KARANGAN B Kesan kemusnahan hutan
1
Satu per satu pohon gugur di muka bumi rentetan kerakusan manusia untuk mengejar arus kemodenan. Mereka terlalu taksub dalam meniti arus globalisasi sehingga alpa tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga alam ciptaan Tuhan yang tidak ternilai harganya ini. Namun begitu, tidak dapat kita nafikan bahawa hutan sememangnya sangat penting dalam kehidupan kita. Hutan da pat mengembangkan industri perkayuan negara dan merupakan eksport ketiga terbesar di negara ini. Perangkaan pada bulan Januari sehingga Julai tahun 2004 menunjukkan bahawa kayu dan hasil pengeluaran kayu b ernilai 11.0 bilion (4.11%) daripada jumlah eksport negara. Angka ini terus meningkat kepada 20.5 peratus pada bulan Ogos sehingga Disember 2004 dan sekaligus menjadi antara tunjang ekonomi utama negara. Walaupun begitu, manfaat dan kepentingan hutan ini bukanlah satu alasan untuk kita terus-terusan menebang hutan. Pernahkah terlintas di kotak fikiran kita , ap akah yang akan berlaku kepada manusia, haiwan dan persekitaran jika keadaan ini terus berlaku?
Negara pernah digemparkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Gua Tempurung yang menjejaskan pe rjalanan di Lebuh Raya Utara-Selatan dan kejadian tanah runtuh berha mpiran dengan Bukit Lanjan di lebuh raya yang sama sehingga menyebabkan lebuh raya ters ebut terpaksa ditutup sela ma beberapa bulan. Dua contoh kejadian di atas jelas menvisualisasikan natijah daripada aktiviti penebangan hutan secara tid ak terkawal. Penebangan hutan menyebabkan keupayaan pemintasan kanopi berkurangan dan kadar larian air serta beban sedimen bertambah. Keadaan ini menyebabkan struktuur tanah tergang gu dan berlakunya tanah runtuh. Kejadian ini memberi impak negatif kepada manusia kerana pelbagai urusan dan pekerjaan akan terganggu dek kerana jalan yang terpaksa ditutup berbulan-bulan. Selain itu, manusia juga terpaksa mengeluarkan kos yang berjuta ringgit untuk membaik pul ih jalan yang telah rosak. Keindahan panorama alam di kawasan kejadian juga akan terjejas akibat tanah runtuh. Haiwan pula akan kehilangan habitat mereka untuk tempat tinggal dan mencari makanan. Jelaslah, bahawa penebangan hutan bukan sahaja menyebabkan hakisan tanah bahkan membawa impak negatif kepada manusia, haiwan dan persekitaran.
Bumi Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai hutan hujan tropika yang menyimpan seribu satu khazanah alam yang amat berharga. Namun, keghairahan manusia mengejar pembangunan menyebabkan alam semula jadi ini terpaksa dikorbankan untuk memenuhi tun tutan arus globalisasi. Sikap manusia ini 2
mengakibatkan bumi kita kehilangan sumber alam dan kepupusan flora dan fauna. Perbuatan ini juga merugikan diri mereka sendiri kerana pelb agai sumber alam seperti kayu meranti dan kayu jati yang boleh dijadikan perabot akan mengalami kepupusan. Selain itu, pokok -pokok herba seperti pokok jarum tujuh bilah, tongkat ali, kacip fatimah, pokok selada, pokok misai kucing dan pelbagai herba lain yang boleh mengubati variasi jenis penyakit turut dilanda kepupusan. Tumbuhan seperti rafflesia iaitu bunga terbesar di Asia Tenggara dan pelbagai binatang liar seperti tapir, tenggiling dan badak Sumatera tidak terkecuali daripada dihantui kepupusan. Kepupusan flora dan fauna ini terjadi akibat keseimbangan ekosistem mereka terganggu selepas penebangan hutan berlaku. Persekitaran juga terjejas kerana kepupusan sumber alam, flora dan fauna ni. Keadaan ini sedikit sebanyak akan merugikan industri pelancongan negara. Jauh perjalanan luas pengalaman. Pandangan ini mungkin dianggap sia -sia oleh pelancong asing jika p engalaman mereka tidak diisi dengan menatap keunikan flora dan fauna yang ada di negara kita. Oleh itu, jelaslah di sini bahawa penebangan hu tan akan menyebabkan banyak sumber kekayaan alam akan luput di mata generasi masa hadapan nanti.
Di samping iu, penebangan hutan juga menyebabkan kejadian pulau haba dan kekurangan oksigen. Kebiasaannya, pulau haba terjadi di kawasan -kawasan bandar kerana gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang dibebaskan oleh kenderaan dan penggunaan cermin -cermin hitam pada bangunan yang menyebabkan cahaya matahari dipantulkan kembali ke udar a. Namun, puncapunca ini dapat diatasi jika kita menanam tumbuh-tumbuhan. Penebangan hutan menyebabkan proses fotosintesis yang dilakukan oleh tumbuhan -tumbuhan tidak dapat dijalankan dan peranan tumbuhan ini untuk menstabilkan suhu tem patan gagal dilaksanakan. Ketiadaan pokok-pokok ini memburukkan keadaan di kawasan pulau haba tersebut. Natijahnya, keadaan ini mengundang pelbagai penyakit seperti demam panas, kanser kulit dan seb againya kepada manusia. Peranan pokok untuk menjalankan fotosintesis juga penting bagi menyalurkan keperluan utama bagi setiap manusia iaitu gas oksigen. Kandungan oksigen di udara akan berkurangan disebabkan oleh penebangan hutan. Kajian menunjukkan bagi setiap seratus batang pokok dapat mengurangkan 52 tan karbon dioksida yang terdapat di atmosfera. Cuba kita bayangkan, ap akah yang akan terjadi jika seratus pokok tersebut ditebang? Kekurangan oksigen akan mengundang penyakit seperti batuk kering, mengalami kesukaran untuk bernafas dan sebagainya. Oleh itu, kita haruslah mengawal penebangan hutan supaya tidak dijangkiti pelbagai penyakit berbahaya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jelaslah, 3
penebangan hutan akan menyebabkan pelbagai kesan negat if yang membahayakan nyawa manusia.
Kita tidak dapat menafikan bahawa kita memerlukan pembangunan bagi membolehkan negara kita duduk sama rendah, ber diri sama tinggi dengan negara maju lain. Namun, kita tidak boleh mengabaikan bum i kita yang kian binasa kerana perbuatan kita sendiri. Jelaslah bahawa hutan, manusia, haiwan dan persekitaran bergantung antara satu sama lain. Langkah -langkah pemuliharaan hutan seperti mewartakan lebih banya k hutan sebagai hutan simpan, me nanam semula tumbuhan selepas aktiviti penebangan dan pemantauan terhadap aktivit i penebangan hutan secara berkala perlu dilaksanakan secara drastik. Sediakan payung sebelum hujan dan janga n biarkan bumi kita menangis.
4