Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai
Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku
Pembangunan insan asas kualiti hidup
Amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional
Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar
2
Pendidikan akhlak asas pemilihan dan amalan nilai
Keharmonian fitrah teras amalan tingkah laku
Pembangunan insan asas kualiti hidup
Amalan nilai-nilai keguruan ke arah pembinaan negara dari aspek kualiti peribadi dan kualiti profesional
Menjadi agen sosialisasi kepada pelajar
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
AMBILAN JUN 2014
PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
GPP1063
NAMA PELAJAR : LEE KUAH CHIN
NO. KAD PENGENALAN : (960215-01-6666)
ANGKA GILIRAN : 2014152320083
KUMPULAN/ UNIT : SEJARAH (SJKC)
KOD DAN NAMA KURSUS: GPP1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL
NAMA PENSYARAH : EN. AHMAD RIDZWAN BIN BASRI
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
TARIKH HANTAR : 13 MAC 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS RAJA MELEWAR
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : LEE KUAH CHIN
Angka Giliran Pelajar : 2014152320083
Tajuk Tugasan: Membincangkan sumbangan guru yang profesional terhadap membentuk rakyat yang bersatu padu, penuh taat setia dan dedikasi kepada Negara Malaysia.
Pensyarah : En.Ahmad Ridzwan bin Basri
Subjek/Kursus: Pengantar Pengajian Profesional (GPP 1063)
Tarikh Hantar : 13 Mac 2015
Tarikh Diterima (Diisi oleh pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :_____________________ Tarikh : 13 Mac 2015
( LEE KUAH CHIN )
Perincian Maklum Balas Tugasan
Pemeriksa
Moderator
Kekuatan :
Kekuatan :
Aspek yang Boleh diperbaiki
Aspek yang Boleh diperbaiki
Tandatangan : Tarikh:
Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum balas Yang Diberikan Pensyarah:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan Pelajar : Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN
HALAMAN
Pengakuan I
Penghargaan II
Soalan Tugasan III
PENDAHULUAN 1
2. SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA 2
2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan 2
3. PROFESIONALISME KEGURUAN 3
4. PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN 3
4.1 Pembangunan Modal Insan 4
4.2 Ciri-ciri guru yang professional 5
4.3 Cabaran Yang Mempengaruhi Guru Dalam Perkembangan Profesionalisme 6
5. PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN MENCAPAI HASRAT NEGARA 7
6. RUMUSAN 11
7. REFLEKSI 12
8. BIBLIOGRAFI 15
9. TUGASAN B: PERSEMBAHAN MULTIMEDIA 16
PENGAKUAN
"Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya".
Tandatangan :
Nama pelajar : LEE KUAH CHIN
Tarikh : 13 MAC 2015
PENGHARGAAN
Salam sejahtera
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, kerja kursus ini dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang diberi. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, En.Ahmad Ridzwan Bin Basri atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah beliau berikan sepanjang masa saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga terutama ibu dan ayah yang banyak memberi galakan dan dorongan semasa menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan sekuliah terutama rakan sekumpulan yang telah sama-sama berkolaborasi dalam mencari bahan dan menyiapkan tugasan. Kerjasama kalian amat dihargai dan diharap kerjasama ini akan terus berkekalan. Atas kerjasama kalian tugasan ini telah dapat sama-sama kita sempurnakan.
Sekali lagi saya mengucapakan terima kasih atas semua pertolongan yang telah diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya menjayakan kerja kursus ini. Saya amat menghargai bantuan, bimbingan dan nasihat tersebut.
Sekian, terima kasih.
1.0 PENDAHULUAN
Pembinaan negara bangsa merupakan matlamat utama sesebuah negara dan dianggap sebagai kemuncak kejayaan bagi sesebuah negara serta penduduknya. Menurut Kamus Dewan Edisi Kelima, negara bangsa merupakan negara berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Pembinaan negara bangsa pula adalah satu proses mewujudkan 'semangat kenegaraan' atau perasaan 'kekitaan' di kalangan semua penduduk sesebuah negara (INTAN, 1980). Ia beerti mewujudkan sentimen satu bangsa dan satu negara serta melahirkan keperibadian bangsa.
Agenda pembinaan negara bangsa menjadi lebih penting kepada negara ini kerana mempunyai penduduk yang berbilang kaum. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai perspektif tersendiri terhadap kaum yang lain dan ianya masih lagi dipisahkan dengan panggilan bangsa Melayu, Cina, India dan bangsa yang lain. Walaupun perhubungan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia bertambah baik tetapi pemisahan sosial masih wujud. Ini pastinya akan memperkuatkan lagi semangat perkauman. Oleh itu, langkah yang proaktif harus diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Antara pendekatan yang berkesan untuk merapatkan jurang antara kaum adalah melalui pendidikan.
Menurut John Dewey dalam buku Ismail Mustapa, pendidikan adalah satu proses pertumbuhan dan perkembangan. Beliau melihat pendidikan sebagai satu usaha mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan semula jadi yang ada pada seseorang individu. Mengikut pandangan Michael Fullan dalam buku Amin Senin pula, pendidikan merupakan bidang professional yang dinamik. Asas pengetahuannya dalam hampir setiap subjek dan disiplin akademik sentiasa berkembang. Begitu juga dengan kefahaman tentang bagaimana seseorang itu belajar, tentang struktur dan prosedur yang menyumbang terhadap keberkesanan persekitaran pembelajaran.
Tidak dapat dinafikan bahawa gurulah individu yang paling penting dalam melakukan perubahan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Pendidik perlu "membaharui" diri secara berterusan supaya mereka tetap efektif dan memberi impak langsung terhadap pembelajaran pelajar. Dalam konteks ini, pembangunan profesional guru telah dijadikan sebagai satu komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Selain itu, guru juga berperanan membantu hasrat negara dalam membentuk rakyat yang bersatu padu, penuh taat setia dan dedikasi kepada negara Malaysia dicapai dengan berjaya.
2.0 SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA
Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah yang dibiayai oleh kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri. Sistem pendidikan berpusat kepada sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri juga tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek-aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ia ditentukan oleh kementerian.
2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Berikut merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin dicapai matlamatnya oleh KPM:
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara."
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan dan pimpinan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara, iaitu melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia yang juga akan menjadi warganegara yang baik, dan seimbang yang secara langsung merupakan saluran utama untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Dengan merujuk kepada perkara di atas, guru memainkan peranan penting sebagai agen sosialisai dan agen perubahan dalam mentransformasikan kandungan FPK menerusi kurikulum untuk disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah. Guru perlu menyedari akauntabiliti sebagai seorang guru serta mempamerkan kualiti peribadi guru yang unggul dan kreatif. Di samping itu, pelbagai inisiatif mesti diambil oleh guru dalam membina satu budaya yang berteraskan perpaduan. Dengan usaha-usaha yang dilakukan tentunya negara mampu mencapai kecemerlangan menjelang tahun 2020.
3.0 PROFESIONALISME KEGURUAN
Sesuatu profesion yang tulen adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956 dalam Syed Ismail Mustapa, 2014).
Menurut Kamus Dewan, 'profesion' adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan latihan yang khas, dan pendidikan, kecekapan, kemahiran yang tinggi. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang dilaksanakan oleh individu yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang bermutu, dedikasi dan sebagainya (Syed Ismail Mustapa, 2014). Manakala definisi profesion keguruan menurut Kamus Dewan adalah pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Ia juga merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap pelajar dan masyarakat.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, amalan nilai dan akhlak yang terpuji perlulah disematkan dalam profesion keguruan. Penerapan nilai-nilai murni oleh guru dalam kalangan pelajar juga penting untuk menyediakan mereka menjadi individu yang berguna serta mampu menyumbang kepada negara pada masa hadapan. Seterusnya, peranan guru sebagai sumber utama pengerahuan kepada murid juga harus bertukar sebagai agen perubahan dan sumber apirasi kepada anak murid mereka. Guru perlu kreatif dan inovatif menjadikan sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik, efektif dan menyeronokkan.
4.0 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
Pembangunan profesionalisme keguruan adalah merujuk sebagai satu aktiviti dan juga proses yang direka bentuk bagi mengembangkan pengetahuan profesional, sikap dan kemahiran pendidik agar mereka berupaya meningkatkan pembelajaran pelajar. Menurut Abdul Ghani (2009), proses pembangunan profesionalisme keguruan mempunyai kesan positif yang penting pada amalan dan kepercayaan guru, pembelajaran pelajar serta perlaksanaan reformasi pendidikan.
Antara objektif utama pembangunan profesionalisme keguruan adalah meningkatkan kualiti serta mutu pengajaran dan pembelajaran ke atas pelajar. Justeru itu, aspek pembangunan profesional guru perlu diberikan perhatian sewajarnya merangkumi perkembangan guru sebagai saluran maklumat, pengetahuan serta kemahiran, perkembangan guru dalam aspek pembangunan kendiri. Pembangunan profesionalisme keguruan juga berfokus kepada guru dalam usaha memahami diri sendiri, dan perkembangan guru dalam perubahan ekologi di mana suasana persekitaran kerja diberikan penekanan.
Untuk membangunkan profesionalisme keguruan, beberapa pendekatan boleh digunakan di antaranya menerusi penyeliaan pengajaran. Penyeliaan pengajaran ke atas guru-guru dilihat amat penting khususnya dalam memberi maklum balas terhadap kekuatan dan kelemahan seseorang guru ketika menjalankan tugas. Dalam konteks ini, penyelia berperanan untuk membentuk serta meneroka kemahiran berfikir dalam kalangan guru di mana penyelia membantu guru membuat analisis pengajaran di dalam kelas dan memberi kesedaran memilih untuk melakukan perubahan.
Sementara itu Amin Senin (2008) menyatakan pembangunan profesional guru telah diakui sebagai komponen teras sebarang perubahan dalam pendidikan khususnya usaha-usaha meningkatkan prestasi sekolah. Justeru itu, penyelia boleh membantu guru dalam bentuk penerangan dan kenyataan mudah, memberikan bimbingan secara berterusan semasa sesi perbincangan serta memberikan sokongan dalam pembentukan kemahiran mengajar secara berturutan. Lanjutan itu, penyelia boleh mempromosikan kesedaran, stimulasi, keyakinan, sikap dan keprihatinan guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran ke atas pelajar.
4.1 Pembangunan Modal Insan
Pembangunan modal insan ialah proses pembangunan sumber manusia yang mampu menyumbang secara aktif kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara (Khalijah Salleh, 2007 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014). Bahkan, manusia sebagai insan yang diciptakan sifatnya dengan akal, potensi diri dan kemahiran adalah bertujuan untuk memahami ilmu, menguasainya dan menonjolkan keupayaan individu serta mampu untuk meneroka kehidupannya dan menjauhkan bahaya dari menimpanya. Usaha mendapatkan modal insan yang berkualiti perlu dilaksanakan untuk negara mencapai matlamat sebagai negara maju sebagaimana yang disampaikan oleh YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 1 Mei 2006 sempena Perutusan Hari Pekerja yang menegaskan:
"Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan. Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang kian meningkat."
Kalau dilihat sejarah, bagaimana pembangunan modal insan ini pernah berjaya direalisasikan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W dalam membentuk ummah dan negara. Pembangunan ini dimulakan dengan revolusi ilmu yang berjaya mencorakkan tingkah laku, cara berfikir, akhlak, hukum agama, undang-undang dan cara hidup. Secara kesimpulan bolehlah dinyatakan bahawa modal insan yang berdaya maju dan mempunyai semangat juang yang tinggi memerlukan kekuatan rohani dan jasmani yang dilandasi kepintaran akal.
4.2 Ciri-ciri guru yang profesional
Seorang guru yang profesional seharusnya merupakan seorang yang berilmu (content knowledge), berketrampilan dan mempunyai kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (pedagogical knowledge and pedagogical content knowledge), serta mempunyai sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Antara ciri sahsiah yang perlu dimiliki oleh seorang guru ialah peribadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk menjayakan apa sahaja program (Md Sani et al., 2008 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 di bawah:
Rajah 1: Model guru yang profesional
Selain daripada itu, guru yang profesional juga harusnya mempunyai enam konsep berikut iaitu berkemampuan terhadap amalan profesionalisme di dalam bilik darjah, menjalankan amalan profesional di sekolah, bertingkah laku secara profesional di dalam bilik darjah serta sekolah, bersikap tanggungjawab untuk meningkatkan profesion, menerima kursus latihan dan pendidikan pembangunan yang profesional dan bertanggungjawab sebagai agen reformasi masyarakat (Robiah, 2002 dalam Nor Hasnida Che Ghazali, 2014).
4.3 Cabaran Yang Mempengaruhi Guru Dalam Perkembangan Profesionalisme
Perkembangan dan cabaran dunia pendidikan yang semakin dinamik masa kini telah menuntut guru membuat anjakan paradigma yang holistik. Pergolakan yang terdapat dalam bidang pendidikan memerlukan guru untuk meneliti setiap aspek pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan perubahan yang dilakukan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli masyarakat dalam sesebuah institusi pendidikan. Mengikut Sufean Husin (2008) dalam Nor Hasnida Che Ghazali (2014), cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion keguruan boleh dikategorikan kepada cabaran daripada pihak sekolah, cabaran daripada murid, cabaran memenuhi harapan dan jangkaan negara dan cabaran dalam diri guru itu sendiri terhadap profesion keguruan.
Cabaran daripada pihak sekolah merupakan cabaran utama yang dihadapi oleh guru. Sistem pendidikan Malaysia yang berorientasikan peperiksaan melihat kejayaan sekolah berdasarkan prestasi peperiksaan yang dicapai oleh muridnya. Gejala ini mencetuskan persaingan akademik dalam kalangan pentadbir sekolah untuk mendapatkan pengiktirafan umum. Pihak pentadbir sekolah yang kompetitif juga akan mengarahkan guru mengadakan program akademik seperti kelas tambahan pada masa cuti dan menambah bilangan buku rujukan serta menjalankan aktiviti yang belbagai-bagai untuk menjana kecemerlangan murid dalam peperiksaan. Hal ini memberikan tekanan kepada guru dan menambahkan lagi beban tugas mereka.
Kewujudan keperluan yang berbeza dalam kalangan murid juga merupakan cabaran kepada guru. Dalam hal ini, guru perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya dalam aspek memahami keperluan murid serta mempunyai kemahiran pengurusan bilik darjah yang baik agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Guru juga terbeban dengan masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan murid. Di samping itu juga ditambah lagi dengan masalah murid yang tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak ditangani dengan efektif, implikasi terhadap murid bermasalah dan murid lain akan menjadi lebih serius.
Cabaran yang seterusnya ialah cabaran untuk memenuhi harapan dan jangkaan negara. Guru merupakan golongan yang menjadi harapan negara dan berperanan merealisasikan misi dan visi negara yang tertakluk kepada membentuk warga yang kamil dan soleh melalui sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru perlu memahami cita-cita atau aspirasi masyarakat dan negara terhadap kelompok guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pelan Induk Pembangunan Negara juga merupakan antara dokumen yang perlu dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan modal insan. Cabaran yang dihadapi oleh guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan dapat dicapai melalui perubahan kurikulum. Perubahan secara mendadak ini boleh memberi tekanan kepada guru.
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh guru ialah untuk memotivasikan diri menjadi pendidik selaras dengan harapan ibu bapa, masyarakat dan juga negara. Tekanan beban kerja, penghormatan golongan masyarakat terhadap profesion keguruan yang agak hambar serta pendapatan yang tidak setanding atau kurang berbanding dengan golongan profesional lain boleh dikaitkan dengan tahap motivasi dalaman guru. Faktor bebanan tugas, imbuhan kerja yang kurang menarik dan kekurangan peluang kenaikan pangkat boleh menjadi faktor penolak kepada guru untuk terus kekal dalam profesion yang mulia ini.
5.0 PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA DAN MENCAPAI HASRAT NEGARA
Peranan guru dalam usaha menyokong pembentukan tiga teras utama yang ditekankan dalam usaha pembinaan negara bangsa, iaitu memperkukuhkan perpaduan, membangunkan identiti nasional dan semangat kebangsaan yang tinggi serta membina sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi adalah sangat penting. Sebagai seorang guru yang profesional, mereka juga perlulah berusaha merealisasikan hasrat Negara dalam membentuk rakyat yang bersatu padu, penuh taat setia dan dedikasi kepada Negara Malaysia. Oleh itu adalah penting bagi setiap guru mengenal peranan dan tanggunjawab masing-masing. Hal ini demikian kerana peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap pelajar itu.
Dalam konteks pendidikan, seseorang guru tidak boleh lari daripada memahami konsep dan teras utama yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Rukun Negara, Wawasan 2020, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan Misi Nasional. Semua ini memberi penekanan kepada faktor kepercayaan kepada Tuhan atau pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang 'first and foremost' bagi seseorang guru. Ibu bapa sentiasa mengharapkan guru dan sekolah dapat meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan dalam diri pelajar. Perkara ini menjadi lebih genting dalam kehidupan pada era globalisasi. Maksudnya, kehidupan yang terlalu menekankan teknologi, materialistik, kemewahan hidup dan hiburan boleh menjejaskan hubungan manusia dengan Tuhan.
Justeru dalam usaha membentuk pelajar yang memiliki ciri-ciri yang mampu membina sebuah negara bangsa, seseorang guru haruslah menjalankan peranannya dalam 5 aspek seperti rajah di bawah:
Rajah 2: Peranan guru dalam pembinaan negara bangsa
Ciri perkampungan global dari segi ideologi, sosiobudaya, nilai, dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Arus teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin berleluasa ini akan mengakibatkan pelajar terjebak dengan nilai negatif dengan mudah. Justeru itu kita memerlukan pendidikan akhlak iaitu pendidikan yang mampu membina keyakinan, penghayatan, kefahaman, dan pengamalan nilai murni seperti yang terdapat dalam pendidikan agama. Sebagai peranan yang pertama, guru boleh membina nilai positif yang terkandung dalam ajaran agama menerusi pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru berupaya melaksanakan pendidikan akhlak pada peringkat awal, maka akan lahirlah murid yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu akademik dan sahsiah, serta murid yang dedikasi dan setia berkorban untuk negara.
Matlamat pendidikan negara ini termasuklah mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya pada masa kini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara ini boleh berlaku? Antaranya sebabnya mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah pelajar yang kian menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku yang negatif dan tidak normal. Jika dibiarkan, tingkah laku ini akan berterusan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan.
Oleh hal yang demikian, peranan guru yang kedua adalah untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii dalam pelajar supaya suasana harmoni dan sihat diwujudkan. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku pelajar yang normal, rakyat yang bertoleransi antara satu sama lain dan sifat bersatu padu dapat diwujudkan. Inilah etika guru yang diharapkan dan tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran.
Seterusnya, setiap manusia inginkan hidup yang berkualiti. Biasanya ia dihubungkaitkan dengan kejayaan mencapai prestasi hidup yang tinggi dan diiktiraf masyarakat. Kualiti hidup bermaksud berjaya memperolehi status yang tinggi, kemewahan dan kebendaan dalam kehidupan. Namun konsep kualiti ini tidak memenuhi matlamat pendidikan sebenarnya kerana hanya dengan kebendaan dan kemewahan tidak dapat menjamin kehidupan yang sejahtera dan sesuai dengan fitrah insaniah. Oleh itu, pengertian kualiti hidup yang lebih lengkap perlulah dicari untuk meningkatkan taraf hidup manusia.
Untuk membina kualiti hidup manusia, guru perlu menjalankan tugasnya sebagai ibadah, dengan sendirinya komited dalam membangunkan insan. Insan itulah yang akan digunakan untuk membangunkan negara bangsa. Apabila ciri insan berkualiti terbina dalam diri pelajar, tentulah mereka dapat meningkatkan lagi kualiti hidup mereka. Dengan perkataan lain guru yang mengamalkan etika keguruan (tugas hakiki guru) akan dapat melahirkan pelajar dengan ciri keinsanan yang kehidupannya harmoni dan mengamalkan sikap bekerjasama dengan orang lain.
Tambahan pula, guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh dan kualiti peribadinya yang tinggi kepada pelajarnya. Oleh itu, kualiti peribadi guru yang tinggi juga boleh menjadi katalisator kecemerlangan sesebuah sekolah melalui usaha mereka menyediakan pelajar sebagai modal insan masa depan. Pembinaan modal insan adalah berteras kepada kejayaan bangsa dan negara. Ia merangkumi proses segenap dalam usaha membentuk tenaga manusia yang berilmu pengetahuan, berakhlak tinggi, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan. Selaras dengan aspirasi negara dan hasrat mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meletakkan usaha membina budaya baru iaitu berani berlumba, membina imej serta memiliki merit hingga dapat bersaing pada peringkat antarabangsa, pembinaan modal insan turut menjadi pati dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ( RMK-9 ).
Di samping itu, sekolah merupakan agen kebudayaan dan sesetengah daripada fungsi pengajaran adalah bertujuan melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi murid merupakan satu fungsi yang positif serta sah untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Oleh itu, guru mestilah melaksanakan peranannya sebagai individu yang paling dekat dengan pelajar serta pengganti kepada ibu atau bapa. Ini amat penting kerana hubungan yang rapat akan menimbulkan rasa hormat pelajar kepada guru atau orang lain di sekolah. Pelajar akan berasa dihargai dan diberi perhatian. Ini akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan vandalisme dengan alasan ingin menarik perhatian rakan atau guru. Secara tidak langsung, pelajar juga dapat dipupuk rasa taat setia kepada raja dan negara
Oleh itu, usaha dalam melahirkan warga pendidik yang berkualiti, komited dan berdedikasi perlu diberi penekanan manakala hal ehwal kebajikan mereka perlu dipelihara selaras dengan kepercayaan dan keyakinan kerajaan bahawa pendidikan adalah saluran pembinaan modal insan yang berkesan serta wadah yang bertujuan untuk mencapai hasrat negara. Modal lain seperti wang, teknologi dan bangunan tidak mungkin akan menjadi sempurna jika tidak ditunjangi dengan modal insan. Oleh itu, konsep demokrasi yang memberi peluang adil dan sama rata kepada semua rakyat dalam mendapatkan pendidikan berkualiti wajar diberi perhatian.
6.0 RUMUSAN
Membina sebuah negara bangsa yang sempurna bukanlah sebuah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian etnik serta kaum dari segi latar sejarah, budaya dan bahasa yang berbeza serta diperkukuhkan oleh sentimen warisan yang berbeza turut menyumbang kepada kemunculan persoalan dan masalah yang kompleks. Di sebalik kesukaran, cabaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui sistem pendidikan yang rancangannya sistematik, rakyat dapat disemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal pelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi. Hasrat negara iaitu membentuk rakyat yang bersatu padu, penuh taat setia dan dedikasi kepada negara Malaysia juga mampu direalisasikan dengan berkesan.
Dalam konteks ini, guru memainkan peranan signifikan dalam pembinaan insan cemerlang dan rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara. Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang bakal pendidik, seorang guru perlulah komited dalam melahirkan warganegara mempunyai semangat bersatu padu, cinta dan taat setia kepada negara. Sumber manusia yang mampu berfikir secara rasional serta bertindak untuk kepentingan negara dan bangsa juga perlu dihasilkan. Justeru, pelajar dapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negara dan bangsa, serta lambang, identiti, nilai, kebudayaan, dan semangat yang menjadi ciri dan hasrat negara Malaysia juga dapat dikongsikan. Dengan ini, matlamat pendidikan akan dapat tercapai dengan jayanya sekali gus membentuk negara Malaysia yang maju, aman dan berjaya.
7.0 REFLEKSI
Syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah dan izin-Nya saya berpeluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus yang telah diberikan. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah Pengantar Pengajian Profesional GPP1063. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, saya telah menghadapi pelbagai cabaran dan halangan yang tidak dijangkakan.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak berputus asa dan menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang dinyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan. Kolaborasi-kolaborasi tersebut termasuklah perkongsian idea, pengetahuan dan kemahiran, bersama-sama menyelesaikan masalah yang dihadapi dan lain-lain. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, beberapa perkara telah diambil sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang akan datang. Melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mempelajari bahawa seseorang guru haruslah terlebih dahulu mengetahui atau memahami matlamat ataau tujuan pendidikan yang sebenarnya. Matlamat sebenar dan yang utama sekali ialah membentuk insan yang berguna dan mampu menyumbang kepada masyarakat yang juga mempunyai sifat-sifat manusia yang berakhlak tinggi ,terpuji, dan yang dapat menjaga kepentingan kehidupan serta agamanya. Dengan memahami matlamat pendidikan maka seorang guru dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sistematik dan lancar tanpa adanya gangguan luar.
Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang luas dan kompleks yang mampu mencakupi beberapa jenis bidang atau cabang. Hal ini demikian kerana setiap guru akan berhadapan dengan pelajar yang tahap pemikirannya berbeza. Bukan itu sahaja, guru juga perlu meguasai berbagai-bagai teknik pengajaran dan mengetahui teknik kemahiran membuat perancangan dan objektif pengajaran supaya pelajar dapat memahami isi kandungan yang diajar oleh gurunya pada hujung setiap pelajaran.
Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah dengan penuh bertanggungjawab mematuhi etika profesional dan mempraktikan semua garis panduan. Ini adalah bertujuan meningkatkan tahap produktiviti, kualiti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi fokus terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai serta etika profesion dalam masyarakat. Usaha menjaga tingkah laku dan mematuhi etika profesional adalah sangat penting kerana guru pasti akan menjadi contoh atau suri teladan kepada pelajarnya. Guru juga perlu menekankan pembinaan model insan dalam kalangan pelajar untuk merealisasikan hasrat negara supaya dapat melahirkan pelajar atau rakyat yang berilmu, baik sahsiahnya sera bersatu padu, taat setia dan dedikasi kepada negara Malaysia.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai dan memanfaatkan masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya ialah sebaik sahaja mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih cepat dan proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan segera. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat memastikan tugasan yang dihasilkan adalah berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan kerana mempunyai masa secukupnya untuk menyiapkan tugasan ini. Pada masa yang sama, saya juga akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya untuk menyiapkan tugasan ini.
Untuk membuat penambahbaikan, saya mengambil kira aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil pengajaran supaya lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.
Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan pengajaran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia pada saya.
8.0 BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani Kaneson et al. (2009). Amalan Pembangunan Profesionalisme Dalam Kalangan Guru-guru Novis. Georgetown: Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
Amin Senin. (2008). Pembangunan Profesional Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Deeya, Tanggungjawab dan Peranan Guru. Diakses pada 7 Mac 2015, daripada http://www.scribd.com/doc/8527541/tanggungjawab-dan-peranan-guru.
Institut Tadbiran Awam (INTAN). (1980). Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan. Kuala Lumpur: INTAN.
Lokman Bin Mohd Tahir dan Kalsom Binti Saleh. (2012). Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru-Guru Sekolah Rendah. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Rodzi Razak. (2009). Pembinaan Negara Bangsa Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. JEBAT, 36 (2009), 90-106.
Mohd Saupi Ashari. (2012). Pendidikan untuk Pembangunan Insan. Diakses pada 4 Mac 2015, daripada http://cikgusaupi.blogspot.com/.
Nor Hasnida Che Ghazali dan Effandi Zakaria. (2014). Pembangunan Profesional Ke Arah Pembangunan Modal Insan Guru. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rancangan Malaysia ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Schumirossi, Proses Pembinaan Negara Bangsa. Diakses pada 7 Mac 2015, daripada http://negara-bangsa.blogspot.com/.
Sheikh Othman Salim (ed). (1994). Kamus Dewan Edisi Baru (5th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Syed Ismail Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. (2014). Pengantar Pengajian Profesionalisme. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.