http://wanmohdaffendy.blogspot.com/ bidang ketaksaan makna Salam sejahtera. Izinkan saya mengulas tentang bidang ketaksaan makna dan saya akan cuba mengemukakan dengan beberapa pandangan tokoh serta ulasan/rumusan daripada pengkaji. Melalui pembacaan, saya dapat menjelaskan ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Perkataan yang mengalami ketaksaan akan menyebabkan seluruh ayat mengalami ketaksaan juga. Kamus Dewan Bahasa mendefinisikan 'Ketaksaan' bermaksud kekaburan-makna dalam ayat dapat diatasi jika tanda baca digunakan dengan betul. Menurut Hajar Abdul Rahim (1999:1124), ketaksaan merujuk kepada lebih daripada satu makna. Dalam erti kata lain, ketaksaan juga bermaksud sebagai kata atau ayat yang bermakna ganda . Abdullah Yusof et.al ( 2009 )menyatakan ketaksaan makna ialah kata, frasa atau ayat yang tidak pasti maknanya. Ketaksaan makna mempunyai beberapa pecahan utama antaranya adalah: Kurang ketentuan pada makna item : •Contoh ayat adalah: Dia bergegas ke sekolahtaman. Dapat dirumuskan bahawa pengertian makna tidak jelas dan ia dinyatakan secara umum. Pertentangan pada penentuan makna item : •Elemen ini menjelaskan makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berbeza. Ketidakpastian makna: •Elmen ini memaparkan makna item yang dirasakan kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa Inggeris. Kekaburan rujukan : •Elemen ini merupakan suatu konsep maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. Contohnya antara lalang dan resam yang mempunyai masalah ukuran penentuan saiznya. Secara peribadi saya merumuskan bahawa taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya. Maka wujud bidang yang mengkaji tentang kekaburan makna bagi kata, frasa atau ayat.
osiosofuan.blogspot.com/ #22 Ketaksaan dan Kekaburan Makna Ketika berkomunikasi, kita sering kali berhadapan dengan pentafsiran makna. Kita juga sering keliru dalam memahami makna yang diucapkan oleh orang yang bercakap dengan kita dan begitu juga sebaliknya. Keadaan ini adalah disebabkan terdapat perkataan-perkataan yang jelas maknanya ada juga perkataan-perkataan
yang tidak jelas maknanya. Perkataan tersebut memerlukan pentafsiran yang mendalam akibat berlakunya kekaburan makna. Jadi, pada hari ini kita akan melihat pula mengenai ketaksaan dan kekaburan makna.
Ketaksaan ialah perkataan atau ayat yang mengandungi lebih daripada satu makna. Jika kita perhatikan ayat ini she has good legs. Ayat tersebut mungkin membawa maksud wanita itu mempunyai kaki yang sihat (tiada tulang yang patah, tiada buku lali yang lemah dan sebagainya) atau mungkin memberi maksud wanita itu mempunyai kaki yang cantik atau wanita ini mempuyai kaki yang baik fungsinya. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mandefinisikan taksa ialah sesuatu yang mempunyai makna yang kabur, menyangsikan, meragukan, boleh menimbulkan lebih daripada satu makna atau tafsiran. Darwas Harahap, 1994: 41 menyatakan taksa ialah ayat ayat yang tidak pasti maknanya.
Kekaburan pula dapat dibahagikan kepada empat jenis yang dijumpai dalam bahasa. Jenis pertama ialah kekaburan rujukan, kedua ketidakpastian makna, ketiga kurang ketentuan pada makna item itu dan keempat pertentangan pada penentuan makna item. Kekaburan rujukan bermaksud item itu pada dasarnya sudah cukup jelas tetapi sukar ditentukan sama ada item itu dapat digunakan pada benda-benda tertentu. Rujuk contoh item lesikal city dan town. Perkataan tersebut membawa makna bandar raya. Bandar raya ialah satu petempatan penduduk yang besar yang terdiri daripada satu bilangan besar rumah manakala sebuah bandar hanya merupakan tempat yang didiami oleh manusia dan terdiri daripada sebilangan tertentu rumah. Kita sudah pasti akan mengalami kesukaran bagi menentukan tempat tertentu tersebut sama ada ia sebuah bandar atau bandar raya. Contoh ayat:
Adakah Salisbury sebuah bandar raya? Adakah Bradford sebuah bandar raya? Adakah Kuala Lumpur sebuah bandar raya?
Jika diperhatikan, tidak memadai jika kita menentukan sebagai sebahagian makna sesuatu item iaitu sesebuah bandar raya itu mesti mengandungi sebilangan penduduk minimum. Keadaan ini kerana kita boleh bercakap mengenai bandar raya Rom atau bandar raya Minoan Crete yang bilangan penduduknya tidak pun melebihi bilangan penduduk di sebuah kampung pada masa sekarang.
ULASAN : Dalam membina sesuatu ayat, aspek makna atau semantik amatlah perlu dititikberatkan selain aspek tatabahasa. Sekiranya ayat yang dibina tidak menekankan aspek makna maka sudah pasti ayat yang dibina atau ayat yang dituturkan akan mengandungi unsur ketaksaan atau kekaburan makna. Justeru, aspek makna tidak boleh diketepikan dalam membina sesuatu ayat. Penutur bahasa haruslah teliti atau cakna dalam membina ayat supaya ketaksaan makna tidak berlaku.
http://diniahfalahiah.blogspot.com/ Ketaksaan Ketaksaan boleh diertikan sebagai kesamaran makna dalam sesuatu ayat atau perkataan. Oleh sebab saya membuat kajian atau ulasan lebih kepada ketaksaan makna maka saya akan membawa sedikit definisi mengenai ketaksaan. Menurut Abdullah Hassan ( 2007 ), menyatakan bahawa kadang-kadang kita menemui ayat yang lebih daripada satu makna. Ayat yang taksa ini memerlukan lebih masa untuk difahami oleh masyarakat atau penutur. Menurut Abdullah Yusof , Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari ( 2009 ) , ketaksaan boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu kekaburan makna, ketidakpastian makna, kurang ketentuan dalam makna item dan pertentangan pada penentuan makna item. Analisis Komponen Makna Makna merupakan kesatuan mental pengetahuan dan pengalaman yang terkait dengan lambang bahasa yang diwakili. Analisi komponan makna telah diasaskan oleh Katz dan Fodor kemudian dikembangkan lagi oleh Jackson dan juga John Lyons. Dielek Kelantan pada hakikatnya hampir sama dengan Bahasa Melayu namun dielek ini suka meringkaskan perkataan bahasa Melayu contohnya:
Bil 1. 2. 3.
Bahasa Melayu Pemandangan Orang Kuah -
Dielek Kelantan Pemandange Ore Kuwoh
( Jadual 1 ) Jika dilihat dan diperhatikan tidak banyak perbezaan antara keduanya bahasa perturutan ini melainkan ringkasan dan beberapa penambahan dalam dielek Kelantan sahaja. Secara ringkasnya dapat kita katakana bahawa orang yang bertutur dalam bahasa kebangsaan juga dapat memahami atau mengagak makna dalam dielek Kelantan. Tetapi ada juga beberapa perkataan yang mempunyai sebutan dan makna berbeza dengan antara dielek Kelantan dan Bahasa Melayu. Contohnya :
Bil 1. 2 3
Bahasa Melayu Tipu Perasan Gatal
Dielek Kelantan Belawok Koya glenya
( Jadual 2 ) Apa yang saya senaraikan dalam jadual tersebut ialah perbezaan antara perkataan dielek Kelantan dengan bahasa Melayu. Namun ada satu lagi jenis iailah sebutan dan ejaan sama namun mempunyai maksud yang berbeza. Contohnya perkataan ialah “gaduh”. Perkataan ini akan saya ulas untuk menjelaskan mengenai perbezaan antara perkataan tersebut.
Makna Gaduh Dalam Bahasa Melayu. Gaduh dalam bahasa Melayu ialah berkelahi. Jika ditinjau dalam kamus contohnya Kamus Pelajar Edisi Kedua telah mentakrifkan gaduh sebagai huru-hara atau gempar kerana pengkelahian. Manakala kamus dewan edisi keempat pula mentakrifkan gaduh sebagai gempar, huru-hara dan riuh-rendah. Apapun makna yang diberikan kita mentakrifkan bahawa gaduh ialah satu perbuatan yang menunjukkan peristiwa yang berlaku antara dua pihak yang terlibat.
Gaduh
Perkelahian
Dua pihak
huru – hara
Masyarakat/ keluarga/negara Rajah 1
Berdasarkan jadual ini, dapatlah kita fahami bahawa perkataan gaduh dalam bahasa Melayu bermaksud perkelahian, huru-hara, gempar serta beberapa perkara lain yang pastinya melibatkan dua belah pihak. Saya telah membahagikan makna gaduh kepada dua bahagian sahaja iaitu perkelahian dan huru-hara. Perkelahian melibatkan dua belah pihak iaitu pihak A dan pihak B dan kadang-kala lebih daripada dua pihak yang terlibat. Manakala perkataan huru-hara biasanya merujuk kepada sesuatu yang dikira besar atau dalam jumlah yang banyak dan ramai contohnya keluarga huru- hara, masyarakat huru – hara dan negara huru-hara.
Makna Gaduh Dalam Dielek Kelantan. Gaduh dalam dielek mempunyai makna yang berbeza daripada gaduh yang digunakan dalam bahasa Melayu. Perkataan gaduh dalam bahasa Kelantan boleh didefinisikan sebagai cepat, ingin cepat, atau sesuatu yang menunjukkan cepat. Perkataaan gaduh yang digunakan dalam bahasa Melayu boleh ditukarkan menjadi baloh, gocoh, tee, katok dan sebagainya. Selain daripada perkataan gaduh, masyarakat Kelantan juga menggunakan perkataan cepak dan lorak untuk menunjukkan perbuatan cepat. Dan ketiga-tiga perkataan ini boleh bertukar ganti dan tidak mempunyai tempat khusus untuk sesuatu perkataan tersebut. Contoh penggunaan dalam ayat ialah: a ) Gaduh nok gi mano tuh? b ) Cepak nok gi mano tuh? c ) Lorak nok gi mano tuh? Kalau diperhatikan jelas bahawa kesemua perkataan tersebut boleh diletakkan secara berganti-ganti. Tetapi cepak dalam dielek Kelantan kadang-kala tidak boleh boleh digantikan dengan perkataan lorak dangaduh. Contoh ayat ialah: a ) Jale cepak la sikit ( betul ) b ) Jale lorak la sikit ( salah ) c ) Jale gaduh la sikit ( salah ) Dengan penjelasan yang ringkas ini, diharapkan kita dapat untuk memahami dimana perkataan gaduh yang dikaji itu patut berada dan dimana perkataan tersebut tidak boleh berada. Walaupun ada sesetengah penutur dielek Kelantan yang menggunakan perkataan gaduh untuk menunjukkan perbuatan bergaduh, namun ia adalah perkara yang perlu dikesampingkan kerana penutur tersebut telah menggunakan perkataaan gaduh dalam konteks bahasa Melayu.
Gaduh
cepak
lorak
laju
laju Rajah 2
Daripada rajah 2 tersebut dapat kita fahami bahawa, perkataan gaduh dalam dielek Kelantan bermaksud satu perbuataan yang ingin kepada cepat, gesaan untuk cepat , meminta untuk cepat dan dipercepatkan. Disini jelaslah perbezaan antara makna gaduh dalam bahasa Melayu dan makna gaduh dalam dielek Kelantan. Namun begitu, perkataan gaduh untuk menunjukkan makna bertumbuk, bergaduh ada digunakan dalam dielek Kelantan. Walaupun perkara ini minor namun ia tetap ada. Perkataan gaduh untuk menunjukkan cepat dan perkataan gaduh untuk menunjukkan bertumbuk dapat dibezakan dalam dielek Kelantan dengan itonasi, nada suara yang dikeluarkan. 1. Gaduh – cepat . Contoh ayat : Gi Gaduh-gaduh pun nok wat gapo? 2. Gaaduh – bertumbuk . Contoh ayat: Cikgu, ado ore gaaduh di blake jambe sekoloh. Perbezaan ini dapat dibezakan dengan penekanan suara pada gaaduh yang menunjukkan perbuatan bertumbuk atau bergaduh.
Perbezaan Antara Dua Perkataan Gaduh. Saya rasa lebih mudah untuk menunjukkan perbezaan makna perkataan gaduh ini dengan adanya jadual.
Bahasa Melayu
Dielek Kelantan
- Huru – hara - Riuh- rendah - Gempar - Perkelahian
- cepat - ingin cepat - gesaan untuk cepat
Jadual 3 Berdasarkan jadual 3, dapatlah kita ketahui secara jelas perbezaan ketara perkataan gaduh dalam bahasa Melayu dan juga dielek Kelantan. Dalam bahasa Melayu , “gaduh” bermaksud sesuatu yang huru-hara atau kucar-kacir, sesuatu peristiwa yang membawa kepada kegemparan, serta perkelahian. Manakala dalam dielek Kelantan pula, “gaduh” bermaksud sesuatu yang cepat, ingin cepat, dan sesuatu yang sama waktu dengannya.Gaduh dalam kedua bahasa dan dielek ini boleh dikatakan sebagai Homonim iaitu ejaan dan sebutan sama namun maksudnya adalah berbeza. http://seliro0.blogspot.com/ Ketaksaan sesuatu kekeliruan, kekaburan dan perkara yang tidak jelas yang berlaku pada perkatan, frasa, ayat dan juga wacana sama ada melalui bacaan mahupun ujaran. Jenis ketaksaan makna kekaburan rujukan - contoh hutan dan belukar. maknanya hampir sama tapi fungsinya dalam ayat berbeza. hutan lebih besar dari belukar. ketidakpastian makna - makna item jelas kabur dan tidak jelas seperti dalam binaan ayat bahasa inggeris. kurang ketentuan pada makna item - pengertian makna tidak jelas. secara umum sahaja. contoh: dia pergi ke taman. pertentangan pada penentuan makna item - makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai tafsiran yang berlainan. faktor berlakunya ketaksaan makna berlaku akibat hubngan makna dengan alam. ketaksaan leksikel (homonim, polisemi) contoh : di rumah Pak Zulnizam ada jambangan-jambangan bunga yang sedang mekar. terdapat kekaburan mengenai bunga (sama ada bunga betul atau anak gadis) cara mengatasi ketaksaan makna
konteks - penggunaan ayat dan konteks penggunaannya.
2/ Jenis-jenis makna Makna Denotatif makna sebenar, makna asal, makna mutlak, makna dasar Makna Konotatif makna yang ada kaitan dengan nilai rasa, sama ada positif atau negatif. contoh perkataan: wanita dan perempuan. babi dan khinzir Makna Konseptual konsep makna - menghubungkan kata dan benda melalui perantaraan konsep pemikiran Makna Leksikal melibatkan leksikal, leksikofrafi, leksikologi dan leksikon leksikal - bukan perkataan sesuatu bahasa. makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat leksikograf - penyusun kamus leksikologi - kajian tentang makna dan penggunaan perkataan leksikon - kamus semantik leksikal - dilihat sebagai sifat kata fonologi leksikal - corak nada atau intonasi sesuatu kata itu dilafazkan kata kerja leksikal - perbuatan atau bukan perbuatan Makna Etimologis bidang yang mencari maklumat mengenai bahasa-bahasa yang sudah lama bagi mendapatkan maklumat secara langsung mengenai bahasa tersebut seperti tulisan untuk diketahui. prinsip etimologis masalah bentuk dan makna menjelaskan perkembangan kata merangkumi asal usul semua kata dalam sesuatu bahasa
pasangan kata dalam satu bahasa yang berasal dari sumber yang sama memberi pengertian baru pada sesuatu kata dengan merujuk kepada kata faktor perubahan makna faktor perkembahgan bahasa itu sendiri faktor tanggapan penutur faktor peluasan maksud faktor pembatasan / penyempitan maksud faktor tujuan simbolik / stilistik Makna afektif berkait dengan perasaan dan emosi, bukannya fikiran atau daya fikir muncul sebagai akibat reaksi pendengar atau pembaca terhadap penggunaan bahasa Makna Gramatikal struktur melalui proses pengimbuhan, pengulangan dan pemajmukan untuk melahirkan makna gramatis jenis imbuhan awalan akhiran apitan sisipan - seperti gentar - gementar Makna Tematik apa yang dikomunikasikan / apa yang dicakap dan isi yang hendak disampaikan dalam mesej. makna tematik tidak akan terhasil melalui penulisan kerana penekanan dan fokus dalam ayat tersebut tidak jelas seperti yang dicakap Makna Gaya gaya penulisan atau perkataan yang digunakan oleh penulis dalam karya seperti novel, sajak, cerpen. gaya bahasa figuratif
peluasan makna bagi sesuatu perkataan sehingga menimbulkan kepelbagaian makna bagi perkataan tersebut. dialek variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh kumpulan penutus dalam sesebuah masyarakat gaya bahasa berirama gaya bahasa puisi ekspresi pengarang - gaya yang tersendiri Makna Asosiatif makna yang dimiliki sebuah leksem / kata berkenaan dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa. Makna Stilistik perbezaan kata sehubungan dengan perbezaan sosial atau bidang tertentu. Makna Kolokatif ciri makna tertentu yang dimiliki sesuatu kata dari jumlah kata yang bersinonim, sebilangan kata tersebut hanya sesuai digunakan untuk berpadanan dengan kata tertentu. kata-kata tertentu dan hanya merangkumi kata yang bersesuaian dengannya Makna Idiom satuan bahasa (kata, frasa, kalimat) maknanya tidak dapat diramalkan dari makna leksikal unsurnya mahupun makna gramatikal Makna Peribahasa pelbagai takrifan bentuk bahasa yang menggunakan kalimat atau kelompok kata yang memiliki makna kias yang digunakan secara turun-temurun dalam bentuk baku. Makna Kontekstual menurut konteks melihat konteks penggunaanya Makna Referensial
perkataan yang mempunyai referensi
Dicatat oleh Jusli eli di 6:49 PTG E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook Tiada ulasan: Catat Ulasan