2.1.1 Cabaran Dalaman
a) Politik Struktur politik dan sistem pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB) di Sabah adalah berasaskan falsafah politiknya yang tersendiri. Pada tahun 1878, Alfred Dent memutuskan untuk memohon Piagam Diraja bagi pembentukan sebuah syarikat bagi memajukan Borneo Utara (Sabah).1 Pihak Pejabat Tanah Jajahan membantah tujuan Dent dengan alasan sesebuah syarikat swasta tidak membenarkan memiliki hak kedaulatan terhadap sesebuah negeri ataupun wilayah. Namun begitu, usulan Dent mendapat sokongan daripada Pejabat Luar Negeri yang cenderung untuk mewujudkan semula konsep syarikat berpiagam setelah pembubaran Syarikat Hindia Timur pada 1858.2 Akhirnya, permohonan Dent untuk membentuk sebuah Piagam Diraja diluluskan. Salah satu prinsip yang dikemukakan dalam Piagam Diraja ialah SBBUB harus menghormati dan berusaha mempertahankan masyarakat peribumi dalam hal ehwal agama dan adat istiadat tradisi mereka. Namun begitu, perkara itu kurang diberi perhatian. Pentadbiran SBBUB sejak penubuhannya lebih mengutamakan langkah berjimat cermat dari segi perbelanjaan yang bertujuan untuk menjana keuntungan supaya pemegang sahamnya di London memperoleh dividen setiap tahun atas pelaburan mereka.3 Corak pentadbiran SBBUB condong kepada pemusatan kuasa dengan teraju pemerintahan dipegang oleh Gabenor dan Setiausaha Kerajaan. Hal ini menyebabkan kebajikan penduduk tempatan tidak terjaga dan timbul perasaan tidak puas hati terhadap pentadbiran SBBUB. Sebelum kedatangan Barat, sistem politik di Sabah bersifat tradisional yang masih berada di peringkat tempatan sahaja. Organisasi sosiopolitik pada zaman itu dapat digolongkan kepada tiga jenis iaitu corak sosiopolitik suku kaum, penaungan Kesultanan Brunei dan Sulu, dan wilayah- wilayah di bawah pemerintahan hulubalang berkuasa bebas. Ketua masyarakat dikenali sebagai Orang Tua yang menjadi ketua di kawasan rumah panjang.4 Setiap komuniti adalah di bawah bidang kuasa ketua mereka sendiri. Oleh yang demikian, keadaan politik masyarakat di Sabah sebelum kedatangan Barat adalah bersifat tradisional iaitu dengan memilih ketua masyarakat di peringkat kampung dan komuniti
1
Evans, S. R.,North R.,North Borneo: Under The Rising Sun Goverment . Kuala . Kuala Lumpur: Sabah State Government, 1999, hlm. 3. 2 Ibid ., ., hlm. 5. 3 Abdul Rahman Hj Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan &Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005,hlm. 212. 4 Ranjit Singh, The Making of Sabah 1856- 19 41, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 46.
mereka
sahaja.5
Rumah
panjang
merupakan
pusat
institusi
politik
mereka.
Walaubagaimanapun, terdapat juga institusi seperti Mahkamah Anak Negeri yang telah diperkenalkan oleh masyarakat Murut. Corak pentadbiran dan keadaan politik di Sabah berubah dan berpecah ansur- ansur selepas kedatangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Kemasukan pihak Barat telah melahirkan beberapa institusi politik yang baru. Nicholas Tarling dalam karyanya “Piracy and Politics in The Malay World” menyatakan bahawa kebanyakan polisi penjajahan
Eropah menyebabkan kehancuran dan membawa pengakhiran kepada unit- unit politik yang besar, terutamanya ke atas empayar- empayar perdagangan Melayu Lama.6 Jawatan Gabenor yang dilantik oleh Lembaga Pengarah Syarikat di London diwujudkan. Sabah juga dibahagikan kepada empat wilayah yang dikenali sebagai Residensi iaitu Residensi Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman. Setiap Residensi dibahagikan kepada tujuh daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah iaitu orang Eropah dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri.7 Pentadbiran yang dijalankan pada peringkat awal amat unggul dan menjadi asas kepada pentadbiran moden pada masa kini. Walaupun pentadbiran SBBUB lebih berorientasikan keuntungan ekonomi, namun terdapat juga sedikit kelonggaran peruntukan yang diberikan kepada perlindungan hak- hak peribumi. Dalam hal ini, SBBUB menjalankan pentadbiran secara langsung terhadap penduduk peribumi. Kedua- dua institusi iaitu Institusi Ketua Anak Negeri dan Institusi Orang Tua adalah bahagian jawatan paling rendah dalam perkhidmatan kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British. Manakala bagi jawatan Ketua Anak Negeri, tugas mereka merangkumi mengutip cukai, meninjau hal- hal keselamatan dan menjaga hal- hal berkaitan dengan keadilan masyarakat dalam daerah mereka masing- masing. Berdasarkan hal ini, ternyata bahawa dasar British telah cuba menyerapkan penglibatan peribumi dalam pentadbirannya. Walaupun peribumi Sabah banyak didedahkan dalam soal hal ehwal pentadbiran moden, namun mereka juga seringkali menjadi mangsa penindasan. Sebagai contoh, E.W Birch yang pernah menjadi Gabenor Sabah membuat dasar menyusun semula sistem Ketua Anak Negeri dengan alasan upah yang tidak sesuai dan tidak yakin terhadap kemampuan anak peribumi Sabah untuk memegang jawatan dalam bidang pentadbiran. Malah beliau menambahkan pegawai- pegawai Inggeris di daerah luar bandar dan meletakkan Ketua Anak Negeri di bawah mereka. Selain itu, Undang- undang 1891 juga diperkenalkan. Melalui 5
Ibid. Dipetik dari: Nota Kuliah Prof. Bilcher Bala, Sejarah Sabah & Sarawak , Universiti Malaysia Sabah 7 Tregonning, K. The History of Modern Sabah: North Borneo 1881- 1983. Singapore: University of Malaya Press, 1965, hlm. 55 6
undang- undang ini, pemberian gaji kepada golongan Orang Tua telah bertukar kepada pamberian elaun yang berbentuk komisen sebanyak 10% hasil dari kutipan cukai kepala. Institusi- institusi seperti Pembesar Peribumi, Orang Tua, dan Mahkamah Peribumi juga digabungkan dalam pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (SBBUB). Pada tahun 1883, sebuah Majlis Penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor telah ditubuhkan.8 Institusi ini bertujuan untuk menasihati Gabenor dalam bidang pentadbiran. Majlis ini terdiri daripada lima ahli rasmi (pegawai kerajaan) dan satu ahli tidak rasmi. Keahliannya terdiri daripada orang Cina, masyarakat Asia, peladang- peladang dan golongan peniaga. Masyarakat peribumi berasa tidak puas hati kerana tiada wakil daripada mereka yang terlibat dalam Majlis ini. Keadaan bertambah buruk lagi dengan penambahan seorang lagi ahli dari kaum Cina. Ini menimbulkan kemarahan golongan peribumi dan mereka membantah penubuhan Majlis ini. Hal ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh SBBUB dalam menjalankan pentadbirannya di Sabah selama 60 tahun. Cabaran ini akhirnya diselesaikan dengan memberi penjelasan kepada kaum peribumi bahawa penambahan ahli dalam Majlis adalah disebabkan untuk menjaga kepentingan orang- orang Cina.9 Mereka juga diberi jaminan bahawa segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dan kebajikan golongan peribumi adalah dalam kuasa Gabenor Sabah. Cabaran lain yang dihadapi oleh pihak SBBUB ialah percetusan Perang Padas Damit yang berlaku disebabkan perubahan bentuk pentadbiran semasa pemerintahan Gabenor C.V Creagh. Peperangan ini meletus di Lembah Padas Damit yang merupakan sebuah sungai di Sememnanjung Klias akibat masalah sempadan yang tidak jelas antara wilayah milik SBBUB dengan wilayah milik Pengeran Shahbandar Hassan. Keengganan penduduk di Padas Damit membayar cukai dan menuntut bahawa wilayah itu kepunyaan SBBUB menyebabkan Pangeran Shahbandar Hassan bertindak balas dengan menyerang beberapa buah kampung dan menawan penduduk kampung tersebut. Beliau juga mendirikan kubunya di tepi sungai dan bertahan di situ. Pada Disember 1888, pasukan Shahbandar Hassan bertempur dengan pasukan British yang diketuai oleh D.D. Daly dan Kapten R.D. Beeston dan beliau tewas pada bulan Mac 1889. Perselisihan ini akhirnya diselelsaikan dengan penyerahan Sungai Padas Damit kepada SBBUB dengan bayaran sebanyak $1800 setahun kepada Pangeran Shahbandar Hassan. b) Ekonomi 8
Abdul Rahman Hj Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan &Politik, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005,hlm. 213. 9 Ranjit Singh,The Making of Sabah 1865 – 1941 . Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 77.
Keadaan geografi di Borneo Utara yang diliputi dengan hutan hujan khatulistiwa menyebabkan Borneo Utara amat subur dan sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan pertanian, perhutanan dan perikanan. Kekayaan sumber laut dan sumber hutan di wilayah ini mula manjadi perhatian kuasa- kuasa Barat dan menyebabkan wilayah ini menjadi rebutan kuasa- kuasa Eropah. Asas ekonomi Borneo Utara bergantung kepada kekayaan sumber laut dan hasil hutan.10 Kedua- dua sumber ini dimonopoli, dikeluarkan dan diperdagangkan
untuk
kepentingan
golongan
pemerintah.
Walau
bagaimanapun,
kepentingan sumber ekonomi tersebut berubah apabila SBBUB mentadbir Borneo Utara yang menjadikan tanah daratan sebagai sumber utama untuk mendapatkan keuntungan. SBBUB memberikan perhatian terhadap beberapa jenis tanaman bagi tujuan tanaman komersial. Terdapat dua jenis tanaman secara umumnya iaitu pertanian kebun kecil termasuklah pertanian pindah serta pertanian sara diri.11 Manakala yang kedua ialah perladangan yang berkaitan dengan pertanian estet. Pertanian pindah merupakan pertanian tradisional yang diamalkan oleh majoriti penduduk Borneo. Kegiatan pertanian ini ialah amalan tanaman bergilir. Pertanian sara diri adalah pertanian kekal dan giat dimajukan secara kecil- kecilan di kawasan rata dan lereng- lereng bukit oleh keluarga dengan menggunakan alatan tradisional. Pertanian perladangan estet menjadi tumpuan dasar ekonomi pihak SBBUB untuk menanam tanaman bagi memenuhi bekalan eksport. Pertanian ini mempunyai pengeluaran besar- besaran, berkaitan dengan modal pasaran dan menggunakan teknologi moden. 12 Pelbagai tanaman pertanian telah diperkenalkan di Borneo. Keadaan ekonomi tradisional Borneo Utara berada pada tahap yang masih mundur sama seperti keadaan politik yang turut mundur semasa SBBUB mula mengambil alih puncak pentadbiran. Hal ini membawa kesan terhadap komoditi yang amat sedikit yang dapat dihasilkan untuk tujuan eksport. Selain itu, kebanyakan penduduk kaum peribumi Sabah hanya mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri seperti nelayan dan petani. Mereka menjalankan kegiatan pertanian mencari hasil hutan dan hasil laut hanya sekadar untuk menampung sumber makanan harian mereka dan bukannya untuk tujuan perdagangan.
10
Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 1977, hlm. 10 11 Lokin, S. A. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Pribumi Sabah 1881- 1963. Kota Kinabalu: University Malaysia Sabah, 2007, hlm. 57 12 Ibid.
Dasar ekonomi SBBUB berbeza- beza mengikut keutamaan. SBBUB membenarkan perdagangan bercorak komersial memasuki kawasan pedalaman dan mendapatkan hasil hutan dijual keluar. Namun, usaha ini menjejaskan perdagangan yang sudah sedia terjalin sebelum kedatangan SBBUB.13 Secara keseluruhannya, ia lebih memberikan perhatian terhadap sektor yang berpotensi untuk memberi keuntungan kepada pentadbirannya seperti sektor pertanian perladangan. SBBUB sedaya upaya berusaha memajukan sektor pertanian bagi kepentingan pelabur- pelabur di samping kepentingan ekonomi SBBUB itu sendiri. Pada peringkat awal pentadbiran, SBBUB lebih menumpukan perhatian dalam sektor perlombongan, diikuti dengan pertanian dan sektor pembalakan. Pembangunan ekonomi bagi sektor- sektor ini memperlihatkan ciri pengkhususan dari segi ruang, modal, buruh, teknologi dan juga pasaran. Namun begitu, kerajaan SBBUB mengalami masalah kekurangan kewangan pada awal tahun pentadbirannya di Borneo Utara dan hal ini meenyukarkan kerajaan SBBUB untuk memajukan hasil kekayaan Borneo Utara sepenuhnya. Situasi ini jelas memperlihatkan masalah kewangan sebagai salah satu cabaran yang dihadapi oleh SBBUB dalam mentadbir Sabah pada awal tahun 1883. Pengeksploitasian sumber-sumber perdagangan yang berasaskan perdagangan tradisional membantu pembiayaan kos pentadbiran di Sabah sebelum sektor ekonomi moden seperti perladangan dan lain-lain lagi dapat dijalankan dan mendatangkan hasil yang diharapkan.14 SBBU juga memperoleh bayaran tahunan melalui kutipan cukai ke atas para pengusaha sarang burung dan cukai eksport semua hasil hutan tersebut. Bagi menambahkan pendapatan Syarikat, SBBUB memperkenalkan beberapa cukai baru seperti cukai beras, cukai sempadan, cukai pokok kelapa dan juga cukai menebang pokok kelapa. Pelaksanaan sistem cukai ini secara jelasnya menambahkan beban masyarakat peribumi dan mengundang perasaan tidak puas hati dalam kalangan mereka. Selain itu, SBBUB memperkenalkan tanaman tembakau buat pertama kalinya di Borneo Utara pada tahun 1883 di bawah pengendalian Chinese Sabah Company (CSC). Tembakau merupakan tanaman eksport terpenting pada awal pemerintahan SBBUB. Ia dijalankan di Silam, Lahad Datu dihantar ke United Kingdom. Penanaman tembakau seterusnya diusahakan di Sandakan pada tahun 1884 dan dihantar ke Holland.15 Oleh kerana tembakau yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik, maka pada tahun 1886 13
Dipetik dari: Nota Kuliah Prof. Bilcher Bala, Sejarah Sabah & Sarawak , Universiti Malaysia Sabah Siti Aidah Hj. Lokin, Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963) , Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 2007, hlmn. 74. 15 Yap Beng Liang, Perubahan Sosial Dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah , Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1990, hlmn .255 14
perladangan tembakau diusahakan secara besar-besaran khususnya di kawasan pantai timur. Walaupun tembakau menjadi industri yang penting di Sabah namun begitu SBBUB menghadapi pelbagai masalah dalam perusahaan ini apabila wujud
persaingan dengan
industri tembakau di Amerika. Selain itu, SBBU turut mengalami masalah kekurangan tenaga buruh untuk menjalankan kegiatan pertanian. Selain tanaman tembakau, SBBU menggalakkan penduduk peribumi Sabah untuk menanam tanaman seperti kopi, padi dan menternak binatang seperti kerbau, lembu, ayam dan sebagainya.16 Namun begitu, usaha ini tidak berjaya kerana penduduk peribumi tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam mengusahakan pertanian di kawasan tanah yang berkeluasan besar dan juga tidak mengetahui cara-cara atau kaedah untuk mengadakan sistem pengairan di sawah padi. Hal ini kerana, kebanyakan penduduk peribumi lebih tertumpu kepada aktiviti mengumpul hasil hutan sebelum kedatangan pihak Syarikat ke Sabah.
c) Sosial
Keselamatan Pasukan polis yang telah ditubuhkan di Sabah dianggotai oleh majoriti orang keturunan Sikh dan Punjabi- Muslim. Penglibatan orang Bengali dalam bidang polis sebagai warden di jabatan penjara membantu British meluaskan kuasa di Borneo Utara. Pasukan polis ini menghadapi tentangan hebat daripada suku kaum bajau yang diketui oleh Pengiran Samah yang tidak berpuas hati terhadap cukai
yang
dikenakan
terhadap
perusahaan
sarang
burung
yang
diusahakannya.17 Pasukan keselamatan menjadi lebih berorganisasi dan sistematik selepas penubuhan Constabulari Bersenjata Borneo Utara (CBBU). Anggota Sikh menghadapi pelbagai cabaran
akibat daripada penentangan
daripada penduduk tempatan dalam beberapa siri penentangan. Ramai anggota terkorban dan beberapa yang lain biasanya dikurniakan pingat keberanian kerana sumbangan yang cemerlang dalam bidang paasukan keselamatan dan pertahanan.
16
Rahim, Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah, 1977, hlm. 17 17 Othman, Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2002, hlm. 77.
Salah satu cabaran hebat yang terpaksa dilalui oleh SBBUB selama menjalankan pentadbiran selama 60 tahun ialah kegiatan perlanunan dan perhambaan. Suku kaum yang terkenal sebagai lanun ialah Iranun atau Ilanun dan Balanini. Lanun Balanini biasanya akan menyerang pedagang Brunei dan menangkap orang- orang Brunei dan Sabah untuk dijadikan hamba dan dijual kepada Sultan dan Pembesar Brunei.18 SBBUB berusaha untuk mengawal kegiatan pelanunan ini di Teluk Marudu dan Tungku dan di kawasan- kawasan lain dengan cara William Pryer (Residen Sandakan) membeli hamba- hamba daripada tuan- tuan mereka untuk memerdekakan mereka. Pada tahun 1881, Undang- undang Perhambaan telah diwujudkan dan digubal balik pada tahun 1883.
Kesihatan Borneo Utara pada awal 1882 menghadapi masalah penyakit seperti penyakit malaria, beri- beri, radang paru- paru, cirit- birit, kolera, kusta dan sebagainya. Penyakit ini mudah merebah dan seterusnya menyebabkan kematian dalam kalangan penduduk.19 Oleh kerana itu, SBBUB terpaksa mengambil langkah mengadakan kemudahan kesihatan di Sabah. Misalnya hospital telah dibina di bandar- bandar besar seperti Sandakan, Jesselton, Kudat, Tawau dan Beaufort bagi memenuhi keperluan para pengawai dan kakitangan SBBUB serta rakyat Sabah. Namun begitu, perkhidmatan yang diberikan oleh hospital kurang berkesan kerana kedudukannya di kawasan bandar menyebabkan penduduk luar bandar tidak dapat mengunjunginya. Tambahan lagi, kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman khususnya tidak begitu yakin dengan sistem perubatan moden kerana mereka masih berpegang kuat kepada kepercayaan terhadap para dukun dan bomoh.
Pendidikan Usaha untuk memberi pendidikan kepada anak- anak peribumi dilakukan oleh Gabenor Treacher dan William Pryer selaku Residen pertama di Sandakan. Antara objektif kerajaan SBBUB terhadap bidang pendidikan yang diperkenalkan
18
Liang, Perubahan Sosial dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Kuala Lumpur: University Malaya,2007, hlm 39 19 Ranjit Singh, The Making of Sabah 1856- 1941, Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000, hlm. 66.
di Borneo ialah untuk meningkatkan tahap pengetahuan dalam kalangan pelajar tentang kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di samping memberikan latihan teknikal untuk meningkatkan kemahiran mereka. 20 Selain itu, pendidikan juga diperkenalkan untuk menyediakan pelajaran bagi anak ketua kampung dan Ketua Anak Negeri bagi mendedahkan mereka kepada tugas- tugas pentadbiran. Pryer memulakan sistem persekolahan agama Islam dengan menubuhkan sekolah agama Islam di Sandakan. Namun begitu usaha Treacher tidak berjaya kerana sekolah tersebut gagal menarik perhatian penduduk tempatan. Pryer membuat tinjauan buat kali kedua pada tahun 1886 di Sandakan sama ada masyarakat Cina dan Islam mahukan pelajaran bagi anak mereka ataupun tidak. Mereka menyatakan persetujuan untuk menyekolahkan anak- anak mereka. Pada akhir Ogos 1886, sekolah dibuka dengan bilangan pelajar seramai sembilan orang.21 Malangnya sekolah itu juga terpaksa ditutup kerana sambutan yang begitu dingin daripada masyarakat berkenaan. Secara keseluruhannya, usaha awal untuk menubuhkan institusi persekolahan secara rasmi di Borneo Utara menghadapi kegagalan sehinggalah mubaligh Kristian mengambil alih pada tahun 1887.
20
Fail 66, Educational Policy of the State General, Kota Kinabalu: Arkib Negeri Sabah, hlm. 2. Mohd Nor bin Long, Perkembangan Pelajaran di Sabah , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 7.
21
RUJUKAN
Anwar Sullivan, C. L. (1981). Commorative History of Sabah. Kuala Lumpur: Sabah State Goverment. Bala, P. B. (2016). Nota Kuliah: Sejarah Sabah Sarawak. Kota Kinabalu: University Malaysia Sabah. D.S, R. S. (1982). Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. D.S, R. S. (1984). The Structure of Indigenous Economy in Sabah in the 1860's and 1870's. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia . Evans, S. R. (1999). North Borneo: Under The Rising Sun Goverment . Kuala Lumpur: Sabah State Goverment. Ismail, A. R. (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan & Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Liang, Y. B. (2007). Perubahan Sosial dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Kuala Lumpur: University Malaya. Lokin, S. A. (2007). Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Pribumi Sabah 1881- 1963. Kota Kinabalu: University Malaysia Sabah. Long, M. N. (1978). Perkembangan Pelajaran di Sabah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman, M. I. (2002). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications. Rahim, M. S. (1977). Jepun Di Borneo Utara: Migrasi dan Kegiatan Ekonomi. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Thukiman, K. (2002). Malaysia : Perspektif Sejarah & Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka. Tregonning, K. (1965). The History of Modern Sabah: North Borneo 1881- 1983. Singapore: University of Malaya Press.