Jaundis …..1
PENGENALAN Jaundis neonatal atau penyakit kuning bayi adalah sesuatu yang biasa berlaku terhadap bayi pada minggu pertama kelahiran. Bilirubin merupakan pigmen merah kekuningan yang terbentuk dan dilepaskan ke dalam aliran darah selepas sel-sel darah merah pecah. Bilirubin
yang berlebihan dalam salur darah akan dipanggil
hiperbilirubinemia. Bilirubin yang termendap adalah bilirubin yang tak konjugat dan tak larut air. Lebih kurang 60% bayi matang dan 80% bayi pramatang mengalami masalah ini. Ianya berlaku disebabkan oleh pengeluaran bilirubin yang berlebihan dan tidak dapat dinyahkan oleh hati. Lebihan bilirubin itu akan mengalir melalui saluran darah ke lainlain bahagian badan lalu berlaku pemendapan pigmen bilirubin di dalam tisu bayi yang menyebabkan kulit serta mata putih bayi kelihatan kuning. Antara punca-punca yang menyebabkan jaundis berlaku adalah penyakit kekurangan enzim G6PD didalam darah, terlalu banyak sel darah merah (polycythemia), fungsi hati yang belum sempurna di sebabkan bayi pramatang serta berlaku komplikasi semasa kelahiran seperti melalui kaedah vakum. Jaundis Neonatal atau lebih dikenali sebagai demam kuning yang sering terjadi pada bayi baru lahir. Demam kuning atau istilah lain dalam dunia perubatan ialah jaundis atau icterus. Sebenarnya istilah jaundis berasal dari bahasa Perancis iaitu jaune yang bermaksud ‘kuning’ atau icterus berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud menunjukan pewarnaan kuning pada kulit, sklera atau membran mukosa akibat daripada penompokan bilirubin yang berlebihan. Masalah penyakit ini sering ditemukan pada sekitar 60% bayi baru lahir yang sihat dengan usia gestasi lebih 35 minggu.
Jaundis …..2
PERNYATAAN MASALAH Mengikut QA jaundis negeri Kedah, setiap bayi yang discaj dari hospital diwajibkan menjalani pemeriksaan serum bilirubin pada keesokan harinya. Pengesanan kes jaundis dibuat oleh semua kakitangan Klinik Kesihatan Pendang yang membuat lawatan ke rumah bagi kes selepas bersalin. Rujukan awal dibuat untuk mencegah komplikasi dan tiada kes yang mengalami sever jaundis pada tahun 2013. Jadual di bawah menunjukkan garis panduan kepada staf – staf kesihatan tentang Jaundis. Umur
Bacaan SBC-MG%
Tindakan
SB cap Venous blood 0 – 24 jam
Any jaundice
Dimasukan hospital
> 24 jam - 48 jam
> 10
Dimasukan hospital
> 48 jam
10 -12
( 2 hari – 5 hari)
Pemeriksaan SBC setiap hari
≥ 12
Dimasukan di wad Rawatan Fototerapi jika bacaan SBC lebih 15
6 – 14 hari
10 - 15
Pemeriksaan SBC selang satu hari (EOD)
> 14 hari
≥ 15
Dimasukan di wad
> 10
Rujuk Pegawai Perubatan untuk melanjutkan Jaundice ( direct @ indirect) LFT urine, C&S, FBC & Retic Count Trace and cord blod TSH
Pada sebarang umur kecuali < 24 jam
< 10
Discaj & lawatan kerumah oleh JM Rujuk jika terdapat sebarang masalah jaundis ditemukan.
Jaundis …..3
PENCARIAN LITERATUR Jayamerry D. (1999), mendefinisikan ibu pre natal hendaklah menjalani ujian pemeriksaan darah (ABO) serta rhesus. Selain itu,semua ibu yang mempunyai jenis darah kumpulan O serta ada sejarah jaundis neonatal yang teruk semasa kelahiran lalu perlu di pantau sekurang-kurangnya 24 jam dalam wad dan hasil keputusan ujian perlulah di perolehi sebelum ibu di benarkan keluar. Menurut Kuhr (1986), kebanyakan bayi mengalami jaundis semasa minggu pertama kelahiran. Ia berpunca daripada bayi mempunyai lebih sel darah merah berbanding dewasa disamping kondisi hati yang masih belum matang. Kekuningan biasanya dikesan pada muka dan boleh merebak pada dada, perut serta kaki. Di samping itu, bilirubin yang berlebihan akan termendap di dalam tisu otak bayi dan oleh menyebabkan nekrosis otak teruk. Jaundis biasanya akan berkurangan serta hilang apabila umur bayi mencecah 3 hingga 5 hari. Manakala menurut Maisels (1985), jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada pada kulit, membran mukosa ataupun mata. Apabila sel darah merah musnah, bilirubin dilepaskan kedalam saluran darah. Jaundis berlaku apabila terbentuknya bilirubin dalam salur darah. Hati akan menukar bilirubin supaya ia dapat dikeluarkan dari badan melalui najis atau urin. Keadaan jaundis yang serius biasanya menunjukkan kandungan bilirubin melebihi 5mg/dl. Selain itu, menurut Nor Huryatina Salleh (2006), mendefinasikan demam kuning atau dikenali sebagai jaundis iaitu merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning- kekuningan. Warna kuningkekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan dengan lembut ia akan kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan kepada semua bangsa.
Jaundis …..4
Rogers, J. (1985), bagi bayi yang mengalami jaundis
teruk, bayi akan
menunjukkan simptom-simptom pigmentasi pada kulit, bawah lidah dan sklera mata. Selain itu, bayi juga boleh menjadi pucat akibat kurang daya tahan badan, berpunca dari kegagalan hati memproses bilirubin yang berlebihan dalam darah dan bayi akan menjadi lemah serta kurang aktif. Disamping itu, warna najis dan air kencing bayi akan menjadi gelap. Pada peringkat ini jika bayi tidak diberi rawatan awal ianya boleh menyebabkan maut. Mengikut Romana Tari (2011), mendefinasikan jaundis neonatal ialah masalah kuning atau disebut juga masalah jaundis atau icterus. Warna kulit pada bayi akibat peningkatan kadar bilirubin dalam darah (hiperbilirubinnemia). Frekuensi untuk terjadinya maslah ini ialah 50% untuk bayi cukup bulan dan 80% untuk bayi pramatur. Terrdapat 10% neonatus ( bayi baru lahir 0 sampai 28 hari) dengan keadaan kadar bilirubin diatas 10mg%.
Jaundis …..5
PERBINCANGAN Faktor – faktor berlakunya jaundis ialah mempunyai sejarah jaundis pada kelahiran anak terdahulu. Jaundis juga boleh berlaku jika ibu melahirkan anak secara forcep atau vakum. Selain itu, jaundis boleh berlaku sekiranya ibu mengamalkan teknik penyusuan yang tidak betul seperti kurang penyusuan ibu. Bayi yang dilahirkan pra matang, mempunyai berat badan kurang dari normal serta bayi yang lahir dari ibu yang mempunyai masalah diabetis juga berisiko untuk mendapat jaundis. Selain itu, faktor penyebab jaundis yang teruk adalah berpunca dari masalah kekurangan enzim G6PD pada sel darah merah bayi. Masalah perbezaan kumpulan darah (rhesus incompatibility) antara ibu dan bayi juga merupakan faktor penyebab kerana didapati ibu yang mempunyai kumpulan darah O mempunyai risiko yang tinggi menyebabkan bayi mendapat jaundis. Selain itu, berlaku pendarahan dibawah kulit kepala (cephalohaematoma) , kekurangan air dalam badan bayi, kelahiran bayi pra matang boleh mengakibatkan jangkitan kuman juga menyebabkan jaundis teruk. Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan menyebabkan cerebral palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalh yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. Terdapat beberapa cara mengenalpasti jaundis berdasarkan tahap keterukan yang di alami bayi. Pertama adalah yang sedikit, iaitu kekuningan hanya pada bahagian mata, muka sehingga paras dada. Kedua pula adalah tahap sederhana iaitu terdapat kekuningan dari muka hingga ke pusat bayi manakala bagi tahap yang teruk, kekuningan berlaku dari muka hingga ke kaki.
Jaundis …..6
Antara teknik-teknik yang boleh dilakukan untuk mengesan jaundis pada bayi adalah dengan meletakkan bayi di tempat yang mempunyai pencahayaan secukupnya, dan tekan dengan perlahan pada hidung atau dahi bayi. Warna kekuningan pada kulit akan kelihatan semasa tekanan dilepaskan sekiranya bayi mengalami jaundis. Selain itu, najis bayi juga akan berwarna pucat. Sekiranya jaundis dikesan, bayi hendaklah segera dibawa ke hospital atau klinik kesihatan untuk rawatan lanjut. Jaundis boleh dirawat dengan rawatan fototerapi serta transfusi darah (exchange transfusion). Rawatan fototerapi akan di berikan bergantung kepada faktor seperti umur, berat badan serta paras bilirubin dalam darah bayi. Transfusi darah hanya dijalankan sekiranya paras bilirubin dalam darah bayi terlalu tinggi. Amalan penyusuan juga penting dalam mengelakkan dehidrasi serta menurunkan paras bilirubin dalam darah bayi. Amalan seperti menjemur bayi di bawah cahaya matahari perlu di elakkan kerana ia boleh menyebabkan bayi mengalami dehidrasi dan meningkatkan kadar bilirubin dalam darah bayi. Langkah-langkah pengesanan awal perlu diambil bagi mengelakkan berlaku komplikasi yang teruk terhadap bayi yang berisiko. Ibu bapa juga digalakkan membawa bayi berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuningan pada hari pertama walaupun hanya pada muka. Sekiranya jaundis berterusan melebihi 14 hari, bayi perlu mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan berdekatan.
Jaundis …..7
RUMUSAN
Kesimpulannya, kebanyakan kes jaundis adalah tidak merbahaya. Namun sekiranya tahapnya adalah tinggi serta tanpa rawatan diberi ia akan menyebabkan kerosakan kekal pada sistem saraf dan otak bayi dikenali sebagai kernicterus. Oleh yang demikian, kerjasama antara ibu bapa dan anggota kesihatan dalam melakukan pengesanan awal kes jaundis amat penting dalam memastikan rawatan awal dapat diberikan untuk prognosis yang baik serta mencegah berlaku sebarang komplikasi yang boleh menyebabkan kematian
Jaundis …..8
RUJUKAN
Jayamerry, d. (1999 ) : Jaundis. Malaysia: Kementerian Kesihatan Malaysia. Rogers, J. (1985) : Jaundice. In J. Rogers, The Dictionary Of Cliches. New York. ‘Apa itu Demam Kuning’ . Diakses pada 19 Oktober, 2014 dari http://portal.alamhamil.com/artikel-kehamilan/bayi-baru-lahir/183-jaundis-neonatal.html ‘ What is Jaundice’ . Diakses pada 19 Oktober, 2014 dari http://www.babycenter.com.my/malay/ baby/jaundis/ ‘ What is Jaundice’ . Diakses pada 22 Oktober, 2014 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Neonatal_jaundice ‘Neonatal Jaundice’ . Diakses pada 22 Oktober, 2014 dari http://pediatrichepatology.wordpress.com/2009/ 08/11/neonatal-jaundice-articles-update2009/ ‘How Jaundice Occurs’ . Diakses pada 23 Oktober, 2014 dari http://www.healthunit.com/article.aspx?ID=1118 Apa itu Pedikulosis’ . Diakses pada 23 Oktober, 2014 dari http://www.yadim.com.my/wacana_kesihatan/view.asp?Id=149
Jaundis …..9
LAMPIRAN Contoh kes Jaundis Neonatal :
Contoh Rawatan Fototerapi Jaundis Neonatal: