Pendidikan adalah satu proses untuk memperoleh banyak faedah sosial seperti pekerjaan dan kuasa politik. Namun, semasa penjajahan British memerintah, tidak semua pelajar mendapat peluang pendidikan kerana pada masa itu sekolah dibahagikan mengikut kumpulan etnik, kelas sosial, kurikulum dan penempatan. Ketaksamaan peluang pendidikan merujuka kepada sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya.
Kelas Sosial
Isu-isu ketaksamaan Peluang Pendidikan
Jantina Ketaksamaan peluang Pendidikan
Murid Berkeperluan Khas
Kumpulan Minoriti
Merujuk kepada kelompok dalam masyarakat.
Golongan individu yang mempunyai kedudukan sama dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan, atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran.
Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi kepada 2 golongan:
1). Bourgeoisie Masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran. 2). Proletariat Masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja.
Max Weber mengatakan ada 5 Kelas Sosial iaitu:
i.
Golongan Bangsawan (Aristokrat).
ii.
Golongan Pertengahan Atasan (Profesional).
iii.
Golongan pertengahan Bawahan
iv.
Kelas Pekerja (Kolar Biru)
v.
Golongan Bawahan (Kelulusan Amat Rendah)
Semasa pemerintahan British, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Manakala, golongan wanita seolah-olah dinafikan peluang untuk menerima pendidikan pada ketika itu. Penyelidik Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan. Di pusat pengajian Tinggi, kebanyakan ruang dan peluang lebih dimonopoli oleh golongan perempuan.
•
•
•
Kumpulan minoriti merupakan sesuatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan itu. Contohnya, masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murud dan sebagainya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibu bapa mereka.
•
•
•
Kadar keciciran yang tinggi dalam kalangan murid orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka sejajar dengan Dasar Pendemokrasian Pendidikan. Orang asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah untuk bertani, hasil hutan yang sesuai serta cara pemeliharaannya (Rusli Zaenal, 2002).
Orang Asli dibahagikan kepada 3 rumpun bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli.
Pada tahun 2005, jumlah Orang Asli adalah sebanyak 141, 230 orang.
Orang Asli banyak lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri.
Orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di tempat tinggal.
•
•
•
•
Indigenous merujuk Penduduk Pribumi di pedalaman Sabah dan Sarawak. Mereka dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan Budaya. Di Sabah terdapat kira-kira 23 suku kaum etnik manakala di Sarawak terdapat kira-kira 24 suku kaum Etnik. Di Malaysia, masih terdapat sebilangan kecil mereka tinggal jauh di pedalaman Sabah dan Sarawak.
•
•
•
Masyarakat Indigenous masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada Budaya hidup tradisional mereka (Indigenous Learning). Sistem belajar Asli memiliki banyak aspek positif, antaranya ialah mempertahankan nilai-nilai Budaya tanpa kehilangan mempelajari sesuatu. Sistem belajar Asli secara turun-temurun diwarisi masyarakat indigenous tradisional merupakan potensi sangat berharga.
•
•
•
Faktor-faktor kurangnya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat pedalaman kerana kurangnya guru pakar pengalaman dalam satu-satu bidang. Suasana persekitaran Fizikal dan SosioBudaya bagi kawasan pedalaman juga kurang meransang. Tidak ada akses untuk ICT. Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum, jantina, taraf sosio-ekonomi dan tahap keupayaan murid.
•
•
•
Kesulitan menguasai 3M, kegagalan mencapai standard minimum dan pelajar berisiko tinggi untuk cicir dalam Sistem Pendidikan. Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut. Sebagai guru, kita bertanggungjawab untuk merealisasikan hasrat kerajaan tersebut melalui dasar-dasar yang terdapat dalam Kementerian Pelajaran. Jurang antara bandar dan luar bandar merujuk kepada penyediaan infrastruktur, penempatan guru terutamanya di ‘Sekolah Kurang Murid’ (SKM), ‘Sekolah Orang Asli’ dan ‘Sekolah di Pedalaman’.
Kecerdasan yang amat rendah
Hadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam masyarakat.
Kanak-kanak pintar cerdas
Golongan yang mana kebolehan mereka lebih tinggi daripada rakan sebaya.
Oleh itu mereka tidak dapat memanfaat sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada.
Ini kerana motivasi dan keperluan mereka berbeza.
7 kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas:
I.
Kerencatan mental
II.
Bermasalah pembelajaran
III.
Kecelaruan tingkah laku
IV.
Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
V.
Cacat penglihatan
VI.
Cacat fizikal
VII.
Pintar cerdas dan berbakat istimewa.
•
•
•
Menurut Kirk dan Kirk (1994), Murid Berkeperluan Khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), sosial (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Murid Berkeperluan Khas yang lain adalah seperti ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak dapat memyempurnakan tugasan yang diberikan.
•
•
•
•
Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004. Pada 2005, sebanyak 32 Program Pendidikan Khas Integrasi untuk pelajar bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa. Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 tahun. Kanak-Kanak Kurang Upaya berusia kurang daripada 4 tahun mendapat pendidikan awal di Pusat Kelolaan Kementerian Kesihatan atau di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
1) 2) 3) 4)
5)
6) 7) 8)
Pendidkan Khas Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Program Pendidikan Orang Asli dan Penan Program Pemulihan Kemahiran Membaca, menulis dan mengira (PROTIM) murid Tahun 4 Rintis 2007 Program Bimbingan kemahiran Membaca, menulis dan mengira (PROBIM) peringkat sekolah menengah. Perluasan sekolah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA 2M) Elaun Khas mengikut lokasi dan tahap kesusahan (EKMLTK).