UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PUSAT PENGAJIAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI KOD MATA PELAJARAN : UMS 1133 MATA PELAJARAN : PENGANTAR KENEGARAAN DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA Arahan : Kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Jawab semua soalan yang diberikan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih jawapan yang tepat sekali. 1.
Antara yang berikut, yang manakah ciri konsep asas sebuah negara? I. Raja yang berdaulat. II. Penduduk yang tetap III. Sempadan yang tetap IV. Pemerintah yang berkuasa penuh. A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV
02. ________________________________________________________________ . Kerajaan Pusat mempunyai kesemua kuasa pemerintahan . Kerajaan Pusat berhak membatalkan perundangan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri. ________________________________________________________________ Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada A. Sistem Kerajaan Persekutuam B. Sistem Kerajaan Konfederasi C. Sistem Kerajaan Kesatuan D. Sistem Kerajaan Republik 03. _________________________________________________________________ . Warganegara yang berkelayakan berhak bertanding dalam pilihan raya . Badan perundangan terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat . Semua warganegara yang layak boleh mengundi dalam pilihan raya __________________________________________________________________ Pernyataan-pernyataan di atas merujuk kepada sistem pemerintahan A. demokrasi B. Monarki C. sosialis D. Autokrasi 4.
Konsep kerajaan ialah kuasa berada di tangan Kerajaan Negeri dan ditubuhkan berasaskan satu ikatan yang longgar. Kerajaan ini ialah A. Kerajaan Persekutuan B. Kerajaan Konfederasi C. Kerajaan Kesatuan D. Kerajaan Sosialis 1
5.
Antara berikut, yang manakah tidak benar tentang sebuah Negara Kesatuan? I. Negara diketuai oleh seorang raja. II. Kerajaan Negeri mempunyai autonomi perundangan tertentu III. Kerajaan Pusat mempunyai segala aspek pemerintahan IV. Wujudnya pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. A. I dan III B. II dan III C. I, II dan IV D. I, III dan IV
6.
Berikut adalah contoh-contoh kawasan penempatan tradisional di Tanah Melayu di zaman Neolitik kecuali A. Kota Tampan ( Perak ) B. Gua Kepah ( Kedah ) C. Gua Madai ( Sabah ) D. Sungai Muar ( Johor )
7.
Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka sangat terkenal di kalangan pedagang dan pelayar dari seluruh dunia.? I. Melaka ialah sebuah empayar yang besar dan kukuh II. Melaka ialah pusat penyebaran agama Hindu-Buddha III. Melaka mempunyai banyak bahan mentah semula jadi IV. Melaka ialah pusat pertemuan pedagang dari kawasan Timur dan Barat. A. I dan II B. I dan III C. I, III dan IV D. I dan IV
8.
_________________________________________________________________ Kuasa X mendahului kuasa Barat lain dalam penjajahan di Tanah Melayu pada tahun 1511. _________________________________________________________________ Merujuk maklumat di atas, X adalah A. Britain C. Portugis
9.
B. Perancis D. Belanda
Tempoh penjajahan kuasa-kuasa Barat ke atas Tanah Melayu adalah selama A. 346 tahun B. 446 tahun C. 546 tahun D. 646 tahun
10. Berikut adalah faktor-faktor penentangan penduduk-penduduk tempatan terhadap penjajahan British di Tanah Melayu kecuali A. Perubahan-perubahan yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu melalui pengenalan sistem Residen B. Sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa C. Penguasaan politik dan ekonomi oleh British. 2
D. Dasar kerajaan British membawa masuk imigran Cina dan India ke Tanah Melayu. 11. _________________________________________________________________ . Naning ialah negeri yang bebas dan berdaulat . Rakyat Naning tidak perlu mematuhi perintah dan arahan British _________________________________________________________________ Maklumat di atas berkaitan dengan pendirian Dol Said. Mengapakah beliau berpendirian demikian.? A. British menyerang Naning B. British menghantar Residen C. British melaksanakan buruh paksa D. British memperkenalkan cukai baru 12. ___________________________________________ . Kebangkitan Tok Janggut . Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong ___________________________________________ Maklumat di atas menunjukkan kebangkitan dua pahlawan tanah air. Apakah ciri persamaan perjuangan tersebut? A. Berunsur keagamaan B. Mendapat bantuan luar C. Mendapat sokongan padu D. Berjaya menewaskan British 13. ________________________________________________________________ Semangat inilah yang menyebabkan kita berjuang untuk membebaskan bangsa dan tanah air kita daripada kuasa asing _________________________________________________________________ Pernyataan di atas merujuk kepada A. semangat Pan-Islam C. semangat bekerjasama
B. semangat kebangsaan D. semangat bersatu padu
14. Mengapakah semangat cinta akan bangsa dan tanah air penting kepada penduduk negara kita.? I. meluaskan wilayah II. membangunkan Negara III. menolak pengaruh luar IV. membentuk Negara yang berdaulat A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 3
15. _______________________________________ . Haji Abbas Muhd. Taha . Syed Syeikh Ahmad al-Hadi . Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin _______________________________________ Bagaimanakah pemimpin di atas membangkitkan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.? A. melalui Gerakan Islah B. melalui Gerakan Kebangsaan C. melalui Revolusi Islam D. melalui Kesatuan Melayu Muda. 16. _________________________________________________________________ Kaum Muda menyebarkan idea baru mereka menerusi penerbitan akhbar _________________________________________________________________ Akhbar yang diterbitkan oleh mereka ialah ....................... I. Al-Iman II. Al-Ikhwan III Lidah Benar IV Suara Benar A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 17. ______________________________ . Abdul Hadi Hasan . Ibrahim Hj. Yaacob . Harun Aminurrashid _______________________________ Apakah ciri persamaan tokoh-tokoh di atas? A. Nasionalis berpendidikan Arab B. Nasionalis berpendidikan Melayu C. Nasionalis berpendidikan Inggeris D. Nasionalis berpendidikan Melayu-Inggeris 18. _________________________________________________________________ Idea penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar _________________________________________________________________ Pernyataan di atas mengenai Sistem Ahli yang ditubuhkan pada tahun 1951. Apakah ciri-ciri sistem tersebut? 4
I. II. III. IV.
Sebuah kabinet bayangan Keahliannya terdiri daripada penduduk tempatan Ahli-ahli bertanggungjawab memutuskan undang-undang Pelantikan ahli-ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British
A. I dan II C, III dan IV
B. II dan III D. I dan IV
19. Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur dianggap keistimewaan. Apakah keistimewaan pilihan raya tersebut? A. Parti perikatan ditubuhkan B. Parti Negara turut bertanding C. UMNO-MCA membentuk kerjasama D. Parti Radikal memenangi pilihan raya
mempunyai
20. Parti Perikatan ditubuhkan pada tahun 1955 adalah terdiri daripada parti UMNO, MIC dan MCA. Apakah nilai daripada peristiwa tersebut? A. Berani B. Berdikari C. Berdisiplin D. Bekerjasama 21. Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia semasa majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di………….. A. Ipoh B. Singapura C. Johor Bahru D. Kuala Lumpur 22. _________________________________________________________________ Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei _________________________________________________________________ Mengapakah idea tersebut dikemukakan? A. Mengukuhkan institusi kesultanan B. Menghapuskan semangat kenegerian C. Mengukuhkan kedudukan politik rantau Asia Tenggara D. Menyediakan keadilan sosial bagi penduduk Asia Tenggara 23. Antara berikut, negeri yang manakah akan memperolehi kemerdekaan lebih awal jika menyertai Malaysia? I. Sabah II. Brunei III. Indonesia IV. Singapura 5
A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
24. Mengapakah Barisan Sosialis di Singapura menentang pembentukan Malaysia? A. Menganggap ia satu penjajahan baru B. Bimbang akan pengaruh orang Melayu C. Tidak yakin terhadap Tunku Abdul Rahman D. Ingin mencapai kemerdekaan dengan segera 25. _________________________________________________________________ Pada akhir tahun 1961, penduduk dan pemimpin di Sabah dan Sarawak mula menyokong pembentukan Malaysia _________________________________________________________________ Apakah yang menyebabkan perubahan sikap rakyat? I. Berpendidikan tinggi II. Semangat perpaduan III. Usaha kerjasama pemimpin IV. Faham tentang pembentukan Malaysia A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 26. _________________________________________________________________ Sultan Brunei : Beta setuju dengan gagasan Malaysia Pembesar : Tapi Tuanku ada parti yang menentang _________________________________________________________________ Berdasarkan dialog di atas, parti yang menentang merujuk kepada A. UNKO B. PESAKA C. Parti Rakyat Brunei D. Parti Tindakan Rakyat 27. ___________________________________ Ganyang Malaysia - 20 Januari 1963 ___________________________________ Apakah tujuan dasar tersebut? A. Menentang penjajahan B. Menyatukan Malaysia – Indonesia C. Menggagalkan pembentukan Malaysia D. Mewujudkan kerjasama serantau di Asia 28. _________________________________________________________________ Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Kaum ditubuhkan di Singapura pada tahun 1961 _________________________________________________________________ 6
Antara berikut yang manakah menerangkan tujuannya? I. Membentuk Rukun Negara II. Mendamaikan pelbagai bangsa III. Menerangkan matlamat gagasan Malaysia IV. Mengumpul pandangan daripada penduduk A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 29. ________________________________________________________________ Rombongan Merdeka terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan _________________________________________________________________ Antara berikut yang manakah wakil Parti Perikatan? I. Tun H.S. Lee II. Tun Abdul Razak III. Tun V.T. Sambathan IV. Tunku Abdul Rahman A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 30. Mengapakah perkataan ‘merdeka’ perlu dilaungkan pada 31 Ogos setiap kali sambutan kemerdekaan Negara? A. Menanam sifat berani B. Merupakan amalan rakyat C. Meningkatkan motivasi rakyat D. Memupuk semangat patriotik rakyat 31. Antara berikut negeri yang manakah terlibat dalam pemilihan Yang di-Pertuan Agong? I. Perak II. Melaka III. Pahang IV. Selangor A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 32. Berikut merupakan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali A. Melantik wakil rakyat B. Membubarkan parlimen C. Melantik Perdana Menteri D. Mengisytiharkan undang-undang darurat 7
33. Ahli Dewan Negara digelar sebagai A. Menteri C. Jemaah
B. Senator D. Penasihat
34. Apakah peranan utama Dewan Rakyat? A. Melantik wakil rakyat C. Menggubal undang-undang
B. Membicarakan kes jenayah D. Mengesahkan undang-undang
35. Apakah yang dilakukan pada sesi pembacaan pertama di Dewan Rakyat? A. Pengesahan rang undang-undang B. Perbahasan rang undang-undang C. Pengundian rang undang-undang D. Pembentangan tajuk rang undang-undang 36. Antara berikut, yang manakah bertindak sebagai badan pelaksana dasar-dasar kerajaan? A. Majlis Raja B. Dewan Rakyat C. Dewan Negeri D. Jemaah Menteri 37. _____________________ Senarai Bersama _____________________ Apakah yang anda faham tentang istilah di atas? A. Bidang kuasa antara raja dengan rakyatnya B. Bidang kuasa antara parti-parti politik pelbagai kaum C. Bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri D. Bidang kuasa kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Malaysia 38. Antara berikut, yang manakah merupakan seni kata yang terdapat dalam lagu kebangsaan kita? I. Tanah tumpahnya darahku II. Raja kita selamat bertakhta III. Raja dan rakyat bekerjasama IV. Rakyat hidup bersatu dan maju A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV 39. Mengapakah Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi? I. Simbol perpaduan II. Identiti kenegerian 8
III. Semangat patriotik IV. Lambang kedaulatan A. I, II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV
40. _________________________________________________________________ . Membangunkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai masyarakat yang berasaskan pengetahuan. . Menjana pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh sumber dan kekuatan tempatan. . Mencapai penyertaan bumiputera yang berkesan dan pemilikan ekuiti sekurang-kurangnya 30% menjelang tahun 2010 _________________________________________________________________ Pernyataan di atas berkaitan dengan A. Dasar Pembangunan Nasional B. Dasar Wawasan Negara C. Dasar Ekonomi Baru D. Dasar Penswastaan
KERTAS SOALAN TAMAT
Disediakan oleh Zulkifli Bin Senin Jabatan Sains Sosial Institut Perguruan Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor
9
SKEMA JAWAPAN 1. C 2. C 3. A 4. B 5. C 6. A 7. D 8. C 9. B 10. D 11. D 12. A 13. B 14. B 15. A 16. A 17. B 18. D 19. C 20. D 21. B 22. C 23. B 24. A 25. B 26. C 27. C 28. C 29. B 30. D ZBS/SEPTEMBER/2007
31. 32. 33. 34. 35. 36. 37. 38. 39. 40.
C A B C D D C B C B