EKONOMI Sejak dari kemasukan Sepanyol ke Filipina, mereka telah membuat pelbagai perubahan ke atas sistem ekonomi Filipina sama ada yang menyenangkan atau menyusahkan masyarakat pada waktu penjajahan mereka di negara itu. Pihak Sepanyol telah membuat pelbagai perubahan dalam usaha mereka mengeksploitasikan ekonomi negara Filipina. Maka kesannya boleh dilihat dari pelbagai bentuk terutamanya yang telah menyusahkan masyarakat Filipina itu sendiri sehingga menyebabkan mereka hidup dalam keadaan yang sangat menderita semasa pemerintahan Sepanyol ini. Kesan yang pertama semasa pemerintahan Sepanyol di Filipina ialah Manila telah dibuka kepada perdagangan dunia. Pembukaan secara rasmi Manila
sebagai
pusat
perdagangan
dunia
ialah
pada
tahun
1834. 1
Pembukaan Filipina sebagai pelabuhan bebas kepada seluruh perdagangan dunia telah menyebabkan Filipina menjadi maju. Langkah ini disusuli dengan pembukaan Sual, Iloilo dan Zamboanga telah menghapuskan monopoli Sepanyol ke atas Filipina. Ia membolehkan Amerika dan Eropah datang ke sini untuk berdagang dan menetap di Filipina. 2 Gabenor Felix Berenguer de Marquina, seorang pentadbir Sepanyol telah mencadangkan kepada kerajaan supaya membukakan Manila kepada perdagangan dunia. Raja Sepanyol mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat keputusan dan akhirnya cadangan ini telah ditentukan apabila Syarikat Diraja Filipina itu bankrap. Pada 6 September 1834, keistimewaan syarikat itu telah dihapuskan dan pelabuhan Manila telah dibukakan kepada perdagangan dunia. 3 Kesan dari 1 Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila. A Social and Political Analysis. Philippines: University of the Philippines Press. Hlm 37. 2 Teodoro A. Agoncillo dan Oscar M.Alfonso. 1967. History of the Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City. Hlm 92-93. 3 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid II. Filipina Semenjak Serangan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 81.
pembukaan ini telah menyebabkan ramai orang Cina datang untuk mengaut keuntungan daripada perdagangan geliong dan telah memberi kesan kepada ekonomi dan sosio-politik di Filipina.4 Selain
itu,
kesan
daripada
pendudukan
Sepanyol
di
Filipina
adalah
berlakunya sistem kerahan buruh paksa. Permulaan abad ke-16, masyarakat mula
keluar
untuk
menjalankan
perdagangan
sendiri
iaitu
kegiatan
pertukaran barang dimana sebelum penjajahan Sepanyol mereka hanya menjalankan aktiviti pertanian secara primitif. 5 Akibat daripada peningkatan keperluan
tanah
kerana
aktiviti
pertanian
maka
Sepanyol
telah
memperkenalkan sistem encomienda yang diketuai oleh encomiendaro. Ketua ini berperanan menjaga keamanan dan keselamatan kampung, serta mengutip cukai daripada penduduk.6 Ketua ini sering meminta penduduk membuat kerja-kerja paksa, memaksa penduduk membayar cukai yang tinggi serta mengutip bahan makanan daripada penduduk. Sistem Polo diperkenalkan pada 1882 untuk memaksa semua rakyat lelaki Filipina dan anak lelaki sulung mereka
berkhidmat selama 40 hari setahun sebagai
buruh paksa untuk kerajaan tanpa diberi upah atau makanan. 7 Hal ini telah mencetuskan penderitaan terhadap rakyat Filipina. Sistem vandala iaitu sistem yang melibatkan aktiviti menjual hasil-hasil tanaman secara paksa kepada Sepanyol dengan harga yang rendah. Namun, petani tidak dibayar dengan wang tunai tetapi diberi kupon atau surat tanda hutang kerajaan
4 Teodaro A. Agoncillo dan Oscar M. Alfonso. 1967. History of the Filipino People. Philippine: Malaya Books Quezon City. Hlm 110. 5 Gilbert Khoo. 1971. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Hlm 180. 6 Jose S. Aralla. 1971. An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo Publications Loyala Height. Hlm 18. 7 Manuel A. Caoili. 1999. The Origins of Metropolitan Manila: A Social and Political Analysis. Philippine: University of thePhilippines Press. Hlm 28.
yang dianggap tidak bernilai.8 Hal ini telah menyebabkan rakyat bangun untuk menentang kerana ramai yang telah mati semasa berada di bawah pemerintahan Sepanyol. Seterusnya,
perubahan
terhadap
sistem
tanah.
Sepanyol
telah
memperkenalkan beberapa perubahan dalam sistem tanah yang membawa kepada kemunculan ramai tuan-tuan tanah pada abad ke 19. Sepanyol telah memperkenalkan konsep milik iaitu pembesar-pembesar menjadi pemilik tanah barangay yang dikerjakan oleh pengikutnya.9 Manakala peraturan sebelum ini menyatakan bahawa tanah adalah milik bersama dan hak milik adalah kepunyaan barangay. Selain itu, di bawah undang-undang Sepanyol, semua tanah yang tidak dimiliki secara bersama dan bersendirian menjadi tanah diraja dan boleh diserahkan kepada pembesar Filipina sebagai tanda rumah. Hal ini telah menyebabkan golongan paderi dan pembesar Filipina melakukan pemerasan ke atas rakyat Filipina. Perkara ini berlaku kerana kebanyakan tanah merupakan milik gereja dan Sepanyol hanya pemilik sementara sahaja namun jika tanah-tanah itu milik Sepanyol, ianya hanyalah sebahagian sahaja.10 Di samping itu, kesan lain ialah munculnya perdagangan geliong. Hubungan perdagangan dengan Jepun dan China amat dperlukan oleh Filipina bagi membangunkan negara mereka walaupun negara mereka telah ditakluk oleh Sepanyol. Pergaduhan antara Sepanyol dengan Portugis telah menghalang pedagang-pedagang Sepanyol untuk berdagang di Asia Timur dan pihak berkuasa Manila telah mengambil langkah bagi menarik perhatian pedagangpedagang Asia ke Manila. Maka kapal-kapal perdagangan dari pelabuhan 8 Ibid. Hlm 29. 9 D.G.E. Hall. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 303. 10 Ibid. Hlm 304.
Acapulco di Mexico telah membawa jongkong perak, wang, batu permata, gangsa
dan
tembikar
dari
China
ke
Manila. 11
Perdagangan
geliong
merupakan sumber utama bagi pendapatan Sepanyol yang melibatkan Acapulco dengan Filipina. China merupakan pengeksport utama bagi geliong atau perak dari Filipina. Pada tahun 1815, undang-undang diraja telah ditubuhkan bagi menghapuskan perdagangan geliong kerana pedagang Inggeris dan Amerika telah menjalankan perdagangan penyeludupan geliong dengan Mexico.12 Maka Sepenyol telah memberikan penumpuan terhadap pertanian eksport pada abad ke-19 setelah gagal dalam perdagangan geliong. Kesan yang terakhir ialah kemajuan dalam bidang pertanian. Setelah perdagangan geliong dihapuskan maka aktiviti pertanian telah diberi perhatian oleh Sepanyol. Pada tahun 1871, Jose Basco telah menubuhkan Persatuan Ekonomi Sahabat Jeneral yang bertujuan untuk menjalankan penyelidikan mengenai penanaman tanaman baru yang penting kepada ekonomi Sepanyol.13 Pada abad ke-19, pengeluaran terhadap tanaman tembakau semakin meningkat setelah pembukaan Manila sebagai pelabuhan bebas pada tahun 1834 dan tembakau juga telah menjadi eksport utama Filipina. Kawasan yang dikhaskan untuk penanaman tembakau ialah Lembah Ganganpan, Ilocon, Neuva, Ecija dan Marinduque. 14 Penanaman ini telah dimonopoli oleh kerajaan dimana keuntungan dari monopoli ini dapat mengatasi
masalah
kewangan
Sepanyol.
Sistem
monopoli
ini
telah
11 Ibid. Hlm 303. 12 Gregorio F. Zaide. 1972. Sejarah Politik dan Kebudayaan Filipina Jilid II. Filipina Semenjak Serangan British. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puataka. Hlm 84.
13Diane K. Mauzy. 1980. Politics in the Asian States. Kuala Lumpur: Marican & Sons (Malaysia) Sdn. Bhd. Hlm 58. 14 Ibid. Hlm 59.
melahirkan satu amalan tanaman paksa yang kejam kerana pihak kerajaan menindas penduduk untuk mengerjakan tanah dalam mengeluarkan hasil pertanian yang maksimum. Kesan daripada kegiatan perdagangan ini maka wujudnya pasaran gelap, rasuah dan penyeludupan dalam kalangan pembesar. Maka pada 1882 sistem ini telah ditamatkan.15 Tanaman tebu merupakan tanaman jualan pertama yang dieksport antara Amerika-Filipina. Menjelang akhir abad ke-19, tebu muncul sebagai salah satu keluaran utama dalam ekonomi pejajahan Sepanyol. 16 Perkembangan terhadap perdagangan tebu (gula) di Manila adalah disebabkan oleh pembukaan Manila kepada perdagangan dunia. Maka banyak permintaan terhadap tebu daripada saudagar asing yang telah menyebabkan ianya menjadi sebagai salah satu tanaman eksport yang utama di Filipina. Selain itu, kemajuan dalam pengangkutan dan perhubungan seperti pembukaan Terusan Suez juga merukan salah satu faktor yang menyebabkan permintaan terhadap tebu semakin meningkat kerana semua pedagang datang di pelabuhan Manila bagi mendapatkan barangan keperluan mereka. Semasa pemerintahan Sepanyol, terdapat kawasan penanaman tebu yang telah berkembang pesat seperti di Panay dan Pulau Negros pada tahun 1840an.17
15 Ibid. 60. 16 Ibid. 65. 17 Jose S. Aralla. 1971. An Introduction to Philippine History. Manila: Ateneo Publications Loyala Height. Hlm 67.