Globalisasi telah menyentuh hampir semua aspek penting dalam kehidupan manusia. Demikian juga dampaknya telah dirasakan oleh berbagai organisasi. Persaingan tidak lagi dirasakan terjadi anta…Deskripsi lengkap
Nota PerguruanFull description
isu isu dalam pemberdayaan masyarakat
Full description
isu-isu kesehatan reproduksi
Deskripsi lengkap
Full description
Materi Bisnis Internasional Manajemen-S1Full description
Materi Bisnis Internasional Manajemen-S1Full description
isu isuFull description
Patriotisme
Deskripsi lengkap
Full description
Kemitraan strategis
makalah
Kursus Polisi & Isu-isu SosialFull description
Chapter 18Full description
Full description
ISU KEKELUARGAANFull description
MSNTSP
4Full description
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2013/2014 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
Isu
Jenayah Pemerdagangan Manusia
Salah satu kesan jenayah pemerdagangan manusia adalah menjejaskan imej negara diperingkat antarabangsa. Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan masalah ini. Bincangkan. a)
Pengenalan : A1 Jenayah pemerdangan manusia merupakan antara jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini semakin hari semakin membimbangkan. A2 Aktiviti ini mendatangkan pelbagai kesan negatif dan pel bagai usaha perlu dijalankan untuk mengurangkan aktiviti ini.
b)
Isi-isi A. I.1. H.I.U. H.1. H.2. H.3. H.4.
Idea kesan-kesan Menjejaskan imej negara (isi wajib) Jenayah pemerdagangan orang boleh menjejaskan imej negara. Jenayah pemerdagangan orang yang berlaku di Malaysia jelas membuktikan kegagalan pihak keselamatan negara. Kes peningkatan jumlah jenayah pemerdagangan orang yang semakin meningkat menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan menguatkuasakan undang-undang. Seterusnya, jenayah pemerdagangan orang juga akan memberi gambaran buruk imej negara di peringkat antarabangsa. Malaysia yang berada dalam senarai negara berprestasi buruk dalam mengekang isu jenayah pemerdagangan orang boleh mencemarkan imej negara di peringkat antarabangsa kerana negara dianggap sebagai pusat transit dan sarang jenayah ini.
I.2. Mengancam keselamatan dan keamanan negara : H.I.U. Jenayah pemerdagangan orang boleh mengancam keselamatan dan keamanan negara. H.1. Jenayah pemerdagangan orang boleh menyebabkan peningkatan kes jenayah dalam kalangan masyarakat. H.2. Jenayah pelacuran, seksual, penculikan, dan pembunuhan terhadap wanita dan kanak-kanak boleh mengancam keselamatan masyarakat masyarakat hari ini. H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan orang boleh menyebabkan keamanan negara atau masyarakat terjejas. H.4. Sindiket jenayah pemerdagangan orang akan menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan haram yang lain seperti rumah urut atau pelacuran dan penyeludupan haram boleh meruntuh nilai sosial masyarakat dan mengancam keamanan negara. I.3. Menjejaskan hubungan diplomatik antara negara : H.I.U. Jenayah pemerdagangan manusia boleh mengancam hubungan diplomatik Malaysia dengan negaranegara lain diperingkat antarabangsa. H.1. Jenayah pemerdagangan manusia boleh menjejaskan kedaulatan undang-undang negara. H.2. Pemerdagangan manusia melalui aktiviti penyeludupan dan buruh paksa melanggar hak asasi sesebuah negara serta isu-isu yang berlaku boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. H.3. Jenayah pemerdagangan manusia juga boleh merenggang atau mencetus rasa tidak puas hati dalam kalangan negara yang terlibat. H.4. Mangsa-mangsa jenayah pemerdagangan manusia yang terlibat dalam kes penderaan, buruh paksa, dan kes pembunuhan sesetengahnya boleh diselesaikan melalui undang-undang dalam negara berkenaan tetapi terdapat kes-kes yang penjenayah tidak dapat dikesan akan menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat, contohnya kes-kes penderaan dan pembunuhan pembantu rumah dari negara Indonesia telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Indonesia terhadap kerajaan Malaysia. B. I.4. H.I.U. H.1.
Idea langkah-langkah Penguatkuasaan undang-undang Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui penguatkuasaan undang-undang. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui pelaksanaan undang-undang yang dikenakan terhadap penjenayah dan sindiket-sindiket yang terlibat. H.2. Denda dan hukuman melalui Akta Perlindungan Mangsa Penyeludupan dan Keganasan 2000 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 dengan hukuman berat serta denda RM500,000 hingga maksimum RM1 RM1 juta boleh memberi kesedaran kepada penjenayah dan masyarakat. 1
AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT
Strategi KECEMERLANGAN Pengajian Am A STPM 2013/2014 EN. SEZALI DIN METAFORA TRAINING AND CONSULTANT Tel : 04-7323062 / 012-4425241 blog : www.metaforatac.blogspot.com www.metaforatac.blogspot.com | fb : sezali din
H.3. H.4.
Seterusnya, jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui penambahan bilangan kakitangan keselamatan. Kakitangan keselamatan Jabatan Kastam, Imigresen, dan Polis Diraja Malaysia yang mencukupi memboleh aktiviti pemantauan kawalan mutu sempadan negara dijalankan secara meluas dan berterusan. Pihak kerajaan juga perlu menambah bilangan kakitangan yang pakar dari segi undangundang dan penggunaan teknologi moden untuk menangani kes jenayah pemerdagangan manusia yang semakin rumit dan kompleks.
I.5. Pendidikan H.I.U. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan masyarakat / penduduk negara berkenaan. H.1. Jenayah pemerdagangan manusia boleh diatasi melalui peningkatan taraf pendidikan masyarakat luar bandar. H.2. Masyarakat luar bandar yang berpendidikan akan mempunyai kemahiran dan pengetahuan serta tidak mudah terpedaya kepada sindiket atau orang tengah jenayah pemerdagangan manusia. Golongan ini juga akan mudah bekerjasama bekerjasama kepada pihak keselamatan keselamatan untuk mencegah jenayah ini. H.3. Seterusnya, jenayah pemerdagangan manusia juga boleh diatasi melalui pendidikan agama dan moral kepada masyarakat. H.4. Masyarakat yang mempunyai pendidikan agama dan moral akan mempunyai nilai-nilai murni sejagat yang berperikemanusiaan dan tidak mementingkan kebendaan. Oleh itu, sikap suka mengambil peluang, sikap tidak peduli, dan tidak perikemanusiaan akan terhapus apabila masyarakat boleh menilai baik buruk sesuatu perkara melalui pendidikan agama dan moral. c)
Kesimpulan A1 Jenayah pemerdagangan pemerdagangan orang berpunca daripada pelbagai faktor. A2 Oleh itu, kerajaan perlu menjalankan pelbagai langkah yang serius untuk memelihara memelihara ketenteraman dan keselamatan negara. * Isi-isi tambahan kesan-kesan : Peningkatan masalah sosial Penularan penyakit berjangkit Menjejaskan ekonomi negara * Isi-isi tambahan langkah-langkah mengatasi : Kerjasama antarabangsa Koordinasi kementerian Kempen dan peranan masyarakat Kemajuan pendidikan
Skema Jawapan = 2 + 3 @ 3 + 2
Catatan : Pelajar perlu membuat karangan karangan dalam bentuk bentuk huraian terhadap isi isi dan huraian skema yang diberikan. diberikan. Catatan PENTING : PENTING : Jumlah PERKATAAN dalam PERKATAAN dalam karangan di atas melebihi 400 patah perkataan yang dibenarkan dalam dalam skema pemarkahan. Pelajar perlu meringkaskan karangan tersebut agar tidak melebihi 400 patah perkataan . NOTA
Tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan
2 AWAS !!! Ketahuilah bahawa perbuatan MEMFOTOSTAT atau MENYALIN adalah TIDAK BERMARUAH dan TIDAK DIBERKATI ALLAH S.W.T. @ Hakcipta adalah dilindungi ALLAH SWT