Aktiviti pembakaran secara terbuka sering dilakukan di negara ini. Tindakan sedemikian mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jelaskan kesan tersebut.
Meningkatkan Meningkatkan kemalangan di jalan raya. Berlaku masalah masalah jerebu yang teruk. Menjejaskan Menjejaskan hasil pertanian. Berlaku pemanasan pemanasan global. global. Aktiviti pelancongan pelancongan terjejas. terjejas.
Dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan bencana alam yang belaku di seluruh dunia. Hal ini demikian kerana fenomena jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini berpunca daripada pembakaran hutan secara terbuka bertujuan pembersihan tanah pertanian di sekitar Riau, Sumatera Utara dan Kalimantan, Indonesia. Fenomena tersebut kian mengancam tahap kualiti udara negara sehingga paras bahaya sekali gus menyulitkan jarak penglihatan. Pada bulan Julai tahun lepas, negara kita sekali lagi menghadapi masalah jerebu yang begitu teruk. Masalah jerebu ini telah melibatkan beberapa buah negeri di selatan Semenanjung seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sehingga diisytiharkan darurat. Banyak aktiviti rutin kehidupan terjejas oleh fenomena jerebu seperti banyak sekolah terpaksa ditutup dan orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan melakukan aktiviti luar. Oleh itu, hal ini jelaslah menunjukkan bahawa pembakaran terbuka memberi kesan negatif kepada negara kita. Menerusi indikator primer, antara kesan pembakaran terbuka adalah kadar kemalangan di jalan raya akan meningkat. Hal ini terjadi disebabkan penglihatan manusia akan menjadi kabur serta jarak penglihatan juga akan menjadi terhad. Contoh yang jelas dapat dilihat adalah apabila berlakunya pembakaran terbuka yang berleluasa, sudah pastilah je rebu akan berlaku. Jerebu yang tebal akan menyebabkan jarak penglihatan menjadi sangat terhad. Apabila penglihatan menjadi terhad, maka risiko dan kadar kemalangan di jalan raya akan meningkat disebabkan oleh kecuaian dan sikap pemandu yang tidak berhati-hati ketika memandu. Selain itu, pemandu juga kebanyakannya memandu kenderaan dengan mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat. Hal ini juga turut menyebabkan risiko untuk berlaku kemalangan meningkat. Oleh itu, kita mestilah memandu secara berhemah agar tidak berlaku kemalangan terutama pada musim jerebu. Sehubungan dengan fenomena yang sedang dibincangkan, antara kesan pembakaran terbuka adalah berlakunya masalah jerebu. Masalah jerebu yang paling membimbangkan ialah pencemaran udara. Hal ini dikatakan sedemikian kerana banyak partikel terampai yang terapung dan terperangkap di udara sehingga menyebabkan indeks udara mencapai tahap tidak sihat. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai terutama mereka yang mempunyai alahan. Mereka yang menghidap penyakit asma berisiko tinggi untuk menghadapi masalah sesak nafas. Namun mereka yang sihat juga mudah mendapat jangkitan batuk, mata gatal dan sakit tekak. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan, jumlah penduduknya yang diserang penyakit akan bertambah. Malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit yang menghidap asma meninggal dunia angkara jerebu. Menerusi tinta kaca yang berbeza, masalah jerebu juga boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas dengan teruk. Tanaman tidak dapat tumbuh dengan subur kerana cuaca terjejas. Pokok tidak dapat menjalani proses fotosintesis seperti biasa kerana pancaran cahaya matahari tidak sampai ke permukaan bumi. Hal ini akan menyebabkan tumbuhan tersebut akan kurang menerima cahaya matahari. Jerebu diburukkan lagi oleh ketiadaan titisan air hujan serta cuaca yang lembap membantutkan pertumbuhan tanaman dan seterusnya menurunkan kuantiti pengeluaran. Dari segi pertanian pula, hutan telah
ditebang dan dibersihkan untuk membuka ladang. Tindakan ini boleh menyebabkan pencemaran alam dan seterusnya akan membawa kepada berlakunya kesan buruk kepada manusia dan persekitaran. Sejajar dengan konteks yang dibicarakan, antara kesan negatif pembakaran terbuka adalah berlakunya pemanasan global di muka bumi. Hal ini disebabkan oleh banyak pembakaran terbuka telah dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kesan daripada kegiatan tersebut telah menyebabkan gas karbon dioksida terhasil serta terbebas di udara dan seterusnya telah memerangkap haba. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan seharusnya memperketat undang-undang agar masyarakat tidak berani membuat sebarang kesalahan di muka bumi ini. Rentetan daripada perkara itu, suhu bumi akan meningkat seterusnya menipiskan lapisan ozon. Kita seharusnya sedar sebelum kudis menjadi tokak agar bumi bebas daripada pemanasan global. Bukan itu sahaja, antara kesan yang dapat dilihat melalui pembakaran terbuka adalah aktiviti pelancongan juga akan turut terjejas. Hal ini demikian kerana pelancong akan berasa terancam dengan persekitaran yang dipenuhi oleh asap. Sebagai contoh, pelancong dari dalam dan luar negara tidak akan meneruskan hasrat untuk melancong kerana bimbang tahap kesihatan terjejas jika menghirup udara yang tidak sihat. Pergerakan mereka untuk melakukan aktiviti pelancongan akan terbatas disebabkan oleh penerbangan yang terpaksa ditangguhkan. Hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan negara ekoran daripada pembakaran terbuka. Sebagai kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menangani masalah pembakaran terbuka ini dan janganlah bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Jika perkara ini tidak dilakukan, sudah pastinya semua pihak terpaksa menanggung akibat buruk daripada sikap kita sendiri. Oleh itu, anggota masyarakat perlulah sedar bahawa tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar tidak pada bahu kerajaan semata-mata. Mahukah kita hidup dalam keadaan yang tercemar seperti berlakunya jerebu? Oleh itu, tepuklah dada, tanyalah selera sebelum bertindak agar kita tidak ditimpa oleh bencana alam akibat tindakan kita sendiri yang tidak bertanggungjawab.