Kertas cadangan projek tahun akhir perlu dibuat sebelum memulakan projekFull description
Full description
kertas kerjaFull description
Pengajian Am CourseworkFull description
Full description
contoh kertas kerjaFull description
Kertas Kerja Cadangan Projek Pertanian Menggunakan Kaedah Hidroponik untuk sekolah.
penternakan haiwan
untuk internship PPG IPGFull description
Full description
Full description
Contoh Kertas Kerja
Full description
“KLINIK MEMANAH 2006” info -- www.pendidik2u.my
Full description
hehehe...suka2
KERTAS CADANGAN MEMBINA SEMULA DAN MENAIKTARAF GERAI P.L.B. KG. SRI KINTA, PERAK DI KG. SRI KINTA DAERAH KINTA NEGERI PERAK DUN TEBING TINGGI PARLIMEN IPOH BARAT MELALUI PERUNTUKAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) TAHUN 2010 ________________________________________________________________ 1.
TUJUAN Kertas Cadangan ini bertujuan memohon pertimbangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM 250,000.00 bagi membiayai pembinaan semula dan menaiktaraf gerai P.L.B. Kg. Sri Kinta, Perak. 2.
LATAR BELAKANG Kg. Sri Kinta merupakan kawasan penempatan penduduk yang majoritinya berketurunan Melayu yang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana dengan kawasan penempatan yang terletak dipinggir bandaraya Ipoh. a.
Kawasan yang dicadangkan didapati mempunyai akses jalan yang memuaskan dengan kemudahan infra asas yang mencukupi.
b.
Terdapat 5 buah gerai PLB yang sedia ada di situ dengan beberapa buah gerai milik persendirian yang menurut tinjauan tapak mendapati kawasan tersebut sangat berpotensi untuk dibangunkan.
c.
Buat masa ini, terdapat sebuah premis menjual surat khabar/majalah dan empat buah premis gerai makan yang bergilir-gilir beroperasi siang dan malam.
d.
Menurut Pengerusi JKKK (P) Kg. Sri Kinta, cadangan menaiktaraf gerai ini sudah lama dikemukakan dan turut dihantar ke Majlis Bandaraya Ipoh. Pada 27/07/2009, Datuk Bandar Ipoh sendiri telah turun padang ke kawasan tersebut dan memberikan komitmen secara lisan untuk memajukan kawasan tersebut tetapi tiada keputusan bertulis dikeluarkan.
MAKLUMAT PROJEK 3.1
Status Tapak Projek a. Tapak projek adalah tanah Kerajaan/ Agensi yang diletak di : i. Jalan Sri Kinta 4, Kg. Sri Kinta, DUN Tebing Tinggi, Parlimen Ipoh Barat ii. Keluasan keseluruhan kawasan; iii. Keluasan tapak untuk pembangunan projek; iv. Terdapat 5 unit premis sedia ada disitu dan didapati terdapat sebuah premis haram di sebelah 5 unit gerai tersebut. v. Gerai dan premis tersebut didapati dibina di atas rizab jalan yang dikawal selia oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) vi. Kawasan tersebut juga didapati berada di dalam bidang kuasa Majlis Bandaraya Ipoh b. Salinan surat kebenaran Pentadbiran Tanah Daerah (Bagi tanah Kerajaan) atau Pihak Pengawal Rizab (Bagi tanah rizab) dan lain-lain pihak yang berkaitan seperti Pihak Berkuasa Tempatan , Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan lain-lain surat kebenaran yang jelas menunjukkan lokasi dan pelan kawasan. Tanah milik Agensi tidak memerlukan surat kebenaran tetapi perlu dinyatakan dengan jelas. (contoh surat kebenaran Pentadbir Tanah Daerah) – jika berkaitan. c. Pelan lokasi dan pelan tapak cadangan.
3.2 a.
i.
Pelan lokasi : pelan lakaran yang jelas menunjukkan l andmark / mercu tanda sedia ada yang terletak berhampiran tapak cadangan.
ii.
Pelan tapak : pelan yang mengandungi no. lot tapak.
Butiran Projek Yang Dicadangkan
Jenis dan bilangan unit premis yang dipohon sama ada gerai perniagaan, bengkel atau kilang; saiz premis. b. Pelan bangunan mengikut Pelan Seragam KKLW sama ada gerai perniagaan / bengkel / kilang (berkuatkuasa bagi pelaksanaan premis mulai tahun 2006).
c. Kos keseluruhan projek dan pecahan kos secara terperinci mengikut format Borang Semakan Kos yang disediakan. *(Kos penyediaan bangunan premis dan lain-lain kemudahan asas di dalam kawasan premis yang dicadangkan sahaja. KKLW tidak membiayai kos untuk penambakan tanah dan lain-lain kos berkaitan dengan penyediaan tapak projek) 3.3
Justifikasi Projek Sebab dan alas an keperluan projek yang dicadangkan. Contoh :
3.4
a.
Projek pembinaan kilang yang dicadangkan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung memandangkan produk yang dihasilkan oleh perusahaan yang terlibat iaitu pengeluaran sos adalah berasaskan bekalan bahan mentah yang ditanam oleh penduduk kampung secara komersil. Perusahaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang lebih besar kepada penduduk sekitar.
b.
Projek cadangan terletak di kawasan penempatan baru yang belum terdapat kemudahan premis perniaagaan.
c.
Bilangan premis perniagaan yang sedia ada di sekitar kawasan cadangan tidak mencukupi untuk menampung bilangan pengusaha yang ramai (bilangan premis dan pengusaha tersebut).
d.
Projek yang dicadangkan bertujuan untuk penyusunan semula kawasan memandangkan premis perniagaan sedia ada di sekitar kawasan cadangan tidak tersusun, usang, perlu dirobohkan dan terletak di tanah rizab jalan yang membahayakan keselamatan.
e.
Faedah / impak projek berkenaan kepada kumpulan sasar.
Tempoh Pelaksanaan Projek a.
Tempoh yang diperlukan untuk pelaksanaan.
b. 3.5
3.6
Kemudahan Sedia Ada a.
Kemudahan asas yang telah terdapat di kawasan yang dicadangkan seperti bekalan elektrik, air, talian telefon dan jalan perhubungan.
b.
Lain-lain kemudahan sedia ada seperti pusat kegiatan sosial; balai raya, dewan orang ramai, klinik dan lain-lain kemudahan.
c.
Pusat kegiatan komersil seperti pusat perniagaan.
d.
Kawasan penempatan penduduk di sekitar kawasan yang dicadangkan.
e.
Kemudahan-kemudahan lain yang dijangka membantu daya maju cadangan projek yang dicadangkan (kesesuaian lokasi yang dipilih).