BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU TAJUK 1
FONETIK DAN FONOLOGI BA BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut: •
Konsep fonetik dan fonologi
•
Matlamat sebutan baku
•
Pelaksanaan Sebutan baku
Fonologi Fonologi ialah kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa bahasa yang terhasil melalui mulut manusia. Fonologi lazimnya dibahagikan dibahagikan kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fon fonemik emik.. Fonetik Fonetik meng mengkaji kaji bun bunyi yi bah bahasa asa dari dari seg segii cara cara pen pengelu geluara arannya nnya,, daerah dae rah pengeluar pengeluaranny annyaa dan sifat fizikalnya fizikalnya.. Fonemik Fonemik ialah cab cabang ang fonologi fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Pandangan yang ini, digambarkan dalam rajah di bawah, menjadi pegangan kita. FONETIK FONOLOGI FONEMIK
Di Barat, kajian tentang fonologi telah bermula sejak awal tahun 1800 apabila para ahli bahasa memulakan kajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yangg berkait yan berkaitan. an. Namun Namun dem demikia ikian, n, pen penumpu umpuan an bid bidang ang fono fonologi logi mode modenn lebih lebih menekankan aspek sebutan, dan seterusnya meneliti aspek fizikal artikulasi sebutan yang sebenarnya. 1
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan konsep fonetik dan fonologi; 2.membanding beza antara bidang kajian fonetik dan fonologi; 3.menerangkan matlamat sebutan baku bahasa Melayu; 4.menerangkan pelaksanaan sebutan bahasa baku bahasa Melayu. KERANGKA TAJUK-TAJUK
Fonetik dan Fonologi
Konsep fonetik dan fonologi serta perbezaannya
1.0
Matlamat sebutan baku bahasa Melayu
Pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu
KANDUNGAN IS ISI
Kandu Kandung ngan an isi isi un untu tukk topik topik ini ini melipu meliputiti hu hurai raian an tenta tentang ng kon konse sepp fon fonet etik ik da dann fonologi, matlamat sebutan baku bahasa Melayu dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu.
1.1 Definisi
Apakah yang dimaksudkan dengan fonologi? fonologi? Fonologi (daripada Greek: Greek: φωνή, φωνή, phōnē,
"sua "suara ra,, bu buny nyi" i" da dann λό λόγο γος, ς, lógos, "perk "perkata ataan, an, pe pertu rtutur turan an,, sub subjek jek
perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu 2
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU tentang tent ang bunyi-bu bunyi-bunyi nyi yan yangg berfungs berfungsii dal dalam am sesuatu sesuatu bahasa. bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan. Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berk be rkait aitan an.. Sehubu Sehubung ngan an itu de deng ngan an kata kata lain, lain, fon fonolo ologi gi ialah ialah ilmu ilmu tenta tentang ng perben perbendaha daharaa raann fon fonem em sesebuah sesebuah baha bahasa. sa. Dalam Dalam pen pengka gkajian jian fonetik, fonetik , ahli hli bah ahas asaa
memp me mpel elaj ajar arii
baga ba gaim iman anaa
buny bu nyii-bu buny nyii
fone fonem m
sebu se buah ah
baha ba hasa sa
direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tuhuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa. Fonetik (daripada perkataan Yunani φωνή ( phonê phonê) "bunyi" atau "suara") ialah kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Ia berkaitan dengan sifat fizikal bunyi (fon ( fon), ), serta proses penghasilan penghasilan fisiologi, fisiologi, penerimaan penerimaan auditori, dan persepsi neurofizikal. Ilmu fonetik mula dikaji seawal 2,500 tahun lalu di India purba, purba, berikutan catatan Pāṇini mengenai tempat dan kelakuan penghasilan bunyi bagi bunyi konsonan di dalam buku bertarikh abad ke-5 SM dalam Bahasa Sanskrit. Sanskrit . Sistem huruf Indik utama hari ini menyusun huruf konsonan mengikut klasifikasi Pāṇini. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengka men gkajiji sist sistem em bun bunyiyi- bun bunyi yi yan yangg tert tertentu entu dalam per pertutu tuturan, ran, khu khusus sus bag bagii sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang menyatakan “the study of the systematic organization of selected speech sounds in the spoken form of individual language has variously been called phonology”.
Menurut Dal bor, salah seorang ahli linguistik Barat, “phonology is the study of the function and patterning of speech sounds“ yang
bermaksud “fonologi ialah
kajia ka jiann ten tenta tang ng fun fungsi gsi da dann pe penco ncora rakan kan da dalam lam bu buny nyii ya yang ng be berma rmakn knaa yan yangg diucapkan oleh manusia”. 3
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bagi Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyi-bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik berusaha menemukan kebenaran-kebenaran umum dan memf me mfor ormu mula lassik ikan an
huku hu kumm-hhuk ukum um
umum um um
tent te ntan angg
buny bu nyii-bbun unyi yi
itituu
dann da
pengucapannya, manakala sebagai kemahiran, fonetik memakai data deskriptif dasar das ar dari daripada pada fone fonetik tik ilmia ilmiahh bag bagii memb memberi eri kemu kemungki ngkinan nan pen pengena genalan lan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu. Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985). Menu Me nuru rutt ah ahlili lilinngu guis istitikk Ke Kens nsto towi wicz cz da dann Ki Kiss sser erbe bert rthh (1 (197 979) 9) fo fone netitikk ditafsirkannya sebagai “the study of the sounds human beings employ when speaking speaki ng a langu language age is phonet phonetics” ics” yang
bermaksud “pengkajian tentang bunyi-
bunyi oleh manusia yang kita gunakan semasa bertutur ialah fonetik”. Para Para
peng pe ngka kajiji
fono fonolo logi gi
meng me nggu guna nakkan
isti istila lahh-is istitila lahh
tekn teknik ikal al
ketitika ke ka
menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah, bunyi-bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, konsonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit bunyi fonetik dinamakan fon dan diberi lambang tertentu dalam kurungan siku. Contohnya [o]. Satu unit bunyi fonem
diberi lambang hampir sama dengan huruf dan ditulis dalam garis miring.
Contohnya /o/. Huruf pula, seperti yang kita ketahui, tidak diapit oleh sebarang tand tandaa ba baca ca.. (Fon (Fonem em iala ialahh un unitit bu buny nyii yang yang lebi lebihh be besa sarr da dari ripa pada da fon fon da dann mempunya mempunyaii fun fungsi gsi tertentu tertentu dalam dalam sesuatu sesuatu bah bahasa. asa.)) Laz Lazimny imnyaa fon fonetik etik dikaji dikaji seca secara ra be beras rasing ingan an.. Hal ini ini de demik mikian ian keran keranaa bida bidang ng fonet fonetik ik ama amatt rumit rumit da dann bersifat teknikal. Fonetik ialah ilmu yang mengkaji bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Ruang lingkup fonetik 4
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan bunyi dan pengelasan. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. 1.1.1 Fonetik Artikulasi
Cabang ini mengkaji tentang cara penghasilan bunyi bahasa dan bahagianbahagian (artikulator) yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur (artikulator), seperti lidah, bibir, lelangit keras, lelangit lembut, anak tekak, dan sebagainya.
1.1.2 Fonetik Akustik
Cabang ini mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan di sini ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektrogram dan osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
1.1.3 Fonetik Auditori
Cabang ini mengkaji tentang cara bunyi bahasa ditanggapi oleh pendengar melalui pendengaran dan diterjemahkan (persepsi) oleh otak. Proses ini adalah proses yang paling kompleks dalam kajian fonetik kerana proses ini melibatkan kajian yang bersifat mujarad.Dari ketiga-tiga cabang ini, fonetik artikulasi adalah cabang yang paling diberi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran fonetik di Malaysia. Dua cabang lagi, iaitu fonetik akustik dan fonetik auditori agak kurang diberi perhatian kerana tiadanya peralatan dan kepakaran yang menyebabkan kesukaran untuk pengajaran.
5
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 1.2 Perbezaan Fonetik dan Fonologi
Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak.
Fonetik pula
bermaksud bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan ia memberi lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Perbezaan antara kedua-dua bidang kajian ini dapat dijelaskan menerusi jadual berikut:
Fonetik
Fonologi
Fenomena bunyi atau pertuturan
Mengkaji sistem bunyi-bunyi tertentu
manusia seluruhnya.
dalam
pertuturan
bagi
sesuatu
bahasa. Input kepada kajian linguistik tinggi, Asas kepada kajian fonologi. Tidak dapat memerikan seluruh
iaitu morfologi dan sintaksis. Dapat merumuskan, menghuraikan
bunyi yang dihasilkan oleh manusia,
dan menjelaskan segala bentuk bunyi
tidak
segala
dalam sesuatu bahasa secara teliti
variasi bunyi tersebut dan tidak
dan terperinci dengan tujuan untuk
dapat menghuraikan sistem bunyi
menentukan peraturan dan bentuk
semua bahasa yang dituturkan oleh
bunyi secara spesifik.
dapat
menghalusi
manusia dengan sempurna. (Siti Hajar Abd. Aziz, 2008: 90) 1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang fonetik artikulasi, fonetik akustik, dan fonetik auditori. 2. Banding beza bahan tersebut, kemudian bentangkan di dalam kelas anda. 1.3 Matlamat Sebutan Baku Bahasa Melayu 6
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu sekarang sudah berusia lebih 2000 tahun (Asmah,1999). Jika dilihat dari sudut usianya bahasa Melayu sudah boleh dikelaskan sebagai bahasa yang mantap dan kukuh. Ini boleh dilihat daripada peranannya sebagai bahasa rasmi bagi negara kita, alat komunikasi dalam urusan rasmi dan tidak rasmi. Peranan bahasa Melayu dalam bidang pendidikan pula tidak perlu dipertikaikan lagi, ia merupakan bahasa ilmu dan asas kepada perpaduan negara. Keyakinan negara dalam meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah kerana bahasa ini sudah ada sistemnya yang tersendiri seperti ditulis oleh Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail, 2008 bahawa: ”Bahasa Melayu adalah bahasa yang mempunyai struktur dan bersistem, dengan asas yang padu dan kukuh ini, bahasa Melayu jelas sekali telah diperlengkapkan sebagai bahasa intelek dengan wibawa yang kukuh ”. Namun sebagai bahasa yang hidup
dan berkembang, bahasa Melayu
khususnya bahasa Melayu baku menempuh banyak proses sejak zaman kesultanan Melayu lagi sehingga pada masa ini. Kini, bahasa Melayu baku menghadapi cabaran dan tekanan ekoran arus pemodenan dan globalisasi. Penggiat bahasa risau, pendidik bimbang apatah lagi pejuang bahasa yang melihat kian hari bahasa Melayu kian tersisih. Kegagalan meletakkan bahasa Melayu ditempat yang sewajarnya memberi kesan kepada perlaksanaan bahasa Melayu baku dengan jayanya. Bahasa baku ialah bahasa standard, mempunyai struktur yang lengkap dan sempurna dari segi sistem ejaan, tatabahasa, dan kosa kata. Bahasa Melayu baku mempunyai keseragaman dalam empat sistem yang utama iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Sebutan baku pula mencakup aspek fonologi sahaja. Menurut Awang Sariyan (2004), sebutan baku di Malaysia telah ditetapkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Ke-3 (1956) yang memutuskan bahawa sebutan baku ialah sebutan fonemik (berdasarkan 7
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU ejaan) bukan berdasarkan kelaziman sebutan menurut dialek Riau-Johor. Pelaksanaan sebutan baku di institusi pendidikan khususnya sekolah berjalan serentak dengan KBSM (1988). Tujuan pembakuan bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: i.
Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
ii.
Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
iii.
Untuk memantapkan sistem dan struktur dalaman bahasa Melayu, supaya sistem sebutannya menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras bahasa.
iv.
Secara khusus, untuk menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur serta mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah
1.4 Pelaksanaan Sebutan Baku Bahasa Melayu
Menurut Awang Sariyan (1988:6), ahli- ahli bahasa telah bersependapat tentang dasar sebutan baku Bahasa Melayu iaitu sebutan bagi kata bahasa Melayu hendaklah berdasarkan sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Perkara ini adalah bertepatan dengan keterangan K.L pike dalam bukunya Phonemics (1943:57) iaitu ”Kata-kata dieja sebagaimana diucapkan dan diucapkan sebagaimana dieja, dan tidak ada huruf yang senyap”. Garis panduan dasar umum tentang sebutan baku bahasa Melayu adalah seperti berikut :
8
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan Huruf :
Pada umumnya, setiap huruf dalam ejaan Rumi atau Jawi
perlulah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkan. Sebutan Kata: Sebutan
kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan
dan juga berdasarkan bentuk kata (pola pada suku kata) sama ada kata dasar atau kata terbitan. Intonasi:
Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu
bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Huruf dan fonem vokal ‘a’ Sebutan Baku
Vokal ‘a’ dilafazkan dengan [ a ] pada bahagian mana pun ia terletak sama ada terbuka, tertutup, di tengah atau di akhir kata.Ini bermakna vokal ‘a’ disebut seperti mana dieja dan dieja seperti mana dilafazkan. Contoh: Huruf Vokal a
Fonem/ bunyi [a]
Ejaan saya
Sebutan [sa ya]
berapa
[be ra pa]
apa
[a pa]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘i’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘i’ perlu dibunyikan dengan [ i ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘i’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘i’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [e]. Contoh: 9
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor Riau
Alih
[a lih]
[ a leh]
Mukim
[mu kim]
[mu kem]
Hasil
[ha sil]
[ha sil]
Fonem vokal yang dilambangkan dengan huruf ‘u’.
Mengikut sebutan baku fonem vokal ‘u’ perlu dibunyikan dengan [ u ], sama ada terletak pada suku kata akhir terbuka dan suku kata tertutup. Ini bermaksud vokal ‘u’ perlu dibunyikan seperti mana dieja. Sebutan Johor-Riau bagi fonem vokal ‘u’ pada suku kata tertutup dibunyikan dengan [o]. Contohnya: Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau
Betul
[be tul]
[ be tol]
Lanun
[la nun]
[la non]
tutup
[tu tup]
[tu top)
Penyebutan Kata Terbitan
Kata terbitan mengikut garis panduan dasar umum tentang sebutan baku Bahasa Melayu hendaklah dilafazkan berdasarkan pola ejaan KV , KV + KV , KVK , KVK + KVK. Kata terbitan dengan imbuhan awalan Ejaan
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau
Pengajar
[pe nga jar]
[pe nga ja]
Pengedar
[pe nge dar]
[pe nge da]
Terasa
[te ra sa]
[te ra sé]
Berlari
[ber la ri]
[ber la ri]
terangkat
[ter ang kat]
[ter ang kat]
Kata terbitan bahasa Arab, Indonesia dan Inggeris
10
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Kata serapan Bahasa Arab , Indonesia dan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu dibunyikan seperti sebutan baku Bahasa Melayu. Ejaan Standard
Sebutan baku
Sebutan Johor-Riau
Anda
[an da]
[an da]
Merdeka
[mer de ka]
[mer de ka]
[bang sa]
[bang sé]
Fatwa
[fat wa]
[fat wa]
Takwa
[tak wa]
[tak wa]
[mak na]
[mak né]
[fra sa]
[fra sa]
[dra ma]
[dra ma]
i) Bahasa Indonesia Sama bunyi
Berbeza bunyi
Bangsa ii) Bahasa Arab
Sama bunyi
Beza bunyi
Makna iii) Bahasa Inggeris
Frasa drama
1.5 Intonasi dalam Bahasa Melayu
11
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah berdasarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata biasa, ayat tanya, ayat perintah, ayat terbalik atau songsang atau ayat pasif dan seumpamanya. Intonasi bahasa Melayu dapat dikenali dan digayakan dengan empat tingkat nada yang biasa ditandai dengan angka 1, 2, 3 dan 4. Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 menandai nada yang paling tinggi. Nada 2 memulakan ujaran dan nada 3 merupakan nada tekanan. Intonasi bahasa Melayu mempunyai hubungan yang rapat dengan sintaksis, iaitu dapat membezakan jenis dan bentuk ayat. Intonasi wujud dalam bahasa Melayu bagi menandai dan memisahkan frasa yang pelbagai jenis dan bentuknya. Ada beberapa fungsi intonasi. Antaranya: i.
Fungsi emosional: Untuk menyatakan pelbagai makna sikap, seperti kegembiraan,
kebosanan,
kemarahan,
kekejutan,
keakraban,
kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain. ii.
Fungsi gramatis: Untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan seumpamanya.
iii.
Fungsi struktur informasi: Untuk memberikan sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumi dalam makna sesebuah ujaran iaitu dengan menekankan kata yang membawa makna tersebut.
iv.
Fungsi tekstual: Untuk membentuk nada dan gaya suara yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.
v.
Fungsi psikologi: Untuk membantu menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan dalam ucapan.
vi.
Fungsi ‘indexical’: Untuk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau sarjan tentera. 12
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Sebutan bagi Nama Khas
Nama orang di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan orang yang empunya nama atau kebiasaan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan
Sebutan
Muhammad Hatta James Bond Nelson Mandela Lim Keng Yaik Boutros Boutros-Ghali
[mu.ham.mad hat.ta] [jéms bÕnd] [nẼl.sen man.dé.la] [lim kéng yék] [but.ros but.ros gha.li]
Nama tempat di Malaysia atau di luar Malaysia dilafazkan menurut kebiasaan sebutan setempat atau kebiasaan antarabangsa. Contohnya: Ejaan
Sebutan
Selangor Darul Ehsan Bosnia-Herzegovina Pyongyang New Zealand Sunway Lagoon
[se.la.ngor da.rul éh.san] [bos.nia her.ze.go.vi.na] [pyong.yang] [niu zi.lẼnd] [sun.wéi le.gun]
13
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Nama Khas yang lain yang mengandungi atau tidak mengandungi nama orang atau nama tempat dilafazkan menurut sistem sebutan baku bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan
Sebutan
Bank Bumiputera Radio Televisyen Malaysia Universiti Teknologi Malaysia Agensi Pengiklanan Multimedia
[baângk bu.mi.pu.te.ra] [ra.dio té.lé.vi.syen me.lé.sia] [u.ni.ver.si.ti ték.no.lo.gi me.lé.sia] [a.gén.si pe.ngi.la.nan mul.ti.mé.dia] atau [a.gén.si peng. Öik.la.nan mul.ti.mé.dia]
Akronim atau singkatan yang terbentuk sebagai kata (dalam bahasa Melayu atau bukan bahasa Melayu) dilafazkan dengan dua cara iaitu (i) cara sebutan akronim menurut cara pemenggalan suku kata ejaan, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan
Sebutan
Felda
[fél.da] atau ( Federal Land Development Authority )
UNESCO
(Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) [yu.nés.ko] atau ( United Nations Educational, Scientific and
UMNO
Cultural Organization ) [am.no] atau (United Malays National Organization )
tadika ADUN Plus
(Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu) [ta.di.ka] atau (taman didikan kanak-kanak) [a.dun] atau (Ahli Dewan Undangan Negeri) [plus] atau (Projek Lebuh Raya Utara-Selatan)
Akronim yang tidak berbentuk kata dan singkatan jenis inisialisme dalam ejaan Rumi dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan singkatan menurut bunyi huruf Rumi, atau (ii) cara sebutan ungkapan atau nama yang penuh. Contohnya: Ejaan
Sebutan
DBP TLDM JKKK
[di.bi.pi] atau (Dewan Bahasa dan Pustaka) [ti.él.di.ém] atau (Tentera Laut Diraja Malaysia) [jé.ké.ké.ké] atau (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan 14
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
RTM PLO
Kampung) [ar.ti.ém] atau (Radio Televisyen Malaysia) [pi.él.o] atau ( Palestinian Liberation Organization ) (Pertubuhan Pembebasan Palestin)
BACAAN TAMBAHAN
Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan. (1988). Sebutan Baku Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik . Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.
Mengapakah bahasa baku diperkenalkan di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia? Apakah halangan yang akan timbul sekiranya setiap ahli di dalam masyarakat menggunakan dialek atau loghat masing-masing?
15
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 2
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis alat-alat artikulasi yang terlibat untuk menghasilkan ujaran. Tumpuan khusus diberi kepada alat-alat artikulasi vokal yang digunakan untuk menghasilkan bunyi vokal. HASIL PEMBELAJARAN
(i)
Mengenal pasti definisi artikulasi dan artikulator.
(ii)
Mengenal pasti alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal
(iii)
Menghuraikan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal
KERANGKA TAJUK-TAJUK
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
DEFINISI ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1
16
ALAT-ALAT ARTIKULASI VOKAL
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2.0
KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi dan jenis-jenis alat-alat artikulasi dan artikulasi vokal. 2.1
Definisi Artikulasi dan Artikulator
Untuk pengetahuan anda, artikulasi atau alat pertuturan merupakan alat-alat yang terlibat dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Alat-alat ini sebenarnya mempunyai tugas-tugas asas, iaitu mengunyah makanan, menelan dan menghembus nafas. Oleh itu, tugas alat-alat ini saling bertindih termasuklah tugas menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. 2.2
Alat-Alat Artikulasi
Tahulah anda bahawa, alat-alat artikulasi meliputi artikulator dan daerah artikulasi?. Artikulator merupakan bahagian alat pertuturan yang boleh digerakgerakkan, iaitu lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut, manakala daerah artikulasi ialah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Daerah artikulasi ialah bahagian alat pertuturan di atas rongga mulut yang tidak boleh digerak-gerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Rajah 1 menunjukkan kedudukan alat-alat artikulasi manusia seperti bibir (atas dan bawah), gigi, 17
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU lelangit, anak tekak, lidah, dan rongga hidung (Nor Hashimah Jalaluddin, 1998:16-17)
Kedudukan Artikulator
Daerah Artikulasi 1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok
Rajah 2.2: Alat-Alat Artikulasi
2.3
Alat-Alat Artikulasi Vokal
Anda perlu mengetahui bahawa, Sistem Ejaan Rumi mempunyai lima huruf vokal yang digunakan untuk melambangkan enam fonem vokal atau bunyi vokal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, i, o, dan u. Alat-alat artikulasi vokal meliputi rongga mulut, iaitu bahagian lidah dan keadaan bibir. Bunyi vokal terhasil apabila udara yang dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan. Jenis-jenis bunyi vokal dapat ditentukan berdasarkan kedudukan bahagian lidah, ruang udara antara bahagian lidah yang berkenaan dan keadaan bibir. Kedudukan lidah dapat dibahagikan kepada empat peringkat, iaitu tinggi , separuh tinggi , separuh 18
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU rendah
dan rendah. Selaras dengan kedudukan bahagian lidah itu, ruang udara
dapat dibahagikan kepada empat juga, iaitu sempit , separuh sempit , separuh luas
dan luas. Bahagian lidah yang terlibat pula terbahagi kepada tiga bahagian,
iaitu depan, tengah dan belakang lidah seperti yang ditunjukkan dalam linguagram
(gambar lidah) yang berikut: Depan hampar
Tengah neutral
Tinggi (sempit) i
Belakang bundar u
Separuh tinggi e (separuh sempit) Separuh rendah (separuh luas)
o
ε
Rendah (luas) a
Rajah 2.3: Bahagian Lidah
Seterusnya, keadaan bibir terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu neutral , hampar dan bundar . Dalam Bahasa Melayu standard terdapat enam jenis
vokal
yang dapat dihasilkan, iaitu [i, e, a, o, u, ≅] dan dua vokal tambahan dalam dialek Melayu, iaitu [ε] dan [ Ο]. Bunyi-bunyi [ε] dan [ Ο] merupakan bentuk sebutan harian dan juga perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris, seperti beg dan bos.
Layari internet untuk melihat pergerakan bibir ketika menyebut bunyi
vokal Bahasa Melayu.
Keadaan Bibir semasa menghasilkan vokal hadapan, bibir terhampar.
Keadaan bibir semasa menghasilkan vokal belakang, bibir bundar 19
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Rajah 2.4: Keadaan Bibir AKTIVITI
Secara berpasangan, berdasarkan rajah di bawah, labelkan alat-alat artikulasi yang digunakan untuk menghasilkan bunyi bahasa.
i._______________________________
vii.__________________________
ii._______________________________
viii.__________________________
iii.______________________________
ix.___________________________
iv.______________________________
x.___________________________
v._______________________________
xi.___________________________
vi.______________________________
xii.___________________________
20
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
1. Nyatakan perbezaan antara artikulasi dan artikulator. 2. Nyatakan alat-alat artikulasi yang terdapat untuk kedudukan artikulator dan daerah artikulasi.
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan.
(1980) .
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia .
Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .
Kuala Lumpur:
Penerbitan PTS Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah Jalaluddin (1998). Asas Fonetik . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Raja Mukhtaruddin Raja Dain. (1982). Ilmu Fonetik dan Linguistik . Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.
TAJUK 3
ARTIKULASI DAN ARTIKULATOR
21
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan artikulasi diftong dan konsonan yang berfungsi untuk menghasilkan bunyi diftong dan konsonan. Perbincangan turut ditumpukan kepada definisi dan jenis diftong serta konsonan dalam Bahasa Melayu. HASIL PEMBELAJARAN
(i)
Mengenal pasti definisi diftong dan konsonan
(ii)
Mengenal pasti jenis-jenis diftong dan konsonan Bahasa Melayu
(iii)
Menghuraikan artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu
KERANGKA TAJUK-TAJUK
DIFTONG DAN KONSONAN
DEFINISI DAN JENIS DIFTONG SERTA KONSONAN
ARTIKULASI DIFTONG
Rajah 3.1: Kerangka Tajuk 3
3.0
KANDUNGAN ISI
22
ARTIKULASI KONSONAN
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis diftong dan konsonan serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. 3.1
Definisi Diftong dan Konsonan
Tahukah anda, menurut Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu (Marzukhi Nyak Abdullah,1997:63), diftong (diphthong) ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut sebagai satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai , dan [au] dalam [pulau] pulau?. Konsonan pula ialah semua bunyi selain vokal yang dihasilkan dengan melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejapsekejap (Abdullah Hassan,2006:44).
3.2
Jenis-Jenis Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
Anda perlu mengetahui bahawa, Bahasa Melayu mempunyai tiga bunyi diftong, iaitu [ai], [au] dan [oi]. Diftong boleh membentuk suku kata seperti dalam perkataan [# tupai #], [# panau #] dan [# amboi #]. Keadaan sebegini membezakan diftong daripada deretan vokal contohnya, mengenai (Abdullah Hassan, 2006:42). Bunyi konsonan pula dapat dihuraikan berdasarkan cara penghasilannya, sama ada letupan, letusan, sengauan, geseran dan sebagainya, serta titik artikulasi atau daerah sebutannya,
seperti dua bibir, gigi-gusi, lelangit keras,
lelangit lembut, anak tekak dan lain-lain.
3.3
Artikulasi Diftong dan Konsonan Bahasa Melayu
23
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Tahukah anda bahawa, bunyi diftong bersifat satu suku kata yang melibatkan alat artikulasi lidah?. Diftong Bahasa Melayu terdiri (i) diftong biasa, iaitu gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai , dan [a υ] dalam [pula υ] pulau,
(ii) diftong lebar yang melibatkan perubahan yang luas pada kedudukan
lidah contohnya, [ai] dalam [pantai], (iii) diftong menurun, iaitu diftong yang puncak kenyaringannya jatuh pada vokal pertama contohnya, [ai] dalam [pandai] pandai dan
(iv) diftong sempit, iaitu diftong yang melibatkan perubahan yang
sempit pada kedudukan lidah contohnya, [oi] dalam [sepoi] sepoi . Kedudukan alat artikulasi lidah ketika menyebut bunyi diftong adalah seperti berikut:
Rajah 3.2: Kedudukan Lidah Untuk Bunyi Diftong
Seterusnya, anda juga perlu mengetahui bahawa, konsonan Bahasa Melayu meliputi bunyi letupan, letusan, sengauan, sisian, geseran, malaran dan getaran. Hentian sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letupan (plosif). Udara yang dilepaskan daripada paru-paru akan mengalami sekatan sepenuhnya sama ada di bahagian bibir, lelangit keras, lelangit lembut atau pita suara. Kemudian udara akan dilepaskan serta-merta dan akan terhasillah bunyi letupan.
Bunyi Letupan 24
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Fon
[p] [b] [t] [d] [k] [g] [?]
Awal Akhir [pulau] [atap] [bumi] [rəbab] [talam] [liat] [datu?] [kad] [kata] * [garau] [bεg]
**
[ana?]
*bunyi [k] tidak dapat hadir pada akhir suku kata dalam bahasa Melayu. **bunyi [?] adalah variasi kepada bunyi [k] dan hadir pada akhir suku kata dalam Bahasa Melayu.
Sekatan sepenuhnya dapat menghasilkan bunyi letusan (afrikat). Bunyi ini dihasilkan dengan cara menyekat arus udara sepenuhnya yang dilepaskan oleh paru-paru. Kemudian arus udara itu dilepaskan perlahan-lahan. Ada juga pendapat yang menyatakan bunyi afrikat ini adalah hasil gabungan dua bunyi, iaitu bunyi [t] digabungkan dengan bunyi [š] untuk menghasilkan bunyi [č], manakala bunyi [d] pula digabungkan dengan bunyi [ž] untuk mendapatkan bunyi [j].
Satu lagi bentuk sekatan yang dilakukan sepenuhnya akan mengeluarkan bunyi sengauan (nasal) yang dihasilkan dengan cara menurunkan anak tekak (uvula) untuk menutup rongga mulut (oral). Ini menyebabkan udara yang dilepaskan dari paru-paru akan melalui rongga hidung dan terhasillah bunyi nasal [m], [n], [ Ν], dan [ϑ].
Hentian sebahagian pula akan menghasilkan bunyi sisian, geseran (frikatif) dan malaran. Bunyi sisian dalam bahasa Melayu dihasilkan dengan melakukan penyekatan terhadap arus udara yang dilepaskan oleh paru-paru di bahagian lelangit keras oleh hujung lidah menyebabkan udara hanya melalui kawasan sisi di kiri dan kanan rongga mulut. Ini menghasilkan bunyi [l].
25
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan saluran udara supaya udara yang melaluinya bergeser dan kedengaran bunyi berdesis. Bunyi geseran dalam bahasa Melayu ialah [f], [v], [s], [z], [š], dan [h].
Untuk menghasilkan bunyi malaran, kedudukan artikulator adalah seperti menghasilkan bunyi geseran tetapi geseran yang dihasilkan adalah terlalu lemah. Bunyi malaran juga sama seperti untuk menghasilkan bunyi vokal, dan sesetengah ahli fonetik menamakannya bunyi separuh vokal. Bunyi malaran dalam bahasa Melayu ialah [w] dan [y].
Bentuk sekatan udara yang ketiga ialah hentian sekejap-sekejap. Bentuk ini menghasilkan bunyi getaran. Udara yang dilepaskan oleh paru-paru disekat dengan menggetarkan hujung lidah di lelangit keras. Dalam bahasa Melayu hanya terdapat satu bunyi getaran, iaitu [r].
Bunyi Letusan [č] [cawan] [j] [jam] [ca j]
[mač]
Bunyi Sengauan [m] [muda] [cium] [n] [niat] [jalan]
[Ν] [ ϑ]
[ΝaΝa] [ϑaϑi] *
*Bunyi [ϑ] tidak dapat hadir pada akhir suku kata
Bunyi Sisian [l] [lalu] [awal]
26
[bujaΝ]
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Bunyi Geseran [f] [f aseh] [alaf ] [v] [vεn] * [s] [sarat] [awas] [z] [zat] [lafaz] [š] [šarat] [skua š] [h] [harta][sah]
Bunyi Getaran [r] [r asa] [siar ]
Bunyi konsonan terbahagi kepada bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara. Bunyi bersuara dihasilkan dengan menggetarkan pita suara, seperti bunyi [b], [d], [g], [m], [n], [r], [l], [w], dan [y]. Sebaliknya pita suara tidak digetarkan untuk menghasilkan bunyi tidak bersuara, seperti bunyi [p], [t], [k], [f], [s], dan [h].
Konsonan pinjaman Bahasa Melayu terdiri daripada (i) Geseran bibirgigi tak bersuara , bersuara, bersuara
(ii) Geseran bibir-gusi bersuara, (iii) Geseran gigi tak
(iv) Geseran gigi bersuara, (v) Geseran lelangit lembut tak dan (vi) Geseran lelangit lembut bersuara .
Ketika mengeluarkan geseran bibir-gigi tak bersuara, bibir bawah dirapatkan kepada gigi atas supaya membuat sempitan untuk udara keluar. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [fiker] ‘fikir’, [hafal] ‘hafal’, dan [ma af] ‘maaf’. Cara ?
mengeluarkan geseran bibir-gusi
bersuara pula sama
dengan
cara
mengeluarkan geseran [f]. Perbezaannya ialah, pita suara tidak digetarkan. Contoh sebutan: [v Οkal] ‘vokal’, [vərsi] ‘versi’, dan [univərsiti] ‘universiti’.
27
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Penghasilan geseran gigi tak bersuara ini menunjukkan daun lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [ θalaθa] ‘Selasa’ ( thalatha), [iθnen] ‘Isnin’ (I thnin), dan [hade θ] ‘hadis’ (hadi th). Cara mengeluarkan geseran gigi bersuara pula, sama dengan cara mengeluarkan geseran gigi tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ð] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ðalem] ‘zalim’ (dzalim), dan [haðer] ‘hadir’ (hadzir).
Ketika menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara, belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut supaya membuat satu sempitan. Lelangit itu sendiri dinaikkan rapat kepada belakang rongga tekak. Udara dikeluarkan dari paruparu dan dibiarkan bergeser pada sempitan di daerah lelangit itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh sebutan: [xabar] ‘khabar’, [axbar] ‘akhbar’, dan [axer] ‘akhir’.
Akhirnya, penghasilan geseran lelangit lembut bersuara menunjukkan persamaan dengan cara menghasilkan geseran lelangit lembut tak bersuara. Perbezaannya ialah, ketika mengeluarkan bunyi [ 7] pita suara digetarkan. Contoh sebutan: [ 7aeb] ‘ghaib’, [lo 7at] ‘loghat’, dan [bale 7] ‘baligh’. Menurut Raja Mukhtaruddin (1965:44), bunyi ini sebenarnya terdapat dalam pertuturan orang Melayu ketika menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti orang [ Ο7aΝ] dan [ba7aΝ] sebagai kelainan kepada getaran gusi [r].
28
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
AKTIVITI
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap jenis diftong Bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza. Berikan juga sepuluh contoh perkataan
yang mengandungi diftong dialek Melayu yang berbeza. (Beri
contoh daripada beberapa dialek yang berbeza.
LATIHAN
1. Nyatakan jenis bunyi konsonan dan diftong untuk perkataan yang bergaris berikut: (i) ghairah
(vi) balai
(ii) cabar
(vii) laut
(iii) masyhur
(viii) sepoi
(iv) dekad
(ix) tekukur
(v)
(x) sarat
pulau
2. Beri satu contoh perkataan untuk keenam-enam jenis konsonan pinjaman yang telah anda pelajari.
BAHAN BACAAN
29
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Abdullah Hassan. (1980) . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Asmah Hj Omar. (1977). Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 4
HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU 30
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis huruf yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Huruf-huruf tersebut meliputi huruf vokal, konsonan dan diftong. Huruf konsonan pula diperincikan kepada konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. HASIL PEMBELAJARAN
(i) (ii)
Mengenal pasti definisi dan jenis huruf dalam Bahasa Melayu Menghuraikan jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu
(iii)
Membandingkan jenis-jenis huruf konsonan dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
HURUF-HURUF DALAM BAHASA MELAYU
DEFINISI HURUF VOKAL, KONSONAN DAN DIFTONG DALAM BAHASA MELAYU
JENIS-JENIS HURUF VOKAL, KONSONAN DAN DIFTONG BAHASA MELAYU Rajah 4.1: Kerangka Tajuk 4
4.0
KANDUNGAN ISI
31
KONSONAN ASAL, PINJAMAN, GANDINGAN DAN RANGKAP BAHASA MELAYU
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis huruf vokal, konsonan dan diftong dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada jenis-jenis konsonan dalam Bahasa Melayu, iaitu konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap serta artikulasi diftong dan konsonan Bahasa Melayu. 4.1
Definisi Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa huruf ialah lambang dalam sistem bunyi bahasa yang daripadanya sesuatu perkataan dalam tulisan dibentuk? (Marzukhi Nyak Abdullah, 1977:42). Seperti yang telah dipelajari, bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalami sekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh
pengaruh lidah, keadaan rongga mulut dan bentuk bibir.
Konsonan pula
ialah bunyi yang dihasilkan dengan melakukan sekatan
terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap. Diftong pula terhasil daripada gabungan bunyi vokal. Dengan perkataan lain, diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi vokal, iaitu satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain (Abdullah Hassan,2006:44). 4.2
Jenis-Jenis Huruf Vokal, Konsonan dan Diftong Bahasa Melayu
Anda perlu mengetahui bahawa dalam Bahasa Melayu terdapat enam huruf vokal, iaitu huruf a, i, u, e pepet, e taling dan o. Rajah 4.2 di bawah menunjukkan huruf dan fonem (bunyi bahasa) dalam Bahasa Melayu.
Huruf Vokal
Fonem / Bunyi
Ejaan 32
Sebutan
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU a e taling e pepet i o u
[a] [é] [e] [i] [o] [u]
ada semak selak bilik botol duduk
[a.da] [sé.mak] [se.lak] [bi.lik] [bo.tol] [du.duk]
Rajah 4.2: Huruf dan Fonem Vokal Bahasa Melayu
Seterusnya dalam Bahasa Melayu juga, terdapat 27 fonem atau bunyi konsonan yang ditunjukkan dalam rajah 4.3 di bawah.
Huruf Konsonan
Fonem / Bunyi
Ejaan
Sebutan
b c d f g gh h j k
kh l m n ng ny p q r s sy t v w x
[b] [c] [d] [f] [g] [gh] [h] [j] (1)[k] (2) ? (3) (4)[q] [kh] [l] [m] [n] [ng] [ny] [p] [q] [r] [s] [sy] [t] [v] [w] [z]
bola catat dada fakir gabus ghazal harga jaga kala kapak nikmat kadi khairat lalai madah nafkah ngeri nyala papar qari rapat saham syirik tajam virus wajah xylem
[bo.la] [ca.tat] [da.da] [fa.kir] [ga.bus] [gha.zal] [har.ga] [ja.ga] [ka.la] [ka.pa?] [ni mat] [qa.di] [khai.rat] [la.lai] [ma.dah] [naf.kah] [nge.ri] [nya.la] [pa.par] [qa.ri] [ra.pat] [sa.ham] [syi.rik] [ta.jam] [vi.rus] [wa.jah] [zi..lem]
y
[y]
yuran
[yu.ran]
33
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU z
[z]
zapin
[za.pin]
Rajah 4.3: Huruf dan Fonem Konsonan Bahasa Melayu
Bahasa Melayu juga menunjukkan tiga bunyi diftong, iaitu ai, au dan oi yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4 di bawah.
Huruf Diftong
Fonem / Bunyi
Ejaan
Sebutan
ai au oi
[ai] [au] [oi]
pantai pulau sepoi
[pan.tai] [pu.lau] [se.poi]
Rajah 4.4: Huruf dan Fonem Diftong Bahasa Melayu
4.3
Konsonan Asal, Pinjaman, Gandingan dan Rangkap Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis konsonan yang berbeza dalam Bahasa Melayu? Konsonan tersebut ialah konsonan asal, pinjaman, gandingan dan rangkap. Konsonan gandingan dan rangkap turut dikenali sebagai huruf gabung dan konsonan gabungan (Nik Safiah Karim et.al. 2006). Bacalah modul ini seterusnya untuk memahami ketiga-tiga jenis konsonan tersebut. Terdapat 18 fonem konsonan asal Bahasa Melayu. Sebenarnya terdapat 19 bunyi (fon) tetapi bunyi [?] dianggap variasi kepada bunyi [k] di akhir suku kata. Daripada segi cara sebutan, seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5 di bawah, konsonan asal Bahasa Melayu terbahagi kepada tujuh, iaitu letupan, letusan, geseran, getaran, sisian, sengauan dan separuh vokal.
34
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Daerah Sebutan Cara Sebutan
Letupan Letusan Sengauan Geseran Getaran Sisian Separuh Vokal
t b b t b b b t b b b
r i b i B
i s u G
s a r e K L i s u G
s a r e K t i g n a l e L
t u b m e L t i g n a l e L
a r a u S a t i P
1
2
3
4
5
6
p
t
k
b
d
g č j
m
n
ϑ
f
s
v
z
Ν
Š
x
h
r
b b
?
l w
y
Rajah 4.5: Konsonan Asal Bahasa Melayu Berdasarkan Sebutan
Terdapat sepuluh konsonan pinjaman dalam Bahasa Melayu yang berasal daripada Bahasa Arab melainkan konsonan v. Konsonan v dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Konsonan sy pula yang dipinjam lebih awal daripada Bahasa Arab, digunakan untuk mengeja perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris contohnya, skuasy. Huruf ain seperti dalam perkataan ma’na, digantikan dengan huruf k menjadi makna. Pada tempat lain, huruf ‘i (‘ilmu), ‘a (‘alam), ‘u (‘umur)
digugurkan. Ejaan nama seperti ‘Abdullah, Sa’odah, Nor ‘Aini
sudah ditiadakan. Selain itu, huruf hamzah digugurkan tetapi masih terdapat dalam perkataan seperti Dato’, sebagai darjah kebesaran yang dikurniakan oleh Sultan atau Yang Dipertuan Negeri. 35
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Seterusnya, dalam sistem ejaan lama Bahasa Melayu, terdapat sembilan konsonan gandingan dan rangkap yang digunakan, iaitu kh, gh, ny, ng, sh, ch, dz, dh
dan th. Empat daripadanya dikekalkan penggunaannya hingga kini, iaitu
kh, gh, ny dan ng. Akan tetapi, konsonan gandingan dan rangkap sh
diubah suai
menjadi sy. Selain itu, empat konsonan gandingan dan rangkap ditukar menjadi konsonan tunggal, iaitu ch menjadi c , dz menjadi z, dh menjadi d dan th menjadi s. (Abdullah
Hassan, 2006:95-96).
Sebenarnya jika anda peka, tidak banyak huruf dipinda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu. Hanya konsonan gandingan dan rangkap dikurangkan daripada sembilan kepada lima, iaitu empat kekal, manakala satu berubah satu huruf. Empat lagi konsonan gandingan dan rangkap dijadikan konsonan tunggal untuk memudahkan ejaan. Namun, walaupun huruf berubah, bunyi sebutannya tetap sama.
AKTIVITI
Secara berpasangan, teliti kedudukan vokal dalam Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian senaraikan lima perkataan untuk setiap jenis vokal yang ditunjukkan.
36
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
LATIHAN
1. Teliti kedudukan konsonan Bahasa Melayu berdasarkan rajah di bawah. Kemudian isikan konsonan yang dikosongkan untuk melengkapkan rajah tersebut.
Daerah Sebutan s a r e L i K r i s i b u s t i i g B G u G n a s l a e r e L K
Cara Sebutan
1 Letupan Letusan Sengauan
2 t d
3
5 G
6 ?
č j
b b
ϑ
Geseran Getaran Sisian
4
t u b a m r e a L u t S i g t a n i a P l e L
Ν
h l 37
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU Separuh Vokal
b
w
BAHAN BACAAN
Abdullah Hassan. (1980) . Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia . Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Abdullah Hassan, Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006). Fonetik dan Fonologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Lutfi Abas. (1975). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Marzukhi Nyak Abdullah. (1997). Kamus Tatabahasa Bahasa Melayu. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
38
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
TAJUK 5
SIMBOL FONETIK DALAM BAHASA MELAYU
SINOPSIS
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui simbol fonologi dalam bahasa Melayu. Simbol-simbol yang dimaksudkan ialah simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap dan simbol diftong. HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal simbol-simbol fonologi bahasa Melayu. 2. Menggunakan simbol-simbol fonologi untuk mentranskripsikan bahan yang diperdengarkan oleh rakan mahupun pensyarah. KERANGKA TAJUK-TAJUK
Simbol Fonologi
Vokal
Konsonan
39
Diftong
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU 5.0
KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang simbol fonologi yang meliputi simbol vokal, simbol konsonan, simbol konsonan rangkap, dan simbol diftong. 5.1 Simbol Vokal Bahasa Melayu
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja. Huruf
Simbol bunyi
a e (pepet) e taling i o u
[a] [e] [ə] [i] [i] [u]
Jadual 5.1: Simbol Vokal Bahasa Melayu
40
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5.2 Simbol Konsonan Huruf
Simbol bunyi
b c d g h j k l m n p q r s t v w x y z
[b] [č] [d] [g] [h] [j] [k], [/], [Q] [l] [m] [n] [P] [q] [r] [s] [š] [t] [v] [w] [z] [Y] [z] Jadual 5.2: Simbol Konsonan
Huruf Gabungan Vokal
Simbol bunyi
ai
[ai]
au
[au]
oi
[oi] Jadual 5.3: Simbol Diftong
Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa Melayu.
41
BMM3108 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
5.4 Simbol Konsonan Gandingan dan Rangkap
Konsonan Rangkap
Simbol bunyi
gh ny ng sy th dz akh
[7] [ ɲ ] [ŋ] [∫] [θ] [ð] [x]
Rajah 5. 4: Konsonan Gandingan dan Rangkap
42