KANSER SERVIKS Pengenalan Kanser merupakan sejenis penyakit kronik yang menyebabkan kesengsaraan kepada berjuta-juta wanita di seluruh dunia. ‘ Mengikut urutan kanser yang dilaporkan, lima jenis kanser yang paling utama di Malaysia adalah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser serviks, kanser usus besar dan kanser darah atau leukemia.’ (Mohd Rushdan Md Noor, 2008:3) Bilangan sebenar kes kanser di Malaysia adalah lebih besar berbanding bilangan yang dinyatakan kerana masih banyak kes yang belum dilaporkan. Serviks dan peranannya Serviks melibatkan organ reproduktif wanita yang mempunyai implikasi yang sangat besar kepada kehidupan seorang wanita. Hal ini kerana organ ini merupakan organ yang sangat penting sebagai simbol sifat dan seksualiti wanita.
Mohd Rushdan Md Noor (2008)
menyatakan bahawa serviks atau dikenali juga sebagai pangkal rahim adalah pintu utama keluar bagi rahim. Serviks memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kelahiran bayi. Namun, serviks juga merupakan organ reproduktif yang mudah terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan. Kanser serviks dan permasalahannya kepada penghidap Kanser adalah penyakit dimana sel-sel membesar secara luar biasa.
Apabila kanser
bermula dipangkal rahim, ia dikenali sebagai kanser serviks. Barah kanser serviks berkembang dari perubahan sel yang disebabkan oleh virus Human Papillomavirus (HPV). Kanser ini boleh dijangkiti melalui sentuhan kulit ke kulit melalui hubungan seks. Kanser serviks biasanya berlaku dikalangan wanita berumur 40 hingga 60 tahun. Terdapat pelbagai permasalahan dan tekanan yang akan dihadapi oleh penghidap kanser serviks. Bagi wanita yang telah berkahwin, tekanan emosi dan psikologi yang dihadapi 1
menjadi lebih rumit kerana hal ini turut memberi kesan yang besar kepada pasangan mereka.
Tambahan lagi, perasaan takut dan risau memikirkan bagaimana hendak
menghadapi kanser ini dan rawatan yang diperlukan. Mohd Rushdan Md Noor (2008) menyatakan ahli keluarga perlu memaklumkan kepada doktor penghidap sekiranya mendapati penghidap mengalami sebarang tekanan supaya penghidap mendapat rawatan pakar psikiatri sekiranya perlu. Hal ini bagi mengelakkan pesakit hilang arah dan sukar mematuhi arahan doktor yang berkaitan rawatan. Dari segi fizikal pula, penghidap mengalami masalah pendarahan pada faraj dan kadang kalanya sangat banyak. Sekiranya pendarahan berterusan, penghidap akan perlu dimasukkan ke wad dan menerima pemindahan darah. Penghidap juga akan mudah letih terutamanya sewaktu melakukan pekerjaan walaupun pekerjaan ringan.
Selain itu,
kanser serviks akan mula merebak ke organ berdekatan. Menurut Mohd Rushdan Md Noor (2008) pada peringkat permulaan, kanser serviks boleh menyekat laluan keluar darah dari rahim ke dalam faraj, ini menyebabkan pengumpulan darah di dalam rongga rahim dan menyebabkan rahim bengkak dan sakit. Keadaan ini dinamakan hematometra. Jika berlaku jangkitan kepada darah yang terkumpul ini, nanah akan terbentuk dan penghidap akan demam atau terdapat darah bercampur nanah yang berbau keluar dari faraj. Pada peringkat awal penghidap akan mengadu terdapat darah semasa membuang air kecil atau semasa membuang air besar. Sekiranya pula berlaku kesukaran semasa membuang air kecil dan air besar, menandakan kanser tersebut sudah merebak ke dalam rongga organ pencernaan tersebut. Hal ini akan menyebabkan lebih banyak penyakit lain kepada penghidap. Ahli keluarga penghidap pula akan menghadapi tekanan bersama dari segi fizikal, emosi dan kewangan.
Kesimpulannya kesan penyakit kanser bukan sahaja
dihadapi oleh penghidap tetapi orang sekeliling terutamanya pasangan dan ahli keluarga terdekat.
2
Penyebab kanser serviks Apakah penyebab yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap serviks? Menurut Mohd Rushdan Md Noor (2008) risiko menghidap kanser serviks meningkat 2.5 kali ganda sekiranya aktiviti seks bermula pada usia lapan belas tahun kebawah. Selain itu, jangkitan-jangkitan virus HPV seperti HPV jenis 16, 18, 31 dan 45 serta merokok meningkatkan risiko menghidap kanser serviks. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lemah seperti AIDS dan pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai termasuk pelacur atau yang melakukan hubungan seks dengan lelaki yang mempunyai ramai pasangan seks juga menjadi penyebab kepada masalah berlakunya kanser serviks dikalangan wanita.
Akhir sekali, wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh
dikategoriakn sebagai golongan yang berisiko menghidap kanser ini. Tanda dan gejala kanser serviks Kebanyakan wanita yang menghidap kanser serviks mengalami kombinasi gejala-gejala seperti pendarahan selepas hubungan seks (postcoital bleeding), keluar lendir berdarah dari kemaluan, pendarahan di pertengahan kitaran haid, Pendarahan dari kemaluan setelah disahkan putus haid, hilang selera makan dan turun berat badan yang mendadak. Pada peringkat awal, penghidap kebanyakannya tidak mempunayi sebarang tanda ataupun gejala.
Gejala yang paling sering dialami oleh penghidap kanser ialah
pendarahan faraj selepas melakukan hubungan seks.
Pendarahan juga berlaku di
pertengahan bulan dan penghidap tidak mengalami sebarang kesakitan. Kesakitan yang dialami hanyalah pada peringkat yang agak lewat. Berdasarkan Mohd Rushdan Md Noor (2008) jika wanita mengadu kesakitan di bahagian ari-ari (suprapubic region), ataupun sakit pinggang, ini mungkin disebabkan kanser tersebut telah merebak ke organ berhampiran seperti pundi kencing dan saluran buah pinggang (ureter).
3
Berbanding kanser organ reproduktif wanita yang lain, wanita yang menghidap kanser serviks lebih mudah mengesan penyakit mereka pada peringkat awal. Hal ini disebabkan kedudukan serviks yang apabila berlaku penyakit kanser, pendarahan yang berlaku boleh dikesan serta-merta. Hampir 75 peratus daripada wanita yang menghidap kanser serviks dapat dikesan pada peringkat awal. Wanita yang mendapati dirinya telah mengalami simptom-simptom awal kanser serviks perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut daripada pakar sakit puan. ‘Sekiranya doktor mengesyaki kanser serviks, wanita tersebut akan dirujuk untuk pemeriksaan kolposkopi.
Semasa pemeriksaan koposkopi, tisu atau daging di
bahagian serviks akan diambil (biopsi) untuk pemeriksaan makmal patologi. Dalam jangka masa selewat-lewatnya satu minggu, wanita tersebut akan dimaklumkan berkenaan dengan keputusan ujian biopsi tersebut. Sekiranya telah pasti wanita tersebut menghidap kanser serviks, maka langkah seterusnya adalah menentukan tahap ataupun peringkat kanser tersebut.’
(Mohd Rushdan Md Noor, 2008:58-59)
Hal ini bagi memastikan dan
mendapatkan rawatan susulan lanjut yang lebih awal sebelum penyakit kanser ini menjadi lebih parah. Rawatan dan cara mencegah kanser serviks Doktor akan memberi kaunseling mengenai rawatan yang sesuai kepada penghidap dan keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel yang dikesan. Terdapat tiga jenis rawatan yang boleh diberikan kepada wanita yang menghidap kanser serviks iaitu pembedahan, rawatan radioterapi dan rawatan kemoterapi. Terdapat satu kaedah mencegah kanser serviks iaitu melakukan ujian Pap Smear. Apakah itu ujian Pap Smear? Ujian Pap Smear adalah ujian untuk memeriksa kesihatan serviks. Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
4
Wanita yang harus menjalani ujian ini ialah wanita berumur 20 hingga 65 tahun atau peringkat umur bagi mereka yang aktif melakukan hubungan seks. Semasa melakukan ujian, doktor atau jururawat memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya serviks dapat dilihat.
Seterusnya, sejenis kayu wooden
spatula dan berus yang kecil cytobrush dimasukkan ke dalam pangkal rahim untuk mengambil sedikit sampel. Ujian ini akan mengambil beberapa minit sahaja. Sampel yang diambil akan disapu atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi. Ujian ini tidak dapat dilakukan semasa haid. Waktu yang sesuai untuk melakukan ujian ini adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid. Sekiranya pesakit berumur 20 hingga 65 tahun, pernah atau aktif dalam melakukan hubungan seks, pesakit digalakkan untuk menjalani ujian ini selama dua tahun. Sekiranya keputusan ujian negative, pesakit digalakkan mengulang ujian setiap tiga tahun. Penutup Mencegah lebih baik dari merawat. Setiap manusia pasti mengimpikan kehidupan yang bebas dari sebarang penyakit.
Bagi wanita yang ingin bebas dari jajahan kanser
serviks, perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat, tidak melakukan hubungan seks pada usia muda, tidak bertukar-tukar pasangan, tidak merokok dan melakukan ujian Pap Smear seawal usia 20 tahun.
5
BIBLIOGRAFI Mohd Rushdan Md. Noor (2008). Kanser serviks: pencegahan dan rawatan. Kuala Lumpur: Penerbit Utusan Publication. Puan Nurul Syuhada Mohd Zin. Cervical cancer [slaid Power Point]. Diperoleh pada Ogos 24, 2011 daripada http://www.ipsas.upm.edu.my/caed/download/servik-ca.pdf Info
sihat. Diperoleh pada Ogos 24, 2011 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/UjianKanserServik.php
daripada
6