JURNAL REFLEKSI MINGGU KEDUA (22 Julai – 26 Julai 2013) Tajuk: Masalah Disiplin dan Salah Laku dalam Kalangan Murid Sekolah
Masalah Masalah disiplin merupakan suatu masalah yang tidak asing dalam kalangan murid dan sering kali berlaku di sekolah. Masalah ini telah diutarakan oleh guru bertugas pada minggu kedua guru pelatih berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau, Melaka. Masalah disiplin utama yang timbul dalam kalangan murid sekolah ini adalah ponteng sama ada ponteng sekolah mahupun ponteng kelas. Terdapat seorang murid lelaki Tahun 6 telah disyaki ponteng sekolah. Murid tersebut meninggalkan begnya di dalam kelas dan meminta izin daripada guru yang mengajar untuk ke tandas. Namun, murid ini didapati tidak kembali semula ke kelas. Hal ini sangat mengejutkan warga Sekolah Kebangsaan Bukit Tembakau. Tambahan pula, masalah ini melibatkan murid yang masih muda dan berada di bawah tanggungjawab ibu bapa masing-masing serta akan menjalani peperiksaan UPSR tidak lama lagi.
Analisis Masalah Disiplin adalah berkaitan dengan tingkah laku seseorang. Disiplin boleh ditafsirkan
sebagai
latihan
yang
bertujuan
membentuk
tingkah
laku
yang
dikehendaki. Selain itu, disiplin juga dapat dikaitkan dengan kepatuhan seperti kepatuhan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Sebab utama berlakunya masalah disiplin ini adalah terdiri daripada empat aspek iaitu:
Diri murid
Guru
1
Sekolah
Latar belakang murid
Dari aspek diri murid, perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanakkanak berlaku pada kadar yang berbeza. Hal ini menyebabkan sesbuah kelas akan mempunyai kemahiran murid yang berbeza. Terdapat segelintir murid yang akan menghadapi kesukaran dalam mengikuti sesuatu pelajaran jika dibandingkan dengan rakan-rakannya. Sesetengah murid mempunyai kekuatan dalaman atau sokongan ibu bapa untuk menghadapi cabaran ini dan terus berusaha. Akan tetapi terdapat juga sesetengah murid yang memberi respon dengan bersikap putus asa atau cuba menutup kelemahan melalui helah bela diri seperti tidak menghiraukan pelajaran atau ponteng kelas tersebut. Tingkah laku seperti ponteng kelas atau sekolah merupakan cara murid mengelakkan kegagalan, teguran sinis daripada guru atau situasi yang boleh menimbulkan perasaan malu. Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan rol model dan sentiasa diperhatikan
oleh
murid-murid.
Namun,
sekiranya
guru
bersikap
tidak
bertanggungjawab, tidak dapat mengawal diri atau tidak menghormati murid, maka berkemungkinan besar murid juga akan menunjukkan sikap yang sama terhadap guru tersebut. Oleh itu, pembawaan seorang guru, amalan serta tingkah laku seseorang guru boleh mempengaruhi sikap serta kelakuan murid dalam kelas beliau. Selain itu, harapan sekolah yang tinggi, penumpuannya kepada aspek akademik dan peraturan yang terlalu ketat boleh mewujudkan suasana yang menekan dan tidak seronok bagi murid-murid. Setiap murid mempunyai kebolehan dan minat yang berbeza. Ada murid yang tidak boleh mencapai hasrat yang diinginkan oleh pihak sekolah dan sebaliknya. Murid-murid yang tidak dapat mencapai hasrat yang diinginkan sekolah mungkin bertindak balas dengan memberontak, mengasingkan diri dan tidak mematuhi peraturan sekolah. Kolaborasi dalam sekolah juga sering dikaitkan dengan hubungan positif dalam kalangan murid (Watkins, C. & Wagner, P., 2000). Dalam sesebuah sekolah yang mengamalkan kolaborasi, semua guru akan bersedia berkongsi maklumat dengan tujuan membantu menyelesaikan masalah murid dan mencari kaedah pembelajaran yang 2
berkesan. Sekolah yang guru-gurunya bekerjasama menunjukkan ciri-ciri kerjasama serta hubungan sosial yang lebih harmoni dalam kalangan muridnya (Metz, 1986). Sebaliknya guru-guru sekolah yang tidak mengamalkan kolaborasi hanya bertukartukar cerita di bilik guru tentang masalah murid mereka. Sesetengah ibu bapa bersikap sangat tegas terhadap anak-anak mereka dan ada juga ibu bapa yang jarang menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak. Cara asuhan yang berbeza ini mempengaruhi sahsiah murid-murid. Murid yang kurang mendapat kasih sayang atau perhatian di rumah akan cuba mendapatkannya daripada guru atau rakan sebaya. Murid-murid ini akan berusaha menarik perhatian guru dan kadangkala cara mereka menarik perhatian menimbulkan masalah disiplin. Masalah disiplin juga kadangkala berpunca daripada ibu bapa yang enggan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk membimbing dan menasihati anak mereka. Di samping itu, konflik dalam keluarga, penceraian, taraf ekonomi keluarga yang rendah, bilangan ahli keluarga, tempat tinggal, jiran, rakan sebaya dan media massa banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku murid di sekolah sehingga timbulnya masalah disiplin yang tidak diingini.
Cadangan Pihak yang mempunyai kuasa mutlak hendaklah memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Dalam mengatasi masalah disiplin pelajar, pihak sekolah patut memainkan peranan utama. Pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya di atas masalah disiplin di sekolah. Pihak disiplin sekolah mestilah berfungsi dengan baik dan mengambil tindakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Pelbagai program mestilah diadakan untuk menangani masalah displin pelajar seperti mengadakan program membentuk pelajar cemerlang, pelajar bersahsiah dan pelajar cemerlang dalam akademik. Program Guru Penyayang yang diterapkan di sekolah juga akan berupaya membantu mengurangkan masalah disiplin sekiranya program dapat dijalankan dengan baik. Ibu bapa juga mempunyai peranan yang paling mustahak dalam mendidik anak-anak mereka supaya berkelakuan baik sama ada di rumah, sekolah atau di 3
mana-mana sahaja. Ibu bapa juga perlu membantu pihak sekolah mengatasi masalah disiplin pelajar kerana banyak masa pelajar dihabiskan di rumah bersama ibu bapa. Justeru, ibu bapa perlu memberikan nasihat yang sewajarnya kepada anak mereka untuk mengamalkan nilal-nilai murni di sekolah dan tidak melanggar peraturan sekolah. Di samping itu, ibu bapa juga mesti bertanyakan anak-anak tentang masalah yang dihadapi di sekolah dan cuba membantu mereka untuk menyelesaikannya. Guru juga hendaklah berperanan dalam mengurangkan masalah disiplin dan tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah. Seseorang guru hendaklah membuat perancangan yang teliti dengan mengambil kira setiap murid dalam kelasnya iaitu prestasi, keupayaan dan pengetahuan sedia ada murid. Guru juga perlu melaksanakan kaedah atau teknik mengajar yang baharu, efektif dan dapat merangsang minat murid supaya murid berminat untuk mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran guru tersebut. Perkara yang paling penting buat seseorang guru adalah beliau hendaklah menunjukkan minat dan mengambil berat terhadap muridnya di dalam kelas. Sekiranya guru menunjukkan sikap tidak peduli, murid akan merasakan diri mereka tidak penting dan kehadiran mereka di dalam kelas tidak bermakna kepada guru tersebut sehingga timbulnya masalah disiplin seperti ponteng, gangguan kepada rakan lain, mencuri dan sebagainya. Akhir sekali, murid-murid hendaklah bertanggungjawab dengan mengamalkan nilai-nilai murni ketika berada di sekolah. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh murid adalah baik hati, bertolak ansur dan mematuhi peraturan sekolah. Masalah disiplin di sekolah dapat dikurangkan jika semua murid mengamalkan nilai murni. Pelajar juga mesti sedar tanggungjawab mereka kepada sekolah dan ibu bapa. Selain itu, didikan agama yang kukuh pasti dapat membantu pelajar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Tempoh Penyelesaian 22 Julai 2013 – 2 Julai 2013
4
Tindakan Susulan Antara
tindakan
susulan
yang
boleh
dilakukan
adalah
guru
boleh
menyelesaikan masalah disiplin dengan cara yang baik iaitu memanggil murid untuk berjumpa dengan guru secara individu. Hal ini boleh mengelakkan sebarang pertelingkahan berlaku di hadapan murid-murid lain. Guru juga diingatkan untuk tidak mencabar atau bertekak dengan murid kerana situasi ini akan menjatuhkan imej guru sekiranya guru dilihat saling mencabar dengan murid. Menurut Dreikurs (1968), terdapat situasi iaitu murid cuba untuk mencabar kuasa guru dan menimbulkan konflik di dalam bilik darjah. Oleh itu, apabila situasi ini timbul, guru harus mengelakkan diri daripada bertengkar dengan murid.
Kesimpulan Peranan untuk membentuk peribadi murid bukan hanya terletak pada tangan guru semata-mata malah ibu bapa juga hendaklah memberikan kerjasama yang padu dalam membentuk sikap positf kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana masa anak-anak mereka banyak dihabiskan di rumah berbanding di sekolah. Oleh itu, guru dan ibu bapa hendaklah sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk membentuk peribadi yang baik dalam kalangan murid.
5