Ini adalah refleksi penganjuran sukantara di Institut Pendidikan Guru kampus dato' razali ismail (IPG KDRI)Full description
Full description
Full description
reflectionFull description
Refleksi kasus anestesi
Full description
IKMFull description
fkFull description
RUZIDAN BIN SENAWI PISMP PJ SEM 3
REFLEKSI INDIVIDU
Alhamdulillah dan syukur kepada Allah, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkahlaku dengan jayanya. Tugasan kerja kursus ini memerlukan saya bekerjasama bersama rakan saya iaitu Muhammad Fakhrurazi bin Mohd Termizi untuk mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan untuk memudahkan lagi kajian kami terhadap kes yang telah diberi. Kajian kes yang telah kami lakukan adalah berkenaan lampiran empat iaitu mengenalpasti respon mendengar dan menghasilkan respon empati. Apa yang saya perolehi secara individu berdasarkan kajian kes yang telah kami lakukan ialah saya dapat meningkatkan lagi kemahiran mendengar saya seterusnya meningkatkan respon mendengar saya. Sebagai seorang bakal guru pada masa hadapan, saya perlu mempunyai respon mendengar yang baik agar saya lebih peka terhadap segala perkara yang didengar oleh saya semasa berada di sekolah suatu hari nanti dan cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Saya juga perlu meningkatkan lagi kemahiran mendengar anak murid saya kelak agar mereka dapat memberikan respon mendengar yang baik dan sentiasa memberi tumpuan semasa saya mengajar mengajar Maka, kajian kes yang saya lakukan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menguasai dan memantapkan lagi kemahiran mendengar dan respon mendengar saya dan saya akan cuba untuk meningkatkan kemahiran mendengar murid-murid saya kelak agar mereka juga dapat menunjukkan respon mendengar yang baik. Disamping itu, saya sebagai seorang bakal guru perlu menunjukkan respon empati yang tinggi
RUZIDAN BIN SENAWI PISMP PJ SEM 3
kerana ini membolehkan saya berkomunikasi dan bergaul dengan orang lain dengan mudah. Apabila saya menjadi seorang guru nanti, saya perlu menghasilkan respon empati ini agar saya menyelami dan mendalami perasaan murid sekiranya murid mengalami masalah tertentu dan saya perlu mengambil tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dengan mengenalpasti punca mengapa masalah tersebut timbul. Sekian....