Di Sepanjang Perjalanan Isra’
6-9
Nabi Diganggu Dengan Panggilan Pelbagai Jenis Orang Peristiwa Di Baitul Maqdis
10 - 11 12
Di Sepanjang Perjalanan Mi’raj
13 - 15
Peristiwa Di Baitul Makmur
16
Peristiwa Di Sidratul Muntaha
17
Peristiwa Di ‘Arasy
18 - 19
Turun Semula Ke Dunia
20
Tiba Di Masjidil Aqsa Sebelum Balik ke Mekah
21
Allah Bantu Buktikan Isra’
22
Penutup
23
Rujukan
24
Pengenalan
Assalammualaikum w.b.t sebagai pembuka bicara sebelum hujah berkata kata , kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi , kerana memberi kami kesempatan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba yang masih mempunyai kesilapan dan amalan yang tidak mencukupi . Sebelum kami memulakan penerangan dalam tajuk tugasan ini , marilah kita bersama sama sedekahkan al-fatihah ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat beliau . Tidak lupa juga kepada para pejuang Islam yang telah syahid di medan perang untuk menegakkan dan mempertahankan syiar Islam di atas muka bumi ini. Tajuk tugasan yang telah diberikan kepada kami ialah Kronologi Isra’ dan Mi’raj . Kami amat berbesar hati dapat melaksanakan tugasan yang telah diberikan serta menerima tajuk tugasan yang telah diberikan dengan penuh rasa bangga kerana dapat mengkaji dan menghuraikan serta memahami lebih lanjut mengenai salah satu sejarah terpenting dalam islam . Terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah yang penuh berdedikasi Encik Zulkefli Ahmad kerana telah sedikit sebanyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar bagi melancarkan proses melaksanakan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya . Sebagai umat islam yang patuh kepada yang Maha Esa , kita perlu mengetahui dan memahami sejarah mengenai Islam . Sejarah yang paling penting dalam islam ialah peristiwa berlakunya Isra’ Dan Mi’raj . Secara amnya , kita mengetahui bahawa peristiwa ini berlaku hanya pada satu malam . Buku ini akan mengulas dan menerangkan lebih lanjut mengenai Kronologi Isra’ Dan Mi’raj . Kami berharap dengan adanya buku ini dapat memberi info yang dapat menerangkan bagaimananya berlaku peristiwa Isra’ dan Mi’raj dan menceritakan pelbagai kisah yang berlaku hanya pada satu malam sahaja .
Pengertian 1 | Page
Isra’ dan Mi’raj adalah satu daripada beberapa mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. Perjalanan ini diperlakukan dengan menunggang Buraq , binatang seperti kuda yang Allah ciptakan untuk kenderaan malaikat dan para Nabi . Kebenaran telah berlakunya Isra’ ini ada disebutkan di dalam al-Quran pada surah Al – Isra’ ayat 1 .1 Ertinya : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa , yang kami berkati sekelilingnya , untuk Kami perlihatkan kepadanya tanda-tanda Kami . Sesungguhnya Allah-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Al-Isra’ : 1
Seputar Isra’ dan Mi’raj Secara ringkasnya pengertian Isra’ dari segi bahasa perjalanan pada sebahagian malam. Manakala Mi’raj adalah tingkatan atau tangga berbelah lapisan langit hingga sampai ke Sidaratul Muntaha seterusnya Bait al-Ma’mur untuk berjumpa Allah , dengan menaiki bintang yang bernama Buraq . Berkisar tentang penetapan tarikh peristiwa ini berlaku , terdapat 17 pendapat berbeza para ulama’ tentang nya . Yang masyhur adalah dalam bulan Rejab , cuma sebagai penanda , ia berlaku selepas baginda diutuskan dan setelah kewafatan isteri baginda yang pertama iaitu Saidatina Khadijah . Peristiwa Isra’ dan Mi’raj ini , juga sebagai ubat duka Nabi Muhammad s.a.w oleh Allah S.W.T setelah peristiwa kematian bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya yang tercinta Saidatina Khadijah.2
1 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 2 Biografi Muhammad bin Abdullah 2 | Page
Nabi Muhammad S.A.W Jalani Pembedahan Sebelum berlakunya Isra’ , Malaikat Jibril yang ditemani Malaikat Mikail membawa baginda ke Telaga Zamzam . Di situ , baginda dibedah oleh Malaikat Jibril dan dibantu oleh Malaikat Mikail . Dada baginda dibedah dan dikeluarkan hatinya lalu dicucikan hatinya dan dan seluruh organ-organ isi dada baginda dengan air zamzam . Selain itu , Malaikat Jibril mengisikan iman dan hikmah ke dalam dada Baginda yang dibawa oleh Malaikat Mikail . Selesai diisi dengan iman dan hikmah , dada Baginda ditangkupkan semula . Tiada setitik darah pun yang terkeluar semasa pembedahan dijalankan dan Baginda tidak merasa sakit walaupun dada Baginda dibelah . Pembedahan ini dilakukan bukan lah bererti hati dan dada Baginda kotor , tetapi ia perlu di sucikan sesuci-cucinya sebelum Baginda akan menghadap Allah Yang Maha Suci .3
3 Isra’ dan Mi’raj Antara Yang Tersurat dan Tersirat 3 | Page
Buraq Kenderaan Untuk Isra’ Selesai sahaja pembedahan yang penuh menakjubkan itu selesai , binatang yang bernama Buraq tersedia untuk tunggangan Nabi Muhammad s.a.w melakukan Isra’ dan Mi’raj . Ciri-ciri Buraq :
Berwarna putih Saiznya lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai Lariannya sepantas kilat
Sifat-sifat Buraq ini ada disebutkan dalam hadis riwayat Muslim yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda . Ertinya : “…….telah didatangkan kepadaku seekor Buraq dan itulah seekor binatang yang putih rupanya , panjang (tinggi) melebihi keldai kurang daripada bighal, ia melangkahkan kakinya cepatnya sejauh penghabisan mata memandang.” Menurut Sa’id bin Musayyib dan riwayat-riwayat lainnya : Buraq ini ialah kenderaan Nabi Ibrahim a.s. Ia biasa digunakan untuk pergi ke Baitul Haram ( Mekah ) . Setelah siap segalanya , terbanglah Baginda sambil didampingi oleh Malaikat Jibril di sebelah kanan dan Malaikat Mikail di sebelah kiri . Sepanjang perjalanan banyak peristiwa yang menakjubkan dan mengerikan .4
Di Sepanjang Perjalanan Isra’ 4 Isra’ dan Mi’raj Antara yang Tersurat dan Tersirat 4 | Page
Singgah di Taibah : Tempat Nabi Muhammad s.a.w bakal berhijrah Tempat pertama disinggahi dalam perjalanan itu ialah satu kawasan dipenuhi kurma-kurma yang hidup subur . Disini malaikat Jibril a.s meminta Nabi Muhammad s.a.w. turun melakukan sembahyang sunat dua raka`at, selepas itu Nabi Muhammad menerusan pejalanan menaiki Buraq. Dalam perjalanan menuju ke destinasi seterusnya , Jibril a.s bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : “Tahukah tuan , di mana tuan bersembahyang tadi?” “Tidak” jawab Nabi Muhammad s.a.w “Itulah Negeri Taibah (Madinah), tempat tuan berhijrah kelak” Jawab Jibril Terbukti benar lah khabar penghijrahan yang disampaikan oleh Jibril kerana setahun selepas peristiwa Isra’ dan Mi’raj itu , Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Taibah atas perintah Allah S.W.T. Hijrah ini dilakukan atas sebab wahyu demi mempertahankan keselamatan dirinya dan Islam .
Singgah di Madyan : Tempat pohon Nabi Musa Buraq meneruskan lariannya dengan kencang dan turun lagi di satu tempat. Jibril a.s mempersilakan Nabi s.a.w. turun dan melakukan solat dua raka`at disitu, sesudah sembahyang mereka meneruskan lagi perjalanan. Jibril bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w : “Tahukah tuan di mana tuan sembahyang tadi ?” “Tidak” “Itulah Negeri Madyan , tempat pohon Nabi Musa” Pohon Nabi Musa ialah tempat Nabi Musa berteduh melepaskan lelah sewaktu melarikan diri dari Mesir kerana diburu oleh Fir’aun .
Singgah di Bukit Tursina : Tempat Nabi Musa menerima wahyu
5 | Page
Mereka meneruskan lagi perjalanan dan turun lagi disatu tempat. Disini Malaikat Jibril a.s juga menyuruh Nabi Muhammad s.a.w. bersembahyang dua raka`at. Selepas itu mereka pun meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan seterusnya Jibril a.s bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w akan tempat yang baru mereka singgah dan memberikan jawapannya bahawa tempat itu ialah Bukit Tursina , tempat Allah S.W.T menyampaikan wahyu-Nya , mengangkat Musa a.s menjadi Nabi . Singgah di Syam : Negeri tempat Nabi Isa a.s Dilahirkan Dari Bukit Tursina, Nabi Muhammad s.a.w. bersama Jibril a.s dan Mikail a.s kini sampai ke suatu tempat yang dari jauhnya sudah Nampak deretan mahligai mahligai yang tersergam indah.disini Jibril meminta Nabi solat sunat dua raka`at. Jibril a.s memberitahu baginda bahawa tempat yang baru mereka singgah ialah Negeri Syam (Palestin) di mana tempat Nabi Isa a.s dilahirkan. Obor Terus Mengejar Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w menoleh kebelakang semenjak beredar dari Negeri Syam , baginda mesti terlihat satu obor-obor yang mengejar baginda . Obor ini sebenarnya dibawa oleh Jin Ifrit , jin ini mahu menghalang Nabi Muhammad s.a.w daripada meneruskan Isra’ dan Mi’raj. Melihat reaksi Nabi Muhammad s.a.w berulang kali melihat obor itu , Jibril a.s menawarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w akan ayat yang jika dibacakan boleh membunuh jin . Demikian ayat tersebut : Ertinya : “ Aku berlindung kepada Tuhan yang Maha Mulia dengan firman-firman-Nya yang cukup sempurna yang tidak boleh dilanggar oleh orang yang soleh mahupun oleh orang yang derhaka, daripada bahaya yang akan menimpa yang turun dari langit mahupun yang naik, daripada bahaya makhluk Allah yang melata di bumi mahupun yang keluar dari bumi, daripada bahaya godaan malam dan siang, kecuali yang datang membawa rahmat. Perkenankanlah ya Allah , Tuhan Yang Maha Pemurah!”
6 | Page
Selesai sahaja Nabi Muhammad s.a.w membacakan ayat ini , maka terjatuh tersungkurlah Ifrit ke bumi dan padamlah obornya . Tiada lagi obor yang mengejar Nabi Muhammad s.a.w lagi . Sepanjang perjalanan Isra’ ini , pelbagai peristiwa telah dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w seperti tanaman berbuah tidak henti-henti , tercium bau-bauan yang harum semerbak. Peristiwa ini semua merupakan perumpamaan kepada kejadian yang berlaku di muka bumi . Tanaman berbuah tanpa henti ini merupakan perumpamaan untuk pejuang-pejuang yang berjihad di jalan Allah . Ini bersesuaian dengan Firman Allah S.W. T di dalam al-Quran : Ertinya : “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir; pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki . Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” – Al-Baqarah : 261 Selepas Nabi Muhammad s.a.w melihat kejadian ini , baginda meneruskan perjalanan . Semasa sedang meneruskan perjalan Nabi Muhammad s.a.w tercium bau-bauan yang harum semerbak . Lalu Nabi Muhammad s.a.w menanyakan kepada Jibril a.s dan Jibril a.s menjawab . “Inilah kewangian juru sisir Puteri Fir’aun , Masyitah dan keluarganya” Jibril a.s menceritakan kisah Masyitah dan keluarganya lebih lanjut . Selain peristiwa yang enak ini dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w , terdapat juga peristiwa dimana manusia pukul kepala sendiri dengan batu sehingga pecah , manusia bercawat berkeadaan seperti binatang , daging masak dibiarkan dan daging busuk dimakan , kayu melintang di tengah jalan , menambah beban yang sudah tidak terangkat , dan akhir sekali lidah dan bibir digunting berkali-kali . Peristiwa ini menggambarkan balasan yang akan diterima kepada orang islam yang menangguhkan solat , tidak mengeluarkan zakat dan tidak suka menderma , suka melepak tanpa tujuan , tidak menunaikan amanah yang diterima , dan suka memfitnah .
7 | Page
Perumpamaan ini juga ada di dalam ayat al-quran antaranya: Ertinya : “Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang; yang keadaan mereka lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya”- Al-Maa’uun: 4-5 Ertinya : “….dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka,(bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih” – At –Taubah: 34 Ertinya : “Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman daripada jalan Allah, dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok” – al-A’araf: 86 Ertinya : “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya….” - An-Nisa’: 58 Ertinya : “amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya” – As-Saf:35
5 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 8 | Page
Nabi diganggu dengan panggilan pelbagai jenis orang Panggilan Pertama : Daripada Bangsa Yahudi “Muhammad ! Tunggulah aku , tunggulah dulu ! Aku hendak bertanya ,” kata suara yang memanggilnya Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukannya. “Siapa itu ya Jibril ?” tanya Rasulullah s.a.w “Dia adalah orang daripada bangsa Yahudi . Mujur engkau tidak menjawabnya . Kalau engkau menjawabnya , semua umatmu akan menjadi yahudi “ kata Jibril a.s
Panggilan Kedua : Daripada Orang Nasrani Kemudian Rasulullah s.a.w mendengar pula suara memanggilnya daripada arah kiri. Seperti tadi, suara itu meminta baginda berhenti kerana dia mahu bertanya , tetapi Nabi Muhammad s.a.w tidak menghiraukan dan teruskan perjalanan . “Siapa pula itu yang memanggilku , Jibril ?” Nabi Muhammad s.a.w bertanya “Dia adalah orang Nasrani . Jika engkau menyahutnya tadi , semua umatmu akan menjadi Nasrani” kata Jibril a.s
Panggilan Ketiga : Daripada Wanita Cantik Kemudian Rasulullah s.a.w terdengar pula sayup-sayup suara lemah-lembut daripada satu arah yang jauh . “Siapakah wanita itu Jibril?” tanya Nabi Muhammad s.a.w “Itulah Dunia. Andainya engkau jawab tadi , pasti umatmu semuanya akan memilih dunia dan tidak memilih akhirat” terang Jibril .
Panggilan Keempat : Daripada Seorang Tua Setelah itu seorang tua pula menghadang perjalan Nabi dan berseru “Muhammad, Muhammad! Mari dulu , turunlah !”
9 | Page
“Terus sahaja , jangan hiraukan,” Malaikat Jibril mengingatkan “Siapa dia itu dan kenapa dia berbuat begitu?” tanya Nabi “Itulah Iblis musuh Allah. Ia berusaha memujuk engkau supaya engkau memihak kepadanya” kata Jibril a.s Panggilan Kelima : Daripada Nenek Tua Seterusnya Nabi Muhammad s.a.w melihat seorang nenek tua berdiri di pinggir jalan dan berteriak “Aku hendak bertanya. Tunggulah aku Muhammad!” Nabi tidak memperdulikannya , sebaliknya bertanya kepada Jibril a.s “Siapa nenek itu?” “Itulah gambaran usia dunia kita ini. Sisa umur dunia ini samalah dengan baki umur nenek itu” kata Jibril a.s6
6 Isra’ dan Mi’raj Antara yang Tersurat dan Tersirat 10 | P a g e
Peristiwa Di Baitul Maqdis Nabi Imami Sembahyang Para Nabi Nabi Muhammad s.a.w dan Jibril a.s masuk dari ke dalam masjid masjid melalui pintu sebelah barat. Seperti biasa , nabi akan sembahyang dua rakaat terlebih dahulu . Ketika selesai sahaja sembahyang sunat , ruang masjid telah dipenuhi oleh para nabi terdahulu . Selepas itu , bangun seorang nabi melaungkan iqamat lalu Nabi Muhammad s.a.w menjadi imam kepada solat tersebut . Betapa tingginya darjat Nabi Muhammad s.a.w sehingga menjadi imam kepada semua Nabi. Nabi Pilih Minuman Susu Setelah selesainya solat berjemaah , Nabi Muhammad s.a.w menyatakan bahawa Baginda dahaga kepada Jibril a.s . Lalu Jibril a.s pun mengambilkan minuman segelas arak dan susu , dan baginda memilih susu untuk menghilangkan dahaganya .7
7 Peristiwa Israk dan Mikraj 11 | P a g e
Di sepanjang perjalanan Mi’raj Di langit pertama disambut oleh Nabi adam a.s Dengan Mi’raj ini maka naiklah Nabi Muhammad s.a.w ke langit diiringi malaikat Jibril. kelajuan Mi’raj itu terbang hanya Allah saja yang yang tahu. di pintu kangit yang pertama bernama babulhafadhah ada seorang malaikat bernama ismail. itulah pengawal langit dunia yang tetap tinggal di langit.dia tidak pernah naik ke langit keatas juga turun ke bumi kecuali pada hari kewafatan baginda rasullullah. Di langit pertama itu Malaikat Ismail ditemani 70,000 malaikat dan setiap malaikat ini mempunyai bala tentera yang berjumlah 70,000 malaikat pula . Kedatangan Nabi Muhammad s.a.w disambut oleh Malaikat Ismail dengan penuh hormat takzim . Di langit pertama , Nabi Muhammad s.a.w telah berjumpa dengan Nabi Adam a.s , bapa sekalian manusia . Disini , Nabi Adam a.s telah memberitahu kepada Nabi Muhammad s.a.w. terdapatnya Syurga dan Neraka iaitu , Syurga ‘Illiyyin dan Neraka Sijjin . Di Langit Kedua Disambut oleh Nabi Isa Dan Nabi Zakaria a.s Nabi Muhammad meneruskan perjalanan menaiki semula Mi’raj untuk naik ke langit kedua . Setibanya di pintu langit kedua , Malaikat Jibril a.s mengetuk pintu itu dan pengawal langit kedua bertanya kepada Jibril a.s sebagaimana berlaku di langit pertama . Malaikat pengawal membuka pintu langit kedua , dan mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w dan Jibril a.s masuk sambil mengucapkan salam . Di sini , Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Isa bin Maryam dan Nabi Yahya bin Zakaria . Nabi Muhammad s.a.w member salam kepada kedua-dua Nabi . Manakala Nabi Isa dan Yahya mengucapkan selamat berbahagia dan berdoa untuk Nabi Muhammad s.a.w . Di Langit Ketiga Disambut oleh Nabi Yusuf a.s Seterusnya , Nabi Muhammad s.a.w meneruskan lagi perjalanan dengan menaiki semula Mi’raj ditemani oleh Jibril a.s . Jibril a.s pun mengetuk pintu langit ketiga dan memohon masuk . Malaikat pengawal langit ketiga bertanya : “Siapa itu?”
12 | P a g e
“Jibril” “Dengan siapa anda?” “Dengan Muhammad” “Apakah dia sudah diperintahkan?” “Benar” Sesudah itu , Malaikat pengawal pun membuka pintu dan mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w dan Jibril a.s masuk . Di langit ketiga ini , Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Yusuf a.s yang ditemani beberapa orang Nabi . Nabi Muhammad s.a.w pun memberi salam , dan setelah salam dijawab oleh Nabi Yusuf a.s . Nabi Yusuf mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w masuk dan mendoakan kesejahteraan untuk Baginda . Di Langit Keempat Disambut Oleh Nabi Idris a.s Dari langit ketiga , Nabi Muhammad s.a.w dan Malaikat Jibril a.s menaiki mi’raj dan terus ke langit keempat pula sebagaimana di langit-langit sebelumnya , malaikat pengawal langit keempat melakukan soal-siasat apabila Jibril a.s mengetuk pintu untuk masuk . Di sini Rasulullah s.a.w bertemu dengan Nabi Idris a.s , dan Nabi Idris mendoakan kesejahteraan untuk Nabi Muhammad s.a.w setelah mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w masuk ke langit keempat. Di Langit Kelima Di Sambut Oleh Nabi Harun a.s Di langit kelima Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang berjanggut hitam bercampur putih. Panjang janggutnya hingga ke pusat. Ketika itu Nabi Harun a.s sedang bercerita dikelilingi teman-temannya daripada Bani Israil . Nabi Muhammad s.a.w memberi salam kepada Nabi Harun a.s walaupun belum mengenali orang yang ditemui itu . Nabi Harun a.s mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w masuk dan mendoakan kesejahteraan untuknya . Apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w siapakah orang yang baru ditemui , Malaikat Jibril pun memberitahu bahawa itulah Nabi Harun bin Imran , orang yang amat disegani oleh kaumnya . Setelah itu , Nabi Muhammad s.a.w bersama Jibril meneruskan perjalanan ke langit keenam.
13 | P a g e
Di langit keenam disambut oleh Nabi musa a.s Selepas melakui proses Tanya jawab dengan malaikat pengawal,rasullullah s.a.w. diizinkan masuk ke langit keenam.disini Nabi s.a.w. mendapati ada ramai Nabi.ada Nabi yang disertai beberapa Nabi.masing-masingdiiringi sekelompok pengikutnya. Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s.:”siapakah mereka itu””itulah Nabi musa bersama kaumnya”terang Jibril a.s. dan menyambung kata”dan cuba angkat kepalamu dan lihatlah ke atas” Nabi pun mengangkat kepala keatas dan dilihatnya ramai manusia yang tak tekira jumlahnya disana sini tidak terkira jumlahnya di ruang angkasa.itulah umatmu,selain daripada mereka ada lagi daripada umatnya yang akan masuk syurga tanpa hisab iaitu seramai 70,000 orang
Di langit ketujuh di sambut oleh Nabi Ibrahim Khalilullah Setelah bertemu dengan Nabi musa a.s.,Nabi Muhammad s.a.w meneruskan mikrajnya menuju menuju ke langit ketujuh. Setelah mengetuk pintu langit ketujuh dan dipersilakan masuk oleh malaikat pengawal,Nabi s.a.w. bertemu dengan Nabi Ibrahim khalilullah yang sedang bersandar di kerusi emas di muka pintu syurga Nabi Ibrahim menghadap kea rah baitul makmur(tempat ibadat para malaikat)ditemani beberapa orang disisinya Nabi Muhammad s.a.w. member salam dan Nabi Ibrahim a.s menjawab salam diikuti dengan ucapan selamat dating untuk Nabi s.a.w.8
8 Isra’ dan Mi’raj Antara yang Tersurat dan Tersirat 14 | P a g e
Peristiwa Di Baitul Makmur Nabi Muhammad s.a.w memasuki Baitul Makmur ditemani orang-orang yang berbaju putih , manakala yang berbaju kelabu tunggu di luar Baitul Makmur . Tetapi , mereka juga tergolong dalam orang yang selamat dan bahagia . Di Baitul Makmur tidak putus-putus malaikat yang berkunjung tidak kurang dari 70,000 orang sehari sehingga kiamat . Baitul Makmur terletak tepat diatas Ka’abah.9
9 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 15 | P a g e
Peristiwa Di Sidratul Muntaha Dari langit ketujuh ini , Baginda dibawa pula naik ke Sidratul Muntaha . Disini lah tempat pahala amal manusia yang naik dari bumi berhenti . Pemandangan disini Maha indah berbanding di Bumi . Wajah Malaikat Jibril Di sini , Baginda telah melihat wajah dan rupa bentuk sebenar Malaikat Jibril a.s . Dalam satu riwayat , Baginda menyatakan Jibril a.s memiliki 600 sayap . Setiap sayap boleh menutupi ruang angkasa dan daripada sayap-sayap inilah jatuhnya permata mutu manikam yang indah tak terperi . Memberi Hutang Banyak Pahala Pada salah satu pintu syurga , Nabi Muhammad s.a.w melihat satu tulisan yang berbunyi ‘Satu Sedekah Dibalas Sepuluh Kali Ganda’ . Lalu baginda bertanya kepada Jibril a.s . “Mengapakah memberi hutang lebih baik daripada member sedekah?” Lalu Jibril menjawab “Sebabnya ialah kerana orang yang meminta sedekah , dia masih mempunyai sesuatu, tetapi orang yang berhutang memang kerana amat memerlukan, memang tidak memiliki apa-apa lagi dan malu pula untukl meminta-minta sahaja” Keindahan Syurga Rasulullah s.a.w berjalan di dalam syurga , didapatinya ada beberapa sungai . Sungai air susu yang lazat , sungai arak yang menyegarkan peminumnya dan sungai madu yang jernih dan manisnya . Sesungguhnya , syurga amat sukar untuk diungkapkan kerana ia amat maha cantik tak terperi . Nabi Melihat Neraka Amat Dasyhat Setelah itu , Nabi Muhammad s.a.w diperlihatkan pula akan neraka jahanam tempat manusia dicampakkan yang timbangan dosa nya lebih berat dari pahala . Di situ Nabi Muhammad s.a.w bertemu Malaikat Malik a.s , malaikat penjaga neraka yang sentiasa masam mukanya dan memberungut.
16 | P a g e
Peristiwa Di ‘Arasy Perintah Sembahyang Fardhu Di sinilah Nabi Muhammad s.a.w menghadap Allah sw.t. Baginda bersujud dihadapan Allah dan Allah s.w.t menanyakan kepada Nabi Muhammad s.a.w tentang kemahuannya. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w tidak terus memohon tetapi menceritakan anugerah-anugerah kepada nabi-nabi sebelumnya. Nabi Muhammad s.a.w telah menceritakan mengenai Nabi Ibrahim , Musa , Daud , Sulaiman , Isa . Lalu Allah s.w.t menjawab “ aku telah jadikan kau sebagai kekasih-Ku” . “Aku telah kurniai engkau Telaga Kauthar. Dan kau telah Ku anugerahi delapan bahagian iaitu Islam , Hijrah , Jihad , Siddiq , Puasa di bulan ramadhan , Amar Makruf , Nahi Mungkar, dan yang terakhir ialah bahawa sejak Aku ciptakan langit dan bumi ini telah Kuwajibkan kepadamu dan umatmu 50 kali sembahyang , hendaknya ditepati sebagaimana mestinya” . Nabi Muhammad s.a.w turun semula ke Sidratul Muntaha sebaik tamat Allah s.w.t. berfirman. Nabi Musa Suruh Nabi Muhammad s.a.w Minta Kurangkan Sembahyang Fardhu Dari Sidratul Muntaha Jibril a.s membawa Nabi Muhammad s.a.w untuk turun semula ke dunia . Dalam perjalanan Nabi Muhammad s.a.w bertemu semula Nabi Ibrahim tetapi Nabi Ibrahim tidak berkata apa-apa . Tetapi ketika Nabi Muhammad s.a.w berjumpa Nabi Musa , Nabi Musa telah bertanyakan tentang perbualan yang telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Allah s.w.t . Lalu Nabi Muhammad s.a.w menjawab , selesai sahaja Nabi Muhammad s.a.w menjawab , Nabi Musa pun menyuruh Nabi Muhammad s.a.w naik semula ke ‘Arasy untuk memohon dikurangkan solat . Ini kerana , Nabi Musa juga telah menguji kaum yang terdahulu , kaum yang lebih gagah , lebih besar , hatinya lebih besar dari umat Nabi Muhammad s.a.w tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya. Lalu Nabi Muhammad s.a.w pun naik ke ‘Arasy dan meminta Allah s.w.t kurangkan jumlah solat fardhu. Allah s.w.t memperkenankan permintaan Nabi Muhammad s.a.w dan solat fardhu hanya 45 kali sahaja. Tetapi Nabi Musa menyuruh Nabi Muhammad s.a.w naik semula untuk dikurangkan lagi .
Allah Kurangkan Hingga Tinggal Lima Waktu Sahaja 17 | P a g e
Nabi Muhammad s.a.w naik dan turun ‘Arasy sebanyak 9 kali , dan setiap permintaan Baginda untuk dikurangkan jumlah solat fardhu diperkenankan sehingga jumlah solat fardhu cuma sebanyak 5 kali sehari semalam sahaja . Tetapi setelah Baginda turun dari ‘Arasy , Baginda berjumpa dengan Nabi Musa dan menyatakan apa yang berlaku . Nabi Musa tetap menyuruh Nabi Muhammad s.a.w berjumpa Allah s.w.t untuk dikurangkan , tetapi Baginda malu kerana sudah banyak kali dia berulang alik dan memohon kepada Allah s.w.t . Nabi Muhammad s.a.w telah menerimanya dengan redha . Dalam keadaan demikian , terdengarlah satu suara “Aku telah tugaskan satu kewajipan dan cukup sudah Aku ringankan tugas itu kepada hamba-hamba Ku” Mendengar sahaja suara itu , Nabi Musa pun mempersilakan Nabi Muhammad s.a.w turun . Rasulullah pun turunlah diiringi Jibril a.s 10
10 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 18 | P a g e
Turun Semula Ke Dunia Pesan Malaikat Supaya Berbekam Dalam perjalanan turun itu , setiap kali Nabi Muhammad s.a.w bertemu dengan malaikat . Nabi Muhammad s.a.w disambut dengan penuh hormat dan mereka berpesan kepada Nabi supaya suka berbekam . Mengapa Malaikat Malik Tidak Ketawa Dalam perjalanan turun seterusnya Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada Jibril a.s kenapa Malaikat Malik menjawab salam dengan hormat , menyambut dengan baik tetapi kenapa tidak ketawa . Lalu , Jibril a.s menjawab “Itulah Malaikat penjaga neraka. Memang dia tidak pernah ketawa sedikitpun semenjak dijadikan Tuhan . Seandainya dia akan ketawa kepada seseorang , tentu kepadamu dia akan ketawa.” Asap Berkepul, Suara Bergaduh Setibanya di langit dunia , Nabi terlihat asap berkepul-kepul nun jauh di bawah diikuti dengan suara bergaduh beramai-ramai lalu Baginda pun bertanya kepada Jibril apa yang berlaku . Jibril a.s pun menjawab “Itulah syaitan-syaitan yang sedang berkerumun pada pelupuk mata manusia sehingga manusia buta tidak dapat memikirkan kebesaran dan keajaiban Allah s.w.t di langit dan di bumi. Jika tidak demikian , tentu manusia akan dapat melihat keajaiban-keajaiban dan keanehan ciptaan Allah.”11
11 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 19 | P a g e
Tiba di Masjidil Aqsa Sebelum Balik ke Mekah Kafilah , Unta Patah Kaki Dan Unta Hilang Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril a.s tiba Baitul Maqdis menjelang subuh, ketibaan mereka disambut dengan laungan azan subuh dan para nabi telahpun berkumpul di situ .Nabi Muhammad s.a.w pun menjadi imam seperti sebelum di Mi’raj kan . Selasai sahaja sembahyang , Rasulullah s.a.w. menaiki semula Buraq berangkat ke Mekah Dalam perjalanan, Nabi s.a.w. bertemu dengan kafilah (kumpulan unta berjalan beriringan) kepunyaan suku kaum Quraisy. Seekor daripada unta itu membawa dua pundi-pundi satu putih dan satu lagi hitam. Sebaik Nabi s.a.w. memintasnya, unta itu terkejut lalu tersungkur sehingga patah kakinya. Selepas itu Nabi s.a.w. bertemu pula kafilah lain yang kehilangan seekor unta. Rasulullah memberi salam kepada pengembala kafilah ini. Mereka bercakap antara satu sama “Ini seperti suara Muhammad,” ujar mereka.
12
12 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 20 | P a g e
Allah Bantu Buktikan Israk Pagi-pagi lagi Rasulullah s.a.w sudah sampai semula di Mekah . Baginda duduk termenung seorang diri kerana hatinya gundah-gulana memikirkan bagaimana mahu menyampaikan berita perjalannya malam tadi . Ketika sedang termenung , Abu Jahal datang dan menegur Rasulullah s.aw dan menanyakan apa yang sedang ditenungkannya . Lalu Baginda menceritakan kisah Baginda di Isra’ kan , tetapi Abu Jahal tidak percayakan kata-katanya . Abu Jahal mengundang suku Ka’ab dan Lu’ai , maka berceritalah Baginda seperti sebelumnya . Masih ramai tidak mempercayainya , ada yang mentertawakan , bertepuk tangan dan memegang kepala kehairanan . Tetapi hanya Saidina Abu Bakar As-Siddiq sahaja yang mempercayai semua kata-kata Baginda . Sebahagian daripada umatnya menyatakan soalan-soalan untuk mendapatkan kepastian , mereka bertanya kan gambaran Masjid Al-Aqsa . Bagaimanapun Baginda tidak dapat menceritakan keadaan masjid itu dengan sempurna , tetapi Allah s.w.t Maha Mengetahui . Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w nampak jelas gambaran masjid Al-Aqsa dihapannya , dan berjaya menjawab soalan-soalan yang dikemukan oleh umatnya yang tidak mempercayai Baginda . Akan tetapi , Baginda di minta menceritakan tentang kafilah yang sedang dalam perjalanan ke Baitul Maqdis . Nabi Muhammad s.a.w pun menceritakan tentang penemuan kafilah yang dimaksudkan . Orang ramai yang tidak puas hati dan sengaja mencari kesalahan Baginda dan terus mengemukakan pelbagai perkara mengenai Masjidil Aqsa dan kafilah kafilah yang ditemui dalam perjalanannya . Dengan kuasa Allah , Nabi Muhammad s.a.w membuat perkiraan bahawa kafilah kafilah yang diceritakan akan sampai pada waktu tersebut . Akhirnya , kafilah kafilah yang diceritakan pun sampai mengikut perkiraan Baginda dan peristiwa-peristiwa yang dihadapi oleh kafilah yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w benar belaka apabila diselidik oleh orang-orang yang tidak percaya kepada Nabi Muhammad s.a.w . Dengan jawapan Rasulullah s.a.w yang tepat , maka orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t bertambah kuat imannya dan yakin apa yang berlaku ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w itu . 13
13 Peristiwa Isra’ dan Mi’raj 21 | P a g e
Penutup Alhamdulillah , bersyukur kami ke hadrat Illahi atas keizinanNya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna . Begitu juga kepada kedua ibubapa kami yang menyalurkan dana untuk menyiapkan tugasan dan member kami semangat . Tidak lupa juga kepada pensyarah kami Encik Zulkefli Bin Ahmad yang sudi membantu , membetulkan salah silap kami sepanjang membuat tugasan dan mencurahkan ilmu-ilmu yang amat bermanfaat pada masa sekarang dan juga akan datang . Sesungguhnya , kami hanyalah insan yang tidak mempunyai ilmu yang luas . Dengan menyiapkan tugasan ini , kami dapat menambah ilmu dan mengenali salah satu sejarah islam yang penting . Melalui tugasan ini , kami baru sedar bahawa Islam ini agama yang mudah dan tidak membebankan hambanya . Kami menyedari betapa besar pengorbanan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w sanggup bersusah payah menahan malu meminta dikurangkan dari pada 50 solat fardhu kepada 5 solat fardhu sehari semalam sahaja dihadapan Allah s.w.t . Pengajaran daripada tugasan ini juga telah mengajar kami untuk sentiasa mengingati Allah s.w.t sepanjang waktu walaupun dimana jua kita berada . Sepertimana , Baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di sepanjang tempat persinggahan Baginda ketika di Mi’raj kan . Selain itu , kami juga dapat mengetahui doa membunuh jin Ifrit yang diajar Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w . Melalui tugasan ini juga , kami dapat tahu bahawa dunia ini sudah uzur dan kiamat semakin hampir . Oleh itu , kita perlulah mendekatkan dan mengabdikan diri kepada Allah s.w.t dan memohon keampunan kepadaNya. Peristiwa – peristiwa sepanjang perjalanan Isra’ dan Mi’raj telah memberi teladan dan pengajaran yang baik kepada kami . Akhir kata daripada kami , kami ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kami menyiapkan tugasan ini terdapat kesilapan kerana sesungguhnya kami hanyalah hamba Allah yang kerdil dan tidak sempurna . Yang baik itu datangnya daripada Allah , dan yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kami sendiri. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara, maka kita hendaklah memohon keampunan kepada Allah s.w.t kerana Nabi Muhammad s.a.w yang maksum itu juga sentiasa bertaubat , melakukan solat sunat tanpa kira masa dan waktu inikan kita hamba yang belum tentu sempurna amalannya dan tanpa kita sedar atau tidak sedar .
22 | P a g e
Rujukan Haji Hamidon Bahari , 2002 , Penerbitan Al-Jauhar , Peristiwa Israk & Mikraj Azlan Abd Rahman , 2000 , Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. , Israk dan Mikraj Antara Yang Tersurat dan Tersirat Zulkifli Muhammad Yusoff , 2006 , PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. , Biografi Muhammad Bin Abdullah
23 | P a g e