ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT ASSIGNMENT SUBMISSION SUBMISSION AND AND ASSESSMENT ASSESSMENT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012
HBML1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
MATRICULATION NO
: 750620126206001
IDENTITY CARD NO.
: 750620-12-6206
TELEPHONE NO
: 0135571200
E-MAIL
:
[email protected]
LEARNING CENTRE
: SANDAKAN BRANCH
NAME
: ROHANA BT HJ JUKARNA
TUTOR
: MOHD SENIN BIN KASSIM
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 1
ROHANA JUKARNA 750620126206001
PERKARA
2012
MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan
1
2.0 Kajian Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan Konsonan dalam Bahasa
2
Melayu 2.1 Alat Artikulasi 2.2 Daerah Artikulasi 2.3 Huraian Huruf Konsonan 2.4 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan 2.5 Huraian Huruf Vokal 2.6 Cara Penghasilan Bunyi Vokal
3.0 Perbezaan Antara Alofon dan Fonem Dalam Sistem Fonologi
2 2-4 4 4-11 11 12-16
17
Bahasa Melayu 3.1 Maksud Fonem
17
3.2 Maksud Alofon
18
4.0 Ciri-Ciri Suprasegmental dalam Bahasa Melayu dan Kepentingannya dalam Pengajaran Lisan Bahasa Melayu
18-19
4.1 Tekanan
19
4.2 Nada
20
4.3 Jeda
20
4.4 Panjang Pendek ( Mora )
21
4.5 Kepentingan Penggunaan Suprasegmental dalam Pengajaran
21
Bahasa Melayu
5.0 Penutup
22
Rujukan HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 2
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
1.0 PENGENALAN
Umumnya, ilmu linguistik difahamkan sebagai bidang yang mengkaji bahasa. Menurut David Crystal (1991), linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Haruko Momma (2001) berpendapat bahawa ilmu linguistik ialah displin atau bidang ilmiah yang berkaitan dengan kajian bahasa sebagai sains. Terdapat beberapa cabang ilmu linguistik, termasuk etimologi, fonologi, leksikologi, morfologi, semantik, dan sintaksis, dan sosiolingustik. Setiap bidang ini meneliti aspek tertentu dalam bidang bahasa. Misalnya, ilmu fonologi mengkaji bunyi yang terdapat dalam bahasa secara saintifik. Justeru, ilmu linguistik amat penting dalam kajian terhadap bahasa. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia . Semua bangsa di dunia ini mempunyai bahasa yang tersendiri . Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi mempunyai tertib yang teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu . Asmah Hj Omar ( 1986 ) mengatakan bahasa yang digunakan manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran tertentu yang terdapat dalam tubuh manusia itu sendiri .Contohnya , bibir , lidah ,
lelangait dan pita suara yang dikenali juga sebagai alat artikulasi . Menurut Parker ( 1974 : 112 ),.. fonologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji sesuatu bahasa , iaitu yang berkaitan rumus-rumus ataupun peraturan yang menentukan sebutan “.
Manakala,Abdullah Hassan ( 1993 : 40 ) berpendapat , fonologi ialah ilmu mengkaji bunyibinyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa .
Berdasarkan definisi ini,bolehlah ditakrifkan bahawa bidang fonologi sebenarnya merumuskan , menghuraikan , dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang tertentu . Walaubagaimanapun , bidang fonologi dipecahkan kepada dua iaitu dan fenemik fonetik. Fonemik mengkaji tentang bunyi-bunyi yang penting dalam sesuatu bahasa. Bunyibunyi ini penting kerana ia mempunyai fungsi,struktur bunyi ataupun ciri – ciri pembeza . Manakala , fonetik menurut Abdullah Hassan ( 1993 : 40 ) , ilmu yang mengkaji bunyi bahasa daripada segi penyebutan , pendengaran atau sifatnya .
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 3
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
2.0 Kajian Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan dalam Bahasa Melayu
Sebelum kita melanjutkan perbincangan tentang penghasilan bunyi-bunyi konsonan dan vokal, kita kenali dahulu organ artikulasi dan fungsi-fungsinya.
1
Bibir atas
6
Lelangit keras
11 Tengah lidah
16
Rongga tekak
2
Bibir bawah
7
Lelangit lembut
12 Belakang lidah
17
Rongga hidung
3
Gigi atas
8
Anak tekak
13 Akar lidah
18
Rongga mulut
4
Gigi bawah
9
Hujung lidah
14 Epiglottis
19
Rahang
5
Gusi
10
Hadapan lidah
15 Pita suara
20
Tenggorok
Rajah 2.1 : Organ artikulasi 2.1 Fungsi Alat Pertuturan
Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. a. Lidah
Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 4
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. b.Gigi
Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. c.Bibir
Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. d.Gusi ( Alveolar )
Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan. e. Lelangit ( Palatal )
Lelangit
dapat
dibahagikan
kepada
dua
bahagian,
iaitu
lelangit
keras
dan
lelangit
lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung.
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 5
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
f. Rongga
Rongga terbahagi kepada tiga iaitu rongga mulut ,rongga hidung
dan anak tekak .Rongga
merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat laluan udara keluar masuk daripada paruparu .Rongga tekak bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita suara hingga ke bahagian anak tekak .Rongga mulut pula pula bermula daripada ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada bahagian bibir ( sebelah dalam ) sementara rongga hidung bermula bermula di bahagian daripada bahagian di belakang anak tekak hingga ke hidung .Rongga tekak dan rongga hidung boleh dibuka atau dituup,bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkkan ataupun diturunkan . g. Pita Suara
Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan yang dikenal sebagai glotis. Apabila glotis dirapatkan
pita
suara
akan
bergetar
akan
menghasilkan
bunyi
bersuara.
Apabila
glotis direnggangkan pita suara tak bergetar, bunyi yang terhasil ialah bunyi tidak bersuara. Apabila glotis dirapatkan tetapi pita suara tidak bergetar , yang terhasil ialah bunyi seperti berbisik. h. Rahang
Rahang tidak memainkan peranan yang penting semasa pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau bagaimanapun , kedudukannya adalah penting dalam pembunyian bunyi-bunyi vokal. 2.2 Penghasilan Bunyi-Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan , bunyi-bunyi ini menerima sekatan,sempitan , dan geseran
sama ada di bahagian rongga mulut , tekak , atau
hidung.Bunyi-bunyi konsonan ini ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara . Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 6
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
2.3 Cara Penghasilan Bunyi Konsonan
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis iaitu ; 1. konsonan asli 2. konsonan pinjaman 1. Konsonan Asli Terdapat 18 konsonan asli termasuk dua konsonan separuh vokal .Konsonan dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada 8 jenis seperti berikut:
Letupan :
p, b, t, d, k, g
Letusan :
c, j
Geseran :
s, h
Getaran :
r
Sisian :
l
Sengauan:
m, n, ny, ng
Separuh vokal : w, y,
a.Konsonan Letupan: Letupan Dua Bibir[p] dan [b]
Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dariparuparu melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan dua bibir. Kemudian sekatan itudilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [p] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [b]. Letupan Gusi [t] [d]
Hujung lidah dirapatkan ke gusi. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan hujung lidah dan gusi. Kemudian sekatan itu dilepaskan serta-merta . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [t] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan
HBML 1203
dan
pita
suara
bergetar
bunyi
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
yang
dihasilkan
ialah
bunyi
[d].
Page 7
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Letupan Lelangit Lembut [k] [g]
Belakang lidah ditemukan dengan lelangit lembut. Lelangit lembut dinaikkan . Arus udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dan tersekat di pertemuan belakang lidah dan lelangit lembut. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang dihasilkan ialah [k] . Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis dirapatkan digetarkan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [g] iaitu letupan lelangit lembut bersuara. b.Konsonan Geseran : Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ]
Hujung lidah dirapatkan pada gusi . Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiar bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dan gusi. Oleh sebab bunyi ini bunyi gusi tidak bersuara, glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Geseran Glotis [h]
Glotis terbuka luas.Lelangit lembut dinaikkan untuk menyekat perjalanan udara ke rongga hidung. Arus udara ditekan keluar dari paru-paru dan melalui sempitan dilakukan pada bahagian glotis
supaya
semasa
udara
keluar
melalui
ruang
tersebut,akan
terhasil
bunyi
geseran. Adakalanya [h] disampaikan sebagai vokal tak bersuara, yang sama daerah artikulasi dengan vokal-vokal yang lain.
Rajah 2.2 : Konsonan [ h ]
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 8
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
c. Konsonan Letusan: Letusan Gusi Lelangit Keras[c],[j]
Bunyi letusan atau afrikat dihasilkan dengan depan lidah ditemukan dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke didnding belakang rongga tekak.Arus udara yang keluar dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan depan lidah dan gusi. dan bagi menghasilkan bunyi letusan gusi lelangit keras bersuara [ j ] ,pita suara digetarkan dan untuk letusan bunyi yang tidak bersuara [ c ] pita suara tidak digetarkan.
Dalam
bahasa melayu asli kedua-dua konsonan ini hadir pada awal dan tengah perkataan sahaja.Kehadiranya pada akhir perkataan,hanya pada perkataan-perkataan pinjaman.
Rajah 2.3 : Konsonan [ c ] d. Konsonan Getaran : Getaran Gusi [ r ]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, Hujung lidah dikenakan pada gusi , kemudian hujung lidah tersebut digetarkan . Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan.
Rajah 2.4 : Konsonan [ r ] HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 9
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
e. Konsonan Sisian : Sisian Gusi [ l ]
Untuk menghasilkan konsonan ini, hujung lidah dinaikkan sehingga sampai ke bahagan tengah gusi . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung . Udara dari rongga mulut hanya boleh keluarkan melalui kedua-dua belah tepi atau sisi lidah. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Catatan: Untuk menyembunyikan konsonan [ l ], seperti perkataan pinjaman bahasa Arab seperti Allah , Salleh ,belakang lidah digelungkan ke arah lelangit lembut menyebabkan udara terpaksa keluar melalui ruang sempit di belakang lidah dan pada kedua-dua tepi hujung lidah f. Konsonan Sengauan:
Terdapat 4 jenis bunyi sengau atau nasal dalambahasa melayu iaitu sengau dua bibir [ m ] ,sengau gusi [ n ],sengau lelangit keras[ ny] dan sengau lelangit lembut. [ng ]Bunyi.-bunyi sengau dhasilkan dengan membiarkan udara yang keluar dari paru-paru terus keluar melaui rongga hidung.Udara boleh keluar melalui rongga ini kerana anak tekak dan lelangit lembut diturunkan menyebabkan ruang ke rongga hidung terbuka.Udara itu disekat atau ditahan pada bahagian-bahagian tertentu,seperti pada bibir,gusi,lelangit keras atau lelangit lembut.Dalam bahasa Melayu semua bunyi sengau adalah bunyi bersuara.Hal ini bermakna semasa menghasilkannya, glotis dirapatkan dan pita suara mengalami getaran. Konsonan Sengauan Dua Bibir [m]
Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.
Rajah 2.5 : Konsonan [ m ] HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 10
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Konsonan Sengauan Gusi [n]
Hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Gusi-Lelangit Keras[ny]
Depan lidah ditemukan ke lelangit keras. . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Konsonan Sengauan Lelangt Lembut [ng]
Belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Sengauan Gusi – Lelangit Keras [ny]
Depan lidah ditemukan dengan lelangit keras . Lelangit lembut diturunkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. g. Konsonan Separuh Vokal:
Konsonan ini dihasilkan dengan meletakkan lidah pada kedudukan semasa mengeluarkan bunyi vokal sempit sama ada vokal hadapan sempit atau belakang sempit kemudian dengan cepat lidah digerakkan ke arah kedudukan semasa menyembunyikan vokal lain. Penghasilan konsonan ini sama dengan cara penghaslan bunyi-bunyi vokal,tetapi berlaku sedikit sempitan pada rongga mulut semasa arus udara keluar melaluinya. Separuh Vokal Dua Bibir [w]
Bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [u],iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya [0]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 11
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Separuh Vokal Lelangit Keras [y]
Bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [i]iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah diangkat setinggi-tingginya. Kemudian ,berlaku geluncuran ke arah vokal yang mengikutnya [e]. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. 2.3.1 KONSONAN PINJAMAN a. Geseran Bibir – Gigi [f] dan [v]
Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan bunyi yang terhasl ialah [f] dan bagi menghasilkan geseran bibir bersuara pula,glotis dirapatkan, pita suara digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v]. b. Geseran Gigi-[th] dan [dh/dz]
Untuk menghasilkan bunyi ini,hujung lidah berada d antara gigi atas dan gigi bawah . Lelangit lembut dinaikkan . Udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran tidak bersuara,[th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi geseran bersuara,[dh]. c. Konsonan Geseran Bersuara [z]
Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan. Arus udara dari paruparu keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan geseran bersuara,[z]. d. Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara[sy]
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat perjalanan udara yang keluar melalui rongga mulut.Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 12
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
lelangit keras bersuara. Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan dan menghasilkan bunyi geseran tidak bersuara ,[sy] e. Geseran Lelangit Lembut [kh] dan [gh]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini,belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah mengalami sempitan pada lelangit lembut. Bagi menghasilkan geseran bersuara [kh ], glotis dirapatkan, pita suara digetarkan dan bagi menghasilkan bunyi geseran lelangit lembut tidak bersuara [ gh ], glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan. 2.4 Penghasilan Bunyi – Bunyi Vokal
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. Danel
Jones
dalam
bukunya
‘Outline
of
English
Phonetics’
mengatakan:
“ Vokal adalah bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan udara dari paru-paru keluar berterusan tanpa mengalami sebarang gangguan, sekatan atau himpitan yang boleh menimbulkan bunyibunyi geseran (Arbak Othman 1983:54)
Penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal iaitu diftong. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 13
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Rajah 2.6 : Bentuk bibir semasa menghasilkan bunyi vokal
Rajah 2.6 : Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
2.4 .1 Jenis – Jenis Vokal a. Vokal Hadapan i.
Vokal Hadapan Sempit [ i ]
Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan setingg-tingginya hingga hampir menyentuh lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sebarang halangan. Glotis dirapatkan, pita suara digetarkan. Bibir berada dalam keadaan terhampar.
Rajah 2.7 : Vokal hadapan sempit HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 14
ROHANA JUKARNA 750620126206001
ii.
2012
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
ikan
tipu
bali
ikut
lihat
pili
Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]
Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah diturunkan, 1/3 daripada kedudukannya semasa penghasilan vokal [i].Lelangit lembut dinaikkan. Glotis dirapatkan, pita suara bergetar.Bibir dihamparkan.
Rajah 2.8: Vokal separuh sempit [ e ]
iii.
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
enak
teleng
tauge
elok
leher
tempe
Vokal Hadapan Separuh Luas [ə]
Hadapan lidah dinaikkan separuh luas ( lebih rendah daripada cara membunyikan vokal [e] yang bergerak ke arah lelangit keras ,iaitu hujung lidah mencecahi gigi dan gusi sebelah bawah . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar .
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 15
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Rajah 2.9 : Vokal hadapan separuh luas Awal Kata esa enak
iv.
Tengah Kata pembeli belok
Akhir Kata gode bule
Vokal Hadapan Luas [ a ] Vokal ini terletak jauh di bahagian bawah,seolah-olah terhampar dan mulut kita dalam
keadaan terbuka luas . Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja kea rah lelangit keras , anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Vokal ini banyak terdapat dalam bahasa Melayu .
Rajah 2.10 : Vokal hadapan luas Awal Kata ahli ambil
Tengah Kata tapai nanas
Akhir Kata Bola supaya
a) Vokal Belakang i.
Vokal Belakang Sempit [ u ]
Bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyemptkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut . Sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar .
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 16
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Rajah 2.11 : Vokal belakang sempit [ u ] Awal Kata ubi upah ii.
Tengah Kata buka suka
Akhir Kata satu batu
Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Belakang dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan .
Rajah 2.12 : Vokal belakang separuh sempit [ o ] Awal Kata oleh otak iii.
Tengah Kata boleh toleh
Akhir Kata koko pidato
Vokal Belakang Separuh Luas [ ]
Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara . Vokal ini adalah yang terluas sekali dalam bahasa Melayu dan mengikut Yunus Maris ( 1969 ), vokal ini adalah gantian vokal belakang separuh sempit [ o ] dan ini wujud kerana pengaruh dialek daerah,umumnya dialek daerah di utara Semenanjung Malaysia . HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 17
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Rajah 2.13 : Vokal belakang separuh luas [ ] Awal Kata olok oren
Tengah Kata sudoh pecoh
Akhir Kata kito bilo
c. Vokal Tengah i.
Vokal Tengah Pendek [ ∂ ] Bahagian tengah lidah dinaikkan kea rah pertemuan antara lelangit keras dan
lelangit lembut . Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung , pita suara dirapatkan supaya semasa udara keluar melaluinya , pita suara akan bergetar .
Rajah 2.13 : Vokal tengah pendek [
HBML 1203
∂
]
Awal Kata
Tengah Kata
Akhir Kata
emas
berat
-
emak
kemas
-
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 18
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
3.0 Perbezaan Antara Fonem dan Alofon Dalam Sistem Bunyi Bahasa Melayu 3.1 Maksud Fonem
Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu
p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini
dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang
berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Selain daripada itu fonem juga boleh difahamai sebagai unit yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan seperti yang berikut : Perkataan
Fonem
/ bayang/
/ tayang /
/b/ dan /t/
/ kaya /
/ paya /
/ k / dan / p /
/ baru /
/ balu /
/ r / dan / l /
/ wang /
/ bang /
/ w / dan / b /
/ cinta /
/ tinta /
/ c / dan / t /
/ saku /
/ sagu /
/ k / dan / g /
/ tuli /
/ duli /
/ t / dan / d /
/ barat /
/ darat /
/ b / dan /d /
/ cari /
/ jari /
/ c / dan / j /
Jadual 3.1 : Perbezaan pasangan minimal fonem 3.2 Maksud Alofon
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya.Misalnya,fonem p dalam / palu/,/lupa/ dan / luap>/ .Bunyi p dalam / pa lu /dan / lupa/ diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna, tetapi dalam / luap/>,
bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 19
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Maksudnya bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Keadaan ini dinamakan pasangan minimum .Contoh lain ialah seperti : 1. / pintu / dapat / tatap > / 2. / timpa / lantai / lompat >/ 3. / kadi / daki / paksi > / 4. / nakal / ranap / makan > / 5. / zahir / dan / hafi z > / Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tapi tidak membezakan erti. Misalnya : 1. / faham / dan / paham/ 2. / agama / dan / ugama / 3. / budak / dan / buda? / 4. / telur / dan / telor /
4.0 Ciri-Ciri
Suprasegmental
dalam
Bahasa
Melayu
dan
Kepentingannya
dalam
Pengajaran Lisan Bahasa Melayu .
Definisi prosodi sangat luas, bergantung kepada cara ia berperanan dalam bahasa.
Dalam
linguistik , prosodi menjelaskan segala perkara yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol tulisan. Prosodi berfokus kapada ujaran, iaitu yang berkaitan dengan intonasi dan rima. Prosodi turut melihat perubahan kepada kepanjangan suku kata, kelantangan nada dan beberapa perkara yang berkaitan dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan . Dalam tulisan tanda baca seperti tanda noktah, koma, noktah bertindih, koma bernoktah, tanda seru, tanda soal dan sebagainya untuk menandakan sesuatu supaya pembaca peka terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca. Dalam bahasa lisan pula, kita menggunakan bunyi-bunyi tertentu pada kata, frasa, klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar. Bunyi-bunyi ini bukan ciri-ciri ujaran peringkat individu, tetapi digunakan dalam wacana lisan secara keseluruhan . BunyiHBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 20
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
bunyi ini dinamakan suprasegmental atau bunyi bukan segmental. Antara kesan bunyi-bunyi tersebut ialah tekanan,intonasi, tempo dan rima yang semuanya dikenali sebagai ciri-ciri prosodi. Ciri-ciri prosodi bagi sesuatu unit ujaran seperti suku kata, kata, frasa, dan klausa lazimnya dipanggil ciri-ciri suprasegmental. Ini bermakna prosodi dan suprasegmental mempunyai ciri yang dikongsi bersama. Sesetengah ahli bahasa menganggap kedua-duanya sama sahaja kerana berkaitan dengan aspek yang bukan segmental seperti fonetik dan fonologi . Unsur suprasegmental ialah unsur yang boleh membezakan makna sesuatu ayat. Ayat yang diujarkan akan berbeza makna apabila diserapkan dengan empat unsur suprasegmental iaitu tekanan,nada,jeda dan panjang pendek . Selain itu, ciri-ciri suprasegmental ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam pengajaran lisan. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.1 Tekanan
Tekanan merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.Tekanan digunakan untuk menyampaikan sesuatu maksud seperti hairan atau rasa marah atau sebagai desakan kepada pendengar.Tekanan juga merupkan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku kata dengan tujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan.Lambang bagi tekanan ialah / ´ / . Misalnya [bu’dak], [ker’tas], [me’ja] dan lain-lain. Tujuan tekanan adalah untuk : i.
menyedapkan percakapan atau bacaan seperti dalam deklamasi sajak dan pengucapan dialog
ii.
menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.
4.2 Intonasi dan Nada Intonasi merupakan keadaan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa bercakap. Juga disebut sebagai variasai nada ketika bertutur Dalam bahasa Melayu, intonasi berperanan dalam menetukan jenis ayat yang diujarkan. Ayat penyata/berita mempunyai intonasi menurun pada bahagian akhir ayat, sementara ayat tanya HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 21
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
intonasinya meninggi pada akhir ayat. Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah: i.
Intonasi menaik – bermakna nada suara dinaikkan mengikut masa
ii.
Intonasi menurun – bermakna nada suara diturunkan mengikut masa .
iii.
Intonasi puncak – bermakna nada suara daripada naik kepada turun
iv.
Intonasi ‘dipping’ – bermakna nada suara daripada turun kepada naik
Tingkat nada dalam intonasi ditandai oleh angka seperti berikut : i.
Angka 1 – menunjukkan nada yang paling rendah
ii.
Angka 2 – menunjukkan nada permulaan ujaran
iii.
Angka 3 – menunjukkan nada tekanan dalam ujaran
iv.
Angka 4 – menunjukkan nada yang paling tinggi Contohnya pada ayat : 1 a. Ayah membelikan tin untuk ibu. sekiranya disebutkan pada nada dan mora yang berbeza akan mewujudkan ayat seperti berikut : 1b. Ayah membeli kantin untuk ibu Selain itu, kelainan tekanan, nada akan menentukan semantik pada sesuatu ayat. Olehitu, para pelajar mudah faham akan arahan guru . Sebagai contoh, dalam ayat perintah yang berupa silaan atau larangan pada ayat seperti yang berikut; 2a. 2b.
masuk masuk !
4.3 Jeda
Jeda disebut ‘persendian’. Unsur jeda digunakan untuk memisahakan elemen linguistik seperti kata, rangkai kata dan ayat.Dalam ujaran atau pertuturan jeda berperanan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda ialah [=]. Sebagai contoh lihat ayat berikut: i.
[= saya minum susu lembu =] (Bermakna orang yang bercakap itu memberi tahu dia minum susu lembu)
ii. HBML 1203
[= saya minum susu = lembu]
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 22
ROHANA JUKARNA 750620126206001
(Bermakna
2012
orang yang bercakap itu memberitahu orang yang dilawan
bercakap, iaitu lembu bahawa dia minum susu) Lambang jeda untuk memisahkan suku kata atau perkataan ialah # . Dalam bahasa Melayu lambang ini berfungsi membezakan makna. Contohnya: i.
Berikan
:
ber # ikan (bermaksud mempunyai ikan) beri # kan (bermaksud menyerahkan)
4.4 Mora ( Panjang Pendek )
Mora juga disebut panjang pendek yang merujuk kepada kadar sesuatu bunyi itu diucapkan. Konsepnya sama dengan ‘harakat’ dalam bahasa Arab. Lambang bagi unsur ini ialah [:] dan disebut mora. Lambang [::] bermaksud dua mora, manakala lambang [.] bermaksud setengah mora. Dalam bahasa Melayu mora kurang berperanan dan tidak membezakan makna sebagaimana dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. 4.5 Kepentingannya Unsur-Unsur Suprasegmental dalam Pengajaran Lisan Bahasa Melayu
Murid-murid hendaklah menguasai dan
memahami unsur-unsur suprasegmental
kerana ini dapat membantu mereka menguasai kemahiran lisan dalam bahasa Melayu . Antara kepentingan
unsur-unsur suprasegmental dalam pengajaran lisan bahasa
Melayu ialah : a. Murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul b. Melatih murid mendengar dan memahami pertuturan orang lain. c. Melatih murid agar berkeyakinan semasa berinteraksi dan percaya kepada diri (berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak) d. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai, dan perbendaharaan kata yang luas. e. Mendengar dan bertutur dengan baik serta menghormati pertuturan orang lain f.
Berkebolehan memberi arahan dengan berkesan mengunakan bahasa yang baik mengikut situasi
g. Pelajar dapat membezakan jenis – jenis ayat .Contohnya, ayat penyata,ayat perintah,ayat tanya dan sebagainya. HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 23
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
5.0 Penutup
Kesimpulan daripada kerja kursus ini ialah kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung . Organ pertuturan manusia disebut sebagai alat artikulasi .Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bahasa . Walaubagaimana pun , terdapat terdapat unsur yang bukan dikategori sebagai alat artikulasi manusia,tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam penghasilan bunyi . Unsur tersebut ialah udara yang merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi . Bunyi vokal merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia . Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara ,manakala bunyi konsonan ada yang bersuara . Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara . sekiranya keadaan pita suara ( glotis ) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,maka getaran akan berlaku dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara .Sebaliknya , jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya , maka getaran pada pita suara tidak akan berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara .
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 24
ROHANA JUKARNA 750620126206001
2012
Rujukan A. Buku
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Abdul Hamid Mahmood & Nurfarah Lo Abdullah, 2007. Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu: Aslita Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan, 2005. Linguistik Am: PTS Professional Publising, Sdn Bhd Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Adrian Akmajian terjemahan Aishah Mahdi & Azizah Husseein, 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa dan Komunikasi: Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana. Ali Mahmood,Dr ,et.al ( 2012 ). HBML 1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor : Open University Malaysia Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2009) . Teori Bahasa. Universiti Pendidikan Sultan Idris,Tanjung Malim B. Laman Web
Fonetik
dan
Fonologi,
diakses
pada
28
Jun
2012
,daripada
http://www.slideshare.net/ceplos1969/fonologi-fonetik Sebutan
Huruf
Vokal
dan
Konsonan
,
diakses
pada
29
Jun
2012
,daripada
http://www.scribd.com/doc/38277157/Sebutan-Huruf-Vokal-Dan-Konsonan-Vokal
Fonem
dan
Alofon
,
diakses
pada
29
Jun
2012
,daripada
http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
Page 25
ROHANA JUKARNA 750620126206001
HBML 1203
FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
2012
Page 26