1(a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu (b) Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi 2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu (b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut. 3. Berdasarkan petikan yang berbentuk pidato, dialog, atau ucapan yang mengandungi anggaran 500 patah perkataan, tulislah petikan tersebut dalam bentuk transkripsi fonetik.
Soalan 1(a) Nyatakan dan huraikan jenis-jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu Jawapan: Ilmu fonetik dalam bahasa Melayu ialah ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia untuk berkomunikasi. Terdapat tiga jenis ilmu fonetik dalam bahasa Melayu iaitu: a) Fonetik Akustik b) Fonetik Artikulasi c) Fonetik Auditori
a)Fonetik Akustik Fonetik Akustik merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)
“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”
Sebagai menunjukkan
contoh
lafaz
bunyi
em
dalam
bahasa
Melayu
kebiasaannya
makna “Ya” dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak”
apabila perkataan tersebut dilafazkan dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:
1. em yang menunjukkan makna “Ya” Awak yang menghabiskan makanan itu? em.. 2. em yang menunjukkan makna “Tidak” Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu? emmmmm..
Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental (Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masingmasing sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal akustik.
b)Fonetik Artikulasi
Fonetik Arikulasi merujuk kepada kajian yang mendiskripsikan cara-cara produksi sesuatu bunyi. Penghasilan bunyi bahasa melibatkan daerah dan organ artikulasi. Daerah artikulasi merupakan bahagian saluran suara yang tidak dapat bergerak tetapi dapat disentuh oleh organ artikulasi semasa melafazkan sesuatu bunyi. Organ artikulasi pula ialah alat yang digunakan untuk mengujar bunyi bahasa.
Organ artikulasi boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu artikulator aktif dan artikulator pasif. Artikulator aktif ialah organ saluran suara yang boleh bergerak seperti bibir, lelangit lembut, dan gigi bawah. Artikulator pasif pula tidak dapat bergerak dalam saluran suara seperti gigi atas dan lelangit keras. Bunyi bahasa dihasilkan daerah dan organ yang berbeza-beza sehingga menimbulkan penamaan bunyi seperti letupan bibir tak bersuara atau bersuara, sengauan bibir, geseran lelangit keras tak bersuara atau bersuara, getaran gusi dan sebagainya.
c)Fonetik Auditori Fonetik Auditori ialah kajian terhadap bunyi bahasa yang diterima pendengar. Bunyi yang diterima pendengar sudah tentulah membawa makna yang berbeza mengikut tafsiran pendengar. Proses pengekodan yang berlaku melibatkan unsur-unsur signal akustik iaitu kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secara sendirinya mempunyai makna emosi. Makna emosi ini dapat ditentukan dengan melakukan Ujian persepsi terhadap penutur. Soal selidik ini dapat menganalisis ketepatan dapatan makna penutur.
Soalan 1(b) Huraikan tiga perbezaan fonetik dan fonologi Jawapan: Fonetik dan fonologi merupakan bidang yang saling melengkapi antara satu sama lain. Walau bagaimanapun ada definisi yang diberikan sarjana untuk memisahkan bidang ini. Secara umumnya seseorang perlu menguasai bidang fonetik sebelum memahami bidang fonologi. Bil. Fonetik
Fonologi
1. Fonetik ialah kajian tentang sifat-sifat
Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi
semula jadi, produksi dan persepsi
bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem
bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan.
tersebut secara umum. Kajian dilakukan terhadap segala yang berkaitan dengan sistem bahasa seperti pasangan terkecil dan fonotaktik.
2. Kajian
fonetik
dapat
dipecahkan
Kajian fonologi adalah berkaitan dengan
kepada tiga bahagian iaitu fonetik
hubungan
akustik, fonetik atrikulasi, dan fonetik
dengan butir-butir lekasikal lain yang
auditori.
membentuk ayat.
3. Bidang fonetik mengkaji unsur setiap bunyi.
4. Bidang
Bidang
antara
fonologi
butir-butir
mengkaji
lekasikal
pola-pola
intonasi.
fonetik
menghasilkan
transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa.
Bidang
fonologi
menghasilkan
ejaan sesuatu bahasa.
sistem
2(a) Huraikan bagaimana bunyi vokal, bunyi konsonan, dan bunyi diftong dihasilkan dalam bahasa Melayu. (b) Berikan tiga contoh perkataan yang dihasilkan bagi setiap satu bunyi tersebut. Jawapan:
Membunyikan huruf konsonan dalam bahasa Melayu. Bunyi-bunyi konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. Secara ringkasnya bunyi-bunyi konsonan mempunyai ciri-ciri berikut: i.
Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak.
ii.
Arus udara yang keluar dari paru-paru menerima sekatan atau geseran. Jika glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan apabila arus udara keluar dari paru-paru, maka akan terhasillah bunyi konsonan bersuara. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar pula, maka terhasillah bunyi tidak bersuara.
iii.
Udara yang keluar dari paru-paru yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan. Terdapat tujuh jenis konsonan asli dalam bahasa Melayu, iaitu letusan, letupan, geseran, getaran, sisian, sengau dan separuh vokal.
iv.
Ada konsonan sengau dan ada konsonan tidak sengau, bergantung kepada keadaan lelangit lembut semasa bunyi itu dihasilkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi-bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi-bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru-paru dapat keluar melaui rongga hidung, menghasilkan bunyi-bunyi sengau atau bunyi nasal.
v.
Sentuhan
antara
alat
artikulasi
dengan
daerah
artikulasi
yang
menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan konsonan bibir gigi
,
konsonan gigi
,
konsonan gelungan
,
akan
dua bibir
,
konsonan gusi-
lelangit keras konsonan lelangit lembut dan konsonan anak tekak ,
.
KONSONAN LETUSAN •
Konsonan letusan dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.
•
Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.
•
Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan-lahan, menghasilkan bunyi letusan.
•
Dalam bahasa Melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan gusi-lelangit keras tak bersuara [c] dan bersuara [j].
•
Cara menghasilkan konsonan letusan adalah dengan cara:
•
Depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
•
Arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan gusi-lelangit keras.
•
Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan-lahan.
•
Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras tidak bersuara [c]
.
•
Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan gusi-lelangit keras bersuara [j]
.
•
Contoh penggunaan dalam perkataan:
•
cuka jumlah
•
baca pan ji
•
Mac
ca j
KONSONAN LETUPAN
Konsonan letupan (atau hentian atau plosive) dihasilkan dengan membuat sekatan di antara alat artikulasi.
Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru-paru.
Sekatan ini kemudiannya dilepaskan dengan serta-merta, menghasilkan bunyi letupan.
• i.
Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah: Merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan udara dari peparu tertahan dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii.
Arus udara keluar dari paru-paru melaui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir.
iii.
Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta-merta.
iv.
Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak ,
bersuara [p]. v.
Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b].
vi.
Contoh penggunaan dalam perkataan:
pakar bungkus api
abadi
tiap
sebab
LETUPAN GUSI • i.
Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah: Merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii.
Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tertahan dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi.
iii.
Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta- merta.
iv.
Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t]. ,
v.
Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [d].
vi.
Contoh penggunaan dalam perkataan:
tiap
datin
atas
adegan
LETUPAN LELANGIT LEMBUT • i.
Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah: Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.
ii.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara belakang lidah dengan lelangit lembut.
iii.
Kemudiannya, sekatan tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
LETUPAN LELANGIT LEMBUT •
Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar , bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k].
•
Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [g].
•
Contoh perkataan: kapak
gila
laksa sagu
HENTIAN GLOTIS • i.
Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara: Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii.
Arus udara dari paru-paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara.
iii.
Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis.
iv.
Hentian glotis di akhir perkataan-perkataan yang dieja dengan huruf k, misalnya: [budak] [kapak]
[tidak]
KONSONAN GESERAN
Konsonan geseran ( atau frikatif) dihasilkan dengan membuat sempitan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi.
Arus udara dari paru-paru dapat keluar antara sempitan ini dan bergeser.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua konsonan geseran asli, iaitu konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dan konsonan geseran glotis [h].
GESERAN GUSI TIDAK BERSUARA •
Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s] dihasilkan dengan cara:
i.
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
ii.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak.
iii.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi.
iv.
Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar.
v.
Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuara [s].
vi.
Contoh perkataan: Semut Asap Keras
GESERAN GLOTIS • i.
Konsonan geseran glotis [h] dihasilkan dengan cara: Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
ii.
Arus udara dari paru-paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
iii.
Contoh kehadiran dalam perkataan: Hutan Sahaja Suluh
KONSONAN GETARAN
Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah.
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [r].
•
Cara menghasilkan bunyi [r] ini adalah:
i.
Mengangkat hujung lidah kearah gusi dan menggetarkan hujung lidah.
ii.
Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
iii.
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
iv.
Contoh kehadiran dalam perkataan: Rambut
Ser u Sukar
KONSONAN SISIAN
Konsonan sisian dihasilkan dengan mengeluarkan udara di kiri dan kanan lidah dalam rongga mulut.
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi [l].
Konsonan sisian gusi [l] dihasilkan dengan cara:
Hujung lidah diangkat kea rah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.
Arus udara dari paru-paru keluar melaui kiri dan kanan lidah (sisi lidah).
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Lambat
Tuala
Cekal
KONSONAN SENGAU •
Konsonan sengau dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut.
•
Lelangit lembut diturunkan, membenarkan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
•
Satu perbezaan antara bunyi-bunyi sengau dengan bunyi-bunyi lain ialah hakikat bahawa sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi sengau, arus udara keluar melaui rongga hidung oleh sebab lelangit lembut diturunkan.
•
Dalam bahasa Melayu terdapat empat konsonan sengau, iaitu konsonan sengau dua bibir [ ɲ ], dan konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ].
KONSONAN SENGAU DUA BIBIR •
Konsonan sengau dua bibir [m] dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
•
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar .
•
Contoh kehadiran dalam perkataan: Malam Aman Siam
KONSONAN SENGAU GUSI •
Konsonan sengau gusi [n] dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi atas.
•
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga hidung.
•
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
•
Contoh kehadiran dalam perkataan:
Nampak Tanak Daun
KONSONAN SENGAU GUSI LELANGIT KERAS •
Konsonan sengau lelangit keras [ɲ] dihasilkan dengan depan lidah ditemu atau dirapatkan ke langit keras.
•
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung
.
•
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
•
Oleh sebab lambang [ɲ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf iaitu ny.
•
Contoh kehadiran dalaam perkataan: Nyawa Anyam
KONSONAN SENGAU LELANGIT LEMBUT •
Konsonan sengau lelangit lembut [ŋ ] dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut.
•
Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru-paru keluar melaui rongga hidung.
•
Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
•
Dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng.
•
Contoh kehadiran daalam perkataan: Ngilu Angan Bising
DIFTONG Dua bunyi vokal yang digeluncurkan, iaitu satu bunyi vokal kepada satu bunyi yang lain. •
Diftong boleh dianggap sebagai satu suku kata dan mempunyai puncak kelantangan.
•
Diftong atau vokal rangkap adalah bunyi yang dihasilkan kerana posisi lidah ketika menghasilkan bunyi.
•
Hal
ini
pada
bahagian
awalnya
dan
bahagian
akhirnya
tidak
sama.
Ketidaksamaan itu menyangkut tinggi rendahnya lidah, bahagian lidah yang bergerak, serta strukturknya. •
Diftong dapat dibezakan melalui diftong naik dan diftong turun.
Contoh : [ ai
] = vokal depan rendah + vokal depan tinggi
* capai, hairan [ au ] = vokal depan rendah + vokal belakang tinggi
* kacau, kalau [
oi ] = vokal belakang separuh tinggi + vokal depan tinggi
* baloi, kaloi
Rujukan : •
Permulaan Linguistik. Arbak Othman. Kuala Lumpur. 1983. Sarjana Enterprise.
•
Fonetik dan fonologi. PTS Professional. 2006. Inderawati Zahid. Kuala Lumpur.