TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Isu 1 : Cabaran Kemerdekaan
TARIKH 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat menandakan wujudnya sebuah negara iaitu Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang merdeka dan berdaulat. Kini 58 tahun negara ini Merdeka. Hari Kemerdekaan telah berubah kepada Hari Kebangsaan. Negara ini merdeka selepas 83 tahun (1874-1957) dijajah oleh Britain. Perjuangan menuntut kemerdekaan atau pemerintahan sendiri telah berlaku semenjak awal abad ke-20 oleh golongan inteligensia Melayu sama ada yang berpendidikan agama Islam, berpendidikan Melayu juga yang berpendidikan Inggeris, dan semakin meningkat selepas Perang Dunia Kedua. Sebahagian besar pakar sejarah Malaysia berpendapat bahawa perjuangan mencapai kemerdekaan tersebut digembleng dengan kuat oleh semangat kebangsaan Melayu yang berpaksikan agama Islam. Semangat kebangsaan tersebut semakin memuncak apabila berjaya menggagalkan Malayan Union. Sesiapa jua yang membaca naratif perjuangan kemerdekaan negara akan ketemu pengkisahan segala susah payah, pahit maung dan derita yang menitiskan air mata diceriterakan oleh para pejuang kemerdekaan. Apatah lagi para pejuang barisan hadapan terutama angkatan tentera dan kepolisian yang merupakan wira yang tidak didendang, bermati-matian mempertahankan kemerdekaan tersebut daripada ancaman pengganas komunis. Begitu juga para pejuang kemerdekaan yang menganggotai parti politik akan mengumandangkan bahawa parti mereka yang berjaya mencapai kemerdekaan. Sudah terdapat naratif yang mencabar pendapat bahawa UMNO sahaja yang berjuang untuk mencapai kemerdekaan apabila ada pemimpin parti politik pembangkang berpendapat bahawa Mat Indera juga pejuang kemerdekaan dan terdapat pendapat bahawa perjuangan
bersenjata
merupakan
perjuangan
kemerdekaan
yang
sebenar. Pendapat seperti ini mengingatkan satu lagi naratif bahawa merdeka dengan darah lebih baik berbanding merdeka dengan mata 1
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
pena. Naratif seperti ini kini sedang dibaca dan ditelaah oleh generasi Y Malaysia masa kini. Di sudut lain pula para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan sering menyuarakan persoalan pengisian kemerdekaan. Negara sudah merdeka. Apakah rakyat juga menikmati
kemerdekaan?
kemiskinan,
pelajaran,
Pembangunan
prasarana,
ekonomi
kesihatan
untuk
dan
sudah
membasmi
lain-lain
unsur
pembangunan perlu dinikmati oleh rakyat. Pembangunan
luar
bandar,
pembangunan
tanah,
perbandaran,
pembinaan sekolah rendah dan menengah, sistem pelajaran yang berbahasa pengantar bahasa kebangsaan, jalan raya, telekomunikasi, serta segala usaha mempertingkatkan pendapatan rakyat khususnya di luar bandar, merupakan tindakan pengisian kemerdekaan. Kemerdekaan bukan sekadar pengisian semangat kebangsaan, tetapi juga mempertingkatkan kehidupan sosio-ekonomi yang lebih baik, supaya tidak berjiwa hamba tetapi berjiwa merdeka. Bebas daripada penjajahan, bebas penjajahan jiwa, bebas penjajahan mental dan rohani. Pengisian kemerdekan bererti memberi makna sebenarnya kepada perjuangan
kemerdekaan.
Anak-anak
kampung
yang
menganggotai
pasukan ketenteraan dan kepolisian berjuang ke titisan darah terakhir mempertahankan kemerdekaan yang dicapai demi memastikan seluruh rakyat menikmati kemanisan kemerdekaan. Maka kejayaan
makna
kemerdekaan
mendapatkan
kepada
kemerdekaan
generasi
serta
terdahulu
membebaskan
ialah
negara
daripada penjajahan, segala usaha untuk mengisi kemerdekaan bagi sebuah negara yang berdaulat dan mencipta satu bangsa yang juga merdeka yang tidak berjiwa hamba, yang tidak dijajah mentalnya. Kepada generasi Y, makna merdeka berbeza, merdeka kepada mereka ialah bebas dan kebebasan individu yang berorientasikan pemikiran liberal, tidak terikat kepada kepentingan kelompok, puak, suku dan keturunan. Ada yang berpendapat bahawa kejayaan mereka dalam hidup disebabkan oleh merit peribadi bukannya disebabkan perjuangan
2
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
parti politik tertentu, bukan disebabkan oleh bangsa tertentu tetapi kejayaan dan kepandaian mereka. Mereka dan barangkali ibu bapa mereka tidak merasa terhutang budi kepada perjuangan bapa-bapa kemerdekaan negara, hatta kepada pemimpin negara atau kepada parti politik tertentu. Pemikiran sedemikian diperkukuhkan oleh media sosial digital langit terbuka
yang
memuatkan
pelbagai
ideologi
untuk
mengukuhkan
ketaksuban kepada liberalisme dan kebebasan individu. Pemikiran ini juga yang mengukuhkan kepembangkangan di negara ini sehingga merdeka bermaksud menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Pemikiran ini yang dijaja oleh pihak tertentu untuk meruntuhkan tatanan sosial atau social order yang sedia ada. Melalui media sosial mereka mencipta dan merekonstruksi persepsi yang menghina pihak yang memerintah, menghina institusi raja-raja Melayu, mempersenda agama Islam, memperlekeh bahasa Melayu, memperkecil institusi kehakiman, dan sebagainya. Pemikiran
seperti
ini
memudahkan
proses
kecelaruan
untuk
memerangkap generasi muda Melayu yang belum mantap identiti dan jati diri mereka terhadap kemelayuan dan keislaman. Pemikiran liberal ini boleh menyebabkan mereka mempersoal kemelayuan dan keislaman, mereka mempersoal asal-usul nenek moyang mereka, mereka tidak kisah tentang kalimah Allah yang digunakan di dalam kitab orang lain, mereka tidak fasih berbahasa Melayu lantaran pengucapannya bercampur-aduk dengan bahasa lain. Pengisian
kemerdekaan
seperti
Dasar
Ekonomi
Baru
amat
membantu pewujudan kelas pertengahan dan kelas perdagangan serta peniaga Melayu. Amat membanggakan apabila terdapatnya tokoh-tokoh korporat dan teknokrat Melayu, walaupun mereka tidak merasa terhutang budi kepada pihak pemerintah yang memberi mereka kontrak dan lesen untuk berniaga. Tetapi kini sebahagian besar orang Melayu tergolong dalam kelompok yang berpendapatan rendah, walaupun Felda sudah merupakan gergasi ekonomi di pentas global.
3
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Para graduan dari universiti tempatan dipersoal kemampuan berbahasa Inggerisnya, diragui kemampuan kemahiran insaniah (soft-skill) dan sebagainya berbanding lulusan luar negara. Kemampuan berbahasa Inggeris itu menjadi alasan untuk mengubah bahasa pengantar pelajaran seperti PPSMI pada masa lalu, malah suara yang menuntutnya semakin ghairah kembali, barangkali untuk kepentingan ekonomi dan kepentingan kelompok yang lebih berkemampuan. Perubahan
zaman,
perubahan
teknologi
komunikasi,
merubah
landskap pemikiran. Manusia cepat melatah dan terpukau dengan persepsi yang herot, lalu yang tidak benar dikatakan benar, yang benar dikatakan yang salah. Logika pengherotan atau songsang ini sedang berleluasa. Generasi Y mudah tergula tanpa siasat apakah benar atau silap. Lihat sahaja Jalur Gemilang lambang kedaulatan mula diragui, dan ramai terpercaya. Kelompok atau kumpulan yang menentang pemerintahan yang berdaulat akan mengeksploitasi perubahan landskap pemikiran itu untuk kepentingan mereka. Kewarasan dan kebijaksanaan menganalisis serta menilai setiap aspek perubahan ideologi perlu dimiliki oleh generasi Y Melayu khasnya dan Malaysia amnya. Perlu disedari bahawa ada pihak yang sekarang sedang mentakrif erti merdeka sesuai dengan ideologi dan kepentingan mereka. Pada setiap detik mereka akan mencipta persepsi yang herot untuk menghancurkan tatasosial yang sedia ada. Pesta baju kuning adalah manifestasi berjayanya pengherotan tersebut. Maka
yang
berkuasa
dan
yang
memerintah
perlulah
berhubaya,
perbanyakkan beristighfar, perbanyakkanlah perenungan yang mendalam di mana silapnya. Dekati generasi Y dan generasi seterusnya, kerana masa depan negara terletak kepada bagaimana generasi masa kini mencipta masa depan mereka. Jadilah negarawan yang ulung untuk membina masa depan generasi akan datang, bukannya ahli politik yang cuma memikirkan masa depan diri dan kelompok sendiri. Negara memerlukan ramai negarawan untuk masa depan yang lebih gemilang.
4
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Penulis : Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) Tarikh : 30 Ogos 2015 Rujukan
:
http://www.utusan.com.my/rencana/cabaran-kemerdekaan
1.129897 #sthash.q5GULzV2.dpuf
Ulasan Sebagai generasi baru, kita harus mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai oleh pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin kita yang dahulu kerana tanpa mereka kita tidak akan mencapai kemerdekaan seperti yang diperolehi hari ini. Generasi baru kini hendaklah berupaya mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi hari ini. Di samping itu, generasi hari ini perlulah bijak dengan menghadapi situasi masa kini di mana pengaruh anasir-anasir jahat semakin berkembang disebabkan berkembangnya perkembangan teknologi dan maklumat. Oleh itu, sebagai generasi masa kini, mereka perlu menanam semangat nasionalisme dalam diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir dari luar ini dan agar dapat terus mempertahan dan membangunkan negara kita yang tercinta ini Isu 2 : Bersatu hati bina negara sejahtera
PERPADUAN rakyat Malaysia adalah satu keistimewaan dan daya tarikan kepada pelabur asing. Kepentingan inilah menyebabkan kerajaan menitikberatkan soal perpaduan, kerana dengan bersatu hati kita dapat membina negara yang aman dan sejahtera. Tambahan pula, konsep 1Malaysia yang berasaskan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' juga menerangkan bahawa hubungan harmoni dan kerjasama pelbagai kaum adalah kunci untuk menghadapi ancaman dan cabaran. Secara umum, prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik bukan perkara asing. Jadi, bagaimana kita menangani isu ini secara berhemah? Di banyak negara, persengketaan kaum lebih-lebih lagi berkenaan isu agama 5
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
membawa peperangan berlarutan, sekali gus membantut pembangunan ekonomi, sosial dan politik. Negara kita sudah 58 tahun merdeka, namun dalam
soal
diselesaikan
perpaduan
masyarakat
sepenuhnya.
Isu
berbilang
sensitif
kaum,
masih
tidak
hak,
warna
kulit,
seperti
kepercayaan agama dan budaya sering dikotak-katikkan. Sebagai contoh, dalam kejadian Pengetua sebuah sekolah menengah dan Penolong Pengarah sebuah agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis iaitu pelajar Cina tidak diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China, di samping menyamakan gelang keagamaan dipakai pelajar India seperti rantai anjing, amat menyedihkan. Sistem pendidikan faktor utama Justeru, ia membuktikan isu keharmonian kaum masih menjadi persoalan besar dan penyelesaian belum ditemui lagi walaupun pelbagai usaha diambil. Faktor pertama menyebabkan perkara seperti itu berlaku ialah sistem pendidikan berasingan. Rakyat Malaysia dibahagi kepada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India yang mempunyai bahasa ibunda masing-masing
dan
sistem
persekolahan
tersendiri.
Ini
sekali
gus
memisahkan pelajar. Sekolah aliran kebangsaan menggunakan bahasa Melayu
sebagai
bahasa
pengantar.
Justeru,
majoriti
kaum
Melayu
menuntut di sekolah Melayu. Situasi ini menyebabkan interaksi pelajar berbeza kaum sangat terhad dan menyukarkan persefahaman. Sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19, selain bertujuan mencari kekayaan, mereka tidak lupa tanggungjawab sosial mendidik anak mereka agar mewarisi bahasa dan budaya etnik mereka. Isu kaum dipolitikkan Justeru, penubuhan sekolah vernakular Cina menjadi agenda penting mereka. Ibu bapa tidak yakin terhadap sekolah kebangsaan, menghantar anak mereka ke sekolah jenis kebangsaan kerana berasa struktur pendidikan itu dapat menjamin kecemerlangan anak mereka hingga menjauhi hubungan antara etnik. Faktor kedua ialah keadaan politik negara. Bahasa, budaya, agama, kerakyatan dan ekonomi sering 6
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
dijadikan isu oleh orang politik bagi tujuan tertentu. Sebagai contoh, parti politik tertentu cuba mengambil peluang menimbulkan perasaan kurang senang
dalam
kalangan
masyarakat,
seterusnya
menyebarkan
propaganda perkauman. Setiap kaum mempunyai budaya, kepercayaan dan bahasa berlainan. Oleh itu, setiap etnik cuba mengambil keputusan bagi mengurangkan interaksi antara satu sama lain. Impaknya jurang hubungan antara kaum semakin membesar. Penjajah British menempatkan kaum tertentu pada sektor ekonomi berbeza. Kaum Melayu ditempatkan di sektor pertanian dan di luar bandar. Ia memerlukan sumber tenaga fizikal dan berteknologi rendah. Kaum Cina pula ditempatkan di sektor perdagangan yang membabitkan teknologi tinggi, manakala kaum India terbabit dengan perladangan. Agihan ini mengakibatkan jurang pendapatan antara kaum semakin ketara
dan tidak
kemiskinan
seimbang. Kaum
manakala
kaum
Cina
Melayu dan India mencari
berhadapan
peluang
perniagaan
menyebabkan etnik ini berusaha mempertahan hak serta kesaksamaan. Proses mempertahan hak merosakkan hubungan kaum kerana masingmasing mahu menjuarai perjuangan mereka. Ketidakharmonian hubungan kaum mengakibatkan negara berkeadaan tidak stabil, mendorong kepada pergaduhan atau pertelingkahan. Keadaan ini membimbangkan pelabur mengenai mereka.
modal
dikeluarkan
Ketahanan
sesebuah
serta
tahap
negara
keselamatan
banyak
perniagaan
bergantung
kepada
rakyatnya. Secara langsung, hubungan tegang antara rakyat akibat perselisihan sememangnya mampu menggugat keselamatan negara. Hubungan yang harmoni dalam kalangan rakyat secara tidak langsung mewujudkan
sebuah
tembok
pertahanan
kukuh
dan
menjamin
keselamatan negara. Negara yang kacau bilau bukan saja terdedah kepada ancaman dalaman tetapi juga luar yang melihat inilah peluang untuk campur tangan sekali gus membuka jalan menguasai negara berkenaan. Tanpa keamanan, negara berkenaan sukar melakukan sesuatu yang
membanggakan
mahupun
menarik
perhatian
negara
lain.
Sebaliknya, jika perpaduan dan hubungan harmoni wujud antara rakyat, ia adalah simbol kejayaan peringkat global. Dengan ini, sesebuah negara itu 7
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
bukan sahaja disegani negara lain malah akan menjadi model dan rujukan kepada negara lain. Integrasi nasional Sepanjang
sejarah
selepas
kemerdekaan,
isu
mewujudkan
hubungan harmoni antara kaum tiada titik noktah. Kerajaan mewujudkan pelbagai dasar ke arah pembentukan integrasi nasional. Antara dasar dan pelan tindakan khas kerajaan ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971 1990, Dasar Pembangunan Negara (DPN) 1991 - 2000, Dasar Wawasan Negara juga Program 1Malaysia. DEB adalah dasar diperkenalkan Tun Abdul Razak selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969. Dalam waktu yang membimbangkan ini, punca tercetusnya rusuhan itu dikesan dan langkah mengatasinya
diambil.
Penggubalan
dasar
ini
bertujuan
mencapai
perpaduan negara dengan memperbetulkan ketidakseimbangan sosio ekonomi
antara
kaum
dan
wilayah.
Ia
juga
bagi
mempertingkat
pembabitan Bumiputera dalam bidang perniagaan dan perusahaan sebagai usaha membasmi perasaan tidak puas hati dalam masyarakat. Dasar Wawasan Negara atau dikenali Wawasan 2020 adalah usaha kerajaan mengembangkan ekonomi, sosial dan politik pada peringkat nasional
dan
antarabangsa
serta
menitikberatkan
pembangunan
menyeluruh meliputi aspek politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Terap nilai murni Menjelang tahun 2020, Malaysia diharap mampu menjadi negara yang bersatu padu jika masyarakatnya mempunyai nilai moral dan etika utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan serta mampu bersaing. Konsep 1Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 3 April 2009 memberi aspirasi memperbaiki hubungan kaum. Untuk mencapai kemajuan negara, sikap penerimaan antara kaum membawa kepada perpaduan utuh perlu diamalkan. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan lancar. Persefahaman kaum juga dapat dipupuk secara berkesan menerusi pendidikan. Antara 8
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
langkah dilakukan adalah dengan penubuhan Sekolah Wawasan, tempat terbaik memulakan proses integrasi kaum. Ia menyediakan ruang dan peluang untuk murid pelbagai kaum berinteraksi secara langsung kerana mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan lain. Mereka berpeluang mengenali dan memahami satu sama lain. Dengan itu, mereka akan membesar dengan sikap toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain. Tegasnya, Sekolah Wawasan mampu memupuk
persefahaman
kaum,
seterusnya
mempercepat
integrasi
nasional. Penyusunan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) juga mampu mewujudkan keharmonian rakyat dan negara. PLKN dapat memupuk
perpaduan
nasional.
Melaluinya,
remaja
pelbagai
kaum
ditempatkan bersama di bawah satu bumbung. Mereka akan bekerjasama menjalankan aktiviti, berinteraksi dan bergaul mesra. Dengan itu, mereka terdedah
kepada
corak
hidup
masyarakat
majmuk
Malaysia.
Persefahaman lebih erat memupuk rasa kekitaan. Selain kerajaan, masyarakat sendiri perlu turut memikul peranan ini. Media massa adalah saluran yang dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai dengan efisien dan penting bagi memperbaiki hubungan kaum. Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah elemen penting dan harus diberi perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat penting bagi negara bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan politik. Bak kata Usman Awang, perpaduan tidak beri erti kalau sekadar dalam lafaz kata-kata semata. Perpaduan tidak wujud hanya
dengan
disuruh-suruh
dan
diseru-seru.
Perpaduan
harus
diwujudkan atas kepentingan rakyat dan bukan kepentingan satu pihak atau golongan tertentu.
Penulis : Dr Ahmad Zaharuddin sani Tarikh : 31 Ogos 2015
9
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/78583
Ulasan Tidak dinafikan bahawa perpaduanlah menjadi faktor utama kemerdekaan yang kita capai hari ini. Tanpa perpaduan antara kaum tiadalah kemerdekaan dapat dicapai hingga ke hari ini. Oleh itu, rakyat Malaysia harus berupaya untuk mengekalkan perpaduan yang telah dikecapi selama ini. rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa haruslah bekerjasama dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan yang telah dicapai hari ini. segala isu-isu sensitif berkaitan perkauman haruslah dielakkan agar peristiwa 19 Mei tidak berulang kembali. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berganding bahu dan bekerjasama untuk memajukan negara serta mempertahankan negara ini agar kita semua dapat hidup dalam keaadaan aman dan harmoni tanpa ada persengketaan.
Isu 3 : Sertai bersih bukan pengukur semangat patriotisme
KUALA LUMPUR - Masyarakat tidak seharusnya terkeliru dengan matlamat penyertaan himpunan Bersih 4.0 kerana ia tidak melambangkan jiwa patriotik rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. Tegasnya, rakyat masih punya cara lain untuk melahirkan semangat patriotisme sempena sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos nanti. "Rakyat negara ini ada semangat patriotik dengan cara mereka tersendiri. Mereka (rakyat) yang tidak mahu sertai Bersih ini tidak semestinya tidak patriotik. "Takkanlah hanya kerana beberapa orang (dalam) Bersih yang mahukan himpunan dibuat kononnya untuk menuntut kepentingan demokrasi, 30 juta rakyat yang lain tidak patriotik?," soalnya. Nur Jazlan ditemui pemberita hari ini pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara yang diadakan di Dewan Perdana Felda, di sini, hari ini.
10
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Mengulas perkara sama, bekas timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Zinin dalam satu kenyataan berkata, tindakan berhimpun dalam demonstrasi jalanan tidak melambangkan budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Mohd Bakri juga berpendapat, ia bukan cara konstruktif untuk orang ramai mencari penyelesaian terhadap masalah dalaman negara, selain menegaskan ia bukan jalan penyelesaian masalah yang kukuh. "Adakah anda dapat menyelesaikan masalah dengan demonstrasi jalanan? Jangan menyalahgunakan undang-undang yang sedia ada untuk mencapai apa-apa matlamat yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan ekonomi negara. "Tindakan ini bukan boleh menyelesaikan apa-apa tetapi menimbulkan masalah dan bebanan untuk orang lain. Sebaliknya, kita perlu memberi perhatian terhadap isu-isu lain dan bukan merancang demonstrasi," beliau dipetik sebagai berkata. Nur Jazlan dalam pada itu turut menyarankan orang ramai untuk memperingati jasa-jasa pahlawan terdahulu yang terkorban ketika memperjuangkan kemerdekaan di tanah air. "Itu lebih patriotik daripada turun untuk sertai himpunan Bersih nanti," tegasnya. Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) berhasrat menganjurkan Himpunan Bersih 4.0 di ibu negara pada 29 dan 30 Ogos ini
Penulis : Fathin Athirah Hasli Tarikh : 20 Ogos 2015 Rujukan
:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/sertai-bersih-bukan-
pengukur-semangat-patriotisme
Ulasan Setiap
rakyat
haruslah
mengelakkan
diri
daripada
terlibat
dalam
perhimpunan haram atau parti-parti yang cuba untuk menjatuhkan kerajaan. Setiap individu perlu berfikir secara rasional dan boleh mengemuka pendapat atau bersuara menggunakan saluran yang betul tanpa terlibat dalam kegiattan yang boleh mengancam kedaulatan negara
11
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
ini. Setiap inidividu mempunyai hak untuk mempertahankan negara dan memilih
pemimpin
atau
pemerintah
yang
mereka
rasakan
boleh
memerintah dengan betul. Namun, semua itu ada saluran tertentu dan individu perlu menggunakkan saluran yang betul dan tidak terlibat dengan perhimpunan-perhimpunan jalanan yang boleh mencemarkan imej negara. Setiap individu harus berupaya mempertahankan imej negara.
Isu 4 : Patriotisme sebagai senjata mental
Gagal menghayati ilmu pengetahuan dipelajari membuatkan segelintir generasi muda mudah terpengaruh dengan dakyah pihak berkepentingan serta mudah emosi dalam menanggapi sesuatu isu sehingga bertindak sesuka hati. Aspek ketaatan, kesopanan dan semangat cintakan tanah air semakin luntur
menjadikan
golongan
itu
seolah-olah
kosong
pengetahuan
mengenai pentingnya mempunyai semangat patriotisme kepada negara. Kegusaran masyarakat cukup berasas apatah lagi, hari ini, pelbagai perkara dijadikan isu sensitif yang mampu menggugat keamanan negara. Justeru, bagaimana survival generasi muda ini untuk jangka panjang dalam menangani konflik sedia ada? Timbalan
Naib
Canselor
Akademik
dan
Antarabangsa
Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Profesor Dr Tengku Mohd T Sembok berkata, generasi muda tidak memahami falsafah dan prinsip negara selain
mempunyai
keperibadian
‘tidak
kisah’
terhadap
isu
yang
membabitkan kesejahteraan negara. Beliau berkata, golongan ini menganggap patriotisme sebagai remeh dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara perlu dipikul pihak tertentu saja. “Tidak hairan kebanyakan generasi muda hari ini buta mengenai pentingnya semangat patriotisme dalam diri. 12
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
“Mereka menganggap ia hanya perkara remeh dan boleh digalas orang lain membuatkan tiada atau kurangnya penghayatan penuh terhadap aspek itu. “Patriotisme adalah simbolik menunjukkan betapa kita sayangkan negara, bangga dan berusaha mempertahankan daripada segala ancaman,” katanya. Beliau berkata, untuk mempertahankan kedaulatan negara, seseorang itu tidak perlu memikul senjata namun memadai jika mempunyai semangat untuk mempertahankan atau memperjuangkan kebebasan serta hak tanah air. “Dalam
konteks
ini,
golongan
muda
khususnya,
perlu
berusaha
menghayati serta mempunyai semangat itu bagi melahirkan rasa sayang yang tidak berbelah bagi kepada negara. “Ada segelintir beranggapan, mempertahankan negara perlu memikul senjata atau berperang, malah ada mendakwa itu bukan tanggung jawab mereka. “Sebenarnya, semangat patriotisme mesti ada dalam kalangan semua orang tidak kira apa pun status, latar belakang dan pegangan agama kerana ini adalah negara kita,” katanya. Menurutnya, semangat patriotisme senjata mental yang cukup kuat. “Bayangkan, jika tiada semangat itu, bagaimana mental kita boleh kuat untuk mempertahankan negara?,” katanya. Tahun ini ‘Sehati Sejiwa’ dipilih menjadi tema Hari Kebangsaan yang membawa penafsiran bagi mencerminkan kesepaduan, kesefahaman dan kemanusiaan seluruh rakyat negara ini. Beliau berkata, banyak usaha dilakukan bagi membantu masyarakat mewujudkan semangat cintakan negara termasuk menerusi penubuhan UPNM. Menurutnya, UPNM bukan hanya mengambil berat mengenai semangat mental patriotisme tapi mengimbanginya secara holistik dengan ilmu, fizikal dan kerohanian. “Ia bertujuan melahirkan individu atau kumpulan patriot di barisan hadapan dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara 13
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
dengan kepercayaan bahawa benteng utama pertahananan negara adalah menerusi pendidikan. “Justeru,
penubuhan
berkarakter
dan
UPNM
beriltizam
bagi untuk
melahirkan
pemimpin
berkhidmat
dengan
intelektual, ikhlas
bagi
melanjutkan kepentingan strategik negara,” katanya. Sejarah UPNM bermula dengan penubuhan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) pada 1 Jun 1995 sebagai organisasi yang bertanggungjawab menjalankan program pengajian di peringkat sarjana muda dan latihan ketenteraan kepada Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Peranan
ATMA
diperluaskan
dengan
menjadikannya
UPNM
yang
diwartakan pada 10 November 2006. Mengenai perbezaan UPNM dengan Universiti Awam (UA) lain, beliau berkata, institusi itu berfalsafahkan kepada pertahanan dan keselamatan demi kedaulatan negara. “UPNM menggabungkan ilmu pengkhususan profesional dengan ilmu profesional ketenteraan selain menjadikan disiplin ketenteraan sebagai budaya kampus. “Matlamat UPNM ialah melahirkan pemimpin berkarakter menerusi pendidikan untuk meneruskan legasi serta kesinambungan yang dimiliki negara pada hari ini. “UPNM adalah pemangkin namun paling penting ialah semua lapisan masyarakat perlu mempunyai semangat cintakan negara,” katanya. Menurutnya, ramai beranggapan UPNM hanya khusus bagi mereka yang mahu memasuki pekerjaan tentera. “Tanggapan itu salah kerana UPNM turut menjalankan fungsi seperti UA lain cuma di sini, kami menekankan soal disiplin kerana institusi ini bukan saja
diletak
di
bawah
Kementerian
Pendidikan
Tinggi
(KPT)
tapi
Kementerian Pertahanan. “Ini keunikan UPNM kerana di samping melahirkan graduan bersifat universal, profesional dan berdisiplin, institusi ini menjadi pemangkin untuk
menyuburkan
semangat
patriotisme
kental
terhadap
bakal
pemimpin masa depan,” katanya.
14
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Penulis : Ruhaiza Rusmin Tarikh :30 Ogos 2015 Rujukan : http://www.hmetro.com.my/node/74033
Ulasan
Generasi muda masa kini haruslah mempunyai semangat patriotisme dalam diri dan haruslah menghargai perjuangan pemimpin dan pejuang terdahulu yang telah bersusah payah untuk memperoleh kemerdekaan untuk negara kita. Generasi muda harus memandang serius perkara ini dan sebagai generasi baru, mereka perlu menanam semangat patriotisme dalam diri mereka dan sanggup untuk mempertahankan negara ini. Mereka juga perlu mempunyai jati diri yang kuat agar tidak mudah terpengaruh dengan dan anasir-anasir dari luar. Generasi muda juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pasukan keselamatan agar dapat membentuk daya kepimp[inan yang utuh dan semangat nasionalisme yang tinggi supaya bdapat mempertahankan tanah air daripada kuasakuasa luar.
Isu 5 : Indeks Patriotisme pupuk keharmonian
Jika meneliti perkembangan semasa, apakah benar konsep globalisasi semakin menghakis kepentingan kewujudan negara bangsa? Sesuatu yang menarik ialah berdasarkan apa yang dikatakan De Cillia, Reisigl dan 15
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Wodak (1999); "Proses globalisasi nampaknya perlu diiringi dengan melihat semula dan mengukuhkan masa lalu dan ciri komuniti pramoden mengenai perasaan patriotisme yang penuh beremosi dan diwarisi terhadap negara sendiri". Peristiwa demi peristiwa berlaku di sekeliling kita kini menjadikan kita semakin keliru. Satu demi satu kejadian dilihat seolah-olah membunuh rasa damai dan masyarakat menjadi gusar. Rasa hormat terhadap negara mulai digugat. Menariknya baru-baru ini apabila Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN), Datuk Raja Arif Raja Ali mengeluarkan kenyataan BTN sedang menyiapkan Indeks Patrotisme Negara. Beliau juga menjelaskan kajian awal terhadap Indeks Patriotisme Negara yang membabitkan penuntut pengajian tinggi memperlihatkan skor indeks adalah rendah iaitu hanya 3.8. Ini menggusarkan kita mengenai semangat jitu patriotisme generasi pelapis negara. Inisiatif BTN mewujudkan Indeks Patriotisme Negara adalah langkah yang harus disambut baik. Ia juga adalah satu inisiatif bijak dalam usaha memperkukuhkan Malaysia negara bangsa maju menjelang tahun 2020. Usaha
Ketua
Pengarah
BTN
ini
memperlihatkan
satu
lagi
usaha
transformasi kepemimpinan negara bagi menyelami rasa hati rakyat. Ia membolehkan kerajaan menerusi BTN memperkasakan strategik ke arah meningkatkan jati diri warga negara Malaysia. Apa yang penting, pengukuran
Indeks
Patriotisme
Negara
menggambarkan
keseriusan
kerajaan untuk menjayakan transformasi Malaysia negara maju. Perpaduan tiada jika tiada patriotisme Keamanan dan kesejahteraan terbina kerana adanya perpaduan. Adalah sukar membentuk perpaduan jika tidak ada patriotisme. Cabaran Malaysia sebuah negara majmuk bukan boleh dipandang ringan. Keamanan adalah asas kepada pembinaan pembangunan. Ini penting bagi Malaysia dan inilah yang digagaskan oleh Perdana Menteri kita dalam inspirasi Gagasan 1Malaysia. Walaupun pada zaman ini sering dilaungkan slogan globalisasi dan dunia tanpa sempadan, tetapi semangat patriotik dan cintakan tanah 16
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
air perlu dipupuk khususnya dalam konteks negara kita Malaysia. Prof Jomo Kwame Sundram, pernah meluahkan rasa hatinya bahawa dalam keadaan negara kita yang berbilang kaum, gerakan nasionalisme masih perlu dibina bukan hanya untuk menghadapi masalah dan cabaran pembangunan kini, tetapi juga untuk menghadapi masalah perpaduan kebangsaan. Semangat patriotik dapat dijadikan benteng bagi menangkis ancaman
dan
kebanjiran
gejala
negatif
akibat
daripada
proses
internasionalisme dan globalisasi. Kebimbangan terhadap isu patriotisme bukanlah isu hari ini, tetapi telah dirasai sejak sekian lama. Harus diingat Kongres
Patriotisme
Negara
pada
24-26
Oktober
2002
yang
membincangkan segala aspek patriotisme membuat satu resolusi penting. Resolusi itu telah dikemukakan kepada Kabinet dan telah menghasilkan keputusan mewajibkan pelajar berumur 17 tahun ke atas menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bermula pada tahun 2004. PLKN diadakan untuk meningkatkan rasa cinta kepada negara atau patriotisme. Kini ia telah berlangsung selama 10 tahun. Sudah pasti persoalannya kini, apakah matlamat meningkatkan patriotisme dalam kalangan generasi belia yang menyertai PLKN berjaya dilaksanakan? Saya berpendapat Indeks Patriotisme Negara yang dibangunkan BTN boleh digunakan untuk mengukur pencapaian program itu. Senario semasa memperlihatkan wujud kecelaruan pemikiran dalam kalangan sesetengah generasi
muda
terhadap
penerimaan
program
yang
dilaksanakan
kerajaan. Setiap tindakan yang bercanggah dengan nilai perpaduan yang dilakukan generasi kini mencerminkan mereka tidak patriotik. Begitu juga perbuatan menghalang kemajuan juga tidak mencerminkan kecintaan terhadap negara. Tindakan yang berbentuk provokatif dan menyalahi undang-undang juga cerminan tiada patriotisme dalam jiwa.
Penulis : Tengku Khairi A. Rahman Tarikh : 6 Febuari 2015 Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/33539 17
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Ulasan
Rakyat Malaysia haruslah mempunyai semangat patiotisme yang tinggi dalam diri agar dapat memupuk perpaduan. Hal ini demikian kerana tanpa semangat patriotisme amatlah sukar untuk memupuk perpaduan. Oleh itu, setiap rakyat haruslah menanam semangat patriotisme dalam diri agar
dapat
mempertahankan
negara
dan
seterusnya
mewujudkan
keharmonian antara rakyat. Semangat patriotisme amat penting dipupuk dalam diri setiap individu agar keharmonian antara kaum dapat dipupuk dan seterusnya kemerdekaan negara dapat dipertahankan.
Isu 6 : Kemerdekaan medan perbaharui patriotisme
Sambutan merdeka mesej cinta negara Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini ialah ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Tema itu dipetik daripada lirik lagu Warisan yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Mengikut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, tema
itu
diharapkan
akan
melahirkan
semangat
kecintaan
yang
mendalam terhadap negara yang tercinta ini. Beliau berharap sambutan kemerdekaan perlu menjadi jenama popular yang melekat di hati setiap rakyat. Justeru, rakyat di negara ini wajar melihat sambutan hari kemerdekaan secara positif, iaitu sebagai acara tahunan semangat
negara
yang
dapat
patriotisme
menyemarakkan rakyat
dan
pelbagai
meningkatkan kaum. 18
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Mesej utama tema kali ini ialah ‘kecintaan terhadap negara’. Kecintaan (patriotisme) terhadap negara adalah satu semangat yang menuntut tanggungjawab, ketaatan dan pengorbanan. Sebagai sebuah negara tempat ‘hidup dan mati’ kita, maka soal kecintaan terhadap negara menjadi
prasyarat
penting
untuk
mempertahankan
tanah
air.
Walaupun semangat patriotisme itu bukannya bersifat bermusim, tetapi dengan adanya acara sambutan hari kemerdekaan pada saban tahun, maka ia mampu melonjakkan atau sekurang-kurang memperbaharui semangat patriotisme kita terhadap negara. Peristiwa jadi pengajaran Kejadian pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada awal tahun 2013 yang mengorbankan 10 perajurit tanah air jelas menuntut rakyat mesti memiliki semangat patriotisme yang tinggi bagi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh. Peristiwa pencerobohan berdarah itu wajar
dijadikan
pengajaran
mempertingkatkan
kepada
semangat
kita
supaya
cintakan
sentiasa negara.
Demikian juga dua peristiwa berkaitan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), iaitu kehilangan pesawat MH370 dan peristiwa MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine mempunyai elemen ancaman musuh terhadap negara ini dan ia menuntut semangat patriotisme yang tinggi
dalam
kalangan
rakyat
kita.
Terbaharu, tuduhan Israel bahawa Malaysia menjadi tempat melatih pejuang Hamas dari Palestin memerlukan kita berwaspada terhadap ancaman kedaulatan negara yang tidak diduga. Sesungguhnya, kemerdekaan yang kita kecapi selama ini tidak datang secara bergolek tetapi ia dicapai dengan perjuangan anak bangsa yang berjuang dengan darah dan nyawa untuk membebaskan bumi bertuah ini daripada
cengkaman
penjajah.
Penjajah melakukan kekejaman dan penindasan ke atas anak bangsa yang mahukan tanah air ini bebas daripada penguasaan dan cengkaman 19
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
penjajah. Semua penderitaan itu ditanggung oleh mereka semata-mata kerana mereka mahu melihat tanah air tercinta ini bebas daripada cengkaman
penjajah.
Perjuangan yang bermula dengan semangat patriotisme dan nasionalisme Melayu, dan kemudiannya berkembang sebagai nasionalisme rakyat Malaysia akhirnya membuahkan hasil yang dihasratkan. Hasil daripada gandingan bahu pemimpin Melayu, Cina dan India serta disokong semangat patriotisme yang kuat dalam kalangan rakyat, maka negara kita berjaya
dibebaskan
daripada
cengkaman
penjajah.
Pada 20 Februari 1956 laungan ‘Merdeka’ bergema di Padang Pahlawan Bandar Hilir Melaka sekembalinya Tunku Abdul Rahman dari London dan mengumumkan tarikh kemerdekaan negara, iaitu pada 31 Ogos 1957. Syukuri nikmat kemerdekaan Hakikatnya, kemerdekaan adalah hasil perjuangan pemimpin bersama generasi terdahulu, hatta bersinambungan sehingga ke hari ini dan akan berterusan sampai bila-bila. Kemerdekaan menyebabkan tegaknya kedaulatan dan maruah bangsa. Justeru, kita wajib bersyukur di atas nikmat kemerdekaan yang kita nikmati sejak 57 tahun yang lalu selama ini. Tanda bersyukur ialah kita sayang
dan
cintakan
negara
ini.
Kita juga harus mengambil iktibar bahawa konflik yang melanda di beberapa
negara
sudah
mengancam
kestabilan
dan
solidariti
masyarakatnya. Nikmat kemerdekaan mereka sudah hilang dan negara mereka terdedah kepada percaturan kuasa asing. Tidak mustahil kita menjadi seperti itu jika ada golongan yang tidak setia kepada negara ini. Justeru, kita berharap tidak ada dalam kalangan rakyat, termasuk dalam kalangan ahli politik di negara ini yang menjadi batu api, kaki cucuk, talam dua muka, pepat di luar rencong di dalam dan si Kitol yang lidah bercabang yang gemar membangkitkan isu-isu sensitif sehingga boleh menghuru
harakan
negara
ini. 20
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Kenangkan kembali bagaimana pemimpin terdahulu memperjuangkan kemerdekaan dan meletakkan asas-asas berkaitan ‘kontrak sosial’ yang dimasukkan
dalam
Perlembagaan
Persekutuan.
Melalui
semangat
Perlembagaan mereka menggariskan bagaimana hubungan kerukunan hidup bermasyarakat itu mesti dijaga dan dipelihara dengan mengelakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif. Perlembagaan yang dibentuk itu juga melambangkan wujudnya satu bentuk ‘kompromi politik’ atau ‘politik permuafakatan’ yang selama ini berjaya membentuk politik ‘persetiaan murni’ antara kaum sehingga berjaya memperkukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan dan integrasi nasional. Semuanya mereka lakukan kerana cintakan negara ini.
Penulis : Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan Malaysia Tarikh : 8 Ogos 2014 Rujukan : http://www2.bharian. com.my/articles/Kemerdekaan medan perbaharui patriotisme/Article/
Ulasan
Rakyat Malaysia haruslah berupaya menghayati nilai kemerdekaan dan bagaimana kemerdekaan kita dapat dicapai hingga ke hari ini. Tanpa pengorbanan daripada pemimpin dan pejuang terdahulu kita tidak akan mencapai kemerdekaan seperti yang kita dapat hari ini. Semua ini adalah hasil titik peluh dan usaha mereka. Jadi sebagai generasi baru hari ini, mereka haruslah mempunyai semangat patriotisme dalam diri serta semangat cinta akan negara agar dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah dikecapi hari ini. Rakyat haruslah bersatu hati dan mempunyai
21
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
semangat kebangsaan yang kuat dalam diri agar keharmonian dan kemerdekaan negara dapat dikekalkan.
Isu 7 :
Semangat patriotisme perlu dijiwai bukan sekadar
simbolik
Merdeka! Merdeka! Merdeka. Teriakan suara hangat, suara penuh semangat, suara keramat yang keluar daripada jiwa yang merdeka. Zaman dulu-dulu, ketika nenek moyang kita menyebut serta melafazkan perkataan ini dengan suara bergetar yang mempunyai rasa dalam jiwa kerana berasa sangat-sangat terharu, sangat gembira dan sangat bersyukur. Kini bagaimana perasaan kita apabila perkataan merdeka ini disebut atau dilafazkan? Adakah kita merasa terharu? Adakah kita berasa bersyukur? Atau paling tidak, adakah kita rasa bangga? 57 tahun negara kita
Malaysia
telah
merdeka
daripada
penjajahan.
Alhamdulillah.
Sekiranya dibuat perbandingan dengan manusia, umur 57 tahun secara fitrahnya akan tergambar dalam fikiran kita akan kewujudan manusia yang matang dari segi fikiran dan kerjaya, mantap dari segi sahsiah diri dan material. Begitu juga dengan negara kita, Malaysia kini gah pada mata dunia, malah telah menduduki antara negara yang maju berbanding negara jiran. Tetapi bagaimana pula dengan remaja kita? Adakah kita dapat menyelami apa itu erti kemerdekaan? Adakah jiwa dan fikiran kita benar-benar
merdeka?
Adakah
betul
cara
segelintir
remaja
yang
menyambut kemerdekaan dari petang, tengah malam hingga dinihari? Remaja dan Patriotisme Bertitik tolak daripada kerisauan ini, kami di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir melakukan satu kajian bagi melihat dan mendalami sejauh manakah tahap patriotisme dalam kalangan belia Malaysia. Malangnya, dapatan yang kami peroleh amat menakutkan. Sehingga kami terfikir, masih wujudkah lagi kemerdekaan negara kita 22
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
dalam tempoh 50 tahun mendatang ini. Tidak boleh tidak, setiap kali munculnya bulan Ogos, isu berkaitan semangat patriotisme sering kali menjadi bualan masyarakat Malaysia. Patriotisme sering kali dikaitkan dengan cintakan watan yang menjadi satu semangat atau nilai yang perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda khususnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk. Selain itu, patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan kedua-dua istilah ini sering ditukar ganti penggunaannya seolah-olah sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang
wajar
mengutamakan
kepentingan
negara
berbanding
kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran demi tanah air adalah contoh tipikal bagi patriotisme yang aulia atau ekstrem. Walaupun patriotisme sering disamakan dengan nasionalisme, tetapi kedua-duanya ada perbezaan. Semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau kumpulan
orang
yang
mempunyai
mengekalkan dan melindungi
negara
pendapat
yang
sama
dalam
tercinta. Nasionalisme wujud
selepas patriotisme dibina dalam jiwa setiap individu dalam masyarakat itu. Ia wujud selepas beransur-ansur penjanaan nilai-nilai positif patriotik dalam individu untuk mempertahankan semangat nasionalisme. Dua jenis patriotisme Hakikatnya, patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu patriotisme peribadi dan patriotisme rasmi. Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan daripada menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu Negara dan 23
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Hari
Pahlawan
dan
upacara
peringatan
adalah
contoh
bagi
jenis
patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu. Kepentingan pupuk semangat patriotisme Patriotisme juga banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan
bendera,
menyanyi
lagu
kebangsaan,
menyertai
perhimpunan berunsurkan kenegaraan secara beramai-ramai, meletakkan pelekat patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan
kesetiaan
kepada
negara
pada
peringkat
umum.
Bagaimanapun, masyarakat sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini kerana kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting
dalam
diri
setiap
rakyat
Malaysia
dalam
mengekalkan
kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Antara signifikasi patriotisme adalah membina nilai persefahaman dan penyatuan antara kaum, menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah keselamatan negara. Demi mencapai persefahaman antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan. Mungkin kita tidak pernah perasan, kebanyakan tema kemerdekaan berkaitan dengan perpaduan rakyat. Antaranya ialah muhibah dan perpaduan, bersatu maju, kebudayaan sendi perpaduan, nasionalisme teras perpaduan dan lain-lain lagi. Dari sini, kita dapat lihat bertapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat dalam kalangan rakyat Malaysia yang bersifat majmuk. Tanpa perpaduan, rakyat Malaysia yang berbeza bangsa, latar belakang dan agama akan mudah diprovokasi dan diadu domba oleh pihak yang mempunyai kepentingan mereka sendiri. Dengan kefahaman patriotik yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk dengan mudah. Dengan itu, peristiwa yang dapat menggugat keamanan negara seperti peristiwa 13 Mei dan peristiwa Kampung Medan 4 Mac 24
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
2001 dapat kita hindari. Pernahkah kita berfikir apa yang akan terjadi pada kemajuan negara kita jika nilai patriotisme tidak diterap dalam diri masing-masing? Lihatlah apa yang terjadi melalui peperangan negara Iraq dan Afghanistan, penjajahan Israel ke atas Palestin, Mexico dengan masalah dadah serta Thailand dengan konflik berdarah oleh kumpulan 'Baju Merah' melawan 'Baju Kuning'. Kesan kepada keadaan yang dihadapi oleh negara itu, menyebabkan perkembangan ekonomi negara tersebut terencat serta mengganggu hubungan baik antara negara. Kestabilan ekonomi sesebuah negara tidak dapat dikekalkan jika masalah-masalah dalaman yang telah mereka hadapi atau sedang harungi, tidak dirungkai. Rakyat Malaysia perlu sedar betapa pentingnya nilai patriotisme bagi memupuk semangat perpaduan yang tinggi sekali gus menentukan hala tuju negara ke arah negara maju yang kukuh. Kejayaan yang telah dicapai pada hari ini bukanlah bergantung kepada individu semata-mata, tetapi merangkumi semua aspek seperti ke arah patriotisme rakyat. Tidak dinafikan tugas menjaga keselamatan negara diterajui sepenuhnya oleh pihak
yang
berkenaan
seperti
polis
dan
tentera.
Namun
begitu
tanggungjawab ini juga sepatutnya digalas oleh setiap warga negara. Dengan semangat patriotisme yang tinggi, rakyat akan menjadi semakin peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara. Lantaran itu, jumlah anggota yang diperlukan dalam Rejimen Askar Wataniah (RAW) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia yang menjadi benteng kedua keselamatan negara dapat dipenuhi. Selain itu, gerakan pihak subversif yang sering menghasut minda masyarakat, kita dapat disekati. Justeru, patriotisme adalah ejen sosialisasi yang berkesan dan mantap untuk mengekalkan
kemerdekaan
sehingga
pada
masa
akan
datang.
Bagaimanapun, terdapat banyak kekangan untuk mencapai objektif ke arah sifat patriotisme ke arah negara bertamadun tinggi. Sehubungan dengan itu, perlunya inti pati semangat ini diselitkan dalam pendidikan negara terutama dari sekolah rendah, bak kata pepatah Melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Oleh itu, pendidik perlu menyemai semangat patriotisme dengan lebih kreatif supaya pelajar dapat menjiwai dengan lebih mendalam. 50 tahun mendatang merdekakah kita lagi? 25
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Namun begitu, isu yang sering kali menjadi persoalan utama ketika ini, masihkah ada kemerdekaan untuk Malaysia pada masa 50 tahun yang akan datang? Hal ini kerana kian hari kita disajikan dengan perilaku anak bangsa yang semakin jauh atau melupai untuk mendalami erti sebenar semangat patriotisme ini. Anak muda sekarang lebih mudah terpengaruh dengan dengan perilaku negatif sehingga leka dalam menghayati semangat patriotik. Contohnya, anak muda lebih mudah terpengaruh untuk turut serta dalam "penentangan jalanan" tanpa mengetahui dengan lebih mendalam akan maksud atau faedah sebenar bantahan itu. Bagi mereka keinginan untuk turut serta dalam kekacauan itu sudah menjadi seperti trend yang dapat mereka banggakan. Walhal, jika situasi ini berterusan, tidak hairanlah andai suatu hari kelak, emosi bertemu emosi, perbalahan atau pergaduhan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini akan tercetus yang mengakibatkan perpecahan kaum. Mungkin juga keadaan ini akan menyebabkan berlakunya peperangan dalaman antara rakyat dan kerajaan yang akan menghancurkan kestabilan negara kita. Saya bukannya seorang yang rasis, namun sebagai rakyat bumi tercinta ini tertanya-tanya juga akan sejauh manakah orang bukan Bumiputera menerapkan nilai patriotisme? Apatah lagi selepas 57 tahun mencapai kemerdekaan, mengapakah wujudnya penterjemah dalam mahkamah sedangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia? Keadaan
ini
membuktikan
bertapa
tahap
patriotisme
yang
telah
berkurangan dalam generasi kini. Hilangnya jati diri sebagai anak Malaysia menjadikan mereka lupa pada kewujudan Malaysia pada masa lalu. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan tidak lagi menjadi kebanggaan kepada sesetengah anak-anak Malaysia terutamanya mereka yang berbangsa bukan Bumiputera. Lebih menyedihkan, media sosial menjadi medium kebebasan untuk mereka bersuara tanpa batasan. Malah, ada juga yang menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran negara, mempersoalkan hak Bumiputera serta merendahkan kekuasaan Raja-raja di Malaysia. Ternyata mereka tidak memahami rukun negara kita, apatah lagi peruntukan Perlembagaan yang membataskan perkara tertentu dalam dibincangkan secara umum. Bukan kita menuding 26
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
jari kepada sesiapa atau tidak juga mahu menangkan bangsa Melayu. Umum
dapat
melihat
bangsa
lain
seperti
mengambil
mudah
isu
patriotisme ini. Sebagai contoh, andai orang bukan Bumiputera diajukan soalan seperti "Saya berasa gembira jika dipilih menyertai PLKN", "Saya sangat menghormati pahlawan yang berkorban untuk mempertahankan Malaysia", "Saya sedia berbakti kepada negara" serta soalan lain yang berunsur patriotisme ini, kebanyakan mereka sama ada memberikan jawapan yang negatif atau terus menolak untuk menjawab akan persoalan itu. Sudah jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mendalami semangat patriotisme terhadap negara sendiri? Mungkin "Ya" atau juga mungkin "Tidak". Oleh sebab itu, patriotisme bukan saja harus dipupuk oleh bangsa Melayu saja, malahan oleh bangsa lain kerana topik ini harus dititik beratkan bagi memastikan Malaysia masih terus merdeka. Hal ini kerana Malaysia adalah sebuah negara unik kerana terdiri dari berbilang bangsa. Tuntasnya di sini, seluruh rakyat Malaysia pada masa kini adalah tonggak utama dalam memastikan Malaysia agar terus merdeka walau 50 tahun mahupun 100 tahun yang akan datang. Hal ini kerana kemerdekaan yang dicapai adalah daripada kaum yang bersatu padu dalam memastikan Malaysia terus aman dan menepis segala ancaman dari dunia luar agar Malaysia tidak akan dijajah semula. Bak kata Tun Dr. Mahathir: "Mereka yang
melupakan
sejarah,
pasti
akan
mengulanginya".
Oleh
yang
demikian, sebagai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbeza agama, tentunya tidak mampu menunggu sehingga tahap kritikal. Tentulah kita mengetahui pentingnya patriotisme sebagai rakyat Malaysia seperti perumpamaan "sudah terhantuk, barulah terngadah". Rentetan itu, nilai patriotisme haruslah diterapkan kepada anak muda kita sejak awal pembelajaran lagi agar menjadi pegangan hidup kelak. Perbaiki masalah perpaduan Masih belum lagi terlambat untuk memperbaiki masalah perpaduan negara. Yang penting ialah keikhlasan. Barulah semangat patriotik di kalangan rakyat akan dapat disemai. Penggunaan bahasa kebangsaan harus digalakkan secara menyeluruh. Apa yang dilakukan sekarang bagus, tetapi masih belum lagi mencukupi. Ironinya, apa erti Jalur Gemilang berkibar megah, jika nilai sejarah tidak dihormati? 27
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Apa gunanya setiap rumah mengibarkan bendera jika masih ada rakyat yang tidak boleh berbahasa kebangsaan? Apa ertinya negara akan menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-57, jika rakyat yang berbilang bangsa masih lagi syak wasangka sesama sendiri. Semua ini masalah pokok yang harus diselesaikan. Jika tidak sambutan tidak ada erti dan tiada bezanya dengan perayaan lain yang dirayakan di negara ini. Mungkin pantun klasik karya tokoh pejuang kemerdekaan, Dr Burhanudin al-Helmi dapat memberikan erti kemerdekaan. Di atas robohan Kota Melaka Kita dirikan jiwa merdeka Bersatu-padulah segenap baka Membela hak keadilan pusaka Merdekakah kita sebenarnya? Mungkin benar kita telah merdeka dari jajahan, sebaliknya, kita dijajah oleh pemikiran kita sendiri. Terpenjara dalam ruang ciptaan prasangka dusta. Mari kita bebaskan diri kita ini dengan menghayati erti sebenar perit mencapai kemerdekaan. Hanya dengan itu, kita akan berusaha mengekalkannya. Semoga teriakan Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kali ini penuh dengan getaran daripada jiwa yang benar-benar ingin merdeka.
Penulis : Dr Ahmad Zaharuddin sani Tarikh : 18 september 2014 Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/6611
Ulasan
Generasi muda masa kini perlu menanam dan menjiwai semangat patriotisme dalam diri mereka dan bukan sekadar menyebut sahaja tetapi harus lahir dari dalam diri mereka.
Semangat patriotisme ini sangat
penting diterapkan dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia. Mereka harus mempunyai semangat cinta dan sayang kepada negara serta sanggup berkorban untuk negara. Justeru pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha memupuk semangat 28
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
patriotism dalam diri generasi muda hari ini. Misalnya, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan bertujuan untuk membentuk jati diri dan semangat patriotism dalam diri generasi muda agar mereka akan berupaya untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh.
Isu 8 : Membina bangsa dengan semangat patriotisme
SETIAP kali menjelang Ogos, rakyat Malaysia diperingatkan supaya sentiasa memperbaharui semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara. Melalui semangat cintakan negara akan dapat membentuk ke arah pembina negara bangsa yang bersatu padu. Matlamat dan wawasan membina Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya
menjelang
tahun
2020
mestilah
berasaskan
kepada
penyatuan dan perpaduan rakyat yang kukuh dan padu. Apabila transformasi ini berlaku kemerdekaan akan terus dapat didaulatkan. Patriotisme
seharusnya
menjadi
subjek
dan
tema
penting
yang
mencorakkan hala tuju perubahan Malaysia selepas negara ini mencapai kemerdekaan hampir 55 tahun yang lalu. Dalam masa sama Malaysia menghadapi pelbagai cabaran semasa yang kritikal seperti globalisasi, liberalisasi, neokolonialisme, feudalisme baru, 29
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
anarkisme,
keganasan,
sekularisme,
demokrasi,
pembinaan
negara
bangsa dan sebagainya. Justeru, patriotisme adalah keyakinan kita bahawa negara ini lebih hebat daripada negara lain, disebabkan kita lahir di negara ini. Selain itu, kita juga harus bertanya kepada diri kita apa sumbangan kita kepada negara yang kita cintai. Setiap rakyat yang cintakan negaranya pasti berfikir dan merenung perjuangan yang telah kita lalui sepanjang 55 tahun lalu. Untuk mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 negara kita melalui pelbagai pahit getir dengan perjuangan para pejuang yang mencetuskan kemerdekaan negara. Patriotisme adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan
negara.
Usaha
mengekalkan
semangat
juang
yang
tinggi,
mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara seharusnya dimulakan di peringkat sekolah rendah dan menengah. Mengibarkan Jalur Gemilang adalah simbol kepada rasa cinta kepada negara. Bendera adalah lambang negara yang seharusnya berkibar megah di perkarangan rumah, sekolah, pejabat dan juga di kenderaan. Melalui semangat ini rasa cintakan negara akan dapat dikekalkan dalam jiwa setiap rakyat. Mengibarkan Jalur Gemilang tidak terbatas kepada pegangan politik. Kemerdekaan adalah lambang kedaulatan sesebuah negara. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar merupakan tanggungjawab setiap rakyat. Kesetiaan pada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang sangat penting. Unsur ini perlu disemai dan ditanam dalam jiwa generasi muda khususnya dalam konteks masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
30
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Patriotisme juga adalah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Setiap rakyat yang cintakan negara ini harus mengakui Malaysia adalah tanah tumpah darah dan tiada negara lain seaman dan semakmur Malaysia. Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Semangat patriotisme perlu dibangunkan melalui dasar pembangunan manusia
iaitu
membabitkan
ekonomi,
politik,
sukan,
pendidikan,
hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisasi. Usaha haruslah dilakukan dengan menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa. Pencapaian dalam sukan Olimpik dengan satu pingat perak dan gangsa di London baru-baru adalah suatu permulaan ke arah itu. Sempena menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-55 dan Hari Malaysia rasa cinta terhadap negara seharusnya dimantapkan lagi dalam hati setiap rakyat negara ini. Ini mencerminkan jiwa patriotik dan perasaan seseorang itu. Menghayati nikmat merdeka sama ada golongan tua dan muda mestilah dilakukan ke arah membangkitkan semangat cintakan negara. Tema pada tahun ini "Janji Ditepati" tak perlulah dipertikaikan lagi. Pendidikan adalah bidang yang paling berkesan untuk menerapkan semangat cintakan tanah air. Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku, bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara. Golongan muda seharusnya mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul
31
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Rahman Putra yang gigih serta mempunyai semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah kemerdekaan. Sebagai contoh, Pendeta Za'ba ialah pejuang kemerdekaan yang telah berjuang memimpin orang Melayu pada zamannya. Beliau menyatakan: " Saya telah diminta memimpin orang Melayu yang ketika itu tidak ada pemimpin, saya menerima permintaan itu. Dengan semangat, saya ingin menentang Malayan Union dan tidak ada orang memimpin orang Melayu, tanpa sebarang bantahan saya terus berikhtiar menegakkan politik Melayu." Membina bangsa dengan semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah. Melalui mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan memberikan ilmu ke arah semangat cintakan negara. Remaja adalah aset terpenting negara. Penerapan semangat patriotisme iaitu rasa cinta akan negara mestilah dilakukan untuk membina negara bangsa.
Memupuk
semangat
cintakan
negara
tidak
seharusnya
bergantung pada wahana sejarah semata-mata. Ini boleh dilakukan melalui mata pelajaran lain melalui penerapan nilai murni dan semangat cintakan negara. Pemupukan jati diri kepada pelajar mestilah bermula daripada rasa cinta dan sayangkan negara. Negara ini adalah tanah tumpah darah yang mesti dipertahankan kedaulatannya sepanjang masa. Cara memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu. Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air. Patriotisme juga tidak dapat dipisahkan daripada jati diri negara iaitu sifat negara merdeka dan berdaulat itu benar-benar dikotakan. Patriotisme terhadap negara bersangkutan juga dengan identiti bangsa dan identiti ini sewajarnya subur melalui bahasa kebangsaan
yang
berfungsi
penuh,
termasuk
sebagai
pengantar
pendidikan di sekolah.
32
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Penulis : Dr Aminuddin Mansor Tarikh : 24 Ogos 2012 Rujukan
:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120824/re_02/Membinabangsa-dengan-semangat-patriotisme
Ulasan
Pembinaan negara bangsa adalah amat sukar dicapai disebabkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tetapi semua itu boleh dicapai sekiranya semua rakyat bersatu hati dan bertoleransi antara satu sama lain
dan
mengelakkan
persengketaan
yang
boleh
menggugat
keharmonian negara. Oleh itu, amat penting bagi setiap individu untuk menanam
semangat
patriotisme
dalam
diri
mereka
agar
dapat
mempertahankan negara dan seterusnya memupuk semangat cintakan negara serta sanggup berkorban untuk negara. Semua ini boleh dilakukan sekiranya semua rakyat bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Justeru itulah konsep satu Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam yang
bertujuan
untuk
menyatukan
rakyat
negara
ini
agar
dapat
membangunkan negara bersama-sama.
33
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Isu 9 : Fahami sejarah bentuk semangat patriotik
SEJARAH tetap sejarah. Ia mengandungi fakta, tarikh dan angka yang tepat.
Mengubah
sejarah
suatu
perbuatan
yang
menipu
kepada
kebenaran. Tanpa fakta, tarikh dan angka yang tepat ia bukan sejarah. Ia hanya cerita khayalan dan legenda yang diada-adakan. Di sekolah, kita diajar
mata
pelajaran
sejarah
tentang
negara,
asal
usul
kita,
pembentukan negara, penjajahan dan kemerdekaan. Kalangan orang politik sering mencari isu, sama ada isu agama, pendidikan, ekonomi, sastera, sosial, budaya dan juga isu sejarah untuk mendapat perhatian umum. Berdasarkan politik itu sebagai ibu segala ilmu jelaslah orang politik mesti bercakap dan berpolitik berlandaskan ilmu. Tanpa ilmu sesuatu perkara yang diperkatakan akan mendapat tentangan daripada orang ramai khususnya rakyat. Sejarah adalah bidang ilmu yang bermatlamat untuk mencari kebenaran tentang peristiwa masa lalu. Bagi mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, pengkaji perlulah mengetahui apa, siapa, bila di mana, mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku. Sejarah boleh didapati melalui kaedah lisan, bertulis dan kaedah arkeologi. Isu sejarah tidak wajar dijadikan isu dalam politik dalam usaha mendapat perhatian dan meraih undi. Apa itu sejarah? Sejarah membolehkan kita memahami dan belajar peristiwa-peristiwa yang berlaku yang berkaitan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita seperti peristiwa kemerdekaan negara. Usaha memesongkan sejarah adalah perbuatan yang tidak baik dan tidak boleh dimaafkan. Oleh itu, pelajari dan fahamilah sejarah tanah air dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Lantaran itu, sebagai generasi muda perlu memahami dan menghayati sejarah negara bagi membentuk dan mendidik semangat patriotik dalam kalangan generasi muda. Sejarah negara penting difahami dan dihayati sebagai usaha ke arah pembinaan negara dan bangsa merdeka. Sejarah menurut Ibn Khaldun membicarakan tentang masyarakat manusia atau peradaban manusia, tentang perubahan-perubahan yang berlaku 34
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
pada sifat-sifat kemasyarakatan. Bagi Herodutus, sejarawan Yunani sejarah adalah penceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukannya Rentetan sejarah negara sebelum merdeka dan selepas merdeka sangat penting difahami dan dihayati. Inilah bukti sejarah yang sebenarnya yang harus
diperincikan
dan
muhasabah
kembali.
Usaha
Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memurnikan kembali dan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa akan datang sewajarnya disokong oleh semua pihak. Justeru, sejarah tidak boleh dipesongkan. Penulisannya juga mestilah berdasarkan fakta, tarikh dan angka yang tepat. Pemesongan sejarah akan menyebabkan generasi muda keliru dengan kenyataan pemimpin. Justeru, pemimpin bertanggungjawab memberikan fakta dan sejarah yang benar tentang tanah air. Buku fiksyen iaitu novel yang mengandungi fakta yang tepat boleh dijadikan penulisan berkaitan cerita sejarah yang sarat dengan fakta. Justeru, sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu perkara yang berlaku pada satu masa yang lalu yang boleh dijadikan teladan dan sempadan. Pembelajaran sejarah adalah untuk memahami sejarah tamadun awal bangsa kita. Ini dapat melahirkan perasaan jati diri yang tinggi dan dapat membentuk keperibadian bangsa dengan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. Dalam hal ini isu politik juga telah menyentuh isu sastera, sejarah dan pendidikan. Bagi mereka yang ingin mengkaji dengan sebenarnya ketepatan sejarah bacalah buku sejarah dan karya fiksyen sejarah yang boleh dijadikan panduan dan landasan untuk memahami keadaan sebenar. Selain itu, kita masih ramai mempunyai tokoh yang boleh dirujuk seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Koo Kay Kim, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam dan beberapa pakar sejarah negara yang juga tidak mahu sejarah dipesongkan
dengan
sewenang-wenangnya.
Mereka
ini
seharusnya 35
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
diberikan peluang untuk menerangkan kepada orang ramai tentang sejarah negara dan pembentukan perlembagaan dan proses ke arah kemerdekaan yang sangat kompleks. Seminar berkaitan sejarah negara patut diadakan bagi memberikan kefahaman kepada orang ramai. Para sejarawan telah mengkaji rekod-rekod masa lalu dan hasil kajian itu telah dikeluarkan dalam bentuk penulisan, foto, filem dan sebagainya. Ini adalah bukti sejarah yang tidak harus ditolak dan diketepikan. Fakta sejarah
tidak
boleh
dipertanggungjawabkan
ditokok dari
tambah
segi
sumber
dan
direka
kesahihannya.
Ia
serta dapat
dijadikan panduan untuk rakyat hidup dengan aman. Mereka ini boleh menjelaskan dengan fakta yang sebenar dan berasas bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai melalui satu seminar sejarah yang selama ini telah menjadi
pegangan
kepada
orang
ramai.
Mengubah
sejarah
dan
menyelewengkan sejarah melalui ceramah amat berbahaya yang boleh meruntuhkan tamadun bangsa yang telah diasaskan melalui pendidikan di sekolah. Tujuan pembelajaran sejarah untuk mengetahui sumbangan ramai tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu, kita patut menghargai jasa dan usaha kepimpinan pemimpin negara masa lalu dan masa kini. Mempolitikkan sejarah bukan sahaja menidakkan bukti dan fakta, malah boleh memesongkan pandangan orang ramai terhadap sejarah negara. Penyelidikan diteruskan
mengenai di
peringkat
perkara-perkara sekolah
dan
yang pusat
telah
berlaku
pengajian
tinggi
wajar bagi
kefahaman generasi muda. Kita mestilah bertanggungjawab menjaga kemerdekaan dan kedaulatan negara bagi membina cara hidup yang bermatlamat dan berwawasan.
Penulis : Aminudin Mansor Tarikh : 18 Ogos 2015
36
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Rujukan
:
http://www.utusan.com.my/rencana/fahami-sejarah-bentuk-
semangat-patriotik-1.125581
Ulasan
Sejarah banyak mengajar kita agar berhati-hati di masa hadapan. Pengalaman dar sejarah telah banyak mengajar kita dari kita dijajah sehingga kita mendapat kemerdekaan hari ini. Generasi hari ini harus mengetahui sejarah negara agar kita tidak melakukan kesilapan di masa akan dating. Sejarah negara
amat penting untuk dipelajari agar kita
dapat memupuk semangat cinta akan negara dalam diri dan seterusnya berupaya untuk mempertahankan negara daripada dijajah oleh kuasa asing lagi. Melalui sejarahlah semamgat patiotisme dalam diri inidividu dapat dibentuk. Tanpa mempelajari sejarah, seseorang individu tidak akan mampu untuk menghargai wadah perjuangan pemimpin terdahulu dalam meperjuangkan kemerdekaan. Oleh itu, sejarah penting untuk dipelajari dan kerajaan turut menekankan bahawa subjek sejarah menjadi subjek wajib lulus di peringkat sekolah. Ini menunjukkan betapa pentingnya subjek sejarah untuk dipelajari.
Isu 10 : Menyuburkan semangat patriotik
SEREMBAN 18 Sept. - Demi menunjukkan rasa cinta yang amat mendalam kepada negara, adalah penting rakyat negara ini dipupuk dengan semangat merasa bangga mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang masa, apatah lagi pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia yang diraikan ini.
37
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Perkara itu tidak boleh diabaikan dan atas kesedaran itulah, Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah dekat sini menyambut perayaan itu dalam suasana kemerdekaan dan cintakan negara. Pengerusinya, Abdullah Md. Shah berkata, program yang dihadiri hampir 500 orang penduduk di situ telah menjadi acara tahunan dalam menyemarakkan
semangat
patriotisme
di
samping
mengeratkan
silaturahim sesama penduduk. Menurutnya, pelbagai acara yang dijalankan sempena memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan menjelang Hari Malaysia termasuklah pertandingan mewarna kanak-kanak, kibar bendera, pakaian paling unik, tarian serta persembahan koir yang mendendangkan lagu warisan serta lagu patriotik. "Secara keseluruhan, program ini juga bertujuan memberi semangat dan mengasah bakat orang ramai terutamanya kanak-kanak melahirkan generasi yang menghargai jasa pejuang dan pemimpin negara," katanya yang ditemui Utusan Malaysia di Taman Mantau Indah, dekat sini barubaru ini. Dalam pada itu, Abdullah berharap program ini dapat diteruskan dalam kalangan penduduk taman ini dan mahu mereka terus mengibarkan Jalur Gemilang tanpa mengira bulan kemerdekaan dan sambutan Hari Malaysia sahaja. "Pada tahun akan datang, kami akan menambah baik daripada segi pengisian serta memperbanyakkan aktiviti yang menjurus ke arah memberi maklumat berkaitan negara serta dasar kerajaan," jelasnya. Sementara itu, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Khairi Abd. Ghani berkata, program ini amat bermakna kerana menjadi salah satu objektif di Biro Tatanegara untuk memberi maklumat tepat kepada masyarakat. Beliau
melahirkan
didedahkan
dengan
kebimbangan semangat
sekiranya cintakan
golongan
tanah
air,
muda masa
tidak depan
kepimpinan negara akan goyah dan urusan pentadbiran mudah dicampuri oleh pihak luar.
38
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
"Anak-anak muda generasi kini mudah terdedah terutamanya di laman sosial yang memberi maklumat tidak sahih dan mempunyai pelbagai perspektif negatif yang menjejaskan nama kerajaan. "Program ini menjadi satu platform untuk menyampaikan dasar kerajaan serta menerangkan isu semasa kepada orang ramai dengan tepat dan sahih," katanya. Malahan, program ini menjadi salah satu aktiviti positif untuk generasi muda mewujudkan semangat perpaduan serta menanam nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka kelak. "Pada masa yang sama, diharap ia juga dapat memupuk keyakinan generasi muda dan mengisi masa lapang mereka dengan perkara berfaedah berkaitan negara dalam bidang kepimpinan," katanya. Mohd. Khairi menambah, beliau berasa bangga dengan kerjasama penduduk yang mengadakan majlis sambutan Hari Kemerdekaan dan perayaan peringkat taman perumahan termasuk melibatkan golongan muda. Kelangsungan daripada program tersebut persatuan penduduk itu turut menyerahkan hasil kutipan sumbangan untuk Tabung Gaza sebanyak RM2,931.75 kepada Utusan Malaysia. Selain itu, penduduk juga turut mengadakan solat hajat serta bacaan surah Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan saudara Islam khususnya di Gaza, Palestin agar mereka dapat meneruskan kehidupan seperti sediakala.
Penulis : Ainaa Mardhiah Mohd. Ghazali Tarikh : 19 September 2014 Rujukan
:
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-
sembilan/menyuburkan-semangat-patriotik-1.6337
Ulasan
39
TISEBIO ANAK TIOP (232417) SGDV 2083 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Moral
Setiap rakyat Malaysia haruslah ada perasaan sayang dan cinta akan negara. Perasaan ini amat penting diterapkan dalam diri setiap individu. Tanpa perasaan ini, tiadalah wujud semangat patriotisme dalam diri. Justeru, perasaan ini merupakan perangsang kepada lahirnya semangat patriotisme dalam diri setiap individu. Dengan adanya ssemangat ini, setiap inidividu akan sanggup memperjuang dan mempertahankan negara daripada kuasa-kuasa luar dan dapat mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi dengan bersusah-payah oleh pemimpin terdahulu. Oleh itu, generasi masa kini haruslah menghargai perjuangan pemimpin terdahulu dalam menuntut akan
mencapai
kemerdekaan untuk negara. Tanpa mereka, kita tidak kemerdekaan
sehingga
hari
ini.
Sesungguhnya,
pengorbanan mereka tidak ternilai dan sangat berharga dan generasi hari ini
haruslah
berupaya
mempertahankan
kemerdekaan
yang
telah
dikecapi.
40