PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah Negara Bangsa yang mempunyai sistem pemerintahan mengikut acuan sendiri yang berasaskan kepada Perlembagaan. Perlembagaan merupakan suatu kumpulan undang- undang dasar yang menentukan bagaimana pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan.1 Perlembagaan menyatakan secara jelas mengenai pembahagian kuasa antara semua badan dengan institusi yang terlibat dengan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara serta perlaksanaan kuasa tersebut dijalankan. Hampir semua negara moden mempunyai perlembagaan termasuklah Malaysia. Perlembagaan di Malaysia pada awalnya dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mula disahkan pada 11 Julai 1957 oleh Majlis Mesyuarat Undangan. 2 Namun begitu, setelah melalui beberapa proses perbincangan dan penelitian, cadangan perlembagaan itu telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Undangan Persekutuan pada dan diluluskan pada 15 Julai 1957.3 Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa pada 27 OGOS 1957. Kini, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu lebih dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan atau Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 perkara,15 bahagian dan perkara 153 banyak menerangkan mengenai kedudukan istimewa orang Melayu. Selain itu juga, terdapat perkara lain dalam perlembagaan persekutuan menyentuh sedikit sebanyak mengenai hak- hak orang Melayu seperti perkara 3, 32, 38 dan lain- lain dalam Perlembagaan Persekutuan. Usul ini telah diterima oleh orang bukan Melayu seperti Cina, India dan lainlain pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan.
1
Abdullah bin Ayub.(1978). Cara Pemerintahan Melayu (1957-1963).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.1 2 ibid. hlm 200 3 Ruslan Zainuddin, Mohd.Mahadee Ismail dan Zaini Othman.(2010). Kenegaraan Malaysia edisi kedua.Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn Bhd. 2010, hlm.214
1
Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai hak-hak istimewa orang Melayu, haruslah ditafsirkan dahulu apa itu ‘Orang Melayu’. Menurut Perlembagaan Persekutuan, perkara 160(2) mendefinisikan orang Melayu sebagai seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum Hari Merdeka, di Persekutuan atau di Singapura, atau pun ibu bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura pada Hari Merdeka. Secara ringkasnya, seseorang itu dikatakan Melayu apabila lahir sebelum kemerdekaan di Persekutuan atau di Singapura; atau ibu atau bapanya lahir di Persekutuan atau di Singapura; atau pada hari merdeka berdomisil iaitu bermastautin di Persekutuan atau di Singapura. Istilah ‘orang Melayu’ dalam perlembagaan jelaslah menunjukkan bahawa dua aspek kemelayuan dianggap penting. Pertama ialah ciri-ciri agama, bahasa dan budaya manakala aspek kedua pula ialah aspek geografi atau pertalian negara kita, Malaysia. Dengan kata lain, seseorang yang mengamalkan ciri atau aspek pertama tetapi tidak mempunyai kaitan dengan tanah air ini bukan Melayu dalam konteks perlembagaan Persekutuan (Malaysia). Oleh itu, seseorang yang mempunyai ciri-ciri tersebut tetap berasal dari Indonesia atau Brunei ia bukanlah orang Melayu dalam konteks perlembagaan kerana kedua- dua negara ini bukan anggota persekutuan. Pertalian atau aspek geografi juga dianggap penting dalam definisi ‘orang Melayu’ kerana perlembagaan turut menjamin pelbagai pihak dan keistimewaan yang layak dinikmati oleh seseorang yang bergelar Melayu. Senario ini banyak menimbulkan persoalan bagi mereka yang kurang mengetahui sejarah Malaysia pasti tertanya tanya mengapa orang Melayu diberi keutamaan yakni keistimewaan berbanding bangsa-bangsa lain yang ada di Malaysia? Hal ini demikian kerana orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu (Malaysia) dan hak- hak istimewa orang Melayu ini telah lama wujud. Ini bukanlah suatu peraturan yang baharu diadakan bahkan telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948 dan sebelum 2
perang dahulu diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu.4 Hak- hak istimewa orang Melayu ini tidaklah berlaku secara mutlak tetapi diseimbangkan dengan kepentingan orang bukan Melayu seperti kaum Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang sedemikian, perkara ini tidak boleh sama sekali dipertikaikan kerana termaktub dalam sejarah pembentukan Malaysia. Perkara ini juga telah diterima oleh orang bukan Melayu pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan kerana Perlembagaan ini dibuat secara adil, seimbang dan mencapai kata sepakat banyak pihak. Konsep atau maksud ‘Kedudukan Istimewa Orang Melayu’ di bawah perlembagaan persekutuan perkara 153(a) adalah Yang Dipertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan. Perkara 153(b) juga menyatakan bahawa tanggungjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang Dipertuan Agong (YDPA) dengan berhati hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Hal ini bertujuan memastikan tidak ada mana-mana pihak berasa ditindas atau diabaikan. Secara umumnya, kedudukan istimewa ini adalah hak-hak khusus atau khas untuk orang Melayu dan juga bumiputera di Malaysia dan YDPA bertanggungjawab menjaga hak- hak istimewa tersebut.
4
Abdullah bin Ayub.(1978). Cara Pemerintahan Melayu (1957-1963).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.155.
3
Hak –Hak Istimewa Orang Melayu 1.0 Hak Tanah Antara hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan ialah hak tanah. Perlembagaan persekutuan ialah undang- undang boleh dibuat oleh Kerajaan untuk mengadakan kawasan tanah yang hanya boleh dimiliki oleh orang Melayu. 5 Kerajaan yang dimaksudkan ialah kerajaan negeri kerana hal bersangkut paut mengenai tanah di bawah pentadbiran kerajaan tersebut. Tanah khas orang Melayu juga dikenali sebagai tanah rizab Melayu. Namun begitu, kuasa membuat undang-undang ini terhad kerana jika kerajaan negeri hendak mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan tanah rizab orang Melayu, ia terpaksa juga membenarkan suatu kawasan lain seluas itu juga dibuka oleh semua orang.6 Sebagai contoh, jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan sebagai tanah rizab Melayu, maka satu kawasan yang belum dimajukan atau dicucuk tanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberi milik kepada orang ramai termasuk orang Melayu. Kedudukan istimewa orang- orang Melayu, Perkara 89 dan 90 dalam Perlembagaan Persekutuan
berhubung dengan tanah rizab Melayu yang memberi kuat kuasa undang-
undang Perlembagaan kepada undang- undang sedia ada bertujuan untuk melindungi tanah rizab orang Melayu daripada diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Berikut merupakan perkara 89 berhubung ( Perlembagaan Persekutuan )dengan tanah rizab Melayu : (1) Jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum sahaja Hari Merdeka mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu boleh terus menerus menjadi tanah rizab orang Melayu mengikut undang-undang yang ada maka tanah itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan Perundangan Negeri itu dengan sesuatu enakmen5 6
Ibid. Ibid.
4
(a) yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada semua ahli Dewan Negeri itu dan dengan tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan (b) yang dipersetujui dengan ketetapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen yang diluluskan oleh sebilangan besar daripada bilangan semua ahli Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang mengundi. 2.0 Jawatan Dalam Kerajaan Orang Melayu juga diberi keistimewaan mengenai jawatan dalam kerajaan. Peruntukan pekerjaan dalam sektor kerajaan mempunyai nisbah tersendiri
yang
mengutamakan orang Melayu. Sebahagian daripada jawatan- jawatan kanan di Persekutuan Tanah Melayu diuntukkan kepada orang Melayu dan orang bukan Melayu mengikut kadar tertentu. Pada masa ini jawatan- jawatan Perkhidmatan Awam (Malayan Civil Service) dan Perkhidmatan Keadilan dan Undang- Undang (Judicial and Legal Service) diuntukkan mengikut kadar empat orang Melayu: seorang bukan Melayu.7 Peruntukkan jawatan Perkhidmatan Awam
tersebut iaitu pada awal
penggubalan Perlembagaan Persekutuan
masih lagi relevan pada zaman sekarang cuma mengalami sedikit transformasi. Seperti yang kita ketahui, Perlembagaan Persekutuan mengalami sedikit perubahan dan pindaan mengikut arus perkembangan pemerintahan Malaysia yang dikendalikan oleh bahagian eksekutif, legislatif dan kehakiman. Namun begitu, hak istimewa orang Melayu dalam jawatan Perkhidmatan Awam masih terpelihara di bawah tanggungjawab YDPA atas nasihat dan rundingan bersama Perdana Menteri serta Jemaah Menteri.
7
Ibid.,hlm.157
5
3.0 Pendidikan dan Peruntukkan Biasiswa Bagi mengelakkan orang Melayu tertinggal dalam pelbagai bidang, pembelaan terhadap pendidikan dan peruntukkan biasiswa juga terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153(3) bagi menentukan, mengikut Fasal (2) perizaban bagi orang Melayu, dan mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak mengenai jawatan- jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan- kemudahan khas, Yang Di-Pertuan Agong boleh memberi apa- apa arahan am sebagaimana yang dikehendaki bagi maksud itu kepada manamana Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian X atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pemberian biasiswa, bantuan atau lain- lain keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas itu; dan Suruhanjaya dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.8 Kini, kita dapat saksikan bahawa kebanyakan institut-institut pendidikan terutamanya Institusi Pendidikan Tinggi Awam, sekolah mahupun institusi lain mengutamakan kemasukan pelajar berbangsa Melayu dan bumiputera. Kuota pengambilan pelajar bangsa Melayu dan bumiputera lebih banyak berbanding kaum –kaum lain di Malaysia. Senario ini juga sama dengan peruntukkan biasiswa yang mana menitikberatkan orang Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak terlebih dahulu. Situasi ini tidak bermakna orang bukan Melayu dipinggirkan kerana kebajikan mereka juga turut dijaga oleh kerajaan kita. Hal ini setiap keputusan yang diambil bagi menetapkan kuota pengambilan pelajar- pelajar warganegara Malaysia tidak mengira bangsa masih berlandaskan ketinggian perlembagaan Malaysia dan rundingan dari pelbagai jabatan khusus jabatan Kementerian Pelajaran Malaysia dan jabatan Institusi Pengajian Tinggi( IPT).
8
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. Perlembagaan Persekutuan (hingga 15 0gos1989).Kuala Lumpur: MDC Publisher Sdn.bhd.hlm .116
6
3.0 Lesen Perniagaan dan Perdagangan Selain itu, mendapatkan lesen perniagaan dan perdagangan juga merupakan hak- hak istimewa orang Melayu. Orang Melayu berhak mendapat lesen-lesen
perniagaan dan
kebenaran menjalankan premis perniagaan. Hal yang sedemikian membolehkan orang- orang Melayu memajukan perusahaan yang tertentu seperti perusahaan pengangkutan, industri kecil sederhana, perniagaan dan lain-lain. Hak untuk orang Melayu untuk mendapatkan lesen perniagaan juga termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) dalam Perkara 153(4) fasal 6. Bukan sahaja orang-orang Melayu bahkan juga
penduduk bumiputera.
Dengan adanya sokongan dari pihak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan, orang Melayu boleh membaiki taraf hidup dan bersaing dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ekonomi negara kita yang kebanyakannya dikuasai oleh orang bukan Melayu seperti kaum Cina dan India. Keistimewaan yang tersebut membolehkan orang Melayu belajar selok-belok perniagaan, bersaing secara sihat dan memajukan diri bahkan menjana pendapatan. Keistimewaan untuk mendapatkan lesen dan kebenaran menjalankan perniagaan dan perdagangan juga mampu merapatkan jurang ekonomi semasa awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan. Seperti sedia maklum, sebelum kemerdekaan dan pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan iaitu sekitar tahun 1957, orang Melayu kebanyakannya menguasai bidang pertanian dan bekerja seperti petani, nelayan dan sebagainya manakala orang bukan Melayu seperti Cina dan India menguasai perlombongan, ekonomi dan perniagaan yang lebih banyak menghasilkan pendapatan. Walaupun orang-orang Melayu membentuk kumpulan majoriti di kalangan penduduk Malaysia, penguasaan ekonomi mereka tidak setara dengan kedudukan tersebut. Pada tahun 1970, golongan bumiputera hanya memiliki sekitar 1.9% daripada ekonomi Malaysia,
7
manakala golongan bukan Melayu (kebanyakannya orang-orang Cina) mengawal sekitar 37.4 % dan selebihnya dipegang oleh orang-orang asing. Dengan wujudnya hak istimewa orang Melayu pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan (Malaysia), orang-orang Melayu dapat bersaing dan tidaklah ketinggalan dalam pelbagai bidang terutamanya bidang ekonomi yang dikuasai oleh orang bukan Melayu. Oleh itu bantuan, dari segi ekonomi turut disumbangkan oleh kerajaan dan mengutamakan kebajikan orang-orang Melayu. Hal tersebut juga telah berjaya mengurangkan jurang ekonomi antara kaum pada awal penggubalan perlembagaan Persekutuan. 5.0 Unsur Tradisi Unsur tradisi yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan juga boleh dikatakan sebagai salah satu hak- hak atau kedudukan istimewa orang Melayu. Secara amnya, Perlembagaan Persekutuan (Malaysia) mempunyai empat unsur tradisi. Dalam konteks Perlembagaan Malaysia, perkataan tradisi digunakan untuk menerangkan unsur-unsur tempatan yang dikekalkan oleh perlembagaan.9 Maksudnya di sini ialah unsur-unsur tempatan merujuk kepada orang Melayu dan tradisi yang diamalkan oleh mereka sebelum kemerdekaan dan sebelum Perlembagaan diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 1957. Jika dilihat sepintas lalu, unsur tradisi banyak mengaitkan orang Melayu tetapi jika diperhatikan secara mendalam unsur- unsur tradisi tersebut turut menitikberatkan penduduk peribumi Malaysia. Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Salleh Abas menyebut bahawa ada empat unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia – Sistem beraja, agama Islam, bahasa Melayu dan hak- hak istimewa orang oran Melayu. 10
9
Abdul Aziz Bari.(2001). Perlembagaan Malaysia Asas –asas dan Masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.hlm.100 10 Ibid.
8
Unsur-unsur tradisi ini dimuatkan dalam perlembagaan adalah berperanan menstabilkan sistem politik negara kita. Seperti yang kita ketahui, sistem beraja kita pada sejarahnya merupakan sistem beraja mutlak tetapi telah ditukar kepada raja berpelembagaan. Yang Dipertua Agong( YDPA) ialah seorang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja mengikut sistem giliran dan peraturan yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. YDPA inilah berperanan sebagai ketua negara Malaysia. Bahasa rasmi bagi negara kita pula merupakan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibunda orang- orang Melayu sendiri. Bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa Rasmi dan ini juga diterima oleh orang bukan Melayu. Hal ini demikian kerana, negara kita tidak menyekat penggunaan bahasa ibunda orang bukan Melayu seperti bahasa ibunda kaum cina dan India berkembang di negara kita cuma Bahasa Melayu menjadi bahasa utama rakyat Malaysia. Agama rasmi negara kita pula ialah agama Islam yang majoritinya dianuti oleh orang Melayu tetapi tidak melarang orang bukan Melayu untuk menganuti agama- agama masing- masing seperti agama Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain. Syed Muhammad al Naquib al Attas pernah mengeluarkan hujah bahawa hubungan dan kesan yang ditinggalkan oleh Islam terhadap bahasa Melayu sangat mendalam. Hal ini dapat ditafsirkan bahawa agama mendasari adat dan Bahasa Melayu. Sesetengah pihak berkemungkinan menyoal dan menimbulkan konflik mengenai unsur-unsur tradisi terutamanya kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Hal ini tidak seharusnya timbul kerana ia memberi identiti negara Malaysia semasa awal pembentukan negara kita dan pelaksanaan perlembagaan. Faktor-faktor ini penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai-nilai asal negara ini dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum.11 Laporan Suruhanjaya Reid sendiri yang menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira 11
Ibid. hlm. 101.
9
faktor- faktor sejarah, tradisi dan ekonomi yang wujud pada tahun 1957 terbabit. Tradisi Melayu dikekalkan kerana mengambil kira tradisi orang Melayu yang telah lama diamalkan dan orang Melayu merupakan penduduk asal Tanah Melayu atau Malaysia. Unsur-unsur tradisi ini sama sekali tidak menjejaskan pembangunan dan
usaha
Malaysia untuk menjadi negara maju bahkan orang bukan Melayu masih boleh menerima dan menghormati budaya
serta tradisi
masing- masing. Mungkin boleh dikatakan bahawa
pertalian di antara unsur- unsur tradisi itu rapat: satu unsur tidak boleh diketepikan tanpa mengetepikan unsur yang lain.12 Buktinya, Malaysia masih dapat mengekalkan unsur-unsur tradisi tersebut dan budaya kaum-kaum lain masih terpelihara dan tidak dipinggirkan sama sekali malahan saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Senario ini membentuk identiti Malaysia dan rakyat dapat bersatu pada meskipun berbeza agama, bangsa dan budaya. Ciri-ciri kemelayuan ini, tanpa syak lagi adalah asas bagi kelicinan perjalanan Perlembagaan Malaysia dan menolak sebarang percubaan dalam keharmonian kaum. Orang Melayu menganggap unsur- unsur ini sebagai jalan yang penting untuk menjadikan mereka setanding dengan masyarakat lain dan untuk mendapatkan kembali kedudukan mereka yang telah hilang akibat pemerintahan penjajahan British selama satu abad serta pemakaian undang- undang British yang amat menekankan prinsip persamaan.13 KESIMPULAN Hak-hak atau kedudukan istimewa orang Melayu diterima oleh orang bukan Melayu pada awal penggubalan Perlembagaan Persekutuan . Hal ini demikian kerana kedudukan istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia dibuat secara adil, seimbang, menitikberatkan semua faktor – faktor terutamanya ketuanan orang Melayu
12
Ibid. hlm.106. Muhd. Salleh Abas dan Salleh Buang(edt).2003. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka. hlm.55. 13
10
sebagai penduduk asal Tanah Melayu dan sejarah pembinaan negara Malaysia. Perkara ini juga dibuat secara rundingan dan mencapai kata sepakat banyak pihak seperti orang Melayu, kaum Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak, pegawai- pegawai British dan sebagainya. Hak- hak istimewa orang Melayu ini juga bukannya dilaksanakan secara mutlak tetapi secara adil dan saksama kerana masih mengambil berat kepentingan kaum lain dan juga penduduk peribumi Malaysia. Secara keseluruhannya, hak-hak istimewa orang Melayu merupakan tanggungjawab Yang Dipertua Agong (YDPA) untuk memeliharanya. YDPA mempunyai tanggungjawab khas untuk memelihara hak- hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia daripada terhapus. Hal ini sangat penting kerana hak istimewa orang Melayu ini merupakan salah satu identiti negara kita dan ianya terlakar dalam sejarah bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal atau asli Malaysia yang tidak boleh dipinggirkan. Ironinya, sehingga sekarang orang bukan Melayu masih boleh menerima kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Malaysia. Ini menunjukkan sistem pemerintahan Malaysia berasaskan perlembagaan berjaya di laksanakan dan dipraktikkan oleh pemerintah dan rakyat.
11
12