H. Syukriadi Sambas, Mantik Kaidah Berpikir Islami (Bandung: Remaja Rosda Karya, 1996), 9
Ibid., 10
Jancar-Webster, Barbara. "The Philosophy of Aristotle." (1966), 29.
H.M Joesoef Sou'yb, Logika Hukum Berfikir Tepat (Jakarta : Pustaka Al Husna, t.t,), 231-232
Wan Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq" (latihan ilmiah, Universiti Malaya,1997),72
Inati Shams, "Logika", dalam Ensiklopedi Tematis Filsafat Islam: Buku Kedua, (ed.). Nassr, Seyyed Hussein dan Oliver Leaman, (Bandung: Mizan, 2003), 112
Muhammad Nur, "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 83
Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,, 2005), 3
Ibid
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, Pengantar Ilmu Mantik (Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2009), 66
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 89
Osman Bakar, Al-Farabi : Kehidupan, Hasil Karyanya Dan Peri Penting Tokoh, (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), 30-31
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 33
A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam (Jakarta : penerbit bulan bintang, 1976), 129
Osman Bakar, Al-Farabi : Kehidupan, Hasil Karyanya Dan Peri Penting Tokoh, 44
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 91
Ibid
A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 170-171
Goodman, L.E., Avicenna (New York ; Taylor & Francis, 2013), 196
Nasr, Seyyed Hossein. "The Achievements of Ibn Sina in the Field of Science and His Contributions to Its Philosophy." Islam & Science 1, no. 2 (2003): 235.
Nur, Muhammad. "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).
Ab. Latif Muda & Rosmawati Ali, Pengantar Ilmu Mantik, 63
A. Hanafi, Pengantar Filsafat Islam, 211
Nur, Muhammad. "Islam Dan Logika Menurut Pemikiran Abu Hamid Al-Ghazali." 2011 11, no. 1 (2011).. Dicapai dari http://www.journal.iaingorontalo.ac.id/index.php/au/article/view/16
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 99
Mohd Fauzi Hamat, Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Logik, 55-60
Al-Ghazali, Maqasid al-falasifah (Kaherah: dar al-Tabaa'ah al-mahmudiyah al-Tijariyah, 1936), 33-35
Salwani, "Sumbangan Al-Imam Al-Ghazali dalam Bidang Mantiq", 115
Mohd Fauzi Hamat, "Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Mantik: Suatu Analisis Terhadap Muqaddimah Al-Kitab dalam Kitab Al-Mustasyfa Min Ilm Al-Usul" (tesis kedoktoran, Universiti Malaya, Kuala Lumpur,2011), 156
Ibid., 495 & 560
Mohd Fauzi Hamat, "Mantik Dan Tradisi Ilmu Islam: Taakulan Terhadap Pemikiran Al-Ghazzali" (kertas kerja, Bengkel Pengislaman Ilmu II, Akademi Sains Islam Malaysia, UPM, 18 Oktober 2008).
Fauzi Hamat, "Ketokohan Al-Ghazali Dalam Bidang Mantik: Suatu Analisis Terhadap Muqaddimah Al-Kitab dalam Kitab Al-Mustasyfa Min Ilm Al-Usul". , 555
Ibid., 578
Hubungan antara mantik Yunani dengan Islam
Ilmu mantik merupakan salah satu bidang yang penting dalam Islam kerana aplikasinya dalam kebanyakan bidang ilmu seperti usul fiqh, ilmu dakwah, ilmu tafsir, falsafah serta ilmu kalam. Menurut imam al-Ghazali dan Nasruddin al-Tusi, ilmu mantik merupakan ilmu alat serta diibaratkan seumpama kunci kerana sifatnya yang boleh digunakan dalam semua bidang ilmu kepada tanggapan dan kefahaman terhadap ilmu-ilmu yang lain. Disamping itu, al-Tusi juga percaya bahawa ilmu mantiq mampu menghalang akal fikiran daripada terjerumus ke dalam kesilapan dan kekeliruan.
Perkembangan Mantik Yunani
Berdasarkan kepada sejarah, ilmu mantik mula berkembang pada zaman Yunani atau Greek kira-kira tahun 470 sebelum Masihi yang dipelopori oleh cendekiawan Yunani seperti Socrates, Plato serta Aristotles. Tokoh mantik yang lahir pada zaman tersebut menggunakan ilmu mantik untuk menolak cara berfikir golongan Sofisme (Sufathaiyun) yang berlawanan dengan logik akal serta menyesatkan. Socrates menggunakan kaedah perdebatan (Jadal), dialog (hiwar) dan perbincangan (munaqashah). Disamping itu, beliau juga menggunakan kaedah al-istiqra' dalam mencapai hakikat sesuatu haqa'iq al- Ashya' dengan menggunakan akal. Plato telah menolak pendapat kumpulan Sofisme dengan kaedah ta'rif dan istiqraa' serta al-qismah al-mantiqiyah. Al-qismah al-mantiqiyah adalah suatu susunan yang menurun, bermula dengan jins dan dibahagikan kepada naw yang berada di bawahnya. Berdasarkan beberapa karya mantik yang wujud ketika zaman tersebut seperti Organon Oa Laterpretation dan Prior Arsilyteis meletakkan Aristoteles sebagai tokoh yang menyusun ilmu mantik secara sistematik yang telah dirintis oleh gurunya iaitu Socrates dan Plato. Ilmu mantik pada zaman tersebut diklasifikasikan sebagai mantik klasik digunakan oleh Socrates dalam ilmu perdebatan dan berhujah serta dalam memikirkan alam cakerawala. Pada zaman Aristotles, beliau tidak menganggap mantik sebagai satu cabang ilmu dari Falsafah, malah melihatnya sebagai "organon" (iaitu organ) atau "alat" bagi pemikiran yang betul seperti yang dicatat dalam karyanya "Organon". Ilmu mantik pada zaman tersebut dianggap berkembang dengan baik atau sudah masak kerana beliau telah mengemas kini kaedah yang telah wujud bermula pada zaman Socrates dan Pluto serta mencatatkannya dalam bukunya "Organon". Beliau juga telah membahagikan kaedah yang telah dikemas kini kepada beberapa bahagian tertentu seperti:
al-Maqulat (Kategori) : mengandungi perbahasan tentang cara menghuraikan sesuatu dari 10 aspek.
al-qiyas (Analitika Priora) atau perkadaran : mengandungi perbahasan tentang bentuk-bentuk susunan fikiran yang digunakan dalam berfikir.
al-burhan (Analitika Posteriora) : mengandungi perbahasan tentang jenis-jenis buah fikiran yang mempunyai kekuatan dan keyakinan.
al-mughalifah (Sophistika) : mengandungi perbahasan tentang penguasaan tentang melalui bentuk fikiran atau idea.
al-'Ibarat (Hermenutika)
al-jadal (Topika)
al-kitabah (Retorika)
al-shi'r (Poetika)
al-Tahliyat al-'Ula
al-Tahlilat al-Thaniyah
Perkembangan Mantik Dalam Dunia Islam
Kemasukan ilmu mantik Yunani ke dalam dunia keilmuan Islam berlaku selepas berlaku pembukaan wilayah oleh khalifah bani Umayyah dan Abbasiyyah berdasarkan faktor penterjemahan karya-karya mantiq Yunani ke dalam bahasa Arab. Sebahagian sejarawan berpendapat asimilasi mantik Yunani dengan budaya pemikiran umat Islam dalam menentukan sama ada proses tersebut berlaku pada zaman Umayyah (40-133 H/661-750 M). Sebahagian yang lain percaya bahawa penterjemahan tersebut berlaku pada abad pertama khalifah Abbasiyyah (133-235 H/750-850 M). Perkembangan ilmu mantik dalam dunia Islam sebelum abad ke-10 berlaku dengan pesat setelah peningkatan terjemahan karya logik Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Isagoge, karya Porphyry (w. 304), dan Categories, De Interpretatione, Posterior Analytics dan Prior Analytics karya Aristoteles.
Selain itu, ilmu mantik dalam dunia Islam tersebar melalui pergaulan dengan masyarakat bukan Islam dan kegiatan terjemahan disokong oleh pemerintah seperti khalifah Abu Ja'far al-Mansur, Harun al-Rashid dan al-Ma'mun. Tokoh penterjemah awal yang terlibat dalam penterjemahan karya mantik Yunani ke dalam bahasa Arab seperti Hunayn Ibn Ishaq, Ibn al-Muqaffa', Abu Bishr Matta Ibn Yunus (seorang Kristian) serta al-Khindi banyak menterjemah karya Aristoteles seperti al-Burhan (Analytica Poteriora), al-Shi'r (Poetica), al-Khatabah (Topica) dan al-Ibarah (Peri Herminies). Pada abad ke-10 hingga abad ke 14, cendekiawan Islam seperti ibn sina, Abu Bakar al-Razi, al-Farabi, Imam al-Ghazali, dan Ibn Rushd telah melakukan penambahbaikan dan kritikan terhadap mantik Yunani. Di samping itu, ilmuwan Islam telah menggunakan kaedah al-qiyas untuk mempertahankan Islam dalam berhadapan dengan musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang Yahudi, Kristian, Zindiq dan Mulhid.
Perkembangan ilmu mantik dalam dunia Islam menghadapi beberapa konflik kerana terdapat beberapa ulama' Islam yang menolak kerana menganggap Logik Yunani adalah ilmu asing yang bertentangan dengan prinsip Islam. Kebanyakan golongan yang menolak adalah terdiri daripada tokoh fuqaha' dan ulama' hadis sehingga mengeluarkan fatwa yang mengharamkan tokoh dan pelopor dalam bidang mantik. Antara ulama' yang menolak ilmu Mantik adalah Ibn Solah, al-Imam al-Shafie, Imam al-Nawawi, Imam as-Suyuti, Ibn Taimiyyah serta anak muridnya Imam Ibn Qayyim al-Jawziyah. Walau bagaimanapun, terdapat tokoh falsafah Islam yang menerima kehadiran ilmu mantik ke dalam dunia akademik Islam seperti al-Khindi, Ibn Rushd, al-Farabi, Ibn Sina. Di samping itu, terdapat tokoh fuqaha' dan mutakallimun seperti Ibn Hazm, Imam al-Ghazali, Imam Fakhr al-Din al-Razi dan lain-lain yang menerima dan menggunakan ilmu Mantik sebagai ilmu 'alat' dalam bidang yang tertentu seperti dalam bidang akidah, usul al-fiqh, ulum Hadith serta dalam ilmu akhlak.
Perbandingan tokoh ilmu Mantik dalam Islam
Perkembangan ilmu mantik dalam dunia akademik Islam telah melahirkan ramai tokoh ilmu Mantik yang hebat. Pemikiran dan karya mereka masih dikaji dan dihargai sehingga pada zaman sekarang dan kaedah mantik yang dirintis oleh tokoh-tokoh mantik Islam masih lagi digunakan dalam pelbagai ilmu. Antara tokoh ilmu Mantik yang hebat dan masih dikaji karya-karya mereka pada zaman sekarang seperti al-Farabi, Ibn Sina Imam al-Ghazali serta Ibn Rusyd.
Al-Farabi (m. 339H/950M)
Abu Nasr Al-Farabi adalah salah seorang tokoh mantik Islam yang lebih dikenali sebagai al-Farabi atau Abu Nasr dalam sumber tradisional Islam. Ketokohan beliau dalam bidang ilmu mantik adalah setanding dengan tokoh Mantik Yunani Aristoteles sehingga mendapat gelaran "guru kedua" setelah melakukan ulasan terhadap Organon yang merupakan karya Aristoteles. Minat al-Farabi terhadap ilmu logik bermula setelah beliau berhijrah ke Baghdad dan menuntut ilmu dengan seorang tokoh ilmu mantik iaitu Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus semasa pemerintahan Khalifah al-Muqtadir. Guru beliau yang pertama juga telah mengajar dan membimbingnya dalam menganalisis karya agung Aristoteles, Organon dan mengkaji asas logik Aristoteles iaitu Analytica Posterior.
Kitab beliau yang terkenal adalah Kitab ihsa' al-Ulum (kitab pembahagian Ilmu) yang mengklasifikasikan ilmu kepada lapan ilmu yang utama; ilmu nahu dan linguistik, ilmu logik (mantik), matematik (propaedeutik), fizik, metafizik, ilmu politik, ilmu fiqh, serta ilmu kalam. Beberapa karya ilmu mantik beliau yang masih ada sehingga zaman ini adalah Syarah kitabah al-ibarah li Aristo (Penjelasan Terhadap Buku Al-Ibarah Aristoteles) serta tahsil as-saadah. Walau bagaimanapun, beliau banyak menumpukan tulisan beliau dalam ilmu mantik khususnya dalam melakukan syarah terhadap karya Aristotle seperti Kategori (al-maqulat), Hermenutika (al-'ibarah), Analitika Priora (al-qiyas), Analitika Posteriora (al-burhan), Topika (al-jadal), Sophistika (al-mughalifah atau al-safsatah), Retorika (al-khitabah) dan Poetika (al-shi'r).
Menurut al-Farabi, mantik merupakan satu ilmu yang mencari kebenaran melalui logik akal dan menjadi panduan kepada manusia dalam berfikir tentang kebenaran sesuatu perkara. Beliau juga berpendapat bahawa kaedah mantik boleh dimanfaatkan dalam semua ilmu pengetahuan dalam membezakan antara kebenaran dan kebatilan dan juga boleh memberi kekuatan dan kesempurnaan kepada manusia. Selain itu, al-farabi juga berpendapat bahawa ilmu mantik mempunyai hubungan yang rapat dengan ilmu Nahw dalam menyediakan kaedah untuk maqulat. Disamping itu, al-Farabi telah mengklasifikasikan kaedah qiyas kepada lima kategori;
Qiyas burhani ; qiyas yang memberikan keyakinan
Qiyas jadali ; qiyas yang terdiri daripada hal yang sudah terkenal dan sudah biasa diterima. Qiyas jadali juga digunkan untuk menimbulkan tanggapan yang kuat untuk mencapai keyakinan terhadap orang lain. Namun begitu, tanggapan tersebut sebenarnya tidak boleh meyakinkan setelah diteliti.
Qiyas sofistika ; qiyas yang boleh menimbulkan sangkaan bahawa sesuatu yang tidak benar kelihatan benar atau sebaliknya.
Qiyas khitabi ; qiyas yang menimbulkan tanggapan yang tidak begitu kuat.
Qiyas syi'ri ; qiyas yang menggunakan perasaan dan khayalan yang menarik perhatian orang lain.
Ibn sina (m 428H/1036M)
Ibn Sina atau Avicenna merupakan ahli falsafah dan tokoh mantiq Islam mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam dunia Islam dan tamadun Barat. Kemunculan beliau selepas 30 tahun kematian al-Farabi meneruskan legasi pemikiran al-Farabi dalam bidang falsafah serta disiplin ilmu mantik dalam dunia akademik Islam. Ketokohan beliau dalam pelbagai bidang ilmu telah menjadikan beliau dikenali sebagai al-Shaykh al-Rais.
Ibnu Sina melihat ilmu mantik sebagai satu alat yang mengandungi peraturan dan kaedah-kaedah dalam mengawasi pemikiran manusia agar tidak berlaku kesilapan dalam proses berfikir. Beliau juga menjelaskan peranan ilmu mantiq dalam pelbagai dalam bentuk pembinaan teori. Selain tu, beliau juga menjelaskan mantiq merupakan prinsip-prinsip yang diperlukan oleh seseorang untuk mengetahui tentang maklumat sesuatu yang belum diketahuinya melalui perantaraan maklumat sesuatu yang telah sedia ada.
Disamping itu, ibn Sina juga telah mengarang beberapa kitab tentang ilmu mantik dalam usaha menjelaskan dan mengembangkan disiplin ilmu mantiq dalam dunia Islam. Beberapa karyanya yang terkenal dalam ilmu mantik seperti;
al-shifa' : merupakan buku tentang falsafah yang terbahagi kepada ilmu logik, fizik, matematik, dan metafizik.
al-Isharat wa al-Tanbihat : kitab mengenai logika dan hikmah.
An-najat ; ringkasan kitab al-Shifa'
Al-Manthiq al-Masyriqiyin : mengandungi tentang ilmu logik.
Beliau juga telah merintis satu teori pemikiran yang mudah (al-ilm al-fikr al-Basit) yang menjadi asas dalam bidang falsafah menggunkan metode tajribi yang mengubah mantiq Aristotle kepada suatu hakikat yang relevan dengan keadaan realiti. Berdasarkan kitab al-Isharat wa al-Tanbihat, beliau berbeza pendapat dengan Aristotle dalam tiga perkara, antaranya berkenaan proposisi berbentuk 'semua A adalah B manakala A' dan pembezaan antara silogisme terhubung (conjunctive, al-istithna'i) dan silogisme berulang (repetitive, al-iqtirani), menggantikan pembezaan Arsitotle iaitu silogisme hipotetik dengan silogisme kategori. Selain itu, beliau berbeza pendapat dengan Aristotle tentang proposisi silogisme yang mana beliau menolak tanggapan bahawa kondisi silogisme (conditional silogisme) dihasilkan daripada persamaan satu kategori (al-Maqulat). Beliau juga mengembangkan sistem logik modal berdasarkan pentafsiran modal logik Stoiks. Beliau juga menggunakan ilmu mantiq dalam bidang sains matematik dengan mengaplikasikan kaedah empirikal berdasarkan kaedah silogisme Aristotle. Di samping itu juga, beliau menggunakan metode induksi dalam menghasilkan kaedah saintifik yang berkaitan dengan kaedah empirikal, pemerhatian serta eksperimen.
Imam al-Ghazali (m 478/1085M)
Imam al-Ghazali merupakan seorang ilmuwan Islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah dalam ilmu mantiq dan mendapat gelaran 'hujjatul Islam'. Walau bagaimanapun, imam al-Ghazali adalah tokoh pemikir Islam yang bukan tergolong dalam kalangan ahli falsafah namun memberi sumbangan besar dalam pengajian ilmu Mantiq dalam dunia akademik Islam.
Walaupun ilmu mantik adalah ilmu yang berasal daripada tamadun Yunani, beliau berminat dan mengharuskan mempelajari ilmu mantik yang jelas merupakan anak kandung falsafah (Yunani) berbanding dalam bidang falsafah yang juga berasal daripada sumber tamadun yang sama. Imam al-Ghazali berpendapat bahawa ilmu mantik merupakan muqaddimah bagi semua ilmu pengetahuan kerana ilmu mantik menggalakkan manusia berfikir dalam mencari kebenaran dan untuk mengelak daripada melakukan kesalahan dalam berfikir. Beliau juga berpendapat bahawa harus mempelajari ilmu mantik dalam menghadapi dan mematahkan hujah daripada musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Kristian, Muktazilah dan lain-lain untuk mempertahankan kebenaran dan kesucian Islam serta menyelamatkan umat Islam terpesong dengan dakwaan salah dalam Akidah. Beliau berbeza pendapat dengan ulama' Islam yang menolak mantik dengan alasan tidak ada dalil yang menunjukkan Islam memerintah dan melarang mempelajari mantik. Namun yang demikian, beliau menolak penggunaan mantik secara mutlak dalam memahami soal ketuhanan (metafizik).
Berdasarkan catatan sejarah,pemikiran tentang ilmu logik Imam al-Ghazali lahir semasa ilmu mantik berada di kemuncak kegemilangan atas usaha tokoh mantik yang terdahulu seperti Abu Bakar al-Razi (w. 313 H/925 M), al- Farabi (w. 339 H/950 M), Ibn sina (m 428H/1036M). Beliau menguasai mantik dengan merujuk kepada karya-karya terjemahan mantik Yunani dan membuat ulasan serta mengkritik argumen yang bercanggah dengan syara'. Al-Ghazali mentakrifkan mantiq sebagai satu undang-undang pemikiran yang membezakan antara al- had dan al-qiyas yang betul daripada selainnya. Ia juga membezakan antara 'ilm al-yaqin dengan kejahilan yang (meragukan). Ia juga seumpama penimbang atau pengukur kepada ilmu pengetahuan kepada pengetahuan yang lain. Imam al-Ghazali juga telah menghasilkan beberapa karya dalam bidang mantik seperti;
Maqasid Al-Falasifah ; menjelaskan tentang kebanyakan kaedah logik seperti tasawwur dan tashdiq dan menyatakan faedah mempelajari mantiq.
Al-Mi'yar Al-Ilm ; menjelaskan bahawa logik merupakan neraca ukuran atau piawai terhadap ilmu pengetahuan. Beliau juga menjelaskan tentang penggunaan kaedah mantik seperti dalam mengeluarkan kesimpulan serta memahamkan umat Islam metode berfikir dan al-nazar.
Mihak Al-Nazar Fi Mantiq : mengandungi tentang analisis dan menjelaskan kaedah-kaedah mantik berdasarkan pendekatan beliau.
Al-Qistas Al-Mustaqim : kitab menonjolkan disiplin logik yang berperanan sebagai pengawas kegiatan berfikir manusia.
Al-Mustasyfa fi al-Ilm Ushul : mengadunkan dua disiplin ilmu yang berbeza iaitu ilmu mantik dengan ilmu usul al-fiqh dan menegaskan kepentingan ilmu mantik dalam memahami ilmu seperti ungkapan beliau " sesiapa yang tidak mengetahui tentangnya (ilmu mantik), maka ilmunya tidak boleh dipercayai. Kitab Al-Mustasyfa berbeza dengan kitab fiqh yang lain kerana Imam al-Ghazali melakukan integrasi ilmu asing (kaedah ilmu mantik) dengan ilmu Islam dalam muqaddimah kitab seperti Madarik al-uqul dan batasannya dalam al-had dan al-burhan, syarat al-burhan al-haqiqi.
Al-Ghazali menggunakan beberapa kaedah mantik seperti ilm al-Khilaf dalam menghasilkan kitab al-Mi'yar al-Ilm serta ilm al-Jadal dalam membahaskan tentang kaedah bagi menegakkan sesuatu pendapat. Beliau juga mengaitkan induksi dengan al-burhan dan kaedah al-had serta perbahasaan al-tasawwurat dalam karyanya Al-Mustasyfa. Dalam perbahasan metode al-burhan, beliau membahagikan perbahasannya kepada tiga bahagian yang membahaskan tiga kesenian; iaitu preleminari al-burhan, perbincangan tentang maqasidnya yang berkisar tentang 'surah' (format) dan 'bahan asas' (maddah) bagi al-burhan dan akhir sekali perbincangan tentang lawahiq bagi al-burhan. Beliau juga menggunakan kaedah al-burhan dalam ilmu akidah dalam mengisbatkan kewujudan Allah sebagai pencipta bagi alam seperti berikut :
"jikalau alam ini baharu dan dijadikan (muhdath), tentu sekali ada orang yang menjadikannya"[premis pertama]
"Memang diketahui bahawa alam ini adalah baharu"[premis kedua]
"Alam ini ada baginya pencipta (muhdith)" [konklusi]
Di samping itu, Imam al-Ghazali juga menggunakan istilah yang serasi dengan disiplin ilmu Islam kerana beberapa faktor, iaitu;
Untuk berdamai dengan golongan fuqaha' yang menentang keras kemasukan Mantik ke dalam dunia Islam kerana beranggapan mantik merupakan ilmu yang asing dan berasal daripada tamadun Yunani. Usaha ini juga dilakukan untuk meredakan kemarahan dan menghentikan kritikan tajam para fuqaha' terhadap ilmu mantik.
Keinginan al-Ghazali untuk memberi penjelasan tentang kedudukan mantik sebagai satu disiplin ilmu yang terpisah daripada falsafah dengan menampakkan mantik sebagai suatu neraca ukuran (mi'yar) bagi semua ilmu pengetahuan dan neraca timbangan dalam menentukan proses berfikir.